You are on page 1of 39

HBPE3203

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE


SEMESTER JANUARI 2014

HBPE3203:
PENDIDIKAN LUAR

MATRICULATION NO : 810131015961001
IDENTITY CARD NO. : 810131015961
TELEPHONE NO. : 0137795961
E-MAIL :
mq_rahmat81@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning
Centre
HBPE3203

PENGHARGAAN

Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana
dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik
insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor yang berwibawa
En.Abd Kadir bin Abd.Rahim yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam
merealisasikan menghasilkan tugasan ini. Begitu juga buat GPK Ko-kurikulum di sekolah saya
En.Mazlan Bin Ahmad atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Ruhaida bt Zahari serta anak-
anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik
dikasihi Mohd.Rahimi Bin A. Rahman yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan
tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan
tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.
Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat
rakan-rakan lain boleh melaksanakannya, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh
melakukannya.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring
dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul.
Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion
keguruan.
Salam hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...
HBPE3203

BAHAGIAN A
HBPE3203

1.0 PENGENALAN

Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik


darjahuntuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi
meningkatkandan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan
kokurikulum yang sedia adauntuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pendidikan luar jugabertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian
ekologi. Ia juga bertujuan memupukperasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam
sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajaruntuk menggunakan masa lapang dengan
bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.Program-program
pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkatsekolah malah
keseluruhan masyarakat.
Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yangberasaskan gerak kerja yang
tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan diluar bilik darjah.
program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat.
Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuansemakin
kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau
pihakinstitusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti
rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya.Dengan
adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu
meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakatserta
meningkatkan tahap disiplin diri.
Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yangbesar dalam melahirkan
individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangankepada
masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama
secaraberpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti
dijalankan.Menurut Ford (1981) mendefinisikan pendidikan luar sebagai program yang
meliputipenggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajarankurikulum yang sedia ada ini merangkumi perkembangan pengetahuan,
kemahiran dan sikapkhususnya penggunaan masa senggang.
HBPE3203

2.0 DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

2.1 DefinisiPertama (Meier dan Mitchell, 1993)


Pendidikan luar merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaranmelalui
pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan
bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yangmeningkatkan
pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkankita lebih
menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor danafektif
dalam pendidikan luar akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-
esteem),ke arah pembentukan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka,
melaluipendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran
yangmenyatakan kepentingan bagi keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman
sebenardan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar turut membantu memperkembangkan
fizikal yangdiingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.2 Definisi Kedua (Ford, 1986)


Pendidikan luar juga boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan
pembelajaranyang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan sama ada di dalam atau
di luar bilikkuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara
langsung denganalam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan
luar menumpukankepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-on untuk
mendapat pengetahuan.Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar
dapat memahami isikandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar
merupakan suatu pendekatanpembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen
kognitif, psikomotor dan afektifyang berpusat kepada pelajar . Beliau juga menegaskan
bahawa konsep definisi pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti
fizikal, aktiviti mengembara atauaktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses
yang berasaskan pada aktivitiberstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi atau
persekitaran tiruan untukmenentukan kekuatan individu atau intrapersonal dan interpersonal
kumpulan.
HBPE3203

2.4 DefinisiKetiga (Abu Bakar Sidek, 2004)


Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam
semulajadi dimana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang
kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar
rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar.
Ia bolehdigabungjalinkan dengan amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman
danmemupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani
dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah
kesepaduannasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

2.4 Definisi Keempat (Brookes, 1994)


Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman
yangmembolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi ( Brookes, 1994).
Olehitu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan
diridengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahan termasuk dalam
sukatanpelajaran dalam sesuatu pendidikan. Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar
objektif, diantaranya termasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni
dengan alam semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama
lain, untuk mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan, belajar menggunakan
deria, belaja rdalam makmal semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu
dalam kalangan pelajar.

