You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA 2015 & HARI ANUGERAH

UPKK DAN KECEMERLANGAN 2014 SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HIKMAH


SIPUTEH

TARIKH : 1/2/2015

MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AL-HIKMAH

KEHADIRAN : 1. EN. AZLEE BIN AKASAH (PENGERUSI)


2. PN. NORAINI BT IBRAHIM (GURU BESAR)
3. PN. MAZLINA BT ZAKARIA (BENDAHARI)
4. PN. NORSYAZWANI BT BAKAR
5. PN. FATIMAH BT NAIM
6. PN. NURUL AKMA BT ABDUL RAHIM
7. EN. MOHD NASRI BIN KAMARUDDIN
8. EN. YUSUF BIN SAAD
9. EN. ZULKIPLI BIN KAMARUDDIN
10. EN. A. RAHIM BIN MOHD NOR

TIDAK HADIR : 1. PN. SALMAH BT HUSSAIN (PENOLONG


SETIAUSAHA)
2. PN. NURLIZA BT HAMID
3. PN. NASITAH BT MAHMOOD
4. EN. WAHAB BIN MOHAMAD
5. EN. AZIZ

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1En. Azlee selaku pengerusi SRAR Al-Hikmah mengucapkan salam
dan bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat bertemu lagi
pada mesyuarat jawatankuasa pada kali pertama serta
memulakan mesyuarat dengan membaca surah al-Fatihah.
1.2En. Azlee mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa
yang hadir kerana memberi sokongan dan juga mereka yang
masih sudi berkhidmat untuk sekolah walaupun anak-anak
mereka sudak tidak lagi belajar di SRAR al-Hikmah.
1.3En. Azlee juga mengucapkan terima kasih kepada 2 orang
pengusaha kantin yang sudi hadir bagi membincangkan
mengenai makanan dan cara mengendalikan kantin.
1.4En. Azlee memberitahu bahawa mesyuarat jawatankuasa tidak
dapat dijalankan sebanyak 4 kali mengikut ketetapan JAIPk.
Beliau juga memberitahu bahawa majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan pada tahun lepas iaitu 2014 terpaksa
ditangguhkan kerana kesuntukan masa berikutan penangguhan
peperiksaan UPSR. Oleh sebab itu, mesyuarat kali ini akan
membincangkan tantang majlis Hari Anugerah dan
Kecemerlangan 2014.
Tindakan :
Makluman

2. UCAPAN GURU BESAR

2.1Pn. Noraini selaku Guru Besar SRAR Al-Hikmah mengucapkan


terima kasih kepada semua AJK kerana sudi hadir pada
mesyuarat kali pertama ini bagi tahun 2015.
2.2Pn. Noraini meminta maaf kerana terlewat mengadakan
mesyuarat disebabkan kesuntukkan masa dan akan
membincangkan tentang majlis Hari Anugerah dan
Kecemerlangan pada mesyuarat ini.
2.3Pn. Noraini memberitahu bahawa majlis Hari Anugerah 2014
tetap akan dijalankan. Memandangkan ramai ibu-bapa yang
bertanya bila majlis tersebut akan berlangsung, maka Pn. Noraini
bercadang bulan Februari adalah waktu yang tepat untuk
dijalankan majlis tersebut.
2.4Pn. Noraini menyatakan kelewatan mengadakan majlis ini adalah
disebabkan peperiksaan yang tertunda.
2.5Pn. Noraini turut memaklumkan bahawa murid yang berdaftar
pada tahun ini meningkat iaitu seramai 230 orang.
Tindakan :
Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1En. Abd. Rahim mencadangkan pengesahan minit mesyuarat


yang lalu dan disokong oleh En. Zulkipli.
Tindakan :
Makluman
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN

4.1Pembentangan kewangan ini disahkan sebulat suara oleh


ahlijawatankuasa mesyuarat.
Tindakan :
Makluman

5. PERKARA BERBANGKIT

5.1Berkenaan kantin Pn. Noraini berkata dulu ada cadangan untuk


upah orang masak tetapi ada ibu bapa yang tidak setuju dengan
alasan anaknya tak nak makan yang berat-berat. Oleh itu
makanan yang dijual adalah seperti biasa.
5.2Menasihatkan kak Nani dan kak Amnah supaya :-
Menjual makanan dengan harga yang berpatutan
Pulangkan baki duit kepada murid
Menjaga kebersihan dengan mencuci bersih pinggan /
cawan dan tidak membiarkan makanan terdedah.
Tidak dibenarkan menjual jelly

