You are on page 1of 16

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA


MALAYSIAN HYSTORY
CTU 555

NAMA PELAJAR:

1)MUHAMAD FIKRI BIN MUHAMAD NORA


2014899368

2)RASYDAN BIN ZAMRI


2014864286

GROUP
EH241 4A
PENDAHULUAN

Survival Melayu/Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan kedudukan


etnik Melayu yang terjamin di negara ini yang merupakan negara tumpah darah dan
warisan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Survival Melayu mesti
dipertahankan dan diperkukuhkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan,
pembangunan dan sebagainya. Tanpa pengukuhannya, ia akan memberi kesan
langsung kepada kestabilan politik dan perpaduan kaum. Peristiwa 13 Mei 1969
memberi indikator yang jelas, apabila etnik Melayu merasakan survival mereka tergugat
dan digugat oleh etnik lain, ia mencetuskan rasa panik dan mewujudkan ketegangan
hubungan etnik. Justeru itu, selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, kerajaan telah
mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dengan mengambil pelbagai langkah
proaktif mengukuhkan survival Melayu/bumiputera di negara ini.

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir pada 1511 di tangan penjajah


Portugis, kemudian Belanda, Inggeris dan Jepun silih-berganti menguasai Tanah
Melayu. Penjajahan berlangsung selama 446 tahun telah menghancurkan hampir
seluruh infrastruktur bangsa Melayu-Bumiputera seperti sistem pentadbiran,
pendidikan, sosial, politik, perundangan dan ekonomi satu persatu. Apa yang tinggal
bertahan menjadi benteng terakhir bangsa Melayu-Bumiputera hanyalah Islam yang
bersifat urusan peribadi dan kekeluargaan sahaja serta adat istiadat Melayu yang
bersifat sentimental. Hal yang sama berlaku terhadap Bumiputera di Sabah apabila
diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan James Brooke menjadi Raja
Sarawak. Menjelang Perang Dunia Kedua, Sabah dan Sarawak diserahkan kepada
kerajaan Inggeris.
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan pembentukan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 sekaligus menyaksikan kemerdekaan Sabah
dan Sarawak sepatutnya sudah boleh dilakukan sesuatu yang mengembalikan zaman
kegemilangan Melayu-Bumiputera. Bukan sahaja setakat bangsa yang baru terlepas
dari penjajahan tetapi lebih dari itu sebagai bangsa yang mengupayakan diri untuk
survival masa hadapan Pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnya diterajui oleh
Sultan dan para pembesar Melayu telah diambil alih oleh penasihat Inggeris.
Pendidikan Barat moden yang diperkenalkan oleh Inggeris hanya dapat diakses di
kawasan bandar sahaja yang bukan dihuni oleh Melayu-Bumiputera dan lepasan
sekolah tersebut hanya layak untuk mendapat kerja berjawatan rendah dalam birokrasi
kerajaan Inggeris. Perkembangan ekonomi berorientasikan ekspot bahan mentah telah
membawa masuk buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. Inilah
kemudiannya yang mengubah komposisi etnik di Asia Tenggara berbanding dengan
penduduk peribumi akibat perbezaan warna kulit, bahasa, agama dan budaya. Pada
masa yang sama untuk memudahkan penjajahan, Inggeris telah melaksanakan dasar
pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan di kalangan etnik yang
pelbagai.
Pemerkasaan Melayu-Bumiputera bermaksud kelangsungan hak penguasaan dan
jaminan kedudukan etnik Melayu-Bumiputera di negara ini yang merupakan negara
tanah tumpah darah dan warisan nenek moyang yang perlu dipertahankan.
Pemerkasaan Melayu/Bumiputera mesti dipertahankan dan diperkukuhkan dalam
aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunandan sebagainya. Perlu ada
perancangan dan usaha untuk menyusun semula dasar dan agenda negara supaya
menyediakan peluang yang munasabah bagi memastikan Melayu-Bumiputera tidak
ketinggalan dalam persaingan hidup kontemporari yang dinafikan kepada mereka di
zaman penjajahan dulu.

