You are on page 1of 181

Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1,


18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
TEL / FAX: 09-9666162

BUKU
RUJUKAN

ANTONIM
Nama : __________________________

Darjah : _______________

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 1


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

PERUTUSAN TUAN GURU BESAR

Segala puji dan syukur kehadrat Ilahi atas segala kenikmatan yang
diberkati. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Sallalahualaihi
Wassalam, keluarganya, para sahabat dan pejuang kebenaran sepanjang
zaman. Salam 1 Malaysia.
Tahniah dan setinggi-tinggi kesyukuran atas kegigihan Unit Kurikulum
melalui Jawatankuasa ICT SKSYP1 dapat melahirkan Siri Buku Rujukan
Zoom-A dengan Judul Antonim untuk kegunaan murid-murid yang
menyertai Program Pembelajaran Interaktif Zoom-A.
Adalah diharapkan dengan lahirnya Siri Buku Rujukan Zoom-A ini akan
menjadikan Program Pembelajaran Interaktif Zoom-A di SKSYP1 akan
lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sesuai dengan Moto SKSYP1
Petra 1 Bitara
Siri Buku Rujukan Zoom-A ini diharapkan dapat berperanan sebagai bahan
rujukan utama dan handout yang akan membolehkan rujukan dibuat pada
setiap masa yang diperlukan.
Setiap orang murid diharapkan dapat menggunakan Siri Buku Rujukan
Zoom-A ini dengan semaksima yang mungkin.
Akhir kalam, kerjasama semua pihak; pentadbir, guru-guru dan ibubapa
sangat perlu agar Program Pembelajaran Interaktif ZoomA ini akan dapat
diperkasakan demi kebaikan anak-anak kita.
Sekian. Terima kasih.

Yang benar.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 2


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

abadi - sementara
i. abadi : sentiasa ada atau wujud / kekal.
ii. sementara : tidak kekal.
Contoh:
i. Hidup di dunia ini hanyalah sementara dan akhirat jualah yang
kekal abadi untuk selama-lamanya.
ii. Rahim menumpang sementara di rumah Ahmad sebelum
mendapat rumah sewa yang berdekatan dengan pejabatnya .

abai (mengabaikan) - acuh (mengacuhkan), peduli


(mempedulikan)
i. abai (mengabaikan) : cuai / lalai. ii. acuh (mengacuhkan), peduli
(mempedulikan)
Contoh:
i. Dia mengabaikan tugas yang diamanahkan kepadanya.
ii. Budin tidak mengacuhkan nasihat orang tuanya.

abang - adik lelaki


i. saudara kandung yang lebih tua. ii. saudara kandung lelaki yang
lebih muda.
Contoh:
i. Pemuda berbaju merah itu ialah abang saya.
ii. Adik lelaki Kamaliah kini sedang menuntut di Universiti Sains
Malaysia.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 3


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

abdi - tuan
i. abdi : hamba / orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan
terpaksa mengikut perintah.
ii. tuan : orang tempat menghambakan diri.
Contoh:
i. Orang kulit hitam pernah menjadi abdi orang kulit putih di
Amerika Syarikat.
ii. Orang kulit putih di Amerika Syarikat pernah menjadi tuan
kepada golongan hamba daripada kalangan orang Negro.

abstrak - konkrit
i. abstrak : tidak konkrit atau maujud / tidak berupa atau
bersifat kebendaan.
ii. konkrit : sesuatu objek yang dapat digambarkan, dirasa, dan
dilihat.
Contoh:
i. Murid lembab susah memahami perkara-perkara yang abstrak.
ii. Guru-guru menggunakan bahan-bahan yang konkrit sebagai
alat bantu mengajar bagi kanak-kanak yang lemah.

acuh (mengacuhkan) - abai (mengabaikan)


i. acuh : peduli / mengambil berat.
ii. abai : tidak beri perhatian, tidak prihatin.
Contoh:
i. Kamaliah sangat mengambil berat tentang pelajaran adik-
adiknya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 4


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

ii. "Saya harap kamu jangan abaikan nasihat guru-guru atau ibu
bapa kamu," nasihat Encik Ali.

adab (beradab) - biadab


i. adab : sopan / budi bahasa / budi pekerti.
ii. biadab : tiada sopan / tidak ada budi bahasa / tiada budi
pekerti.
Contoh:
i. Jagalah adab sopan santun ketimuran semasa kamu berada di
luar negara.
ii. Budak lelaki yang berambut panjang itu biadab kerana suka
mengganggu budak-budak perempuan.

ada - tiada
i. ada : wujud / boleh didapati / bukan khayalan atau rekaan.
ii. tiada : tidak ada / tidak wujud.
Contoh:
i. "Jangan percaya hantu itu ada kerana itu hanyalah khayalan
semata-mata," kata Pak Agus.
ii. Namanya tiada di dalam senarai pendaftaran kemasukan murid
di sekolah ini.

adik - abang, kakak


i. abang saudara lelaki yang lebih tua.
ii. kakak saudara perempuan yang lebih tua.
Contoh:
i. Abang saya pandai bermain alat muzik.
ii. Kamariah ialah adik kepada Kamil.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 5


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

adun (mengadun) - asing (mengasingkan)


i. adun (mengadun) : meramas / menguli.
ii. asing (mengasingkan) : berlainan / terpisah / tersendiri.
Contoh:
i. Kakak mengadun telur dengan tepung untuk membuat kek.
ii. Mak Jah mengasingkan buah-buah limau untuk dibawa ke
pasar.

agih (mengagihkan) - kumpul (mengumpulkan)


i. agih (mengagihkan) : bahagi.
ii. kumpul (mengumpulkan) : longgok atau himpun.
Contoh:
i. Ayah mengagihkan hartanya kepada anak-anak sebelum dia
meninggal dunia.
ii. Pak Usu mengumpulkan buah durian yang telah gugur itu di
bawah bangsal.

ajak (mengajak) - halau (menghalau), usir (mengusir)


i. ajak (mengajak) : menjemput / mempelawakan.
ii. halau (menghalau) : membuat sesuatu supaya keluar / pergi
atau nyahkan.
Contoh:
i. Pada hari majlis kesyukuran, ayah mengajak jiran-jirannya
untuk makan tengah hari.
ii. Budin menghalau kambing yang makan pokok bunga di halaman

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 6


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

rumahnya.

ajar (belajar) - ajar (mengajar)


i. ajar (belajar) : belajar untuk mengetahui sesuatu perkara / hal
/ maklumat.
ii. ajar (mengajar) : tunjuk ajar supaya dapat mengetahui
sesuatu perkara.
Contoh:
i. Kakak belajar bahasa Arab di sebuah pusat pengajian swasta.
ii. Tiap-tiap pagi Pak Lah mengajar beruknya memetik buah
kelapa.

ajar (mengajar) - ajar (belajar)


i. ajar (mengajar) : tunjuk ajar, petunjuk supaya diketahui. ii.
ajar (belajar) : berusaha untuk memperoleh ilmu.
Contoh:
i. Cikgu Azman mengajar anak-anak orang asli di kawasan
pedalaman.
ii. Rosdi baru belajar komputer di sekolahnya.

akar - pucuk
i. akar : bahagian yang tumbuh yang lazimnya tumbuh ke dalam
tanah. ii. pucuk : daun yang baharu terbit atau daun muda.
Contoh:
i. Pokok kelapa tiada akar tunjang.
ii. Hari ini emak saya memasak gulai pucuk ubi untuk makan

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 7


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tengah hari.

akhirat - dunia
i. akhirat : alam tempat kita berada sesudah mati / alam yang
kekal. ii. dunia : bumi dan segala yang terdapat pada permukaan
dan di dalamnya / alam.
Contoh:
i. Kita mesti membuat amal dan kebajikan sebagai bekalan di
akhirat.
ii. Seluruh dunia bersedih atas kematian pemimpin terkenal itu.

akhir - awal
i. akhir : kemudian sekali / penghabisan. ii. awal : sebelum waktu
yang biasa / bahagian yang mula-mula / permulaan.
Contoh:
i. Jemaah haji yang mahu pulang lewat terpaksa mengambil
penerbangan yang akhir.
ii. Pada awal tahun ini, saya akan ke Johor Bahru untuk
menziarah keluarga di sana.

akrab - renggang
i. akrab : karib, lebih dekat. ii. renggang : tidak berapa rapat.
Contoh:
i. Dia mempunyai seorang sahabat akrab.
ii. Persahabatan mereka sudah mula renggang semenjak berlaku
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 8
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

selisih faham itu.

aktif - lembab
i. aktif : cergas, giat. ii. lembab : tidak rancak / kurang kemajuan
/ tidak cerdas.
Contoh:
i. Ramasamy seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan
persatuan.
ii. Guru terpaksa mengajar secara perseorangan bagi murid-
murid yang lembab dalam pelajaran Matematik.

aktif - pasif
i. aktif : cergas, giat. ii. pasif : tidak giat / tidak cergas / kaku /
menunjukkan sifat beku.
Contoh:
i. Abul Rahman suka bergerak cergas dalam kerja amal semenjak
remaja lagi.
ii. Pada kebiasaannya, budak-budak yang pasif dalam sukan
mudah terpengaruh dengan kegiatan sosial yang negatif.

aku - awak, engkau, kamu


i. aku : kata ganti diri pertama seperti saya, beta, hamba. ii.
awak : kata ganti diri kedua seperti engkau, kamu.
Contoh:
i. Saya akan melancong ke Timur Tengah pada akhir bulan ini.
ii. "Kamulah seorang murid yang paling tinggi di dalam kelas ini,"
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 9
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kata Cikgu Jamal.

aku (mengaku) - nafi (menafikan), sangkal (menyangkal)


i. aku (mengaku) : mengata benar / membenar sesuatu tuduhan.
ii. nafi (menafikan) : penolakan / penyangkalan.
Contoh:
i. Ahmad mengaku atas kesilapan yang berlaku tempoh hari.
ii. Busu menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang begitu
hina terhadapnya.

alah - menang
i. alah : kalah, tewas. ii. menang : berjaya, berhasil mengalahkan.
Contoh:
i. Tidak diketahui siapa yang menang atau kalah dalam
pertandingan itu.
ii. Pasukan hoki sekolah kita dapat mengalahkan pasukan hoki
pelawat.

alir (mengalir) - genang (bergenang), takung (bertakung)


i. alir (mengalir) : bergerak berterusan. ii. takung : bekas air /
yang berisi air.
Contoh:
i. Air dari paya itu mengalir ke sungai.
ii. Takungan air itu sudah kering kerana musim kemarau panjang.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 10


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

alpa - awas, cermat


i. alpa : lalai. ii. cermat : teliti / hati-hati / dengan penuh periksa.
Contoh:
i. Jangan alpa tudung ikan itu supaya tidak dimakan kucing.
ii. Ayah memandu kereta dengan cermat dan berhati-hati di
jalan raya.

aman - huru-hara, kacau-bilau


i. aman : bebas dari kacau bilau, damai, tenteram. ii. huru-hara :
tidak aman / tidak tenteram, kacau-bilau.
Contoh:
i. Malaysia sebuah negara yang aman.
ii. Pada masa sekarang, banyak negara di Timur Tengah berlaku
huru-hara.

amatur - profesional
i. amatur : kegiatan dilakukan untuk hobi atau kegemaran. ii.
profesional : berasaskan kemampuan / kemahiran yang khusus
untuk melaksanakannya.
Contoh:
i. Encik Hamid menjadi johan dalam pertandingan golf amatur
peringkat kebangsaan tahun lalu.
ii. Bermain bola sepak bukan lagi sebagai kegiatan sukan, bahkan
sudah menjadi satu permainan yang profesional.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 11


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

ambil (mengambil) - bagi (membagi), beri (memberi)


i. ambil (mengambil) : memegang sesuatu serta menyimpan atau
membawa pergi. ii. beri (memberi) : menyampaikan sesuatu
kepada seseorang.
Contoh:
i. Aina mengambil bahagian dalam pertandingan melukis di
peringkat daerah.
ii. Guru Besar memberi hadiah kepada murid-murid yang telah
berjaya dalam peperiksaan.

am - khas, khusus
i. am : umum, awam. ii. khas : istimewa / tidak umum / yang
tertentu.
Contoh:
i. Tampallah poster itu di tempat-tempat awam untuk tatapan
umum.
ii. Lagu ini saya tujukan khusus kepada ayahanda dan bonda yang
tinggal di kampung.

angguk (mengangguk) - geleng (menggeleng)


i. angguk (mengangguk) : gerakan menunduk kepala tanda setuju
ii. geleng (menggeleng) : gerakan kepala ke kanan ke kiri, atau
sebaliknya / gerak kepala ke kanan dan ke kiri menunjukkan
isyarat tidak / tidak mahu.
Contoh:
i. Aminah angguk kepala tanda setuju akan tawaran itu.
ii. Muthu menggelengkan kepala menunjukkan dia tidak mahu
terlibat dengan kegiatan itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 12


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

angkat (mengangkat) - letak (meletakkan)


i. angkat (mengangkat) : meninggikan atau menaikkan ke atas. ii.
letak (meletakkan) : menempatkan.
Contoh:
Siah mengangkat bakul padi lalu diletakkan di atas kepalanya .

angkuh - ramah
i. angkuh : mempunyai watak suka meninggi diri, sombong,
pongah, tinggi hati. ii. ramah : elok dan menarik budi bahasanya /
bergaul / bermesra.
Contoh:
i. Setelah memperoleh kemewahan, dia sudah menjadi angkuh. ii.
Sungguhpun dia berpangkat tinggi, namun dia seorang yang
peramah.

antarabangsa - domestik
i. antarabangsa : antara atau dalam kalangan negara-negara,
melibatkan dua atau lebih negara. ii. domestik : berkenaan hal
urusan dalam rumah / dalam negeri.
Contoh:
i. Encik Kamarul membuat urusan perniagaan di peringkat
antarabangsa.
ii. Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa menambahkan
jumlah bilangan penerbangan domestik pada musim cuti ini.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 13


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

antik - moden
i. antik : berasal dari zaman dahulu atau lampau sebagai
perbandingan dengan zaman moden. ii. moden : masa sekarang /
berkaitan dengan masa kini / yang baru / mutakhir.
Contoh:
i. Periuk tembaga yang disimpan di muzium itu adalah sejenis
barang antik.
ii. Tentera Laut Diraja Malaysia telah membeli beberapa buah
kapal perang yang canggih bersesuaian dengan zaman moden.

apung (mengapung) - tenggelam


i. apung (mengapung) : terkatung, tidak tenggelam. ii. tenggelam :
masuk terbenam ke dalam air / tanah.
Contoh:
i. Kelihatan sebuah perahu nelayan terapung-apung di tengah
laut.
ii. Ali mencuba nasib di negeri orang, kalau untung sabut timbul
dan kalau untung batu tenggelam.

arif - jahil
i. arif : yang mengetahui. ii. jahil : tidak mengetahui / cetek
pengetahuannya / tidak mahu terima ajaran orang / bodoh.
Contoh:
i. Hal ini mesti ditanyakan kepada orang yang arif.
ii. Sekarang murid-murid sekolah tidak ada lagi jahil komputer.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 14


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

asing (mengasingkan) - adun (mengadun), campur


(mencampurkan)
i. asing (mengasingkan) : berlainan, terpisah, tersendiri. ii. adun
(mengadun) : bergaul / bersatu / berbaur.
Contoh:
i. Pihak hospital telah mengasingkan pesakit-pesakit mengikut
kategori atau jenis-jenis penyakit yang dihidapi.
ii. Kakak mengadunkan gandum dengan telur hingga sebati.

asli - lancung
i. asli : tulen. ii. lancung : tidak tulen / tidak jujur / palsu.
Contoh:
i. Emas tulen harganya sangat mahal.
ii. Kebanyakan barang kemas yang dijual di kaki lima adalah
barang kemas yang lancung dan saduran.

atas - bawah
i. atas : terletak lebih atas. ii. bawah : terletak lebih rendah /
berada di dalam atau tertakluk.
Contoh:
i. Namanya ada tersenarai di bahagian atas sekali.
ii. Di bawah meja itu terdapat beberapa biji bola hoki dan bola
sepak yang belum digunakan lagi.

awak - aku, saya


i. awak : kata ganti diri kedua ; kamu. ii. aku : kata ganti diri
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 15
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

pertama ; saya, hamba, patik.


Contoh:
i. "Awak mestilah belajar bersungguh-sungguh kerana tidak lama
lagi UPSR akan tiba," nasihat Cikgu Jamal.
ii. "Maafkan saya kerana petang semalam saya tidak dapat
datang," kata Rafik.

awal - akhir
i. awal : bahagian yang mula-mula. ii. akhir : kemudian sekali /
penghabisan.
Contoh: i.
Pada awal tahun, saya banyak menggunakan wang untuk membeli
buku.
ii. Dialah yang tiba akhir sekali di garisan penamat.

awal - lewat
i. awal : sebelum waktu. ii. lewat : sesudah waktu.
Contoh:
i. Romzi bangun awal pagi kerana dia tidak lena tidur.
ii. Ah Meng tidur larut malam menyebabkan dia lewat bangun
pagi.

awas - alpa, cuai, lalai


i. awas : waspada, berhati-hati, tidak leka. ii. alpa : tidak
berhati-hati dalam membuat sesuatu / abai.
Contoh:
i. Kita mesti berawas semasa memandu di jalan raya.
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 16
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

ii. Sikap alpa dalam membuat sesuatu boleh menyebabkan


berlaku bahaya atau kerugian.

ayah - emak, ibu


i. ayah : bapa. ii. emak : ibu, orang yang melahirkan seseorang.
Contoh:
i. Ayah saya seorang penarik beca yang berhati mulia.
ii. Saya sangat sayang kepada ibu kerana dialah yang membela
dan menjaga saya.

ayu - hodoh
i. ayu : cantik dan lemah lembut orangnya. ii. hodoh : buruk, jelik.
Contoh:
i. Gadis itu sungguh ayu.
ii. Rupa burung hantu sangat hodoh.

azab - bahagia
i. azab : seksaan, sengsara, susah sekali. ii. bahagia : suasana
senang dan aman, damai serta gembira.
Contoh:
i. Dia diazab oleh penjahat itu sehingga kurus kering.
ii. Kami sekeluarga sangat bahagia tinggal di desa ini kerana jauh
daripada bunyi kebisingan dan gangguan.

babar (membabarkan) - gulung (menggulung), lipat (melipat)


i. babar : membentang. ii. gulung : yang dipatah tidak putus
supaya kedua-dua bahagian berlapis.
Contoh: i.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 17


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Kakak membabarkan tikar mengkuang untuk alas duduk tetamu


yang datang. ii.
Mak Piah melipat tikar mengkuang lalu diletakkan di atas almari.

bagus - rosak
i. bagus : keadaan bersifat baik, tidak rosak, cantik. ii. rosak :
tidak sempurna lagi / sudah tidak baik / sudah bercerai-cerai.
Contoh: i.
Buah itu masih baik dan boleh dimakan lagi.
ii. Saya terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana basikal saya
rosak.

bahagia - azab, sengsara


i. bahagia : senang, aman damai, gembira. ii. kesusahan /
penderitaan.
Contoh:
i. Sungguhpun mereka miskin, namun mereka hidup bahagia.
ii. Pada zaman pemerintahan Jepun, banyak rakyat hidup
sengsara disebabkan kekurangan makanan.

bahagi (membahagikan) - darab (mendarabkan)


i. bahagi : agih, memecahkan, membelah ii. darab : perkalian, kali-
kali, sifir kali-kali.
Contoh:
i. Apabila sudah faham dengan kemahiran mendarab barulah
diajar kemahiran bahagi.
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 18
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

ii. Sebelum belajar kemahiran darab, guru akan mengajar


kemahiran tambah atau campur hingga faham terlebih dahulu.

bah - kemarau
i. bah : banjir, air penuh. ii. kemarau : kering (tidak berair),
musim kering (tidak turun hujan).
Contoh:
i. Bah yang berlaku itu mengakibatkan banyak harta benda
musnah.
ii. Musim kemarau yang melanda di negeri itu menyebabkan
tanah-tanah sawah menjadi merekah.

baik (berbaik) - balah (berbalah), gaduh (bergaduh), kelahi


(berkelahi)
i. baik (berbaik) : tidak bermusuhan / tidak bertengkar. ii. balah
(berbalah) : pertengkaran / bermusuhan.
Contoh:
i. Hamidun dan Mogan sudah berbaik-baik dan mereka tidak
bergaduh lagi.
ii. Murid sekolah yang terlibat dalam pergaduhan akan dikenakan
hukuman rotan.

baik - jahat, nakal


i. baik : memberi faedah apabila menggunakannya / elok dan
memuaskan hati. ii. jahat : buruk lakunya, tidak baik perangai,
perbuatan.
Contoh:

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 19


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. Aminah dilantik sebagai pengawas kerana dia seorang murid


yang pandai dan baik perangainya.
ii. Budak-budak yang jahat sangat dibenci oleh masyarakat.

bakhil - pemurah
i. bakhil : kikir, kedekut, lokek. ii. pemurah : dermawan / orang
yang suka memberi / tidak kedekut.
Contoh:
i. Orang yang bersikap bakhil akan dibenci oleh kawan-kawan. ii.
Encik Ahmad seorang yang pemurah kerana sering menderma
pakaian kepada murid-murid miskin.

balah (berbalah) - baik (berbaik)


i. balah (berbalah) : pertengkaran / bermusuhan. ii. baik
(berbaik) : tidak bermusuhan / tidak bertengkar.
Contoh:
i. Mereka berdua sering berbalah, walaupun sudah beberapa kali
dinasihat oleh guru kelasnya.
ii. Orang-orang kampung tertanya-tanya mengapakah dia
berbaik-baik dengan orang jahat itu.

balik - pergi
i. balik : pulang / kembali. ii. pergi : berjalan dan lain-lain menuju
ke suatu tempat.
Contoh:
i. Kami sudah lama tidak balik ke kampung di Kuala Pilah.
ii. Mereka mengajak saya pergi berjalan-jalan di sekitar
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 20
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kampung itu.

bandar - desa, kampung


i. bandar : kota, tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan
terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. ii.
desa : kampung, kawasan kediaman di luar bandar, desa, dusun.
Contoh:
i. Anak-anak saya semuanya tinggal di bandar.
ii. Haji Jumain dihormati dan disegani di kampung itu.

bangga - malu
i. bangga : megah, besar hati. ii. malu : rasa aib / rasa segan.
Contoh:
i. Rakyat Malaysia patut berbangga kerana berada dalam sebuah
negara yang aman dan damai. ii.
Dia rasa sangat malu kerana terlanjur cakap di hadapan orang
ramai.

bangkang (membangkang) - sokong (menyokong)


i. bangkang (membangkang) : membantah, menyanggah,
menentang. ii. sokong (menyokong) : menyangga sesuatu supaya
jangan rebah atau roboh / menyatakan persetujuan / beri
perangsang.
Contoh:
i. "Saya membangkang sekeras-kerasnya atas tindak-tanduk
yang melulu itu," kata Sudir.
ii. "Saya menyokong penuh atas cadangan Encik Hamid itu," kata
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 21
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Budin.

bangun, bangkit - tidur


i. bangun, bangkit : jaga daripada tidur. ii. tidur : dalam keadaan
tidak sedar dengan mata terpejam.
Contoh:
i. Muthusamy baru bangun daripada tidur.
ii. "Pelajar lelaki dikehendaki tidur di dalam khemah dan pelajar
perempuan tidur di dalam bilik darjah," Cikgu Johan memberi
arahan.

bangun - duduk
i. bangun : jaga dari tidur, jaga tidak tidur. ii. duduk :
beristirahat di atas punggung seperti bersila, bersimpuh.
Contoh:
i. Ali tersedar kerana bunyi bising dan terus bangun daripada
tidur.
ii. Babajo duduk di atas kerusi di beranda rumahnya.

banjir - kemarau
i. banjir : bah, air memenuh. ii. kemarau : kering, tidak ada air.
Contoh:
i. Pada tahun lepas, berlaku banjir besar di negeri Kelantan dan
Terengganu.
ii. Pada musim kemarau, kebakaran hutan mudah berlaku, jika
tiada kawalan.

bantah (membantah) - sokong (menyokong)


i. bantah (membantah) : menyangkal, pertengkaran mulut. ii.
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 22
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sokong (menyokong) : menyatakan persetujuan / beri


perangsang.
Contoh:
i. Saya bantah dakwaan itu kerana tidak benar.
ii. Encik Karim memberi sokongan terhadap cadangan itu.

banyak - sedikit
i. banyak : bukan sedikit, tidak sedikit. ii. sedikit : kurang / tidak
banyak.
Contoh:
i. Banyak tanaman habis mati disebabkan kemarau panjang.
ii. Dia mengambil sedikit sahaja wang perbelanjaan sekolahnya.

bapa - emak, ibu


i. bapa : ayah. ii. emak : ibu, orang perempuan yang melahirkan.
Contoh:
i. Sekarang bapa saya tidak ada di rumah kerana dia pergi ke
Kuala Kedah.
ii. Emak saya seorang yang penyabar dan berhati lembut.
barat - timur
i. barat : sebelah matahari turun. ii. timur : sebelah matahari
terbit.
Contoh:
i. Kampungnya terletak di sebelah barat ibu negeri.
ii. Angin yang bertiup dari sebelah timur pada kebiasaannya
membawa hujan yang berpanjangan.

baru - lama
i. baru : belum ada sebelumnya, belum wujud, tidak lama. ii. lama :
www:galeri-a.com - ANTONIM Page 23
Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

panjang masa.
Contoh:
i. Dia baru berlepas ke Australia pagi tadi.
ii. Sudah lama dia tidak pergi ke rumah datuknya di kampung.

basah - kering
i. basah : mengandungi air. ii. kering : sudah tidak berair lagi.
Contoh:
i. Pakaian yang dijemur itu habis basah kerana ditimpa hujan.
ii. Tanah-tanah sawah di Kedah habis kering disebabkan kemarau
panjang.

batin - lahir, zahir


i. batin : perasaan dalam hati, jiwa. ii. lahir : zahir, yang kelihatan
di luar, berupa benda yang nyata, maujud, jasmani, keduniaan.
Contoh:
i. Walaupun kaya dengan harta benda tetapi batinnya amat
terseksa.
ii. Pada zahirnya sahaja dia kelihatan gembira tetapi batinnya
hidup menderita.

bawah - atas
i. bawah : terletak lebih rendah / berada di dalam atau tertakluk
kepada. ii. atas : terletak lebih tinggi.
Contoh: i. Buku-buku itu berselerak di bawah meja. ii. Rumah
kediaman orang kaya itu terletak di atas bukit.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 24