5.3 Pihak sekolah tidak membenarkan air plastik bungkus tetapi Kak
Nani tetap juga mahu menggunakannya kerana cawannya
banyak hilang oleh sebab itu dia mahu menggunakan plastik.
5.4 En. Azlee mengucapkan terima kasih kepada Kak Nani dan Kak
Amnah kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.
5.5 En. Rahim mencadangkan supaya tangkap murid yang membeli
mainan, catit nama dan beri surat kepada ibu bapanya supaya
tidak ada lagi pertikaian antara ibu bapa dan sekolah.
5.6 En. Rahim menyuruh supaya buat surat mohon dibuat bumper
agar keselamatan murid terjamin.
Tindakan :
Makluman

6. MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

6.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju majlis ini diadakan pada


15/2/2015 dan gotong royong pada 14/2/2015.

6.2 Tentatif program mengikut tentatif yang lalu iaitu dimulai dengan
:-

Ucapan Pengerusi Majlis


Bacaan doa oleh Imam Bakar bin Awang
Bacaan al-Quran
Ucapan Pengerusi Sekolah
Ucapan Guru besar
Ucapan Perasmi oleh Penghulu
Majlis dialog dengan ibu bapa
Persembahan murid
Penyampaian hadiah

6.3 Menyerahkan surat jemputan kepada Penghulu, Ketua Kampung,


Pengerusi Masjid Imam Khalil dan Hishamuddin (Ketua UMNO
cawangan Kg. Piandang).

6.4 Kerusi mintak kepada dewan


6.5 Untuk jamuan dicadangkan:-
Nasi putih
Kari ayam kentang
Sayur campur
Dan jemputan dianggarkan seramai 350 orang

6.6 Puan Nurul Akma diminta untuk mencari pembantu bagi


mencedok lauk dan untuk itu pihak sekolah akan memberi
saguhati.
6.7 Pihak sekolah mencadangkan hadiah UPKK 8A ialah :
Al-Quran
Baju melayu
Telekong.
Untuk AJK juga ada hadiah saguhati.
Tindakan : Guru
dan AJK

7. HAL-HAL LAIN

7.1Pn. Noraini selaku Guru Besar SRAR Al-Hikmah memaklumkan


bahawa 10 orang murid telah mendapat 8A dalam peperiksaan
UPKK manakala 5 orang telah mendapat 7A.
7.2Beliau juga memberitahu yuran sekolah masih kekal iaitu RM8.
7.3Berkenaan perkara 6.7 minit mesyuarat yang lalu cadangan Pn.
Salmah supaya diberikan saguhati atau derma kepada bapa
murid tahun 1 yang kemalangan tidak dapat diberikan kerana
murid tersebut belum hadir ke sekolah.
7.4En. Azlee selaku Pengerusi SRAR al-Hikmah mencadangkan
supaya waktu rehat ditukar kepada pukul 4.00 hingga 4.15
petang yang mana sebelum ini waktu rehat adalah pukul 5.00
hingga 5.15 petang dan bersambung pula dengan waktu solat
dari pukul 5.15 hingga pukul 5.45 petang . Justeru waktu rehat
yang bersambung dengan waktu solat menjadikan masa rehat
itu panjang dan murid-murid mengambil kesempatan untuk
bermain serta kelihatan tidak terkawal.
7.5Beliau turut menyarankan agar murid-murid mempraktikkan
adab memberi salam kepada orang tua.
7.6En. Azlee mencadangkan agar duit sewa kantin digunakan untuk
membeli cenderahati AJK atau kebajikan AJK.
7.7Pn. Noraini memberitahu anggaran jumlah duit kantin dalam
setahun ialah RM1000.

Tindakan :
Makluman

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 En. Azlee selaku Pengerusi SRAR Al-Hikmah mengucapkan ribuan


terima kasih atas kerjasama semua AJK yag sudi hadir dan
menangguhkan mesyuarat dengan tasbih Kafarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Dicatat Oleh Disahkan Oleh

.
..
(Norsyazwani Bt. Bakar) ( Pn. Noraini Bt.
Ibrahim )
B.p Guru Besar
Salmah Bt. Hussain SRAR Al-Hikmah
Siputeh
Penolong Setiausaha
SRAR Al-Hikmah Siputeh

You might also like