Mengurus agenda survival Melayu-Bumiputera boleh dimulakan dengan menganalisa


cara orang Melayu-Bumiputera berfikir, mengorganisasi diri dan kelompoknya,
mengendali keperluan hidup seharian, cara memaju dan membangunkan diri sendiri.
Selepas itu perlu diberi perhatian kepada sistem yang menunjangi kehidupan mereka
meliputi dasar-dasar kerajaan, sistem pengurusan pembangunan yang diputuskan
melalui dasar dan implimentasinya juga segala urusan agensi yang bertanggungjawab
untuk menyediakan kemudahan yang perlu untuk orang Melayu-Bumiputera
membangun. Kebangkitan semula orang Melayu-Bumiputera boleh dilakukan asalkan
mereka mahu berubah dan agensi yang membawa perubahan itu memahami
perubahan yang perlu dilakukan.

PERANAN KERAJAAN DALAM MENJAMIN SURVIVAL MELAYU DAN


BUMIPUTERA

POLITIK

Semenjak Perikatan/ Barisan Nasional ditubuhkan, kuasa Melayu yang diwakili oleh
UMNO telah menjadi kuasa teras dalam pakatan politik yang dianggotai oleh pelbagai
etnik. Melalui kuasa teras ini, walaupun etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO dalam
Barisan Nasional, namun ia dapat menguasai kerajaan dan menjadi kuasa penentu.
Melalui juga, kerajaan dapat merancang dan melaksanakan segala dasar dan program
bagi memperkukuhkan survival Melayu di negara ini. Formula politik perkongsian kuasa
yang diamalkan oleh Barisan Nasional telah dapat menangani ketegangan politik yang
berlaku dan seterusnya dapat membantu menstabilkan keadaan politik negara.
Perkongsian kuasa ini menjadi alat kepada pengurusan konflik yang baik di Malaysia
dan ia diakui adalah antara paling berjaya dalam kalangan negara dunia ketiga (Jayum
A. Jawan, 1994, 45).

Walaupun semenjak merdeka, Barisan Nasional yang ditunjangi oleh etnik


Melayu menguasai kerajaan tetapi keputusan pilihan raya ke 12 (2008) dan ke 13
(2013), memperlihatkan kerajaan BN telah hilangan sokongan daripada rakyat pelbagai
etnik. Walaupun daripada kajian yang telah dijalankan, etnik Melayu masih
mengekalkan sokongan mereka kepada UMNO tetapi sokongan etnik Melayu,
khususnya generasi muda terhadap UMNO/BN mula terhakis. Pengundi muda etnik
Melayu lebih cenderung menyokong parti pembangkang sama ada PAS, PKR atau
DAP. Manakala pengundi etnik bukan Melayu, khususnya Cina lebih cenderung
menyokong parti pembangkang seperti yang dizahirkan dalam PRU ke 12 dan 13.
[1]
Senario ini membimbangkan etnik Melayu kerana kemerosotan tersebut lambat laun
akan menghakis kuasa Melayu dalam kerajaan.

Kebimbangan tersebut membawa sebahagian daripada etnik Melayu mengutarakan


keperluan pembentukan kerajaan perpaduan yang membawa masuk parti-parti politik
Melayu seperti PAS ke dalam kerajaan bersama UMNO bagi mengukuhkan kuasa
politik Melayu bagi menghadapi cabaran tuntutan etnik lain. Kedua-dua parti politik
Melayu ini boleh mewujudkan kerja sama demi kepentingan Melayu dan Islam.
Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas PRU 12. Konsep kerajaan perpaduan ialah parti-
parti kerajaan dan pembangkang akan membentuk satu pasukan pemerintahan dalam
menguruskan pentadbiran negara tanpa perlu mengorbankan ideologi parti masing-
masing (Amer Saifude Ghazali et al., 2011).

