You are on page 1of 60

DRAF280610

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MODUL PENGAJARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI DALAM TERAS
TEMA DUNIA SAINS DAN
TEKNOLOGI
TAHUN 1

Terbitan

Kementerian Pelajaran Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum

2010
DRAF280610

Cetakan Pertama 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
DRAF280610

Kandungan Muka
Surat

Pengenalan 1

Komputer Pertama Saya 3

Mari Belajar MS Word 13

Mari Belajar MS PowerPoint 27

Mari Belajar MS Paint 37

Meneroka Dunia Di Hujung Jari 45

Aktiviti Pengayaan 51

Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

Kepentingan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) dalam abad ke-21 ini memang tidak dapat
dinafikan. Keupayaan menguasai kemahiran TMK dapat
membantu individu mengharungi dunia ledakan maklumat
yang semakin hari semakin pantas berubah. Justeru itu,
pendedahan kepada TMK perlulah dilaksanakan pada
peringkat awal dengan secara terancang dan sistematik agar
budaya TMK dapat dibina dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang lebih positif.

Menyedari kepentingan ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum


mengambil inisiatif membangunkan Modul Pengajaran TMK
Tahun 1. Guru boleh merujuk kepada aktiviti pengajaran di
dalam modul ini untuk mendapatkan gambaran dan idea
bagaimana merancang pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai Standard Pembelajaran TMK Tahun 1. Modul
Pengajaran TMK Tahun 1 ini juga berfungsi sebagai rujukan
kepada guru untuk memahami pendekatan P&P TMK iaitu
Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar
MELALUI TMK.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, mengucapkan setinggi-


tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penghasilan Modul Pengajaran TMK Tahun 1 ini. Adalah
diharapkan ianya akan dapat membantu guru melaksanakan
aktiviti berasaskan TMK yang mendorong murid menjadi lebih
kreatif dan inovatif.

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran
MALAYSIA

i Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

ii Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita


untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan


seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah lebih memperkembang potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iv Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

Keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK) merupakan elemen yang penting dalam
menghadapi dunia tanpa sempadan. Ini merupakan satu
cabaran bagi sistem pendidikan negara ke arah menghasilkan
generasi yang celik TMK. Cabaran perlu ditangani dengan
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Seleras dengan keperluan semasa, Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah membangunkan Modul Pengajaran TMK
Tahun 1 sebagai panduan untuk guru mengajar kemahiran
TMK dengan berkesan bagi mencapai Standard Pembelajaran
TMK Tahun 1. Dengan adanya panduan ini, guru bolehlah
membuat perancangan yang lebih rapi seperti mengubahsuai
aktiviti P&P bagi memenuhi keperluan murid agar
pembelajaran menjadi lebih seronok serta membentuk guru
dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Guru digalakkan menggunakan perkakasan dan perisian TMK


serta kemudahan Internet yang terdapat di sekolah. Guru juga
digalakkan untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan
dengan mata pelajaran seperti Animated Beginning Typing dan
Basic Mouse Skill dari laman web rasmi Bahagian
Pembangunan Kurikulum (http://www.moe.gov.my/bpk). Aktiviti
yang dicadangkan di dalam eksemplar ini hendaklah dijalankan
di makmal komputer. Bagi sekolah yang tiada makmal
komputer, aktiviti bolehlah dijalankan di bilik darjah dengan
memberi peluang murid mencuba secara hands-on.

1 Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

2 Modul Pengajaran TMK Tahun 1


DRAF280610

MODUL PENGAJARAN
KOMPUTER PERTAMA
SAYA

TAHUN 1

3 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

Topik: Komputer Pertama Saya

Penerangan: Dalam modul ini, murid akan belajar dan mengenali komponen
komputer. Mereka juga akan belajar bagaimana untuk
menghidupkan dan mematikan komputer dalam turutan yang
betul. Etika menggunakan TMK akan turut diajar di dalam
modul ini.

