You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK

BIL 1 /2017

Tarikh : 24 FEBRUARI 2017

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. Pn Siti Badariah bt. Hj. Kechik : Guru Besar


2. Encik Mohamad Amin b. Othman : PK Pentadbiran
3. Pn. Junaidah bt. Mohamad Hashim : Ketua Panitia
4. Pn.Rosmawati bt Khalid : Setiausaha
5. Pn. Siti Norbaya bt. Ghazali : Ahli Jawatankuasa
6. Pn. Tan Soo Fun : Ahli Jawatankuasa
7. Pn. Hjh Marsita bt Ridzwan : Ahli Jawatankuasa
8. Pn. Bashariah bt. Hassan : Ahli Jawatankuasa
9. Pn. Noor Hanisah bt. Hamid : Ahli Jawatankuasa
10.Pn. Noor Hazwani bt Mansor : Ahli Jawatankuasa
11.Pn. Noor Hanim bt. Ibrahim : Ahli Jawatankuasa
12.Pn. Noor Hazani bt. Mahmud : Ahli Jawatankuasa
13.Pn. Siti Masitah bt. Othman : Ahli Jawatankuasa
14.Pn. Noor Yani bt. Md Isa : Ahli Jawatankuasa
15.Pn. Noor Azliza bt Abu Bakar : Ahli Jawatankuasa

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri dalam
mesyuarat Panitia TMK buat kali pertama sesi 2017
2. Semua guru dinasihatkan agar terus memberikan komitmen yang terbaik untuk panitia dan
bekerjasama dalam mengatasi segala masalah dan berusaha untuk menjadikan pelajar bijak
dalam teknologi maklumat komunikasi.

II. UCAPAN PENASIHAT

3. Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohamad Amin b. Othman mengucapkan tahniah kepada


semua AJK Panitia TMK di atas pelantikan.
4. Panitia merupakan badan yang kuat untuk jalankan aktiviti berkaitan PdPC dan perlu lebih teliti
dalam merancang aktiviti panitia 2017 agar lebih mantap bagi mempertingkatkan prestasi mata
pelajaran.
5. Harapan beliau tahun 2017 ini prestasi murid semua tahun dapat ditingkatkan dari semasa ke
semasa.

1
6. Beliau memaklumkan bagi Tahun 1 2017, TMK perlu diserapkan dalam semua matapelajaran
dan semua guru matapelajaran tahun 1 adalah ahli jawatan kuasa panitia TMK.
7. Terdapat 2 aspek utama dalam melaksanakan TMK dalam matapelajaran yang lain.
i. Pemikiran Komputersional
a. PdP Abad 21
b. KBAT
ii. Unplug
a. Logik
b. Algoritma
c. Leraian
d. Pengecaman Corak
e. Peniskalaan (maklumat penting/relevan)
f. Penilaian

8. Semua RPH Tahun 1 bagi semua matapelajaran perlu ada unsur TMK .

TINDAKAN : Semua Guru Tahun 1

III PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

9. Pn. Noryani bt Md Isa selaku setiausaha Panitia TMK 2016 membentangkan minit mesyuarat
lalu.

10. Pn.Siti Norbaya mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn Rosmawati.

11. Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.

IV PERKARA BERBANGKIT

12. Tiada perkara berbangkit.

V AGENDA PROFESIONAL

Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia 2017

13. Beberapa aktiviti sepanjang tahun 2017 telah dibincangkan dan dipersetujui dan akan dijalankan
sepanjang tahun.
14. Pengukuhan terhadap penggunaan Frog Vle dalam kalangan warga SKDA akan diteruskan.
15. Penekanan perlu diberikan kepada pengurusan fail supaya lebih fleksible .
16. Pengerusi berharap semua aktiviti dan program yang telah .dirancang sepanjang tahun 2017
diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dalam TMK.

TINDAKAN : Semua Guru

2
IV LAPORAN POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

17. Analisa dan Post Moterm berdasarkan peperiksaan akhir tahun boleh dilakukan untuk
Penetapan Headcount 2017 iaitu penetapan TOV dan ETR.
18. Pengerusi mengingatkan semua rakan guru agar dapat memberikan hasil yang terbaik untuk
semua murid mengikut tahap pencapaian mereka dan meningkatkan prestasi murid dengan
mengambil kira kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

TINDAKAN : Semua Guru

VII PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI ( PKB )

19. Guru-guru diingatkan agar selalu membuat semakan buku latihan murid .
20. Guru-guru diingatkan agar menghantar buku rekod mengajar pada setiap hari Khamis dan
memastikan ruangan refleksi tidak dibiarkan kosong.

TINDAKAN : Semua Guru

VIII HAL-HAL LAIN

21. Pengerusi mencadangkan video PdPC guru mata pelajaran di ambil sebagai bahan tambahan
untuk membantu pelajar memperkasakan TMK.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.00 PETANG

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...............................................

(Pn. Rosmawati bt. Khalid) (PN.JUNAIDAH BT MOHAMAD HASHIM)

Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK

SK Darulaman SK Darulaman

3
Disahkan oleh,

...............................................

(EN. MOHAMAD AMIN B. OTHMAN )

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Darulaman

You might also like