You are on page 1of 276

AMSS5403

TRANSAKSI DALAM
SISTEM MUAMALAT
DI MALAYSIA
Prof Madya Dr Mohamad Ismail Mohamad Yunus

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato Dr Mansor Fadzil
Dr Rozeman Abu Hassan
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Mohamad Ismail Mohamad Yunus


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Penyederhana: Shamshina Mohamad Hanifa


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Ogos 2012


Edisi Kedua, April 2015 (rs)
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM), April 2015, AMSS5403
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xvii

Topik 1 Sistem Muamalat dalam Syariat Islam 1


1.1 Sejarah Rasulullah SAW Berkaitan Sistem Muamalat 2
1.2 Pengenalan kepada Sistem Muamalat dalam Syariat Islam 3
1.3 Kaedah Asas dalam Fiqh Muamalat 4
1.4 Jenis Muamalat dalam Syariat Islam 6
1.5 Rukun dan Syarat Muamalat dalam Islam 7
1.6 Konsep Muamalat dalam Syariat Islam 9
1.6.1 Objektif Muamalat 12
1.6.2 Peranan dan Fungsi Muamalat dalam Syariat Islam 13
1.6.3 Keutamaan dan Kelebihan Muamalat 14
1.6.4 Skop Muamalat 15
Rumusan 17
Kata Kunci 17
Rujukan 18

Topik 2 Etika Islam dalam Muamalat 19


2.1 Prinsip Keadilan dalam Muamalat 20
2.2 Memberi Layanan yang Baik 22
2.3 Melindungi Hak Penjual dan Pembeli 24
2.4 Memiliki Sifat Jujur dan Amanah 28
2.5 Sifat Terpuji dalam Muamalat 30
2.6 Menimbang dan Mengukur dengan Betul 33
2.7 Larangan terhadap Amalan Monopoli dan Komplot
Sorok Barangan 36
2.8 Kerelaan dalam Transaksi Muamalat 37
2.9 Transaksi Niaga yang Bebas Riba 39
Rumusan 43
Kata Kunci 44
Rujukan 44

Copyright Open University Malaysia (OUM)


iv ISI KANDUNGAN

Topik 3 Konsep Harta dalam Muamalat 46


3.1 Pengertian Harta 47
3.2 Kedudukan Harta dan Fungsinya 50
3.3 Pembahagian Harta 53
3.3.1 Jenis Harta dari Segi Kebolehan Kemanfaatan 53
3.3.2 Harta dari Segi Jenisnya 54
Rumusan 56
Kata Kunci 57
Rujukan 57

Topik 4 Konsep Akad dalam Syariat Islam 58


4.1 Pengertian Harta 59
4.2 Rukun Akad 61
4.3 Syarat Umum dan Khusus dalam Akad 64
4.4 Kebebasan Syarat dalam Akad 67
4.5 Jenis Akad 69
4.5.1 Akad Sahih 70
4.5.2 Akad yang Tidak Sahih 71
4.6 Tamatnya Sesuatu Akad 72
Rumusan 74
Kata Kunci 74
Rujukan 75

Topik 5 Ahliyyah (Kelayakan) dalam Akad Menurut Syariat Islam 76


5.1 Elemen Kesilapan (Kekhilafan) dalam Akad 77
5.1.1 Kesilapan Batin (Tersembunyi) 78
5.1.2 Kesilapan Zahir (Jelas) 78
5.2 Elemen Rugi dan Tipu Helah dalam Akad 80
5.2.1 Elemen Tipu Helah atau Muslihat 80
5.2.2 Hukum serta Kesannya Akad yang Merugikan
dan Tipu Helah dalam Akad 81
5.3 Elemen Paksaan dalam Akad 82
5.3.1 Hukum serta Kesan Paksaan pada Akad 83
5.4 Bahagian Akad 86
5.4.1 Sifat atau Hukum Akad 86
5.4.2 Tempoh Akad 89
5.4.3 Akad Tergantung 90
Rumusan 93
Kata Kunci 93
Rujukan 94

Copyright Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN v

Topik 6 Konsep Jual Beli Menurut Syariat Islam 95


6.1 Pengertian Jual Beli 96
6.2 Asas Hukum Jual Beli Menurut Syariat Islam 98
6.3 Hukum Jual Beli Menurut Perspektif Islam 101
6.4 Rukun dan Syarat Jual Beli daripada Kaca Mata Islam 102
6.5 Jenis Jual Beli 108
6.5.1 Jual Beli yang Sahih 108
6.5.2 Jual Beli yang Batil 109
6.5.3 Jual Beli al-Urbun ( ) 111
Rumusan 113
Kata Kunci 114
Rujukan 114

Topik 7 Konsep Riba Menurut Syariat Islam 116


7.1 Pengertian Riba 117
7.2 Jenis Riba 118
7.2.1 Riba ad-Duyun (Muncul daripada Hutang) 118
7.2.2 Riba al-Buyu (Muncul daripada Jual Beli
Barangan Ribawi) 119
7.3 Hukum Larangan Riba dan Dalilnya dalam Islam 121
7.4 Riba dan Bentuknya dalam Suasana Semasa 125
7.4.1 Transaksi Riba dalam Bank Konvensional 126
7.4.2 Riba dalam Pinjaman 126
7.4.3 Pinjaman dalam Islam 128
7.4.4 Riba dalam Akaun Simpanan dan Pelaburan 129
7.4.5 Konsep Akaun Simpanan di Perbankan Islam 131
Rumusan 133
Kata Kunci 133
Rujukan 134

Topik 8 Khiyar (Pilihan) 135


8.1 Pengertian Khiyar 135
8.1.1 Pilihan Bersyarat 136
8.1.2 Akad yang Boleh Dibuat Pilihan Bersyarat 137
8.1.3 Hukum dan Kesan Syarat Pilihan kepada Akad 137
8.2 Khiyar (Pilihan) secara Menentukan 138
8.2.1 Syarat bagi Khiyar (Pilihan) secara Menentukan 138
8.2.2 Pilihan Setelah Melihat Objek Akad 139
8.2.3 Akad yang Boleh Menerima Syarat Pilihan
Setelah Melihat Objek Akad 140

Copyright Open University Malaysia (OUM)


vi ISI KANDUNGAN

8.2.4 Syarat Pilihan Setelah Melihat Objek Akad 141


8.2.5 Waktu untuk Membuat Pilihan dan Tempohnya 141
8.2.6 Hukum dan Kesannya 142
8.3 Perkara yang Menghilangkan Hak Memilih Setelah
Melihat Objek Akad 143
8.3.1 Pilihan kerana Kecacatan (Aib) 144
8.3.2 Kecacatan yang Mengharuskan Hak Memilih
Digunakan 145
8.3.3 Syarat Pilihan kerana Kecacatan 145
8.3.4 Kesan Pilihan kerana Kecacatan pada Akad 145
8.4 Perkara yang Menggugurkan Hak Memilih Kerana
Kecacatan (Aib) 146
8.5 Pengaruh Niat dan Kehendak dalam Melahirkan Akad
dan Syaratnya 148
8.5.1 Pendapat Pertama 149
8.5.2 Pendapat Kedua 150
8.5.3 Pendapat Ketiga 154
8.6 Berakhirnya Sesuatu Syarat Pilihan 156
Rumusan 158
Kata Kunci 158
Rujukan 159

Topik 9 Ar-Rahn (Gadaian) 160


9.1 Pengertian Ar-Rahn (Gadaian) 161
9.2 Syarat Berkaitan Gadaian 166
9.2.1 Gadaian yang Sah 167
9.2.2 Gadaian yang Tidak Sah 167
9.3 Manfaat yang Diperoleh daripada Barang Cagaran 168
Rumusan 171
Kata Kunci 172
Rujukan 172

Topik 10 As-Syarikah (Perkongsian) 173


10.1 Pengertian As-Syarikah (Perkongsian) 173
10.2 Dalil Kesahihan As-Syarikah 175
10.3 Jenis Perkongsian 178
10.3.1 Syarikat Hak Milik 178
10.3.2 Syarikat yang Berakad 179
10.4 Rukun dan Syarat dalam Akad Perkongsian 181
10.5 Syarat Akad Perkongsian 182
10.5.1 Syarat Khusus 182
10.5.2 Syarat Umum 183

Copyright Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN vii

Rumusan 188
Kata Kunci 189
Rujukan 189

Topik 11 Mudarabah (Perkongsian Modal) 191


11.1 Pengertian Mudarabah 192
11.2 Dalil Yang Mengharuskan Amalan Mudarabah Menurut
Sunnah 196
11.3 Rukun Syarikah Mudarabah 197
Rumusan 201
Kata Kunci 201
Rujukan 202

Topik 12 Aqad Ijarah (Akad Sewaan) 203


12.1 Pengertian Ijarah (Sewaan) 203
12.2 Dalil Kesahihan Akad Ijarah (Sewaan) 206
12.3 Rukun dan Syarat Akad Sewaan: Bayaran Upah Sewaan 210
12.4 Jualan ke atas Sewaan 211
12.5 Alasan yang Membenarkan Pembatalan Akad Sewaan 213
12.6 Hukum dan Kesan Pembatalan Sewaan 214
Rumusan 216
Kata Kunci 216
Rujukan 217

Topik 13 Al-Wadiah (Simpanan) 218


13.1 Pengertian Al-Wadiah 219
13.2 Dalil Hukum Al-Wadiah 220
13.3 Rukun dan Syarat Al-Wadiah 222
13.3.1 Orang yang Berakad 223
13.3.2 Barang Simpanan 223
13.3.3 Sighah (Ijab dan Kabul) 223
13.4 Perubahan Al-Wadiah daripada Amanat Menjadi Ganti
Rugi (Dhamaan) 225
Rumusan 227
Kata Kunci 228
Rujukan 228

Copyright Open University Malaysia (OUM)


viii ISI KANDUNGAN

Topik 14 Al-Qardh Al-Hasan (Pinjaman) 230


14.1 Pengertian Al-Qardh 230
14.2 Asas Pensyariatan Al-Qardh 231
14.3 Hikmah Disyariatkan Al-Qardh 233
14.4 Hukum dan Kesannya pada Akad Al-Qardh 235
14.5 Rukun dan Syarat Transaksi Al-Qardh 236
14.5.1 Sighah 236
14.5.2 Aqidain 237
14.5.3 Harta yang Dihutangkan 238
14.6 Permasalahan dalam Al-Qardh 240
14.6.1 Memberi Tangguh Waktu kepada Orang yang
Kesulitan Membayar Hutang 240
14.6.2 Kewajiban Membayar Hutang 241
Rumusan 241
Kata Kunci 242
Rujukan 243

Topik 15 Takaful (Insurans) 244


15.1 Pengertian Takaful 245
15.2 Sistem Takaful di Malaysia 246
15.3 Konsep Urus Niaga Takaful 247
15.3.1 Takaful 248
15.3.2 Tabarru 248
15.3.3 Akad 248
15.3.4 Mudarabah 249
15.4 Jenis Perlindungan Takaful 250
15.4.1 Skim Takaful Am 250
15.4.2 Pelan Takaful Keluarga 252
Rumusan 255
Kata Kunci 256
Rujukan 256

Copyright Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Copyright Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
AMSS5403 Transaksi dalam Sistem Muamalat di Malaysia ialah salah satu
kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan
selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Pengajian Islam. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar
mengenai transaksi dalam sistem muamalat dan bidang ekonomi serta kewangan
Islam. Dengan ini pelajar dapat membezakannya dengan transaksi yang berlaku
dalam urusan biasa dalam bidang perniagaan, perbankan dan transaksi
kewangan di bank Islam dan syarikat kewangan konvensional.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


xii PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi seminar 15
Perbincangan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 125

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mentakrifkan pengertian muamalat, skop dan dalil pensyariatannya;

2. Menerangkan etika Islam dalam transaksi muamalat;

3. Membincangkan perkara asas fiqh muamalat yang meliputi konsep harta,


teori akad dan beberapa instrumen asas bagi transaksi dalam ekonomi
Islam di Malaysia;

4. Mengaplikasikan prinsip dan instrumen muamalat yang mematuhi


peraturan dan kehendak syarak dalam amalan semasa di Malaysia; dan

5. Membezakan prinsip transaksi dalam sistem konvensional dan Islamik.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 15 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut:

Topik 1 membincangkan mengenai kaedah mencari harta kekayaan dengan cara


yang baik dan diredai oleh Allah SWT serta memperkenalkan akan akhlak yang
mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain. Seterusnya
menunjukkan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada
seluruh manusia. Topik ini juga akan menerangkan yang semua kegiatan
Copyright Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS xiii

muamalat yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan


kepada Allah dan syariat Islam, seterusnya menjelaskan bagaimana kegiatan
ekonomi Islam yang dijalankan adalah bertujuan menjalinkan hubungan baik
sesama manusia tanpa mengira bangsa, negara dan agama.

Topik 2 menceritakan tentang sumbangan Islam terhadap tamadun kemanusiaan


berkaitan dengan beretika dalam muamalat. Topik ini juga membincangkan
mengenai bagaimana Islam memerintah agar kita memperbaiki kehidupan
duniawi dan ukhrawi serta mengenal pasti tugas kita sebagai pemegang amanah
yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Topik ini juga akan menerangkan
bahawa kekayaan tidak seharusnya hanya dinikmati bersendirian dan akan
menghuraikan bagaimana untuk menjaga perhubungan baik antara penjual
dengan pelanggan.

Topik 3 mentakrifkan maksud dan konsep harta dalam sistem muamalat serta
menerangkan kenapa Islam menggalakkan kita berharta. Ia juga akan mengenal
pasti kaedah memperoleh harta selari dengan kehendak syarak, seterusnya
menghuraikan jenis harta dalam syariat Islam serta memberikan contoh
pembahagian harta dalam syariat Islam.

Topik 4 mentakrifkan pengertian akad dalam syariat Islam serta menyenaraikan


jenis akad dan seterusnya menghuraikan rukun dan syarat akad. Ia juga
menerangkan hukum dan kesan penamatan sesuatu akad, dan menganalisis
mengenai konsep akad syariat Islam yang diaplikasikan di Malaysia.

Topik 5 akan mentakrifkan pengertian ahliyyah atau kelayakan dalam akad serta
mengenal pasti elemen yang membatalkan akad. Seterusnya ia akan
menghuraikan hukum serta kesan akad yang tidak sah serta mengelaskan akad
yang sah dengan yang tidak sah. Selanjutnya ia membincangkan isu kelayakan
dalam akad dengan merujuk kepada sistem muamalat dan perbankan Islam di
Malaysia.

Topik 6 mentakrifkan pengertian jual beli menurut pendapat ulama dan


menghuraikan konsep jual beli menurut perspektif Islam. Topik ini juga
menyenaraikan jenis jual beli serta menerangkan perbezaan antara jual beli yang
sahih, batil, fasid dan haram, dan selanjutnya mengkaji aplikasi hukum jual beli
dalam urusan muamalat semasa di Malaysia.

Topik 7 menerangkan pengertian riba serta menyenaraikan jenis riba. Topik ini
seterusnya menunjukkan dalil daripada al-Quran dan hadis yang
mengharamkan riba serta mengenal pasti hukum bagi setiap jenis riba, dan
seterusnya melihat aplikasi larangan riba dalam setiap urusan yang
melibatkannya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


xiv PANDUAN KURSUS

Topik 8 memberi pengertian khiyar (pilihan) dan membincangkan tujuan serta


matlamat khiyar dalam akad. Topik ini juga akan memberikan dalil yang
membuktikan khiyar sebagai satu tuntutan dalam syarak dan menerangkan
hukum serta kesan khiyar pada akad selanjutnya menyenaraikan keadaan yang
menggugurkan sesuatu khiyar.

Topik 9 mendefinisikan pengertian gadaian dan cagaran serta mengenal pasti


dalil daripada al-Quran dan hadis yang membenarkan amalan akad
ar-Rahn dipraktikkan. Seterusnya topik ini menghuraikan pendapat serta
pandangan ulama yang berkaitan dengan syarat gadaian dan cagaran.
Selanjutnya topik ini menerangkan makna serta skop manfaat yang dibenarkan
syarak dan membincangkan keadaan yang boleh membatalkan sesuatu gadaian
serta cagarannya.

Topik 10 memberi takrifan pengertian as-syarikah serta menerangkan


dalil daripada al-Quran dan sunnah serta pendapat ulama yang membenarkan
akad as-syarikah dipraktikkan, seterusnya mengenal pasti rukun dan syarat
as-syarikah. Selanjutnya ia akan menghuraikan jenis akad as-syarikah dan
mengaplikasikan konsep akad as-syarikah dalam sistem mualamat.

Topik 11 mentakrifkan pengertian mudarabah serta menerangkan


dalil daripada al-Quran, sunnah dan ijmak yang membenarkan pelaksanaan
akad mudarabah. Topik ini juga akan menyenaraikan rukun dan syarat akad
mudarabah serta menjelaskan jenis akad mudarabah yang boleh diguna pakai,
seterusnya menyatakan sama ada konsep mudarabah dipraktikkan dalam sistem
muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.

Topik 12 memberi takrifan pengertian akad ijarah dan menunjukkan dalil


daripada al-Quran, sunnah dan ijmak yang membenarkan perlaksanaan akad
ijarah serta mengenal pasti rukun dan syarat akad ijarah berbanding dengan
akad yang lain, seterusnya membincangkan alasan yang dibolehkan untuk
membatalkan akad ijarah, dan selanjutnya menerangkan hukum dan kesan
pembatalan akad ijarah.

Topik 13 mentakrifkan pengertian akad al-wadiah dan menunjukkan dalil yang


membenarkan perlaksanaan akad al-wadiah serta menghuraikan rukun dan
syarat akad al-wadiah. Topik ini juga membincangkan keadaan yang akan
mengubah al-wadiah kepada dhamaan dan seterusnya membuat kesimpulan
sama ada akad al-wadiah diaplikasikan dalam sistem muamalat dan perbankan
Islam di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xv

Topik 14 mentakrifkan pengertian al-qardh serta menunjukkan dalil


pensyariatan al-qardh. Topik ini juga akan menerangkan hikmah pensyariatan
al-qardh serta menyatakan hukum dan kesan perlaksanaan sesuatu akad
al-qardh, dan selanjutnya menyenaraikan rukun dan syarat akad al-qardh.

Topik 15 mentakrifkan pengertian takaful serta menunjukkan dalil yang


membenarkan pelaksanaan akad takaful. Topik ini seterusnya menerangkan
aplikasi urus niaga dan sistem takaful di Malaysia dan selanjutnya
menyenaraikan prinsip takaful serta membezakan jenis perlindungan takaful.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


xvi PANDUAN KURSUS

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya
kepada produk-produk Perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Kharofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xvii

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


xviii PANDUAN KURSUS

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Sistem
1 Muamalat
dalam Syariat
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep muamalat mengikut syariat Islam;
2. Menghuraikan kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah
kepada seluruh manusia;
3. Mengenal pasti peranan dan fungsi muamalat mengikut syariat
Islam; dan
4. Menyenaraikan keutamaan dan kelebihan sistem muamalat
mengikut syariat Islam.

PENGENALAN
Sebagai umat Islam, kita sentiasa digalakkan agar mencari harta kekayaan
dengan cara yang baik dan diredai oleh Allah SWT. Oleh itu, kita haruslah
mengamalkan akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan muamalat dengan
pihak yang lain seperti bersifat amanah, adil, jujur dan ikhlas. Dalam
menjalankan sesuatu kegiatan perniagaan yang dapat memberi faedah kepada
seluruh manusia, kegiatan tersebut hendaklah berteraskan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT dan menurut syariat Islamiah. Keimanan kepada
Allah SWT merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada
melakukan perkara yang tidak diingini dan dilarang keras oleh agama Islam.
Oleh itu, dalam topik ini kita akan berbincang mengenai peranan asas muamalat
dalam syariat Islam yang harus dijalankan agar ia dapat menjalinkan hubungan
baik sesama umat manusia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


2 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

1.1 SEJARAH RASULULLAH SAW BERKAITAN


SISTEM MUAMALAT
Pada bahagian ini, kita akan membincangkan penglibatan Nabi Muhammad
SAW dalam dunia keusahawanan sehingga menjadi ahli korporat yang berjaya
serta diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat tempatan.

Muamalat (perniagaan) merupakan satu-satunya mata pencarian terpenting bagi


penduduk Mekah. Rasulullah SAW yang berasal daripada keturunan Quraisy
yang giat dalam perniagaan juga tidak terlepas daripada dunia perniagaan.
Kalau kita tinjau sepintas lalu isi kitab Sahih al-Bukhari (kitab himpunan hadis),
terdapat lebih daripada 500 hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang
perniagaan. Di samping itu, kitab sejarah seperti Mujam al-Buldan telah
mencatatkan peristiwa pengembaraan Rasulullah SAW berniaga ke negara jiran.
Baginda sendiri menganggap perniagaan sebagai sumber rezeki yang paling
luas.

Setelah wafat datuk Rasulullah SAW, Abdul Muttalib, baginda tinggal dan
dipelihara oleh pakciknya, Abu Talib yang juga terkenal sebagai peniaga yang
profesional. Pada usia 12 tahun, buat pertama kali Rasulullah SAW telah terlibat
secara langsung dengan dunia perniagaan apabila pakciknya membawa baginda
ke Syria untuk berniaga. Meskipun usianya amat muda, namun Rasulullah SAW
tidak merasa gentar malah baginda amat seronok membabitkan diri dalam
bidang yang mencabar ini. Sewaktu Abu Talib mengetuai rombongan
perniagaan itu, beliau meyakinkan teman-temannya bahawa Rasulullah SAW
tidak akan menambah beban malah akan lebih banyak menolong dalam
perniagaan mereka itu.

Oleh sebab Rasulullah SAW dipelihara dan dibesarkan dalam keluarga peniaga,
maka pengetahuannya tentang perniagaan terus meningkat. Apabila baginda
sudah agak dewasa dan pakciknya pula mula uzur kerana umur dan
tanggungan yang banyak, maka baginda dengan tidak teragak-agak memulakan
perniagaannya sendiri dengan membeli barangan dari sebuah pasar dan
diniagakan di pasar lain. Peristiwa ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad
SAW telah memulakan perniagaan lebih awal dari masa beliau bertunang dan
terlibat dengan perniagaan isterinya yang pertama Sayyidatina Khadijah r.a.
(Sabri Salamon, 1992).

