You are on page 1of 10

1.

0 PENDAHULUAN

BDK (BDK) merupakan suatu proses perhubungan membantu yang sistematik


berpandukan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor yang profesional bagi
membantu perkembangan peribadi klien yang positif dan menyeluruh (Shertzer &
Stone, 1974). Khidmat BDK adalah dilakukan secara sukarela dan boleh berterusan
sepanjang hayat. Kaunseling merangkumi khidmat nasihat namun kaunselor tidak
sesekali membuat pilihan untuk klien kerana hanya klien yang tahu perkara yang baik
untuk dirinya setelah menerima nasihat daripada kaunselor (Ee Ah Meng et al, 2012).

Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk mendidik, menasihati,
membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Seseorang guru itu
harus mempunyai persediaan awal dari segi semua aspek bagi mengoptimakan
peranannya sebagai guru BDK. Peranan para guru bimbingan adalah membantu para
pelajar dengan menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan,
aktiviti sosial dan kemudahan pendidikan. Dengan cara ini diharapkan akan dapat
membantu para pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan
yang betul

2.0 ASPEK-ASPEK PERSIAPAN DIRI GURU UNTUK MENGOPTIMAKAN PERANAN


SEBAGAI GURU BDK

2.1 Penyebaran Maklumat Mengenai Perkhidmatan Kaunseling Serta Mengenal


Tugas Sebagai Guru BDK

Seseorang guru yang baru dilantik sebagai guru BDK harus bijak menyebar
maklumat mengenai perkhidmatan BDK di sekolah tersebut. Beliau harus mencari
pelbagai cara bagi menyebarkan maklumat ini. Beliau boleh membuat pengumuman
mengenai perkhidmatan ini di perhimpunan sekolah. Hal ini kerana, semua warga
sekolah pasti akan mendapat tahu tentang hal ini. Beliau juga boleh membuat risalah
mengenai perkhidmatan ini.

1
Selain itu, beliau juga harus mahir dalam berkolaborasi dengan guru kelas dan
guru mata pelajaran. Hal ini kerana, guru kelas serta guru mata pelajaran merupakan
agen yang paling rapat dengan murid sesuatu kelas dan mereka boleh mengenal murid
yang mempunyai masalah serta memerlukan bantuan kaunselor lalu menghantarnya
bagi memberi perkhidmatan kaunseling.

Selain itu, guru BDK harus mengetahui serta peka terhadap tugas mereka
sebagai guru BDK. Beliau patut ketahui cara melaksanakan tugas beliau dengan
sempurna di sekolah. Beliau harus merancang, melaksana, mengawalselia
perkhidmatan BDK secara professional dan beretika. Seterusnya, guru BDK harus
membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan BDK di
sekolah (Khoo, 2016).

2.2 Kesesuaian Suasana Bilik BDK

Aspek yang paling penting bagi persiapan diri seseorang guru BDK ialah beliau
harus tahu cara mewujudkan suasana sesebuah bilik BDK yang kondusif dimana ia
bergantung pada pelbagai aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, warna bilik
dan sebagainya. Beliau harus mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam
menghasilkan suatu bilik BDK yang sesuai dari segi semua aspek. Seorang guru BDK
tidak boleh menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin, di bawah pokok
ataupun di dalam kelas malah sesi kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas
atau tempat khas. Dengan adanya bilik khas, guru BDK boleh menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang halangan.
Guru BDK harus menyediakan sebuah bilik BDK yang kondusif, teraputik, selesa
serta menenangkan. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik BDK terdiri daripada
murid-murid yang pelbagai latar belakang, situasi dan masalah. Oleh itu, suasana
sesebuah bilik BDK memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan
bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif. Bilik BDK yang kondusif juga
dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang.

2
2.3 Guru BDK Mahir dalam Kemahiran asas BDK

Seseorang guru BDK harus mahir dalam semua kemahiran asas BDK. Bagi
mencapai malamat-matlamat kaunseling, guru BDK hendaklah mempunyai kemahiran-
kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku memberi perhatian, kemahiran
mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran memahami, kemahiran berempati, refleksi
idea, refleksi perasaan, interpretasi, pendedahan kendiri, pemprafrasaan, konfrontasi,
pemberian nasihat, kesenyapan, kemahiran ketika ini dan membuat rumusan (Abdul
Ghani Sulaiman, 2009) (Merujuk Rajah 1). Kemahiran-kemahiran ini menjamin
hubungan yang berkualiti antara kaunselor dan klien. Kaunselor yang bertapak
menggunakan kemahiran menggunakan kemahiran khusus akan memberikan suatu
nikmat kepada klien untuk menyesuaikan hidup yang sejahtera (Khoo, 2016).

Salah satu kemahiran asas ialah kemahiran berempati. Apabila klien berasa
sedih atau tertekan, kaunselor hendaklah berempati dengannya lalu cuba memahami
persaannnya serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien. Sebagai contoh,

Klien : Ibu marah terhadap perbuatan saya semalam dan beliau tidak mahu
bercakap dengan saya.
Kauselor : Sheila berasa sedih kerana ibu tidak bercakap dengan Sheila.