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

bazir (membazirkan) - jimat (menjimatkan)


i. bazir (membazirkan) : berlebih-lebihan sehingga terbuang. ii.
jimat (menjimatkan) : cermat, hemat, tidak boros.
Contoh: i. "Jangan membazirkan wang saku sekolah kamu itu,"
Pak Malim menasihati anaknya. ii. Amalan jimat cermat boleh
membawa kesenangan dalam hidup.

bebal - bijak, cerdik, pandai, pintar


i. bebal : tumpul otak, bodoh. ii. bijak : cerdik, pandai, pintar.
Contoh: i. Budak itu sungguh bebal, puas saya mengajar tetapi
tidak boleh membaca juga. ii. Orang yang bijak selalu bercakap
dengan fikiran yang bernas.

bebas - kongkong (terkongkong)


i. bebas : merdeka, tidak terkongkong, tidak terhalang, lepas
daripada kewajipan. ii. kongkong (terkongkong) : terbelenggu,
terikat, tersekat, tidak bebas, tidak merdeka.
Contoh: i. Negara kita sudah lama merdeka daripada
pemerintahan Inggeris. ii. Semasa negara kita dalam
pemerintahan Inggeris, rakyat ditindas dan dikongkong daripada
kemajuan.

begini - begitu
i. begini : bagai ini, macam ini, seperti ini. ii. begitu : bagai itu,
macam itu, seperti itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 25


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Beginilah nasib orang yang tidak berilmu, mencari


makan dengan tenaga empat kerat. ii. Kalaulah begitu
keadaannya, batalkan sahaja perlawanan itu.

begitu - begini
i. begitu : bagai itu, macam itu, seperti itu. ii. begini : bagai ini,
macam ini, seperti ini.
Contoh: i. Kalaulah begitu perangainya, majikan manakah yang
sayang kepadanya? ii. Kalaulah begini keputusan ujian bulanan
kamu, bagaimanakah kamu akan menghadapi UPSR?

beku - cair, lebur


i. beku : pejal, keras. ii. cair : lebur, tidak keras, boleh mengalir
seperti air.
Contoh: i. Kalau suhu di bawah 0 darjah Celsius, air akan menjadi
beku. ii. Ais kiub sudah menjadi cair disebabkan suhu ke takat
30 darjah Celsius.

belakang - hadapan
i. belakang : tempat (arah) berlawan hadapan. ii. hadapan :
bahagian sebelah muka, depan lawan belakang.
Contoh: i. Rumahnya terletak di belakang hospital besar. ii. Dia
terpaksa menunggu kakaknya di hadapan kedai itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 26


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

beli (membeli) - jual (menjual)


i. beli (membeli) : memperoleh barang dengan membayar. ii. jual
(menjual) : menukar barang dengan wang.
Contoh: i. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membeli kapal
selam dari Jerman. ii. Pemaju-pemaju perumahan menjual rumah
kos sederhana kepada kakitangan kerajaan dan swasta sahaja.

belum (sebelum) - sudah


i. belum (sebelum) : masih tidak, sewaktu belum. ii. sudah :
lengkap, telah siap sedia, habis, berakhir, telah berlalu.
Contoh: i. Hari sudah tengah malam, namun dia belum mengantuk
lagi. ii. Dia sudah berpindah dari kampung ini.

benam (terbenam) - terbit


i. benam (terbenam) : masuk ke dalam, tenggelam, hilang. ii.
terbit : keluar dari permukaan.
Contoh: i. Apabila matahari terbenam di ufuk barat, maka gelap
gelitalah alam ini. ii. Sekolah saya telah menerbitkan majalah
sekolah yang penuh dengan laporan kegiatan dan kemajuan
sekolah.

benar - bohong
i. benar : betul, tepat, tidak salah, amat sangat sekali. ii.
bohong : dusta, karut, palsu, berlainan daripada perkara yang
sebenar.
Contoh: i. Perkara yang diceritakan oleh Abu itu adalah benar. ii.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 27


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Orang yang selalu bercakap bohong dibenci oleh masyarakat.

benar (membenarkan) - larang (melarang)


i. benar (membenarkan) : mengizinkan, membolehkan, mengiakan,
menyetujui. ii. larang (melarang) : menegah, tidak mengizinkan /
membenar, menahan daripada melakukan sesuatu.
Contoh: i. Pak Ajang membenarkan anaknya mengambil bahagian
dalam aktiviti lasak di sekolah. ii. Kakak melarang adik bermain di
tepi belukar.

benar - salah
i. benar : betul, tepat, tidak salah, amat sangat sekali. ii. salah :
silap, tidak benar, tidak betul, tidak tepat.
Contoh: i. Laporan yang dikemukakan itu adalah tepat dan diakui
benar. ii. Kenyataan yang dipaparkan itu adalah salah daripada
peristiwa sebenar.

benci - kasih, sayang


i. benci : tidak disukai. ii. kasih : sayang, rasa cinta.
Contoh: i. Saya amat benci kepada orang yang bersikap kasar
atau ganas. ii. Tanamlah semangat kasih sayang sesama insan,
tidak mengira kaum atau agama.

bengkok - lurus

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 28


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. bengkok : berkelok, lengkung, tidak lurus, tidak jujur. ii. lurus :


tidak bengkok, tegak betul, benar, jujur.
Contoh: i. Dia membetulkan besi yang bengkok itu dengan tukul
besar. ii. Pak Mamat itu seorang yang jujur kerana hatinya lurus.

bening - keruh
i. bening : hening, jernih, sunyi senyap. ii. keruh : tidak jernih
kerana mengandungi kekotoran seperti keladak, lumpur.
Contoh: i. Pada waktu malam yang hening bening beginilah penyu
menyusur pesisiran pantai. ii. Pak Mat tidak dapat menjala udang
kerana air di terusan itu keruh.

bentang (membentangkan) - gulung (menggulung), lipat


(melipat)
i. bentang (membentangkan) : menghamparkan. ii. gulung
(menggulung), lipat (melipat) : benda yang melembar-lembar atau
berutas-utas dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak,
bentuk bulat panjang.
Contoh: i. Haji Dawam membentang kain sejadah untuk
bersembahyang. ii. Ah Meng dan kawan-kawannya memunggah
beberapa gulung kawat duri lalu dimasukkan ke dalam lori.

berani - gentar, takut


i. berani : tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan). ii.
gentar, takut : gentar rasa takut, gerun, ngeri tidak sanggup

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 29


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

menghadapi bahaya.
Contoh: i. Seseorang perajurit mesti berani melawan musuh demi
mempertahankan maruah negara. ii. Dia takut lalu lari menyorok
di dalam gulungan tikar yang terletak di tepi dinding.

berat - ringan
i. berat : mempunyai tekanan yang kuat (apabila ditimbang). ii.
ringan : tidak berat, enteng, senang dilakukan, tidak penting,
tidak mendalam.
Contoh: i. Seseorang bapa mesti mengambil berat tentang
didikan disiplin anak-anak. ii. Masalah sosial yang berlaku dalam
kalangan remaja sekarang jangan dipandang ringan.

beri (memberi) - ambil (mengambil), terima (menerima)


i. beri (memberi) : menyampaikan kepada seseorang,
mengizinkan, membenarkan. ii. ambil (mengambil), terima
(menerima) : memegang, memetik sesuatu serta menyimpannya
atau membawa pergi.
Contoh: i. Mereka memberi bantuan wang kepada seorang pelajar
miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian
tinggi. ii. Hartawan itu berazam mengambil budak itu sebagai
anak angkatnya.

bersih - cemar, comot, kotor


i. bersih : cuci, suci, jujur dan ikhlas, bebas daripada kekotoran,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 30


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

bebas daripada anasir yang tidak baik. ii. cemar, comot, kotor :
tidak bersih, kotor, tidak murni.
Contoh: i. Kita hendaklah membersihkan kawasan masing-masing
untuk membasmi wabak kepialu. ii. Baju yang dipakai oleh
mekanik kereta itu kelihatan comot.

besar - kecil
i. besar : tidak kecil (ukuran), penting, pengaruh, berkuasa. ii.
kecil : tidak besar, kurang besar, tidak lebar, masih rendah
umurnya, tidak banyak.
Contoh: i. Negara-negara berkuasa besar membuat persidangan
di Tokyo pada bulan lepas. ii. Kebanyakan negara membangun
terdiri daripada negara-negara kecil.

betina - jantan
i. betina : jantina lawan jantan, bintang yang mengeluarkan anak
atau telur. ii. jantan : jantina lawan betina, jantina tidak boleh
membiak.
Contoh: i. Wak Berahim membela dua puluh ekor lembu betina. ii.
Ayam jantan itu sedang berkokok di bawah pokok jambu.

betul - salah
i. betul : benar, tidak salah, tepat, sejati, tulen. ii. salah : tidak
benar, tidak tepat, tidak baik, tidak layak.
Contoh: i. Saya percaya dalam hal ini, dia tidak bersalah kerana

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 31


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

itu adalah semata-mata fitnah sahaja. ii. Jika dia didapati


bersalah dalam hal itu, dia mesti dihukum dengan hukuman yang
setimpal dengan kesalahannya.

beza (perbezaan) - sama (persamaan)


i. beza (perbezaan) : keadaan atau sifat yang tidak sama antara
satu dengan yang lain, selisih. ii. sama (persamaan) : tidak
berbeza atau berlainan, serupa, setanding, sama-sama.
Contoh: i. Encik Azmi tidak pernah membezakan kasih sayangnya
terhadap anak-anaknya. ii. Markah yang dicapai oleh qari dan
qariah dalam tilawah Quran itu adalah sama.

biadab - adab (beradab), sopan


i. biadab : tidak ada budi bahasa, tidak beradab, tidak
bertamadun, belum maju. ii. adab : tingkah laku serta tutur kata
yang halus, budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan.
Contoh: i. Kelakuan yang biadab melambangkan sikap buruk
seseorang itu sendiri. ii. Orang yang berakhlak mulia mempunyai
adab budi bahasa yang tinggi.

biasa - istimewa
i. biasa : seperti sedia kala, seperti yang sudah-sudah, lazim,
tidak istimewa. ii. istimewa : khas, khusus, lain daripada yang
lain.
Contoh: i. Pada kebiasaannya, Ustaz Othman selalu datang awal

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 32


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

ke masjid. ii. Majlis yang diadakan ini adalah majlis istimewa


kerana menyambut tetamu yang baru pulang dari Mekah.

bijak - bebal, bodoh


i. bijak : pintar, cerdik, pandai. ii. bebal, bodoh : tumpul otak.
Contoh: i. Dia seorang pelajar yang bijak di sekolah ini. ii. Guru
harus banyak bersabar apabila mengajar murid yang bebal.

bina (membina) - roboh (merobohkan), runtuh (meruntuhkan)


i. bina (membina) : membuat sesuatu sehingga terdiri sesuatu. ii.
roboh (merobohkan), runtuh (meruntuhkan) : jatuh ke bawah
kerana rosak, meruntuhkan, menumbangkan, membinasakan.
Contoh: i. Jambatan baharu sedang dibina untuk menggantikan
jambatan lama itu. ii. Mereka terpaksa merobohkan bangunan
yang buruk itu kerana hendak membina bangunan baharu.

bini - laki, suami


i. bini : isteri ii. laki, suami : pasangan hidup bini.
Contoh: i. Isteri Encik Halim berketurunan orang Jordan. ii.
Suami Puan Rahimah baru sahaja bersara daripada pasukan
tentera.

bisik (berbisik) - jerit (menjerit), teriak (berteriak)


i. bisik (berbisik) : sesuatu yang dibisikkan, bercakap dengan
suara yang perlahan kepada seseorang atau kumpulan. ii. jerit

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 33


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

(menjerit), teriak (berteriak) : seruan dengan suara yang keras,


nyaring, melaung, memekik.
Contoh: i. Mak Kiah berbisik sesuatu kepada Kamaliah. ii. Seman
memekik dengan sekuat-kuat hatinya untuk meminta
pertolongan.

bising - senyap, sepi, sunyi


i. bising : bunyi yang memekakkan telinga, riuh, hingar. ii. senyap,
sepi, sunyi : sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, tidak
kedengaran apa-apa.
Contoh: i. Bunyi bising di tapak bangunan itu sungguh kuat
sehingga mengganggu anak-anak kecil hendak tidur. ii. Keadaan
pada malam itu sungguh sunyi.

bisu (membisu) - cakap (bercakap)


i. bisu (membisu) : tidak dapat bercakap kerana rosak alat
pertuturan, berdiam diri, tidak mahu bercakap. ii. cakap
(bercakap) : bicara, kata, kecek, tutur, berkata, bertutur,
berbual, berborak, bersembang.
Contoh: i. Dia membisu dengan seribu bahasa, apabila bapanya
bertanya sesuatu kepadanya. ii. Dia suka bercakap dengan ibunya
sahaja.

bodoh - bijak, cerdik, pandai, pintar


i. bodoh : bebal, tumpul otak. ii. bijak : bijaksana, cerdik, pandai,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 34


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

pintar.
Contoh: i. Pada kebiasaannya, orang bodoh susah menerima
tunjuk ajar daripada orang lain. ii. Orang yang bijak pandai
sahaja boleh memegang jawatan tinggi.

bohong - benar
i. bohong : berlainan daripada yang sebenar (berbohong),
bercakap dusta. ii. benar : tidak salah, betul, (kebenaran)
keizinan.
Contoh: i. Orang yang suka bercakap bohong selalu tiada kawan.
ii. Dia bercakap benar berdasarkan apa yang dilihatnya.

bongkak - ramah
i. bongkak : sombong, pongah, angkuh. ii. ramah : suka bercampur,
bergaul mesra.
Contoh: i. Sekarang dia sudah jadi bongkak semenjak mendapat
jawatan tinggi itu. ii. Halim seorang budak yang peramah dan
suka bergaul dengan orang ramai.

bongsu - sulung
i. bongsu : yang paling muda, terkecil, yang paling akhir sekali
tumbuh. ii. sulung : yang terdahulu, yang tertua, anak yang
pertama.
Contoh: i. Anak bongsu Encik Dali masih belajar di sekolah
rendah. ii. Anak perempuan sulung saya sudah bekerja.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 35


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

borong - runcit
i. borong : secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli,
pekerjaan, dll). ii. runcit : bermacam-macam, beraneka warna,
berbagai-bagai.
Contoh: i. Haji Damit memborong barang keperluan dapur di
kedai Ah Meng. ii. Wak Dolah membuka kedai runcit di
kampungnya.

boros - hemat, jimat


i. boros : membazir, tidak hemat, suka mengeluarkan wang
berlebihan. ii. hemat, jimat : cermat, tidak boros, tidak
membazir.
Contoh: i. Dia suka membelanja wang sekolah dengan boros. ii.
Dia membelanja wang sakunya dengan berjimat cermat.

boros (memboroskan) - jimat (menjimatkan)


i. boros (memboroskan) : membazirkan, mengeluarkan wang
berlebihan. ii. jimat (menjimatkan) : bercermat.
Contoh: i. Kakak memboroskan wang kerana membeli kuih sangat
banyak hingga tidak termakan. ii. Orang yang sentiasa berjimat
cermat akan hidup dalam keadaan senang.

bosan - gemar

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 36


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. bosan : jemu, boyak, sudah tidak suka lagi. ii. gemar : suka,
minat.
Contoh: i. Encik Sabri sudah bosan tinggal di kota raya, kini ia
pulang untuk tinggal di kampung. ii. Encik Kumar amat gemar
bermain golf, walaupun hari hujan.

buang (membuang) - kutip (mengutip), pungut (memungut)


i. buang (membuang) : mencampakkan, melemparkan. ii. kutip
(mengutip), pungut (memungut) : memetik, mengambil,
mengumpul.
Contoh: i. "Jangan membuang sampah di merata-rata tempat,"
kata Cikgu Sufian. ii. Mak Minah kutip daun-daun kering yang
gugur di halaman rumahnya.

buas - jinak
i. buas : ganas, galak, tidak terkawal, liar. ii. jinak : tidak liar.
Contoh: i. Kita boleh lihat binatang-binatang buas di zoo. ii. Saya
suka membela arnab kerana haiwan ini mudah jinak.

buka (membuka) - katup (mengatup), tutup (menutup)


i. buka (membuka) : menjadikan tidak tertutup, menanggalkan,
membentangkan. ii. katup (mengatup) : sesuatu yang digunakan
untuk menutup.
Contoh: i. Pagi-pagi lagi Kumari membuka jendela rumahnya. ii.
Puan Aisah terpaksa mengatup balang itu supaya tidak dimasuki

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 37


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

semut.

bumi - langit
i. bumi : planet tempat kita tinggal, permukaan bumi, tanah. ii.
langit : lengkung yang kelihatannya biru dan melingkungi bumi.
Contoh: i. Bumi mana tidak kena hujan dan langit mana tidak
berawan. ii. Langit hari ini berwarna biru tanda cuacanya baik.

buncit - kempis
i. buncit : besar perut, gendut. ii. kempis : menjadi pipih atau
kendur tidak melembung lagi.
Contoh: i. Perut dia buncit kerana tidak membuat latihan
jasmani. ii. Sekarang perut Encik Tan sudah kempis kerana selalu
bersenaman.

buruk - cantik, indah


i. buruk : tua dan rosak, tidak cantik, tidak baik, jahat. ii. cantik,
indah : sangat menarik apabila dipandang (untuk perempuan, rupa
muka, bangunan, benda, pemandangan).
Contoh: i. Bangunan kayu itu sudah buruk dan tidak boleh
digunakan lagi. ii. Bangunan Sultan Sulaiman masih kelihatan
cantik, walaupun sudah lama.

busuk - harum, wangi

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 38


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. busuk : berbau tidak sedap. ii. harum, wangi : sedap baunya


wangi.
Contoh: i. Bangkai biawak di tepi jalan itu sungguh busuk. ii.
Sungguh harum bau bunga cempaka itu.

buta - celik
i. buta : tidak dapat melihat. ii. celik : mata terbuka.
Contoh: i. Walaupun matanya buta tetapi dia sanggup membuat
kerja untuk mencari rezeki. ii. Anak arnab itu belum celik mata
lagi, walaupun umurnya sudah seminggu.

cabut (mencabut) - cacak (mencacakkan)


i. cabut (mencabut) : menarik sesuatu keluar supaya terlepas. ii.
cacak (mencacakkan) : mendirikan, menegakkan.
Contoh: i. Pak Ali mencabut tiang pagar yang patah itu. ii.
Pekerja-pekerja itu mencacakkan kayu bakau supaya tanah itu
tidak runtuh.

cacak (mencacakkan) - cabut (mencabut)


i. cacak (mencacakkan) : mendirikan, menegakkan. ii. cabut
(mencabut) : menarik sesuatu keluar supaya terlepas.
Contoh: i. Wak Deraman mencacakkan beberapa batang kayu
tembesu untuk dijadikan tiang pagar. ii. Gajah liar mencabut
pokok-pokok pisang dan anak-anak getah di kebun Pak Yunus.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 39


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

cacat - sempurna
i. cacat : kekurangan atau keadaan kurang upaya / sempurna
(lengkap, menarik) pada badan, benda, dll. ii. sempurna : lengkap,
tidak ada cacat-celanya.
Contoh: i. Walaupun dia cacat anggota, namun dia tetap gigih
berusaha untuk menyara hidup keluarganya. ii. Majlis
perkahwinan yang berlangsung semalam berjalan dengan lancar
dan sempurna.

caci (mencaci) - puji (memuji)


i. caci (mencaci) : mengata keburukan orang, mencela, mencerca.
ii. puji (memuji) : menyatakan penghargaan yang baik.
Contoh: i. Perbuatan suka mencaci orang lain di khalayak ramai
adalah perbuatan yang tidak baik. ii. Ahmad mendapat pujian
daripada pihak polis kerana keberaniannya itu.

cair - beku, pekat


i. cair : tidak keras, boleh mengalir seperti air. ii. beku, pekat :
pejal, keras.
Contoh: i. Timah yang pejal itu jika dipanaskan akan menjadi cair.
ii. Susu itu beku kerana diletakkan di tempat ais di dalam peti
sejuk.

cakap (bercakap) - bisu (membisu)


i. cakap (bercakap) : berkata, berbicara, bertutur. ii. bisu

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 40


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

(membisu) : berdiam diri, tidak mahu bercakap.


Contoh: i. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang selalu bercakap
itu cerdik dan cerdas otaknya. ii. Dia membisu dengan seribu
bahasa apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dapat
diselesaikan.

campur (mencampurkan) - asing (mengasingkan)


i. campur (mencampurkan) : menggaulkan, menjadikan bercampur.
ii. asing (mengasingkan) : memisahkan.
Contoh: i. Mak Timah menggaulkan garam dan sedikit kunyit lalu
disapukan pada ikan yang telah dibersihkan. ii. Anaknya
mengasingkan ikan-ikan yang telah masak ke dalam bekas khas.

cangkat - dalam
i. cangkat : cetek, tohor. ii. dalam : jarak jauh ke bawah atau ke
dasar dari permukaan air / tanah dan sebagainya.
Contoh: i. Budak-budak suka mandi di alur itu kerana airnya
cangkat sahaja. ii. Perigi itu airnya jauh ke dalam sehingga tidak
kelihatan dasarnya.

cantik - buruk
i. cantik : sangat menarik apabila dipandang (berkenaan orang
perempuan, rupa muka, bangunan, benda, dll). ii. buruk : hodoh,
jelik.
Contoh: i. Bunga kebangsaan negara kita sangat cantik. ii. Ahmad

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 41


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

membuang kasut buruknya ke dalam parit.

cantik - hodoh
i. cantik : sangat menarik apabila dipandang (berkenaan orang
perempuan, rupa muka, bangunan, benda, dll). ii. buruk : hodoh,
jelik.
Contoh: i. Reka bentuk bangunan itu sungguh cantik. ii. Abu
bermimpi bertemu dengan seorang yang mempunyai rupa yang
hodoh.

cedera - pulih, sembuh


i. cedera : cacat, cela, luka / patah. ii. pulih, sembuh : sembuh,
kembali seperti asal.
Contoh: i. Kucing kesayangan saya cacat sedikit kerana kakinya
tempang. ii. Kak Norma baru pulih daripada demam denggi.

cegah (mencegah) - galak (menggalakkan)


i. cegah (mencegah) : menghalang, mengikhtiarkan supaya jangan
berlaku. ii. galak (menggalakkan) : memberi semangat, memberi
dorongan.
Contoh: i. Pasukan keselamatan ditempatkan di sempadan untuk
mencegah kegiatan penyeludupan. ii. Kita hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajar supaya dapat menguasai bahasa-
bahasa lain.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 42


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

celik - buta
i. celik : mata terbuka. ii. buta : tidak dapat melihat.
Contoh: i. Dia baru celik setelah sedar daripada tidur. ii. Pak Kob
memang buta tetapi dia boleh memanjat dan memetik kelapa.

celik (mencelikkan) - pejam (memejamkan)


i. celik (mencelikkan) : membuka mata, menyedarkan,
menginsafkan. ii. pejam (memejamkan) : menutupkan mata.
Contoh: Matanya masih pejam celik kerana dia tidak dapat tidur
lena pada tengah malam itu.

cemar - bersih
i. cemar : kotor, tidak murni. ii. bersih : tidak kotor.
Contoh: Baju yang sangat cemar itu harus direndamkan dengan
sabun selama beberapa jam sebelum dibersihkan.

cemas - tenang
i. cemas : berasa takut, bimbang, gelisah. ii. tenang : tidak
gelisah, tidak kacau, tidak gelisah.
Contoh: i. Encik Afif kelihatan cemas menunggu kelahiran cahaya
mata yang pertama. ii. Encik Ahmad kelihatan tenang sahaja
semasa menerima berita yang malang itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 43


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

cepat - lambat
i. cepat : laju, kencang, deras, pantas. ii. lambat : mengambil
masa yang lama, tidak cepat atau lekas.
Contoh: Amran cepat-cepat berlari kerana dia tidak mahu
terlambat tiba di tempat itu.

cerah - gelap, kelam, mendung, redup


i. cerah : terang, jernih, berseri, tidak muram. ii. gelap, kelam,
mendung, redup : tidak bercahaya, tidak terang, tidak jelas,
secara haram.
Contoh: Beranda rumahnya masih cerah dengan cahaya lampu
tetapi di sebelah dalam rumahnya sudah gelap.

cerah - muram, suram


i. cerah : berseri, tidak muram. ii. muram, suram : tidak berseri-
seri, kuyu, kurang seronok, kurang bahagia.
Contoh: i. Wajah Anisah berseri-seri hari ini. ii. Jumat kelihatan
muram sahaja semasa keluar dari bilik guru besar.

cerai (bercerai) - kahwin (berkahwin), nikah (bernikah)


i. cerai (bercerai) : berpisah, tidak bersatu, berpecah. ii. kahwin
(berkahwin) : bernikah, mempunyai isteri / suami.
Contoh: i. Akhirnya mereka bercerai juga, walaupun diberi
beberapa kali nasihat kepada mereka. ii. Anak bongsu Haji Aziz
sudah berkahwin pada bulan lepas.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 44


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

cerdik - bebal, bodoh


i. cerdik : berakal, pandai, dapat mengerti dengan cepat. ii.
bebal, bodoh : tumpul otak, dungu, tolol, sukar mengerti atau
mempelajari sesuatu.
Contoh: i. Orang yang cerdik mudah memahami apa yang mereka
pelajari. ii. Orang yang bodoh dan bebal sukar menerima nasihat
dan teguran orang lain.

cergas - lembap
i. cergas : bertenaga dan giat, pantas, cepat, aktif, banyak
libatkan dalam kegiatan. ii. lembap : lambat, tidak cerdas, tidak
cegas.
Contoh: i. Walaupun usianya sudah lanjut tetapi dia masih lagi
cergas dalam aktiviti persatuan. ii. Dia seorang lembap,
tambahan pula gangguan kesihatan, menyebabkan dia tidak boleh
bergerak cergas lagi.

cermat - alpa, cuai, lalai


i. cermat : perhatian, prihatin, teliti, rapi. ii. alpa, cuai, lalai :
abai, tidak berhati-hati dalam membuat sesuatu.
Contoh: i. Orang yang mempunyai kemahiran dan cermat dapat
membuat ukiran seni yang baik. ii. Orang mempunyai sikap sambil
lewa atau alpa dalam membuat kerja akan membuahkan hasil yang
tidak memuaskan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 45


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

cetek - dalam
i. cetek : tohor, cangkat, dangkal. ii. dalam : jauh ke bawah atau
ke dasar permukaan air atau tanah, dll.
Contoh: i. Air sungai itu kini semakin cetek. ii. Pelombong-
pelombong arang batu memasuki perut bumi sehingga beratus-
ratus meter ke dalam.

