You are on page 1of 1

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA KV VK DENGAN KAEDAH

DIDIK HIBUR

1.0 PENDAHULUAN (0 markah) (24/1/2017)

Pendidikan Pemulihan ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) sejak 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi
masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M) (KPM, tahun). Kesinambungan Timbalan perdana menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi pendedahan bahawa 60 peratus pelajar tahap
satu di seluruh sekolah Malaysia masih belum dapat menguasai kemahiran asas 3M
(Utusan Online, 2010). Menurut abstrak kajian BPPDP (Mei 2009) masalah penguasaan
3M ini berlaku kerana kurang kesediaan pembelajaran murid, kurang sokongan ibu
bapa, bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas, kurang sokongan pentadbir
serta kekurangan sumber kewangan dan kemudahan fizikal. Oleh itu, pihak yang
berkenaan harus mengambil tindakan yang wajar bagi meningkatkan tahap penguasaan
3M dalam kalangan murid pemulihan. Misalnya, ibu bapa membelikan buku latihan
kepada anak mereka dan membimbingnya membuat latihan tersebut. Guru pula boleh
menggunakan benda maujud semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Contohnya, guru membawa buah epal yang sebenar semasa mengajar perkataan epal.
Tindakan pemulihan yang wajar diberi untuk mengatasi masalah murid pemulihan
supaya keupayaan dan bakat mereka tidak disia-siakan. Setiap pelajar di negara ini
memerlukan pendidikan yang sama rata tanpa mengira umur, jantina mahupun bangsa.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Semua kanak-kanak berhak untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (Abdul
Rahim Bin Talib, 2007). Oleh itu, murid yang lemah harus diberi pendidikan pemulihan
bagi meningkatkan hasil pembelajaran mereka seperti yang dikatakan oleh Abdul Latif
Jameel (2009) dan Darbey (2010) dalam kajiannya.

You might also like