Respons atau kenyataan kaunselor mengandungi aspek afektif (perasaan). Kemahiran


berempati kaunselor akan membentuk gambaran kepada klien yang kaunselor
memahami perasaannya, dia terdorong untuk menceritakan perasaanya dengan lebih
lanjut. Menurut Lee, Ee, Suppiah Nachiappan, dan Taquddin Abd Mukti (2014)
Kaunselor dianggap berada dalam keadaan yang baik untuk membantu klien
menyelesaikan masalahnya apabila senario keseluruhan dicapai.

2.4 Guru BDK Mempunyai kemahiran Mengaplikasi Teori

Menurut Mok Soon Sang (2017), Jenis bantuan yang diberi oleh kaunselor kepada
kanak-kanak berbeza mengikut model kaunseling yang digunakan. Teori-teori
kaunseling pula berlainan dari segi nama dan penerangan tetapi bukan dengan cara
kaunseling itu dipraktikkan. Terdapat beberapa teori yang boleh mengaplikasi semasa
melaksanankan perkhidmatan BDK iaitu Teori Psikoanalitik, Teori Berpusat Klien, Teori

3
Tingkah Laku, Teori Pendekatan Gestalt, Terapi Rasional-Emotif, Terapi Realiti, Teori
Analisis Transaksional dan Terapi Ekelektik (Muhammad Mansur Abdullah, 1993).

Sebagai contoh, Terapi Rasional Emotif telah dipelopori oleh Albert Ellis hasil
daripada gabungan terapi-terapi kemanusian, fisolofikal dan tingkah laku. Dalam
teorinya, ia memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan
tingkah laku. Pendekatan terapi ini bercorak deduktif dan mengutamakan kemahiran
berfikir daripada kepercayaan yang tidak rasional (Choon, 2007). Dalam teori ini,
kaunselor memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan membetulkan
pemikiran klien (Tang, 1997). Contohnya, Ali gagal dalam peperiksaan dan
kegagalannya menyebabkan kepercayaan serta pemikirannya tidak rasional. Kaunselor
harus menukar kepercayaannya yang tidak rasional itu dan membuktikan Ali boleh
mencapai kejayaan.

3.0 AKITIVITI-AKTIVITI YANG DAPAT DIJALANKAN OLEH GURU BDK DI


SEKOLAH BERPANDUKAN ORIENTASI PERKHIMATAN BDK

Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan BDK adalah merupakan suatu
usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam
perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha
yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi
mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Banyak program boleh diatur bagi
memberi perkhidmatan menolong bantu pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan,
krisis dan perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan
sikap diri pelajar melalui unit Perkhidmatan BDK yang berkesan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. (Merujuk Rajah 2)

3.1 Orientasi Pemulihan

Orientasi pemulihan adalah pendekatan yang memberikan tumpuan pada


masalah ataupun kekurangan yang dapat dikenal pasti ataupun berlaku dari semasa ke
semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan setiap pelajar yang terlibat
dapat mengubah perlakuan bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis (Mizan Adiliah
Ahmad Ibrahim et. al. 2003).

4
Suatu intervensi yang boleh dilakukan ialah gutu BDK memberi kaunseling
kelompok. Guru BDK memilih sekolompok murid yang mempunyai masalah yang sama.
Contohnya, guru BDK memilih sekolompok murid yang mempunyai masalah sering
bergaduh dalam kelas. Beliau harus bertanya mengenai masalah bergaduh secara
mendalam sehingga mereka boleh menyedar bahawa perbuatan itu adalah salah.
Beliau memberi khidmat kaunseling kepada mereka. Guru BDK harus bertindak
sebagai pemudah cara kelicinan perjalanan sesi kelompok. Beliau juga harus
menggalakkan ahli-ahli kelompok membentuk harapan positif.

3.2 Orientasi Pencegahan

Orientasi pencegahan adalah pendekatan yang mengambil kira andaian sebelum


sesuatu isu ataupun maslah itu timbul dan meruncing, usaha perlu dijalankan bagi
menghalang. Keperluannya dapat dikesan melalui petunjuk atau petanda yang berlaku
dalam persekitaran semasa (Malek Muhamad Said, 2017).

Salah satu program yang boleh dijalankan oleh guru BDK adalah kempen ANTI
DADAH. Kempen ini dikendalikan bagi memberi pendedahan awal kepada murid serta
mencegah murid dari mengambil dadah. Guru harus menunjukkan gambar-gambar
jenis dadah yang membahayakan seseorang itu. Guru harus menunjukkan kes-kes
sebenar yang berkaitan dengan dadah ini. Hal ini kerana, ia boleh mencegah murid dari
melibatkan diri dalam pengambilan dadah. Guru harus memberi pendedahan kepada
murid mengenai denda yang diberi kepada penagih dadah, kesannya menjadi penagih
dadah. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan kempen ini guru BDK boleh menjemput
pegawai dari Pusat Serenti Dadah supaya boleh membekalkan murid dengan informasi
yang sah serta meningkatkan pengetahuan murid dalam perkara mengenai dadah.