Standard Murid akan dapat:


Kandungan: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan
beretika.
Standard 1.1 Mengenal pasti bahagian komputer (monitor, tetikus,
Pembelajaran: papan kekunci, unit system, pemacu CD-ROM, pemacu
cakera liut, mikrofon dan pembesar suara).

1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn on, turn off),


menghidupkan dan mematikan komputer (turn on, turn
off), mengikut tatacara yang betul.

1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.

1.5 Menggunakan tetikus untuk klik dan klik dua kali.


1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan
TMK.
1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas dalam kelas
semasa menggunakan komputer.
Tempoh Masa: 2 jam

Kreativiti: Kesesuaian susun atur peralatan asas komputer mengikut


keperluan individu.

Sumber : a. Perkakasan dan peralatan asas komputer.


b. Jika tiada, guru boleh menyediakan carta atau gambar.

Nota Guru: 1. Kedudukan butang (ON) berbeza dari satu unit sistem
dengan unit sistem yang lain.
2. Apabila tetikus digerakkan, penuding dan kursor akan turut
bergerak pada skrin mengikut pergerakan tetikus. Cuba
gerakkan dan kawal kursor dengan menggunakan tetikus.
3. Pastikan guru merujuk gambar rajah 10 sehingga gambar
rajah 14 dalam Modul Pembelajaran Komputer Pertama
Saya untuk melakukan aktiviti menggunakan perkakasan
komputer.

4 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

4. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print


Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah
mencetak dan pembaziran kertas.
5. Guru digalakkan untuk mencetak hasil kerja murid secara
berkumpulan. Di akhir tahun, semua murid diberi peluang
menggunakan pencetak.
6. Belajar perisian percuma yang dibekalkan bersama modul
ini. Perisian ini juga boleh dimuat turun dari laman web BPK
di http:www.moe.gov.my/bpk/.

Standard
TMK
Aktiviti: 1. Memaklumkan kepada murid mengenai 1.6, 1.7
perkara yang boleh dibuat ketika
menggunakan TMK dan juga ketika berada
di dalam makmal komputer.

Perkara yang SEPATUTNYA dilakukan


ketika menggunakan TMK:

Ikut peraturan Makmal


Komputer.

Buka dan tutup komputer dengan


cara yang betul.

Rujuk masalah yang dihadapi


kepada guru dengan segera.

Pastikan Makmal Komputer


sentiasa bersih.

2. Memperkenalkan perkakasan komputer 1.1


kepada murid seperti gambar rajah 1 serta
memberi penerangan mengenai fungsinya.
Guru melatih tubi murid sebutan dan ejaan.

5 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

PERKAKASAN KOMPUTER

Gambar rajah 1

3. Memperkenalkan komponen-komponen
komputer seperti gambar rajah 2 hingga 7.

Pemacu CD-Rom

Unit sistem Pemacu cakera

Gambar rajah 2

6 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

Papan kekunci

Gambar rajah 3

Monitor

Gambar rajah 4

Pembesar suara

Gambar rajah 5

7 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

Tetikus

Gambar rajah 6

Set fon telinga


bersama mikrofon.

Gambar rajah 7

4. Menunjukkan cara untuk menghidupkan 1.2


dan mematikan komputer dalam turutan
yang betul seperti berikut:

4.1. Tekan butang BUKA pada sistem unit


seperti gambar rajah 8.

8 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 8

4.2. Tekan butang BUKA pada monitor


seperti gambar rajah 9 di bawah ini.

Gambar rajah 9

5. Cara menggunakan tetikus dengan betul 1.5

5.1 Lihat gambar rajah 10 di bawah,


pegang dan gerakkan tetikus.

9 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 10

5.2 Memberi penerangan fungsi klik dan


klik dua kali. Murid menggunakan
Modul Pembelajaran Komputer
Pertama Saya.

6. Menutup komputer dengan cara yang betul.

6.1 Klik dengan menggunakan


tetikus seperti dalam gambar rajah 11.
(Rujuk Gambar rajah 15 di dalam Modul
Pembelajaran Komputer Pertama
Saya).