cipta (mencipta) - musnah (memusnahkan)


i. cipta (mencipta) : menerbitkan atau menghasilkan,
mewujudkan. ii. musnah (memusnahkan) : membinasakan langsung,
menghilangkan, melenyapkan, merosakkan.
Contoh: i. Encik Azahar telah mencipta kereta bajak serba guna
untuk keperluan peladang-peladang di kampungnya. ii. Pihak
tentera menghantar pakar pemusnah bom untuk memusnahkan
bom yang dijumpai di pesisir pantai Bachok.

comot - bersih
i. comot : cemar, kotor, tidak bersih, tidak murni. ii. bersih :
cuci, suci, jujur dan ikhlas, bebas daripada kekotoran, bebas
daripada anasir yang tidak baik.
Contoh: i. Muka Azman habis comot kerana terkena minyak
pelincer semasa di bengkel tadi. ii. Pakaian bersih itu sudah
dimasukkan ke dalam almari.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 46


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

cuai - awas, cermat


i. cuai : lalai, abai, leka. ii. awas, cermat : berhati-hati, berjaga-
jaga, waspada.
Contoh: i. Kita jangan cuai dengan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada kita. ii. Kita hendaklah berjimat cermat
ketika berbelanja pada setiap hari.

curam - datar
i. curam : terjal, cerun, sangat menurun. ii. datar : rata,
permukaan, nada, tidak tinggi tidak rendah.
Contoh: i. Lebuh raya yang menghubungkan timur-barat terpaksa
melalui lereng-lereng dan bukit yang curam. ii. Sekarang banyak
tanah datar digunakan untuk membina bangunan dan rumah
kediaman.

curang - jujur
i. curang : tidak jujur, tidak ikhlas, tidak tulus. ii. jujur : lurus
hati, ikhlas, tulus hati.
Contoh: i. Azman terpaksa diberhentikan kerja kerana telah
didapati curang dalam mengendalikan syarikat. ii. Orang yang
bersifat jujur dan ikhlas sangat dikasihi Allah.

curiga - percaya
i. curiga : syak wasangka, waswas, sangsi. ii. percaya : akui akan
kebenarannya, berasa pasti.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 47


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Saya amat curiga atas tingkah laku budak-budak itu. ii.
Kami percaya bahawa penjenayah itu masih lagi berada di
kawasan ini lagi.

dahulu - kini, sekarang


i. dahulu : yang telah lepas, yang telah lampau, yang lalu. ii. kini,
sekarang : waktu ini.
Contoh: i. Orang-orang zaman dahulu menggunakan perahu
sebagai pengangkutan mereka. ii. Pada masa kini komputer tidak
lagi dianggap sebagai satu lambang kemewahan.

daif - mulia
i. daif : cacat, hina, lemah. ii. mulia : luhur, terhormat, tertinggi.
Contoh: i. Kehidupan keluarga Pak Abu sungguh daif. ii. Mak
Bidah sungguh terharu dengan kemuliaan hati jirannya itu.

daki (mendaki) - turun (menuruni)


i. daki (mendaki) : memanjat, menuju ke puncak, makin menaik
atau meninggi. ii. turun (menurun) : pergi dari atas ke bawah,
menjadi kurang daripada biasa, beransur-ansur turun, menjadi
reda.
Contoh: i. Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Putra berjaya
mendaki Gunung Kinabalu. ii. Kemarahan Pak Usu sudah mula
menurun apabila dia sedar bahawa perkara itu adalah
kesilapannya sendiri.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 48


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

dalam - cangkat, cetek, tohor


i. dalam : jauh ke bawah atau ke dasar permukaan air atau tanah,
dll. ii. cangkat, cetek, tohor : dangkal.
Contoh: i. Kanak-kanak tidak dibenarkan berenang di kawasan air
dalam di kolam renang itu. ii. Air perigi sudah mula cetek kerana
sekarang musim kemarau panjang.

damai - huru-hara, kacau-bilau


i. damai : tidak bermusuhan, berbaik semula, tenang, tenteram.
ii. huru-hara, kacau-bilau : dalam keadaan tidak tenteram, kelam-
kabut.
Contoh: i. Negara kita sentiasa berada dalam aman damai. ii.
Pemimpin-pemimpin kita bijak mengatur langkah untuk mengelak
berlakunya huru-hara dalam negara.

darab (mendarabkan) - bahagi (membahagikan)


i. darab (mendarabkan) : perkalian, kali-kali. ii. bahagi
(membahagikan) : membahagi menjadikan beberapa bahagian.
Contoh: Soalan kira-kira darab dan bahagi mudah dijawab
sekiranya kamu menghafaz sifir darab.

dara - teruna
i. dara : perempuan yang baligh tetapi belum berkahwin, perawan,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 49


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

gadis. ii. teruna : anak lelaki yang masih muda, anak muda,
pemuda.
Contoh: Anak dara Mak Cik Halimah sudah bertunang dengan
teruna dari kampung seberang.

darat - laut
i. darat : tanah, (sbg lawan laut, atau air). ii. laut : lawan darat,
air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka
bumi.
Contoh: Pada masa kini, darat dan laut terancam oleh masalah
pencemaran alam.

datar - curam
i. datar : rata, permukaan, nada, tidak tinggi tidak rendah. ii.
curam : terjal, cerun, sangat menurun.
Contoh: i. Kebanyakan tanah datar sesuai untuk aktiviti
pertanian. ii. Kereta yang dipandu oleh lelaki itu terbabas ke
dalam tebing yang curam itu.

datar (mendatar) - tegak


i. datar (mendatar) : selari dengan permukaan bumi, permukaan
rata, tidak tinggi tidak rendah. ii. tegak : lurus ke atas, tidak
berbengkang-bengkok.
Contoh: i. Pencapaian ujian bulanan bagi subjek Sains mendatar
setiap kali ujian. ii. Tiang bendera di padang perbandaran itu

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 50


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

berdiri tegak setinggi 20 meter.

datuk - nenek
i. datuk : bapa kepada ayah atau ibu. ii. nenek : ibu kepada ayah
atau ibu.
Contoh: Pada cuti sekolah nanti, saya akan balik berjumpa datuk
dan nenek di kampung.

dedah (mendedahkan) - tutup (menutup), tudung (menudung)


i. dedah (mendedahkan) : membukakan, menampakkan. ii. tutup
(menutup) : tidak membiarkan terbuka, mematikan nyala lampu,
tidak menghebahkan.
Contoh: i. Islam tidak membenarkan orang lelaki atau perempuan
mendedahkan aurat. ii. Dia cuba menutup rahsianya daripada
ketahui oleh orang ramai dengan menyogokkan sesuatu.

dekat - jauh
i. dekat : tidak jauh jaraknya, atau jaraknya, hampir. ii. jauh :
besar jaraknya, tidak dekat.
Contoh: Encik Chong tinggal dekat pasar raya tetapi jauh dari
sekolah tempat anaknya belajar.

deras - perlahan
i. deras : cepat, laju, bunyi letupan. ii. perlahan : tidak terburu-
buru, (tergesa-gesa, cepat-cepat) tidak kuat bunyi.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 51


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Suara enjin motorsikal itu bunyinya deras sehingga


mengganggu orang ramai. ii. Suaranya perlahan menyebabkan
murid-murid di belakang tidak dengar.

derhaka - setia
i. derhaka : tidak taat kepada negara, ibu bapa, Tuhan, dll. ii.
setia : taat, teguh hati.
Contoh: i. "Jangan sekali-kali menderhaka kepada ibu bapa kamu
kerana kelak tidak berbau syurga," nasihat ustazah. ii. Setiap
orang tentera mesti bersumpah setia kepada raja dan negara
sebelum bertugas sebagai tentera.

desa - bandar, kota


i. desa : kampung, kawasan kediaman di luar bandar, dusun. ii.
bandar : kota, tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan
terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan.
Contoh: i. Di desa banyak kebun dan ladang buah-buahan. ii.
Banyak kegiatan perniagaan tertumpu di bandar.

desak (mendesak) - pujuk (memujuk)


i. desak (mendesak) : meminta / menuntut dengan bersungguh-
sungguh. ii. pujuk (memujuk) : memakai kata-kata manis dengan
tujuan hendak memikat hati (mengajak, menipu, dll).
Contoh: i. Dia mendesak emaknya membeli motosikal baharu
untuk berulang-alik ke sekolah. ii. Abu memujuk ayahnya supaya

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 52


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

membenarkannya mengikuti rombongan sekolah ke Pulau


Langkawi.

dingin - hangat
i. dingin : sejuk, tidak meriah, tidak mesra, basi (berita). ii.
hangat : panas api, meriah, tidak tenang, masih baharu, berapi-
api, semangat.
Contoh: i. Perhubungan mereka menjadi dingin disebabkan
kesilapan menerima maklumat. ii. Air kopi yang dihidangkan oleh
Suri itu masih hangat.

dingin - panas
i. dingin : sejuk, tidak meriah, tidak mesra, basi (berita). ii. panas
: lawan hangat, sejuk sinar cahaya matahari, hebat, masih
baharu.
Contoh: i. Akhbar itu selalu menyiarkan berita yang sudah dingin
menyebabkan tidak ada pembaca yang hendak membacanya. ii.
Mengikut ramalan kaji cuaca, keadaan cuaca di kawasan Kuala
Terengganu, cuacanya panas.

diri (berdiri) - duduk


i. diri (berdiri) : tegak di atas kaki, telah diadakan atau
ditubuhkan. ii. duduk : beristirahat di atas punggung (seperti
bersila, bersimpuh), tinggal, diam, dll.
Contoh: i. Budak itu berdiri tegak di beranda sekolah sambil

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 53


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

memerhati kawan-kawannya bermain. ii. Pengantin lelaki duduk


bersila di hadapan tuan imam.

domestik - antarabangsa
domestik : dalam negeri. antarabangsa : dalam kalangan negara-
negara.
Contoh: i. Banyak ahli perniagaan menggunakan penerbangan
domestik untuk urusan mereka. ii. Negara kita banyak menerima
pelancong antarabangsa setiap tahun.

dongak (mendongak) - tunduk (menunduk)


i. dongak (mendongak) : terangkat sedikit muka atau kepala,
memandang, menengok ke atas. ii. tunduk (menunduk) : lawan
mengadah, tunduk, memberi hormat.
Contoh: i. Ayah mendongak lalu mengambil kitab yang terletak di
atas rak. ii. Gadis itu menundukkan kepalanya ke bawah kerana
malu hendak melintas di hadapan khalayak orang ramai.

dosa - pahala
i. dosa : perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama Islam. ii.
pahala : ganjaran daripada Tuhan kerana buat kebajikan, lawan
dosa.
Contoh: i. Islam melarang umatnya melanggar perintah Tuhan
kerana perbuatan itu adalah berdosa. ii. Islam menganjurkan
umatnya berbuat kebajikan kerana Allah berjanji memberi

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 54


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

ganjaran pahala.

duda - janda
i. duda : lelaki yang kematian isterinya atau bercerai dengan
isteri. ii. janda : perempuan yang bercerai dengan suaminya.
Contoh: Majlis perkahwinan antara duda dan janda itu dibuat
secara sederhana sahaja.

duduk - bangun, diri (berdiri)


i. duduk : beristirahat di atas punggung (seperti bersila,
bersimpuh). ii. bangun, diri (berdiri) : bangkit daripada duduk,
tidur, dll.
Contoh: i. Orang tua itu duduk di atas kerusi malas sambil
membaca buku agama. ii. Atan terus berdiri apabila namanya
disebut oleh guru kelas.

duka - suka
i. duka : perasaan hati sedih. ii. suka : perasaan girang dalam
hati, senang hati.
Contoh: i. Dia masih lagi berduka kerana baharu sahaja kematian
ayahnya. ii. Ramu sangat suka kerana berjaya dengan cemerlang
dalam pepeperiksaan yang diumumkan itu.

dunia - akhirat

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 55


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. dunia : tempat hidup sebelum mati, perihal hidup, segala


manusia yang hidup di bumi. ii. akhirat : alam tempat kita berada
sesudah mati.
Contoh: Hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dan di
akhiratlah tempat yang kekal.

ekor - kepala
i. ekor : bahagian di belakang sekali. ii. kepala : bahagian tubuh
manusia, haiwan (daripada leher ke atas).
Contoh: Ayah saya suka makan sup ekor lembu dan saya pula suka
makan kari kepala ikan.

eksport - import
i. ekspot : penghantaran barang-barang ke luar negeri untuk
tujuan perdagangan. ii. import : pemasukan barang-barang dari
luar negeri.
Contoh: i. Minyak kelapa sawit merupakan bahan ekspot yang
terbesar bagi Malaysia. ii. Negara kita mengimport kenderaan
bermotor dari Jepun, Amerika Utara, Jerman, dan lain-lain.

emak - ayah, bapa


i. emak : orang yang melahirkan seseorang, ibu. ii. ayah, bapa :
bapa kepada anak, panggilan kepada orang lebih tua sebagai
tanda hormat kepadanya.
Contoh: Emak dan ayah pergi ke majlis kesyukuran di rumah

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 56


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kawannya yang tidak jauh dari sini.

empuk - keras
i. empuk : lembut senang dikunyah. ii. keras : kuat dan padu,
tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah
bentuknya.
Contoh: Emak memasukkan buah betik muda ke dalam gulai untuk
empukkan daging yang keras.

enggan - sudi, rela


i. enggan : tidak mahu, tidak suka. ii. sudi, rela : tidak keberatan,
suka, berkenan, mahu.
Contoh: i. Gadis itu enggan melayan teguran pemuda yang tidak
dikenalinya itu. ii. Pengemis itu tidak menyangka orang kaya itu
sudi memberi wang dan makanan kepadanya.

engkau - aku, saya


i. engkau : ganti nama diri kedua (untuk setaraf atau lebih
rendah) kamu, awak. ii. aku, saya : ganti nama diri pertama.
Contoh: Sudah lama engkau tidak datang ke rumah aku.

erat - renggang
i. erat : kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar, rapat. ii.
renggang : tidak berapa rapat, agak berjauhan, ada jaraknya.
Contoh: Dahulu perhubungan mereka berdua itu sangat erat

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 57


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tetapi sekarang ada tanda-tanda hendak renggang.

faham - keliru
i. faham : tahu dan mengerti. ii. keliru : salah tanggapan, khilaf,
sesat.
Contoh: i. Dia seorang budak yang bijak dan mudah faham apa-
apa perkara yang diajar kepadanya. ii. Peta lakar yang kamu
pamerkan itu membuat orang ramai menjadi keliru.

fajar - senja
i. fajar : dinihari, subuh, cahaya kemerah-merahan di langit
timur menjelang matahari terbit. ii. senja : matahari hampir
terbenam di ufuk barat.
Contoh: i. Apabila fajar menyising, nelayan mula belayar menuju
ke tengah laut untuk mencari rezeki. ii. Burung-burung terbang
pulang ke sarang kerana hari sudah senja.

fantasi - realiti
i. fantasi : imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan,
khayalan, angan-angan. ii. realiti : keadaan yang nyata, kenyataan,
hakikat.
Contoh: Cerita-cerita dongeng yang dipaparkan itu merupakan
fantasi pengarang sahaja kerana tidak menunjukkan realiti yang
sebenar.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 58


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

fasih - pelat
i. fasih : lancar dan baik sebutannya. ii. pelat : kurang betul
mengucap kata-kata, telor.
Contoh: i. Orang Jepun itu fasih berbahasa Melayu. ii. Encik
John masih pelat berbahasa Melayu walaupun sudah sepuluh
tahun berada di Malaysia.

gabung (bergabung) - pecah (berpecah)


i. gabung (bergabung) : terikat dalam satu berkas, berikat
bercantum, bersekutu. ii. pecah (berpecah) : berbelah-belah
menjadi kecil.
Contoh: i. Kita mestilah bergabung tenaga bagi membanteras
gejala penagihan dadah. ii. Pendatang tanpa izin terpaksa
berpecah-pecah supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan
mereka.

gadai (menggadaikan) - tebus (menebus)


i. gadai (menggadaikan) : menyerahkan sesuatu sebagai cagaran
hutang. ii. tebus (menebus) : membayar wang untuk mendapat
kembali barang yang digadai.
Contoh: i. Mak cik Piah menggadaikan barang-barang kemasnya di
kedai pajak gadai. ii. Norman telah menebus kembali barang-
barang kemas yang digadainya di kedai pajak gadai itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 59


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

gaduh (bergaduh) - baik (berbaik)


i. gaduh (bergaduh) : berkelahi, bertengkar. ii. baik (berbaik) :
tidak bermusuhan.
Contoh: Kanak-kanak selalu bergaduh tetapi selepas bergaduh
mereka berbaik-baik semula.

gagah - lemah
i. gagah : kuat, bertenaga. ii. lemah : tidak bertenaga.
Contoh: i. Gajah adalah binatang yang besar dan gagah. ii.
Pemuda yang tidak dikenali itu ditemui dalam keadaan lemah di
dalam hutan itu.

gagal - lulus
i. gagal : tidak berhasil atau berjaya. ii. lulus : berjaya.
Contoh: i. Sekali gagal bukanlah bererti akan gagal untuk selama-
lamanya. ii. Musa telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
UPSR yang diumumkan minggu lepas.

gagap - lancar
i. gagap : tertahan-tahan, terhenti-henti semasa bercakap. ii.
lancar : terlalu pantas dan licin / fasih.
Contoh: i. Pemuda itu tergagap-gagap hendak menjawab apabila
disoal oleh polis. ii. Rizalman terpilih sebagai pemidato terbaik
kerana lancar bercakap dan hujahnya bernas.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 60


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

galak (menggalakkan) - cegah (mencegah), halang


(menghalang)
i. galak (menggalakkan) : memberi semangat, memberi dorongan.
ii. cegah (mencegah), halang (menghalang) : menegah, menolak.
Contoh: i. Cikgu Hamid mengalakkan murid-murid membuat
karangan dengan menggunakan peta minda. ii. Pihak kerajaan
menubuhkan satu unit khas bagi mencegah penyeludupan di
sempadan.

gali (menggali) - kambus (mengambus), timbun (menimbun),


timbus (menimbus)
i. gali (menggali) : membuat lubang dalam tanah dengan
menggunakan alat, mesin, dll. ii. kambus (mengambus), timbun
(menimbun), timbus (menimbus) : menutupi dengan tanah.
Contoh: Pakcik Saini menggali lubang untuk menimbus bangkai
ayam yang mati digilis kereta.

ganjil - genap
i. ganjil : ajaib, aneh, pelik, tidak genap bilangan, angka ganjil
(contoh : 1, 3, 7,...), dll. ii. genap : cukup, penuh, lengkap, angka
genap (contoh : 2, 4, 6,...), dll.
Contoh: i. Batu ganjil yang dikatakan geliga hikmat itu rupa-
rupanya hanyalah batu biasa sahaja. ii. Umur adik sudah genap
sepuluh tahun.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 61


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

garing - lemau
i. garing : keras tetapi rapuh, rangup. ii. lemau : tidak garing,
lembik.
Contoh: Keropok goreng yang garing itu jika didedahkan kepada
udara akan menjadi lemau.

gelak - tangis (menangis)


i. gelak : ketawa, suka, geli hati. ii. tangis (menangis) : melahirkan
perasaan duka dengan mengeluarkan air mata.
Contoh: i. Mereka sungguh geli hati sehinggakan gelak ketawa
tidak berhenti-henti. ii. Safiq menangis kesakitan kerana kakinya
terpijak paku.

gelap - cerah, terang


i. gelap : tidak dapat cahaya, kelam, tidak terang. ii. cerah,
terang : ada cahaya, jernih, berseri, baik, berakal, cerdik.
Contoh: i. Pak Mat suka menjala ikan di sungai pada malam bulan
gelap. ii. Malam ini bulan purnama dan cahayanya terang-
benderang.

geleng (menggeleng) - angguk (mengangguk)


i. geleng (menggeleng) : menggerakkan kepala ke kiri ke kanan
menandakan tidak setuju. ii. angguk (mengangguk) : mengerakkan
kepala ke bawah tanda setuju, faham, mengerti.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 62


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Jaffri tidak berkata-kata hanya menggelengkan kepala


sahaja menandakan tidak mahu. ii. Mak Munah hanya mengangguk
kepalanya tanda membenarkan anaknya keluar.

gemar - bosan, jelak, jemu


i. gemar : suka benar, sangat minat. ii. bosan, jelek, jemu : sudak
tidak suka lagi, boyak.
Contoh: Syaidin gemar memancing ikan pada setiap malam
minggu.

gembira - sedih
i. gembira : sangat suka, sangat girang, besar hati. ii. sedih : rasa
pilu.
Contoh: i. Amalia sangat gembira kerana dapat bermain-main
dengan kakaknya. ii. Pak Tam amat sedih kerana sudah dua kali
hari raya anaknya tidak pulang-pulang.

gembur - padat
i. gembur : tidak padat, berderai-derai. ii. padat : penuh dan
rapat sekali.
Contoh: i. Tanah yang gembur amat sesuai untuk menanam sayur-
sayuran. ii. Jamil memasukkan barang-barang ke dalam tong itu
sehingga padat.

gemilang - malap

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 63


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. gemilang : bercahaya terang benderang. ii. malap : tidak terang


cahayanya, muram, suram, pudar.
Contoh: i. Bulan purnama cahayanya terang gemilang. ii. Pelita itu
semakin malap cahayanya.

gemuk - kurus
i. gemuk : tidak kurus, besar badan kerana banyak daging,
tambun. ii. kurus : kurang berdaging, tidak gemuk.
Contoh: Kakak Jamilah berusaha dengan berbagai-bagai cara
supaya badannya yang gemuk-gedempol itu menjadi kurus.

genang (bergenang) - alir (mengalir)


i. genang (bergenang) : tidak mengalir, bertakung. ii. alir
(mengalir) : bergerak berterusan (berkenaan air, cecair, tenaga
elektrik).
Contoh: i. Air yang bergenang itu sudah menjadi kering
disebabkan kemarau panjang. ii. Alir sungai itu tidak deras lagi
kerana airnya sudah cetek.

genap - ganjil
i. genap : cukup, penuh, lengkap, angka genap (contoh : 2, 4, 6,...).
ii. ganjil : ajaib, aneh, pelik, tidak genap bilangan, angka ganjil
(contoh : 1, 3, 7,...).
Contoh: Jumlah buah durian itu betul-betul genap, manakala
bilangan buah bacang pula ganjil.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 64


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

gentar - berani
i. gentar : berasa takut ii. berani : tidak takut, tabah
menghadapi bahaya.
Contoh: Walaupun dia berasa gentar, namun dia tetap
memberanikan untuk melawan penyamun itu.

gerak (bergerak) - henti (berhenti)


i. gerak (bergerak) : perpindahan tempat. ii. henti (berhenti) :
tidak bergerak.
Contoh: Mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana lagi di
dalam hutan tebal itu kerana hari sudah gelap.

gerimis - lebat
i. gerimis : hujan rintik-rintik. ii. lebat : banyak lagi tebal (bukan
hujan, embun).
Contoh: i. Anak gadis Pak Majid berjalan perlahan-lahan dalam
keadaan hujan gerimis itu. ii. Dalam keadaan hujan lebat, Pak cik
Jamal mengayuh basikalnya tanpa berhenti berteduh di mana-
mana.

gering - sihat
i. gering : sakit, uzur (bahasa digunakan di istana). ii. sihat :
sembuh daripada sakit, pulih.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 65


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Rakyat jelata dan pembesar negeri tidak dibenarkan


menghadap kerana baginda sedang gering. ii. Sekarang Encik
Sufian sudah beransur pulih dan sedikit masa lagi dia akan balik
ke rumah.

gesa (menggesa) - pujuk (memujuk)


i. gesa (menggesa) : mendesak. ii. pujuk (memujuk) : merayu.
Contoh: i. Lamin menggesa ayahnya supaya membeli sebuah
motorsikal baharu untuknya. ii. Aina memujuk ayahnya membeli
sebuah komputer riba untuk kegunaannya di sekolah.

ghaib - muncul
i. ghaib : tidak dilihat, bersembunyi, hilang. ii. muncul : keluar
tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul.
Contoh: i. Pencuri itu tiba-tiba ghaib di tepi semak setelah
dikejar oleh pasukan pengawal kampung. ii. Tiba-tiba muncul
seorang pemuda di tengah-tengah orang yang sibuk mencari
pencuri hilang di kawasan semak itu.

gila - siuman, waras


i. gila : tidak sihat atau tidak waras fikirannya. ii. siuman, waras :
tidak gila.
Contoh: i. Kebanyakan pemuda yang menghidap penyakit gila
adalah disebabkan tekanan perasaan. ii. Orang yang waras tidak
akan bertindak mengikut perasaannya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 66


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

girang - sedih
i. girang : suka hati, gembira. ii. sedih : rasa pilu, hiba.
Contoh: i. Budak itu girang sekali bermain di dalam lumpur. ii.
Aku sungguh kesal dan sedih dengan pemergianmu, wahai teman
karibku!

gopoh-gopoh (bergopoh-gopoh) - sabar


i. gopoh-gopoh (bergopoh-gopoh) : tergesa-gesa, terburu-buru,
lekas-lekas. ii. sabar : bertenang, tidak terburu-buru.
Contoh: i. Dia bangun dengan bergopoh-gopoh lalu keluar dewan
tanpa meminta izin. ii. Dengan sabar, Encik Ahmad menyusun
buku-buku itu di perpustakaan.

gulung (menggulung) - babar (membabarkan), bentang


(membentangkan), hampar (menghamparkan)
i. gulung (menggulung) : benda yang berlebar-lebar atau berutas-
utas dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat. ii. babar
(membabarkan), bentang (membentangkan), hampar
(menghamparkan) : mengembangkan, melebarkan.
Contoh: i. Mak Semah menggulung tikar plastik lalu disimpan di
bilik stor. ii. Encik Salim membabarkan tikar mengkuang di atas
pasir sebagai alas letak minuman.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 67


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

guru - murid, pelajar


i. guru : orang yang mengajar, pendidik, pengajar. ii. murid,
pelajar : anak yang sedang belajar atau berguru, penuntut.
Contoh: Seorang guru sedang bercerita kepada murid-muridnya
di bawah pokok rimbun itu.

hadapan - belakang
i. hadapan : bahagian sebelah muka, depan. ii. belakang : bahagian
badan di sebalik dada.
Contoh: Baju yang dipakai oleh Kamisah di bahagian hadapannya
berwarna putih dan di belakangnya berwarna hitam.