Dalam PRU 13 (2013), BN sekali lagi mengalami kekalahan teruk terutama peralihan
sokongan majoriti pengundi etnik Cina kepada parti pembangkang terutama DAP dan
PKR. Senario tersebut digambarkan oleh banyak pengkaji dan penganalisis politik
sebagai tsunami politik. Peralihan sokongan etnik Cina terhadap parti
pembangkang melahirkan persepsi dalam kalangan etnik Melayu bahawa undi etnik
Cina tidak boleh diharapkan lagi untuk menyokong kerajaan. Kerajaan yang dipimpin
oleh UMNO disarankan lebih memberi perhatian terhadap tuntutan dan pembangunan
etnik Melayu terutama di luar bandar yang rata-rata masih teguh menyokong BN.
Kemerosotan prestasi BN tersebut juga telah melahirkan kembali cadangan supaya
kerajaan perpaduan dapat direalisasikan dan keperluan mengukuhkan kembali
perpaduan Melayu supaya nanti tidak menjadi seperti Pak Kadok menang sorak tapi
kampong halaman tergadai.
Ekonomi

Walaupun selepas merdeka pelbagai dasar dan pendekatan telah dilakukan oleh
kerajaan untuk memperkukuhkan pecapaian ekonomi orang Melayu, namun sehingga
kini statistik pencapaian ekonomi orang Melayu masih rendah tidak seperti yang
diharapkan.[2] Pelaksanaan DEB walaupun berjaya mengurangkan kemiskinan dan
ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara etnik, namun pelaksanaan telah dikritik
kerana membawa kepada peningkatan kos menjalankan perniagaan disebabkan
merentir (rent-seeking), kuasa naungan dan proses perolehan kerajaan yang tidak
telus. Perkara ini membawa kepada penularan gejala rasuah (Model Ekonomi Baru,
UPU). Justeru itu, pendekatan baru yang telah digubal oleh kerajaan untuk memacu
pencapaian ekonomi Malaysia adalah dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru
(MEB). MEB mempunyai matlamat utama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
Negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan
kebolehmampanan menjelang tahun 2020.

Walau bagaimanapun, MEB yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi


Negara (MPEN) telah dikritik beberapa pihak kerana tidak mengutamakan agenda
bumiputera. Setengah pihak menyifatkan dokumen MEB menyerang bangsa Melayu
dan DEB. Agenda MEB dituduh tidak memberi keutamaan kepada bumiputera
(Malaysiakini, 29 Mei 2010). Dokumen MEB menyebutkan bahawa penumpuan
berlebihan pada pengagihan sumber berasaskan etnik menimbulkan jurang
keterpisahan dan konflik etnik (Model Ekonomi Baru, UPU). Walau bagaimanapun MEB
ada menyebutkan agenda bumiputera dengan mensasarkan bantuan kepada isi rumah
dalam kumpulan 40 peratus terendah-yang 77.2 peratus daripada mereka ialah etnik
bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan Rakyat pada 10 Jun


2010 masih lagi meletakkan agenda Melayu/bumiputera sebagai teras strategik ketiga
di bawah tajuk pembangunan sosio-ekonomi secara inklusif. Di bawah teras strategik
ketiga ini, kerajaan tetap meletakkan agenda pembangunan dan penyertaan
bumiputera dalam ekonomi Negara. Melalui agenda ini keutamaan diberikan kepada
aspek meningkatkan keupayaan syarikat bumiputera yang berpotensi dengan kerajaan
menyokong peningkatan keupayaan syarikat tersebut secara optimum. Bagi
memperkasakan agenda pembangunan bumiputera, melalui RMK 10, kerajaan telah
mengenal pasti lima inisiatif untuk dilaksanakan iaitu meningkatkan pemilikan ekuiti
bumiputera melalui penginstitusian, mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera,
menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta
pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera, membangunkan guna
tenaga professional bumiputera secara lebih tuntas dan menubuhkan satu Majlis
peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda
pembangunan bumiputera (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015).