AKTIVITI 1.1

Adakah sistem muamalat telah wujud sejak dari zaman Nabi


Muhammad SAW lagi? Bincangkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 3

SEMAK KENDIRI 1.1

Terangkan bagaimana Rasulullah SAW melibatkan diri baginda dalam


urusan muamalat.

1.2 PENGENALAN KEPADA SISTEM


MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bahagian muamalat dalam syariat
Islam. Sistem muamalat dalam syariat Islam dapat diperjelaskan seperti dalam
Rajah 1.1. Berdasarkan Rajah 1.1, kita dapat melihat bagaimana ilmu muamalat
dan harta terletak di bawah cabang ilmu syariah yang memandu tindak-tanduk
atau urusan manusia dalam kehidupannya.

Rajah 1.1: Sistem muamalat dalam syariat Islam


Sumber: Zaharuddin Abdul Rahman (2009)

Asalnya, perkataan muamalat itu sendiri merangkumi semua hukum dan


ketetapan syariah dalam urusan manusia sesama manusia di atas dunia ini.

Berkata Ibn Abidin:

Muamalat itu terbahagi kepada lima iaitu pertukaran pemilikan harta,


urusan nikah kahwin, urusan kehakiman, urusan peninggalan pusaka dan
amanah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


4 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

Walau bagaimanapun, kebanyakan ilmuwan fiqh mengkhususkannya kepada


hukum berkaitan harta sahaja (Sabri Salamon, 1992).

AKTIVITI 1.2

Lakarkan rajah kedudukan muamalat dalam syariat Islam.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Di manakah kedudukan muamalat dalam syariat Islam?


2. Apakah perbezaan antara akidah, syariah dan akhlak?
3. Kenapakah muamalat diletakkan di bawah kategori syariah dan
bukan di bahagian yang lain?

1.3 KAEDAH ASAS DALAM FIQH


MUAMALAT
Dalam subtopik ini, kita akan mengkaji kaedah asas fiqh muamalat yang
melibatkan pelbagai proses dan bentuk. Kaedah ini cepat berkembang kepada
bentuk yang lebih rumit dari semasa ke semasa. Merujuk kepada asas dalil
terkuat, ulama meletakkan kaedah asas sebagai panduan dalam menentukan
hukum. Antara kaedah tersebut ialah:




Maksudnya:
Hukum asas dalam urusan muamalat merupakan kembali melihat tujuannya
dan maslahat kebaikan (yang boleh dicapai daripadanya).

Contoh yang menunjukkan bagaimana hukum dalam sistem muamalat


diasaskan kepada objektif yang ingin dicapai boleh dilihat dalam kes hukum
campur tangan pemerintah dalam menetapkan harga jualan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 5

Disebut dalam hadis:

:
,
: ,

Maksudnya:
Harga telah naik pada zaman Nabi SAW, maka para sahabat meminta kepada
baginda, Ya Rasulullah, tolong hadkan harga bagi kemudahan kami. Nabi SAW
menolak lalu membalas, Allah SWT yang Maha pemberi rezeki dan yang
menahannya, aku yang mendakwa kezaliman telah berlaku ke atas-Nya sama
ada dalam urusan darah atau harta.
(Riwayat Abu Daud, no. 3451; at-Tirmidzi, 1/247:
Ibn Hibban, Ibn Hajar dan Albani: Sohih)

Selepas hukum mengehadkan harga tertentu dilarang pada zaman Nabi


Muhammad SAW, ulama melihat hukum ini dari sudut objektif keadilan yang
ingin dicapai. Ini adalah kerana kaedah tadi menyebut:

Hukum asal dalam isu muamalat adalah merujuk kepada sebab dan
objektifnya.

Apabila dikaji dengan teliti, ulama sepakat bahawa objektif atau maqasid yang
disasarkan oleh Nabi SAW ketika menolak permintaan para sahabat ini adalah
kerana tidak ingin menindas dan menzalimi hak penjual untuk mendapatkan
keuntungan sesuai menurut harga pasaran. Ini kerana pada ketika itu, tiada
sebarang penindasan berlaku.

Walau bagaimanapun, apabila berlaku kes monopoli barangan tertentu pada


zaman tabien (zaman selepas sahabat), para ulama ketika itu seperti Said Ibn
Musayyab, Yahya Said al-Ansari dan lain-lain sepakat untuk mengharuskan
penetapan harga maksimum oleh pemerintah Islam. Ini adalah bertujuan
untuk menolak kezaliman ke atas pembeli pula. Jika dalam dalil sebentar tadi
menunjukkan Nabi Muhammad SAW ingin menolak kezaliman daripada
berlaku ke atas para penjual, dalam hal ini pula, para ulama tabien menetapkan
hukum larangan tadi berubah menjadi harus disebabkan maqasid yang ingin
dicapai bagi menolak kezaliman daripada berlaku ke atas pembeli (Zaharuddin
Abdul Rahman, 2009).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


6 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

1.4 JENIS MUAMALAT DALAM SYARIAT


ISLAM
Pada subtopik ini, kita akan membincangkan jenis muamalat yang terdapat
dalam syariat Islam yang diguna pakai dalam sistem perbankan di Malaysia
(rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Jenis muamalat dalam syariat Islam


Sumber: Zaharuddin Abdul Rahman, 2009

Semua jenis muamalat tadi mempunyai syarat dan rukun masing-masing yang
akan kita bincangkan dalam topik-topik berikutnya.

AKTIVITI 1.3

Hukum asas dalam urusan muamalat merupakan kembali melihat


tujuannya dan maslahat kebaikan (yang boleh dicapai daripadanya).
Bincangkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 7

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Kenapakah terdapat banyak jenis muamalat?


2. Bagaimanakah caranya untuk membezakan antara satu jenis
muamalat dengan yang lain?
3. Adakah sistem muamalat di Malaysia sempurna? Terangkan.

1.5 RUKUN DAN SYARAT MUAMALAT


DALAM ISLAM
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan rukun dan syarat yang akan
mengesahkan perjalanan dan operasi sesuatu jenis muamalat itu, sama ada ia
menurut tuntutan syariat Islam ataupun tidak dan apakah kesannya.

Dari segi definisi, muamalat dalam konteks jual beli dalam syariat Islam ialah:


Maksudnya:
Menukar pemilikan harta dengan harta yang lain bagi memiliki dan dimiliki
atas dasar kekal.

Semua ulama bersetuju, jual beli adalah halal berdasarkan dalil yang amat jelas,
antaranya:

yt79$# !$# ymr&u


Maksudnya:
Jual beli itu telah dihalalkan oleh Allah.
(Surah al-Baqarah: 275)

Ft$t6s? #s) (#r&u


Maksudnya:
Dan bersaksilah apabila kamu berjual beli di antara satu sama lain.
(Surah al-Baqarah: 282)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


8 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

Dalam mencapai keuntungan, sesebuah institusi kewangan itu biasanya akan


menggunakan muamalat jual beli dengan pelanggan. Bagi tujuan itu, rukun dan
syarat jual beli mestilah dijaga oleh kedua-dua belah pihak.

Ringkasannya adalah seperti dalam Rajah 1.3 berikut:

Rajah 1.3: Rukun dan syarat muamalat jual beli


Sumber: Zaharuddin Abdul Rahman (2009)

AKTIVITI 1.4

Dengan bantuan rajah, terangkan rukun dan syarat muamalat dalam


syariat Islam.

SEMAK KENDIRI 1.4

1. Apakah perbezaan antara rukun dan syarat?


2. Adakah rukun dan syarat muamalat menyeluruh?
3. Apakah rukun dan syarat yang tidak dinyatakan tadi untuk
mengesahkan perlaksanaan sesuatu transaksi muamalat?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 9

1.6 KONSEP MUAMALAT DALAM SYARIAT


ISLAM
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan konsep muamalat sebagai satu
urusan bidang perniagaan yang paling penting dan luas dalam ekonomi Islam.
Segala kegiatan ekonomi boleh dikatakan tidak terlepas daripada perniagaan.

Sebagai contoh, petani di luar bandar yang mata pencariannya bergantung pada
hasil pertanian. Kegiatan pertanian tidak semestinya tiada hubungan dengan
perniagaan, pasti ada hubungan dengan beberapa unsur perniagaan secara
langsung atau tidak. Sekalipun dia tidak bergantung hidupnya dengan
perniagaan, dia tidak dapat mengelak daripada memerlukan barang keperluan
lain seperti pakaian dan alat pertanian. Barang itu tidak boleh didapati kecuali
dengan cara pertukaran atau proses jual beli.

Perniagaan ialah satu kegiatan yang amat luas (fleksibel) dari segi tempat dan
suasana. Ia memungkinkan orang yang tinggal di padang pasir, terpencil di
pulau dan pergunungan mendapat rezeki. Barangan, dalam apa bentuk dan
jenis, mengalir dan bergerak mengikut pergerakan dan keperluan manusia.
Perniagaan boleh berlaku melalui barangan yang wujud dan yang belum wujud.

Oleh sebab luas dan pentingnya dunia perniagaan dalam kegiatan ekonomi,
maka tidak hairanlah kalau Rasulullah SAW pernah membuat kenyataan
komprehensif berikut:



Maksudnya:
Sembilan persepuluh sumber rezeki terletak pada dunia perniagaan.

Allah SWT telah menegaskan bahawa perniagaan ialah satu mata pencarian
yang halal dan digalakkan. Penekanan ini dinyatakan dalam beberapa ayat,
antaranya:

4 (#4t/h9$# tymu yt79$# !$# ymr&u

Maksudnya:
(Allah) menghalalkan segala kegiatan perniagaan dan mengharamkan apa
sahaja bentuk kegiatan riba.
(Surah al-Baqarah: 275)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


10 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

4 6n/ i Ws (#tG;s? r& y$o_ 6n=t }s9


Maksudnya:
Tidaklah menjadi kesalahan kamu mencari rezeki Tuhan kamu (dengan
perniagaan) meskipun pada musim Haji.
(Surah al-Baqarah: 198)

$V$yt u$p]9$# $u=yy_u $U$t79 9$# $u=yy_u


Maksudnya:
Kami jadikan malam sebagai kelubung untuk beristirahat dan Kami jadikan
siang terang untuk mencari nafkah hidup.
(Surah al-Naba: 10 hingga 11)

Ibn Khaldun (1332 M hingga 1406 M) dalam menggambarkan tentang keluasan


dan kemakmuran perniagaan sebagai sumber rezeki yang halal menyatakan:

Perpindahan barangan dari tempat yang berjauhan atau melalui perjalanan


yang banyak risiko adalah dengan sendirinya menaikkan harga yang bererti
membawa keuntungan yang tinggi

Apa yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun dalam konteks perniagaan moden ialah
perniagaan eksport-import merupakan bidang yang paling menguntungkan kalau
kena pada tempat dan masanya, meskipun terpaksa menghadapi pelbagai risiko
tertentu. Kemudian dalam halaman yang sama, beliau menjelaskan tentang
perniagaan dalam negeri (Zaharuddin Abdul Rahman, 2009):

Perniagaan yang berkisar dalam sesuatu kawasan atau sekitar kawasan yang
berhampiran tidaklah begitu besar untungnya tetapi ia amat menjamin dan
stabil.

Fiqh muamalat boleh diertikan sebagai semua hukum syariat yang


bersangkutan dengan urusan duniawi, dengan memandang kepada aktiviti
hidup seseorang seperti jual beli, perniagaan, sewa menyewa, tukar-
menukar, dan pinjam-meminjam. Muamalat juga merupakan kaedah,
prosedur atau sistem peraturan dalam perhubungan manusia sesama
manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan
syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam sesama
Islam dan yang bukan beragama Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 11

Muamalat yang dimaksudkan adalah dalam bidang ekonomi dan perniagaan


yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di
dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Sebenarnya, segala harta yang kita miliki sama ada di muka bumi, laut atau
dasar ialah milik Allah SWT secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta
yang disediakan oleh Allah SWT melalui ilmu pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang dianugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta
kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanah dari Allah SWT dan
bertanggungjawab terhadap amanah tersebut. Pemegang amanah akan
dipersoalkan tentang amanah yang dititipkan kepadanya semasa di dunia.

Firman Allah SWT:

( %h (#=.u $p:.$ut (#$$s Z9s uF{$# 3s9 y y_ %!$# u

9$# s9)u
Maksudnya:
Dia-lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan
Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah)
dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah
kemurkaan-Nya).
(Surah al-Mulk: 15)

Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam kerana harta merupakan
alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Dengan harta tersebut, seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di
samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari
harta kekayaan, umat Islam dikehendaki menggunakan sebahagian daripada
hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.
Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan
dengan baik dan mencapai keredaan Allah SWT, Islam telah menggariskan
beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut (Abdul Halim
el-Muhammady, 2001).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


12 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

1.6.1 Objektif Muamalat


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan objektif atau matlamat muamalat
dalam memenuhi kehendak syariat Islam. Antara objektif muamalat yang sering
diperbincangkan adalah:

(a) Supaya tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,


ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipu daya dan sebagainya
dalam kehidupan manusia;

(b) Kehendak manusia itu sendiri adalah meletakkan manusia nilai dan taraf
yang tinggi sehingga beroleh keredaan Allah di dunia dan akhirat; dan

(c) Muamalat juga menentukan peraturan berusaha dan bekerja untuk


manusia dengan jalan yang halal.

Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya:
Daripada Abdullah bin an-Nukman bin Basyir r.a. katanya: Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu telah
nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya)
dan antara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara
syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak
diketahui oleh orang ramai. Maka barang siapa yang berjaga-jaga daripada
perkara-perkara yang syubhah, sesungguhnya dia telah membebaskan dirinya
dengan agama dan kehormatannya dan barang siapa terjatuh ke dalam
perkara-perkara yang syubhah, maka sesungguhnya dia telah terjatuh ke
dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang
menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir
binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar
ini. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan
larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah
perkara-perkara yang telah diharamkannya. Dan ketahuilah sesungguhnya di
dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging. Jika ia baik, maka baiklah
keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan
jasad, sesungguhnya ia ialah hati.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 13

1.6.2 Peranan dan Fungsi Muamalat dalam Syariat


Islam
Pada subtopik ini, kita akan membincangkan tentang peranan dan fungsi
muamalat dalam syariat Islam dalam menjamin kestabilan sistem kewangan
serta memenuhi keperluan semasa pengguna. Peranan dan fungsi muamalat
dalam syariat Islam adalah:

(a) Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang


dijalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang
aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan,
memonopoli harta dan sebagainya. Inilah matlamat muamalat dalam Islam
demi kesejahteraan umat manusia;

(b) Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang


penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan
perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang ditindas;

(c) Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang
perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT, kita hendaklah meninggalkan
perkara yang keji seperti riba, rasuah, menipu atau sebagainya yang
dilarang oleh Allah SWT;

(d) Sabda Rasulullah SAW maksudnya:


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah SAW, Sesiapa
yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia
sedekahkan harta itu, dia tidak akan mendapat pahala, bahkan dosa yang
akan menimpanya.
(Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Halim)

(e) Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia


dalam menjalankan amanat Allah SWT;

(f) Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah SWT dengan cara
yang betul dan diredai-Nya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat, maka
manusia akan melakukan apa sahaja untuk memperoleh harta yang
banyak. Mereka juga akan menggunakan harta mengikut nafsu tanpa
memikirkan kepentingan orang lain;

(g) Menggalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf


ekonomi keluarga, masyarakat dan negara; dan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


14 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

(h) Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong-menolong dan


bantu-membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama. Agar harta
kekayaan yang disediakan oleh Allah SWT tidak dimonopoli oleh satu
golongan tertentu sahaja, semua manusia berhak mendapat dan memiliki
harta mengikut keupayaan masing-masing. Mengumpul harta dibenarkan
sekiranya dibuat dengan cara yang halal, betul dan diredai oleh Allah
SWT.

1.6.3 Keutamaan dan Kelebihan Muamalat


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan keutamaan dan kelebihan sistem
muamalat Islam berbanding sistem konvensional dalam sistem perbankan di
Malaysia. Keutamaan dan kelebihan muamalat ialah:

(a) Memperoleh harta kekayaan dengan cara yang diredai oleh Allah SWT;

(b) Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada


jalan kebajikan;

(c) Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan
beroleh pahala daripada Allah SWT;

(d) Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat
keberkatan hidup di dunia dan akhirat;

Firman Allah SWT:

t%!$$s ( tn=tG /3n=yy_ $ (#)r&u &!uu !$$/ (##u

7x. _r& m; (#)xr&u 3 (#t#u


Maksudnya:
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada
jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang
dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang
beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada
harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.
(Surah al-Hadid: 7)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 15

(e) Peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung


melahirkan manusia yang berakhlak mulia; dan

(f) Mewujudkan masyarakat yang adil, bertanggungjawab, amanah, jujur dan


terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

1.6.4 Skop Muamalat


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan skop atau ruang lingkup sistem
muamalat dalam syariat Islam. Ia bertujuan agar sekiranya sesuatu masalah yang
timbul dapat disandarkan pada nas yang betul dalam menentukan hukum.

Antara perkara yang termasuk dalam kegiatan muamalah ialah jual beli, sewa-
menyewa, hutang-piutang dan pinjam-meminjam yang bertujuan untuk
mencipta hubungan harmonis dan tenang sesama manusia sepertimana firman
Allah SWT:

(#)?$#u 4 u9$#u OM}$# n?t (#u$ys? u ( 3u)G9$#u h99$# n?t (#u$ys?u

>$s)9$# x !$# ) ( !$#


Maksudnya:
Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa, dan
janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.
(Surah al-Maidah: 2)

Muamalat ialah satu kegiatan yang dilakukan dalam kehidupan manusia dalam
rangka untuk mempertahankan kehidupan mereka di tengah-tengah
masyarakat. Rasulullah SAW bersabda:

Daripada Rifaah bin Rafi r.a., sesungguhnya Nabi SAW ditanya tentang mata
pencarian apakah yang paling baik. Baginda menjawab, Pekerjaan seseorang
dengan tangannya sendiri dan tiap-tiap jual beli yang bersih.
(Riwayat al-Bazzar dan disahkan oleh al-Hakim)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


16 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

AKTIVITI 1.5

1. Bagaimanakah seseorang itu memperoleh harta kekayaan dengan


cara yang diredai oleh Allah SWT? Jelaskan.

2. Bagaimanakah seseorang itu dapat menggunakan sebahagian


daripada hartanya pada jalan kebajikan? Jelaskan.

3. Terangkan bagaimana seseorang yang menggunakan hartanya


untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah
SWT.

4. Bincangkan bersama rakan-rakan anda bagaimana muamalat Islam


dapat mewujudkan masyarakat yang adil, bertanggungjawab, jujur
dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

SEMAK KENDIRI 1.5

1. Terangkan maksud muamalat.


2. Nyatakan objektif muamalat dan peranan muamalat?
3. Terangkan kepentingan dan keistimewaan muamalat.
4. Apakah skop muamalat?
5. Adakah sistem muamalat di Malaysia menurut syariat Islam?
Jelaskan.
6. Senaraikan kelemahan sistem muamalat di Malaysia?
7. Adakah umat Islam di Malaysia berpuas hati dengan sistem
muamalat berasaskan prinsip Islam?
8. Kenapakah ramai umat Islam di Malaysia masih berminat
menggunakan sistem konvensional dalam urusan kewangan?
9. Apakah hala tuju sistem perbankan Islam di Malaysia?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM 17

Kita haruslah mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredai
oleh Allah SWT.

Kita haruslah mengamalkan akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan


ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur dan tidak
menipu.

Kita haruslah menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi


faedah kepada seluruh manusia.

Semua kegiatan muamalat yang kita jalankan hendaklah berteraskan


keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kita
kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang kita daripada
melakukan perkara yang tidak diingini dan ditegah oleh agama.

Segala aktiviti berkaitan muamalat yang kita jalankan haruslah bertujuan


untuk menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan yang kita
lakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan
memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan bukan
Islam.

Fiqh muamalat Rukun muamalat


Jenis muamalat Sejarah muamalat
Kelebihan muamalat Skop muamalat
Keutamaan muamalat Syarat muamalat
Peranan muamalat Tujuan muamalat

Copyright Open University Malaysia (OUM)


18 TOPIK 1 SISTEM MUAMALAT DALAM SYARIAT ISLAM

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang UKM.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Etika Islam
2 dalam
Muamalat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sumbangan Islam terhadap tamadun kemanusiaan
berkaitan dengan beretika dalam muamalat;
2. Menghuraikan prinsip keadilan dalam muamalat menurut syariat
Islam;
3. Menyenaraikan perkara yang dilarang dalam urus niaga menurut
syariat Islam; dan
4. Menggariskan sifat terpuji yang digalakkan dalam berurus niaga
mengikut ajaran Islam.

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan isu etika Islam dalam muamalat.
Antara sumbangan Islam terhadap tamadun kemanusiaan ialah prinsip beretika
atau beradab dalam semua aspek kehidupan manusia. Islam memerintahkan
umatnya agar memperbaiki kehidupan duniawi untuk memperbaiki kehidupan
ukhrawi dan segala sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk
kegunaan kehidupan manusia. Namun pada waktu yang sama, Islam juga
menjadikan manusia sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab
terhadap keluarga, jiran tetangga, sanak saudara dan masyarakat
keseluruhannya. Jadi, apa yang dihasilkan oleh seseorang dalam mencari
kekayaan tidak seharusnya hanya dinikmati sendiri tetapi individu lain yang
memerlukan juga berhak mengecapnya, meskipun dalam kadar yang sedikit.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


20 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

2.1 PRINSIP KEADILAN DALAM MUAMALAT


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan prinsip keadilan Islam yang boleh
diamalkan dalam semua bentuk perniagaan dan urus niaga. Sebagai peniaga,
Rasulullah SAW mengelakkan urus niaga yang berupa dan berunsur kezaliman
yang boleh menimbulkan pergeseran dan pertelagahan seperti perjudian,
penipuan, pemerasan dan riba.