hajah - haji
i. hajah : orang perempuan yang telah menunaikan fardu haji
(Islam), fardu rukun Islam yang kelima. ii. haji : orang lelaki yang
telah menunaikan fardu haji (Islam).
Contoh: Orang Islam yang menunaikan fardu haji bagi lelaki
disebut haji dan perempuan disebut hajah.

haji - hajah
i. haji : orang lelaki yang telah menunaikan fardu haji (Islam),
fardu rukun Islam yang kelima. ii. hajah : orang perempuan yang
telah menunaikan fardu haji (Islam).
Contoh: "Tuan-tuan haji dan puan-puan hajah dijemput masuk ke
dalam dewan untuk mendengar ucapan," kata Haji Hasan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 68


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

halal - haram
i. halal : hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm
Islam). ii. haram : hukum tegahan (dlm Islam) yang dijanjikan
ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan berdosa bagi
yang mengingkarinya.
Contoh: Perkara-perkara yang halal dan haram bagi orang Islam
telah termaktub di dalam Al-Quran.

halang (menghalang) - galak (menggalakkan)


i. halang (menghalang) : merentangi, menahan, menyekat,
menegah. ii. galak (menggalakkan) : merangsangkan,
memberangsangkan.
Contoh: i. Pokok yang tumbang itu menghalang lalu lintas di jalan
tersebut. ii. Anak-anak haruslah digalakkan menabung sejak kecil
lagi.

halau (menghalau) - ajak (mengajak), jemput (menjemput),


undang (mengundang)
i. halau (menghalau) : usir ii. ajak (mengajak) jemput
(menjemput), undang (mengundang): mempelawa seseorang /
kumpulan supaya turut ikut pergi atau datang ke sesuatu tempat
atau melakukan sesuatu.
Contoh: i. Orang kaya yang bakhil itu menghalau pengemis itu
keluar dari rumahnya. ii. Pak Ali mengajak Budin pergi memancing
ikan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 69


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

halus - kasar
i. halus : tidak besar, kecil-kecil. ii. kasar : tidak kecil, tidak
halus, tidak lincin, kesat, kasap.
Contoh: Benang kain itu halus tetapi jahitannya kasar
menyebabkan baju itu tidak bermutu.

hamba - tuan
i. hamba : abdi, budak belian, sahaya. ii. tuan : orang tempat
memperhambakan diri.
Contoh: i. Pada suatu masa dahulu, orang Negro di Afrika
ditangkap dan dijadikan hamba oleh Orang Putih. ii. "Orang Putih
itu yang menjadi tuan kepada pekerja-pekerja di ladang ini,"
kata Wak Mail kepada orang kampung.

hampar (menghamparkan) - gulung (menggulung), lipat


(melipatkan)
i. hampar (menghamparkan) : membentangkan, menerangkan. ii.
gulung (menggulung), lipat (melipatkan) : melipatkan benda-benda
yang melebar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat.
Contoh: i. Permaidani itu dihamparkan dari atas hingga ke tangga
bangunan. ii. Setelah selesai upacara lawatan baginda, pekerja-
pekerja pun menggulung permaidani merah itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 70


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

hangat - dingin
i. hangat : panas api, meriah. ii. dingin : tidak panas, sejuk, tidak
meriah.
Contoh: i. Pesta kebudayaan itu mendapat sambutan hangat
daripada masyarakat. ii. Kumarasam tidak lena tidur pada malam
yang dingin itu.

hantar (menghantar) - jemput (menjemput)


i. hantar (menghantar) : tidak dihantar melalui pos tetapi
dihantar melalui orang (pembawa, dan dsb). ii. jemput
(menjemput) : mengambil, memetik, mengutip.
Contoh: i. Rombongan menghantar menantu telah tiba dan
disambut dengan beradab. ii. Pasangan pengantin itu dijemput
duduk di ruang tamu untuk berkenalan sanak saudara.

haram - halal
i. haram : hukum tegahan (dlm Islam) yang dijanjikan ganjaran
pahala bagi orang yang mematuhinya dan berdosa bagi yang
mengingkarinya. ii. halal : hukum membenarkan sesuatu
perbuatan dilakukan (dlm Islam).
Contoh: Islam mengajar umatnya mengenal halal dan haram agar
mendapat kesejahteraan dalam kehidupan.

harum - busuk
i. harum : sedap (enak) baunya, wangi. ii. busuk : berbau tidak

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 71


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sedap.
Contoh: i. Bunga mawar itu sungguh harum baunya. ii. Tempat itu
masih berbau busuk walaupun sampah sarap sudah dipungut oleh
pihak bandar raya.

hemat - boros
i. hemat : tidak boros, tidak membazir. ii. boros : tidak
berhemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, tidak jimat
cermat.
Contoh: i. Lisa berbelanja secara berhemat kerana dia sedar
bahawa wang susah didapati. ii. Leman suka memboroskan wang
gajinya.

hembus (menghembuskan) - sedut (menyedut)


i. hembus (menghembuskan) : meniup, mengeluarkan nafas. ii.
sedut (menyedut) : menarik masuk dengan kekuatan udara
melalui mulut, hidung.
Contoh: i. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri
dan anak-anaknya. ii. Menyedut udara segar dan nyaman pada
waktu pagi adalah baik untuk kesihatan.

hening - keruh
i. hening : tidak keruh, jernih, bening. ii. keruh : tidak jernih.
Contoh: i. Pada masa dahulu, air di dalam tasik ini hening
bagaikan cermin. ii. Sungai itu menjadi keruh disebabkan tanah

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 72


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

lumpur dari bukit yang digondolkan.

henti (berhenti) - bergerak


i. henti (berhenti): tidak bergerak. ii. bergerak : bergoyang,
beralih tempat, berpindah tempat.
Contoh: i. Kereta api akan berhenti di setiap perhentian untuk
mengambil dan menurunkan penumpang. ii. Semua kenderaan
bergerak perlahan kerana jalan raya itu sangat sibuk.

hidup - mati
i. hidup : terus bernyawa atau bernafas. ii. mati : tidak bernyawa
lagi, tidak hidup lagi.
Contoh: Kami tidak menyangka Pak Hamid yang disangka sudah
mati itu rupa-rupanya masih hidup.

hilang - muncul
i. hilang : tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi. ii. muncul :
keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul.
Contoh: i. Sudah lama Encik Gang menghilangkan diri daripada
khalayak orang ramai. ii. Orang ramai gempar apabila melihat
buaya itu muncul di bawah jambatan.

hilir - hulu
i. hilir : bahagian sungai di sebelah bawah. ii. hulu : bahagian atas

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 73


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

(sungai, dll), pedalaman.


Contoh: i. Pak Awang mengayuh sampan menuju ke hilir. ii. Cikgu
Ladin pernah mengajar di kawasan hulu.

himpun (berhimpun) - surai (bersurai)


i. himpun (berhimpun) : berkumpul. ii. surai (bersurai) : berpisah-
pisah, bercerai-cerai.
Contoh: i. Mangsa banjir itu berhimpun di sebuah sekolah. ii.
Mereka bersurai setelah majlis itu selesai.

hinggap - terbang
i. hinggap : berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu,
singgah. ii. terbang : melayang atau bergerak di udara dengan
menggunakan sayap (tenaga jentera, dll).
Contoh: i. Burung helang itu hinggap di dahan kayu mati. ii.
Sekawan burung terbang pulang ke sarang.

hitam - putih
i. hitam : warna seperti warna arang, lawan putih. ii. putih : warna
yang paling cerah (seperti warna kapas).
Contoh: Bendera negeri Terengganu berwarna hitam dan putih.

hodoh - ayu, cantik, jelita, lawa, molek


i. hodoh : buruk, jelik. ii. ayu, cantik, jelita, lawa, molek : cantik
dan lemah lembut orangnya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 74


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Walaupun pemuda itu hodoh rupanya, namun hatinya


sungguh mulia. ii. Walaupun Datin Zakiah sudah berumur, namun
wajahnya masih ayu.

hujung - pangkal
i. hujung : bahagian terakhir daripada sesuatu panjang. ii.
pangkal : bahagian permulaan (bkn pokok, tongkat).
Contoh: i. Menarik batang buluh daripada hujung merupakan
perbuatan yang sukar dilakukan. ii. Pak Mat memotong pangkal
pokok itu dengan gergaji.

hulu - hilir
i. hulu : bahagian atas (sungai, dll), pedalaman. ii. hilir : bahagian
sungai di sebelah bawah.
Contoh: i. Di kawasan hulu sungai itu banyak terdapat ikan kelah.
ii. Dollah mengayuh sampan menyusur anak sungai menuju ke hilir.

huru-hara - aman, damai, tenteram


i. huru-hara : dalam keadaan tidak tenteram, kacau bilau. ii.
aman, damai, tenteram : bebas daripada kacau-bilau, huru-hara.
Contoh: Negara yang selalu huru-hara, rakyat tidak dapat hidup
dengan aman.

ibu - ayah, bapa

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 75


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. ibu : orang yang melahirkan kita, emak, panggilan hormat


kepada wanita yang telah berumur atau bersuami. ii.ayah, bapa :
(panggilan lebih halus daripada bapa).
Contoh: i. Ibu sedang memasak di dapur. ii. Ayah pergi ke Sabah
untuk menghadiri mesyuarat.

ikhlas - pura-pura
i. ikhlas : jujur, hati suci, tidak menipu. ii. pura-pura : tidak
sungguh, main-main sahaja.
Contoh: i. Ustaz Jamaluddin menyampaikan syarahan agama di
masjid sebagai sumbangan ikhlasnya kepada orang ramai. ii.
Budak nakal itu selalu berpura-pura sakit kerana malas pergi ke
sekolah.

ikut (mengikut) - pimpin (memimpin)


i. ikut (mengikut) : pergi bersama dengan, menurut, mengiring,
menyertai. ii. pimpin (memimpin) : memegang tangan dan
membawa berjalan menuju ke suatu tempat (menunjukkan jalan),
membimbing.
Contoh: i. Anak-anak ayam itu mengikut sahaja ke mana ibunya
pergi. ii. Cheng Hock memimpin orang muda itu melintas jalan
tersebut.

imaginasi - realiti
i. imaginasi : daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 76


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

(sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara


khayalan. ii. realiti : keadaan yang nyata, kenyataan, hakikat.
Contoh: i. Pelukis itu menggunakan imaginasinya untuk melukis
pemandangan yang indah. ii. Peristiwa yang kita alami di dalam
mimpi bukanlah perkara realiti.

import - eksport
i. import : pemasukan barang-barang dari luar negeri. ii. eksport :
penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negeri
untuk tujuan perdagangan.
Contoh: i. Negara kita mengimport barang-barang dari Jepun,
Amerika, Jerman, dan lain-lain. ii. Malaysia mengeksport minyak
kelapa sawit ke Timur Tengah dan Amerika.

indah - buruk
i. indah : cantik, bagus benar, elok, molek. ii. buruk : tua dan
rosak, tidak cantik, tidak baik, jahat.
Contoh: i. Indah sungguh panorama di ufuk barat pada waktu
senja. ii. "Oh, Azizah! Terimalah kain yang buruk ini sebagai
penyapu air mata," kata Si Bongkok.

ingat - lupa
i. ingat : masih ada dalam fikiran, tidak lupa, ii. lupa : tidak
timbul dalam fikiran, tidak ingat, tidak sedar.
Contoh: i. Saya masih ingat lagi peristiwa saya mula-mula

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 77


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

memasuki alam persekolahan. ii. Saya terlupa rupa-rupanya hari


ini ialah hari minggu.

ingkar (mengingkari) - patuh (mematuhi), taat (mentaati)


i. ingkar (mengingkari) : enggan, tidak menurut, tidak mahu. ii.
patuh (mematuhi), taat (mentaati) : menurut perintah.
Contoh: i. Orang yang ingkar pada nasihat ibu bapa pasti tidak
akan selamat dalam hidupnya. ii. Kita mestilah sentiasa patuh
pada segala nasihat ibu bapa.

ini - itu
i. ini : kata petunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat,
lawan itu. ii. itu : kata petunjuk untuk benda (hal, tempat, waktu)
yang jauh, lawan ini.
Contoh: i. Pen ini adalah pemberian ayah semasa menyambut hari
lahir saya. ii. Di tepi sawah itulah terletak rumah Pak Abu.

isteri - laki, suami


i. isteri : perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada
seorang lelaki, bini. ii. laki, suami : pasangan hidup bini, lelaki
berkahwin dengan seorang perempuan.
Contoh: i. Isteri hendaklah sentiasa patuh kepada suami. ii.
Suami hendaklah hormat kepada isteri supaya rumah tangga
menjadi aman bahagia.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 78


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

istimewa - biasa
i. istimewa : khas, khusus, lain daripada yang lain. ii. biasa :
seperti sediakala, seperti yang sudah-sudah, kerap kali, selalu
terjadi, lazim.
Contoh: i. Hadiah istimewa ini adalah untuk adik. ii. Rumah tua itu
tidak berubah keadaannya.

itu - ini
i. itu : kata petunjuk untuk benda (hal, tempat, waktu) yang jauh,
lawan ini. ii. ini : kata petunjuk untuk benda (empat dan waktu)
yang dekat, lawan itu.
Contoh: i. Lukisan itulah yang telah terpilih memenangi hadiah
pertama. ii. Tolong kembalikan buku ini kepada Rajoo.

izin (mengizinkan) - larang (melarang)


i. izin (mengizinkan) : membenarkan, memperkenankan. ii. larang
(melarang) : menegahkan, menahankan.
Contoh: i. Encik Saini mengizinkan anaknya mengikuti rombongan
lawatan sambil belajar itu. ii. Pak Hamid melarang anaknya
menaiki motosikal ke sekolah.

jaga - tidur
i. jaga : dalam keadaan tidak tidur, atau sudah bangun daripada
tidur, kawal, awasi. ii. tidur : dalam keadaan tidak sedar mata

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 79


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

pejam.
Contoh: "Jangan buat bising, nanti adik jaga kerana dia baru
sahaja tidur," Mak Limah melarang anaknya.

jahat - baik
i. jahat : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll). ii.
baik : tidak jahat (kelakuan, dll).
Contoh: "Kamu jangan berbuat jahat di sekolah ini kerana kamu
dalam perhatian berkelakuan baik selama setahun," perintah
Guru Besar kepada Basir.

jahil - arif
i. jahil : tidak mengetahui, cetek pengetahuan, bodoh. ii. arif :
bijaksana, pandai, berilmu, berpengetahuan.
Contoh: "Kalau kamu jahil dalam hal hukum-hakam agama Islam,
kamu hendaklah belajar dengan orang yang arif," nasihat Pak
Ibrahim kepada Yusoff.

jalan (berjalan) - lari (berlari)


i. jalan (berjalan) : bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat
yang lain. ii. lari (berlari) : bergerak dengan pantas sekali,
menyelamatkan/ melepaskan diri.
Contoh: i. Ahmad terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana
kakinya masih sakit. ii. Kim Hock berlari dengan pantas kerana
hari hendak hujan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 80


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

janda - duda
i. janda : orang perempuan yang berkahwin tetapi berpisah
disebabkan bercerai atau kematian. ii. duda : lelaki yang
kematian isteri atau bercerai dengan isteri.
Contoh: i. Janda muda itu berjaya menjadi usahawan barang
perabot. ii. Selepas kematian isterinya, Mat Jusoh menduda
sehingga sekarang.

jantan - betina
i. jantan : jantina yang tidak boleh membiak. ii. betina : binatang
yang boleh melahirkan anak atau mengeluarkan telur.
Contoh: Afif membela seekor anak musang jantan dan seekor
anak tupai betina.

jarang (jarang-jarang) - kerap, selalu, sering


i. jarang (jarang-jarang) : tidak sering, tidak kerap, tidak selalu,
tidak lazim. ii. kerap, selalu, sering : berkali-kali.
Contoh: "Dengan anaknya, saya jarang-jarang berjumpa, tetapi
kalau dengan ayahnya kerap saya berjumpa di kedai kopi," kata
Pak Dir.

jarang - rapat
i. jarang : renggang. ii. rapat : tidak jarang, tidak kerap /
renggang, hampir bertemu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 81


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: "Saya fikir pokok ubi itu ditanam jarang sangat,


sepatutnya elok tanam rapat sedikit," nasihat Pak Mat.

jasmani - rohani
i. jasmani : badan, tubuh. ii. rohani : batin, yang berkaitan dengan
jiwa, lawan jasmani.
Contoh: i. Bersenaman adalah baik untuk jasmani. ii. Tiada hasad
dengki dan bersopan adalah suatu cara untuk menjaga rohani
kita.

jati (sejati) - lancung


i. jati (sejati) : asli, murni, tulen, tidak bercampur, yang
sebenarnya. ii. lancung : tidak tulen, palsu, tidak jujur, tidak
sebenar.
Contoh: Inilah air pokok tongkat ali yang sejati dan yang itu
lancung sahaja.

jauh - dekat
i. jauh : besar jaraknya, tidak dekat. ii. dekat : tidak jauh
jaraknya, antaranya, hampir.
Contoh: "Walaupun adik saya itu tinggal jauh tetapi dia dekat di
hati saya," kata Puan Minah.

jawab (menjawab) - soal (menyoal)

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 82


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. jawab (menjawab) : ada jawabnya, berbalas, bersahut. ii. soal


(menyoal) : menanya, mengemukakan pertanyaan, memberi soalan.
Contoh: "Saya segera menjawab apabila guru menyoal," kata
Bidin.

jelak - gemar
i. jelak : jemu, bosan, kenyang, puas. ii. gemar : suka benar.
Contoh: i. Saya sudah jelak dengan masakan kari ayam tiap-tiap
hari. ii. Saya gemar masakan sayur-sayuran.

jelas - kabur
i. jelas : terang, tidak kabur. ii. kabur : tidak dapat melihat
dengan terang / jelas, kurang jelas.
Contoh: i. Tulisan di papan iklan sungguh jelas kerana dari jauh
lagi orang boleh membacanya. ii. Orang yang mata kabur susah
hendak membaca kalau tulisan yang halus.

jelita - hodoh
i. jelita : cantik, elok, molek. ii. hodoh : buruk, jelik.
Contoh: Anak-anak perempuan Pak Jid semuanya jelita tetapi
yang lelaki hodoh-hodoh belaka.

jemput - halau
i. jemput : disambut, dialu-alu, diundang. ii. halau : usir.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 83


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: "Dia datang tidak dijemput dan pergi tidak dihalau,


terpulanglah kepada dirinya," kata Jennet.

jemput (menjemput - halau (menghalau), usir (mengusir)


i. jemput (menjemput) : mengajak, mengundang. ii. halau
(menghalau), usir (mengusir) : mengenyahkan.
Contoh: i. Saya akan menjemput ahli jemaah masjid dan jiran-
jiran ke majlis kenduri pada pagi esok. ii. Pak Soh menghalau
lembu yang masuk ke kebun sayuran-sayurannya.

jemu - gemar
i. jemu : jelak, bosan, kenyang, puas. ii. gemar : suka benar.
Contoh: i. Dia sudah jemu mendengar janji yang tidak pernah
ditunaikan itu. ii. Saya gemar menonton rancangan Berita Jam
Sepuluh.

jerit (menjerit) - bisik (berbisik)


i. jerit (menjerit) : berteriak kuat-kuat, memekik. ii. bisik
(berbisik) : memberitahu dengan suara perlahan.
Contoh: i. Pak Leman menjerit dengan sekuat-kuat hati supaya
harimau itu lari. ii. Kim berbisik untuk menyampaikan suatu
berita kepada Ramlah.

jernih - keruh

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 84


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. jernih : boleh melihat menerusinya, hening, bening, tidak


keruh. ii. keruh : tidak jernih, agak kotor.
Contoh: Sekarang air sungai itu jernih tetapi apabila hujan di
hulu airnya menjadi keruh.

jimat - boros
i. jimat : cermat, hemat, tidak boros. ii. boros : tidak hemat,
suka berlebih-lebih.
Contoh: i. Amalan suka menabung dapat menjadikan kita pandai
berjimat cermat. ii. Orang yang suka berboros tentulah hidupnya
akan susah.

jimat (menjimatkan) - bazir (membaizrkan), boros


(memboroskan)
i. jimat (menjimatkan) : menghematkan, mengeluarkan dengan
berhemat. ii. bazir (membazirkan), boros (memboroskan) :
mengeluarkan, membelanjakan, menggunakan dengan berlebih-
lebihan.
Contoh: i. Karimah cuba menjimatkan perbelanjaan pada bulan ini.
ii. Suriati cuba mengelakkan daripada membeli perkara yang
membazirkan wang.

jinak - buas, liar


i. jinak : tidak liar. ii. buas, liar : ganas, galak, tidak jinak.
Contoh: Terdapat beratus-ratus spesies haiwan jinak dan buas di
Zoo Negara.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 85


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

jual (menjual) - beli (membeli)


i. jual (menjual) : menukar barang dengan wang. ii. beli
(membeli) : memperoleh barang dengan membayar.
Contoh: i. Saya menjual barang kemas ini dengan bayaran
beransur-ansur supaya senang orang hendak membayarnya. ii.
Pak Sudin membeli anak lembu itu dengan harga dua ratus
ringgit.

jujur - curang
i. jujur : lurus hati, tulus, ikhlas. ii. curang : tidak ikhlas, tidak
jujur.
Contoh: Kalau isteri bersikap jujur tetapi suami pula berlaku
curang terhadap isterinya, itu petanda rumah tangga tidak akan
aman.

kabur - jelas
i. kabur : tidak dapat melihat dengan terang/ jelas, kurang jelas.
ii. jelas : terang, tidak kabur.
Contoh: Keadaan cuaca pada tengah hari kelihatan kabur kerana
berlaku jerubu dan di sebelah petang keadaan menjadi terang
semula.

kacau-bilau - aman, damai, tenteram

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 86


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. kacau-bilau : hura-hara. ii. aman, damai, tenteram : bebas


daripada gangguan.
Contoh: Di dalam negara yang sentiasa berada dalam kacau-bilau,
rakyat tidak boleh hidup aman damai.

kahwin (berkahwin) - cerai (bercerai)


i. kahwin (berkahwin) : perikatan yang sah antara lelaki dengan
perempuan menjadi suami isteri. ii. cerai (bercerai) : tidak
bersatu lagi, berpisah, berpecah.
Contoh: i. Saiful telah berkahwin dengan gadis pilihannya. ii. Dia
menjaga kerukunan rumah tangganya untuk mengelak daripada
penceraian.

kakak - adik perempuan


i. kakak : saudara perempuan yang lebih tua. ii. adik perempuan :
saudara kandung perempuan yang lebih muda.
Contoh: Semasa kanak-kanak dahulu, kakaklah yang menjaga dan
mengasuh adik perempuan yang masih kecil lagi.

kaki - puncak
i. kaki : bahagian di sebelah bawah sesuatu. ii. puncak : bahagian
tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll).
Contoh: Pendaki-pendaki terpaksa bermalam di kaki gunung
sebelum mendaki ke puncak gunung itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 87


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kalah - menang
i. kalah : tewas, alah. ii. menang : berjaya, berhasil.
Contoh: Dalam arena sukan, kalah atau menang bukan menjadi
ukuran kerana perkara yang paling penting ialah semangat
kesukanan.

kambus (mengambus) - gali (menggali), korek (mengorek)


i. kambus (mengambus) : menimbus, menimbuni dengan tanah. ii.
gali (menggali), korek (mengorek) : membuat lubang dalam tanah.
Contoh: Sebelum menimbus lopak air itu, Pak Usup menggali parit
kecil untuk alirkan air itu keluar terlebih dahulu.

kampung - bandar, kota


i. kampung : desa, luar bandar, dusun. ii. bandar, kota : bandar
raya, pekan.
Contoh: i. Tinggal di kampung lebih selesa dan aman damai. ii. Di
kota banyak terdapat kemudahan asas.

kamu - aku, saya


i. kamu : awak : kata ganti diri kedua seperti engkau, awak. ii aku,
saya : kata ganti diri pertama seperti beta, hamba.
Contoh: "Kalau kamu berani, silakan turun melawan aku, wahai
pengecut!" kata Panglima Hitam.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 88


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kanan - kiri
i. kanan : bahagian berlawanan dengan sebelah kiri. ii. kiri : lawan
kanan.
Contoh: Di dalam gambar itu kelihatan Encik Chong berdiri di
sebelah kanan Encik Mogan dan di sebelah kiri Encik Ahmad.

kandas (terkandas) - lulus


i. kandas (terkandas) : gagal. ii. lulus : berjaya.
Contoh: i. Dia kandas dalam peperiksaan itu kerana dia tidak
belajar bersungguh-sungguh. ii. Asrul lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR.

karam - timbul
i. karam : tenggelam, digenangi (air). ii. timbul : naik dari dalam
air, terapung-apung, terkeluar sedikit dari permukaan rata.
Contoh: Sebuah pulau di kawasan Laut Hindi karam disebabkan
ombak besar tsunami dan beberapa tempat lain tanahnya timbul.

karib - renggang
i. karib : dekat, rapat, erat, ii. renggang : tidak berapa rapat,
tidak tertutup benar, kurang erat.
Contoh: Dahulu mereka berkawan karib, kini persahabatan
mereka sudah renggang.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 89


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kasar - halus
i. kasar : tidak kecil atau tidak halus, tidak lincin, kasap, kesat. ii.
halus : tidak besar (kasar), kecil-kecil, tidak kesat, berbudi
bahasa dengan baik, dengan teliti.
Contoh: i. Budak itu selalu menggunakan bahasa kasar apabila
berbicara. ii. Anak Haji Jenal selalu berlemah lembut dan halus
budi bahasanya.

kasar - licin
i. kasar : tidak kecil atau tidak halus, tidak lincin, kasap, kesat. ii.
licin : tidak kesat, berlendir, tidak menggerutu, habis semua
sekali, dll.
Contoh: i. Lantai dapur itu kelihatan kasar kerana masih belum
siap dibaiki. ii. Bilik air ini licin kerana air sabun belum
dibersihkan lagi.

kasih - benci
i. kasih : perasaan sayang, cinta. ii. benci : tidak suka.
Contoh: i. "Tanamlah semangat kasih sayang sesama insan kepada
anak-anak kita," kata Ustaz Amir. ii. Saya sangat benci kepada
orang yang suka bercakap bohong.

katup (mengatup) - buka (membuka)


i. katup (mengatup) : menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 90


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

merapatkan. ii. buka (membuka) : menjadi tidak tertutup,


menanggalkan, melucutkan, menghidupkan (lampu, kipas, radio,
dll).
Contoh: "Selepas dia mengatup pintu, dia pun membuka tingkap
rumahnya dan menjengah keluar," cerita Badul.