6.2 Pilih Turn Off Computer seperti yang


ditunjukkan dalam gambar rajah 11.

2
1
Gambar rajah 11

10 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

6.3 Seperti gambar rajah 12, klik butang


Turn Off pada menu Turn Off
Computer. (Rujuk gambar rajah 16
di dalam Modul Pembelajaran Komputer
Pertama Saya)

Gambar rajah 12

6.4 Tekan butang tutup pada monitor seperti


gambar rajah 12. (Rujuk gambar rajah 17
di dalam Modul Pembelajaran Komputer
Pertama Saya)

Gambar rajah 12

11 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

7. Kedudukan penjarian papan kekunci pada 1.3


gambar rajah 13.

K
SD F J L
;
A

Gambar rajah 13

Pentaksiran: 1. Murid tunjuk dan terangkan tentang


komponen komputer.
2. Murid tunjuk dan terangkan kedudukan
kekunci abjad dan nombor.
3. Murid menerangkan bagaimana membuka
dan menutup komputer.

Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya. Murid


yang telah menguasai kemahiran akan
membantu rakan yang belum menguasai
kemahiran tersebut.

12 Komputer Pertama Saya Tahun 1


DRAF280610

MODUL PENGAJARAN
MARI BELAJAR
MICROSOFT WORD
(MS WORD)

TAHUN 1

13 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Topik: Modul Mari Belajar MS Word

Penerangan: Dalam modul ini, murid akan belajar menaip empat baris ayat
dan menyisip grafik. Mereka akan belajar mengenai fungsi
kekunci Enter, Space Bar, Backspace dan Delete. Modul ini
dibina berdasarkan perisian MS Office 2003.

Standard Murid akan dapat:


Kandungan:
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan
beretika.

2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang


bersesuaian.

7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan


maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard 1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
Pembelajaran:
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Space Bar,
Backspace dan Delete.

2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen


pemprosesan perkataan dan perisian persembahan (MS
Word).

2.3 Menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word)


untuk menghasilkan teks berserta grafik dalam satu
halaman.

7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan


perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS
PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi teks, imej
dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia
ada.

Tempoh Masa : 2 jam

Kreativiti: Murid menghasilkan satu karangan mengandungi empat baris


ayat beserta menyisip grafik secara berkreatif.
Sumber: a. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word.

Nota Guru: 1. Modul ini disediakan berdasarkan Microsoft Office 2003.


Jika sekolah dibekalkan perisian ini, guru diminta
memberi penerangan perbezaan fitur antara muka.

2. Guru digalakkan menyediakan satu folder bunga di


dalam My Documents.

14 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai


Print Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah
mencetak dan pembaziran kertas.

4. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid.

5. Jika terdapat kekangan masa, guru hendaklah mengajar


cara simpan fail dan keluar aplikasi . Aktiviti ini terdapat
di dalam modul pembelajaran murid.

Standard
TMK

Aktiviti: 1. Guru menghidupkan bekalan kuasa dan


komputer murid.

Aktiviti 1: Membuka Aplikaasi MS Word

Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi


MS Word seperti gambar rajah 1 dan 2 akan
terpapar. 2.1

Langkah 1: Klik Start.


Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Pilih Microsoft Office.
Langkah 4: Klik Microsoft Office Word
2003.

1
Gambar rajah 1

15 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 2

Aktiviti 2: Mengenali Antara Muka MS Word

1. Guru menerangkan mengenai antara muka


MS Word seperti gambar rajah 3.

a. Bar menu.
b. Bar tatal.
c. Ruang kerja.

Gambar rajah 3

2. Guru menerangkan mengenai menu File


yang terdapat pada aplikasi MS Word
seperti gambar rajah 4.

