You are on page 1of 1

LATIHAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Latihan 1: Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1. Kita harus menghulurkan bantuan kepada warga emas.


2. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
3. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
4. Peserta-peserta rombongan itu menikmati hidangan makan malam di tepi laut.
5. Kamu menebas semak-samun di belakang rumah menggunakan parang.
6. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
7. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
8. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
9. Mereka telah melantik Zaidi sebagai ketua kumpulan untuk mengusahakan tanaman buah
naga.
10.Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.

Latihan 2: Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

1. Kuih di atas meja itu sudah awak makan?


2. Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
3. Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
4. Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.
5. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.
6. Keputusan perlu kalian buat dengan segera kerana hal ini tidak boleh ditangguh lagi.
7. Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
8. Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah
itu.
9. Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada
malam ini.
10.Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa
tidak mengambil berat terhadap anak mereka.

You might also like