kawan - lawan, musuh, seteru


i. kawan : sahabat, teman, rakan. ii. lawan, musuh, seteru :
tentangan, orang yang ditentang.
Contoh: Pada mula mereka berkawan baik tetapi kini sudah
menjadi lawan pula.

kaya - miskin
i. kaya : banyak harta, banyak sesuatu (anak, kuasa, pengaruh,
dll). ii. miskin : tidak berharta benda, serba kekurangan, papa.
Contoh: Rumah atap genting kediaman orang kaya terletak di
atas bukit, rumah atap rumbia di tepi sawah itu pula tempat
tinggal orang miskin.

kecam (mengecam) - puji (memuji)


i. kecam (mengecam) : mengkritik, membidas, mencela. ii. puji
(memuji) : menyatakan sesuatu penghargaan yang baik, yang
indah.
Contoh: i. Rakyat Malaysia mengecam perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan itu. ii. Cikgu Rajesh memuji sikap Halim yang
tidak suka membazirkan masa.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 91


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kecil - besar
i. kecil : tidak besar atau kurang besar daripada yang biasa. ii.
besar : tidak kecil ukurannya, penting.
Contoh: Ada beberapa buah rumah kecil terletak tidak jauh dari
rumah besar di tebing sungai itu.

kecut (mengecut) - kembang (mengembang)


i. kecut (mengecut) : kering dan berkedut, kisut, lisut, berkerut.
ii. kembang (mengembang) : menjadi besar, berkembang.
Contoh: Bunga bakawali mengecut pada siang hari dan mula
berkembang pada waktu malam.

kekal - sementara
i. kekal : tetap ada berterusan, tidak luput (hapus, hilang,
berubah, dll). ii. sementara : untuk beberapa ketika sahaja.
Contoh: i. Mereka ingin kekal tinggal di kampung itu walaupun
kekurangan kemudahan awam. ii. Kerajaan membina penempatan
baharu kepada penduduk setinggan itu.

kelahi (berkelahi) - baik (berbaik)


i. kelahi (berkelahi) : bergaduh, bermusuh, dll. ii. baik (berbaik) :
bermuafakat, berkawan.
Contoh: Tabiat kanak-kanak suka berkelahi tetapi mereka

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 92


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

berbaik-baik semula.

kelam - cerah, terang


i. kelam : tidak berapa terang, agak gelap, suram. ii. cerah,
terang : jernih, tidak hitam, agak putih (bukan kulit).
Contoh: i. "Jangan kamu berjalan di lorong kelam pada waktu
malam," pesan Jenab. ii. Kita boleh menuju ke sana kerana di
sana ada cahaya yang terang.

keliru - faham
i. keliru : salah anggap, khilaf, sesat. ii. faham : pengetahuan
dalam fikiran mengenai sesuatu, pengertian, tahu dan mengerti
benar akan sesuatu.
Contoh: Kalau keliru tentang sesuatu perkara hendaklah
bertanya kepada orang yang benar-benar faham dalam hal itu.

keluar - masuk
i. keluar : bergerak dari sebelah dalam ke sebelah luar, muncul,
menampakkan diri, timbul dari bawah permukaan. ii. masuk : pergi
ke dalam, datang ke dalam, terbenam, menjadi ahli, dll.
Contoh: Lorong ini merupakan laluan keluar masuk penyeludup
barang-barang haram.

kemarau - banjir

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 93


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. kemarau : tidak berair, musim kering. ii. banjir : keadaan air


yang menenggelami atau mengenangi kawasan yang luas, bah, air
bah, banyak sangat.
Contoh: i. Musim kemarau yang sangat panjang pada tahun ini
menyebabkan tanah sawah menjadi kering. ii. Dalam musim
banjir, banyak pokok tanaman habis rosak ditenggelami air.

kembali (mengembalikan) - pinjam (meminjam)


i. kembali (mengembalikan) : mengirimkan, (menghantarkan,
memberikan, dan sebagainya) sesuatu kembali (kepada
pengirimnya, ke tempat asalnya, dan sebagainya) memulangkan. ii.
pinjam (meminjam) : menggunakan barang (buku, wang, dll) orang
lain untuk sementara waktu.
Contoh: Ah Meng sudah mengembalikan buku yang dia pinjam
daripada abang awak.

kembali - pergi
i. kembali : balik, pergi ke tempat asal. ii. pergi : berjalan, dll,
menuju ke suatu tempat.
Contoh: Sekarang dia baharu kembali ke tanah air, semenjak
pergi ke Jerman semasa umurnya belasan tahun lalu.

kembang (mengembang) - kecut (mengecut), kuncup


(menguncup)
i. kembang (mengembang) : menjadi besar, berkembang. ii. kecut

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 94


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

(mengecut), kuncup (menguncup) : kering dan berkedut, kisut,


lisut, berkerut.
Contoh: i. Bunga yang baharu berkembang itu sungguh harum
baunya. ii. Bunga mawar itu sudah kecut kerana cuaca sangat
panas.

kempis - buncit
i. kempis : menjadi pipih atau kendur. ii. buncit : besar perut,
gendut, mengandung, bunting.
Contoh: Dia bersenaman setiap pagi kerana hendak
mengempiskan perut yang buncit.

kendur - regang, tegang


i. kendur : tidak tegang, tidak regang, lentur, tidak terik. ii.
regang, tegang : kencang, tegang, tidak kendur.
Contoh: Tali ampaian yang kendur itu hendaklah diregangkan
supaya tidak melentur ke bawah.

kenyang - lapar
i. kenyang : hilang sama sekali rasa lapar, sudah banyak makan,
sudah penuh. ii. lapar : berasa hendak makan kerana perut
kosong.
Contoh: Azihan makan sehingga kenyang kerana sejak pagi lagi
dia belum makan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 95


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kepala - ekor
i. kepala : bahagian anggota badan (manusia atau binatang)
daripada leher ke atas atau ke hadapan. ii. ekor : bahagian yang
di belakang sekali pada tubuh binatang.
Contoh: i. Kepala budak itu benjol kerana terlanggar tiang. ii.
Burung itu sungguh cantik kerana ekornya panjang.

kerap - jarang
i. kerap : acap kali, berulang kali, berkali-kali, lazim. ii. jarang :
tidak rapat, tidak kerap, tidak sering, tidak lazim.
Contoh: i. Ah Seng kerap pergi ke rumah Ismail kerana mereka
bersahabat baik. ii. Encik Ismail jarang pulang ke kampung
semenjak berpindah ke ibu kota.

keras - empuk, lembik, lembut


i. keras : kuat dan padu serta tidak mudah pecah. ii. empuk,
lembik, lembut : gebu, tidak keras atau tegang, lemah.
Contoh: i. Batang cengal sesuai dijadikan tiang rumah kerana
kayunya sangat keras. ii. Ubi itu hendaklah direbus sehingga
empuk.

kering - basah, lembap


i. kering : tidak berair atau sudah tidak berair. ii. basah,
lembap : masih ada air, masih basah.
Contoh: i. Kain yang dijemur itu sudah kering. ii. Lantai yang baru

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 96


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

dibersihkan itu masih basah.

keruh - bening, hening, jernih


i. keruh : tidak jernih, agak kotor, tidak menyenangkan atau
menggembirakan. ii. bening, hening, jernih : sunyi senyap, sepi.
Contoh: i. Sungai yang cetek itu semakin keruh airnya. ii. Suasana
pada tengah malam itu sungguh bening.

kesat - licin
i. kesat : kasar, tidak licin. ii. licin : tidak kesat, tidak
menggerutu.
Contoh: i. Permukaan meja itu masih kesat lagi. ii. Lantai di bilik
air itu sangat licin.

ketat - longgar
i. ketat : sendat, tidak longgar, keras tidak ada tolak ansur,
teliti. ii. longgar : tidak sempit, lapang, tidak ketat, tidak teguh,
tidak ikat kuat.
Contoh: i. Kasut itu tidak dapat dipakai lagi oleh adik kerana
sudah ketat. ii. Tayar kereta itu hampir tercabut kerana skrunya
longgar.

khas - am, umum


i. khas : yang diperuntukkan atau yang ditentukan, khusus,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 97


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

istimewa. ii. am, umum : tidak terbatas atau tidak terkhusus.


Contoh: i. Hidangan itu dikhaskan untuk pengantin. ii. Secara
amnya, kawasan itu sudah selamat daripada penyakit selesema
burung.

khayalan - realiti
i. khayalan : angan-angan, yang dibayangkan atau yang dilukiskan
dalam angan-angan seperti benar-benar berlaku. ii. realiti :
kenyataan, hakikat.
Contoh: Lukisan abstrak adalah lukisan khayalan si pelukis tetapi
lain pula dengan potret kerana berdasarkan objek yang realiti.

khusus - am, umum


i. khusus : (jamak bagi khas) yang diperuntukkan atau yang
ditentukan, istimewa (untuk seseorang atau sesuatu), tidak
umum. ii. am, umum : tidak terbatas atau tidak terkhusus.
Contoh: Sepuluh buah kerusi di barisan hadapan itu adalah untuk
tetamu khas dan kerusi-kerusi di bahagian belakang pula untuk
umum.

kini - dahulu
i. kini : sekarang ini, waktu ini. ii. dahulu : yang telah lepas, yang
telah lampau, yang lalu.
Contoh: i. Kini sungai itu semakin cetek kerana kemarau panjang.
ii. Pada masa dahulu, negara kita banyak mengeluarkan hasil bijih

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 98


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

timah.

kiri - kanan
i. kiri : lawan kanan. ii. kanan : bahagian berlawanan dengan
sebelah kiri.
Contoh: Encik Ahmad menjadi penjaga garisan di sebelah kiri,
manakala Encik Tan penjaga garisan di sebelah kanan.

kongkong (terkongkong) - bebas


i. kongkong (terkongkong) : terbelenggu, terikat, tersekat. ii.
bebas : tidak terhalang, tidak terkongkong, tidak terkurung,
lepas, leluasa.
Contoh: Dia sudah terkongkong di bawah peraturan yang telah
dikenakan kepadanya dan dia akan dibebaskan setelah tamat
tempohnya.

korek (mengorek) - kambus (mengambus), timbun (menimbun),


timbus (menimbus)
i. korek (mengorek) : membuat lubang dalam tanah, menggali,
mencungkil, menebuk, menggeruk. ii. kambus (mengambus),
timbun (menimbun), timbus (menimbus) : menutupi dengan tanah.
Contoh: Pak Ali mengorek lubang untuk menanam tin-tin kosong
dan kemudian dia mengambus semula lubang itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 99


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kosong - penuh
i. kosong : tidak berisi apa-apa, berongga, sifar. ii. penuh :
seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong, cukup, tidak kurang,
banyak sekali.
Contoh: i. Pak Tam membuang tin-tin kosong di tempat
pembuangan sampah. ii. Di dalam kebunnya penuh dengan pokok
buah-buahan.

kota - desa, kampung


i. kota : bandar raya, bandar, pekan. ii. desa : kampung luar
bandar, dusun.
Contoh: Kehidupan di kota jauh bezanya dengan cara hidup di
kampung.

kota (mengotakan) - mungkir (memungkiri)


i. kota (mengotakan) : memegang teguh, menepati (melaksanakan)
janji. ii. mungkir (memungkiri) : tidak menepati (janji, dll).
Contoh: Apa yang saya kata, saya tetap mengotakannya dan saya
tidak pernah mungkir janji.

kotor - bersih
i. kotor : tidak bersih, tidak jernih, cemar. ii. bersih : tidak
kotor, bebas daripada pencemaran.
Contoh: i. Tempat itu sungguh kotor kerana penuh dengan
sampah-sarap. ii. Minumlah air yang bersih dan sudah dimasak.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 100


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kredit - tunai
i. kredit : wang dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman,
piutang. ii. tunai : tidak bertangguh, tidak beransur, tidak
berhutang, kontan.
Contoh: Membeli sesuatu barang dengan cara kredit adalah lebih
mahal harganya, jika dibandingkan dengan belian secara tunai.

kuat - lemah
i. kuat : banyak tenaganya, tidak lemah, bertenaga, berdaya,
tegap. ii. lemah : tidak bertenaga, rendah (dari segi pencapaian),
tidak bermaya.
Contoh: i. Dia mendapat sokongan yang kuat daripada guru-guru
dan kawan. ii. Pencapaian dalam pelajarannya sangat lemah.

kumpul (berkumpul) - surai (bersurai)


i. kumpul (berkumpul) : berdekatan rapat-rapat menjadi satu
kumpulan atau sekelompok, berkampung. ii. surai (bersurai) :
berpisah-pisah, bercerai-cerai.
Contoh: Polis memberi amaran kepada orang ramai yang
berkumpul supaya bersurai dengan seberapa segera.

kumpul (mengumpulkan) - agih (mengagihkan)


i. kumpul (mengumpulkan) : menjadikan atau membuat supaya

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 101


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

berkumpul, mengambil atau mengutip benda-benda yang


berselerak supaya menjadi sekelompok. ii. agih (mengagihkan) :
membahagikan, memberikan.
Contoh: Derma itu dikumpulkan untuk diagihkan kepada kanak-
kanak miskin.

kuncup (menguncup) - kembang (mengembang)


i. kuncup (menguncup) : tidak terbuka lebar, tidak mekar atau
kembang. ii. kembang (mengembang) : menjadi besar atau luas,
kembang berkembang.
Contoh: i. Belon itu akan mengucup apabila udaranya
berkurangan. ii. Burung itu mengembangkan sayapnya lalu
terbang.

kuno - moden
i. kuno : kolot, tidak moden. ii. moden : yang terbaharu, cara
baharu, yang mutakhir.
Contoh: i. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat itu ialah
tulisan bahasa Melayu kuno. ii. Rekaan pelbagai alat moden
menjadikan kehidupan manusia pada masa kini menjadi lebih
mudah dan selesa.

kurang (berkurang) - tambah (bertambah)


i. kurang (berkurang) : menjadi kurang, makin susut. ii. tambah
(bertambah) : menjadi lebih, semakin, diberi tokok (tambah)
supaya menjadi lebih banyak.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 102


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: "Pendapatan saya kurang lumayan pada bulan lepas,


tetapi sudah bertambah sedikit pada bulan ini," kata Pak Busu.

kurus - gemuk
i. kurus : kurang berdaging, tidak gemuk. ii. gemuk : tidak kurus,
besar badan kerana banyak daging, tambun.
Contoh: Si abang kurus kering macam cicak kubing, manakala
adiknya pula gemuk gedempul.

kutip (mengutip) - buang (membuang)


i. kutip (mengutip) : memungut benda-benda kecil, memetik,
mengambil, mengumpul. ii. buang (membuang) : mencampakkan,
melemparkan.
Contoh: Pak Jak memungut buah-buah yang baik sahaja dan
membuang buah yang buruk.

laba - rugi
i. laba : keuntungan, faedah, kebaikan. ii. rugi : jual lebih rendah
daripada harga pokok, kesusutan modal, tidak mendapat faedah.
Contoh: Ada laba dan ada rugi sudah menjadi lumrah dalam
perniagaan.

labuh (berlabuh) - layar (belayar)


i. labuh (berlabuh) : berhenti atau singgah. ii. layar (belayar) :

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 103


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

berjalan atau bergerak (bukan perahu atau kapal).


Contoh: Banyak kapal dagang berlabuh di Pelabuhan Klang,
kemudian belayar melalui Selat Melaka menuju ke Singapura.

labuh - singkat
i. labuh : panjang atau lebih panjang ke bawah. ii. singkat : tidak
panjang, ringkas.
Contoh: i. Ayah ketawa terbahak-bahak melihat adik memakai
seluar labuh. ii. Baju ini cantik tetapi sangat singkat.

lahir - batin
i. lahir : yang kelihatan (di luaran). ii. batin : perasaan dalam hati.
Contoh: "Ramzi meminta maaf atas kesilapannya sama ada lahir
atau batin," kata Penghulu Budin.

lain (kelainan) - sama (persamaan)


i. lain (kelainan) : perihal perbezaan, perbezaan, sesuatu yang
tidak menurut perbezaan. ii. sama (persamaan) : perihal
persamaan (sifat-sifatnya, dll), persesuaian, perbandingan,
perbandingan dua ungkapan yang sama nilainya (dalam
matematik).
Contoh: i. Bentuk rumahnya ada kelainan sedikit dengan rumah-
rumah lain di kawasan itu. ii. Bangunan itu ada persamaan dengan
bangunan dahulu tetapi hiasan di dalamnya berbeza.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 104


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

lain - sama
i. lain : tidak sama, tidak kira atau termasuk. ii. sama : tidak
berbeza atau berlainan, turut serta, yang setanding.
Contoh: i. Sistem pendidikan negara sebelum merdeka adalah lain
daripada sekarang. ii. Sistem pendidikan sekarang memberi hak
yang sama tidak kira jantina dan kaum.

laju - perlahan
i. laju : pantas (pergerakan), cepat. ii. perlahan : tidak terburu-
buru, lambat, tidak kuat, tidak dengan tenaga yang banyak.
Contoh: i. Pergerakan cahaya lebih laju daripada pergerakan
suara. ii. Dia berjalan sangat perlahan seperti tiada daya
lakunya.

laki - bini, isteri


i. laki : pasangan hidup suami. ii. bini, isteri : perempuan yang
menjadi pasangan hidup seseorang lelaki.
Contoh: "Lakinya bekerja sebagai pegawai kerani di pejabat
tetapi bininya tidak bekerja," kata Pak Kassim.

laki-laki (lelaki) - perempuan, wanita


i. laki-laki (lelaki) : jantan, lawan perempuan, keberanian. ii.
perempuan, wanita : lawan lelaki.
Contoh: Bangunan di atas bukit ialah asrama untuk lelaki dan

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 105


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

bangunan dekat jalan raya ialah asrama untuk perempuan.

lalai - awas, cermat


i. lalai : lengah, tidak hati-hati, leka, lupa tidak sedar. ii. awas,
cermat : berhati-hati, berjaga-jaga, waspada, beringat-ingat.
Contoh: i. Jangan lalai semasa memandu nanti mendapat
kecelakaan. ii. Kamu mesti berhati-hati sebelum menyeberang
sungai itu.

lama - baru
i. lama : telah lama wujud, ketinggalan zaman, wujud pada zaman
sebelum ini, wujud sejak dahulu lagi. ii. baru : belum lama, masih
segar, baharu.
Contoh: i. Bangunan-bangunan lama perlu dikekalkan sebagai
bahan peninggalan sejarah. ii. Sekarang di kawasan tepi sungai
itu sudah ada bangunan baharu.

lambat - cepat, lekas, pantas


i. lambat : tidak cepat atau lekas, mengambil masa yang lama,
lewat daripada waktu yang ditentukan. ii. cepat, lekas, pantas :
deras, kencang, segera, lebih terdahulu.
Contoh: i. Kalau awak lambat, awak akan lewat tiba di tempat itu.
ii. Gopal berjalan cepat kerana hari hendak hujan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 106


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

lancar - gagap
i. lancar : terlalu pantas dan licin / fasih. ii. gagap : tertahan-
tahan, terhenti-henti masa bercakap.
Contoh: Budak itu sungguh lancar membaca ayat suci al-Quran,
sedikit pun tidak gagap.

lancung - asli, jati (sejati), tulen


i. lancung : tidak tulen, palsu, tidak jujur, tidak sebenar. ii. asli,
jati (sejati), tulen : bukan tiruan, tidak bercampur.
Contoh: Barang kemas yang dijual di kedai itu ada yang lancung
dan ada yang asli, terpulang kepada kita membuat pilihan.

langit - bumi
i. langit : lengkung yang tampaknya biru melengkungi bumi. ii.
bumi : planet tempat yang kita tinggal, permukaan bumi, tanah.
Contoh: Perbezaan harta antara dua orang adik-beradik itu
sangat jauh seperti langit dengan bumi.

lapang - sempit
i. lapang : tidak sempit, lega luas, terluang, tidak sibuk, senggang.
ii. sempit : tidak luas atau tidak lebar, kecil, ketat, cetek
(fikiran), sesak (kedudukan, keadaan, kewangan, dll).
Contoh: "Lapang dada rasanya apabila kerja-kerja projek itu
sudah selesai, jikalau tidak tentulah sempit fikiran dibuatnya,"
kata Cikgu Aliah.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 107


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

lapar - kenyang
i. lapar : berasa hendak makan kerana perut kosong. ii. kenyang :
hilang sama sekali rasa lapar, sudah banyak makan, sudah penuh.
Contoh: i. Pengemis itu sungguh lapar kerana sudah tiga hari
tidak makan. ii. Adik makan sehingga kenyang sebelum keluar
bermain.

larang (melarang) - benar (membenarkan), izin (mengizinkan)


i. larang (melarang) : menegah, tidak mengizinkan /
membenarkan, menahan daripada melakukan sesuatu. ii. benar
(membenarkan) izin (mengizinkan) : membolehkan, mengiakan,
menyetujui.
Contoh: i. Pak Busu melarang anaknya pergi bermain di tepi
lombong. ii. Puan Ramlah membenarkan anaknya menyertai acara
perkhemahan itu.

lari (berlari) - jalan (berjalan)


i. lari (berlari) : bergerak dengan pantas sekali, menyelamatkan /
melepaskan diri. ii. jalan (berjalan) : bergerak dari satu tempat
ke satu tempat yang lain.
Contoh: Sebelum berlari, saya berjalan dahulu untuk
memanaskan badan.

laut - darat

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 108


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. laut : lawan darat, air masin yang menggenangi sebahagian


besar daripada muka bumi. ii. darat : tanah, (sebagai lawan laut,
atau air) kawasan tanah tinggi, kawasan pedalaman, hulu negeri.
Contoh: i. Nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh. ii.
Jalan darat di kawasan pedalaman itu berlumpur pada musim
hujan.

lawa - hodoh
i. lawa : cantik (orang, perhiasan, dll) bergaya, indah, menarik
hati, segak. ii. hodoh : buruk, jelik.
Contoh: i. Tentulah lawa jika awak memakai baju kurung
berwarna kuning ini. ii "Biarlah hodoh baju dipakai, asalkan baik
budi pekerti," pesan Pak Uda.

lawan - kawan, sahabat


i. lawan : pasangan yang tepat, jodoh, tandingan, musuh,
tentangan. ii. kawan, sahabat : teman, taulan, pengikut.
Contoh: Kita hidup di dunia ini jangan ada lawan, biar banyak
kawan, barulah kita tenteram.

layar (belayar) - labuh (berlabuh)


i. layar (belayar) : berjalan atau bergerak (bukan kapal atau
perahu). ii. labuh (berlabuh) : berhenti atau singgah (bukan kapal
atau perahu).
Contoh: Pada zaman dahulu, pedagang Arab yang belayar ke

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 109


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sebelah timur terpaksa berlabuh di Singapura untuk mengambil


bekalan, sebelum meneruskan pelayaran.

layu - segar
i. layu : kering dan kecut. ii. segar : nyaman dan sihat, tidak
berpenyakit, tumbuh dengan subur, rancak.
Contoh: Pokok-pokok habis layu kerana kemarau panjang tetapi
segar semula setelah hujan turun dua hari tidak berhenti-henti.

lebar- sempit
i. lebar : lapang, tidak luas. ii. sempit : tidak luas, tidak lebar.
Contoh: Sawah padi di hadapan rumah Pak Seman sungguh lebar
tetapi saliran airnya masih sempit.

lebat - gerimis, renyai


i. lebat : banyak lagi tebal. ii. gerimis, renyai : hujan rintik-rintik,
rebas.
Contoh: Pada malam tadi, hujan turun dengan lebatnya tetapi di
sebelah pagi hujan gerimis sahaja.

lebur - beku
i. lebur : menjadi cair, hancur, luluh, rosak langsung, jahanam. ii.
beku : pejal, keras, kaku, ditangguhkan.
Contoh: Untuk membuat rantai jala, jokong timah dileburkan,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 110


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kemudian dibekukan di dalam acuan.

lekas - lambat
i. lekas : tidak lambat atau lengah, cepat, segera. ii. lambat :
perlahan-lahan, lewat, mengambil masa yang lama.
Contoh: i. Dia terpaksa mengambil jalan pintas untuk lekas
sampai ke rumahnya. ii. Benih jagung itu lambat tumbuh, kalau
tidak siram air tiap-tiap hari.

lekat (melekat) - tanggal


i. lekat (melekat) : tidak tanggal, lengkang, terserap dan tidak
mudah luput. ii. tanggal : terlepas dari tempatnya lalu gugur,
lucut, luruh, terkelupas.
Contoh: Pelepah kelapa yang masih muda melekat pada batangnya
tetapi apabila sudah tua akan tanggal dan gugur ke bumi.

lemah - gagah, kuat


i. lemah : tidak bertenaga, rendah (dari segi pencapaian), tidak
bermaya. ii. gagah, kuat : banyak tenaganya, tidak lemah,
bertenaga, berdaya, tegap.
Contoh: Pada mulanya, dia kelihatan lemah, tetapi setelah dapat
tepukan dan sokongan, dia lalu bangkit kuat dan gagah semula.

lemau - garing

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 111


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. lemau : tidak garing, lembik, lemah urat. ii. garing : keras


tetapi rapuh, rangut.
Contoh: Keropok yang sudah lemau tidak sedap dimakan lagi
tetapi kalau masih garing sungguh sedap dimakan.

lembap - aktif, cergas


i. lembap : masih ada air, masih basah, lambat atau kurang
mencapai kemajuan. ii. aktif, cergas : giat.
Contoh: Sekarang dia sudah lembap dan tidak boleh aktif dalam
persatuan seperti dahulu lagi.

lembap - kering
i. lembap : masih ada air, masih basah, lambat atau kurang
mencapai kemajuan. ii. kering : tidak berair atau sudah tidak
berair.
Contoh: i. Kayu itu lembap kerana ditimpa hujan petang semalam.
ii. Jamilah mengangkat kain yang kering di ampaian.

lembap - pesat
i. lembap : masih ada air, masih basah, lambat atau kurang
mencapai kemajuan. ii. pesat : sangat cepat, pantas, berkembang
dengan cepat.
Contoh: Perkembangan pembangunan di negeri-negeri di Pantai
Timur agak lembap sedikit, tetapi di negeri-negeri di Pantai
Barat Malaysia bekembang dengan pesat.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 112


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

lembik, lembut - keras


i. lembik, lembut : terlalu lembut, kendur, lemah. ii. keras : kuat
dan padu serta tidak mudah pecah atau berubah bentuknya.
Contoh: Labu sayung diperbuat daripada tanah liat yang lembik
dan setelah siap bentuknya dibakar supaya menjadi keras.

lengang - bising, riuh


i. lengang : tidak sibuk, tidak ramai orang, sunyi, sepi. ii. bising,
riuh : bunyi yang memekakkan telinga, gempar, gegak, gempita,
hiruk-pikuk.
Contoh: i. Pada jam 10.00 malam, pekan itu sudah menjadi
lengang. ii. Tempat yang sibuk itu bising dengan suara manusia
dan kenderaan.

lenyap -muncul
i. lenyap : tidak kelihatan ghaib, hilang. ii. muncul : keluar tiba-
tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul.
Contoh: Berita mengenainya sudah lama lenyap tetapi pada akhir-
akhir ini muncul semula di kaca televisyen.

lepas (melepaskan) - tambat (menambat), tangkap


(menangkap)
i. lepas (melepaskan) : tidak terikat, tidak mempunyai pertalian
lagi, bebas, lari. ii. tambat (menambat), tangkap (menangkap) :

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 113


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

mengikat dengan tali, menawan.