Baginda telah menentang amalan perniagaan yang diamalkan oleh orang Arab
yang mengandungi unsur negatif, kezaliman dan tipu daya. Misalnya, jual beli
dalam bentuk pasar gelap yang dikenal sebagai talaqqi jallab dan jual beli dalam
perjudian yang disebut bayal-Hadarlabad. Begitu juga jual beli berasaskan tipu
daya yang dikenali sebagai misrah. Semua bentuk jual beli tersebut telah
diharamkan oleh Rasulullah SAW (Zaharuddin Abdul Rahman, 2009).

Tindakan tegas Rasulullah SAW itu adalah untuk membersihkan amalan jual beli
yang kotor kepada yang bersih dan sihat; di samping memperkenalkan secara
tepat prinsip keadilan dalam bidang jual beli dan urus niaga. Apa yang
dimulakan oleh Rasulullah SAW diteruskan ke zaman khalifah sehinggalah urus
niaga kotor itu dapat dibasmi.

Dalam membincangkan nilai keadilan dalam muamalat, Zaydan Abu


al-Makarim menjelaskan bahawa kegelisahan jiwa dan kemarahan seseorang
tidak diredakan kalau dia berasa tertipu dan dizalimi dalam jual beli;
kegelisahan sedemikian sudah tentu menimbulkan berbagai reaksi yang negatif
seperti balas dendam dan pergaduhan (Zaydan Abu al-Makarim, 1974).

Firman Allah SWT:

4 (#9?s r& #uo;$# (#7Fs? s


Maksudnya:
Maka jangan kamu ikut hawa nafsu, maka berlaku adillah.
(Surah an-Nisa: 135)

( 3u)G=9 >t%r& u (#9$#


Maksudnya:
Berlaku adillah kamu kerana ia dekat dengan takwa.
(Surah al-Maidah: 8)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 21

4 y9$$/ (#3trB r& $9$# tt/ Fs3ym #s)u


Maksudnya:
Dan apabila kamu menghukum dalam kalangan manusia, hendaklah hukum
dengan neraca keadilan.
(Surah an-Nisa: 58)

|mM}$#u y9$$/ 't !$# )

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah memerintahkan (supaya manusia) selalu bersikap adil dan
belas kasihan.
(Surah al-Nahl: 90)

Untuk menegakkan keadilan dalam perniagaan, Rasulullah SAW telah melarang


beberapa jenis perniagaan yang selama itu diamalkan oleh orang Arab Jahiliah.

Jenis perniagaan itu adalah seperti yang berikut:

(a) Perniagaan berasaskan sistem riba;


(b) Muhaqalah: Menjual tanaman yang baru tumbuh;
(c) Mukhtarah: Menjual buah-buahan yang masih putik di pohonnya;
(d) Habalil habalah: Menjual anak binatang di dalam kandungan ibunya;
(e) Mudhabanah: Menjual tamar muda dengan tamar masak; dan
(f) Tulaqa rukban: Membeli barang dalam proses pemindahan, iaitu sebelum
penjual tahu harga sebenar di pasaran.

AKTIVITI 2.1

Baginda Rasulullah SAW telah menentang amalan perniagaan yang


diamalkan oleh golongan Arab Jahiliah yang mengandungi unsur negatif,
kezaliman dan tipu daya. Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


22 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan talaqqi jallab?


2. Apakah yang dimaksudkan dengan bayal-hadarlabad?
3. Senaraikan jenis-jenis perniagaan yang ditegah oleh Rasulullah
SAW.

2.2 MEMBERI LAYANAN YANG BAIK


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana Rasulullah SAW dalam
perniagaan telah mengamalkan sifat layanan yang baik kepada semua mereka
yang berurus niaga dengan baginda. Baginda tidak putus-putus menasihatkan
sahabat supaya mengamalkan sifat itu kerana ia merupakan faktor positif dalam
bidang perniagaan.

Sabda Rasulullah SAW:

-



Maksudnya:
Allah kasih kepada seseorang yang baik layanannya ketika menjual, membeli
dan membayar.
(Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah SWT:

$Ym $=9 (#9%u


Maksudnya:
Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia.
(Surah al-Baqarah: 83)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 23

$] Zs% m; (#9%u

Maksudnya:
Dan ucapkanlah kata-kata yang manis kepada mereka.
(Surah an-Nisa: 5)

#Yy Zs% (#9%u


Maksudnya:
Berkatalah kepada mereka dengan kata-kata kebenaran.
(Surah al-Ahzab: 70)

ts9$# =t !$# ) (#mr&u

Maksudnya:
Dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Surah al-Baqarah: 195)

3 ]r& !$y7t Kt 7s%y| i yz tt u s%

Maksudnya:
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang
disampaikan dengan cara yang menyakitkan hati.
(Surah al-Baqarah: 263)

AKTIVITI 2.2

Kata-kata yang manis, benar dan sikap tolak ansur sebagaimana yang
dicontohkan oleh Rasulullah SAW amat penting bagi menjaga
perhubungan baik antara penjual dengan pelanggan. Sekali gus,
perbuatan sedemikian menjamin kejayaan perniagaan.

Huraikan kenyataan tadi serta berikan contohnya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


24 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan yang baik dalam urus


niaga?

2. Kenapakah Islam sentiasa menganjur kebaikan, terutamanya


dalam proses jual beli? Terangkan berserta beberapa contoh.

3. Kenapakah kita harus sentiasa bercakap benar dalam urus niaga?


Terangkan berserta beberapa contoh.

2.3 MELINDUNGI HAK PENJUAL DAN


PEMBELI
Pada subtopik ini, kita akan membincangkan mengenai hak penjual dan pembeli.
Cuba anda perhatikan petikan akhbar mengenai isu pengguna seperti dalam
Rajah 2.1. Lazimnya, dalam dunia perniagaan hari ini, kita dapati hak pengguna
sahaja yang banyak diperkatakan. Hal yang sedemikian menggambarkan
bahawa kontrak jual beli itu berat sebelah, seolah-olah risiko hanya ditanggung
oleh pihak pengguna sahaja dan bukan penjual. Namun dalam Islam, kedua-dua
pihak iaitu pengguna dan syarikat (penjual) diberi hak yang sama. Ertinya,
kedua-dua pihak mempunyai hak sama ada sesuatu jualan itu dapat
ditandatangani kontraknya atau tidak; atau kontrak yang sudah ditandatangani
boleh dibatalkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 25

Rajah 2.1: Isu hak pengguna di dada akhbar

Ahli fiqh menamakan hak penjual (atau syarikat) dan hak pengguna sebagai
khiyar. Tujuan asas diadakan hak ini adalah untuk mencapai keredaan
sempurna atau kepuasan daripada kedua-dua pihak. Di samping itu, ia juga
sebagai cara untuk mengekalkan kedamaian dalam masyarakat perniagaan dan
menjaga hubungan baik antara syarikat dan pengguna. Allah SWT dan
Rasul-Nya telah menekankan bahawa jual beli hendaklah dilakukan antara dua
pihak. Baginda Rasulullah SAW telah meletakkan peraturan tertentu, sehingga
setiap pihak boleh menunjukkan kebebasan pilihan sama ada sesuatu kontrak
boleh dipakai atau dibatalkan.

Kalau kita lihat dari segi hukum fiqh, hak ini mempunyai banyak bentuk.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


26 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

Pertama, persetujuan dalam pertemuan (majlis). Ertinya, persetujuan untuk


menandatangani kontrak jual beli sesuatu barang dicapai dalam pertemuan
antara syarikat (wakilnya) dengan pembeli. Hal sedemikian berdasarkan hadis
berikut:

, ,

Maksudnya:
Jual beli dilakukan dengan tawar-menawar. Jika kedua-duanya jujur dan nyata,
maka mereka diberkati tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan, maka
keberkatannya akan lenyap.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Kedua, jika salah satu pihak meminta tempoh dalam jangka waktu tertentu
sebelum tandatangan dibuat dan dipersetujui oleh pihak yang diminta, maka
kedua-dua pihak diberi peluang dengan bebas sama ada kontrak akan
ditandatangani atau setelah sampai tempohnya. Ini juga berdasarkan hadis:


Maksudnya:
Orang-orang Islam adalah tertakluk kepada ikatan syarat-syarat yang
dipersetujui.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Ketiga, apabila didapati sesuatu barang yang dibeli oleh pengguna tidak setepat
yang digambarkan oleh kontrak, maka pengguna berhak bukan sahaja membuat
pengaduan tetapi memansuhkan kontrak itu atau mendapat barang ganti yang
sempurna. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:


Maksudnya:
Sesiapa yang berunding untuk jual beli hendaklah dibuat tanpa tipu daya.
(Riwayat al-Bukhari)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 27

Keempat, penipuan pada barang atau harga dilarang sama sekali. Kalau ia
berlaku, pengguna berhak memulangkan barang yang telah diberi dan berhak
mendapat bayaran semula sepenuhnya. Amaran Rasulullah SAW amat jelas:



Maksudnya:
Adalah tidak halal seorang Islam menjual barang cacat kepada pengguna
dengan tidak menyatakan kecacatan itu.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)



Maksudnya:
Sesiapa yang melakukan penipuan dalam perniagaan bukanlah dia termasuk
dalam golongan umatku.
(Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga halnya kalau kita dapati kedua-dua pihak mencapai persetujuan dari
segi sifat barang atau harga, maka mereka atau salah seorang daripada mereka
boleh menolak, atau membatalkan persetujuan (al-Jaziri, 1972 & Sheikh Mohd
Khatir, 1980).

Perbahasan hak pengguna dan syarikat dalam kitab fiqh agak panjang kerana
terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab. Walau
bagaimanapun, apa yang ditekankan oleh syariat Islamiah ialah hak itu
hendaklah sentiasa dihormati dan dipelihara untuk mengelakkan mata
pencarian rezeki daripada tercemar. Ia juga mampu mengelakkan berlakunya
perbalahan antara syarikat dengan pengguna.

AKTIVITI 2.3

Orang-orang Islam adalah tertakluk kepada ikatan syarat-syarat yang


dipersetujui. Terangkan maksud hadis berserta contoh.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


28 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan khiyar?

2. Kenapakah khiyar dianggap penting dalam urusan jual beli?

3. Apakah hak pembeli dan penjual dalam syariat Islam? Nyatakan.

2.4 MEMILIKI SIFAT JUJUR DAN AMANAH


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana kejayaan sesuatu
usaha niaga bukan terletak pada sejauh mana seseorang peniaga boleh menipu
tetapi pada sejauh manakah sifat amanah dan jujur yang dimilikinya dan yang
dapat ditunjukkan. Ahli usaha niaga sering memberi nasihat kepada peniaga
baharu supaya memelihara sifat amanah kerana apabila sesuatu syarikat atau
seorang peniaga terkenal dengan sifat amanahnya, maka dengan sendirinya ia
menjadi daya tarikan kepada pelanggan atau pengguna. Sifat jujur dan amanah
juga asas kukuh bagi memelihara perhubungan baik antara syarikat dengan
pengguna.

Islam menghendaki setiap umatnya sentiasa memelihara hak Allah dan manusia.
Hak ini tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan mengamalkan sifat amanah.
Dari segi syarak, amanah mempunyai makna yang luas, merangkumi semua
bidang, tanggungjawab dan tugas yang diserahkan ke atas seseorang. Perintah
Allah SWT dalam perkara ini amat jelas dalam beberapa firman-Nya seperti
yang berikut:

$y=r& #n<) MutF{$# (#x? r& .'t !$# )

Maksudnya:
Bahawa Allah memerintahkan kamu menyerahkan amanah-amanah kepada
ahlinya.
(Surah an-Nisa: 58)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 29

Fr&u 3Gotr& (#rBu t9$#u !$# (#rB (#t#u z%!$# $pr't

tn=s?
Maksudnya:
Hai orang-orang beriman. Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya;
dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan
kepadamu, sedang kamu menghindari.
(Surah al-Anfal: 27)

Rasulullah SAW juga telah meninggalkan arahan kepada umat Islam supaya
menggantikan amalan curang dan tidak menepati janji dengan sifat jujur dan
amanah dalam menjaga hak manusia. Antara hadis mengenai hal ini ialah:

Maksudnya:
Jangan dicampuradukkan antara amanah dengan kecurangan.
(Riwayat Ahmad)

Maksudnya:
Tiada iman bagi seseorang yang tidak amanah.
(Riwayat Ahmad)

AKTIVITI 2.4

Kejayaan sesuatu usaha niaga bukan terletak pada sejauh mana


seseorang peniaga boleh menipu tetapi pada sejauh manakah sifat
amanah dan jujur yang dimilikinya dan yang dapat ditunjukkan.

Setujukah anda dengan kenyataan di atas. Jelaskan.

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Bandingkan maksud sifat jujur dengan sifat amanah.

2. Kenapakah orang yang tidak amanah disamakan dengan orang


yang tidak beriman? Jelaskan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


30 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

2.5 SIFAT TERPUJI DALAM MUAMALAT


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan kepentingan dan keutamaan
memiliki sifat terpuji, iaitu rajin dan tekun berusaha dalam muamalat. Sebagai
agama yang diredai Allah SWT, Islam telah menyediakan kepada kita cara hidup
yang ideal dan praktikal untuk kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Semua cara itu terkandung dalam kitab suci al-Quran dan diikuti dengan
huraiannya dalam hadis Rasulullah SAW.

Manifesto iman seorang Muslim dapat digambarkan dalam dua aspek sepadu,
iaitu aspek ibadah dan muamalat. Aspek ibadah mendasari aspek muamalat
kerana ia merupakan perhubungan langsung manusia dengan Allah SWT.
Ibadah juga mendasari segala kegiatan manusia dalam apa sahaja bidang yang
diizinkan oleh Islam.

Salah satu sifat penting untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat ialah
rajin. Sifat rajin merupakan satu daripada manifestasi atau tanda iman. Oleh itu,
amat banyak sekali ayat al-Quran yang menghubungkan iman dengan kerajinan
mengerjakan amal soleh.

Menurut ilmu bahasa, amal soleh diertikan sebagai perbuatan atau pekerjaan
yang baik kerana mencari keredaan Allah. Ertinya, seorang yang benar-benar
beriman hendaklah bersifat:

(a) Tekun beribadah; dan


(b) Rajin bekerja dalam bidang muamalat.

Sembahyang ada waktunya dan bergiat mencari kekayaan di dunia juga


mempunyai waktu tersendiri sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah
yang berikut:

(#.$#u !$# s (#tG/$#u F{$# (#tF$$s 4n=9$# Mu% #s*s

ts=? /3=y9 #ZW.x !$#


Maksudnya:
Maka sebaik sahaja kamu selesai menunaikan sembahyang, maka pergilah
kamu bertebaran di muka bumi (menjalankan urusan masing-masing), dan
carilah rezeki yang disediakan Allah; (dalam keghairahan mencari rezeki) jangan
lupa daripada mengingati Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu sentiasa
berjaya.
(Surah al-Jumuah: 10)
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 31

4ty $t ) |M9 }9 r&u


Maksudnya:
Dan sesungguhnya pendapatan seseorang tidak diperoleh kecuali mengikut
apa yang diusahakan.
(Surah an-Najm: 39)

)n=s %[nx. y7n/u 4n<) y%x. y7) |M}$# $yr't

Maksudnya:
Hai, manusia! Sesungguhnya engkau (harus) bekerja keras dengan sungguh-
sungguh kepada (keredaan) Tuhanmu; kemudian itu engkau akan menemui-
Nya.
(Surah al-Inshiqaq: 6)

( $t o) 6Gt%s3t 4n?t (#=y$# s)t %

Maksudnya:
Katakanlah! Hai kaumku, bekerjalah menurut kesanggupan kamu;
sesungguhnya aku pun bekerja.
(Surah al-Anam: 135)

Begitu juga tidak kurang bilangan hadis Rasulullah SAW yang menekankan sifat
rajin dan tekun. Yang berikut disertakan sebahagian daripadanya untuk
menunjuk sejauh mana baginda memandang berat hal ini:


Maksudnya:
Apabila selesai menunaikan solat Subuh, maka jangan kamu tidur kembali
(tetapi) terus mencari rezeki kamu.
(Riwayat at-Tabrani)

...

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berusaha, maka berusahalah
(Riwayat at-Tabrani)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


32 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

, ,
,
-
Maksudnya:
Aku memohon perlindungan-Mu ya Allah daripada kegelisahan dan dukacita;
aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada sifat pengecut dan tamak; dan
aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada hutang yang banyak dan
tekanan/paksaan orang.
(Riwayat Muttafaq Alayh)

Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah SAW tersebut, nyata sekali
bahawa sifat rajin dan tekun berusaha amat dititikberatkan dalam Islam. Bukti
seorang Muslim yang baik adalah apabila dia dapat menunjukkan sifat rajin dan
tekun dalam apa sahaja bidang pekerjaan, termasuklah bidang perniagaan.

AKTIVITI 2.5

Manifesto iman seorang Muslim dapat digambarkan dalam dua aspek


sepadu, iaitu aspek ibadah dan muamalat.

Huraikan kenyataan tadi serta berikan beberapa contoh.

SEMAK KENDIRI 2.5

1. Apakah hubung kait antara sifat rajin dan tekun dengan etika
muamalat? Terangkan dengan terperinci.

2. Kenapakah kita ditegah daripada tidur selepas solat Subuh?


Huraikan.

3. Kenapakah kita harus berusaha mencari kekayaan di dunia?


Huraikan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 33

2.6 MENIMBANG DAN MENGUKUR DENGAN


BETUL
Pada subtopik ini, kita akan membincangkan tentang kepentingan menimbang
dan mengukur dengan betul dalam urus niaga mengikut syariat Islam. Dalam
urusan muamalat, timbangan dan ukuran ialah dua platform yang boleh diguna
pakai penjual untuk melakukan penipuan terhadap pembeli. Tanpa diketahui
pembeli, penjual boleh menipu. Malahan, ada sesetengah penjual yang
menganggap penipuan timbangan dan ukuran sebagai salah satu cara meraih
keuntungan.

Penipuan begitu bukan sahaja berlaku pada barang yang ditimbang dan diukur
di depan mata pembeli tetapi juga berlaku pada barang yang dibungkus.
Misalnya, berat barang yang dijual tidak sama dengan apa yang tertera di
bungkusannya. Penipuan seperti ini amat ditegah dalam Islam seperti firman
Allah yang berikut:

#s)u ttGo $9$# n?t (#9$tG.$# #s) t%!$# tes=j9 u

t y r& 9$x.
Maksudnya:
Betapa celakanya orang-orang curang (dalam timbangan dan ukuran); iaitu
mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka
mengambilnya dengan cukup; dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau
menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
(Surah al-Mutaffifin: 1 hingga 3)

$VOr& $#yz t%x. t =t !$# )


Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan
khianat dan berdosa.
(Surah an-Nisa: 107)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


34 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

t!$s:$# yx. u !$# r&u


Maksudnya:
Dan bahawa Allah tidak memberi hidayah kepada mereka yang melakukan
kecurangan dan pengkhianatan.
(Surah Yusuf: 52)

Daripada ayat al-Quran tersebut, jelaslah prinsip urus niaga menurut syariat
Islam mengenai urusan timbang dan ukur. Pertama, perbuatan penipuan ukuran
dan timbangan jual beli ditegah sekeras-kerasnya. Kedua, perbuatan itu tidak
berkat dan akan menutup pintu hidayat.

Bagi seorang Islam, di samping untung, berkat juga adalah penting dan
pendapatan yang tidak diberkati Allah tidak mendatangkan ketenangan dan
keamanan jiwa. Oleh itu, Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan supaya
menghentikan perbuatan keji itu seperti ayat al-Quran yang berikut:

$s)9$$/ (#u z9$# z (#3s? u s39$# (#r&

)tF9$#
Maksudnya:
Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan jangan menjadi golongan
yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang betul.
(Surah al-Syuara: 181 hingga 182)

|mr&u yz y79s 4 )tF9$# $s)9$$/ (#u =. #s) s39$# (#r&u

W's?
Maksudnya:
Dan cukuplah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan
timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya di dunia) dan amat baik
kesudahannya (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
(Surah al-Isra: 35)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 35

4 t#u9$#u t$u69$# (#)s? u


Maksudnya:
Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan.
(Surah Hud: 84)

( )9$$/ t#u9$#u x69$# (#r&u


Maksudnya:
Dan cukupkan segala sukatan dan timbangan dengan adil.
(Surah al-Anam: 152)

Rasulullah SAW juga berkongsi hadis seperti yang berikut:



Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang membuat pembayaran pendahuluan ke atas harga sesuatu barang


yang akan diterima kemudian hendaklah dibayar, diukur dan ditimbang pada
waktu tertentu.
(Riwayat al-Bukhari)

AKTIVITI 2.6

Dalam urusan muamalat, timbangan dan ukuran ialah dua perkara


yang amat mudah bagi penjual untuk melakukan penipuan terhadap
pembeli.

Setujukah anda dengan kenyataan ini? Jelaskan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


36 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

SEMAK KENDIRI 2.6

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan?

2. Adakah dengan mengurangi timbangan dan ukuran dengan


sengaja dianggap menipu? Jelaskan.

3. Apakah amaran daripada al-Quran dan hadis agar tidak


melakukan penipuan? Terangkan berserta beberapa contoh.

2.7 LARANGAN TERHADAP AMALAN


MONOPOLI DAN KOMPLOT SOROK
BARANGAN
Monopoli ialah satu amalan menahan atau membekukan bekalan barang
sehingga ke suatu keadaan yang meruncing yang harga barang itu melambung
dan ketika itulah ia dipasarkan. Kegiatan monopoli merupakan satu manifestasi
peniaga oportunis dan ia boleh merosakkan kestabilan masyarakat.