3.3 Orientasi Perkembangan

Orientasi perkembangan adalah pendekatan utama yang banyak dan sering


digunakan oleh perkhidmatan BDK di sekolah. Ia bersifat menyeluruh ataupun
melibatkan semua pelajar. Orientasi perkembangan adalah usaha mengenal pasti
keperluan pelajar semasa berada di alam persekolahan supaya mereka dapat
dilengkapi dengan secukupnya ilmu pengetahuan, kemahiran, pengelaman serta
peluang membina sahsiah dan akhlak mulia (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et. al. 2003).

5
Guru BDK boleh menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan akhlak, potensi
serta sahsiah murid. sebagai contoh, guru BDK boleh memberi suatu ceramah
mengenai agama dan moral. Dalam ceramah ini guru BDK harus mengendalikan
pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid seperti permainan yang boleh
mendorong murid mengaplikasi nilai murni dalam kehidupan seharian. Guru BDK juga
harus menunjukkan video yang boleh mengungkapkan nilai murni serta cara
menghormati agama sendiri dan agama orang lain. Semasa menjalankan ceramah ini,
guru BDK harus memastikan bahawa setiap maklumat yang mebekalkan kepada murid
adalah efektif dan menjamin perkembangan murid dari segi sahsiah mereka.

3.4 Orientasi Intervensi Krisis

Orientasi intervensi Krisis adalah pendekatan yang perlu digunakan oleh personal
semasa berhadapan dengan kes-kes krisis ataupun mengendalikan setiap intervensi
krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian ataupun tindakan
segera dan spontan daripada guru bimbingan, guru kaunseling ataupun pihak
pengurusan sekolah. Setiap kes dikendalikan hampir sama seperti intervensi
kaunseling. Perbezaannya, intervensi krisis hanya memberikan pemusatan perhatian
kepada isu ataupun krisis yang sedang dihadapi oleh klien masa itu. (Malek Muhamad
Said, 2017).

Contohnya, guru BDK memilih murid yang sedang mengalami stress sehingga dia
telah mencuba untuk membunuh dirinya. Beliau memberi kaunseling individu kepada
murid tersebut. Guru memberitahu murid mengenai tokoh-tokoh bersejarah yang telah
mencapai dalam kehidupan mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan yang tidak terhingga. Contohnya guru menceritakan tentang sejarah Nick
Vujicic, pemberi motivasi tersohor dunia yang dunia tidak mempunyai kaki dan tangan.
Guru BDK menceritakan rintangan yang beliau telah menghadapi dalam kehidupannya
dan cara Nick Vujicic mengatasinya dengan tabah. Cerita ini akan memotivasikan murid
untuk meneruskan kehidupannya dan berani berdepan masalah yang muncul dalam
apa jua keadaan dalam kehidupan.

6
4.0 PENUTUP

Sebagai menggulung segala yang tela diperkatakan di atas, kaunseling boleh


disimpulkan sebagai satu proses yang dinamik dimana guru BDK sentiasa
menyesuaikan diri bertujuan untuk mengakomodasikan kehendakkan klien yang unik
dan berubah-ubah. Guru BDK harus mempunyai aspekyang patut ada pada seseorang
kaunselor yang bermahir serta guru BDK juga harus bermahir dalam semua
kemamiharan asas kaunseling serta teori supaya boleh menyelesaikan masalah murid.

7
RUJUKAN

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti. (2012).
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng et al. (2012). Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan Kaunseling.


KualaLumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khoo Bee Lee. (2016). Teori-Teori Dan Kemahiran Asas Kaunseling. Selangor: Sasbadi
Sdn. Bhd.

Khoo Bee Lee. (2016). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Sasbadi
Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Sulaiman. (2009). Kemahiran Asas Kaunseling. Perak: Universiti


Pendidikan Sultan Idris

Malek Muhamad Said. (2017). Mengurus Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et. al. (2003). Siri Pengajian Tinggi Cerdik: Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah. Kuala Lumpur: Cerdik
Publications Sdn Bhd.

Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: Arah Publications Sdn.
Bhd.

Shertzer & Stone (1974), Fundamentals Of Counseling, Boston: Houghton Mifflin


Co.Muhammad Mansur Abdullah. (1993). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah.
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tang Chee Yee (1997). Siri Pengurusan Sekolah, Bimbingan Dan Kaunseling Untuk
Sekolah Rendah Dan Menengah. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Choon Lean Keow, Phd. (2007). Kaunseling : Teori Dan Praktis Pengetahuan Dan
Pengalaman Penagamal Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Pismp) : Program Pra-Sarjana Muda Pengajaran; Kursus Dalam Perkhidmatan
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Rendah/Menengah (Kdp). Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (2010),Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong, Selangor:


Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

8
Rajah 1

9
Orientasi Perkhidmatan Kaunseling

Rajah 2

ORIENTASI
ORIENTASI ORIENTASI ORIENTASI
PERKEMBANG PENCEGAHAN PEMULIHAN KRISIS
AN

10

You might also like