16 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 4

Aktiviti 3: Mengenalpasti Kekunci Pada


Papan Kekunci

Mengenal pasti kedudukan kekunci pada


papan kekunci seperti gambar rajah 5. 1.3

Kekunci Kekunci Undur


Nombor Ruang (Backspace) Kekunci
Hapus
(Delete)

Kekunci Kekunci
Abjad Nombor

Kekunci Palang Kekunci


Penjarak (Space Bar) Enter

Gambar rajah 5

17 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Aktiviti 4: MengenalL Pasti Fungsi Kekunci

1. Guru menerangkan fungsi kekunci Enter, 1.4, 2.2


Space Bar, Backspace dan Delete. Murid
menceritakannya semula.

A. Palang Penjarak (Space Bar)

a.Taip perkataan Bunga, tekan


Kekunci palang penjarak .

b. Selepas itu, taip perkataan saya.

c. Paparan seperti gambar rajah 6 akan


kelihatan.

Gambar rajah 6

B. Undur Ruang (Backspace)

a. Tekan kekunci sekali.


Paparan seperti gambar rajah 7 akan
diperolehi. Minta murid menjelaskan
hasilnya.

Gambar rajah 7

18 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

b. Tekan kekunci dua kali


secara berturut dan lihat apa yang
berlaku seperti gambar rajah 8.

Gambar rajah 8

c. Taip huruf yang hilang sekali lagi


seperti yang ditunjukkan dalam
gambar rajah 9.

Gambar rajah 9

C. Hapus (Delete)

Murid akan belajar dua cara memadam iaitu


guna kekunci hapus (Delete) dan undur ruang
(Backspace).

a. Gunakan kekunci anak panah untuk


menggerakkan kursor sebelum
perkataan saya seperti dalam
gambar rajah 10.

19 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 10

b. Tekan kekunci hapus Delete


sekali dan minta murid maklumkan
lihat apa yang berlaku seperti gambar
rajah 11.

Gambar rajah 11

c. Taip huruf yang hilang sekali lagi


seperti yang ditunjukkan dalam
gambar rajah 12.

Gambar rajah 12

20 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

d. Minta murid memadam perkataan


bunga saya menggunakan salah satu
cara memadam.

D. Enter

Taip ayat mengikut langkah di bawah seperti


gambar rajah 13.

Langkah 1: Bunga mawar. Tekan kekunci


Enter

Langkah 2: Taip ayat Bunga mawar itu


wangi. Tekan kekunci

Gambar rajah 13

Langkah 3: Taip ayat Bunga mawar itu


sangat cantik. Bunga mawar
mempunyai duri.

Langkah 4: Bawa kursor selepas perkataan


cantik dan tekan Enter. Murid
memaklumkan hasil kerja.

21 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

AktivitiI 5: Menyisip Grafik

Murid akan belajar dua cara menyisip grafik 2.3


iaitu dari Clip Art dan From File.

A. Guru menunjukkan cara menyisip grafik dari


Clip Art seperti gambar rajah 14 dan 15.

Langkah 1: Klik Insert.

Langkah 2: Klik Picture.

Langkah 3: Klik Clip Art.

Gambar rajah 14

Langkah 4 : Taip perkataan flower di dalam


kotak carian.

Langkah 5 : Klik .

Langkah 6 : Klik pada grafik rose.

Langkah 7 : Grafik akan kelihatan pada


ruang kerja seperti gambar
rajah 15.

22 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 15

B. Guru menunjukkan cara menyisip grafik dari


From File seperti gambar rajah 16, 17 dan
18.

Gambar rajah 16

23 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 17

Gambar rajah 18

Aktiviti 6: Menyimpan Fail

Guru meminta murid menyimpan hasil kerja 2.1


di dalam My Document seperti gambar rajah
19.

Langkah 1: Klik File.


Langkah 2: Klik Save.

24 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 19

Langkah 3: Taip perkataan mawar dalam


kotak File name seperti
gambar rajah 20.

Langkah 4: Klik Save.

Gambar rajah 20

Aktiviti 7: Menutup Aplikasi MS Word

Murid menutup aplikasi MS Word seperti


gambar rajah 21.