2.5 Definisi Kelima (Knapp, 1990)


Pendidikan luarjuga pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-
sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp,
1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh
dijalankan denganpelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain
untuk pendidikan.Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas kurikulum.
Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses pengalaman
iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam
persekitaran terbuka sama ada di bandar atau di pedalaman.
HBPE3203

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan


mengikut pandangan tokoh-tokoh terkemuka,dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan
pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagaisatu pendekatan untuk mencapai objektif
pembelajaran menerusi pengalaman seseorang melakukan sendiri di kawasan persekitaran
terbuka ataupun semulajadi. Ia juga adalah suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses
pembelajaran berlaku di alam luar.Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan,
pendidikan konservasi, pendidikan cabaran,perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan
beberapa aspek rekreasi luar.

Pendidikan Luar juga merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara elektif dan bijaksana.
Pendekatan, pemeringkatan, pengelolaan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal
jugaakan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru.Alam semula jadi
merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan pelbagai sumber ilmu. Ia boleh
digabungjalinkan dengan amalan-amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan,
pengalamandan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi
mental, rohanidan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan masyarakat ke
arah perpaduannasional dan memupuk jati diri.Oleh itu, pendidikan luar juga boleh dijadikan
satu kaedah untuk mengorentasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman
dan pengukuhan pembelajaran
HBPE3203

3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden

Menurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk


mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam
persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba
lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk
mendapatkan sumber makanan.

Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulan di dalam
aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasak seperti berkayak,
aktiviti tali,meredah hutan dan sebagainya. Ada yang berpendapat aktiviti sebegini tidak perlu
dilakukan kerana menyebabkan pelajar terbabit menghadapi risiko terdedah kepada
kecederaan dan ancaman-ancaman lain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan
menjalani aktiviti pendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh
mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesan positif
kepada bakal guru(Isjoni, 2004).

Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa dengan cara
memberi pendedahan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas
akan menghasilkan individu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi
dugaan (Normar, 2000).

Ketika zaman prasejarah kegiatan pendidikan luar ketika itu didorong oleh perasaan
untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan
manusia.Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah
segalanya kerana manusia kini lebih moden bergiat cergas dalam kegiatan pendidikan luar atas
dasar kepentingan penerokaan dan pembelajaran.

Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapatkan bahan makanan.
Mereka tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk
membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih untuk membina kehidupan mengikut
zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu,membina tempat
tinggal,menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan luar mereka.
HBPE3203

Terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar era moden ini. Displin pendidikan
tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah diperluaskan kepada elemen
kognitif dan efektif. Unsur-unsur nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan
dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar.Program pendidikan luar mula
dikomersialkan secara meluas. Kewujudan konsep pengembaraan pelancongan dan
ekopelancongan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang
pendidikan,program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat
swasta.Selain itu program Pendidikan Luar telah menjadi program yang wajib disertai oleh
semua guru pelatih di semua Institut Perguruan Malaysia.
HBPE3203

CONTOH AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN PURBA

Aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar

di Zaman Purba
HBPE3203

CONTOH AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN ERA MODEN

Aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar

Di Zaman Era Moden


HBPE3203

BAHAGIAN B
HBPE3203

3.0 Pendahuluan

Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik


darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi
meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan
kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian
ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan
berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal.
Program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat
sekolah malah keseluruhan masyarakat. Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di
luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan,
pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli
masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan
sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai
matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.Menurut Ford (1981)
mendefinisikan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran
semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada
ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan
masa senggang.
HBPE3203

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR


SEKOLAH KEBANGSAAN SK.SERI MACHAP
TAHUN 2014

KELOLAAN
Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap
Simpang Renggam

TARIKH
1 Februari hingga 2 Februari 2014
( Dua hari satu malam)

TEMPAT
Hutan Lipur Gunung Lambak
Kluang,Johor.