Contoh: Walaupun dia dapat melepaskan diri dari tahanan tetapi
orang ramai dapat menangkapnya semula.

lesap - muncul
i. lesap : tidak ada lagi, hilang, lenyap. ii. muncul : keluar tiba-
tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul.
Contoh: Sekejap sahaja penjenayah itu boleh lesap daripada
kepungan orang ramai dan tiba-tiba muncul di tempat lain.

letak (meletakkan) - angkat (mengangkat)


i. letak (meletakkan) : menempatkan, mengenakan, membubuhkan.
ii. angkat (mengangkat) : menggerakkan ke atas, melantik.
Contoh: i. Kerajaan meletakkan pasukan keselamatan di kawasan
sempadan untuk mengawal penyeludupan yang berleluasa. ii.
Kerajaan mengangkat martabat guru-guru dengan mewujudkan
jawatan-jawatan baharu di peringkat sekolah.

lewat - awal
i. lewat : sesudah waktu. ii. awal : sebelum waktu.
Contoh: Encik Lim lewat tiba pada hari ini, pada kebiasaannya
dialah yang datang awal.

liar - jinak

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 114


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. liar : ganas, galak, buas, tidak jinak. ii. jinak : tidak liar.
Contoh: Gajah yang liar boleh dijinakkan hingga boleh membuat
pertunjukan di khalayak ramai.

licin - kasar, kesat


i. licin : tidak kesat, berlendir sama rata, permukaan halus. ii.
kasar, kesat : tidak kecil atau tidak halus, tidak lincin, kasap.
Contoh: Sepatutnya permukaan meja itu licin tetapi kerana
tersilap sapu cat menyebabkan permukaannya menjadi kasar.

lipat (melipat) - babar (membabarkan), bentang


(membentangkan), hampar (menghamparkan)
i. lipat (melipat) : mematahkan supaya berkembar. ii. babar
(membabarkan), bentang (membentangkan), hampar
(menghamparkan) : meluaskan, memapar.
Contoh: Makcik Kiah melipat kain sambil menonton televisyen,
manakala anak lelakinya pula sibuk membentangkan tikar untuk
baring di ruang tamu.

longgar - ketat
i. longgar : tidak sempit, lapang, tidak ketat, tidak teguh, tidak
ikat kuat. ii. ketat : sendat, tidak longgar, keras tidak ada tolak
ansur, teliti.
Contoh: Lubang kayu yang longgar itu dipasak dengan kayu baji
untuk diketatkan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 115


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

longgok (berlonggok) - selerak (berselerak), sepah


(bersepah), tabur (bertaburan)
i. longgok (melonggok) : menghimpunkan, menimbunkan,
menompokkan. ii. selerak (berselerak) sepah (bersepah), tabur
(bertaburan) : bersebar.
Contoh: Di atas satu pinggan dilonggokkan nasi, sedikit lauk,
sayur dan sedikit kuih untuk makan dalam majlis makan secara
berselerak.

luas - sempit
i. luas : tidak sempit, lapang, lebar. ii. sempit : tidak luas, tidak
lebar, kecil, ketat.
Contoh: Pak Karman mempunyai tanah sawah yang luas tetapi
tanah dusun buah-buahan sempit sahaja.

lulus - gagal, kandas (terkandas)


i. lulus : berjaya. ii. gagal : tidak berhasil atau berjaya.
Contoh: Dia berjaya dalam ujian bertulis, tetapi gagal pada
peringkat ujian kecergasan dan kesihatan badan.

lupa - ingat
i. lupa : tidak timbul dalam fikiran, tidak ingat, tidak teringat. ii.
ingat : masih ada dalam fikiran, tidak lupa.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 116


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: Saya sudah lupa namanya tetapi raut mukanya saya


masih ingat lagi.

lurus - bengkok
i. lurus : tidak bengkok, tegak betul, benar, jujur. ii. bengkok :
berkelok, lengkung, tidak lurus, tidak jujur.
Contoh: i. Orang yang lurus akan menjawab dengan jujur segala
pertanyaan terhadapnya. ii. Hati dia tidak jujur sebab itulah
jawapannya ada alasan dan berbengkok-bengkok sedikit.

mahal - murah
i. mahal : tinggi harganya, tidak murah. ii. murah : rendah
harganya, tidak mahal.
Contoh: i. Pak Sidek tidak mampu membeli rumah itu kerana
harganya sangat mahal. ii. Barang-barang di kedai itu agak murah
harganya.

majikan - pekerja
i. majikan : orang mengambil satu atau lebih pekerja. ii. pekerja :
orang yang bekerja, orang yang memegang sesuatu jawatan.
Contoh: Di dalam sesebuah syarikat yang berjaya biasanya
majikan dan pekerja saling menghormati dan bertanggungjawab
kepada syarikat.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 117


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

maju - mundur
i. maju : bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan,
bertambah baik keadaannya, tinggi tamadunnya. ii. mundur :
bergerak ke belakang, merosot, tidak maju.
Contoh: i. Negara kita kini semakin pesat mencapai kemajuan. ii.
Negara mundur itu memerlukan bantuan makanan untuk
mengatasi masalah kebuluran.

malam - siang
i. malam : hari waktu mulai dari matahari masuk sampai matahari
terbit. ii. siang : hari waktu dari matahari terbit hingga matahari
terbenam.
Contoh: i. Malam itu sungguh gelap kerana bulan tidak kelihatan.
ii. Pada siang, kita bekerja mencari rezeki.

malang - tuah
i. malang : nasib yang tidak baik. ii. tuah : untung, bahagia,
keistimewaan.
Contoh: i. Sungguh malang nasib pengemis tua itu. ii. Puan Lim
tidak menyangka dia bertuah memenangi hadiah pertama dalam
peraduan itu.

malap - gemilang
i. malap : kurang terang, suram, pudar. ii. gemilang : bercahaya
terang-benderang, cemerlang.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 118


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Pada masa dahulu, kawasan ini malap sahaja kerana


tiada lampu. ii. Bandar Johor Bahru terang-benderang dengan
lampu berwarna-warni.

malas - rajin, tekun


i. malas : tidak mahu buat apa-apa, enggan, segan. ii. rajin,
tekun : suka bekerja, giat, bersungguh, kerap kali.
Contoh: i. Orang yang malas bekerja tentulah akan menderita
hidupnya. ii. Orang yang rajin bekerja akan hidup senang-lenang.

malu - bangga
i. malu : perasaan aib, hina, rendah diri. ii. bangga : megah, besar
hati.
Contoh: Ah Seng berasa sangat bangga kerana akhirnya dia
berjaya mendapatkan segulung ijazah.

manis - masam
i. manis : rasa seperti gula atau madu. ii. masam : rasa macam
cuka, asam.
Contoh: i. Buah durian itu sungguh manis dan lazat rasanya. ii.
Buah limau yang kakak beli di pasar rasanya masam.

mara - mundur (berundur)


i. mara : bergerak ke muka, tampil ke hadapan. ii mudur

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 119


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

(berundur) : bergerak ke belakang.


Contoh: Dalam pertempuran yang sengit itu, tentera kita dapat
mara ke hadapan, manakala gerombolan penjahat berundur lari
ke hutan.

masak - mentah
i. masak : sudah empuk. ii. mentah : tidak masak betul.
Contoh: Saya berikan kucing saya makan ikan yang sudah dimasak
kerana ia tidak gemar makan ikan yang masih mentah.

masam - manis
i. masam : rasa macam cuka, asam, tidak jernih (muka) kerana
marah. ii. manis : rasa seperti gula atau madu, sangat menarik,
panggilan untuk gadis, sopan, beradab.
Contoh: i. Muka ayah kamu nampak masam sahaja hari ini,
mungkin ada masalah di tempat kerjanya. ii. Isteri harus
menyambut kepulangan suami dari pejabat dengan muka yang
manis dan senyuman yang menawan.

masin - tawar
i. masin : rasa seperti rasa garam, asin. ii. tawar : tidak berasa
apa-apa, hambar.
Contoh: i. Daging bakar itu sangat masin rasanya kerana terlebih
garam. ii. Semenjak demam, dia tidak berselera makan kerana
lidahnya terasa tawar.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 120


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

masuk - keluar
i. masuk : pergi ke dalam, datang ke dalam, terbenam, menjadi
ahli, dll. ii. keluar : bergerak dari sebelah dalam ke sebelah luar,
muncul, menampakkan diri, timbul dari bawah permukaan.
Contoh: Pak Abu dan kawan-kawannya masuk ke hutan mencari
hasil hutan sehingga seminggu lamanya barulah mereka keluar
hutan.

matang - mentah
i. matang : banyak mempunyai pengalaman. ii. mentah : belum
sempurna akal, masih belum dewasa.
Contoh: i. Dia sudah matang dan boleh membuat keputusan
sendiri. ii. Dia masih mentah dan perlu tunjuk ajar daripada
orang dewasa.

mati - hidup
i. mati : tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi. ii. hidup : terus
bernyawa atau bernafas.
Contoh: Dalam bencana ombak tsunami itu, ramai yang terkorban
dan yang hidup pula menderita akibat kekurangan makanan.

menang - kalah, tewas


i menang : berjaya, berhasil. ii. kalah : tewas, alah.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 121


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: Dalam hal ini tiada siapa yang menang atau kalah kerana
yang penting ialah mencari manfaat untuk semua pihak.

mendung - cerah
i. mendung : gelap, kelam, redup : tidak bercahaya, tidak terang,
tidak jelas. ii. cerah : terang, jernih, berseri, tidak muram.
Contoh: Pada sebelah pagi tadi cuaca mendung tetapi di sebelah
petang cuacanya cerah.

mentah - masak
i. mentah : belum empuk. ii. masak : sudah empuk.
Contoh: Daging yang mentah hendaklah dimasak terlebih dahulu
sebelum dimakan.

mentah - matang
i. mentah : belum sempurna fikiran, masih belum dewasa matang.
ii. matang : banyak mempunyai pengalaman.
Contoh: i. Kebanyakan remaja yang masih mentah fikirannya
mudah terpengaruh dengan gejala sosial dari Barat. ii. Pelajar di
negara ini harus diberi latihan kematangan fikiran sebelum
meninggalkan bangku sekolah.

miskin - kaya
i. miskin : tidak berharta, serba kekurangan. ii. kaya : banyak

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 122


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

harta.
Contoh: Cara hidup orang miskin dengan orang kaya sangat jauh
bezanya.

moden - antik, kuno, purba


i. moden : berkaitan masa kini, cara baru, terakhir. ii. antik, kuno,
purba : berasal dari zaman dahulu.
Contoh: i. Dalam dunia moden ini terdapat banyak alat belajar
yang canggih. ii. Almari antik itu sudah berumur lebih dari dua
ratus tahun.

molek - hodoh
i. molek : ayu, cantik, jelita, lawa, dan lemah lembut orangnya. ii.
hodoh : buruk, jelik.
Contoh: i. Molek sungguh Mak Cik Halimah berpakaian baju
kebaya itu. ii. Jangan pakai baju koyak ini jika tidak ingin
kelihatan hodoh.

mudah - payah, sukar, susah


i. mudah : tidak susah atau sukar, gampang, senang. ii. payah,
sukar, susah : tidak mudah, tidak senang.
Contoh: Kebanyakan pelajar suka mengambil kursus yang mudah
kerana senang dapat ijazah tetapi akhirnya sukar mendapat
pekerjaan yang sesuai.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 123


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

muda - mudi
i. muda : remaja. ii. mudi : perempuan muda.
Contoh: Dalam zaman enam puluhan, belia muda-mudi bergabung
tenaga mengadakan pasar ria dan pementasan drama.

muda - tua
i. muda : belum tua, masih remaja, belum masak (buah-buahan),
masih awal, (hari), tingkatan (kedudukan, pangkat, dll). ii. tua :
sudah lama hidup.
Contoh: Orang muda seharusnya belajar sesuatu dari orang tua
kerana mereka hidup lama dan berpengalaman.

mudi (pemudi) - muda (pemuda)


i. mudi (pemudi) : perempuan muda. ii. muda (pemuda) : lelaki
remaja (muda).
Contoh: Pemudi atau pemuda zaman ini haruslah tekun belajar
sehingga ke peringkat universiti.

mula (permulaan) - tamat


i. mula (permulaan) : yang awal, yang pertama sekali. ii. tamat :
penghabisan, akhir.
Contoh: Perarakan kereta berhias itu bermula di padang sekolah
dan tamat di hadapan stadium.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 124


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

mulia - daif
i. mulia : tinggi, (kedudukan, pangkat, martabat,) luhur,
terhormat, tertinggi. ii. daif : cacat, hina, lemah.
Contoh: Orang yang mulia ialah orang yang suka memberikan
pertolongan untuk membantu golongan daif.

muncul - ghaib, hilang, lenyap, lesap


i. muncul : keluar tiba-tiba. ii. ghaib, hilang, lenyap, lesap : tidak
kelihatan lagi, tiada lagi.
Contoh: i. Pekerja balak itu lari bertempiaran apabila gajah tiba-
tiba sahaja muncul di tempat itu. ii. Pemuda yang menanggung
banyak hutang itu ghaib begitu sahaja.

mundur - maju
i. mundur : bergerak ke belakang, menjadi kurang, tidak maju. ii.
maju : bertambah baik keadaannya.
Contoh: i. Kebanyakan negara mundur disebabkan keadaan
geografi terdedah kepada bencana alam. ii. Negara-negara maju
haruslah menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang
masih mundur.

mungkir (memungkiri) - kota (mengotakan), tepat (menepati)


i. mungkir (memungkiri) : tidak menepati (janji). ii. kota
(mengotakan), tepat (menepati) : melaksanakan janji, dll.
Contoh: "Jangan mungkir janji, cubalah latihkan diri kamu untuk

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 125


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

mengotakan janji," nasihat ayahnya.

muntah (memuntahkan) - telan (menelan)


i. muntah (memuntahkan) : mengeluarkan muntah. ii. telan
(menelan) : memasukkan (makanan) melalui kerongkong.
Contoh: i. Dia muntah kerana badannya sudah lemah lesu. ii. Ravi
menelan sebiji ubat untuk menghilangkan sakit kepalanya.

murah - mahal
i. murah : rendah harganya, tidak mahal. ii. mahal : tinggi
harganya, tidak murah.
Contoh: i. Dahulu barang-barang keperluan agak murah harganya.
ii. Barang-barang mewah memang mahal harganya.

muram - cerah, seri (berseri)


i. muram : kelam, suram, tidak berseri. ii. cerah, seri (berseri) :
tidak muram.
Contoh: i. Wajah Pak Salleh muram kerana dia masih bersedih
dengan peristiwa malang itu. ii. Wajahnya berseri-seri kerana dia
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

murid - guru
i. murid : anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar,
penuntut. ii. guru : orang yang mengajar, pendidik, pengajar.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 126


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: Pada masa saya menjadi murid sekolah saya bercita-cita


menjadi guru tetapi sekarang saya menjadi tentera.

musnah (memusnahkan) - cipta (mencipta)


i. musnah (memusnahkan) : membinasakan langsung, merosakkan,
menghapuskan, menghilangkan. ii. cipta (mencipta) : mereka,
menerbitkan, menghasilkan sesuatu dengan imaginasi.
Contoh: i. Ombak besar yang melanda Banda Acheh telah
memusnahkan semua sekali bangunan dan harta benda di situ. ii.
Dengan berlaku ombak besar itu baharulah timbul fikiran untuk
menciptakan alat pengesan amaran tsunami.

musuh - kawan, sahabat


i. musuh, seteru, lawan : tentangan, orang yang ditentang. ii.
kawan, sahabat : teman, rakan.
Contoh: Kalau dahulu kita bermusuh dengan dia tetapi kini sudah
menjadi kawan karib dan jiran tetangga pula.

nafi (menafikan) - aku (mengaku)


i. nafi (menafikan) : menolakkan, menyangkalkan ii. aku (mengaku)
: mengatakan benar sesuatu tuduhan, mengiakan apa yang
dituduh / dikatakan.
Contoh: Pada mulanya saya menafikan tetapi setelah diselidik
saya mengaku itu adalah kesilapan saya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 127


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

naik - turun
i. naik : bergerak ke atas. ii. turun : dari atas ke bawah.
Contoh: i. Puan Kamariah naik ke tingkat atas untuk menyimpan
pakaiannya. ii. Encik Karim turun ke tingkat bawah kerana ada
tetamu datang ke rumahnya.

nakal - baik
i. nakal : buruk kelakuannya. ii. baik : tidak jahat kelakuannya.
Contoh: Pada masa kanak-kanak dahulu dia memang seorang
budak nakal tetapi sekarang dia menjadi seorang pemimpin yang
baik.

nenek - datuk
i. nenek : ibu kepada ayah atau ibu. ii. datuk : bapa kepada ayah
atau ibu.
Contoh: Nenek saya baharu sahaja bersara daripada jawatan
jururawat dan datuk pula sudah sepuluh tahun lebih dia bersara
tentera.

nikah (bernikah) - cerai (bercerai)


i. nikah (bernikah) : berkahwin, mempunyai isteri / suami. ii. cerai
(bercerai) : berpisah, tidak bersatu, berpecah.
Contoh: "Anak dara Haji Dollah sudah bernikah bulan lepas
dengan anak dagang dari seberang tapi khabarnya hendak

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 128


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

bercerai pula," kata Lajim.

nipis - tebal
i. nipis : tidak tebal, tipis. ii. tebal : tidak tipis.
Contoh: i. Dia hanya membawa dua buah buku latihan yang nipis-
nipis sahaja. ii. Kasut ini tapaknya sangat tebal.

nyala (bernyala) - padam


i. nyala (bernyala) : hidup api. ii. padam : tidak hidup api.
Contoh: i. Kayu yang basah susah hendak dinyalakan. ii. Api yang
marak menyala tadi sudah padam.

olok-olok - sungguh-sungguh
i. olok-olok : main-main, lawak-lawak. ii. sungguh-sungguh : tidak
main-main, dengan segenap hati, dengan tekun.
Contoh: i. "Jangan kamu olok-olok dalam hal mencari jodoh, nanti
emak yang dapat malu pula," tegas Makcik Kiah. ii. "Kamu mesti
belajarlah bersungguh-sungguh supaya memperoleh kejayaan
nanti," nasihat Pak Din.

padam - nyala (bernyala)


i. padam : tidak hidup api. ii. nyala (bernyala) : hidup api.
Contoh: Siva segera memadamkan api yang bernyala di bahagian
belakang rumahnya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 129


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

padat - gembur
i. padat : penuh dan rapat berasak-asak. ii. gembur : tidak padat
berderai-derai.
Contoh: i. Dalam tong itu padat dengan dengan besi buruk. ii.
Tanah gembur di kawasan ini sesuai untuk aktiviti pertanian.

panas - dingin, sejuk


i. panas : hangat, lawan sejuk. ii. dingin, sejuk : tidak panas, tidak
meriah.
Contoh: i. Kak Leha terpaksa berpayung kerana hari masih panas
terik. ii. "Sekarang hati ayah kamu sudah sejuk dan dia tidak
marah lagi," kata Pak Wahab.

pandai - bebal, bodoh


i. pandai : cerdik, pintar. ii. bebal, bodoh : tumpul otak.
Contoh: "Budak yang cerdik senang diajar tetapi budak yang
bebal terpaksa membuat latihan tubi," kata Cikgu Bakar.

pangkal - hujung
i. pangkal : bahagian permulaan, lawan hujung. ii. hujung :
bahagian yang terakhir dari sesuatu yang panjang.
Contoh: Orang itu meniti dari pangkal hingga ke hujung batang
pokok kelapa yang tumbang itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 130


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

panjang - pendek
i. panjang : jarak dari hujung ke hujung lawan lebar. ii. pendek :
tidak panjang, tidak tinggi.
Contoh: Kayu yang panjang itu dipotong-potong supaya menjadi
pendek.

pantas - lambat
i. pantas : cepat, laju. ii. lambat : perlahan.
Contoh: i. Amir berlari pantas terus ke garisan penamat. ii. Dia
berjalan lambat kerana kakinya sakit.

pasang - surut
i. pasang : naik atau bertambah (air). ii. surut : kurang.
Contoh: Apabila malam bulan purnama, air laut menjadi pasang
besar dan surut pada siang hari.

pasif - aktif
i. pasif : tidak giat, tidak rancak / kurang kemajuan / tidak
cerdas. ii. aktif : cergas, giat.
Contoh: i. Murid yang pasif dalam pelajaran patut diberi galakan
supaya lebih tekun belajar. ii. Meera aktif dalam lapangan
nyanyian.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 131


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

patuh (mematuhi) - ingkar (mengingkari)


i. patuh (mematuhi) : menurut (perintah, peraturan, hukuman,
dll), taat, tidak membantah. ii. ingkar (mengingkari) : tidak
membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal mungkir.
Contoh: i. Kamu mesti patuh kepada peraturan dan undang-
undang sekolah. ii. Dia selalu ingkar pada cakap ibunya.

payah - mudah, senang


i. payah : susah, sukar, kesulitan. ii. mudah, senang : tidak sukar,
gampang.
Contoh: Kerja-kerja yang susah akan menjadi senang jika dibuat
latihan setiap hari.

pecah (berpecah) - gabung (bergabung)


i. pecah (berpecah) : bercerai, terbahagi kepada beberapa
kelompok. ii. gabung (bergabung) : menjadi satu kumpulan,
bercantum, sekutu.
Contoh: i. Kumpulan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan
kecil. ii. "Kamu gabungkan kumpulan-kumpulan yang kecil itu
menjadikan satu kumpulan yang besar," kata Cikgu Tan.

peduli (mempedulikan) - abai (mengabaikan)


i. peduli (mempedulikan) : mengambil perhatian akan, turut
campur. ii. abai (mengabaikan) : memandang tidak penting, tidak
mempedulikan, tidak mengendahkan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 132


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Walaupun Bujang itu anak tiri saya tetapi saya tetap
mempedulikan dia. ii. Ayah saya tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang ayah.

pejam (memejamkan) - celik (mencelikkan)


i. pejam (memejamkan) : menutup mata. ii. celik (mencelikkan) :
membuka mata.
Contoh: i. Kalau bimbang mata kamu dimasuki habuk pejamkan
mata kamu itu. ii. Kamu boleh celik mata kamu dan lihatlah
sekeliling.

pekat - cair
i. pekat : tidak cair, kental, likat. ii. cair : tidak keras dan tidak
seperti gas (boleh mengalir seperti air).
Contoh: Kalau santan itu pekat boleh tambah air supaya menjadi
cair.

pelajar - guru
i. pelajar : anak yang sedang belajar atau berguru, murid,
penuntut. ii. guru : orang yang mengajar, pendidik, pengajar.
Contoh: Setiap pelajar mestilah sentiasa hormat pada guru.

pelat - fasih, petah


i. pelat : kurang betul mengucap kata-kata, telor. ii. fasih,

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 133


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

petah : lancar dan baik sebutannya.


