You are on page 1of 2

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON

SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA UNTUK

KEMASUKAN KE PROGRAM PASCA IJAZAH

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

1.1 Etika Pakaian Lelaki


1.1.1 Berpakaian formal, sesuai dan kemas, bertali leher, berseluar panjang
dengan berbaju kemeja (tuck in);
1.1.2 Memakai kasut dan berstokin;
1.1.3 Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
1.1.4 Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki
1.1.5 Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
1.1.6 Fesyen rambut tidak keterlaluan;
1.1.7 Rambut tidak boleh diwarnakan.

1.2 Etika Pakaian Perempuan

1.2.1 Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
1.2.2 Baju mesti berlengan panjang melepasi paras siku dan tidak ketat serta
tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
1.2.3 Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
1.2.4 Sandal/selipar tidak dibenarkan
1.2.5 Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan
1.2.6 Rambut tidak boleh diwarnakan;
1.2.7 Fesyen rambut tidak keterlaluan.
1.3 Jika calon tidak mematuhi etika pakaian semasa menghadiri temuduga seperti
yang dinyatakan di atas, calon adalah dihalang daripada memasuki temuduga.

2. Membawa Kad Pengenalan/MyKad

Calon diminta membawa kad pengenalan / MyKad ATAU dokumen pengenalan diri yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

3. Dokumen Asal

Calon dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut :-

Bil. Perkara

1. Kad Pengenalan/ MyKad Calon


2. Sijil SPM/ Setaraf
3. Sijil Kelahiran Calon
4. Sijil Sarjana Muda / Surat Tamat Pengajian
5. Sijil MUET
6. Transkrip penuh akademik Sarjana Muda
7. Akuan Majikan (Jika berkaitan)

4. Kos Menghadiri Temuduga

Semua perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri.

You might also like