MASA
8.00 pagi (1 Februari 2014) hingga 5.00 petang (2 Februari 2014)
HBPE3203

1.0 PENGENALAN

Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya


dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang
boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-
nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani
dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan
masyarakat ke arah perpaduan nasional

Pendidikan luar ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang


dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sk.Seri Machap,
Simpang Renggam. Program ini disertai oleh pelajar tahun enam dan
tahun lima yang terpilih daripada setiap kelas. Ia akan diadakan di
Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang Johor pada 1 Februari 2014 hingga 2
Februari 2014. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui
penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu
wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti Pendidikan Luar ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan


berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan
fizikal dan mental setiap peserta. Selain itu, melalui program ini dapat
memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman pembelajaran di
luar bilik darjah yang melibatkan pelbagai kemahiran iktiar hidup,
kecekapan mengurus diri dan juga ketahanan dari segi emosi, mental
dan jasmani. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar
HBPE3203

sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi
dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga
diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri
dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam


menyertai program kepimpinan
Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu
menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa
menyertai aktiviti yang disediakan.
Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-
idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta
mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan sosial.

4.0 RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Hutan Lipur Gunung


Lambak adalah hutan rekreasi dan terjaga dari segi persekitaran dan
terjamin keselamatan.
Peserta yang terlibat merupakan pelajar dari sekolah Sk.Seri Machap
sahaja.
Mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan sesuai untuk pelajar
sekolah rendah
seperti tandas, surau dan pengawal keselamatan.
Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas dan untuk pelbagai
aktiviti.
HBPE3203

Mengurangkan kos perbelanjaan terutamanya dari segi


pengangkutan sekiranya diadakan di luar daerah.
Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya pada
peserta dalam aktiviti mereka.
Guru-guru dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kerana tiada
masalah untuk datang ke tempat program kerana jarak dari sekolah
ke tempat perkhemahan hanya 21km sahaja.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : Program Pendidikan Luar

Tarikh :1 Februari hingga 2 Februari 2014

Hari : Sabtu dan Ahad

Masa : 8:00 pagi (1 Februari 2014) hingga 5:00 petang (2


Februari 2014)

Tempat : Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang Johor.

Perasmi : En. Abd.Rahim bin Kassim Pengerusi PIBG SK. Keb Seri
Machap.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program pendidikan luar ini melibatkan 80 orang pelajar murid tahun


enam dan tahun lima. Setiap kelas tahun lima dan tahun enam akan
menghantar 20 orang pelajar dari setiap kelas.
HBPE3203

7.0 Jawatankuasa Pengelola

Ahli Jawatankuasa Induk


Aktiviti Pendidikan Luar di Hutan Lipur Gunung Lambak
Anjuran Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap

Penasihat
En.Mazlan bin Othman
( Guru Besar )

Pengerusi
En.Mazlan bin Ahmad
( Penolong Kanan KO-Kurikulum )

Timbalan Pengerusi
Pn.Hjh Maznah bt.Abdullah

Setiausaha
En.Aminuddin bin Sayuti

Penyelaras
En.Mohd.Rahmat bin Hj A.Rahman
(Unit Kokurikulum)

Bendahari
Pn.Noorazreena bt Bahari
HBPE3203

7.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA

Kem Komandan : En.Mohd.Aminnudin bin Sayuti


Tim.Kem Komandan : En.Tuan Rozaimi bin Tuan
Rani
Keselamatan : En.Mohd.Fadzli bin Aman
: En.Mohd.Faizal bin Saim
: Cik Mashitah bt Suandi
: Pn.Rafedah bt Jailani
Peralatan khemah/ : En.Awaluddin bin Miskam
Persiapan tempat : En.Mohd.Faizal bin Saim
: En.Sahat bin Zaim (Ajk PIBG)
Buku aturcara : Cik Norainey bt
Muhammad
: En.Mohd.Khir b Nadirin
Hadiah & Cenderamata : Pn.Haniesah bt Embong
: Pn.Aida bt Basar
Siaraya : En.Ahmad Sobri bin Ahmad
: En.Fadhli bin Othman
Dokumentasi/Publisiti : En.Sobri bin Ahmad
Juruacara : Pn.Norhaizah bt Ahmad
Makanan & Minuman : Pn.Sahidatulseha bt Samaon
: Pn.Zabedah bt Abu Bakar
: Pn Rozilah bt Nordin
Bertugas malam : En.Norazman bin Mohaimin
: En.Masrom bin Saidi (Ajk PIBG)
HBPE3203