Contoh: i. Pada kebiasaannya kanak-kanak mula belajar bercakap
akan pelat sebutannya. ii. Lelaki Jepun itu fasih bercakap bahasa
Malaysia.

pendek - panjang
i. pendek : tidak panjang, tidak tinggi. ii. panjang : arah dari
hujung ke hujung lawan lebar.
Contoh: i. Galah yang pendek itu tidak boleh digunakan untuk
menjolok buah jambu. ii. Pak Mat menggulung tali yang panjang
itu.

pengsan - sedar
i. pengsan : dalam keadaan tidak sedar akan diri. ii. sedar : ingat
kembali.
Contoh: Dia pengsan selama kira-kira setengah jam dan baru
sedar setelah mendapat bantuan daripada seorang doktor.

penuh - kosong
i. penuh : seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong, cukup,
tidak kurang, banyak sekali. ii. kosong : tidak berisi apa-apa,
berongga, sifar.
Contoh: Di dalam guni itu penuh dengan tin kosong.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 134


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

percaya - curiga
i. percaya : akui akan kebenarannya, berasa pasti. ii. curiga : syak
wasangka, waswas, sangsi.
Contoh: i. Saya percaya bahawa kata-katanya itu adalah benar. ii.
Saya curiga akan tingkah lakunya itu semasa berjumpa
dengannya.

perempuan - laki-laki (lelaki)


i. perempuan, wanita : lawan lelaki. ii. laki-laki (lelaki) : jantan,
lawan perempuan, keberanian.
Contoh: Murid-murid perempuan hendaklah mengambil tempat di
bahagian hadapan dan murid-murid lelaki pula di bahagian
belakang dewan.

pergi - balik, kembali, pulang


i. pergi : berjalan dan lain-lain menuju ke suatu tempat. ii. balik :
pulang / kembali.
Contoh: Semasa saya pergi ke rumah Ah Seng, dia belum balik
lagi dari pejabat.

perlahan - deras, laju


i. perlahan : tidak terburu-buru, (tergesa-gesa, cepat-cepat)
tidak kuat bunyi. ii. deras : cepat, laju, bunyi letupan.
Contoh: Dengan perlahan-lahan saya bangun dan mengintai dari
tingkap untuk mencari arah bunyi letupan yang deras itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 135


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

pesat - lembap
i. pesat : berkembang dengan cepat. ii. lembap : lambat atau
kurang mencapai kemajuan.
Contoh: i. Perkembangan pembangunan di negeri itu sangat pesat.
ii. Dia lembap dalam pelajaran kerana setiap hari asyik bermain
sahaja.

petah - pelat
i. petah : lancar pertuturannya, fasih. ii. pelat : telor, kurang
betul mengucapkan kata-kata.
Contoh: Kamu sepatutnya sudah petah berbahasa Melayu, tetapi
masih pelat lagi walaupun sudah lebih sepuluh tahun tinggal di
Malaysia.

pimpin (memimpin) - ikut (mengikut)


i. pimpin (memimpin) : memegang tangan dan membawa berjalan
menuju ke suatu tempat (menunjukkan jalan), membimbing. ii.
ikut (mengikut) : pergi bersama dengan, menurut, mengiring,
menyertai.
Contoh: i. Puan Mary memimpin anaknya untuk melintas jalan
yang sibuk itu. ii. Ismail mengikut bapanya pergi ke kebun.

pindah (berpindah) - tetap (menetap)

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 136


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. pindah (berpindah) : beralih tempat. ii. tetap (menetap) : tidak


berpindah-pindah, tidak bergerak.
Contoh: Sekarang mereka sudah berpindah ke rumah baru di
Selayang dan akan menetap di sana.

pintar - bebal, bodoh


i. pintar : bijak, cerdik, pandai. ii. bebal : tumpul otak, bodoh.
Contoh: i. Budak itu sungguh pintar kerana dia boleh menjawab
soalan-soalan yang sukar. ii. Budak yang bebal langsung tidak
boleh membaca dan menulis.

positif - negatif
i. positif : pasti, tegas, tentu, tetap, lawan negatif. ii. negatif :
penyataan tidak atau bukan.
Contoh: Kita harus mengambil sikap yang positif dan buangkan
perkara yang negatif, barulah boleh hidup dengan harmoni.

potong (memotong) - sambung (menyambung)


i. potong (memotong) : memutuskan sesuatu, memenggal,
mengerat. ii. sambung (menyambung) : menghubungkan sesuatu.
Contoh: i. Menteri Besar memotong tali reben sebagai tanda
merasmikan bangunan baru itu. ii. Lim Ah Chay menyambung
semula rantai basikal yang putus itu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 137


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

profesional - amatur
i. profesional : berasaskan kemampuan / kemahiran yang khusus
untuk melaksanakannya. ii. amatur : kegiatan dilakukan untuk
hobi kegemaran.
Contoh: Untuk menjadi pemain yang profesional di dalam sesuatu
bidang haruslah melalui peringkat amatur terlebih dahulu.

pucuk - akar
i. pucuk : daun yang baru terbit atau daun muda. ii. akar :
bahagian yang tumbuh yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah.
Contoh: Pucuk pegaga yang muda boleh dijadikan ulam dan
akarnya boleh direbus sebagai penawar sakit urat.

puji (memuji) - caci (mencaci), kecam (mengecam)


i. puji (memuji) : menyatakan penghargaan yang baik. ii. caci
(mencaci) : mengata keburukan orang, mencela, mencerca.
Contoh: i. Daing memuji anak buahnya kerana cekap membuat
kerja. ii. Kita jangan memcaci orang yang gagal dalam
peperiksaan.

pujuk (memujuk) - desak (mendesak), gesa (menggesa)


i. pujuk (memujuk) : memakai kata-kata manis dengan tujuan
hendak memikat hati (mengajak, menipu dll). ii. desak (mendesak)
: meminta / menuntut dengan bersungguh-sungguh.
Contoh: i. Abu memujuk Ah Meng membayar hutangnya. ii. Budin

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 138


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

mendesak Karim mengambil buku di atas meja itu.

pulang (memulangkan) - pinjam (meminjam)


i. pulang (memulangkan) : membawa pulang, mengembalikan. ii.
pinjam (meminjam) : menggunakan barang orang lain untuk
sementara waktu.
Contoh: Encik Ibrahim sudah memulangkan motorsikal yang dia
pinjam daripada saya pagi tadi.

pulang - pergi
i. pulang : balik / kembali. ii. pergi : berjalan dan lain-lain menuju
ke suatu tempat.
Contoh: i. Krishan segera pulang ke rumahnya kerana hari hendak
hujan. ii. Mereka pergi berkelah di Pantai Merdeka.

pulih - cedera
i. pulih, sembuh : sembuh, kembali seperti asal. ii. cedera : cacat,
cela, luka / patah.
Contoh: Keadaan tangannya sudah pulih setelah cedera akibat
terjatuh tiga bulan lalu.

puncak - kaki
i. puncak : bahagian tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll).
ii. kaki : bahagian di sebelah bawah sesuatu.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 139


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: Sebelum mendaki ke puncak, mereka bermalam di kaki


gunung itu terlebih dahulu.

pungut (memungut) - buang (membuang)


i. kutip (mengutip), pungut (memungut) : memetik, mengambil,
mengumpul. ii. buang (membuang) : mencampakkan, melemparkan.
Contoh: Terdapat beberapa orang memungut kotak-kotak di
tempat orang membuang sampah.

pura-pura - ikhlas
i. pura-pura : tidak sungguh, main-main sahaja. ii. ikhlas : jujur,
hati suci, tidak menipu.
Contoh: i. Orang yang selalu berpura-pura sangat dibenci oleh
masyarakat. ii. Sikap yang jujur dan ikhlas adalah pekerti yang
mulia.

purba - moden
i. purba : antik, kuno, berasal dari zaman dahulu. ii. moden :
berkaitan masa kiini, cara baru, terakhir.
Contoh: Orang pada zaman purba tinggal di dalam gua batu,
tetapi orang pada zaman moden tinggal dalam rumah batu.

putera - puteri
i. putera : anak raja lelaki. ii. puteri : anak raja yang perempuan.
Contoh: Baginda memperoleh dua orang cahaya mata, seorang

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 140


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

putera dan seorang puteri.

puteri - putera
i. puteri : anak raja yang perempuan. ii. putera : anak raja yang
lelaki.
Contoh: Kedua-dua puteri dan putera baginda itu diberi
pendidikan agama oleh ulama yang terkenal.

putih - hitam
i. putih : warna yang paling cerah. ii. hitam : warna seperti arang.
Contoh: Warna bendera tubuh Negeri Terengganu ialah putih
dan hitam.

ragu-ragu - yakin
i. ragu-ragu : sangsi, waswas, bimbang, tidak pasti. ii. yakin :
pasti benar.
Contoh: i. Saya ragu-ragu dengan kata-katanya itu. ii. Kami yakin
dia tidak akan mungkir janji.

rajin - malas
i. rajin : tekun, suka bekerja, giat, bersungguh, kerap kali. ii.
malas : tidak mahu buat apa-apa, enggan, segan.
Contoh: i. Budak itu pandai kerana dia rajin belajar. ii. Dia
sungguh malas membaca buku, sedangkan peperiksaan akan tiba

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 141


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tidak lama lagi.

ramah - angkuh, bongkak, sombong


i. ramah : elok dan menarik budi bahasanya / bergaul / bermesra
ii. angkuh : mempunyai watak suka meninggi diri, sombong,
pongah, tinggi hati.
Contoh: i. Baginda selalu beramah mesra dengan rakyat. ii. Dia
itu sungguh angkuh sekarang semenjak menjadi ketua kampung.

rapat - jarang
i. rapat : tidak jarang, tidak kerap/ renggang, hampir bertemu. ii.
jarang : renggang.
Contoh: i. Rumah-rumah nelayan di kawasan Pantai Timur rapat-
rapat sehingga bertemu hujung atapnya. ii. Pak Usup menanam
pokok rambutan jarang-jarang di dalam kebunnya kerana pokok
itu dapat membesar dan rimbun daunnya.

realiti - fantasi, imaginasi, khayalan


i. realiti : keadaan yang nyata, kenyataan, hakikat. ii. fantasi :
imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, khayalan, angan-
angan.
Contoh: i. Dalam dunia moden hari ini, perkara yang realiti
diambil perhatian oleh masyarakat. ii. Buku cerita itu seronok
dibaca kerana mengandungi kisah fantasi.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 142


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

redup - cerah
i. redup : berawan tidak terang, agak gelap kerana dilindungi
awan. ii. cerah : berseri, tidak muram.
Contoh: Mengikut ramalan kaji cuaca kawasan Kota Bharu pada
sebelah pagi cuacanya redup dan di sebelah petang cuacanya
cerah.

regang - kendur
i. regang : tegang, kencang, tegang, tidak kendur. ii. kendur :
tidak tegang, tidak regang, lentur, tidak terik.
Contoh: Tali itu harus diregangkan supaya tidak menjadi terlalu
kendur.

rela - enggan
i. rela : sudi, tidak keberatan, suka, berkenan, mahu. ii. enggan :
tidak mahu, tidak suka.
Contoh: i. Pahlawan itu rela dirinya terkorban demi
mempertahankan tanah air. ii. Orang kaya yang bakhil itu enggan
menghulurkan sebarang derma.

rendah - tinggi
i. rendah : tidak jauh jaraknya dari bawah, tidak tinggi. ii. tinggi :
besar jaraknya di bahagian bawah, tidak rendah.
Contoh: i. Azmi lebih rendah daripada Abu. ii. Bangunan itulah

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 143


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

yang paling tinggi di kota ini.

renggang - akrab, erat, karib


i. renggang : tidak berapa rapat. ii. akrab : karib, erat, lebih
dekat.
Contoh: i. Pintu yang buruk itu sudah renggang. ii. Dia cuba
mencari kawan akrabnya semasa bersekolah rendah dahulu.

renyai - lebat
i. renyai : gerimis, hujan rintik-rintik, rebas. ii. lebat : banyak
lagi tebal.
Contoh: Pada pagi tadi keadaan hujan renyai-renyai sahaja tetapi
sekarang hujan mula turun dengan lebatnya.

ringan - berat
i. ringan : tidak berat, enteng, senang dilakukan, tidak penting,
tidak mendalam. ii. berat : mempunyai tekanan yang kuat (apabila
ditimbang).
Contoh: i. Barang kecil itu tentulah sangat ringan. ii. Katak itu
rupa-rupanya sangat berat.

riuh - senyap, sepi, sunyi


i. riuh : bising, gempar, ramai (bunyi suara). ii. senyap, sepi,
sunyi : tidak riuh, tidak ramai orang, lengang.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 144


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Pagi-pagi lagi pasar itu sudah riuh dengan penjual dan
pembeli. ii. Waktu malam bandar ini sunyi sahaja.

roboh (merobohkan) - bina (membina)


i. roboh (merobohkan) runtuh (meruntuhkan) : jatuh ke bawah
kerana rosak, meruntuhkan, menumbangkan, membinasakan. ii.
bina (membina) : membuat sesuatu sehingga terdiri sesuatu.
Contoh: Pihak berkuasa perbandaran terpaksa merobohkan
gerai-gerai kerana hendak membina sebuah pasar di kawasan itu.

rosak - bagus
i. rosak : tidak sempurna lagi / sudah tidak baik / sudah
bercerai-cerai. ii. bagus : keadaan bersifat baik, tidak rosak,
cantik
Contoh: i. Peti sejuk yang baharu dibeli itu sudah rosak. ii.
Ketuhar yang kakak beli itu masih baik lagi walaupun sudah lama.

rugi - laba, untung


i. rugi : jual lebih rendah daripada harga pokok, kesusutan modal,
tidak mendapat faedah. ii. laba : keuntungan, faedah, kebaikan.
Contoh: i. Dia tidak menyangka akan rugi dalam perniagaannya
itu. ii. Pak Ali memperoleh laba besar dalam perniagaannya tahun
ini.

runcit - borong

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 145


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. runcit : bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai. ii.


borong : secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli,
pekerjaan, dll).
Contoh: Pada mulanya, Pak Din menjual ikan secara runcit dengan
motorsikal sahaja tetapi sekarang sudah berniaga di pasar
borong.

runtuh (meruntuhkan) - bina (membina)


i. runtuh (meruntuhkan) : roboh (merobohkan), jatuh ke bawah
kerana rosak, meruntuhkan, menumbangkan, membinasakan. ii.
bina (membina) : membuat sesuatu sehingga terdiri sesuatu.
Contoh: i. Banyak bangunan dan rumah runtuh akibat gempa bumi
itu. ii. Encik Hanafi membina rumahnya di kaki bukit.

sabar - gopoh-gopoh (bergopoh-gopoh)


i. sabar : bertenang, tidak terburu-buru. ii. gopoh-gopoh
(bergopoh-gopoh) : tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas.
Contoh: "Bersabar itu lebih bermanfaat daripada bergopoh-
gopoh dalam apa sahaja urusan atau tindakan," kata Encik
Azahar.

sahabat - lawan, musuh, seteru


i. sahabat : kawan, teman, taulan, pengikut. ii. lawan : pasangan
yang tepat, jodoh, tandingan, musuh, tentangan.
Contoh: "Baik-baiklah bersahabat dan lawan jangan dicari,"

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 146


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

nasihat Pak Akub.

sakit - sihat
i. sakit : menderita sesuatu yang menyebabkan seluruh atau
sesuatu bahagian tidak segar. ii. sihat : tidak kena (menghidap)
sebarang penyakit.
Contoh: Saya tidak menyangka dia jatuh sakit kerana beberapa
hari lepas dia masih sihat.

salah - benar, betul


i. salah : bohong dusta, karut, palsu, berlainan daripada perkara
yang sebenar. ii. benar, betul : tepat, tidak salah, amat sangat
sekali.
Contoh: Peribahasa ada mengatakan, takut kerana salah, berani
kerana benar.

sama - lain
i. sama (persamaan) : perihal persamaan (sifat-sifatnya, dll),
persesuaian, perbandingan, perbandingan dua ungkapan yang
sama nilainya (dalam ilmu hisab). ii. lain (kelainan) : perihal
perbezaan, perbezaan, sesuatu yang tidak menurut perbezaan.
Contoh: Walaupun pasangan kembar itu ada persamaan rupa
paras tetapi sikap dan pendapat mereka ada kelainannya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 147


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sama (persamaan) - beza (perbezaaan), lain (kelainan)


i. sama (persamaan) : tidak berbeza atau berlainan, serupa,
setanding, sama-sama. ii. beza (perbezaan) : keadaan atau sifat
yang tidak sama antara satu daripada yang lain, selisih.
Contoh: Semua ahli jawatankuasa itu mempunyai persamaan
pendapat, kecuali Encik Halim sahaja berbeza pendapatnya.

sambung (menyambung) - potong (memotong)


i. sambung (menyambung) : menghubungkan sesuatu. ii. potong
(memotong) : memutuskan sesuatu, memenggal, mengerat.
Contoh: Pak Him menyambung kayu itu, tetapi setelah terlebih
panjang, dia terpaksa potong semula mengikut penyesuaian.

sana - sini
i. sana : tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. ii. sini : di
tepi ini.
Contoh: i. Jauh di sana kelihatan beberapa buah rumah atap yang
terletak di tepi paya. ii. Di sinilah tempat aku bermain, bersama-
sama kawan sebaya.

sangkal (menyangkal) - aku (mengaku)


i. sangkal (menyangkal) : nafi (menafikan), penolakan,
penyangkalan. ii. aku (mengaku) : mengata benar / membenar
sesuatu tuduhan.
Contoh: Saya menyangkal tuduhan yang tidak berasas itu, tetapi

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 148


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

jika benar dan terbukti tuduhan itu, saya mengaku dan memohon
maaf.

saya - awak, engkau, kamu


i. saya : kata ganti diri pertama; aku, hamba, patik. ii. awak,
engkau, kamu : kata ganti diri kedua.
Contoh: Saya tidak menyangka tuduhan awak terhadap saya dan
keluarga begitu berat dan tidak berasas sama sekali.

sayang - benci
i. sayang : kasih, rasa cintai. ii. benci : tidak disukai.
Contoh: Kalau kita sentiasa berbuat baik kepada masyarakat
tentu mereka sayang, tetapi kalau kita jahat, semua orang akan
benci.

sedar - pengsan
i. sedar : ingat kembali. ii. pengsan : dalam keadaan tidak sedar
akan diri.
Contoh: Dia sudah sedar daripada pengsan beberapa minit yang
lalu.

sedih - gembira, girang


i. sedih : rasa pilu. ii. gembira : sangat suka, sangat girang, besar
hati.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 149


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: i. Hatinya berasa sedih mengenang peristiwa malang itu.


ii. Hari ini mereka sungguh gembira kerana dapat bersama-sama
dengan datuk dan nenek.

sedikit - banyak
i. sedikit : kurang / tidak banyak. ii. banyak : bukan sedikit, tidak
sedikit.
Contoh: i. Di kawasan itu hanya ada sedikit sahaja rumah
kediaman. ii. Banyak lalang tumbuh di tempat itu.

sedut (menyedut) - hembus (menghembus)


i. sedut (menyedut) : menarik masuk dengan kekautan udara
melalui, mulut, hidung. ii. hembus (menghembuskan) : meniup,
mengeluarkan nafas.
Contoh: i. Pagi-pagi lagi ayah pergi ke pantai untuk menyedut
udara bersih. ii. Adik menghembus lilin itu sehingga padam.

segar - layu
i. segar : nyaman dan sihat badan, tumbuh dengan subur. ii. layu :
kering dan kecut.
Contoh: Pokok-pokok yang tumbuh dengan segar kini sudah
menjadi layu disebabkan kemarau panjang.

sejuk - panas

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 150


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. sejuk : dingin, tidak panas, tidak meriah. ii. panas : hangat,


lawan sejuk.
Contoh: Kedai itu ada menyediakan minuman sejuk dan panas
untuk pelanggannya.

sekarang - dahulu
i. sekarang : kini, waktu ini. ii. dahulu : yang telah lepas, yang
telah lampau, yang lalu.
Contoh: Sekarang hidup mereka sudah mewah berbanding dengan
masa dahulu hidup mereka menderita.

selalu - jarang (jarang-jarang)


i. selalu : sentiasa, kerap. ii. jarang (jarang-jarang) : tidak sering,
tidak kerap.
Contoh: Pemuda itu selalu menggunakan jalan ini untuk ke tempat
kerja tetapi dia jarang-jarang singgah di kedai itu.

selatan - utara
i. selatan : arah mata angin yang bertentangan dengan utara. ii.
utara : arah mata angin yang bertentangan dengan selatan.
Contoh: Perjalanan dengan kenderaan melalui lebuh raya dari
utara ke selatan memakan masa lebih dari sepuluh jam.

selerak (berselerak) - longgok (berlonggok), susun (bersusun)


i. selerak (berselerak) sepah (bersepah), tabur (bertaburan). ii.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 151


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

longgok (berlonggok), susun (bersusun) : menghimpunkan,


menimbunkan, menompokkan.
Contoh: Sepatutnya sampah yang berselerak itu dilonggok di tepi
jalan supaya senang orang mengangkutnya.

sembuh - cedera
i. sembuh : pulih, kembali seperti asal. ii. cedera : cacat, cela,
luka / patah.
Contoh: Dia sudah sembuh daripada kecederaan yang dialami
semasa kemalangan.

sempit - lapang, lebar, luas


i. sempit : tidak luas atau tidak lebar, kecil, ketat, cetek
(fikiran), sesak (kedudukan, keadaan, kewangan, dll). ii. lapang :
tidak sempit, lega luas, terluang, tidak sibuk, senggang.
Contoh: Dahulu jalan di kawasan ini merupakan lorong yang
sempit sahaja tetapi kini sudah dibesarkan dan menjadi lapang.

sempurna - cacat
i. sempurna : lengkap, tidak ada cacat-celanya. ii. cacat :
kekurangan atau keadaan kurang upaya / sempurna (lengkap,
menarik) pada badan, benda, dll.
Contoh: Bangunan itu sudah sempurna tiada cacat cela lagi
setelah dibaik pulih oleh kontraktor yang berpengalaman.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 152


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

senang - payah, sukar, susah


i. senang : mudah, tidak sukar, gampang. ii. payah : susah, sukar,
kesulitan.
Contoh: "Pilih soalan yang senang terlebih dahulu dan soalan yang
susah hendaklah dijawab kemudian," nasihat Cikgu Hassan.

sengsara - bahagia
i. sengsara : kesusahan / penderitaan. ii. bahagia : senang, aman
damai, gembira.
Contoh: i. Walaupun hidup sengsara tetapi dia tidak pernah
mencuri. ii. Biar hidup miskin asalkan hati sentiasa bahagia.

senja - fajar
i. senja : matahari hampir terbenam di ufuk barat. ii. fajar :
dinihari, subuh, cahaya kemerah-merahan di langit timur
menjelang matahari terbit.
Contoh: Nelayan-nelayan itu pulang waktu senja, turun ke laut
waktu fajar mula menyising.

senyap - bising, riuh


i. senyap, sepi, sunyi : sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, tidak
kedengaran apa-apa. ii. bising : bunyi yang memekakkan telinga,
riuh, hingar.
Contoh: i. Pada waktu pagi, rumah itu senyap sahaja kerana tiada

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 153


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

penghuni. ii. Bunyi bising jentera itu benar-benar memekakkan


telinga kami.

sepah (bersepah) - longgok (berlonggok), susun (bersusun)


i. selerak (berselerak), sepah (bersepah), tabur (bertaburan),
bersebar. ii. longgok (melonggok) : menghimpunkan,
menimbunkan, menompokkan, susun (bersusun).
Contoh: i. Sampah sarap itu bersepah di tepi jalan. ii. Adik
melonggokkan barang mainannya di tepi dinding itu.

seri (berseri) - muram, suram


i. cerah, seri (berseri) : tidak muram. ii. muram, suram : kelam,
tidak berseri.
Contoh: "Sebelum masuk berjumpa dengan pengurus, muka
engkau berseri sahaja, tetapi setelah keluar, muka engkau tiba-
tiba jadi muram," kata Majid.

sering - jarang
i. sering : kerap, berkali-kali, lazim, selalu. ii. jarang (jarang-
jarang) : tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim.
Contoh: "Semasa belum kahwin dahulu dia sering datang ke sini,
tetapi setelah kahwin, jarang-jarang dia datang ke mari," kata
Puan Low.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 154


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

seteru - kawan, sahabat


i. seteru : musuh, lawan, tentangan, orang yang ditentang. ii.
kawan : sahabat, teman, rakan.
Contoh: "Dahulu dia seteru saya tetapi sekarang sudah jadi
kawan kongsi berniaga," kata Ah Chong.

setia - derhaka
i. setia : taat, teguh hati. ii. derhaka : tidak taat kepada negara,
Tuhan, ibu bapa, dll.
Contoh: Tentera kita sentiasa taat setia dan tidak pernah
derhaka kepada raja dan negara.

siang - malam
i. siang : hari waktu dari matahari terbit hingga matahari
terbenam. ii. malam : hari waktu mulai dari matahari masuk
sampai matahari terbit.
Contoh: Musang tidur pada waktu siang dan keluar pada waktu
malam.

sihat - gering (untuk raja sahaja), sakit, uzur


i. sihat : sembuh daripada sakit, pulih. ii. gering (bahasa
digunakan di istana) : sakit, uzur.
Contoh: "Sekarang baginda sudah beransur sihat daripada
geringnya," kata Datuk Bendahara.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 155


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

singkat - labuh
i. singkat : tidak panjang. ii. labuh : lebih panjang ke bawah.
Contoh: i. Baju ini tidak padan dengan saya kerana agak singkat.
ii. Kain yang labuh itu boleh dipotong.

sini - sana
i. sini : di tepi ini. ii. sana : tempat yang jauh atau yang dianggap
jauh.
Contoh: Di sinilah tempat mula-mula budak itu jatuh ke sungai
tetapi mayatnya dijumpai di tepi tebing di sebelah sana.

siuman - gila
i. siuman : waras, tidak gila. ii. gila : tidak sihat atau tidak waras
fikirannya.
Contoh: i. Orang siuman tidak akan membuat perkara yang
sebegitu jijik. ii. Orang gila sahaja sanggup melakukan perkara
sedemikian.

soal (menyoal) - jawab (menjawab)


i. soal (menyoal) : menanya, mengemukakan pertanyaan, memberi
soalan. ii. jawab (menjawab) : ada jawabnya, berbalas, bersahut.
Contoh: Encik Faruk menyoal budak itu dengan beberapa soalan
yang sukar tetapi dia menjawab dengan mudah sahaja.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 156


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sokong (menyokong) - bangkang (membangkang), bantah


(membantah), tentang (menentang)
i. sokong (menyokong) : menyangga sesuatu supaya jangan rebah
atau roboh / menyatakan persetujuan / beri perangsang. ii.
bangkang (membangkang), bantah (membantah), tentang
(menentang), sanggah (menyanggah).
Contoh: Encik Said dan kawan-kawan menyokong pendapat Encik
Hashim itu tetapi dibantah oleh Encik Bakri pula.

sombong - ramah
i. sombong : angkuh mempunyai watak suka meninggi diri, pongah,
tinggi hati. ii. ramah : elok dan menarik budi bahasanya / bergaul
/ bermesra.
Contoh: Di dalam temu duga itu Encik Tan telah menolak
beberapa orang yang bersikap sombong dan menerima orang yang
peramah sahaja untuk menjadi jurujual di syarikatnya.

sopan - biadab
i. sopan : tingkah laku serta tutur kata yang halus, budi bahasa,
budi pekerti yang halus. ii. biadab : tidak ada budi bahasa, tidak
beradab, tidak bertamadun, belum maju.
Contoh: Anak-anak orang itu ada yang bersopan santun dan ada
yang biadab.

sorong (menyorong) - tarik (menarik)

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 157


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. sorong (meyorong) : menolak ke hadapan. ii. tarik (menarik) :


menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri.
Contoh: Mereka bergotong-royong membersih kelas, ada yang
menyorong, dan ada yang menarik perabot.

suami - bini, isteri


i. suami : pasangan hidup bini. ii. bini, isteri : pasangan hidup
suami.
Contoh: Suami isteri yang baharu berkahwin itu pergi berbulan
madu di Pulau Langkawi.

sudah - belum
i. sudah : lengkap, telah siap sedia, habis, berakhir, telah berlalu.
ii. belum (sebelum) : masih tidak, sewaktu belum.
Contoh: Surat permohonan itu sudah dihantar tetapi sehingga
sekarang jawapan belum diterima.

sudi - enggan
i. sudi, rela : tidak keberatan, suka, berkenan, mahu. ii. enggan :
tidak mahu, tidak suka.
Contoh: Ada yang sudi menerima tawaran itu dan ada pula yang
enggan menerima.

suka - duka

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 158


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. suka : perasaan girang dalam hati, senang hati. ii. duka :


perasaan hati sedih.
Contoh: Pak cik Karim menceritakan kisah suka dukanya dalam
perkhidmatan tentera laut selama dua puluh tahun itu.

sukar - mudah, senang


i. sukar : payah, susah, tidak mudah, tidak senang. ii. mudah,
senang : tidak susah atau sukar, gampang.
Contoh: Kebanyakan orang menempuh kesukaran terlebih dahulu
sebelum mengecapi kesenangan.

sulung - bongsu
i. sulung : yang terdahulu, yang tertua, anak yang pertama. ii.
bongsu : yang paling muda, terkecil, yang paling akhir sekali
tumbuh.
Contoh: Amir ialah anak sulung dan Amin ialah anak bongsu
kepada Encik Khalid.