Satu lagi kebimbangan etnik Melayu ialah kebimbangan mereka terhadap


implikasi pelaksanaan perjanjian perkongsian Negara Pasifik atau TPPA (Trans-Pacific
Partnerships Agreement). Matlamat utama TPPA ialah untuk mewujudkan blok ekonomi
Asia Timur yang berkiblatkan Amerika Syarikat bagi mengekang kuasa ekonomi Cina.
Cadangan MITI untuk ikut serta dalam rundingan TPPA telah menimbulkan
kebimbangan daripada orang Melayu mengenai kesannya terhadap ekonomi
bumiputera dan Malaysia. Pelaksanaan TPPA dikhuatiri akan membunuh semua
Industri Kecil Sederhana (IKS) kerana tidak dapat bersaing dengan standard yang
ditetapkan oleh TPPA sendiri. TPPA dilihat sebagai serampang dua mata untuk
menghapuskan DEB apabila peluang perniagaan diliberalisasikan (Utusan Malaysia, 21
Ogos 2013). Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengkritik TPPA kerana sebaik kerajaan
menandatangani TPPA, kaki dan tangan Malaysia akan terikat. Ini kerana kerajaan
tidak akan boleh lagi membuat kawalan modal dan apabila ia berlaku, Malaysia akan
dijajah lagi (ABN News, 13 Julai 2013). Justeru itu, kerajaan disaran oleh pelbagai
pihak untuk mengkaji secara mendalam kesan TPPA terhadap ekonomi Malaysia pada
masa depan. Kesan daripada kritikan tersebut menyebabkan kerajaan tidak akan
menadatangi perjanjian tersebut yang dijangkan akan ditanda tangani pada Oktober
2013 Utusan Malaysia, 23 Ogos 2013).

Pemarkasaan pendidikan

Peranan kerajaan dalam melindung dan mempertahankan survival Melayu/bumiputera


telahpun dijalankan semenjak daripada pengubalan Laporan Razak 1956, sehingga
kepada penggubalan Akta Pelajaran 1996 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Akta Pelajaran 1996 melalui Perkara 13 (1) telah
menetapkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan.
Kesemua dasar dan Akta pendidikan yang telah digubal adalah mengarah kepada
pemarkasaan sistem pendidikan kebangsaan dan pengukuhan peranan bahasa Melayu
sebagai medium utama sistem pendidikan dan alat penyatuan kaum serta
pemarkasaan pendidikan agama sebagai asas utama survival ummah.
Dasar dan Akta pendidikan juga berperanan mengukuhkan survival
Melayu/bumiputera. Misalnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025
mengariskan 11 anjakan. Di antara ajakan tersebut ialah memastikan setiap murid
profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Anjakan ini dapat dilakukan
melalui memantapkan penguasaan Bahasa Malaysi. Kementerian akan
memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah,
merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini,
Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017.
Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti
bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda yang lain. Manakala melalui
anjakan melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, PPPM menyatakan;
bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu
identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti
main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil.
Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang
nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji
membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat
diajar.

Secara keseluruhannya PPPM bertujuan untuk meningkatkan mutu pelajaran di


sekolah kebangsaan di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu supaya
standing dengan Negara maju dan menarik minat pelbagai etnik memasukinya. PPPM
dilancarkan pada bulan September 2013. Walau bagaimanapun, sebelum PPPM
dilancarkan, ia telah mendapat bantahan daripadaDong Zhong kerana mendakwa
PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah vernakular. Kenyataan dan
penolakan yang dibuat oleh Dong Zhong itu telah dikritik oleh banyak pihak.

Peranan NGO

Peranan NGO Melayu/Islam amat penting bagi memastikan segala agenda


pembangunan yang dijalankan di Negara ini menguatkan lagi survival Melayu/Islam.
Terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan dengan matlamat dan pendekatan perjuangan
yang berbeza. Penubuhan pelbagai NGO tersebut menjadi golongan pendesak
yang kritis terhadap setiap perkara yang ada hubungannya dengan etnik Melayu.
Mereka akan memastikan setiap langkah dan pendekatan yang dilakukan tidak
merugikan atau membawa implikasi negatif terhadap survival Melayu. Misalnya,
penubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa yang berasaskan kemelayuan
yang disertai oleh orang Melayu tanpa mengira fahaman politik mereka. Matlamat
penubuhan Perkasa adalah untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan
bumiputera di dalam Perlembagaan. Justeru itu, Perkasa sentiasa bersifat kritis
terhadap mana-mana pihak yang menafikan atau melemahkan hak Melayu/bumiputera
yang dijamin dalam Perlembagaan. Misalnya, dalam isu penggunaan kalimah Allah,
Perkasa menentang percubaan mana-mana pihak bukan Islam menggunakan kalimah
dalam apa-apa penerbitan mereka. Begitu juga perkasa lantang mempertahankan
kedudukan raja-raja daripada dicabar atau diperlekehkan mana-mana pihak. Perkasa
juga mempertahankan dasar-dasar pendidikan kebangsaan, terutama menyokong
penuh pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Manakala Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pula yang