7.2 AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN / AKTIVITI PESERTA

Kuliah maghrib /Kerohanian : En.Mahadhir bin Lahuri


: Pn.Norhaya bt Isa
Senaman pagi : En.Mazlan bin Ahmad
Persembahan murid : Pn.Maizatul bt Muhamad
Jiwa
: Pn.Norazreena bt Bahari
: Pn.Hjh Tumirah bt Kiran
: Pn.Rafedah bt Jailani
Kawat kaki : En.Norazman bin Mohaimin
: En.Mohd.Faizal bin Saim
: Pn.Umi Khalthom bt Mahbeb
Night Trecking/ : En.Jailani bt Saad
Jalan berhalangan : En.Mohd.Rahmat bin Hj
A.Rahman
: En.Ezzad bin Abd Razak
: En.Abd Rahim bin Isa (Ajk PIBG)
Latihan dalam kumpulan : Pn.Zarinah bt Mion
: En.Fadhli bin Othman
: Pn.Rosmini bt Basri
Persembahan Kebudayaan : Pn.Zalila bt Hujan
: Pn.Norhaizah bt Ahmad
: Pn.Aidah bt Maidin
HBPE3203

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Sumbangan PIBG = RM1000.00

8.2 Duit Kokurikulum = RM1200.00

8.3 Kutipan yuran setiap peserta =RM 960.00 (80 peserta x


RM12 )

8.4 Sumbangan dari orang perseorangan = RM 400.00

Jumlah keseluruhan = RM3560.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Amaun


1. Peralatan aktivti RM 400.00
2. Bayaran tapak perkhemahan RM4.00 x 80 RM 320.00
orang
3. Mineral water RM 120.00
4. Hadiah berbentuk hamper & sijil RM 250.00
5. Makanan
1. Sarapan pagi RM2.50 x 80 orang x 1 kali RM 200.00
2. Makan malam RM3.50 x 80 orang x 1 kali
RM 280.00
3. Makan tengahari RM3.50 x 80 orang x 2
RM 560.00
kali
4. Minum petang RM2.00 x 80 orang x 2 kali RM 320.00
6. Banner RM 80.00
7. T-shirt perkhemahan RM12.00 x 80 orang RM 960.00
JUMLAH RM3490.00
HBPE3203

9.0 Panduan Pelaksanaan

Program Pendidikan Luar ini dilaksanaan oleh Unit Kokurikulum Sk.Seri


Machap dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru untuk mengawal keselamatan murid semasa program berlangsung.
Peserta akan mendaftar dengan AJK Pendaftaran pada hari Sabtu jam
8:00 pagi dan berakhir jam 5:00 petang pada hari Ahad. Disamping itu
peserta juga akan dinilai mengikut kumpulan yang telah
ditetapkan oleh penganjur disepanjang program berlangsung untuk
mendapatkan mata yang akan dinilai oleh AJK pertandingan untuk
pemberian hadiah pada akhir program.
HBPE3203

10.0 JADUAL PROGRAM PENDIDIKAN LUAR & JUSTIFIKASINYA

Tarikh/ha Masa Aktiviti Justifikasi


ri

1 Feb 8.00 Pendaftaran peserta dan Pengurusan pelajar dan


2014 pagi-8.45 guru / bertolak ke penempatan
(Sabtu) pagi kawasan perkhemahan
Gunung Lambak menaiki Pelajar mengikut khemah
bas yang disewa. serta guru pengiring yang
ditugaskan bagi setiap
Sessi mengagihkan kumpulan.
peserta dan guru
mengikut kumpulan Menjaga keselamatan dan
nama-nama haiwan memupuk displin kendiri.
yang telah ditetapkan
Membentuk budaya
bekerjasama dan saling
hormat menghormati dalam
8.45pagi satu kumpulan.
9.30 Perhimpunan bersama
pagi guru pengiring. Membentuk daya
Nyanyian lagu: kempimpinan berkumpulan.
1. Negaraku
2. Lagu Negeri Johor Bertolenrasi sambil berkongsi
Menyiapkan khemah pengalaman serta kemahiran.
mengikut setiap
kumpulan yang Pemberitahuan program-
diagihkan. program yang akan
dilaksanakan sepanjang dua
9.30 hari perkhemahan.
pagi- Taklimat program dan
10.00 penerangan tentang Dapat memupuk diri pelajar
pagi peraturan-peraturan agar patuh pada arahan dan
sepanjang perkhemahan peraturan untuk
ini berlangsung mendisplinkan diri dan
sentiasa menepati masa
HBPE3203