Langkah 1: Klik File.


Langkah 2: Klik Exit.

25 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF280610

Gambar rajah 21

Pentaksiran: 1. Murid tunjuk dan terangkan cara memulakan 2.1, 2.3


aplikasi MS Word.
2. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip
grafik.

Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dimana


murid yang telah menguasai kemahiran akan
membantu rakan yang belum menguasai
kemahiran tersebut.

Pengayaan: Murid menaip beberapa ayat mengenai pilihan 7.1


bunga yang digemari serta menyisipkan grafik
dari Clip Art.

26 Mari Belajar MS Word Tahun 1


DRAF27

MODUL PENGAJARAN
MARI BELAJAR
MICROSOFT POWERPOINT
(MS POWERPOINT)

TAHUN 1

27 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1


DRAF28

Topik: Mari Belajar MS PowerPoint

Pengenalan: Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan dua slaid
persembahan MS PowerPoint. Mereka juga akan belajar cara
menaip teks dan menyisip grafik.

Standard Murid akan dapat:


Kandungan: 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
bersesuaian.

4.0 Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi


maklumat.

7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan


maklumat secara kreatif dan inovatif.

Standard 2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, pemprosesan


Pembelajaran: perkataan dan perisian persembahan (Paint, MS Word dan
MS PowerPoint).
2.5 Menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint)
untuk menghasilkan dua slaid persembahan yang
menggunakan teks dan grafik.
4.1 Menyampaikan idea menggunakan pemprosesan perkataan
(MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint).

7.1 Menggunakan (MS Word) dan perisian persembahan (MS


PowerPoint).

Tempoh Masa: 2 jam.

Kreativiti: Murid menghasilkan dua slaid persembahan MS PowerPoint yang


kreatif dan mengandungi teks serta grafik.

Sumber: a. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.


b. Gambar kucing dan arnab hendaklah disediakan oleh guru di
komputer murid.

Nota Guru: 1. Guru diminta merujuk Modul Pembelajaran Mari Belajar MS


PowerPoint.
2. Guru hendaklah menyediakan satu folder yang mengandungi
grafik kucing dan arnab. Grafik ini diletakkan dalam folder My
Picture dalam komputer murid.
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print
Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak
dan pembaziran kertas.
4. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid mengikut
kumpulan.

28 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1


DRAF0
Standard
TMK
Aktiviti: 1. Guru menghidupkan semua komputer murid- 2.1
murid.

2. Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi MS


PowerPoint seperti gambar rajah 1.

Langkah 1: Klik

Langkah 2: Klik

Langkah 3: Klik

Langkah 4: Klik

1 2 3 4

Gambar rajah 1

0 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1


DRAF1
3. Guru menerangkan antara muka MS PowerPoint
seperti gambar rajah 2.

Bar Menu

Slaid

Gambar rajah 2

4. Guru menerangkan cara menaip teks seperti 2.5


gambar rajah 3 hingga 6 yang terdapat dalam
Modul Pembelajaran Mari Belajar MS
PowerPoint.
5. Guru menerangkan cara menyisip grafik seperti 4.1
gambar rajah 7 hingga13 yang terdapat dalam
Modul Pembelajaran Mari Belajar MS
PowerPoint.
6. Guru menerangkan cara menyisip slaid baru
seperti gambar rajah 14 hingga 22 yang terdapat
dalam Modul Pembelajaran Mari Belajar MS
PowerPoint.
7. Guru menerangkan cara menayangkan
persembahan slaid seperti gambar rajah 23
hingga 27 yang terdapat dalam Modul
Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
8. Guru menerangkan cara menyimpan hasil kerja
persembahan slaid dalam komputer seperti
gambar rajah 28 hingga 30 yang terdapat dalam
Modul Pembelajaran Mari Belajar MS
PowerPoint.
9. Guru menunjukkan cara keluar dari aplikasi MS
PowerPoint seperti gambar rajah 31.