ditubuhkan pada tahun 1948 adalah untuk meningkatkan pendidikan dan menjaga
kebajikan pelajar Melayu. Dalam mencapai matlamat penubuhannya, GPMS
memperjuangkan agenda Melayu terutama dalam pendidikan dengan tidak melupakan
peranannya memperjuangkan isu-isu Melayu seperti mempertahankan hak-hak etnik
Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan. Misalnya, GPMS bersama dengan
gabungan NGO-NGO Melayu mempertahankan kenyataan yang dibuat olehYAA Dato
Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post
Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 dalam
mempertahankan hak-hak Melayu dalam Perlembagaan. Pandangan beliau tersebut
telah disalah tafsir sehingga dituduh bersifat perkauman. Gabungan NGO bersama
GPMS telah mengeluarkan kenyataan antara lain berbunyi:

kenyataan yang dibuat oleh Dato Mohd Noor tersebut telah Kami Gabungan NGO
Malaysia ingin mempersoalkan apakah motif Malaysiakini menyiarkan secara terpilih
kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan memberikan gambaran seolah-olah
YAA Dato Mohd Noor Bin Abdullah bersikap rasis? Adakah seseorang itu menjadi rasis
hanya kerana beliau menyatakan tentang sesuatu yang telah termaktub dalam
Perlembagaan? Ataupun pihak yang menunggu peluang untuk merampas kuasa bagi
meminda Perlembagaan itu yang bersifat rasis?.
Peranan NGO Melayu dalam mempertahankan dasar-dasar negara dan
Perlembagaan Persekutuan terserlah melalui Kongres Perdana Mengenai Pendidikan
yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 27 Ogos 2013. Kongres
tersebut telah mengeluarkan 10 resolusi di antaranya memberi peringatan kepada
kerajaan supaya berhenti menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu. Kongres mahu
kerajaan berhenti melayan tuntutan tidak munasabah dan bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan. Mereka mendesak supaya Perdana Menteri dan
Kementerian Pendidikan bersikap tegas dengan mewujudkan sistem pendidikan
tunggal negara ini. Mereka meminta kerajaan jangan melayan tuntutan Dong Zhong
yang dipercayai lebih menjaga kepentingan individu tertentu dalam pertubuhan
berkenaan. MPM mengingatkan semua pihak agar tidak membiarkan golongan tertentu
bermain dengan bom jangka bersiri yang memporak-perandakan perpaduan nasional
dan keutuhan Perlembagaan Persekutuan. Mereka turut menuntut supaya pihak
Kementerian menjadikan bahasa Melayu sebagai penghantar utama di institusi
pengajian awam dan swasta manakala pemberian dana penyelidikan serta syarat-
syarat kenaikan pangkat perlu mengutamakan penyelidikan dan karya ilmiah dalam
bahasa Melayu (Utusan Malaysia, 28 Ogos 2013).

