You are on page 1of 3

SKRIP JURUACARA

MAJLIS KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM

SMK ALAM DAMAI

TARIKH: 11 MAC 2017


TEMPAT : DEWAN TERTUTUP SMK ALAM DAMAI
MASA : 7.30 4.00 PTG

CUE TEKS CATATAN


PENGUMUMAN Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Selamat datang
ke Majlis Penutup Kem Kepimpinan Kokurikulum bagi tahun 2017.
Bagi kelancaran majlis, di sini ada beberapa pengumuman.

Pengumuman yang pertama


Mohon kerjasama semua hadirin untuk mengambil tempat yang
disediakan kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

Pengumuman kedua
Majlis memohon kerjasama sidang hadirin untuk sama-sama berdiri
ketika tetamu kehormat masuk ke dewan dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku.

Majlis seterusnya memohon agar sidang hadirin tidak meninggalkan


majlis sehingga tetamu kehormat dan dif-dif jemputan meninggalkan
majlis. Sekian, terima kasih.

Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan ..


masuk ke dewan Diiringi..,
masuk ke dewan. Hadirin diminta berdiri.

Lagu Negaraku Nyanyian lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.

Doa Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput ..


untuk membacakan doa. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada .. atas bacaan doa itu


tadi.

Kata Alu- aluan


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya mulakan pembuka bicara.

Yang berusaha Tn Hj Izzamuddin bin Rozali


Pengetua SMK Alam Damai

Pn Norazlinda binti Hasmunih

1
Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru kanan bidang, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, kita dapat


berkumpul dan berjaya dengan jayanya menjalankan Kem
Kepimpinan Kokurikulum bagi tahun 2017. Berikan tepukan untuk
diri sendiri.

Untuk makluman semua kem ini disertai oleh Pengerusi dan


Setiausaha atau jawatankuasa tertinggi bagi setiap kelab/ persatuan,
sukan/permainan dan unit badan beruniform. Ia bertujuan bagi
memantapkan prestasi murid dalam mengepelai kelab/persatauan,
sukan permainan atau unit uniform yang mereka wakili. Secara tidak
langsung dapat menyediakan modal insan dan pemimpin yang
cemerlang dan mampu menjalankan tugas dengan amanah dan
bertanggungjawab.

Ucapan Pengetua Terbang di awan burung jentayu,


Kerana penat gugur ke bumi,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Alam Damai, Tn Hj


Izzamudin bin Rozali seterusnya merasmikan penutupan Kem
Kepimpinan Kokurikulum bagi tahun 2017. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Izzamudin


atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan penyemapaian sijil penyertaan. Bagi


menyempurnakannya sekali lagi menjemput Tn Hj Izzamudin bin
Rozali, Pengetua SMK Alam Damai diiringi Pn Norazlinda binti
Hasmunih Penolong Kanan Kokurikulum bagi menyampaikan sijil
penyertaan kepada peserta. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua dan Pn Norazlinda atas


penyampaian sijil itu tadi.

Penutup Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung


majlis

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaaf


2
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Sebagai bukti cintakan sekolah marilah kita


menyanyikan lagu sekolah dengan penuh semangat.

You might also like