Secara kasar, monopoli mempunyai dua jenis, iaitu:

(a) Amalan membeli atau membekukan barang sehingga permintaan di pasar


meningkat yang bererti harga melambung. Pada ketika itu, peniaga
mendapat keuntungan besar. Ada sesetengah negara maju telah membuang
atau membinasakan barang keluaran mereka untuk mengekalkan harga
yang tinggi. Motif mereka semata-mata mencapai keuntungan maksimum
bukan perniagaan sebagai perkhidmatan masyarakat; dan

(b) Apabila seseorang memborong sejenis barang sebanyak mungkin sehingga


barang itu kurang atau habis di pasar. Dengan perbuatan sedemikian,
orang ramai yang memerlukan barang itu tidak dapat barangan tersebut.
Ini menimbulkan suasana gelisah dalam kalangan orang ramai, lebih-lebih
lagi kalau barang yang dimonopoli itu barang keperluan asasi (al-Bunuk,
1980).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 37

Islam melarang keras perbuatan keji ini dalam urus niaga. Kegiatan monopoli
jelas boleh memudaratkan dan membawa kesukaran kepada masyarakat awam,
terutamanya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Dalam
satu hadis, Rasullah SAW bersabda yang bermaksud:

Dari Mamar bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa memonopoli


barangan (ihtikar), maka dia telah melakukan kesalahan. Yakni dia telah tersasar
jauh daripada perkara yang sebenar dan keadilan.

AKTIVITI 2.7

Kegiatan monopoli merupakan satu manifestasi peniaga oportunis dan


ia boleh merosakkan kestabilan masyarakat.

Cadangkan kaedah untuk menyekat amalan monopoli daripada


berlaku.

SEMAK KENDIRI 2.7

1. Apakah amalan monopoli? Berikan contohnya.


2. Apakah amalan komplot sorok? Kenapakah ia ditegah agama?
3. Apakah kesan negatif monopoli dan komplot sorok dalam sistem
muamalat? Berikan beberapa contoh.

2.8 KERELAAN DALAM TRANSAKSI


MUAMALAT
Pada subtopik ini, kita akan membincangkan kepentingan kerelaan atau
kebebasan dalam kegiatan perniagaan memandangkan orang ramai memerlukan
barangan tidak terhad. Yang dimaksudkan tidak terhad ialah kuasa memilih dan
menentukan jenis barang yang dijual beli. Kuasa yang ada pada penjual dan
pembeli akan terpelihara selama kebebasan kedua-dua belah pihak dapat
diamalkan. Meskipun begitu, kebebasan yang dimaksudkan dalam Islam ialah
kebebasan yang tidak terkeluar daripada garis syarak dan tidak pula
mendatangkan kesan buruk kepada sesuatu pihak yang lain.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


38 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

Demi menjaga kebebasan yang dituntut dan dibenarkan oleh Islam, maka garis
panduan syarak perlulah sentiasa dipatuhi. Kalau tidak, akan berlaku hal yang
baik bagi sesuatu pihak tetapi buruk bagi pihak lain pula. Apa yang
dimaksudkan di sini ialah ada sebilangan peniaga yang telah menyalahgunakan
pengertian kebebasan. Oleh itu, Allah SWT telah memberi amaran berikut:

r& H) t69$$/ 6ot/ 3s9ur& (#=2's? (#t#u %!$# $yr't

3/ t%x. !$# ) 4 3|r& (#=F)s? u 4 3i <#ts? t tpgB 3s?

$Vmu
Maksudnya:
Jangan kamu makan hasil pendapatan perniagaan yang dilakukan secara salah
kecuali ia dilakukan dengan keredaan pihak-pihak kamu yang terlibat.
(Surah an-Nisa: 29)

Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya:
Jual beli antara penjual dan pembeli berlaku dengan bebas.
(Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, unsur paksaan, eksploitasi dan peras ugut amat bertentangan dengan
jenis perniagaan yang dijalankan (nature of business). Kalau unsur itu wujud
dalam masyarakat perniagaan, maka natijahnya ialah kelesuan dan berkurangan
kegiatan perniagaan. Faktor negatif ini dengan sendirinya akan menatijahkan
kelembapan dan kemerosotan ekonomi secara am dalam masyarakat atau
negara. Ertinya, kebebasan merupakan satu faktor yang mempengaruhi
kesihatan dalam bidang perniagaan. Negara industri yang telah mencapai
kemajuan yang tinggi telah menjadikan kebebasan sebagai dasar pembangunan
ekonomi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 39

AKTIVITI 2.8

Jual beli antara penjual dan pembeli berlaku dengan bebas.

Huraikan hadis tadi serta berikan beberapa contoh berdasarkan situasi


semasa di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 2.8

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan dalam jual beli?


2. Kenapakah kerelaan dalam jual beli dianggap penting?
3. Apakah kesannya pada urusan jual beli yang tidak berasaskan
kerelaan?

2.9 TRANSAKSI NIAGA YANG BEBAS RIBA


Pada subtopik ini, kita akan membincangkan masalah riba (bunga) yang
merupakan satu masalah besar yang tidak putus-putus dibincangkan, dari
dahulu kala sampai hari ini. Pendirian Islam dalam perkara riba sudah jelas, iaitu
menegah sekeras-kerasnya dengan apa cara sekalipun. Satu petanda seorang itu
beriman adalah apabila dia dapat mengelak dan memerangi kegiatan institusi
riba.

Mengikut Anwar Iqbal Quraishi (1973), seorang sarjana ekonomi Islam dari
Pakistan, teori riba bukan sahaja menjadi bahan perbincangan dan penyelidikan
sarjana Islam, malah ia turut diperbahaskan dalam kalangan sarjana ekonomi
Barat. Riba yang merupakan amalan jahiliah ini, bukan sahaja dikutuk oleh Islam
tetapi ia juga dikutuk oleh agama besar lain seperti agama Yahudi dan Kristian.
Sebagai contoh, dalam kitab Taurat disebutkan:

Maksudnya:
Jangan engkau (orang Yahudi) memberi pinjaman kepada saudara engkau
orang Israel berdasarkan riba, sama ada riba perak, atau makanan atau sesuatu
yang berdasarkan riba.
(Muhammad Abu Zurah, 1970)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


40 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

Martin Luther (1483 hingga 1546), seorang ahli teologi Kristian di Eropah telah
mengharamkan segala bentuk riba dan membatalkan segala kontrak perniagaan
yang berunsur riba. Ada orang-orang yang tidak mempedulikan perasaan
orang-orang lain dengan menjual barang secara riba iaitu dengan mengenakan
lebihan bayaran yang tidak tunai, kata Luther dalam satu kenyataannya.
Kemudian ada juga orang sengaja tidak mahu menjual barang dengan bayaran
tunai. Dia memaksa pembelinya membeli dengan bayaran ansuran di mana dia
boleh mengenakan bayaran lebih. Perbuatan itu adalah bertentangan dengan
ajaran Tuhan dan dengan akal yang sihat (Muhammad Abu Zurah, 1970).

Islam mengharamkan riba berdasarkan prinsip harta dan akhlak, dan


kepentingan orang ramai. Dari sudut prinsip harta, ia satu amanah yang
diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya yang harus digunakan untuk kebaikan
semata-mata, bukan untuk penindasan atau kezaliman. Dalam sebuah hadis
kudsinya, Rasulullah bersabda:




Maksudnya:
Hai hamba-hambaku, aku haramkan perbuatan zalim ke atas diriku dan ku
jadikan perkara itu haram dalam kalangan kamu. Maka janganlah melakukan
kezaliman.

Islam melarang memperalatkan kekayaan untuk kezaliman, kerosakan dan


penghapusan darah orang miskin tetapi ia menggalakkan supaya kekayaan
digunakan bagi kemakmuran, keselesaan dan kemajuan bersama. Institusi riba
merupakan satu alat pemeras dan monopoli segelintir orang kaya bagi
mengekalkan kekayaan dan kekuasaannya ke atas golongan yang tidak bernasib
baik.

ytu Z$t yusd %!$# >ty9 ;ty e6j9 u

Maksudnya:
Celakalah para pencela, penghina; yang menghitung-hitung dan menyangka
hartanya dapat melindungi mereka (daripada bahaya neraka).
(Surah al-Humazah: 1 hingga 2)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 41

Dalam al-Quran, ayat pengharaman riba terletak dalam tiga ayat, iaitu:

(a) Dalam surah al-Rum, ayat 39, firman-Nya:

!$tu ( !$# y (#/t s $9$# ur& (#u/zj9 $\/h i Fs?#u !$tu

t9$# y7s9''s !$# t_u ? ;4x.y i Fs?#u

Maksudnya:
Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah harta manusia,
sebenarnya ia tidak menambah pada sisi Allah; (tetapi) zakat yang
kamu keluarkan akan mendapat pahala berlipat ganda.

(b) Dalam surah al-Imran, ayat 130, firman-Nya:

(#)?$#u ( Zxy $Zyr& (##t/h9$# (#=2's? (#t#u %!$# $yr't

ts=? 3=y9s !$#


Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman. Jangan kamu makan riba berganda-
ganda; dan bertakwalah kepada Allah.

(c) Dalam surah al-Baqarah, ayat 275, firman-Nya:

%!$# )t $yx. ) t)t (#4t/h9$# t=2't %!$#

W t79$# $y) (#9$s% r'/ y79s 4 by9$# z s9$# 6ytFt

4 (#4t/h9$# tymu yt79$# !$# ymr&u 3 (#4t/h9$#

Copyright Open University Malaysia (OUM)


42 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

Maksudnya:
Orang-orang yang memakan riba tidak akan mempunyai pendirian,
melainkan sebagaimana orang yang rasuk syaitan. Hal demikian berlaku
akibat daripada kenyataannya: perniagaan sama dengan riba. Sedangkan
Allah telah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba.

Daripada tiga ayat tersebut, Muhammad Abu Zuhrah (1970) membuat


kesimpulan bahawa:

(a) Orang-orang musyrikin cuba menyamakan riba dengan perniagaan kerana


kedua-duanya membawa keuntungan;

(b) Perintah larangan riba dikaitkan dengan perintah membayar zakat, salah
satu rukun Islam yang lima; bererti larangan riba merupakan satu antara
rukun asasi ekonomi Islam; dan

(c) Yang dimaksudkan dengan riba ialah bayaran lebih daripada pokok.

Sebagai penjelasan ayat al-Quran tentang riba, Rasulullah SAW bersabda dalam
hadisnya antaranya:



Maksudnya:
Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah 36
kali ganda lebih dahsyat daripada dosa berzina.
(Riwayat Ahmad)

. ,
Maksudnya:
Riba mempunyai 62 pintu neraka (dan) yang kecil sebesar pintu neraka orang
yang melakukan zina ke atas ibunya.
(Riwayat Ibn Jarir)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 43



Maksudnya:
Baginda Nabi SAW melaknati pemakan riba, saksi-saksinya dan penulisnya.
(Riwayat al-Nasai)

AKTIVITI 2.9

Amalan mengambil riba bukan sahaja dikutuk oleh Islam tetapi ia


juga dikutuk oleh agama-agama besar lain seperti agama Yahudi dan
Kristian.

Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Buktikan.

SEMAK KENDIRI 2.9

1. Apakah yang dimaksudkan dengan riba?


2. Kenapakah hukum mengambil riba adalah haram?
3. Adakah mengambil riba satu jenis perniagaan?
4. Apakah kesan amalan riba dalam masyarakat? Berikan beberapa
contoh.
5. Bagaimanakah Islam menangani masalah riba? Jelaskan.

Antara sumbangan Islam terhadap tamadun kemanusiaan ialah prinsip


beretika atau beradab dalam semua aspek kehidupan manusia termasuk
beretika dalam muamalat.

Islam memerintah kita agar memperbaiki kehidupan duniawi dan ukhrawi


dan segala sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk
kegunaan kehidupan manusia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


44 TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT

Kita ialah pemegang amanah yang bertanggungjawab terhadap keluarga,


jiran tetangga, sanak saudara dan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang kita hasilkan dalam mencari kekayaan tidak seharusnya hanya
dinikmati bersendirian tetapi individu lain yang memerlukan berhak
mengecapnya bersama.

Ucapan yang baik, sifat adil, benar dan sikap tolak ansur sebagaimana yang
dicontohkan oleh Rasulullah SAW amat penting bagi menjaga perhubungan
baik antara penjual dengan pelanggan. Sekali gus, perbuatan sedemikian
akan menjamin kejayaan perniagaan kita.

Adil Kerelaan riba


Etika Islam Komplot sorok
Hak pembeli Monopoli
Hak penjual Rajin
Jujur

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang UKM.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Anwar Iqbal Quraishi. (1973). Islam dan teori pembungaan uang. Djakarta,
Indonesia. Tintamas.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ETIKA ISLAM DALAM MUAMALAT 45

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Muhammad Abu Zahrah. (1970). Al-Mujtama al-insani fi zill al-Islam. Beirut,


Lebanon: Dar al-Fikr.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Zaydan Abu al-Makarim. (1974). Ilm al adl al iqtisadi. Cairo, Egypt: Dar
al Turath.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Konsep Harta
3 dalam
Muamalat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan maksud dan konsep harta dalam sistem muamalat;
2. Menerangkan kenapa Islam menggalakkan kita berharta;
3. Mengenal pasti kaedah memperoleh harta selari dengan kehendak
syarak;
4. Menghuraikan jenis harta dalam syariat Islam; dan
5. Memberikan contoh pembahagian harta dalam syariat Islam.

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan mengenai pengertian serta konsep
harta dalam sistem muamalat. Agama Islam menggalakkan kita berharta serta
menganjurkan agar kaedah memperoleh harta selari dengan kehendak syarak
dengan menjalankan usaha yang halal seperti bertani, berdagang dan
mengusahakan perindustrian. Topik ini juga akan membincangkan aspek
matlamat atau tujuan sebenar mencari dan menyimpan harta, pembahagian
harta serta jenis harta yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT 47

3.1 PENGERTIAN HARTA


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pengertian, bahagian, jenis dan
skop harta. Dari segi istilah bahasa, harta ( ) berasal daripada perkataan
yang bererti condong atau berpaling dari tengah ke salah satu sisi. Harta
)
( diertikan dengan merujuk kepada segala sesuatu yang menyenangkan
manusia dan ia dapat dipelihara dengan baik dalam bentuk benda mahupun
manfaat (Abdullah, 2004).

Berdasarkan istilah:


Maksudnya:
Harta ialah sesuatu yang dimiliki manusia dan dapat dimanfaatkan pada masa
yang diperlukan.
(Ibnu Abidin daripada mazhab Hanafi)

Menurut ulama Hanafi yang lain:


Maksudnya:
Harta ialah segala sesuatu yang dapat dihimpunkan, disimpan (dipelihara) dan
dapat dimanfaatkan menurut adat kebiasaan.

Berdasarkan definisi kedua ini, ada dua perkara yang perlu diperhatikan, iaitu
(lihat Rajah 3.1):

(a) Harta itu mungkin dihimpunkan dan dipelihara. Dengan demikian, ilmu,
kesihatan, kepintaran dan kemuliaan tidak termasuk harta tetapi dimiliki;
dan

(b) Harta dapat dimanfaatkan menurut adat (kebiasaan). Dengan demikian,


makanan yang beracun atau rosak, tidak termasuk dalam definisi harta.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


48 TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT

Rajah 3.1: Definisi harta

Definisi lain menyebutkan bahawa:



Maksudnya:
Harta ialah segala sesuatu yang mempunyai nilai dan diwajibkan ganti rugi
atas orang yang merosak atau melenyapkannya.
(Jumhur ulama selain Hanafiah)

Daripada definisi tersebut, terdapat perbezaan pendapat mengenai kepentingan


harta. Jumhur ulama mengatakan bahawa harta bukan sahaja bersifat kebendaan
tetapi juga termasuk manfaat daripada suatu benda kerana yang dimaksudkan
di sini ialah manfaat, bukan zatnya (bendanya). Namun ulama mazhab Hanafi
berpendapat bahawa pengertian harta hanya bersifat material. Manfaat menurut
mereka termasuk dalam pengertian pemilikan.

Agar lebih jelas, dapat dilihat daripada contoh berikut:

Apabila seseorang merampas atau mempergunakan kenderaan orang lain


tanpa izin pemiliknya (ghasab), menurut jumhur ulama, orang tersebut dapat
dituntut ganti rugi kerana manfaat kenderaan itu mempunyai nilai harta.
Mereka berpendapat bahawa manfaat sesuatu benda merupakan unsur
terpenting dalam harta kerana nilai harta diukur pada kualiti dan kuantiti
manfaat benda tersebut.

Ulama mazhab Hanafi berpendapat lain dan mengatakan bahawa penggunaan


kenderaan orang lain tanpa izin, tidak dapat dituntut ganti rugi kerana orang itu
tidak mengambil harta tetapi sekadar memanfaatkan kenderaan tersebut.
Walaupun begitu, ulama mazhab Hanafi tetap tidak dapat membenarkan
pemanfaatan milik orang lain tanpa izin pemiliknya. Perbedaan pendapat antara

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT 49

jumhur ulama dan ulama mazhab Hanafi mengenai harta jelas kelihatan dalam
aspek sewa-menyewa ( )dalam Islam.
Apabila seseorang menyewakan rumahnya kepada orang lain, kemudian
pemilik rumahnya meninggal dunia, maka kontrak sewa-menyewa rumah itu
menjadi batal kerana pemilik rumah telah meninggal atau rumah itu diserahkan
kepada ahli warisnya kerana manfaat (sewa-menyewa yang dikontrakkan) tidak
termasuk harta yang dapat diwarisi.

Namun jumhur ulama berpendapat bahawa kontrak sewa-menyewa


berlangsung terus sampai habis masa kontraknya, sekalipun pemilik rumah
telah meninggal kerana manfaat ialah harta yang dapat diwarisi. Menurut
mereka, akad sewa-menyewa berakhir bukan disebabkan pemilik rumah
meninggal.

Kalau kita melihat apa yang berlaku di Malaysia, maka pendapat jumhur ulama
sesuai dengan apa yang berlaku selama ini. Kemudian perlu juga diketahui,
bahawa ulama mazhab Hanafi Mutaakhkhiriin (generasi terkini), antaranya
Mustafa Ahmad az-Zarqa dan Wahbah Zuhaili berpendapat bahawa definisi
harta yang dikemukakan oleh para pendahulu mereka dianggap tidak
komprehensif.

Sebagai alasannya, baca firman Allah yang berikut:

$Yy_ F{$# $ 3s9 Yn=y{ %!$# u


Maksudnya:
Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu
semuanya.
(Surah al-Baqarah: 29)

Kandungan ayat tadi bermaksud bahawa segala sesuatu yang diciptakan Allah
di bumi ini adalah untuk dimanfaatkan oleh umat manusia. Oleh sebab itu,
fikiran mereka selari dengan jumhur ulama yang telah disebutkan tadi.

Dalam definisi tersebut, persoalan harta sebenarnya berkait dengan persoalan


adat kebiasaan, situasi dan kondisi suatu masyarakat. Menurut mereka, pada
zaman ini adakalanya manfaat suatu benda lebih banyak (besar) menghasilkan
penambahan harta dibandingkan dengan wujud bendanya itu sendiri.
Umpamanya, perbandingan harga antara sewaan rumah dalam beberapa tahun
dengan menjual rumah itu secara tunai (Zaharuddin Abdul Rahman, 2009).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


50 TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT

AKTIVITI 3.1

Harta ialah segala sesuatu yang mempunyai nilai dan diwajibkan


ganti rugi atas orang yang merosak atau melenyapkannya.

Huraikan kenyataan tadi.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah pengertian harta?


2. Mengapakah Islam menggalakkan kita berharta?
3. Apakah harta yang boleh dipelihara?
4. Apakah harta yang boleh memberi manfaat?
5. Bolehkah kehidupan diteruskan tanpa harta?

3.2 KEDUDUKAN HARTA DAN FUNGSINYA


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan status harta serta peranannya
menurut syariat Islam. Harta mempunyai kedudukan yang amat penting dalam
kehidupan manusia. Harta dapat memenuhi segala kegiatan manusia, termasuk
untuk memenuhi keperluan asas manusia. Sekiranya kita berbincang mengenai
harta dengan lebih jauh lagi, maka pembangunan ekonomi yang kita kecapi
selama ini, tidak akan terlaksana tanpa harta.

Harta bukan satu-satunya yang diperlukan dalam mewujudkan pembangunan


(kebendaan dan kerohanian) kerana masih ada faktor lain yang turut
menentukannya seperti kemahuan, keikhlasan, kejujuran dan ilmu pengetahuan
yang diperlukan. Harta termasuk ke dalam lima keperluan asas manusia, iaitu
memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan (keturunan) dan harta benda.

Dalam kepentingan memelihara harta, Islam mengharamkan mencuri, menipu,


menjalankan dan memakan riba serta merosakkan harta baik milik sendiri,
mahupun milik orang lain. Untuk memperoleh harta disyariatkan usaha yang
halal seperti bertani, berdagang dan mengusahakan industri. Untuk memelihara
harta dan menjamin hak milik seseorang (individu) daripada gangguan pihak

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT 51

lain, Islam memberikan hukuman yang sangat berat kepada pencuri,


sebagaimana firman Allah:

!$#u 3 !$# zi Ws3t $t7|x. $y/ L!#ty_ $ytr& (#s%$$s s%$9$#u $9$#u

3ym t
Maksudnya:
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-
duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang dikerjakan mereka dan sebagai
seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Maidah: 38)

Kemudian seandainya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah memiliki


harta sama ada banyak atau sedikit, dia tidak boleh sewenang-wenang dalam
menggunakan atau membelanjakan hartanya itu. Kebebasan seseorang untuk
memiliki dan memanfaatkan hartanya adalah hanya kepada perkara yang
dibenarkan oleh syarak. Di samping untuk kepentingan peribadi, harta juga
harus disalurkan kepada pihak lain yang memerlukan seperti menunaikan zakat,
memberikan infak, dan sedekah untuk kepentingan umum dan untuk orang
yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin dan anak yatim. Hal ini bererti
bahawa harta itu juga berperanan ke arah pembangunan sosial.