Memupuk perpaduan dalam


kalangan pelajar.
Sesi berkenalan
10.00pag mengikut kumpulan
i- nama-nama haiwan Saling menghargai dan
10.30pag yang diberikan dengan menyayangi satu sama lain.
i menyanyikan lagu
Tanya Sama Menggabungjalinkan nilai
Kawan(dengan tempo estitik,seni dan komunikasi
lagu Tanya Sama Pokok pelbagai hala.
Tanya sama kawan,
Siapa nama kawan?
Nama saya Azman,
Siapa nama kawan? Dapat memupuk semangat
bekerjasama dalam kumpulan.
Mencipta logo dan
10.30 motto kumpulan.Setiap Dapat menyelesaikan tugasan
pagi- kumpulan diberi kain yang diberi dengan jayanya.
11.00 putih (saiz kain
pagi bendera).Secara Merangsang sikap
berkumpulan bekerjasama di dalam diri
berbincang mencipta pelajar agar mereka
idea menghasilkan logo bersungguh-sungguh
dan motto kumpulan melakukan sesuatu kerja.
yang baik. Sentiasa menghormati alam
semula jadi sebagai benda
hidup yang terdapat di bumi
kita dengan memelihara alam
sekitar.

11.00 Ceramah (Penjagaan Dapat menanamkam perasaan


pagi- Alam Sekitar) oleh rendah diri pelajar tentang
12.00 penceramah jemputan kebesaran Pencipta di dalam
tghri yang terdiri daripada jiwa.
fasilitator dari Jabatan
Hutan Lipur Gunung Membentuk kehidupan dan
Lambak itu sendiri. cara hidup yang seimbang
terhadap alam sekitar.

Membentuk sahsiah dan


peribadi pelajar menjadi insan
yang sentiasa tidak lupa pada
penciptanya dan menunaikan
Makan tenghari / solat kewajipannya.
12.00 zohor berjemaah /
tghri- kerohanian Memupuk sikap pelajar
2.00 ptg ( Tazkirah dari ajk menghargai hasil hutan
HBPE3203

kerohanian) dengan menganggapnya


sebagai khazanah yang paling
berharga.
2.00 ptg- Aktiviti Kajian Alam
4.00 ptg sekitar. Menikmati keindahan alam
sekitar dan seterusnya
Pelajar dibawa masuk ke menyedari akan kepentingan
dalam hutan mengikut alam semula jadi.
kumpulan masing-
masing oleh fasilitator- Kita perlu bertanggungjawab
fasilitator yang dilantik. untuk bersama-sama di dalam
penjagaan semula jadi.
Pelajar dikenalkan
nama-nama saintifik Menjana idea dan minda
pokok dan tumbuh- pelajar dalam menghasilkan
tumbuhan dan sesuatu tugasan dengan
ditunjukkan juga akar- bersungguh-sungguh.
akar kayu dan tumbuh-
tumbuhan yang boleh Mewujudkan sikap
dibuat ubat. bekerjasama dan
tanggungjawab di dalam
Secara berkumpulan kumpulan.
pelajar dikehendaki
menyenaraikan
seberapa banyak nama
saintifik tumbuh-
tumbuhan dan
kegunaannya jika boleh
4.00 ptg- dibuat ubat dan hasilnya
5.00 ptg hendaklah diserahkan
kepada pihak urusetia.