Peranan Islam

Semenjak kedatangan Islam ke Malaysia, Islam telah membawa perubahan besar


kepada etnik Melayu. Transformasi besar-besaran yang berlaku kepada tamadun
Melayu telah banyak dibahaskan oleh sarjana seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas
dan lain-lain. Perubahan yang besar tersebut telah mengangkat darjat etnik Melayu
daripada bangsa yang tidak mempunyai ketamadunan yang tinggi hingga menjadi
bangsa bertamadun. Semenjak daripada itu, Islam tidak dapat dipisahkan daripada
Melayu sehingga definisi Melayu dihubungkan dengan agama Islam. Semasa Malaysia
di jajah British, penindasan serta perencanaan penjajah yang tidak seimbang, telah
menyebabkan masyarakat Melayu mula memikirkan survival bangsa. Agama telah
menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran dan perjuangan orang
Melayu. Agama Islam telah menjadi kekuatan untuk orang Melayu melindungi survival
bangsa mereka daripada ancaman penjajah atau golongan lain. Bertapa kuatnya ikatan
orang Melayu dengan Islam mendorong mereka memperjuang Islam menjadi menjadi
agama bagi Persekutuan semasa proses pembentukan Perlembagaan Negara
dilakukan. Natijah daripada perjuangan tersebut, Islam kemudiannya menjadi salah
satu asas penting Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan yang diberi oleh Perlembagaan tersebut telah membolehkan ajaran


Islam diperkukuhkan di Negara ini dalam pelbagai bidang seperti undang-undang,
ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, pembangunan dan lain-lain. Islam telah
menjadi asas kepada penyatuan Melayu, mendidik mereka menjadi bangsa yang tinggi
semangat toleransi dan berbudi bahasa, menjadi tenaga yang dinamis mengerakkan
kemajuan Negara dan menjadi bangsa berfahaman sederhana atau wasathiyyah.
Tanpa Islam, Malaysia tidak akan mencapai ke tahap sekarang dan survival Melayu
akan menghadapi masalah. Peranan yang dimainkan oleh Islam menyebabkan banyak
percubaan telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memisahkan Melayu
daripada Islam dan mencabar kedudukan Islam yang telah diberikan oleh
Perlembagaan. Sehingga kini percubaan tersebut berjaya ditangkis walaupun ia datang
bertali arus dalam berbagai bentuk dan versi.

PERANAN ETNIK MELAYU/BUMIPUTERA

Seterusnya orang Melayu-Bumiputera perlu memerdekakan diri mereka daripada


segala masalah yang wujud yang melingkari hidup mereka dalam politik, sosial,
budaya, ekonomi dan sebagainya. Semua masalah yang meruntun bangsa Melayu-
Bumiputera mesti dicari penyelesaiannya dan pada masa yang sama usaha untuk
melonjakkan potensi Melayu-Bumiputera mesti diteruskan. Orang Melayu-Bumiputera
mesti membina psikologi yang kuat, tekad dan nekad serta tidak mudah mengalah.
Sejarah bangsa Melayu-Bumiputera sebenarnya sarat dengan kecemerlangan dan
kegemilangan. Bangsa Melayu pernah hebat, sama ada sebagai pelayar, pejuang dan
peneroka belantara. Sebagai peneroka belantara, orang Melayu dahulu membina
perkampungan dan kemudian menjadi pekan dan bandar. Namun malangnya sekarang,
semuanya sudah diambil-alih oleh enik lain. Padahal kita yang memulakannya tetapi
yang dapat hasilnya orang lain.

Rugi apabila kita tidak membina kekuatan asal bangsa Melayu yang jatidirinya
bertunjangkan Islam kerana yang kita lebih utamakan ialah nilai-nilai asing dari Barat
atau Timur. Bangsa Melayu seolah-olah kehilangan diri sendiri di tengah-tengah arus
kemajuan dan pemodenan.

LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Cara yang boleh menambahbaik survival dalam negara kita boleh dilakukan dengan
pelbagai aspek. Salah satu cara dalam penambahbaikan menerusi langkah
rasionalisasi skim perkhidmatan yang bersifat menyeluruh. Ini salah satu peranan yang
perlu dilakukan oleh kerajaan. Langkah ini menjamin peluang pekerjaan dalam sector
perkhidmatan awam lebih meluas. Oleh itu, sektor penjawat awam bakal menikmati
faedah untuk menyara kos sara hidup dengan lebih mudah.

Selain itu, kerajaan perlu meningkatkan lagi subsidi dalam semua barangan belian asas
seperti makanan, punca jana kuasa, bil air dan lain2. Ini akan membolehkan rakyat
marhain boleh membayar dengan harga yang murah untuk mendapatkan keperluan
asas seharian. Sememagnya dengan kos barangan yang murah, rakyat mampu
meminimumkan untuk keperluan yang lain pula.