sungguh-sungguh - olok-olok
i. sungguh-sungguh : tidak main-main, dengan segenap hati,
dengan tekun. ii. olok-olok : main-main, lawak-lawak.
Contoh: i. Amir belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu
menjadi orang pandai. ii. Kami tidak menyangka kata-katanya itu
rupa-rupanya olok-olok sahaja.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 159


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sunyi - bising, riuh


i. sunyi : senyap, sepi, sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, tidak
kedengaran apa-apa. ii. bising, riuh : bunyi yang memekakkan
telinga, hingar.
Contoh: i. Pada waktu malam, tempat itu sungguh sunyi. ii. Bunyi
jentera berat memotong kayu itu sungguh bising.

surai (bersurai) - himpun (berhimpun), kumpul (berkumpul)


i. surai (bersurai) : berpisah-pisah, bercerai-cerai. ii. himpun
(berhimpun) : berkumpul.
Contoh: "Kami diarah bersurai oleh polis dan tidak dibenarkan
berkumpul di kawasan itu lagi," cerita Malim.

suram - cerah, seri (berseri)


i. suram : gelap, kelam, mendung, redup : tidak bercahaya, tidak
terang, tidak jelas. ii. cerah, seri (berseri) : terang, jernih, tidak
muram.
Contoh: i. Pagi itu suram kerana cuaca mendung. ii. Pagi semakin
cerah apabila matahari mulai terbit.

surut - pasang
i. surut : kurang. ii. pasang : naik atau bertambah (air).
Contoh: Pak cik Mat tidak menjala ikan jikalau air laut surut, dia
menjala ikan apabila air laut pasang.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 160


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

susah - mudah, senang


i. susah : payah, sukar, kesulitan. ii. senang : mudah, tidak sukar,
gampang.
Contoh: Kehidupan rakyat selepas Perang Dunia Kedua amat
susah tetapi setelah mencapai kemerdekaan barulah rakyat
hidup senang dan mewah.

susun (bersusun) - selerak (berselerak), sepah (bersepah),


tabur (bertaburan)
i. susun (bersusun): longgok (berlonggok), menghimpunkan,
menimbunkan, menompokkan. ii. selerak (berselerak), sepah
(bersepah), tabur (bertaburan).
Contoh: Buku yang bersusun di atas rak itu habis berselerak di
lantai kerana dibongkar oleh pencuri yang memasuki rumahnya
malam tadi.

taat (mentaati) - ingkar (mengingkari)


i. taat (mentaati) : patuh (mematuhi), menurut perintah. ii.
ingkar (mengingkari) : enggan, tidak menurut, tidak mahu.
Contoh: i. Kita hendaklah sentiasa taat kepada kedua-dua ibu
bapa. ii. Orang yang ingkar pada nasihat orang tuanya tentulah
tidak akan selamat dalam hidupnya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 161


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tabur (bertaburan) - longgok (berlonggok), susun (bersusun)


i. tabur (bertaburan), selerak (berselerak) sepah (bersepah),
bersebar. ii. longgok (melonggok) : menghimpunkan,
menimbunkan, menompokkan.
Contoh: i. Buah rambutan yang bertaburan di bawah pokok itu
belum dipungut lagi. ii. Pekerja itu melonggokkan batu-batu di
tepi jalan.

tajam - tumpul
i. tajam : mudah untuk memotong atau mengerat. ii. tumpul :
tidak tajam, tidak runcing.
Contoh: i. Pak Ngah mengasah parang itu sehingga tajam. ii.
Gergasi buruk itu sudah tumpul.

takung (bertakung) - alir (mengalir)


i. takung (bertakung) : bekas air / yang berisi air. ii. alir
(mengalir) : bergerak berterusan.
Contoh: Mereka mengeringkan air yang bertakung di bendang itu
dengan membuat aliran supaya air itu mengalir ke sungai.

takut - berani
i. takut : gentar, rasa takut, gerun, ngeri tidak sanggup
menghadapi bahaya. ii. berani : tidak takut, tabah menghadapi
bahaya (kesulitan).
Contoh: Saya akan berasa takut jikalau saya mempunyai

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 162


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kesalahan tetapi sebaliknya saya berani menghadapinya kalau


saya benar.

tamat - mula (bermula)


i. tamat : penghabisan, akhir. ii. mula (bermula) : yang awal, yang
pertama sekali.
Contoh: i. Dia belajar sehingga tamat tingkatan tiga sahaja. ii.
Peserta itulah yang mula-mula sekali tiba di garisan penamat.

tambah (menambah) - kurang (berkurang)


i. tambah (menambah) : menjadikan lebih banyak, besar, kaya,
dll. ii. kurang (berkurang) : menjadi kurang, makin susut.
Contoh: Walaupun Pak Jen menambahkan beberapa buah lukah
untuk tangkapan ikan tetapi hasilnya berkurangan juga.

tambah (menambah) - tolak (menolak)


i. tambah (menambah) : menjadikan lebih banyak, besar, kaya,
dll. ii. tolak (menolak) : mencegah, mengelak, menangkis.
Contoh: i. Encik Ismarizan terpaksa kerja lebih untuk menambah
pendapatannya. ii. Dia terpaksa menolak pemberian yang
merupakan ada tujuan tertentu di sebalik pemberian itu.

tambat (menambat) - lepas (melepaskan)


i. tambat (menambat), tangkap (menangkap) : mengikat dengan

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 163


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tali, menawan. ii. lepas (melepaskan) : tidak terikat, tidak


mempunyai pertalian lagi, bebas, lari.
Contoh: Pada waktu malam, Pak cik Noor menambatkan lembu-
lembunya di dalam kandang, tetapi pada siang hari, dia
melepaskan lembu-lembu itu di padang.

tanggal - lekat (melekat)


i. tanggal : terlepas dari tempatnya lalu gugur, lucut, luruh,
terkelupas. ii. lekat (melekat) : tidak tanggal, lengkang, terserap
dan tidak mudah luput.
Contoh: i. Encik Lim sedang menanggalkan poster yang
ditampalkan pada dinding itu. ii. Adik menggunakan gam untuk
melekatkan gambar itu.

tangis (menangis) - gelak, tertawa


i. tangis (menangis) : melahirkan perasaan duka dengan
mengeluarkan air mata. ii. gelak : ketawa, suka, geli hati.
Contoh: Pada mulanya, budak itu menangis tetapi setelah dipujuk
oleh Cikgu Johan, dia gelak ketawa semula.

tangkap (menangkap) - lepas (melepaskan)


i. tangkap (menangkap) : memegang sesuatu dengan tangan atau
alat. ii. lepas (melepaskan) : tidak terikat, tidak mempunyai
pertalian lagi, bebas, lari.
Contoh: Afif menangkap anak musang yang tersesat itu dan

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 164


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kemudian dia melepaskannya semula di dalam hutan.

tarik (menarik) - sorong (menyorong), tolak (menolak)


i. tarik (menarik) : menghela supaya bergerak ke arah diri
sendiri. ii. sorong (meyorong), tolak (menolak) : menolak ke
hadapan.
Contoh: i. Nelayan-nelayan itu sedang menarik pukat di tepi
pantai. ii. Ah Meng menyorong kereta sorong melalui lorong-
lorong kecil.

tawar - masin
i. tawar : tidak berasa apa-apa, hambar. ii. masin : rasa seperti
rasa garam, asin.
Contoh: Air yang tawar dimasukkan garam tentu berubah rasa
menjadi masin.

tebal - nipis, tipis


i. tebal : tidak tipis. ii. nipis, tipis : tidak tebal.
Contoh: Ah Seng mengetam papan yang tebal itu sehingga
menjadi nipis.

tebus (menebus) - gadai (menggadaikan)


i. tebus (menebus) : membayar wang untuk mendapat kembali
barang-barang yang digadai. ii. gadai (menggadaikan) :

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 165


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

menyerahkan sesuatu sebagai cagaran hutang.


Contoh: Pak Budin menebus semula barang-barang kemas yang
digadainya di kedai pajak itu.

tegak - datar (mendatar)


i. tegak : lurus ke atas, tidak berbengkang-bengkok. ii. datar
(mendatar) : selari dengan permukaan bumi, permukaan rata,
tidak tinggi tidak rendah.
Contoh: Dia cuba mendaki tembok yang tegak itu pula setelah
merangkak di atas tanah yang mendatar sejauh seratus meter.

tegang - kendur
i. tegang : kencang, regang, tidak kendur. ii. kendur : tidak
tegang, tidak regang, lentur, tidak terik.
Contoh: Tali ampai itu tegang pada mulanya, namun setelah lama
akhirnya tali itu menjadi kendur.

tekun - malas
i. tekun : rajin, suka bekerja, giat, bersungguh, kerap kali. ii.
malas : tidak mahu buat apa-apa, enggan, segan.
Contoh: "Kamu hendaklah tekun belajar, jangan terlalu malas
berusaha, nanti kamu gagal dalam ujian," nasihat Abang Apit.

telan (menelan) - muntah (memuntahkan)

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 166


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

i. telan (menelan) : memasukkan (makanan) melalui kerongkong. ii.


muntah (memuntahkan) : mengeluarkan muntah.
Contoh: Midah cuba menelan ubat itu, tetapi akhirnya dia
memuntahkannya semula kerana tidak tahan dengan rasa
pahitnya.

tenang - cemas
i. tenang : tidak gelisah, tidak kacau, tidak gelisah. ii. cemas :
berasa takut, bimbang, gelisah.
Contoh: Sekarang dia sudah tenang dan rasa tidak cemas lagi
tinggal seorang diri di rumah itu.

tenggelam - apung (terapung), timbul


i. tenggelam : masuk terbenam ke dalam air / tanah. ii. apung
(terapung) timbul : terkatung, tidak tenggelam.
Contoh: i. Perahu itu tenggelam kerana dipukul ombak besar. ii.
Beberapa buah tong kelihatan terapung-apung di permukaan laut.

tentang (menentang) - sokong (menyokong)


i. tentang (menentang) : bangkang (membangkang), bantah
(membantah), sanggah (menyanggah). ii. sokong (menyokong) :
menyangga sesuatu supaya jangan rebah atau roboh /
menyatakan persetujuan / beri perangsang.
Contoh: Pada peringkat awalnya, dia menentang cadangan yang
dikemukakan itu, tetapi akhirnya dia menyokong setelah diberi
penjelasan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 167


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tenteram - huru-hara, kacau- bilau


i. tenteram : aman, damai, bebas daripada kacau-bilau, huru-
hara. ii. huru-hara, kacau-bilau : tidak aman, dalam keadaan tidak
tenteram, kacau bilau.
Contoh: Keadaannya sudah menjadi tenteram setelah hura-hara
di kawasan itu dapat dikawal dengan baik.

tepat (menepati) - mungkir (memungkiri)


i. tepat (menepati) : kota (mengotakan), melaksanakan janji dll. ii.
mungkir (memungkiri) : tidak menepati (janji).
Contoh: "Awak mesti berjanji dengan tepat sebab saya tidak
mahu awak mungkir janji lagi," kata Maya.

terang - gelap, kelam


i. terang : cerah, ada cahaya, jernih, berseri, baik, berakal,
cerdik. ii. gelap, kelam : tidak dapat cahaya, tidak terang.
Contoh: "Ketika saya hendak membaca atau menulis, saya perlu
cahaya yang terang dan ketika tidur perlu keadaan gelap dan
sunyi," kata Letchumi.

terbang - hinggap
i. terbang : melayang atau bergerak di udara dengan
menggunakan sayap (tenaga jentera, dll). ii. hinggap : berhenti

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 168


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

terbang lalu bertenggek di atas sesuatu, singgah.


Contoh: Burung helang suka terbang tinggi dan hinggap pula pada
dahan pokok-pokok yang mati.

terbit - benam (terbenam)


i. terbit : keluar dari permukaan. ii. benam (terbenam) : masuk ke
dalam, tenggelam, hilang.
Contoh: Ketika matahari belum terbit, Ah Heng sudah pergi
berniaga di pasar borong dan balik ke rumah setelah matahari
terbenam.

teriak (berteriak) - bisik (berbisik)


i. teriak (berteriak) : jerit (menjerit), seruan dengan suara yang
keras, nyaring, melaung, memekik. ii. bisik (berbisik) : sesuatu
yang dibisikkan, bercakap dengan suara yang perlahan kepada
seseorang atau kumpulan.
Contoh: i. Mak Yah menjerit memanggil Pak Dir supaya datang
melihat apa yang ada di bawah bangku itu. ii. Pak Tam berbisik
sesuatu kepada Yang Berhormat sebelum beliau bangun berucap.

terima (menerima) - bagi (membagi), beri (memberi)


i. terima (menerima) : mengambil sesuatu yang diberikan. ii. bagi
(membagi), beri (memberi) : menyampaikan kepada seseorang.
Contoh: i. Encik Salim menerima apa sahaja yang diberikan
kepadanya, asalkan dengan niat ikhlas. ii. Puan Gan membagi

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 169


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

pokok-pokok bunga kepada jiran-jirannya.

terima (menerima) - tolak (menolak)


i. terima (menerima) : mengambil sesuatu yang diberikan. ii. tolak
(menolak) : tidak mahu menerima.
Contoh: i. Dia menerima surat yang dikirimkan oleh sahabatnya ii.
Anak Encik Hamid menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran
ke seberang laut.

tertawa - tangis (menangis)


i. tertawa : melahirkan rasa suka, gelak, ketawa, suka, geli hati.
ii. tangis (menangis) : melahirkan perasaan duka dengan
mengeluarkan air mata.
Contoh: i. Adik tertawa terbahak-bahak apabila anak musang
bergurau dengan anak kucing. ii. Dia menangis kerana terlalu
sedih mengenang peristiwa yang menyayat hati itu.

teruna - dara
i. teruna : anak lelaki yang masih muda, anak muda, pemuda. ii.
dara : perumpuan yang baligh tetapi belum berkahwin, perawan,
gadis.
Contoh: i. Abang Hamid terkenal sebagai teruna paling tampan di
dalam kampung kami. ii. Anak dara Pak Husin itu sudah dipinang
orang.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 170


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tetap (menetap) - pindah (berpindah)


i. tetap (menetap) : tidak berpindah-pindah, tidak bergerak. ii.
pindah (berpindah) : beralih tempat.
Contoh: i. Sudah tujuh tahun Encik Ho menetap di Kota Kinabalu.
ii. Keluarga Encik Subramaniam akan berpindah ke ibu kota.

tewas - menang
i. kalah : tewas, alah. ii. menang : berjaya, berhasil.
Contoh: Encik Nazir berjaya mencapai kemenangan setelah
menewaskan lawannya dalam pertandingan badminton itu.

tiada - ada
i. tiada : tidak ada / tidak wujud. ii. ada : wujud / boleh
didapati / bukan khayalan atau rekaan.
Contoh: Kali pertama saya berkunjung, mereka tiada di rumah,
kemudian saya pergi kali yang kedua baru mereka ada di rumah.

tidur - bangkit, bangun, jaga


i. tidur : dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. ii.
bangkit, bangun : jaga dari tidur.
Contoh: Dia tidur malam tadi sehingga sekarang dia belum
bangun lagi.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 171


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

timbul - karam, tenggelam


i. timbul : naik dari dalam air, terapung-apung, terkeluar sedikit
dari permukaan rata. ii. karam, tenggelam : digenangi (air).
Contoh: Pada musim banjir tahun lepas, di kawasan lembah itu
hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja yang timbul,
rumah-rumah yang lain habis ditenggelami air.

timbun (menimbun) - gali (menggali), korek (mengorek)


i. timbun (menimbun) : kambus (mengambus), timbus (menimbus),
menutupi dengan tanah. ii. gali (menggali) korek (mengorek) :
membuat lubang dalam tanah dengan menggunakan alat, mesin
dll.
Contoh: i. Pemaju terpaksa menimbunkan tanah di kawasan
lembah itu untuk dijadikan tapak perumahan. ii. Di hujung jalan
itu, mereka mengorek tanah untuk memasang paip air.

timur - barat
i. timur : sebelah matahari terbit. ii. barat : sebelah matahari
turun.
Contoh: Kerajaan telah membina lebuh raya timur-barat untuk
menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan negeri-
negeri di Pantai Barat.

tinggi - rendah
i. tinggi : besar jaraknya di bahagian bawah, tidak rendah. ii.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 172


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

rendah : tidak jauh jaraknya dari bawah, tidak tinggi.


Contoh: i. Bangunan yang dibina di atas tanah tinggi itu kelihatan
cantik dan indah pemandangannya. ii. Tanah rendah itu terpaksa
ditimbus untuk mendirikan bangunan baharu.

tipis - tebal
i. tipis : nipis, tidak tebal. ii. tebal : tidak tipis
Contoh: i. Buku itu tipis sahaja tetapi harganya agak mahal. ii.
Pasukan penyelamat masih mencari pemuda yang tersesat di
dalam hutan tebal.

tohor - dalam
i. tohor : cangkat, cetek, dangkal. ii. dalam : jauh ke bawah atau
ke dasar permukaan air atau tanah, dll.
Contoh: Umur sahaja tua tetapi fikirannya masih cetek kerana
dia tidak boleh berfikir secara mendalam tentang hal itu.

tolak (menolak) - tambah (menambah)


i. tolak (menolak) : mencegah, mengelak, menangkis. ii. tambah
(menambah) : menjadikan lebih banyak, besar, kaya, dll.
Contoh: i. Dia menolak pemberian wang itu kerana dia tidak mahu
menerima rasuah. ii. Sekarang kami berusaha menambah bilangan
ahli persatuan ini.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 173


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tolak (menolak) - tarik (menarik)


i. tolak (menolak) : sorong (menyorong). ii. tarik (menarik) :
menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri.
Contoh: i. Tan menyorong tong-tong ikan ke dalam bilik sejuk. ii.
Tariklah tali itu perlahan-lahan supaya tidak terputus.

tolak (menolak) - terima (menerima)


i. tolak (menolak) : mencegah, mengelak, menangkis. ii. terima
(menerima) : mengambil sesuatu yang diberikan.
Contoh: i. Dia tidak menyangka pinangannya akan ditolak oleh
keluarga gadis itu. ii. Encik Rajesh segera naik ke pentas untuk
menerima hadiah yang dimenanginya.

tuah - malang
i. tuah : untung, bahagia, keistimewaan. ii. malang : nasib yang
tidak baik.
Contoh: i. Tuah ayam dapat lihat pada sisik kakinya, tuah manusia
siapa yang tahu. ii. Nasibnya sungguh malang sudah tiga kali
mendapat kecelakaan pada tahun ini.

tua - muda
i. tua : sudah lama hidup, ii. muda : belum tua, masih remaja,
belum masak (buah-buahan), masih awal (hari), tingkatan
(kedudukan, pangkat, dll)
Contoh: i. Abang Jusuh sedang mengumpul buah kelapa tua di

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 174


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

kebunnya. ii. Air kelapa muda sungguh enak diminum.

tuan - abdi, hamba


i. tuan : orang tempat menghambakan diri. ii. abdi : hamba /
orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa mengikut
perintah.
Contoh: Pada zaman dahulu, orang Amerika berlagak sebagai
tuan kerana mempunyai beberapa orang hamba sebagai
pekerjanya.

tudung (menudung) - dedah (mendedahkan)


i. tudung (menudung): tutup (menutup), tidak membiarkan
terbuka, mematikan nyala lampu, tidak menghebahkan. ii. dedah
(mendedahkan) : membukakan, menampakkan.
Contoh: i. "Saya harap kita semua dapat menudung rahsia
keburukan dia itu," nasihat Haji Kemat. ii. "Jangan dedahkan
keburukan diri sendiri kepada orang ramai kerana itu adalah
suatu perbuatan menghina diri," kata Wak Maling.

tulen - lancung
i. tulen : asli, sejati, tidak bercampur, bukan tiruan. ii. lancung :
tidak tulen, bercampur, palsu, tidak jujur.
Contoh: Madu lebah yang tulen mahal harganya kerana susah
untuk mendapatkannya, berbanding dengan harga madu lebah
lancungan.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 175


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

tumpul - tajam
i. tumpul : tidak tajam, tidak runcing. ii. tajam : mudah untuk
memotong atau mengerat.
Contoh: Parang yang tumpul boleh diasah supaya menjadi tajam,
inikan pula otak manusia.

tunai - kredit
i. tunai : tidak bertangguh. ii. kredit : piutang.
Contoh: Bayaran dengan harga tunai lebih murah, berbanding
dengan bayaran kredit.

tunduk (menunduk) - dongak (mendongak)


i. tunduk (menunduk) : lawan mengadah, tunduk, memberi hormat.
ii. dongak (mendongak) : terangkat sedikit muka atau kepala,
memandang / menengok ke atas.
Contoh: i. Kakak tunduk hendak mengambil penyapu tetapi
kepalanya terkena bangku. ii. Siah mendongak kerana hendak
menjolok buah rambutan.

turun (menuruni) - daki (mendaki)


i. turun (menurun) : pergi dari atas ke bawah, menjadi kurang
daripada biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda. ii. daki
(mendaki) : memanjat, menuju ke puncak, makin menaik atau

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 176


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

meninggi.
Contoh: i. Kasihan Mak Bedah, dia tergelincir sewaktu turun dari
tangga. ii. Kumpulan kembara lasak itu akan mendaki Gunung
Tahan pada minggu hadapan.

turun - naik
i. turun : dari atas ke bawah. ii. naik : bergerak ke atas.
Contoh: Setelah dia turun dari rumahnya, dia terus pergi naik
kereta sewa yang sedang menunggu.

tutup (menutup) - buka (membuka)


i. tutup (menutup) : tidak membiarkan terbuka. ii. buka
(membuka) : menjadikan tidak tertutup, menanggalkan,
membentangkan.
Contoh: Pada pukul sepuluh malam, Pak Bilal menutup pintu
masjid dan dia membuka semula pada pukul lima pagi.

tutup (menutup) - dedah (mendedahkan)


i. tutup (menutup) : tidak membiarkan terbuka, mematikan nyala
lampu, tidak menghebahkan. ii. dedah (mendedahkan) :
membukakan, menampakkan.
Contoh: i. Kakak menutup jendela kerana hari sudah hampir
malam. ii. "Jangan sekali-kali mendedahkan keburukan orang
lain," pesan Mak Tipah.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 177


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

umum - khas, khusus


i. umum : am, tidak terbatas, tidak khusus. ii. khas, khusus :
(jamak bagi khas) yang diperuntukkan atau yang ditentukan,
istimewa (untuk seseorang atau sesuatu), tidak umum.
Contoh: Khemah besar itu untuk jemputan umum, manakala
khemah kecil itu khas untuk dif kenamaan sahaja.

undang (mengundang) - halau (menghalau), usir (mengusir)


i. undang (mengundang) : ajak (mengajak) jemput (menjemput),
mempelawa seseorang / kumpulan supaya turut ikut pergi atau
datang ke sesuatu tempat atau melakukan sesuatu. ii. halau
(menghalau) usir (mengusir) : menyuruh pergi dengan paksa.
Contoh: i. Encik Wee mengundang kawan-kawan karibnya untuk
berbincang sesuatu di rumahnya. ii. Wak Karim menghalau
kambing yang masuk ke kebun sayurnya.

undur (berundur) - mara


i. undur (berundur) : bergerak ke belakang. ii. mara : bergerak ke
muka, tampil ke hadapan.
Contoh: Gerombolan penjahat berundur ke hutan setelah
mengetahui pasukan keselamatan mara ke arah mereka.

untung - rugi
i. untung : laba, faedah, kebaikan. ii. rugi : jual lebih rendah
daripada harga pokok, kesusutan modal, tidak mendapat faedah.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 178


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: Pelajar yang dapat menguasai banyak bahasa sangat


beruntung dan sebaliknya rugi jika mendapat menguasai satu
bahasa sahaja.

usir (mengusir) - ajak (mengajak), jemput (menjemput),


undang (mengundang)
i. usir : membuat sesuatu supaya keluar / pergi atau nyahkan. ii.
ajak (mengajak), jemput (menjemput / mempelawakan), undang
(mengundang), mempelawa seseorang / kumpulan supaya turut
ikut pergi atau datang ke sesuatu tempat atau melaklukan
sesuatu.
Contoh: i. Dia mengusir pemuda yang membuat kacau di dalam
kedainya. ii. Encik Sariman mengajak beberapa orang kawannya
ke rumahnya untuk minum petang.

utara - selatan
i. utara : arah mata angin yang bertentangan dengan selatan. ii.
selatan : arah mata angin yang bertentangan dengan utara.
Contoh: i. Kawasan di sebelah utara padang bola itu dikhaskan
untuk perkhemahan. ii. Di sebelah selatan bangunan sekolah ada
sebuah tasik.

uzur - sihat
i. uzur : sakit menderita sesuatu yang menyebabkan seluruh atau
sesuatu bahagian tidak segar. ii. sihat : tidak kena (menghidap)

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 179


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

sebarang penyakit.
Contoh: Dua hari lepas dia uzur tetapi sekarang dia sudah sihat.

wangi - busuk
i. wangi : sedap baunya, harum. ii. busuk : berbau tidak sedap.
Contoh: i. Taman itu berbau wangi kerana penuh dengan pokok
bunga. ii. Di seberang sana ada longgokan sampah.

wanita - laki-laki (lelaki)


i. wanita : perempuan, lawan lelaki. ii. laki-laki (lelaki) : jantan,
lawan perempuan, keberanian.
Contoh: Hidangan untuk kaum wanita di sebelah kanan dewan dan
hidangan untuk kaum lelaki di sebelah kiri dewan.

waras - gila
i. waras : siuman, tidak gila. ii. gila : tidak sihat atau tidak waras
fikirannya.
Contoh: Orang yang berfikiran waras tidak bertindak dengan
begitu kejam tetapi orang gila lebih buruk lagi daripada itu
tindakannya.

waswas - yakin
i. waswas : sangsi, ragu. ii. yakin : pasti benar, betul-betul
percaya.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 180


Siri Buku Rujukan Zoom-A Antonim

Contoh: Saya masih waswas tentang kehilangan barang kemas itu


dan saya yakin budak itu tidak mengambilnya.

yakin - ragu-ragu, waswas


i. yakin : pasti benar, betul-betul percaya. ii. ragu-ragu, waswas :
sangsi, tidak yakin.
Contoh: Walaupun dia yakin barang itu kepunyaannya tetapi saya
ragu-ragu tentang ingatannya itu.

zahir - batin
i. zahir : lahir, yang kelihatan di luar, berupa benda yang nyata,
maujud, jasmani, keduniaan. ii. batin : perasaan dalam hati, jiwa.
Contoh: Saya minta maaf atas kesilapan saya, sama ada zahir
atau batin.

www:galeri-a.com - ANTONIM Page 181

You might also like