You are on page 1of 1

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud

code of behavior. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-
lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah
masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Walau bagaimanapun, terdapat
banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti
masih menjadi masalah utama kepada negara kita. Kita sering mendengar bagaimana
seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu
proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah
untuk memotaong barisan, rasuah untuk mengelak diri daripada dikenakan hukuman dan
macam-macam lagi.
Pada suatu amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-
akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli
masyarakat. Dengan budaya ini, maka seseorang yang berkeperibadian tinggi tidak dapat
dibentuk dalam kalangan lapisan masyarakat. Pegawai yang terlibat dalam amalan rasuah
kebanyakannya ialah golongan yang sepatutnya bertanggungjawab bagi penguatkuasaan
undang-undang. Untuk membasmi amalan ini, semua agensi penguatkuasaan undang-
undang perlu mempunyai sistem audit dan kawalan dalaman yang boleh mengesan
penyelewengan. Usaha berterusan perlu dilakukan untuk memupuk integriti dan nilai-nilai
etika yang tinggi kerana orang yang berintegriti tidak mungkin melakukan amalan rasuah
dalam apa jua keadaan sekalipun. Penerapan nilai-nilai murni dan etika dengan disertai
kepatuan kepada sumpah tadbir urus yang baik adalah cara yang paling berkesan untuk
memerangi amalan rasuah dalam perkhidmatan awam.

You might also like