1 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1


DRAF2

2 Gambar rajah 31

10. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Mari 2.1, 2.5


Belajar MS PowerPoint.

Pentaksiran: 1. Murid tunjuk cara memulakan aplikasi MS 2.1


PowerPoint.
2. Murid tunjuk dan terangkan cara menaip teks 2.5
dalam aplikasi Microsoft PowerPoint.
3. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip grafik. 2.5

Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dengan


bantuan murid yang telah menguasai kemahiran
kepada rakan yang belum menguasai kemahiran
tersebut.

Pengayaan: Murid menghasilkan dua slaid persembahan 7.1


Microsoft PowerPoint dengan menyisipkan gambar.

2 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1


DRAF3

3 Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1


DRAF280610

MODUL PENGAJARAN
MARI BELAJAR
PAINT

4 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

Topik: Mari Belajar Paint

Penerangan: Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan lukisan


menggunakan perisian grafik Paint. Murid akan memperolehi
kemahiran melakar bentuk dan meletakkan warna menggunakan
kotak warna (Color Box). Murid akan menggunakan warna dan
bentuk asas seperti bulat, segi tiga dan segi empat.

Standard 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang


Kandungan: bersesuaian.
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan
maklumat secara kreatif dan inovatif.

Standard 2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan


Pembelajaran: perkataan dan/ atau perisian persembahan (Paint,
MS Word, MS Power Point).
2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk membuat
gambar dengan menggunakan bentuk asas dan kotak warna
(Color Box).
7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan
perkataan (MS Word) atau perisian persembahan
(MS PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi teks,
imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia
ada.

Tempoh Masa: 2 Jam

Kreativiti: Menghasilkan lukisan menggunakan bentuk-bentuk asas


mengikut kreativiti murid secara kreatif dan inovatif.

Sumber: a. Perkakasan dan peralatan asas komputer.


b. Jika tiada, guru boleh menyediakan carta atau gambar.

Nota Guru: 1. Mengajar cara memadamkan lakaran yang tidak dikehendaki.


2. Pastikan guru merujuk gambar rajah 8 sehingga gambar rajah
19 dalam Modul Pembelajaran Paint untuk melakukan aktiviti
melukis bentuk wajah.
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print
Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak
dan pembaziran kertas.
4. Mencetak hasil kerja murid adalah digalakkan.

Standard
TMK
Aktiviti: 1. Membuka dan menghidupkan semua bekalan
kuasa dan komputer murid.

5 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

2. Menunjukkan cara memulakan aplikasi Paint. 2.1

2.1 Untuk membuka Paint, sila rujuk seperti


gambar rajah 1:

Langkah 1: Klik Start.


Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Klik Accessories.
Langkah 4: Pilih dan klik Paint.

1 2 3 4

Gambar rajah 1

2.2 Antara muka seperti gambar rajah 2 akan


terpapar.

Gambar rajah 2

6 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

3. Menerangkan antara muka Paint seperti gambar


rajah 3.

Tool box Ruang kerja

Kotak warna/Color box

Gambar rajah 3

7 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

3.1 Mengenali dan Memahami Ikon Dalam Tool


Box Properties seperti gambar rajah 4.

Pilih/
Free From
Select Pilih/Select

Pemadam/ Warna/
Eraser Fill With
Color
Pilih
Warna/
Pick Color Kanta/
Magnifier
Pensel/
Pencil
Berus/Brush
Berus
Angin/
Teks/Text
Airbrush

Lengkungan/
Garisan/ Curve
Line

Segiempat Poligon/
Tepat/ Polygon
Rectangle
Segiempat
bucu bulat/
Bujur/
Rounded
Ellipse
rectangle

Gambar rajah 4

8 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

4. Menunjukkan cara melakar bentuk dan 2.4


meletakkan warna.

4.1 Melukis bentuk muka.


Langkah 1: Klik pada ikon Ellipse di Tool
Box seperti gambar rajah 5
untuk melukis bentuk bujur.