Minum petang / solat Membentuk sahsiah dan


asar berjemaah. peribadi pelajar menjadi insan
yang sentiasa tidak lupa pada
penciptanya dan menunaikan
5.00 ptg- kewajipannya
6.30 ptg

Aktiviti riadah /
sukaneka Mewujudkan sikap
(aktiviti berhalangan) bekerjasama dan
Pelajar dikehendaki tanggungjawab di dalam
melepasi halangan kumpulan.
HBPE3203

6.30 ptg- mengikut stesen yang


9.00 mlm dibina. Menjadikan pelajar seorang
Kumpulan yang Berjaya yang sabar,tabah dan berani
melepasi halangan menerima cabaran.
tanpa gagal dan
9.00 mendapat masa yang
mlm- terpantas dikira
10.00 pemenang.
mlm Membentuk sahsiah dan
Mandi / makan malam / peribadi pelajar menjadi insan
solat berjemaah / Kuliah yang sentiasa tidak lupa pada
maghrib penciptanya dan menunaikan
kewajipannya

Menggabungjalinkan nilai
Aktiviti latihan dalam estitik,seni dan komunikasi
kumpulan LDK. pelbagai hala.
(Pertandingan pakaian
Rimba) Dapat menjana idea dan
Setiap kumpulan perlu kreativiti setiap pelajar .
menghiasi salah seorang
ahli kumpulannya yang Mewujudkan sikap
dipilih dengan bekerjasama dan
10.00 menggunakan surat tanggungjawab di dalam
mlm- khabar lama yang kumpulan.
11.30 dibekalkan dan sumber-
mlm sumber dari tumbuh- Dapat menunjukkan potensi
tumbuhan semulajadi dan kemahiran setiap pelajar
yang terdapat mengikut aras yang berbeza-
disekeliling. beza.
Ketua kumpulan perlu
menerangkan konsep
pakaian dan kegunaan
pakaian rimba yang
dihasilkan. Pelajar dapat menghayati
alam sekitar di waktu malam.
Kembara malam (Night
Treckking) Menjadikan pelajar lebih
11.30ml Semua pelajar dibawa berani dan bersedia pada bila-
m masuk ke dalam hutan bila masa untuk melakukan
oleh fasilitator dari sebarang aktiviti di waktu
jabatan hutan lipur malam.
Gunung Lambak
mengikut kumpulan Menjadikan pelajar lebih
menyusuri jalan hutan sensititf terhadap alam sekitar
yang telah disediakan. dan hidupan yang ada di
dalam hutan di waktu malam.
HBPE3203

Menghilangkan keletihan
selepas seharian melakukan
aktivti.
Kudapan /Rehat / Tidur

2 Feb 5.30 pagi Mandi / Solat subuh Membentuk sahsiah dan


2014 -7.00pagi berjemaah /Kuliah subuh peribadi pelajar menjadi insan
( Ahad ) yang sentiasa tidak lupa pada
penciptanya dan menunaikan
kewajipannya

7.00 Senaman pagi /J-Robik


pagi- (dikelolakan oleh AJK Dapat menjadikan pelajar
8.00 pagi senaman pagi) seorang yang seimbang dari
segi rohani dan jasmani serta
sihat dan cergas.

Aktivti regangan sebagai


persediaan untuk ekspedisi
Sarapan pagi mendaki gunung lambak.
8.00
pagi-8.30 AJK makanan juga
pagi membekalkan setiap pelajar
bungkusan makanan yang
mengandungi air mineral dan
Taklimat eskpedisi roti sebagai bekalan
mendaki Gunung sepanjang ekspedisi mendaki
8.30 Lambak. gunung lambak.
pagi-9.00
pagi Dapat memupuk diri pelajar
Ekspedisi mendaki agar patuh pada arahan dan
gunung lambak peraturan untuk
9.00 mendisplinkan diri.
pagi- Jarak pendakian lebih
1.00 kurang 1km. Dapat tanamkan perasaan
tghari rendah diri tentang kebesaran
Semua pelajar terlibat Pencipta di dalam jiwa dengan
dalam ekspedisi ini melihat flora dan fauna
kecuali murid yang ada sepanjang pendakian.
masalah kesihatan
dikecualikan. Merangsang sikap kerjasama
dan setiakawan di dalam diri
Ekspedisi ini akan pelajar sepanjang menempuh
diketuai oleh fasilitator cabaran sepanjang ekspedisi.
dari Jabatan Perhutanan
HBPE3203

Gunung Lambak dan Tabah dan berani menghadapi


dibantu oleh guru-guru. cabaran-cabaran yang datang.