Peranan dari kalangan masyarakat pula, wujudkan situasi yang sukakan berniaga. Tak
kira lah yang sudah ada pekerjaan tetap, jadikan berniaga sumber kedua dalam isi
pendapatan serumah. Pelbagai alternatif perniagaan yang mudah untuk dijalankan
dengan permulaan modal yang rendah. Jadi tiada alas an untuk katakan susah untuk
berniaga.
Di samping itu, pengurusan kewangan perlu dijaga untuk mengelakkan pengaliran duit
secara boros. Perlu rakyat tahu bagaimana utk mengasingkan senarai keperluan dah
kemahuan. Pembaziran yang berlaku apabila pengeluaran kos yg banyak daripada
kemahuan. Kadang kadang ada yang sanggup habis beratusan ringgit di pusat membeli
belah, yang tidak selari dengan pendapatan sebulan bekerja ditambah dengan
menggunakan kad kredit. Rakyat perlu berhati hati dengan kos kemahuan dan
keperluan.

Akhir sekali, untuk menelusuri era tekanan ekonomi sekarang, kita perlu lakukan
sesuatu untuk ubah kehidupan. Ini jelas dari berita berita dalam akhbar
menggambarkan betapa kritikalnya survival rakyat terkini. Sekiranya kita merasakan
lagi hidup dalam keaadan seles dan tidak bersedia untuk hari mendatang,
kebarangkalian kita juga akan mengemis di negara sendiri. Peranan kerajaan dan
masyarakat yang seharusnya dikombinasikan untuk kesejahteraan semua.
KESIMPULAN

Berdasarkan kuliah Strategi Survival Melayu dan Bumiputera, konsep survival Melayu
telah diterangkan secara terperinci iaitu cara untuk mengekalkan kesinambungan hidup
Melayu dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud serta peranan dan
tanggungjawab kerajaan dalam memastikan survival Melayu. Peranan dan
tanggungjawab kerajaan ialah untuk memastikan supaya survival orang Melayu dan
Bumiputera terus dikekalkan dari semasa ke semasa dan perkara ini langsung tidak
boleh dipertikaikan oleh orang-orang bukan Melayu. Namun demikian, pelaksanaan ini
tidak boleh menindas dan menzalimi hak-hak kaum lain yang ada di Malaysia dan
sekaligus tidak bercanggah dengan Islam. Dengan kuasa yang ada pada kerajaan,
dasar-dasar khusus telah dibentuk bagi memastikan survival Melayu terus terpelihara
sama ada bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, budaya dan lain-lainnya dalam
membentuk integrasi nasional dan perpaduan negara. Selain itu, pada pandangan
saya, institusi beraja yang wujud di negara ini telah melambangkan survival Melayu.
Oleh itu, kita mestilah melindungi kedudukan institusi beraja dalam perlembagaan dan
hak kita sebagai orang Melayu. Ringkasnya, hilang institusi beraja maka musnahlah
survival Melayu. Maju mundurnya sesuatu bangsa tidak bergantung kepada keturunan
kaum atau warna kulit. Itu sebabbnya ada bangsa eropah yang amat mundur da nada
bangsa Asia yang termaju sekali. Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada
budaya bangsa itu dan budaya bukan sesuatu yang tetap dan tidak dapat diubah.
Budaya berubah sepanjang masa dan boleh diubah dan dicorak secara sengaja.

RUJUKAN

1. http://mamadompalamians.blogspot.my/2015/12/2014196695-bab-7-strategi-
survival.html
2. http://abdulhalimramli.blogspot.my/2013/11/strategi-survival-melayu-dan-
bumiputera.html
3. http://www.slideshare.net/WanarulanaPius/ctu-slide
4. Malaysia in the World Economy (1824-2011): Capitalism, Ethnic Divisions,
and "Managed" Democracy
5. http://kunanta.weebly.com/refleksi/refleksi-kuliah-8-strategi-survival-melayu-dan-
bumiputera

You might also like