Hendaknya kita ingat bahawa pada harta seseorang ada hak orang lain,
sebagaimana firman Allah berikut:

spRQ$#u !$=j9 A,ym 9ur& u


Maksudnya:
Dan pada harta-harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta dan
orang miskin yang tidak mendapat bahagian.
(Surah adz-Dzariyaat: 19)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


52 TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT

sy9$#u !$=j9 = A,ym ;ur& 9$#u

Maksudnya:
Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu, bagi orang
(miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (orang yang
tidak meminta).
(Surah al-Maarij: 24 hingga 25)

Dalam dua hadis berikut, Rasulullah SAW menyatakan:


Maksudnya:
Sesungguhnya pada setiap harta (seseorang), ada hak (orang lain) selain zakat.
(Riwayat Tirmidzi)


Maksudnya:
Rasulullah SAW melarang mensia-siakan harta.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekalipun harta seseorang melimpah-ruah, harta tersebut tidak boleh digunakan


tidak pada tempatnya seperti untuk maksiat dan membelanjakannya secara
berlebihan (boros dan membazir). Namun harus diusahakan supaya harta itu
benar-benar berfungsi sosial (untuk kemaslahatan dan kepentingan umum)
(Abdul Halim el-Muhammady, 2001).

AKTIVITI 3.2

Rasulullah SAW telah melarang kita daripada mensia-siakan harta.


Bincangkan maksud mensia-siakan harta. Kenapakah ia dilarang
oleh Rasulullah SAW?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT 53

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah fungsi harta dalam syariat Islam?


2. Adakah harta merupakan satu-satunya faktor yang diperlukan
dalam mewujudkan pembangunan insan? Jelaskan dengan
beberapa contoh.
3. Kenapakah Islam melarang keras memperoleh harta dengan cara
yang tidak sah? Jelaskan.
4. Apakah hak orang kaya terhadap orang miskin?
5. Terangkan bagaimana zakat dapat membersihkan harta.

3.3 PEMBAHAGIAN HARTA


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana ulama fiqh
membahagikan harta kepada beberapa jenis. Pembahagian harta boleh dilihat
dari segi:

(a) Kebolehan kemanfaatan mengikut syarak; dan


(b) Jenisnya.

3.3.1 Jenis Harta dari Segi Kebolehan Kemanfaatan


Pembahagian harta boleh dilihat dari segi kebolehan kemanfaatan mengikut
syarak. Menurut syarak, harta terdiri daripada (lihat Rajah 3.2):

(a) Halal untuk dimanfaatkan ( ;) dan

(b) Tidak halal untuk dimanfaatkan ( ) .

Copyright Open University Malaysia (OUM)


54 TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT

Rajah 3.2: Dua jenis pembahagian harta

Perbezaan pembahagian harta tersebut tadi dapat dilihat dengan jelas dalam hal
kemanfaatan harta itu menurut syarak. Sebagai contoh, daging khinzir dan
khamar (minuman yang memabukkan) bukanlah harta yang halal untuk
dimanfaatkan dalam Islam. Oleh itu, tidak sah dilakukan akad (transaksi)
terhadap benda tersebut.

Sekiranya dilenyapkan atau dimusnahkan harta milik orang Islam yang tidak
halal dimanfaatkan ( ) , tidak dibenarkan ganti rugi kerana harta tersebut
tidak halal bagi umat Islam. Berbeza pula halnya dengan daging khinzir dan
khamar milik orang kafir zimmi (orang kafir yang hidup dan tunduk di bawah
kekuasaan negara Islam); harta itu harus dibayar ganti rugi oleh orang Islam,
bila harta itu dilenyapkan atau dimusnahkan kerana harta itu halal

dimanfaatkan ( ) bagi orang kafir zimmi walaupun tidak halal ()


bagi umat Islam (mazhab Hanafi).

Dalam keadaan tertentu, harta yang tidak halal dimanfaatkan seperti khinzir dan
khamar, dapat dimanfaatkan bila dalam keadaan darurat kerana jika tidak ada
makanan atau minuman yang akan menyebabkan orang akan mati. Hal itu pun
dibenarkan sekadar dapat bertahan, sementara mendapatkan makanan/
minuman yang halal.

3.3.2 Harta dari Segi Jenisnya


Pembahagian harta juga boleh dilihat dari segi jenisnya, iaitu (lihat Rajah 3.3):

(a) Harta yang tidak bergerak ( )seperti tanah dan rumah; dan

(b) Harta yang bergerak ( ) seperti barang dagangan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT 55

Rajah 3.3: Dua jenis harta

Perbezaan antara harta yang tidak bergerak dan yang bergerak akan
diperjelaskan melalui contoh berikut:

(a) Hak syufah (hak seseorang untuk menuntut jirannya yang akan menjual
tanah/rumahnya agar lebih dahulu ditawarkan kepadanya). Hak syufah
hanya berlaku terhadap benda yang tidak bergerak;

(b) Menurut ulama mazhab Hanafi, wakaf hanya berlaku terhadap benda
yang tidak bergerak atau benda yang bergerak yang sulit memisahkannya
daripada benda yang tidak bergerak seperti mewakafkan tanah dengan
benda yang ada di atasnya. Sedangkan menurut jumhur ulama, wakaf
berlaku untuk benda yang tidak bergerak dan juga benda yang bergerak;

(c) Orang yang diberi wasiat ( ) untuk memelihara harta anak kecil,
tidak dibenarkan menjual harta tidak bergerak milik anak kecil itu. Namun
ada pengecualian dalam keadaan yang amat mendesak seperti membayar
hutang anak kecil itu, dengan syarat mendapat keizinan daripada hakim.
Sebaliknya, orang yang diberi wasiat, dapat menjual harta yang bergerak
untuk keperluan dan kepentingan anak itu sehari-hari. Hal ini tidak
memerlukan izin daripada hakim; dan

(d) Menurut Imam Hanafi dan sahabatnya Imam Abu Yusuf, ghasab
(mengambil harta [barang] orang lain tanpa izin), tidak berlaku terhadap
benda yang tidak bergerak kerana tidak mungkin memindahkan benda
(harta) tersebut. Sedangkan menurut jumhur ulama dan Muhammad
Hasan asy-Syaibani (sahabat Imam Hanafi), ghasab ( )pada benda
tidak bergerak biasa berlaku seperti menguasai (merampas) tanah orang
lain, sekurang-kurangnya dalam merampas kemanfaatannya. Ini kerana
menurut jumhur ulama, manfaat termasuk harta (Faizah Ismail, 2006).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


56 TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT

AKTIVITI 3.3

Menurut Imam Hanafi dan sahabatnya Imam Abu Yusuf, ghasab


(mengambil harta atau barang) orang lain tanpa izin, tidak berlaku
terhadap benda yang tidak bergerak kerana tidak mungkin
memindahkan benda (harta) tersebut.

Terangkan kenyataan tadi dengan mengambil kira pendapat jumhur


ulama.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Apakah maksud harta mudah alih dengan harta tidak mudah


alih?

2. Apakah maksud harta yang halal untuk dimanfaatkan dengan


tidak halal untuk dimanfaatkan?

3. Apakah harta syufah? Berikan contohnya.

Harta ialah segala sesuatu yang dapat dihimpunkan, disimpan (dipelihara),


dan dapat dimanfaatkan menurut adat dan keperluan semasa.

Harta ialah segala sesuatu yang mempunyai nilai dan diwajibkan ganti rugi
atas orang yang merosak atau melenyapkannya.

Harta itu mungkin dihimpunkan dan dipelihara.

Harta dapat dimanfaatkan menurut kehendak semasa.

Harta dari segi jenisnya, terdiri daripada harta yang tidak bergerak seperti
tanah dan rumah dan harta yang bergerak seperti barang dagangan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP HARTA DALAM MUAMALAT 57

Harta (mal) Harta mudah alih


Harta bernilai Harta tidak mudah alih
Harta bermanfaat

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Konsep Akad
4 dalam Syariat
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pengertian akad dalam syariat Islam;
2. Menghuraikan jenis akad;
3. Menerangkan rukun dan syarat akad;
4. Menganalisis kesan penamatan sesuatu akad; dan
5. Membincangkan konsep akad menurut syariat Islam yang
diaplikasikan di Malaysia.

PENGENALAN
Kita telah pun sampai ke Topik 4 bagi modul Transaksi dalam Sistem Muamalat
di Malaysia. Apakah yang akan kita pelajari dalam topik ini? Pelajar sekalian,
dalam topik ini kita akan berbicara tentang konsep akad sebagai satu perjanjian
atau kontrak menurut perspektif syarak serta mengimbasnya ke arah
perlaksanaan konsep tersebut di Malaysia. Akad pada kebiasaannya akan
dibincangkan dalam topik yang tersendiri kerana akad boleh dikatakan terjadi
dalam setiap kegiatan yang ada hubungannya dengan transaksi muamalat. Oleh
itu, dalam topik ini kita akan menyentuh beberapa aspek penting berkaitan
dengan akad. Ayuh! Mari kita mulakan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 59

4.1 PENGERTIAN HARTA


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pengertian akad menurut
ensiklopedia Islam serta pendapat ulama. Akad dari segi istilah bahasa Arab
bermaksud perikatan, perjanjian, persetujuan dan permuafakatan. Pertalian
antara ijab (pernyataan melakukan ikatan) dan kabul (pernyataan menerima
ikatan) bertepatan dengan prinsip syariat yang mempunyai pengaruh besar ke
atas transaksi sesuatu objek atau benda (Abdullah, 2004).

Semua transaksi yang dilakukan oleh dua pihak atau lebih, tidak boleh
menyimpang daripada landasan dan harus jalan seiring dengan kehendak
syariat. Kita harus ingat bahawa tidak boleh ada konspirasi untuk menipu orang
lain, transaksi barang yang diharamkan dan juga kesepakatan untuk membunuh
seseorang.

Mustafa az-Zarqa menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan manusia


terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:

(a) Tindakan berupa perbuatan; dan


(b) Tindakan berupa perkataan.

Tindakan yang berupa perkataan dipecahkan lagi kepada dua, iaitu tindakan
yang bersifat akad dan tidak bersifat akad (rujuk Rajah 4.1). Tindakan yang
bersifat akad terjadi apabila dua atau beberapa pihak mengikatkan diri untuk
melakukan sesuatu perjanjian.

Rajah 4.1: Jenis tindak-tanduk manusia

Copyright Open University Malaysia (OUM)


60 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

Seterusnya, tindakan berupa perkataan yang tidak bersifat akad terbahagi lagi
kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Mengandungi kehendak pemilik untuk menetapkan hak, membatalkannya


atau menggugurkannya seperti wakaf, hibah dan talak. Akad sebegini
tidak memerlukan kabul sekalipun tindakan seperti ini menurut
sebahagian ulama fiqh termasuk akad. Ulama mazhab Hanafi mengatakan
bahawa tindakan seperti ini hanya mengikat pihak yang melakukan ijab
saja; dan

(b) Tidak mengandungi kehendak pihak yang menetapkan atau


menggugurkan suatu hak tetapi perkataannya itu memunculkan suatu
tindakan hukum misalnya gugatan yang diajukan kepada hakim dan
pengakuan seseorang di depan hakim (pengadilan). Tindakan sebegini
mengakibatkan timbulnya sesuatu ikatan secara hukum tetapi sifatnya
tidak mengikat. Oleh sebab itu, ulama fiqh menetapkan bahawa tindakan
sebegini tidak dapat dikatakan akad kerana tindakan tersebut tidak
mengikat sesiapa pun.

Seterusnya Mustafa az-Zarqa menyatakan bahawa tindakan hukum lebih umum


daripada akad. Ini kerana setiap akad dilakukan sebagai tindakan hukum
daripada dua atau beberapa pihak tetapi sebaliknya setiap tindakan hukum
tidak dapat disebut sebagai akad.

Menurut Mustafa az-Zarqa lagi, syarak akad merupakan ikatan secara hukum
yang dilakukan oleh dua atau beberapa pihak yang sama-sama berkeinginan
untuk mengikatkan diri. Kehendak atau keinginan pihak yang mengikatkan diri
itu sifatnya tersembunyi dalam hati. Disebabkan faktor inilah, keinginan masing-
masing diungkapkan dalam suatu penyataan.

Penyataan itulah yang disebut sebagai ijab dan kabul. Pelaku pertama disebut
mujib dan pelaku kedua disebut qaabil. Biasanya penyataan itu dimulakan
terlebih dahulu oleh pihak pertama, kemudian dituruti oleh pihak kedua
sebagaimana akad nikah. Namun dalam transaksi muamalat, penyataan itu
boleh datang lebih dahulu daripada pihak kedua, sepertimana akad jual beli.
Penyataan itu boleh dilakukan oleh pembeli terlebih dahulu, umpamanya, Saya
telah membeli barang ini dengan harga sekian, kemudian penjual mengatakan,
Saya telah menjual barang ini dengan harga sekian. Dengan demikian, telah
sah akadnya bahawa pembeli menerima barang dan penjual menerima
harganya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 61

Dalam akad rahn (gadaian) umpamanya, pihak penerima jaminan berhak untuk
menggadaikan jaminan tersebut sebagai jaminan hutang dan pihak yang
menggadaikan barangnya berkewajipan untuk melunaskan hutangnya. Ijab dan
kabul ini dalam istilah fiqh disebut sighah al-aqd, iaitu ungkapan/penyataan
akad (Abdul Halim el-Muhammady, 2001).

AKTIVITI 4.1

Tindakan hukum adalah lebih umum berbanding akad kerana setiap


akad dilakukan sebagai tindakan hukum daripada dua atau beberapa
pihak tetapi sebaliknya setiap tindakan hukum tidak dapat disebut
sebagai akad.

Huraikan kenyataan tadi berserta beberapa contoh.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Apakah akad?
2. Mengapakah akad diperlukan dalam urusan muamalat?
3. Adakah tindakan manusia mempengaruhi akad? Huraikan.
4. Namakan tindakan berupa perkataan yang tidak bersifat akad.
5. Namakan tindakan berupa perkataan yang bersifat akad.

4.2 RUKUN AKAD


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan rukun akad. Menurut jumhur
ulama, rukun akad terdiri daripada:

(a) Perkataan untuk mengikatkan diri (sighah al-aqd);


(b) Pihak yang berakad; dan
(c) Objek akad.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


62 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

Rajah 4.2 menunjukkan kepada anda rukun akad.

Rajah 4.2: Tiga rukun akad

Ulama mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa rukun akad itu hanya satu,
iaitu sighah al-aqd, sedangkan pihak yang berakad dan objek akad tidak
termasuk rukun akad tetapi sebagai syarat akad. Sighah al-aqd merupakan
rukun akad yang terpenting kerana melalui akad inilah diketahui maksud serta
niat setiap pihak yang melakukan akad. Sighah al-aqd dinyatakan melalui majlis
ijab dan kabul berdasarkan beberapa peraturan, iaitu:

(a) Tujuan akad itu harus jelas dan dapat difahami;

(b) Antara ijab dan kabul harus terdapat kesesuaian; dan

(c) Pernyataan ijab dan kabul itu harus sesuai dengan kehendak masing-
masing dan tidak boleh meragukan.

Rajah 4.3 meringkaskan beberapa peraturan dalam sighah al-aqd.

Rajah 4.3: Peraturan dalam sighah al-aqd

Ijab dan kabul dapat dilakukan menerusi perkataan, perbuatan, isyarat dan
tulisan. Semua bentuk ijab dan kabul ini mempunyai nilai kekuatan yang sama.

Contoh ijab dan kabul menerusi perbuatan boleh dilihat di pasar. Seseorang
mengambil barang dan kemudian membayar harganya kepada penjual, sesuai
dengan harga yang dinyatakan pada barang tersebut. Secara langsung, kehendak
pembeli dan penjual sudah tercapai. Kaedah sebeginilah yang banyak kita

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 63

temukan dalam dunia perniagaan pada masa kini. Dalam fiqh, jual beli semacam
ini dipanggil (jual beli dengan saling memberi).

Ulama mazhab Syafie dalam qaul qadim (pendapat lama) tidak membenarkan
akad seperti ini kerana kedua-dua belah pihak harus menyatakan secara jelas
tentang ijab dan kabul itu. Demikian juga mazhab az-Zahiri dan Syiah yang
tidak membenarkannya. Namun, Jumhur ulama fiqh termasuk mazhab Syafie
terutamanya daripada generasi terakhir seperti Imam Nawawi membolehkan
jual beli seperti ini kerana telah menjadi adat kebiasaan dalam sebahagian besar
masyarakat umat Islam (urf).

Dengan demikian, adat kebiasaan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat


yang membawa kemaslahatan, dapat dibenarkan sebagai landasan dalam
menetapkan suatu hukum. Ijab dan kabul antara seseorang yang bisu dengan
penjual atau pembeli dapat dibenarkan asal saja kedua-dua belah pihak dapat
memahami dengan jelas apa yang dilakukan itu.

Menurut Mustafa az-Zarqa, sesuatu akad itu dipandang sempurna apabila telah
memenuhi syarat yang disebutkan tadi. Namun ada akad yang dianggap
sempurna apabila telah dilakukan timbangan dan tidak memadai hanya dengan
ijab dan kabul sahaja yang disebut sebagai al-uqud al-ainiyyah ( ).

Akad jenis ini ada lima, iaitu:

(a) Hibah ( );

(b) Pinjam-meminjam ( );

(c) Barang simpanan ( );

(d) Persyarikatan dalam modal ( ); dan

(e) Jaminan ( ).

Menurut ulama fiqh, kelima-lima jenis akad tersebut harus diserahkan kepada
yang berhak dan dikuasai sepenuhnya serta tidak boleh terlepas daripada
tanggungjawab (Ala-Eddin Khafofa, 2007).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


64 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

AKTIVITI 4.2

Sighah al-aqd merupakan rukun akad yang terpenting kerana melalui


akad inilah diketahui maksud serta niat setiap pihak yang melakukan
akad.

Jelaskan kenyataan ini.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rukun akad?

2. Senaraikan rukun-rukun akad.

3. Apakah sighah al-aqd?

4. Bilakah sesuatu akad itu dipandang sempurna?

5. Terangkan lima jenis akad yang dianggap sempurna.

4.3 SYARAT UMUM DAN KHUSUS DALAM


AKAD
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pendapat para ulama fiqh dalam
menetapkan beberapa syarat umum yang harus dipenuhi dalam sesuatu akad di
samping mengenali syaratnya yang khusus. Sebagai contoh, akad jual beli
memiliki syarat tersendiri. Demikian juga halnya dengan akad al-wadiah, hibah,
ijarah (sewa-menyewa).

Syarat umum sesuatu akad ialah:

(a) Pihak yang melakukan akad dianggap mampu bertindak sekiranya


mempunyai kepastian untuk melakukan kontrak
Sekiranya belum mampu, ia harus dilaksanakan oleh wakilnya. Oleh sebab
itu, suatu akad yang dilakukan oleh orang yang kurang waras (gila) atau
anak kecil yang belum mukallaf , hukumnya adalah tidak sah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 65

(b) Objek akad itu diakui oleh syarak


Objek akad ini harus memenuhi syarat berikut (rujuk Rajah 4.4):
(i) Berbentuk harta;
(ii) Dimiliki seseorang; dan
(iii) Bernilai harta menurut syarak.

Rajah 4.4: Tiga objek akad

Dengan demikian, harta yang tidak bernilai menurut syarak tidak sah
diniagakan seperti khamar (minuman keras). Di samping itu, jumhur fiqh
selain ulama mazhab Hanafi mengatakan bahawa barang najis seperti
anjing, babi, bangkai dan darah tidak boleh dijadikan objek akad kerana
barang najis tidak bernilai menurut syarak.

Menurut Mustafa az-Zarqa, harta wakaf pun tidak dapat dijadikan sebagai
objek akad. Ini kerana harta wakaf bukanlah hak milik yang dapat dijual
beli. Harta wakaf ialah hak milik bersama kaum Muslimin dan bukannya
milik peribadi seseorang. Maka harta wakaf tidak sah sebagai objek jual
beli. Menurut Mustafa az-Zarqa lagi, sewa-menyewa harta wakaf
dibolehkan kerana wakaf itu tidak berpindah tangan secara mutlak kepada
pihak penyewa.

Objek akad juga harus ada dan dapat diserahkan ketika berlangsungnya
akad kerana berjual beli sesuatu yang belum ada dan tidak mampu
diserahkan hukumnya tidak sah. Misalnya, menjual padi yang belum
berbuah dan menjual janin haiwan yang masih dalam kandungan.
Menurut ulama, ketentuan tadi tidak berlaku terhadap aqd salam, istisna
(pesanan barang) dan musaaqah (transaksi antara pemilik kebun dan
pengelolanya). Pengecualian ini dibenarkan atas dasar bahawa akad ini
diperlukan oleh masyarakat dan telah menjadi kebiasaan atau sebahagian
daripada adat yang diterima oleh anggota masyarakat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


66 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

(c) Akad itu tidak dilarang oleh nas syarak


Atas dasar ini, seseorang wali (pemelihara anak kecil) tidak dibenarkan
menghibahkan harta anak kecil tersebut. Seharusnya harta anak kecil itu
dikembangkan, dipelihara dan tidak diserahkan kepada seseorang tanpa
ada imbalan. Apabila terjadi akad, maka akad itu terbatal menurut syarak.

(d) Akad yang dilakukan itu memenuhi syarat khusus dengan akad yang
bersangkutan di samping harus memenuhi syarat umum
Syarat khusus umpamanya, syarat jual beli yang berbeza dengan syarat
sewa-menyewa dan gadaian.

(e) Akad itu bermanfaat


Umpamanya, suami mengadakan akad dengan isterinya bahawa suami
akan memberi upah kepada isterinya dalam urusan rumah tangga. Akad
jenis ini batal kerana seorang isteri memang berkewajipan menguruskan
rumah tangga. Contoh lain ialah seseorang mengadakan akad dengan
seorang penjahat bahawa penjahat itu akan menghentikan kejahatannya
apabila diberikan ganjaran. Akad semacam ini juga tidak sah kerana
sesuatu tindakan kejahatan memang harus dihentikan.

(f) Ijab tetap kekal sampai berlaku kabul


Umpamanya, dua orang pedagang dari dua daerah yang berbeza,
melakukan transaksi dagangan menerusi surat (tulisan). Pembeli barang
melakukan ijabnya melalui surat yang memerlukan waktu beberapa hari.
Sebelum surat itu sampai kepada penjual, pembeli telah meninggal dunia
atau hilang ingatan (gila). Transaksi ini terbatal kerana salah seorang pihak
telah meninggal atau menjadi gila (tidak berkeupayaan lagi untuk
meneruskan akad).