Memupuk diri pelajar agar


sentiasa prihatin dan
Makan tengahari / Solat bertanggungjawab di dalam
Zohor berjemaah /rehat menjaga pemuliharaan hutan
1.00tgha dan alam sekitar dengan baik.
ri-
2.30ptg Membentuk sahsiah dan
peribadi pelajar menjadi insan
yang sentiasa tidak lupa pada
penciptanya dan menunaikan
kewajipannya
Persembahan
kebudayaan setiap Merehatkan diri dan
kumpulan. memulihkan otot-otot dan
2.30 ptg- tenaga yang telah digunakan
3.30 ptg sepanjang aktiviti mendaki.

Menggabungjalinkan nilai
estitik,seni dan komunikasi
pelbagai hala.

Dapat memupuk nilai-nilai


Mengemas peralatan murni di dalam diri pelajar.
dan menurunkan
3.30ptg- khemah mengikut Pelajar dapat menunjukkan
4.00ptg kumpulan masing- kreativiti dan menjana idea
masing masing-masing.

4.00ptg- Majlis penutupan / Merangsang sikap


4.45ptg Penyampaian hadiah bekerjasama di dalam diri
dan sijil. pelajar agar mereka
bersungguh-sungguh
Peserta terbaik melakukan sesuatu kerja.
Kumpulan terbaik
Hadiah kumpulan Sebagai motivasi dan
setiap aktiviti penghargaan kepada pelajar
yang atas kesungguhan
dipertandingkan. mengharungi segala cabaran
5.00 ptg dan rintangan setiap aktiviti
yang dilakukan.
Bersurai / Bertolak balik

Setiap pelajar rasa dihargai


dan memotivasikan mereka
HBPE3203

untuk terus lebih berjaya di


masa akan datang.

11.0 PERATURAN PERKHEMAHAN

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.


2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 11.00
malam kecuali jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu
tersebut atas arahan pegawai yang bertugas pada waktu tersebut.
3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi
lelaki dan sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru yang bertugas.
4. Ahli kumpulan hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan
mengikut prinsip yang terkandung dalam undang-undang
perkhemahan.
5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana
dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran.
6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk
mengelakkan
kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.
7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru
bertugas sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan
sendiri.
8. Perserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai berdasarkan
aktiviti yang djalankan.
9. Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala
aktiviti berkumpulan.
10. Dilarang membawa barang kemas yang berharga.

12.0 PENUTUP

Program Pendidikan Luar merupakan satu pendidikan di luar


bilik darjah yang menitikberatkan kefahaman dan penghayatan
individu tentang betapa pentingnya pengetahuan,kemahiran dan
pengalaman dalam pelaksanaan pendidikan luar.Selain itu, pendidikan luar
juga dapat memupuk kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas sebagai budaya hidup orang Malaysia. Oleh
kerana itu, adalah diharapkan semua aktiviti pendidikan luar Sekolah
HBPE3203

Kebangsaan Seri Machap Tahun 2014 ini dapat dilaksanakan dengan


jayanya dengan bantuan semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

-----------------------------------
-----------------------------

(Mohd.Rahmat bin A.Rahman, (En.Mazlan


bin Othman,

Unit Kokurikulum Sk.Seri Machap, Guru Besar

Sk.Seri Machap) Sk.Seri


Machap)

RUJUKAN

Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian


Pendidikan

Malaysia
HBPE3203

Ab.Alim Abdul Rahim. (1999). Panduan perkhemahan, sipulan dan


pioneering: Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti.

Hasrul Faizal Hushin Amri, Norazhan Che Lah dan Shaifol Bahary Sulaman.
(2010).

HBPE3203 Pendidikan Luar.Selangor Darul Ehsan:Meteor


Doc.Sdn.bhd.