Gambar rajah 5

Langkah 2: Klik, tetikus ( ) pada a dan


heret ke b, kemudian lepaskan
seperti dalam gambar rajah 6.

Gambar rajah 6

9 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

Langkah 3: Bentuk bujur seperti gambar


Rajah 7 akan terhasil.

Gambar rajah 7

4.2 Murid melaksanakan aktiviti melakar bentuk


dan meletakkan warna seperti gambar
rajah 8 berdasarkan Aktiviti 4: MELUKIS
BENTUK WAJAH MENGGUNAKAN
BENTUK ASAS di dalam Modul
Pembelajaran Paint.

2.1, 2.4

Gambar rajah 8

10 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

5. Mewarna hasil kerja seperit Aktiviti 6:


MEWARNA HASIL KERJA MENGGUNAKAN
IKON FILL WITH COLOR di dalam Modul
Pembelajaran Paint.

Gambar rajah 9

6. Menaip teks seperti Aktiviti 7: MENAIP TEKS di


dalam Modul Pembelajaran Paint.

7. Mencetak hasil kerja seperti Aktiviti 8:


MENCETAK HASIL KERJA di dalam Modul
Pembelajaran Paint.

8. Keluar dari aplikasi seperti Aktiviti 9: KELUAR


DARI APLIKASI PAINT di dalam Modul
Pembelajaran Paint.

Pentaksiran: 1. Murid memberitahu rakan mereka cara melakar


sebarang bentuk asas yang dikehendaki.
2. Murid memberitahu rakan mereka cara
meletakkan warna dan kemudian mengubah
kepada warna lain.

Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya di mana murid


yang telah menguasai kemahiran akan membantu
rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.

Pengayaan: Murid menggunakan kreativiti mereka untuk melakar 7.1


pelbagai bentuk dan meletakkan warna.

11 Mari Belajar Paint Tahun 1


DRAF280610

MODUL PENGAJARAN
MENEROKA DUNIA
DI HUJUNG JARI ANDA

TAHUN 1

12 Meneroka Dunia Tahun 1


DRAF280610

Topik: Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda

Penerangan: Dalam modul ini, murid akan belajar menggunakan enjin carian
untuk mencari imej. Murid juga akan belajar menggunakan kata
kunci untuk mencari maklumat.

Standard 3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses


Kandungan: dan menggunakan maklumat.

Standard 3.1 Mengenal pasti lokasi dan mencapai maklumat yang disimpan.
Pembelajaran: 3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari Internet.
3.3 Mencari imej menggunakan enjin carian.
3.4 Menyimpan imej daripada laman web.

Tempoh masa: 2 jam

Kreativiti: -
Sumber: a. Perkakasan dan peralatan asas komputer.
b. Akses Internet.
c. Gambar rajah berkaitan dengan topik.

Nota Guru: 1. Guru mesti mengggunakan perisian Microsoft Office 2003. Jika
menggunakan perisian selain Microsoft Office 2003, guru perlu
memberi penerangan sendiri tentang cara penggunaan
perisian tersebut.

2. Pastikan capaian Internet berfungsi.

3. Secara sedia ada, Internet akan memaparkan laman utama


MSN.

4. Untuk tujuan pencarian, murid akan menggunakan enjin carian


Google.

5. Guru perlu menekankan penggunaan kata kunci apabila


mencari maklumat.
(Contoh: kek - kek coklat , kek span coklat)

6. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print


Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak
dan pembaziran kertas.

7. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid untuk


mengelakkan kesesakan kertas di dalam mesin pencetak.

Standard
TMK
Aktiviti: 1. Murid digalakkan duduk secara berkumpulan.

13 Meneroka Dunia Tahun 1


DRAF280610

2. Menunjukkan cara memulakan aplikasi Internet


Explorer (IE) seperti dalam gambar rajah 1.

Langkah 1: Klik Start.


Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Klik Internet Explorer.