(g) Ijab dan kabul dilakukan dalam satu majlis, iaitu suatu keadaan yang
menggambarkan proses sesuatu transaksi
Menurut Mustafa az-Zarqa, majlis itu dapat berbentuk tempat
dilangsungkan akad dan dapat juga berbentuk keadaan selama proses
berlangsung akad sekalipun tidak pada satu tempat yang khusus.
Berkenaan dengan masalah ini, timbul perbezaan pendapat ulama tentang
ijab; apakah harus segera bersambut dengan kabul?

Jumhur ulama fiqh selain mazhab Syafie tidak mengharuskan kabul segera
dilaksanakan setelah ijab. Ini kerana pihak penerima memerlukan waktu
untuk berfikir dan meneliti segala persoalan yang berkaitan dengan
transaksi (objek akad). Bahkan menurut ulama mazhab Maliki, apabila
pihak penerima meminta penangguhan waktu untuk mengucapkan kabul,
maka permintaan itu harus dipenuhi. Sebaliknya, menurut ulama mazhab

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 67

Syafie, kabul disyaratkan segera dilaksanakan setelah ijab. Apabila terjadi


kegiatan lain pada saat ijab dan kabul itu, maka transaksi menjadi batal.
Hal ini bererti bahawa ijab harus segera dijawab dengan kabul.

(h) Tujuan akad itu harus jelas dan diakui oleh syarak
Umpamanya, dalam jual beli, jelas tujuannya untuk memindahkan hak
milik penjual kepada pembeli dengan ganjaran. Begitu juga halnya dengan
akad lain. Bentuk lain yang tidak diakui oleh syarak adalah menjual
anggur kepada kilang yang memproses minuman keras (Faizah Ismail,
2006).

AKTIVITI 4.3

Ulama fiqh menetapkan beberapa syarat umum yang harus dipenuhi


dalam sesuatu akad. Di samping itu, setiap akad juga mempunyai
syarat khusus.

Bincangkan syarat-syarat umum dan khusus dalam sesuatu akad.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Apakah syarat-syarat umum sesuatu akad?

2. Apakah syarat-syarat khusus sesuatu akad?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan objek akad?

4. Apakah syarat sah sesuatu objek dalam akad?

5. Apakah tujuan dan matlamat sesuatu akad?

4.4 KEBEBASAN SYARAT DALAM AKAD


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pendapat serta pandangan para
ulama fiqh dalam menentukan bahawa akad yang telah memenuhi rukun, dan
syarat umum dan khusus, mempunyai kekuatan hukum yang mengikat
terhadap pihak yang melakukan akad. Setiap manusia mempunyai kebebasan
untuk mengikatkan diri pada sesuatu akad dan sebagai akibatnya, wajib
memenuhi ketentuan hukum yang ditimbulkan oleh akad tersebut sebagaimana
firman Allah SWT:

Copyright Open University Malaysia (OUM)


68 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

4 )9$$/ (#r& (#t#u %!$# $yr't


Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu
(Surah al-Maidah: 1)

Kontrak itu adakalanya dalam jumlah yang sangat besar, iaitu melibatkan
puluhan, ratusan, bahkan ribuan jenis, kuantiti dan berbeza kualitinya. Biasanya
antara pembeli dan penjual akan menggariskan syarat tertentu dalam akad
seperti barangnya diterima di tempat penjual atau pembeli pengirimannya
bertahap atau sekali gus dan sebagainya.

Menurut ulama mazhab az-Zahiri, semua syarat yang telah disepakati oleh
kedua belah pihak yang berakad tetapi tidak selari dengan tuntutan al-Quran
dan sunnah Rasulullah terbatal dengan sendirinya. Sedangkan menurut jumhur
ulama fiqh, selain mazhab az-Zahiri, pada dasarnya pihak yang berakad itu
mempunyai kebebasan untuk menentukan syarat tersendiri dalam sesuatu akad.

Namun hendaklah diingat bahawa kebebasan menentukan syarat dalam akad


tersebut ada yang bersifat mutlak, iaitu tanpa batas selama tidak ada larangan
dalam al-Quran dan sunnah, sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama mazhab
Hambali dan Maliki. Sebaliknya, menurut mazhab Hanafi dan Syafie, sekalipun
pihak yang berakad mempunyai kebebasan dalam menentukan syarat tetapi
kebebasannya itu tetap terbatas. Contohnya, suami mensyaratkan dia tidak akan
memberikan nafkah kepada isterinya sesudah mereka berumah tangga. Syarat ini
batal kerana tidak sesuai dengan kehendak syarak yang mewajibkan suami
memberikan nafkah kepada isterinya menurut kemampuannya.

Harus kita sedari bahawa setiap akad mempunyai akibat hukum, iaitu tercapai
sesuatu matlamat yang ingin dikehendaki bersama seperti pemindahan hak
milik daripada penjual kepada pembeli dan akad mengikat kedua-dua belah
pihak yang berakad. Akad itu tidak boleh dibatalkan kecuali dalam hal yang
dibenarkan oleh syarak, misalnya, terdapat kecacatan pada barang (objek akad)
atau akad itu tidak memenuhi salah satu syarat atau rukun akad yang telah kita
bincangkan sebelum ini (Mohd Ali Hassan, 2004).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 69

AKTIVITI 4.4

Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu
(Surah al-Maidah: 1)
Terangkan pengertian ayat al-Quran tadi.

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan syarat dalam


akad?

2. Mengapakah kebebasan syarat dianggap penting oleh ulama?


Jelaskan.

3. Apakah kesannya pada akad yang tidak ada kebebasan syarat?

4. Apakah kesannya pada akad yang syaratnya bertentangan


dengan kehendak syarak? Jelaskan kesan-kesan tersebut.

4.5 JENIS AKAD


Seterusnya dalam subtopik ini, kita akan membincangkan jenis akad menurut
pandangan dan pendapat ulama fiqh. Menurut jumhur ulama, akad dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis. Melihat dari segi amalannya, menurut
syarak, akad boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akad sahih dan akak
yang tidak sahih. Mari kita lihat Rajah 4.5 untuk melihat jenis akad dengan lebih
jelas.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


70 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

Rajah 4.5: Jenis akad

Sekarang kita akan melihat jenis akad dengan lebih terperinci.

4.5.1 Akad Sahih


Akad sahih ialah akad yang telah memenuhi syarat dan rukun. Dengan
demikian, segala kesan hukum yang ditimbulkan oleh akad itu memberi impak
kepada kedua-dua belah pihak. Ulama mazhab Hanafi dan Maliki
membahagikan lagi akad sahih ini kepada dua jenis, iaitu:

(a) Akad Nafiz (Sempurna untuk Dilaksanakan)


Akad yang dilangsungkan dengan memenuhi rukun dan syarat dan tidak
ada penghalang untuk melaksanakannya.

(b) Akad Mauquf


Akad yang dilakukan seseorang yang mampu bertindak atas kehendak
hukum tetapi dia tidak memiliki kekuasaan untuk melangsungkan dan
melaksanakannya. Akad tersebut seperti akad yang dilakukan oleh anak
kecil menjelang akil baligh (mumayyiz). Akad itu baru sah secara
sempurna dan memiliki akibat hukum setelah mendapat izin daripada
wali anak itu.

Akad mauquf juga disebut dalam fikah dengan aqd al-fudluli. Sebagai contoh,
Ahmad memberikan wang RM500 kepada Yusuf untuk membeli seekor
kambing. Jumlah wang RM500 itu sebenarnya dapat digunakan untuk membeli
dua ekor kambing dan Yusuf membeli dua ekor kambing. Kesahihan akad jual
beli dua ekor kambing itu bergantung pada Ahmad kerana Yusuf hanya

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 71

diarahkan membeli seekor kambing sahaja. Jika dipersetujui oleh Ahmad, maka
sahlah akad itu. Sebaliknya jika tidak dipersetujui, maka ia tidak sah dan Yusuf
harus mengembalikan bakinya kepada Ahmad.

Menurut mazhab Syafie dan Hambali, jual beli yang mauquf itu tidak sah.
Selanjutnya, jika dilihat dari sisi mengikat atau tidak jual beli yang sahih itu,
ulama fiqh membahagikannya kepada dua jenis, iaitu:

(a) Akad yang bersifat mengikat bagi kedua-dua belah pihak sehingga salah
satu pihak tidak boleh membatalkan akad itu tanpa keizinan pihak lain
seperti akad jual beli dan sewa-menyewa; dan

(b) Akad yang tidak bersifat mengikat bagi kedua-dua belah pihak seperti
ariyah (pinjam-meminjam) dan wadiah (simpanan).

4.5.2 Akad yang Tidak Sahih


Akad yang tidak sahih, iaitu akad yang terdapat kekurangan pada rukun atau
syaratnya sehinggakan akibat hukum tidak berlaku bagi kedua-dua belah pihak
yang melakukan akad itu. Mazhab Hanafi membahagikan lagi akad yang tidak
sahih ini kepada dua jenis, iaitu akad yang batil dan akad yang fasid.

Sesuatu akad dikatakan batil apabila akad itu tidak memenuhi salah satu rukun
dan larangan langsung daripada syarak. Sebagai contoh, objek akad (jual beli) itu
tidak jelas seperti menjual ikan dalam lautan atau salah satu pihak tidak mampu
bertindak atas nama hukum seperti anak kecil atau orang gila.

Sesuatu akad dikatakan fasid apabila suatu akad yang pada dasarnya
dibenarkan tetapi sifat yang diakadkan tidak jelas seperti menjual kereta tidak
disebutkan modelnya dan tahunnya. Jual beli sebegini tidak lagi dianggap fasid
sekiranya kereta yang dijual itu lengkap diberikan maklumatnya sehingga tidak
meragukan pembeli. Namun jumhur ulama fiqh berpendapat akad yang batil
dan fasid tetap tidak sah dan akad tersebut tidak mengakibatkan hukum apa
pun bagi kedua belah pihak (Zaharuddin Abdul Rahman, 2009).

AKTIVITI 4.5

Lakarkan serta bincangkan tentang jenis-jenis akad menurut pandangan


dan pendapat ulama fiqh.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


72 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

SEMAK KENDIRI 4.5

Berikan maksud bagi perkara berikut:

(a) Akad sahih.

(b) Akad nafiz.

(c) Akad mauquf.

(d) Akad batil.

(e) Akad fasid.

4.6 TAMATNYA SESUATU AKAD


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pendapat serta pegangan ulama
fiqh yang menyatakan bahawa sesuatu akad akan berakhir sekiranya terjadi
perkara berikut:

(a) Berakhirnya masa berlaku akad itu apabila akad itu melibatkan suatu
jangka masa tertentu;

(b) Dibatalkan oleh pihak yang berakad apabila akad itu mengikat;

(c) Dalam sesuatu akad yang bersifat mengikat, akad berakhir apabila:

(i) Akad itu fasid;

(ii) Berlaku khiyar syarat atau khiyar aib (barang rosak);

(iii) Akad itu tidak dilaksanakan oleh satu pihak yang berakad; dan

(iv) Telah tercapai tujuan akad itu secara sempurna.

(d) Salah seorang daripada pihak yang berakad meninggal dunia.

Walaupun salah seorang daripada pihak meninggal dunia, akad akan dapat
diteruskan oleh ahli warisnya seperti akad sewa-menyewa, gadaian (rahn) dan
persyarikatan (syarikah). Dengan demikian, tidak ada pihak yang rugi (Hailani
Muji Tahir, 2009). Rajah 4.6 menunjukkan secara ringkas faktor yang
menamatkan akad.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 73

Rajah 4.6: Tujuh faktor yang menamatkan akad

AKTIVITI 4.6

1. Bilakah sesuatu akad itu dianggap tamat? Bincangkan.

2. Berikan beberapa contoh bagi penjelasan anda.

SEMAK KENDIRI 4.6

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tamatnya sesuatu akad?

2. Apakah itu khiyar aib?

3. Apakah kesan berakhirnya sesuatu akad?

4. Bilakah sesuatu akad itu telah mencapai tujuannya?

5. Apakah kesannya pada akad apabila salah seorang pihak


meninggal dunia?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


74 TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM

Akad membawa pengertian perikatan, perjanjian, persetujuan dan


permuafakatan. Pertalian antara ijab (penyataan melakukan ikatan) dan
kabul (penyataan menerima ikatan) sesuai dengan prinsip syariat yang
mempunyai pengaruh besar ke atas transaksi sesuatu objek atau benda.

Akad sahih merupakan akad yang telah memenuhi syarat dan rukun. Akad
yang tidak sahih ialah akad yang terdapat kekurangan pada rukun atau
syaratnya.

Menurut jumhur ulama, rukun akad terdiri daripada sighah al-aqd, pihak
yang berakad dan objek akad. Syarat akad pula terbahagi kepada syarat
umum dan syarat khusus.

Ulama fiqh telah menyatakan bahawa sesuatu akad akan berakhir dalam
tujuh keadaan, iaitu:
Berakhirnya masa akad;
Akad itu fasid;
Tidak dilaksanakan oleh satu pihak;
Meninggal dunia salah seorang ahli akad;
Dibatalkan oleh pihak yang terlibat;
Berlakunya khiyar aib; dan
Akad telah sempurna.

Kesemua aspek akad yang telah dibincangkan merupakan prinsip asas yang
diguna pakai dalam sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.

Akad Khiyar aib (barang rosak)


Akad fasid
Mujib
Akad nafiz
Qaabil
Akad mauquf
Sighah al-aqd
Akad sahih

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KONSEP AKAD DALAM SYARIAT ISLAM 75

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


Al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Ahliyyah
5 (Kelayakan)
dalam Akad
Menurut
Syariat Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian ahliyyah (kelayakan) dalam akad;
2. Menghuraikan elemen yang membatalkan akad;
3. Menerangkan hukum dan kesan akad yang tidak sah;
4. Membandingkan akad yang sah dengan yang tidak sah; dan
5. Membincangkan isu kelayakan dalam akad dengan merujuk kepada
sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.

PENGENALAN
Sekarang kita akan memasuki Topik 5 iaitu topik yang bertajuk Ahliyyah
(kelayakan) dalam Akad Menurut Syariat Islam. Perbincangan kita dalam topik
ini akan menjurus kepada kelayakan pihak yang berakad. Apakah akad? Cuba
anda nyatakan maksud akad.

Akad merupakan pertemuan antara dua pihak yang bersetuju untuk


mengadakan sesuatu perjanjian berdasarkan terma dan syarat yang tertentu.
Dalam persetujuan ini terkandung keinginan setiap pihak. Kadangkala terdapat
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 77

sesuatu perkara yang boleh mencacatkan akad dan tidak mempunyai kesan
hukum di sisi syarak.

Biasanya elemen yang boleh menyebabkan sesuatu akad itu cacat ialah
berlakunya kesilapan (kekhilafan), kerugian atau penipuan melalui tipu helah
(muslihat), paksaan (ikrah) serta ugutan dan sebagainya yang kerelaan untuk
berakad tidak akan diberikan oleh satu pihak sekiranya diketahui perkara yang
sebenar. Maka topik ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang
beberapa perkara asas yang boleh mencacatkan serta membatalkan sesuatu akad
itu.

5.1 ELEMEN KESILAPAN (KEKHILAFAN)


DALAM AKAD
Seterusnya kita akan membincangkan konsep kesilapan yang merupakan salah
satu sebab yang mencacatkan kehendak seseorang untuk mengadakan akad.
Keadaan ini wujud dalam diri pihak yang ingin mengikat kontrak yang dia
membuat gambaran yang tidak tepat tentang kontrak yang hendak dibuat.
Perbincangan tentang kesilapan ini lebih terarah kepada benda yang menjadi
objek kontrak sama ada pada zat atau sifat benda tersebut. Contoh kesilapan
pada zat benda ialah A membeli sebentuk cincin berlian tetapi ternyata ia kaca.
Contoh bagi kesilapan pada sifat pula ialah X membeli kain sutera yang
dianggap buatan Jepun tetapi sebenarnya buatan Malaysia (Abdul Raziq
al-Sanhuri, 1967).

Rajah 5.1 menunjukkan dua jenis kesilapan dalam akad, iaitu kesilapan batin
(tersembunyi) dan kesilapan zahir (jelas). Kedua-dua jenis kesilapan ini sama
ada pada zat atau sifat benda yang menjadi objek kepada kontrak itu mungkin
berlaku secara tersembunyi atau secara zahir.

Rajah 5.1: Dua elemen kesilapan dalam akad

Sekarang mari kita lihat dengan lebih jelas tentang kedua-dua jenis kesilapan
yang disebutkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


78 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

5.1.1 Kesilapan Batin (Tersembunyi)


Kesilapan ini berlaku secara tidak jelas. Perkara ini disebabkan oleh kesilapan
yang ada dalam gambaran pihak yang berkontrak serta tidak ada pula tindakan
luar yang menjelaskan segala anggapannya itu. Kesilapan tersebut menyebabkan
dia membuat sangkaan yang tidak benar tentang benda yang menjadi objek
kepada kontrak itu sama ada pada zat atau sifatnya.

Contohnya, A ingin membeli sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas.


Semasa membuat tawaran untuk membelinya dia tidak pula menyatakan
sangkaannya itu begitu juga semasa kontrak itu dibuat. Setelah selesai kontrak
itu dibuat barulah A sedar bahawa sangkaannya tidak tepat dan cincin itu bukan
diperbuat daripada emas.

Hukum serta Kesannya


Dalam hal ini, fuqaha mengatakan kesilapan secara tersembunyi seperti ini tidak
memberi kesan kepada hukum akad atau kontrak yang telah dibuat. Kontrak
tersebut tetap sah kerana unsur penting dalam melakukan akad ialah wujud
kemahuan yang jelas untuk berkontrak pada kedua-dua belah pihak. Kemahuan
tersebut boleh difahami melalui tindakan yang dilakukan sama ada dengan
perkataan, perbuatan atau lain-lain. Niat yang tidak jelas dan tersirat di dalam
hati semata-mata tidak boleh dijadikan bukti ada atau tidak kemahuan seseorang
untuk berkontrak.

5.1.2 Kesilapan Zahir (Jelas)


Kesilapan ini berlaku apabila pihak yang berkontrak atau salah satu daripadanya
mempunyai tanggapan yang tidak tepat pada benda yang menjadi objek akad itu
dan tanggapan tersebut telah dinyatakan sewaktu kontrak dilakukan.
Contohnya, A berkata kepada B, Saya ingin membeli cincin emas awak ini
dengan harga RM300. B telah menerima tawaran tersebut. Namun A mendapati
cincin tersebut bukan dibuat daripada emas tetapi suasa.

Hukum serta Kesannya


Sekiranya kesilapan zahir ini berlaku pada zat benda yang menjadi objek kontrak
itu seperti cincin permata yang disangka berlian tetapi sebenarnya kaca, akad
yang dilakukan itu batal. Alasannya ialah benda yang diakadkan itu seolah-olah
tidak wujud sama sekali. Apabila barang tidak ada, maka akad tersebut tidak
sah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 79

Sekiranya kesilapan zahir ini berlaku pada sifat benda yang dikontrakkan seperti
ingin membeli kain sarung buatan Indonesia tetapi yang dibeli kain buatan
Malaysia. Akad itu boleh dibatalkan oleh pihak yang melakukan kesilapan
tersebut. Ini disebabkan apa yang berlaku tidak menjejaskan kewujudan objek
kontrak itu sebagaimana kesilapan yang berlaku pada sifat benda.

Walaupun kesilapan yang berlaku pada sifat benda tidak menafikan objek
kontrak itu ada, namun apa yang sebenarnya diingini oleh pihak yang terlibat
tidak diperoleh. Oleh itu, pihak yang berkenaan diberikan peluang sama ada
untuk meneruskan akad yang sudah dibuat itu ataupun membatalkannya.
Tindakan ini boleh dilakukan sekiranya akad yang berlaku itu termasuk dalam
kategori akad yang boleh dibatalkan seperti akad jual beli. Sekiranya akad yang
berlaku itu tidak boleh dibatalkan seperti akad perkahwinan, jumhur fuqaha,
kecuali fuqaha mazhab Hambali mengatakan akad itu tidak boleh dibatalkan
(Ala-Eddin Khafofa, 2007).

AKTIVITI 5.1

Perbincangan tentang kesilapan dalam akad lebih memberi penumpuan


kepada benda yang menjadi objek kontrak sama ada pada zat atau sifat
benda tersebut. Huraikan.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kesilapan dalam akad?

2. Terangkan perbezaan antara kesilapan zahir dan batin.

3. Apakah hukumnya apabila berlaku kesilapan zahir pada akad?


Berikan contohnya.

4. Apakah hukumnya apabila berlaku kesilapan batin pada akad?


Berikan contohnya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


80 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

5.2 ELEMEN RUGI DAN TIPU HELAH DALAM


AKAD
Apakah yang akan berlaku seandainya wujud elemen penipuan dalam akad?
Apakah pendapat anda? Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan elemen
rugi dan tipu helah dalam akad. Rugi bererti bayaran yang diterima oleh salah
satu pihak yang berkontrak tidak sepadan dengan bayaran yang diterima oleh
pihak yang satu lagi. Contohnya, A menjual kepada B satu barang yang bernilai
RM200 dengan harga RM150 sahaja. Oleh sebab itu, A dianggap orang yang rugi.
Begitu juga jika X membeli barang yang bernilai RM20 dengan harga RM50, dia
ialah orang yang rugi.

5.2.1 Elemen Tipu Helah atau Muslihat


Tipu helah ditakrifkan oleh fuqaha sebagai menggunakan helah atau muslihat
bagi menarik orang lain untuk mengadakan kontrak dengan anggapan kontrak
itu memberi kebaikan kepadanya. Rajah 5.2 menunjukkan kepada anda dua jenis
tipu helah.