Ab.Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala


Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

http://www.docstoc.com/docs/20995139/SENARAI-SEMAK-PENYEDIAAN-
KERTAS-

KERJA

http://www.freeweds.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20%APA%20ITU
%20PENDIDI

KAN%20LUAR.pdf

http://metos2004.tripod.com/penulisanlaporan.htm
HBPE3203

LAMPIRAN
HBPE3203

RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX:
07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-


1/16/1(01)
Tarikh :10 Januari
2014

Kepada,
Guru Besar,
Sk.Seri Machap,
Simpang Renggam,Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAN PENDIDIKAN


LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan


menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-
pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari iaitu
pada 1 dan 2 Februari 2014.

3. Antara objektif utama Program Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan pembelajaran di luar bilik
darjah dalam kehidupan seharian.Pelajar juga dapat merasai suasana
perkhemahan dan meningkatkan keyakinan diri.

4. Perhatian dan kelulusan dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului
ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,

------------------------------------------
En.Aminuddin bin Sayuti
HBPE3203

Setiausaha Program Pendidikan luar


Sk.Seri Machap.

RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX:
07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-


1/16/1(01)
Tarikh :10 Januari
2014

Kepada,
Ketua Polis,
Ibu Pejabat Polis Kluang,
Johor.

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI


MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan


menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-
pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari iaitu
pada 1 dan 2 Februari 2014 di Hutan Lipur Gunung Lambak Kluang.

3. Oleh yang demikian,pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat
membantu untuk memantau keselamatan sepanjang program berjalan untuk
mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Dengan ini kertas kerja dilampirkan sekali untuk rujukan pihak tuan.

4. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului
ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


HBPE3203

Saya Yang Menurut Perintah,

------------------------------------------
En.Aminuddin bin Sayuti
Setiausaha Program Pendidikan luar
Sk.Seri Machap.

RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX:
07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-


1/16/1(01)
Tarikh :1 Januari
2014

Kepada,
Semua Ibu bapa /penjaga,
Murid tahun lima dan enam,
Sk.Seri Machap.

Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN PROGRAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT SEKOLAH


SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan


menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh : 1& 2 Februari 2014


Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Hutan Lipur Gunung Lambak,Kluang johor.
Bayaran : Bayaran RM12.00 seorang (T-Shirt perkhemahan)

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk membantu ahli uniform


mendapat kemahiran perkhemahan yang patut mereka perolehi disamping
member pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.

4. Tuan / puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa yang


lengkap seperti dilampiran kepada cikgu Mohd.Rahmat bin A.Rahman sebelum
HBPE3203

atau pada 10 Januari 2014.Segala pertanyaan sila hubungi beliau ditalian 013-
7794141

3. Oleh yang demikian,pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat
membantu untuk memantau keselamatan sepanjang program berjalan untuk
mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah


RI SK.SERI MACHAP,
86200 SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JBA 2009
JOHOR DARUL TAKZIM TEL/FAX:
07-7541005

Ruj.Kami : JBA 2009/500-


1/16/1(01)
Tarikh :10 Januari
2014

Kepada,
Ketua Pengarah,
Pejabat Pelajaran Pendidikan Kluang,
Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAN PENDIDIKAN


LUAR PERINGKAT SEKOLAH SK.SERI MACHAP 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, unit Kokurikulum Sk.Seri Machap akan


menganjurkan aktiviti Program Pendidikan Luar yang akan disertai oleh pelajar-
pelajar tahun lima dan enam.Aktiviti ini akan dijalankan selama dua hari iaitu
pada 1 dan 2 Februari 2014.

3. Antara objektif utama Program Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan pembelajaran di luar bilik
darjah dalam kehidupan seharian.Pelajar juga dapat merasai suasana
perkhemahan dan meningkatkan keyakinan diri.Denga ini disertakan sekali
kertas kerja untuk program ini.
HBPE3203

4. Perhatian dan kelulusan dari pihak tuan amatlah djharapkan dan didahului
ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,

------------------------------------------
En.Aminuddin bin Sayuti
Setiausaha Program Pendidikan luar
Sk.Seri Machap.

CONTOH-CONTOH GAMBAR SUASANA


AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR YANG AKAN
DIJALANKAN
HBPE3203
HBPE3203

You might also like