1 2 3

Gambar rajah 1

3. Memberi penerangan secara ringkas mengenai 3.2


antara muka Internet Explorer (IE) seperti gambar
rajah 2.

Gambar rajah 2

4. Menunjukkan cara mencari imej menggunakan


enjin carian seperti gambar rajah 3 dan 4.

14 Meneroka Dunia Tahun 1


DRAF280610

Langkah 4:
Taip http://www.google.com di dalam
kotak alamat dan tekan kekunci Enter.

Gambar rajah 3

Kotak carian

Gambar rajah 4

15 Meneroka Dunia Tahun 1


DRAF280610

5. Murid menggunakan Modul Pembelajaran 3.3


Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda.

Pentaksiran: 1. Murid menunjukkan cara mencari imej yang di 3.1, 3.2,


simpan kepada rakan. 3.3, 3.4

2. Murid bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti.

Pemulihan: Pembelajaran melalui rakan sebaya di mana murid


yang telah menguasai kemahiran akan membantu
rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.

Pengayaan: Murid mencari imej lain mengikut topik yang dipelajari.

16 Meneroka Dunia Tahun 1


DRAF280610

17 Meneroka Dunia Tahun 1


DRAF280610

AKTIVITI PENGAYAAN

TAHUN 1

18 Aktiviti Pengayaan Tahun 1


DRAF280610

Topik: Aktiviti Pengayaan

Pengenalan : Murid secara berkumpulan digalakkan untuk membuat satu


projek berkaitan Haiwan. Murid boleh memilih untuk
menggunakan aplikasi MS Word, MS PowerPoint dan Paint.
Hasil projek ini boleh ditunjukkan dalam bentuk poster, buku
skrap digital ataupun album digital. Murid-murid boleh
menggunakan Internet untuk mencari maklumat. Kamera digital
juga boleh digunakan sekiranya perlu.

Standard Murid akan dapat:


Kandungan: 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan
beretika.
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
bersesuaian
3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,
memproses dan menggunakan maklumat.
4.0 Murid menggunakan TMK untuk mendapatkan dan
berkongsi pengetahuan.
5.0 Murid menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah
dan membuat keputusan.
6.0 Murid menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti
dan pembelajaran.
7.0 Murid menggunakan TMK untuk menyampaikan idea dan
maklumat secara kreatif dan inovatif.

Tempoh masa: 2 jam

Kreativiti: Murid memilih menggunakan aplikasi yang sesuai untuk


menghasilkan projek berkaitan Haiwan secara berkreatif.
Sumber : a. Modul Pembelajaran Komputer Pertama Saya.
b. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word.
c. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
d. Modul Pembelajaran Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda.
e. Modul Pembelajaran Mari Belajar Paint.
f. Kamera Digital (sekiranya perlu).
g. Pengimbas (sekiranya perlu).

Nota Guru : 1. Guru dinasihatkan agar membentuk kumpulan yang terdiri


daripada murid pelbagai keupayaan.

2. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print


Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak
dan pembaziran kertas.

19 Aktiviti Pengayaan Tahun 1


DRAF280610

3. Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid.

4. Guru digalakkan menyediakan gambar-gambar di komputer


murid untuk kegunaan mereka.

Standard
TMK
Aktiviti : 1. Murid mencari dan memberi idea untuk projek
yang akan dilaksanakan.

2. Murid menyediakan bahan-bahan projek yang


diperlukan.

3. Projek dilaksanakan secara berkumpulan. 7.1, 7.2

4. Murid akan mempersembahkan projek mereka. 4.1, 4.2

5. Murid berkongsi pengalaman mereka dalam


menghasilkan projek ini dengan bimbingan guru.
Aspek kerjasama perlu ditekankan demi
memastikan projek berjaya.

Pentaksiran : Murid mempersembahkan projek mereka secara


berkumpulan.

20 Aktiviti Pengayaan Tahun 1


DRAF280610

21 Aktiviti Pengayaan Tahun 1

You might also like