Rajah 5.2: Dua jenis tipu helah

Tipu helah boleh dilakukan sama ada menerusi perbuatan atau perkataan. Mari
lihat Jadual 5.1 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Jadual 5.1: Penerangan bagi Tipu Helah menerusi Perbuatan dan Perkataan

Tipu Helah dengan Perbuatan Tipu Helah dengan Perkataan


Membuat sesuatu perkara dengan tujuan Memberi gambaran dengan perkataan
untuk menipu pihak tertentu supaya secara tidak tepat tentang sesuatu perkara
melakukan kontrak dan membuat yang hendak dikontrakkan bagi menarik
gambaran yang tidak tepat pada benda pihak tertentu untuk berkontrak serta
yang hendak dikontrakkan seperti membuat tanggapan yang tidak tepat
mencelup baju lama dengan warna terhadap benda tersebut.
tertentu supaya kelihatan baharu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 81

5.2.2 Hukum serta Kesannya Akad yang Merugikan


dan Tipu Helah dalam Akad
Rugi dan tipu helah ialah dua perkara yang memberi kesan berbeza pada hukum
akad. Pelbagai pendapat telah diberikan oleh fuqaha dalam masalah ini. Ini
berdasarkan pada keadaan yang berlaku dalam sesuatu akad yang dibuat sama
ada kerugian semata-mata atau tipu helah sahaja atau kedua-duanya sekali. Bagi
mengetahui kedudukan akad yang merugikan dan tipu helah dalam akad,
perkara ini perlu dijelaskan mengikut keadaan yang dinyatakan sebelum ini.

(a) Akad yang Merugikan


Sesuatu akad yang dibuat tidak akan terjejas dengan kerugian yang kecil.
Kerugian ini merupakan hal yang sering berlaku dan tidak boleh dielakkan
dalam melakukan sesuatu akad atau kontrak. Bahkan, orang ramai juga
boleh menerima keadaan ini.

Sekiranya kerugian yang berlaku itu besar, para fuqaha berbeza pendapat
dalam menentukan status akad tersebut. Sebahagian fuqaha berpendapat
akad yang berlaku adalah sah. Namun pihak yang mengalami kerugian
boleh membatalkannya.

Ada pula sebahagian yang lain mengatakan, akad yang berlaku adalah sah
dan tidak boleh difasakh atau dibatalkan oleh mana-mana pihak. Ini
kerana akad yang mengalami kerugian biasanya akad yang ada balasan
dan mutlak. Akad seperti ini tidak boleh dibatalkan oleh sesiapa pun.
Sekiranya pihak yang mengalami kerugian itu diberi peluang
membatalkan akad tersebut, maka sifat mutlak pada akad itu tidak bererti
lagi. Bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara ini, kedua-dua pihak
hendaklah berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan kontrak.
Mereka tidak boleh berharap untuk membatalkan akad yang sudah dibuat
secara sah dan bersifat mutlak itu.

(b) Akad yang Menggunakan Tipu Helah


Sekiranya berlaku tipu helah dalam akad berkenaan, pihak yang tertipu
boleh memfasakhkan akad tersebut dengan syarat penipuan tersebut
berlaku tanpa pengetahuan dan disedarinya.

(c) Akad yang Kerugian Kerana Tipu Helah


Sebahagian fuqaha mengatakan sekiranya berlaku kerugian sama ada
banyak atau sedikit dan kerugian itu berlaku disebabkan tipu helah yang
dilakukan oleh pihak yang berakad itu sendiri atau orang lain, pihak yang
tertipu itu boleh melakukan fasakh terhadap akad tersebut. Dia dibenarkan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


82 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

berbuat demikian untuk menjaga kepentingannya dan menghapuskan niat


jahat pihak yang melakukan penipuan tersebut.

Manakala sebahagian yang lain pula mengatakan kerugian yang banyak


sahaja yang membolehkan pihak yang tertipu membatalkan akad yang
dilakukan. Sekiranya penipuan yang dilakukan hanya menyebabkan
kerugian yang sedikit, pihak yang menanggungnya tidak boleh
membatalkan akad yang sudah dibuat itu (Faizah Ismail, 2006).

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Apakah maksud rugi dan jenis-jenisnya?

2. Apakah maksud tipu helah dan jenis-jenisnya?

3. Kenapakah rugi dan tipu helah boleh membatalkan akad?

4. Bagaimanakah untuk mengelak tipu helah dalam akad?

5. Kenapakah agama Islam melarang tipu helah dalam akad?

5.3 ELEMEN PAKSAAN DALAM AKAD


Perbincangan kita yang seterusnya akan berkisar kepada faktor paksaan yang
boleh mencacatkan serta membatalkan sesuatu akad. Apakah makna paksaan?
Paksaan ditakrifkan oleh fuqaha sebagai mengancam atau mengugut seseorang
dengan sesuatu yang menakutkannya supaya dia melakukan perkara yang tidak
disukainya. Anda boleh melihat Rajah 5.3 untuk mengetahui jenis paksaan.

Rajah 5.3: Dua jenis paksaan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 83

Apakah paksaan sepenuhnya dan paksaan tidak sepenuhnya? Mari lihat


penerangan berikut.

(a) Paksaan sepenuhnya bermaksud mengancam atau mengugut untuk


membunuh atau mencederakan orang yang dipaksa. Termasuk dalam
kategori paksaan ini adalah ugutan untuk merosakkan harta atau
membunuh orang yang ada hubungan dengan orang yang dipaksa. Paksaan
ini dinamakan paksaan sepenuhnya kerana paksaan ini menghilangkan
kerelaan dan pilihan orang yang dipaksa itu sama sekali. Oleh sebab takut
kehilangan nyawa atau anggota badan, orang yang dipaksa, terpaksa
melakukan apa yang disuruh oleh orang yang memaksanya; dan

(b) Paksaan tidak sepenuhnya pula ialah mengugut untuk memukul, menahan
atau sebagainya yang berupa ugutan yang tidak membahayakan nyawa,
anggota badan atau harta. Ugutan ini berbeza mengikut keadaan orang
yang diugut itu sendiri. Paksaan ini dikatakan sebagai paksaan tidak
sepenuhnya kerana ia hanya menghilangkan kerelaan orang yang dipaksa
tetapi tidak menghilangkan pilihannya. Orang yang dipaksa itu masih
boleh memilih sama ada untuk melakukan apa yang disuruh atau tidak.

5.3.1 Hukum serta Kesan Paksaan pada Akad


Fuqaha daripada mazhab Hanafi berpendapat sekiranya akad yang dibuat
melibatkan penceraian dan rujuk, akad akan dianggap sah walaupun dibuat
secara terpaksa. Paksaan tidak memberi sebarang kesan pada akad tersebut
kerana akad jenis ini menurut mazhab Hanafi sudah dianggap sah semata-mata
dengan adanya tindakan yang boleh menjelaskan kehendak pihak yang
melakukannya. Bagi mereka, berlakunya tindakan itu sudah menepati adanya
kehendak pihak yang terlibat untuk berkontrak. Keadaannya sama seperti akad
yang dibuat secara bergurau.

Sekiranya akad yang dibuat kerana dipaksa itu berbentuk akad yang tidak
mutlak dan boleh difasakh seperti akad jual beli, maka mazhab Hanafi
berpendapat akad ini dianggap akad fasid dan tidak batal. Paksaan untuk
melakukan akad seperti ini hanya menghilangkan kerelaan sahaja dan bukannya
pilihan dalam diri orang yang dipaksa itu. Orang yang dipaksa itu masih
mempunyai kuasa untuk membuat pilihan. Apa yang penting bagi menjadikan
akad itu sah ialah adanya kerelaan pada pihak yang berkontrak. Oleh sebab
orang yang dipaksa itu mempunyai pilihan sendiri, maka akad yang dibuatnya
dianggap wujud tetapi tidak sah kerana dibuat tanpa kerelaannya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


84 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

Manakala fuqaha lain seperti fuqaha mazhab Jaafariyah, Syafiiyah dan


Hanabilah pula berpendapat segala akad atau kontrak yang dibuat secara
terpaksa tidak sah dan tidak melahirkan sebarang hukum. Segala tindakan
dengan perkataan yang dilakukan secara terpaksa dianggap sia-sia dan tidak
melahirkan kesan.

Alasan yang diberikan oleh mereka dalam masalah ini ialah:

(a) Allah SWT tidak menganggap orang yang dipaksa mengucap perkataan
kufur telah menjadi kafir. Firman Allah SWT:

. . . yM}$$/ By 6=s%u o2& t ) . . .

Maksudnya:
...kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang
tenteram dengan iman.
(Surah al-Nahl: 106)

Apabila orang yang dipaksa melakukan perbuatan yang boleh


menyebabkan dia kufur tidak dianggap kafir, maka begitu juga orang yang
dipaksa melakukan sesuatu muamalat, tidak diambil kira tindakannya itu.
Hukum yang berkaitan dengan hal akidah dan kekufuran dianggap lebih
besar berbanding dengan hukum yang berkaitan dengan muamalat sesama
manusia seperti jual beli. Sekiranya hukum yang lebih besar sudah
dianggap tidak sah, maka hukum yang lebih kecil daripadanya juga
semestinya demikian.

(b) Hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:


Maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT mengangkat daripada umatku apa-apa yang
tersalah atau terlupa atau dipaksa.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ibn Abbas)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 85

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:



Maksudnya:
Tidak jatuh talak orang yang dipaksa.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah daripada Aisyah)

(c) Niat untuk melakukan sesuatu perbuatan adalah penting untuk


menjadikannya sah. Oleh sebab itulah perbuatan yang dilakukan oleh
orang gila atau bodoh tidak sah kerana dia tidak mempunyai niat yang
diiktiraf untuk melakukannya. Begitu juga dengan orang yang dipaksa.
Dia tidak mempunyai niat sebenar untuk melakukan perkara tersebut.
Segala tindakan yang dilakukannya semata-mata bertujuan untuk
menyelamatkan dirinya daripada segala ancaman yang ditujukan
kepadanya (Hailani Muji Tahir, 2009).

AKTIVITI 5.2

Sesungguhnya Allah SWT mengangkat daripada umatku apa-apa


yang tersalah atau terlupa atau dipaksa.

Bincangkan pengertian hadis ini.

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Apakah pengertian paksaan menurut syariat Islam?

2. Mengapakah paksaan dilarang oleh Islam? Huraikan.

3. Senaraikan jenis-jenis paksaan.

4. Terangkan hukum dan kesan paksaan pada akad.

5. Berikan contoh-contoh paksaan yang akan membatalkan akad.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


86 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

5.4 BAHAGIAN AKAD


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bahagian akad. Akad terbahagi
kepada beberapa jenis berdasarkan aspek yang berbeza seperti sifat akad itu
sendiri, tempoh wujudnya dan kesan sesuatu akad yang dibuat berdasarkan
jenisnya. Rajah 5.4 menunjukkan bahagian akad.

Rajah 5.4: Pembahagian akad

5.4.1 Sifat atau Hukum Akad


Dalam syariat Islam, sifat akad disebut juga oleh fuqaha sebagai hukum akad.
Dalam menjelaskan maksud sifat atau hukum akad ini, terdapat dua huraian
yang telah diberikan oleh fuqaha.

Sebahagian daripada fuqaha menjelaskan yang dimaksudkan dengan sifat atau


hukum akad itu ialah ketentuan yang berasaskan kepada sejauh mana perbuatan
itu harus atau ditegah oleh syarak. Sesuatu akad itu halal di sisi syarak, selagi
dibenarkan oleh syarak; sebaliknya, akad itu haram kerana dilarang oleh syarak.

Manakala sebahagian fuqaha yang lain pula menjelaskan maksud hukum atau
sifat akad itu ialah suatu sifat yang diberikan kepada akad atau kontrak
berdasarkan sejauh mana sesuatu akad yang dibuat itu telah melahirkan kesan
atau sebaliknya. Kadangkala penilaian seperti itu dibuat berdasarkan pihak yang
terlibat serta terikat atau tidaknya dengan akad yang dibuatnya itu. Berdasarkan
pada definisi ini, sesuatu akad itu disifatkan sebagai batal jika ia tidak
melahirkan kesan. Semuanya berdasarkan sama ada sifat yang menjadikan akad
tersebut boleh melahirkan kesannya atau tidak.

Bagi menjelaskan jenis akad yang berdasarkan sifat atau hukumnya itu, kita akan
menghuraikannya menurut tafsiran kedua. Berdasarkan tafsiran ini, akad
terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang ditunjuk dalam Rajah 5.5 berikut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 87

Rajah 5.5: Sifat atau hukum akad

(a) Akad yang Sah dan Tidak Sah


Selanjutnya kita akan melihat akad yang sah dan juga akad yang tidak sah.

(i) Akad yang Sah


Akad yang sah ialah akad yang berlaku tanpa sebarang kecacatan
sama ada pada rukun atau syaratnya. Akad ini akan melahirkan
kesannya di sisi syarak.

(ii) Akad Tidak Sah


Jumhur fuqaha mentakrifkan akad tidak sah ini sebagai akad yang
tidak cukup rukun dan syaratnya.

Menurut fuqaha mazhab Hanafi, akad tidak sah terbahagi kepada


dua, iaitu akad batal dan akad fasid. Akad yang batal ialah akad
yang mempunyai kecacatan pada rukunnya seperti perjanjian yang
dibuat secara tidak betul. Sebagai contoh, penerimaan yang dibuat
oleh orang yang menerima tidak sama dengan tawaran yang dibuat
oleh orang yang menawarkan. Akad itu batal dan tidak melahirkan
sebarang kesan di sisi syarak.

Manakala akad fasid pula ialah akad yang mempunyai kecacatan


pada syarat akad dan tidak pada rukunnya. Contohnya, akad yang
mengandungi syarat yang bertentangan dengan hukum syarak atau
akad yang bentuk balasannya tidak jelas. Akad seperti ini juga tidak
melahirkan sebarang kesan dan boleh dibatalkan oleh pihak yang
berkontrak. Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, akad
fasid ini juga melahirkan hukum seperti akad perkahwinan yang
Copyright Open University Malaysia (OUM)
88 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

dibuat tanpa saksi. Menurut pendapat fuqaha mazhab Hanafi, akad


ini dianggap sebagai akad fasid tetapi melahirkan kesan, iaitu sabit
mas kahwin, wajib idah jika berlaku perkahwinan sabit nasab anak
dan sebagainya.

Daripada penjelasan yang telah diberikan, dapat difahami perbezaan


pendapat antara jumhur fuqaha dengan fuqaha mazhab Hanafi. Bagi
jumhur, tiada perbezaan antara akad batal dan akad fasid. Kedua-
duanya boleh disebut sebagai akad yang tidak sah. Manakala fuqaha
Hanafi pula membezakan antara keduanya kerana dalam beberapa
keadaan, akad ini akan melahirkan kesan yang berbeza juga.

(b) Akad yang Diluluskan Tanpa Syarat dan dengan Bersyarat


Akad yang sah ialah akad yang dapat melahirkan kesannya. Kesan ini pula
akan wujud selepas tamat perjanjian yang dibuat antara pihak yang
berakad, tanpa sama ada memerlukan kelulusan daripada mana-mana
pihak atau setelah mendapat kelulusan daripada pihak tertentu. Akad
yang dibuat tanpa kelulusan pihak tertentu dikenali sebagai akad lulus
tanpa syarat, sementara yang memerlukan kelulusan pihak lain dinamakan
akad lulus dengan syarat.

Sesuatu akad itu akan melahirkan kesannya dan berkuat kuasa dengan
segera jika dilakukan oleh orang yang mempunyai kelayakan dan kuasa
untuk melakukannya tanpa perlu mendapat kelulusan daripada mana-
mana pihak. Sebaliknya, jika dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai
kelayakan penuh dan kuasa untuk melakukannya, maka kesan akad
tersebut tidak akan ada kecuali setelah mendapat kelulusan daripada pihak
yang berkenaan. Contohnya, seorang budak melakukan akad. Akad itu
berkesan hanya jika wali atau penjaganya merestui atau memperakukan
apa yang dilakukannya. Jika tidak, akad itu dianggap batal.

(c) Akad Lazim dan Tidak Lazim


Akad yang diluluskan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu akad lazim
dan akad yang tidak lazim.

(i) Akad lazim atau akad yang mengikat ialah akad yang tidak boleh
difasakh kecuali dengan persetujuan kedua-dua belah pihak yang
berakad. Akad lazim yang boleh difasakh dengan persetujuan kedua-
dua belah pihak ini hanya berlaku pada akad yang tidak mutlak atau
disebut juga sebagai akad yang boleh difasakh. Akad yang berlaku
secara mutlak tidak menerima pembatalan sama sekali, walaupun
dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, seperti akad

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 89

perkahwinan dan sebagainya. Akad ini dinamakan akad lazim secara


mutlak; dan

(ii) Akad tidak lazim atau yang tidak merugikan disebut juga sebagai
akad harus. Akad ini boleh menerima fasakh atas permintaan pihak
yang berakad. Akad ini boleh difasakh berasaskan kehendak mana-
mana pihak tanpa memerlukan persetujuan daripada pihak yang
satu lagi seperti akad menyimpan (wadiah) atau pinjaman barang
(`ariah). Dalam akad ini, kedua-dua belah pihak boleh pada bila-bila
masa membatalkan akad ini. Ada pula sebahagian akad yang
dianggap tidak lazim bagi satu pihak dan lazim bagi pihak yang satu
lagi. Contohnya, akad gadaian. Bagi penggadai, akad ini merupakan
akad lazim. Dia tidak boleh membatalkan akad tersebut kecuali
dengan persetujuan pihak pemegang gadaian. Bagi pihak pemegang
gadaian pula, akad itu merupakan akad harus atau akad tidak lazim.
Dia boleh membatalkan akad tersebut pada bila-bila masa.

5.4.2 Tempoh Akad


Subtopik ini akan membincangkan faktor tempoh dalam penguatkuasaan akad.
Berdasarkan bentuk perjanjian yang dibuat, akad terbahagi kepada beberapa
jenis seperti dipaparkan dalam Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Tempoh akad

(a) Akad yang Berkuat Kuasa Serta-merta


Akad ini ialah akad yang berkuat kuasa secara serta-merta tanpa sebarang
syarat seperti akad jual beli. Akad ini mempunyai kesan serta-merta
dengan berlakunya perjanjian, iaitu tawaran dan penerimaan antara
kedua-dua belah pihak. Dengan adanya akad ini, penjual akan menerima
kesan daripada jualannya, iaitu dalam bentuk bayaran, manakala pembeli
pula akan menerima kesannya juga, iaitu barang yang dibelinya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


90 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

Ada pula beberapa jenis akad yang bentuk perjanjiannya tidak


membolehkan kesannya wujud secara serta-merta tetapi bergantung pada
syarat perjanjian yang dibuat. Sebagai contoh, akad salam (tempahan).
Kesan daripada akad tersebut tidak berlaku secara serta-merta tetapi hanya
akan dianggap sah apabila orang yang membuat tempahan sudah
menerima barang tempahannya itu.

(b) Akad yang Berkuat Kuasa pada Masa Hadapan


Akad yang berkuat kuasa pada masa hadapan adalah yang penawaran dan
penerimaannya memberi erti penangguhan penguatkuasaannya ke suatu
masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Contohnya, akad
sewaan. Pihak yang berakad boleh menentukan tarikh mula berkuat
kuasanya perjanjian sewaan tersebut. Sekiranya A membuat perjanjian
untuk menyewakan rumahnya kepada B bermula dari bulan hadapan,
maka tarikh mula berkuat kuasa perjanjian tersebut adalah pada bulan
tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak semua akad boleh dibuat dalam bentuk ini. Ada
sesetengah akad tidak boleh ditangguhkan penguatkuasaannya. Dalam masalah
ini, akad terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

(a) Akad yang mana penguatkuasaannya pada masa hadapan seperti akad
wasiat;

(b) Akad yang tidak boleh ditunda penguatkuasaannya seperti akad jual beli
dan perkahwinan; dan

(c) Akad yang boleh ditunda penguatkuasaannya seperti akad sewaan dan
pinjaman.

5.4.3 Akad Tergantung


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan akad tergantung dan syarat yang
diperlukannya. Penguatkuasaan akad ini bergantung pada kewujudan syarat
yang ditentukan pada masa akan datang. Jika syarat yang ditentukan itu ada,
akad tersebut dianggap wujud dan berlaku. Sekiranya X berkata kepada Y,
Apabila saya berangkat ke luar negeri, maka saya lantik awak sebagai wakil
saya di sini. Pelantikan ini tidak akan berkuat kuasa kecuali setelah Y berada di
luar negeri.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 91

Untuk menjadikan akad ini sah, maka disyaratkan sesuatu yang menjadi asas
akad diadakan sewaktu akad itu dibuat. Sekiranya asas itu sudah ada, maka
akad tersebut bukan lagi disebut sebagai akad tergantung tetapi akad yang terus
berkuat kuasa. Sekiranya A berjanji kepada B akan memberi hadiah jika B lulus
peperiksaan, maka perjanjian itu akan terus berkuat kuasa. Sekiranya B belum
lagi lulus, maka penguatkuasaan perjanjian itu berdasarkan pada kelulusan B
dalam peperiksaan.

Akad terbahagi kepada tiga bahagian seperti dipaparkan dalam Rajah 5.7
berikut.

Rajah 5.7: Tiga bahagian akad tergantung

Seperti yang dapat kita lihat dalam rajah tadi, akad terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu:

(a) Akad yang Tidak Boleh Sama Sekali Dibuat secara Tergantung atau
Bersyarat
Akad ini yang memberi hak milik sama ada hak milik benda atau hak milik
manfaat dan sama ada dengan balasan atau tidak. Antara akad yang
termasuk dalam jenis ini ialah akad jual beli, sewaan, pinjaman dan hibah.
Akad ini tidak boleh berlaku secara bersyarat kerana bertentangan dengan
sifat akad itu sendiri yang perlu berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya akad
jenis ini dibuat dengan syarat, sedangkan syarat yang menjadi asas
pergantungan itu mungkin ada dan tidak ada pada waktu itu, maka
keadaan ini dianggap satu perjudian dalam akad dan tidak diharuskan
oleh hukum syarak.

(b) Akad yang Boleh Dibuat secara Tergantung atau Bersyarat


Ini termasuklah akad wakalah (melantik wakil), wasiat, pemegang
amanah, cerai dan sebagainya. Akad ini boleh dibuat demikian kerana
tidak bertentangan dengan tabiat atau bentuk akad itu sendiri dan tidak
ada sifat perjudian dalamnya. Di samping itu, terdapat sebahagian

Copyright Open University Malaysia (OUM)


92 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

daripada akad jenis ini yang sememangnya terbentuk secara tergantung


seperti wasiat yang bergantung pada kematian pemberi wasiat.

(c) Akad yang Boleh Dibuat secara Tergantung Tetapi dengan Bersyarat
Maksud bersyarat di sini ialah syarat yang tidak bertentangan dengan akad
itu sendiri seperti apabila seorang itu berkata, Jika awak sanggup
memberi dia hutang, maka saya adalah penjaminnya (Mohd Ali Hassan,
2004).

AKTIVITI 5.3

Dengan bantuan rajah, bincangkan bahagian-bahagian akad serta


berikan contoh-contohnya.

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Apakah bentuk-bentuk akad yang dibenarkan oleh syariat Islam?

2. Apakah hukum dan kesan sekiranya sesuatu akad itu tidak


menepati kehendak syariat Islam? Huraikan berserta beberapa
contoh.

3. Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu akad itu


diiktiraf syariat Islam atau sebaliknya? Huraikan.

4. Berikan contoh-contoh akad yang sah dan tidak sah menurut


syariat Islam.

5. Adakah bahagian-bahagian yang disebutkan tadi terdapat dalam


sistem muamalat dan perbankan Islam?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM 93

Akad merupakan pertemuan antara dua pihak yang berkelayakan yang


mereka bersetuju dengan penuh kerelaan untuk mengadakan suatu
perjanjian berdasarkan terma dan syarat yang tertentu.

Dalam melafazkan persetujuan, terkandung dalamnya keinginan setiap


pihak untuk meneruskan perlaksanaan peranan masing-masing dengan
penuh kejujuran dan keikhlasan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh mencacatkan serta membatalkan


akad dan mempunyai kesan hukum di sisi syarak.

Perkara yang boleh menyebabkan sesuatu akad itu cacat atau batal ialah
berlaku kesilapan (kekhilafan), kerugian, penipuan, paksaan, ugutan,
ancaman dan sebagainya.

Dalam sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia, elemen yang


boleh mencacatkan serta membatalkan akad diambil kira agar sesuatu akad
itu menjadi akad yang sahih.

Ahliyyah (kelayakan) Kesilapan (kekhilafan)


Akad bersyarat
Paksaan (ikrah)
Akad lazim
Rugi
Akad sah
Sifat akad
Akad tergantung
Tipu helah (muslihat)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


94 TOPIK 5 AHLIYYAH (KELAYAKAN) DALAM AKAD MENURUT SYARIAT ISLAM

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdul Raziq al-Sanhuri. (1967). Masadir al-haq fi al-fiqh al-Islami, Jil 2. Kaherah,
Mesir: Mahad al-Buhuth.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


Al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.
Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,
Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Konsep Jual
6 Beli Menurut
Syariat Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian jual beli menurut pendapat ulama;
2. Menghuraikan konsep jual beli menurut perspektif Islam;
3. Menyenaraikan jenis jual beli;
4. Menerangkan perbezaan antara jual beli yang sahih, batil, fasid dan
haram; dan
5. Mengaplikasikan hukum jual beli dalam urusan muamalat semasa.

PENGENALAN
Bolehkah anda jelaskan konsep jual beli mengikut syariat? Mungkin ada antara
anda yang telah pun mengetahuinya dan mungkin ada yang tidak begitu
memahami konsepnya secara mendalam dan terperinci. Jadi usah risau kerana
topik ini akan membantu anda menambah pengetahuan. Dalam topik ini, kita
akan membincangkan tentang konsep jual beli menurut syariat Islam.

Topik ini akan menerangkan takrif serta pengertian jual beli menurut pendapat
ulama dan seterusnya akan mengupas konsep serta skop jual beli menurut
perspektif Islam. Seterusnya, topik ini akan menyenaraikan jenis jual beli serta
menerangkan perbezaan antara jual beli yang sah, batil, fasid dan haram,
mengenal pasti serta mengaplikasikan hukum jual beli tersebut dalam urusan
muamalat kita seharian.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


96 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

6.1 PENGERTIAN JUAL BELI


Sebelum kita memulakan pembelajaran kita dengan lebih lanjut, kita akan
menyentuh terlebih dahulu pengertian jual beli. Apakah yang anda tahu tentang
maksud jual beli? Jual beli ( ) ertinya menjual, mengganti dan menukar
(sesuatu dengan sesuatu yang lain). Kata dalam bahasa Arab kadangkala

digunakan untuk pengertian lawannya, iaitu kata: (beli). Dengan demikian,


kata bererti kata jual dan sekali gus juga bererti kata beli (Abdullah,
2004).

Dari segi terminologi, terdapat beberapa definisi, iaitu:

(a) Ulama dari mazhab Hanafi mentakrifkannya sebagai:





Maksudnya:
Saling menukarkan harta dengan harta melalui cara tertentu.




Maksudnya:
Tukar-menukar sesuatu yang diingini dengan yang sepadan melalui cara
tertentu yang bermanfaat.

Unsur definisi yang dikemukakan ulama Hanafiah tersebut adalah bahawa


yang dimaksudkan dengan cara yang khusus ialah ijab dan kabul atau juga
dibenarkan melalui saling memberikan barang dan menetapkan harga
antara penjual dan pembeli. Selain itu, harta yang dijual beli itu harus
bermanfaat bagi manusia. Oleh itu, menjual bangkai, minuman keras dan
darah umpamanya tidak dibenarkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 97

(b) Said Sabiq mendefinisikannya:


Maksudnya:
Saling menukar harta dengan harta atas dasar suka sama suka.

(c) Iman an-Nawawi mentakrifkan jual beli sebagai:


Maksudnya:
Saling menukar harta dengan harta dalam bentuk pemindahan milik.

(d) Menurut Abu Qudamah pula jual beli ialah:


Maksudnya:
Saling menukar harta dengan harta dalam bentuk pemindahan milik dan
pemilikan.

Berdasarkan definisi tadi, penekanan diberikan kepada hak milik dan


pemilikan. Ini adalah kerana terdapat juga aktiviti tukar-menukar harta
yang sifatnya tidak harus dimiliki seperti sewa-menyewa. Dalam melihat
perkaitannya dengan harta terdapat pula perbezaan pendapat antara
mazhab Hanafi dan jumhur ulama.

Menurut jumhur ulama, yang dimaksudkan harta ialah material dan


manfaat. Oleh sebab itu, manfaat daripada suatu benda boleh dijual beli.
Sedangkan ulama mazhab Hanafi berpendapat yang dimaksudkan dengan
harta (al-maal) ialah sesuatu yang mempunyai nilai. Oleh sebab itu,
manfaat dan hak tidak dapat dijadikan objek jual beli.

Dalam kalangan masyarakat primitif, jual beli biasanya dilakukan dengan


tukar-menukar barang (harta) tidak dengan wang seperti yang berlaku
pada masyarakat umumnya. Mereka umpamanya menukarkan rotan (hasil
hutan) dengan pakaian dan garam yang menjadi keperluan pokok mereka
sehari-hari. Mereka belum terdedah kepada alat pertukaran barang seperti
wang. Walau bagaimanapun, kini orang yang tinggal di pedalaman sudah
menggunakan mata wang sebagai alat pertukaran barang.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
98 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

Tukar-menukar barang seperti yang berlaku pada zaman primitif, pada


zaman moden ini pun kenyataannya dilakukan oleh satu negara dengan
negara lain iaitu dengan sistem barter ( ) (Mohd Ali Hassan, 2004).

AKTIVITI 6.1
Menurut jumhur ulama, yang dimaksudkan dengan harta dalam
konteks jual beli ialah benda dan manfaat.

Setujukah anda dengan pendapat ini? Jelaskan mengapa.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apakah maksud jual beli menurut syariat Islam?

2. Mengapakah berlakunya perbezaan pendapat ulama dalam


mendefinisikan pengertian harta dalam jual beli? Jelaskan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat primitif?

4. Apakah sistem barter? Huraikan berserta contoh.

5. Adakah sistem barter diiktiraf oleh Islam?

6.2 ASAS HUKUM JUAL BELI MENURUT


SYARIAT ISLAM
Seterusnya kita akan menyambung pembelajaran kita dengan mengetahui asas
hukum jual beli menurut Islam. Jual beli sebagai satu urusan tolong-menolong
antara sesama manusia mempunyai landasan yang amat kuat dalam syariat
Islam.

Dalam al-Quran, Allah berfirman:

(#4t/h9$# tymu yt79$# !$# ymr&u


Maksudnya:
.... Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba......
(Surah al-Baqarah: 275)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 99

Firman Allah lagi:

6n/ i Ws (#tG;s? r& y$o_ 6n=t }s9


Maksudnya:
Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan)
daripada Tuhanmu...
(Surah al-Baqarah:198)

Firman Allah:

3i <#ts? t tpgB 3s? r& H)


Maksudnya:
Kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara
kamu
(Surah an-Nisa: 29)

Ft$t6s? #s) #r&u


Maksudnya:
Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli...
(Surah al-Baqarah: 282)

Dalam sabda Rasulullah SAW disebutkan:

,
.( )
Maksudnya:
Nabi Muhammad SAW pernah ditanya, Apakah pekerjaan yang paling baik?
Rasulullah menjawab, Usaha tangan manusia sendiri dan setiap jual beli yang
diberkati.
(Riwayat al-Barzaar dan al-Hakim)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


100 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

Jual beli yang mendapat berkat daripada Allah ialah jual beli yang jujur, tidak
curang dan tidak mengandungi unsur penipuan dan pengkhianatan.

Sabda Rasulullah SAW:



Maksudnya:
Jual beli itu atas dasar suka sama suka.
(Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah (Faizah Ismail, 2006):




Maksudnya:
Pedagang yang jujur dan amanah sejajar (tempatnya di syurga) dengan para
nabi, siddiqin dan syuhada.
(Riwayat Tirmidzi)

AKTIVITI 6.2

Jual beli yang mendapat berkat daripada Allah ialah jual beli yang
jujur yang tidak curang, tidak mengandungi unsur penipuan dan
pengkhianatan.

Bincangkan kenyataan ini berserta contoh.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Apakah asas hukum jual beli dalam Islam?

2. Adakah riba juga merupakan satu perniagaan?

3. Apakah ia berkat? Jelaskan.

4. Mengapakah perlu keberkatan daripada urusan jual beli?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan suka sama suka dalam


urusan jual beli?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 101

6.3 HUKUM JUAL BELI MENURUT


PERSPEKTIF ISLAM
Sekarang mari kita lihat pula hukum jual beli menurut perspektif Islam. Dalam
subtopik ini, kita akan mengkaji nas daripada al-Quran dan hadis yang
dikemukakan dalam subtopik 6.2 sebagai dasar jual beli yang ulama fikah telah
mengambil satu ketetapan bahawa jual beli itu hukumnya harus (boleh). Namun
menurut Imam asy-Syatibi (ahli fiqh daripada mazhab Imam Maliki), hukumnya
boleh berubah menjadi wajib dalam situasi tertentu.

Sebagai contoh, dikemukakannya apabila terjadinya komplot sorok, iaitu


penyimpanan stok secara tidak sah sehinggakan stok hilang daripada pasaran
dan harga melonjak naik. Apabila terjadinya kegiatan seperti ini, maka
pemerintah boleh memaksa peniaga menjual barang sesuai dengan harga
pasaran untuk mengelak daripada berlakunya kenaikan harga barang. Peniaga
wajib mematuhi arahan pemerintah dalam menentukan harga di pasaran.

Malahan di samping wajib menjual barang dagangannya pada harga yang


disyorkan, hukuman dapat dikenakan kerana tindakan tersebut merosakkan
atau mengganggu ekonomi rakyat.

Di Malaysia, kegiatan seperti ini kerap berlaku dalam masyarakat seperti aktiviti
menyorok beras, gula pasir dan minyak masak. Individu yang melakukannya
menjadi jutawan dalam masa yang singkat, sedangkan rakyat kesusahan kerana
tidak mampu membeli sesuatu barangan keperluan harian yang mahal harganya
(Ala-Eddin Khafofa, 2007).

AKTIVITI 6.3

Pada asasnya, hukum jual beli adalah harus. Walau bagaimanapun,


dalam situasi tertentu, hukum jual beli boleh bertukar menjadi wajib.
Terangkan berserta contoh.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


102 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah hukum jual beli?

2. Bilakah hukum jual beli akan bertukar?

3. Apakah komplot sorok?

4. Kenapakah berlakunya komplot sorok?

5. Apakah kesannya kepada masyarakat, sistem ekonomi dan


politik negara?

6.4 RUKUN DAN SYARAT JUAL BELI


DARIPADA KACA MATA ISLAM
Sekarang mari kita sambung pula perbincangan tentang rukun dan syarat jual
beli daripada kaca mata Islam. Apakah rukun dan syarat jual beli menurut
Islam? Adakah anda mengetahui dan mengamalkannya dalam urusan jual beli
yang anda lakukan? Dalam subtopik ini, kita akan berbincang lebih lanjut
tentang urusan jual beli yang juga merupakan satu akad dan dipandang sah oleh
syarak apabila telah memenuhi rukun dan syarat jual beli. Ulama mempunyai
pendapat yang berbeza tentang rukun dan syarat jual beli.

Menurut mazhab Hanafi, rukun jual beli hanya ijab dan kabul sahaja. Menurut
mereka yang menjadi rukun dalam jual beli itu hanyalah kerelaan antara kedua
belah pihak untuk berjual beli. Namun memandangkan unsur kerelaan berkait
dengan hati yang sering tidak kelihatan, maka diperlukan isyarat (qarinah) yang
menunjukkan kerelaan tersebut daripada kedua-dua belah pihak. Ia terdapat
dalam bentuk perkataan (ijab dan kabul) atau dalam bentuk perbuatan, iaitu
saling memberi (penyerahan barang dan penerimaan wang). Dalam fikah, ia
terkenal dengan istilah .

Rajah 6.1 menunjukkan empat rukun jual beli yang mesti anda ketahui.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 103

Rajah 6.1: Empat rukun jual beli

Menurut jumhur ulama, terdapat empat rukun jual beli, iaitu:

(a) Orang yang berakad (penjual dan pembeli);


(b) Sighah (lafaz ijab dan kabul);
(c) Barang yang dibeli; dan
(d) Barang tersebut bernilai.

Menurut mazhab Hanafi, orang yang berakad, barang yang dibeli dan nilai tukar
barang (a, b dan d) tadi termasuk dalam syarat jual beli, bukannya rukun.
Menurut jumhur ulama, syarat jual beli sesuai dengan rukun jual beli yang
disebutkan tadi, iaitu seperti yang berikut:

(a) Syarat Orang yang Berakad


Tahukah anda apakah syarat orang yang berakad? Ulama fiqh telah
bersepakat bahawa orang yang melakukan akad jual beli harus memenuhi
syarat berikut:

Berakal (Mumayyiz)
Dengan demikian, jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum
berakal hukumnya tidak sah. Adakah anda tahu sama ada akad yang
dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz sah ataupun tidak?
Mari kita baca penerangan lanjut berikut.

Anak kecil yang sudah mumayyiz (menjelang baligh) apabila akad yang
dilakukannya membawa keuntungan baginya seperti menerima hibah,
wasiat atau sedekah, maka akadnya sah menurut mazhab Hanafi.
Sebaliknya apabila akad itu membawa kerugian bagi dirinya seperti
meminjamkan harta kepada orang lain, mewakafkan atau
menghibahkannya, maka ini tidak dibenarkan mengikut hukum.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


104 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

Urusan jual beli yang dilakukan anak kecil yang mumayyiz yang
mempunyai manfaat dan mudarat sekali gus seperti jual beli, sewa-
menyewa dan persyarikatan dagang dipandang sah menurut hukum
dengan syarat walinya mengizinkan setelah dipertimbangkan dengan
sematang-matangnya.

Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang melakukan akad jual beli
itu harus akil baligh dan berakal. Apabila orang yang berakad itu masih
mumayyiz, maka akad jual beli itu tidak sah, sekalipun mendapat izin
daripada walinya.

(b) Syarat yang Berkaitan dengan Ijab dan Kabul


Kita telah pun mengetahui syarat orang yang berakad ialah seseorang itu
mestilah berakal. Sekarang mari kita lihat pula syarat yang berkaitan
dengan ijab dan kabul.

Ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa urusan utama dalam jual beli
ialah kerelaan kedua-dua belah pihak. Kerelaan ini dapat dilihat pada saat
akad berlangsung. Ijab dan kabul harus diungkapkan secara jelas dalam
transaksi yang bersifat mengikat kedua-dua belah pihak seperti akad jual
beli dan sewa-menyewa.

Transaksi yang sifatnya tidak mengikat salah satu pihak seperti wasiat,
hibah atau wakaf tidak perlu ada kabul dan cukup dengan ijab sahaja.
Bahkan menurut Ibnu Thaimiyah (mazhab Hambali) dan ulama lainnya,
ijab pun tidak diperlukan dalam masalah wakaf. Apabila ijab dan kabul
telah diucapkan dalam akad jual beli, maka pemilikan barang dan wang
telah berpindah tangan.

Ulama fikah menyatakan bahawa syarat ijab dan kabul adalah seperti
berikut:

(i) Orang yang mengucapkannya telah akil baligh dan berakal


(pandangan jumhur ulama) atau telah berakal (pandangan ulama
mazhab Hanafi) sesuai dengan perbezaan mereka dalam menentukan
syarat seperti yang telah dikemukakan tadi;

(ii) Kabul sesuai dengan ijab. Contohnya, Saya jual kereta ini dengan
harga RM10,000, lalu pembeli menjawab, Saya beli dengan harga
RM10,000; dan

(iii) Ijab dan kabul dilakukan dalam satu majlis. Maksudnya kedua-dua
belah pihak yang melakukan akad jual beli hadir dan membicarakan
masalah yang sama.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 105

Apabila penjual mengucapkan ijab, lalu pembeli berubah tempat sebelum


mengucapkan kabul atau pembeli mengadakan aktiviti lain yang tidak ada
kaitan dengan akad jual beli tersebut, kemudian sesudah itu dia
mengucapkan kabul, maka menurut kesepakatan ulama fikah, jual beli itu
tidak sah sekalipun mereka berpendirian bahawa ijab tidak mesti
diwajibkan langsung dengan kabul.

Berkenaan dengan hal ini, mazhab Hanafi dan Maliki mempunyai


pandangan lain bahawa ijab dan kabul boleh sahaja dimeterai oleh waktu
dengan perkiraan bahawa pihak pembeli mempunyai kesempatan untuk
berfikir. Ulama mazhab Syafie dan Hambali berpendapat bahawa jarak
masa antara ijab dan kabul jangan terlalu lama kerana dapat menimbulkan
keraguan bahawa objek pembicaraan jual beli telah berubah.

Pada zaman sekarang, ijab dan kabul tidak lagi diucapkan tetapi dilakukan
dengan perbuatan bahawa penjual menyerahkan barang dan pembeli
menyerahkan wang dengan harga yang telah dipersetujui seperti yang
berlaku di tempat jualan umum dan pasar raya.

Berbeza dengan jual beli di sebahagian pedalaman, kita masih dapat


melihat ada ijab dan kabul kerana transaksi akad jual beli tidak begitu
banyak. Lain halnya dengan di bandar terutamanya di bandar besar, ijab
dan kabul sudah tidak dapat dilihat lagi. Dalam fiqah, jual beli seperti ini
disebut bayal muathah .

Masih dalam persoalan ijab dan kabul seperti yang dikemukakan tadi,
ulama fikah mempunyai pendapat yang berbeza. Jumhur ulama
berpendapat bahawa jual beli seperti ini hukumnya boleh, apabila hal
tersebut menjadi adat kebiasaan suatu masyarakat kerana dalam kegiatan
jual beli telah ada unsur kerelaan (suka sama suka) antara kedua-dua belah
pihak. Menurut jumhur ulama, antara unsur terpenting dalam akad jual
beli itu adalah suka sama suka seperti yang disebutkan dalam surah
an-Nisa, ayat 29 sebelum ini.

Ulama mazhab Syafie mempunyai pendirian yang lain bahawa ijab dan
kabul harus dilakukan dengan jelas dengan kalimah ijab dan kabul. Oleh
sebab itu, bayal muathah hukumnya tidak sah, baik transaksi itu dalam
kuantiti yang besar ataupun kecil. Alasan yang mereka kemukakan adalah
bahawa unsur utama jual beli ialah kerelaan kedua belah pihak. Namun
unsur kerelaan berada dan tersembunyi di dalam hati masing-masing dan
dengan demikian, kerelaan itu harus diungkapkan dengan ijab dan kabul.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


106 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

Namun sebahagian mazhab Syafie seperti Imam Nawawi, al-Baghawi dan


al-Mutawalli menyatakan bahawa jual beli al-muaathoh tersebut adalah
sah apabila telah menjadi tradisi yang berlaku dalam suatu masyarakat.
Sebahagian ulama Syafie yang lain, iaitu seperti Ibnu Suraiji dan
al-Rumyaani membezakan antara jual beli dalam kuantiti yang besar, maka
hukumnya tidak sah; sedangkan dalam kuantiti kecil hukumnya sah atau
barang yang nilainya besar tidak sah sedangkan yang nilainya kecil
dipandang sah.

Dengan demikian, ijab dan kabul dalam bentuk tulisan dan media lainnya
mempunyai kekuatan hukum yang sama dengan ijab dan kabul melalui
lisan. Hal ini bermaksud bahawa hukum fikah Islam (terutama muamalah)
boleh berkembang sesuai dengan tuntutan zaman asalkan tidak ada unsur
merugikan atau kemudaratan kepada salah satu pihak yang mengadakan
urusan jual beli itu.

(c) Syarat Barangan yang Diperjualbelikan


Seterusnya kita akan menyentuh syarat bagi barangan yang
diperjualbelikan. Syaratnya adalah seperti yang berikut:

(i) Barang itu ada atau tidak ada di tempat tetapi pihak penjual
menyatakan kesanggupannya untuk mengadakan barang itu.
Umpamanya, barang itu ada di sebuah kedai atau masih di kilang
dan yang lainnya disimpan di gudang. Ada kalanya tidak semua
barang yang akan dijual berada di kedai atau belum dikirim dari
kilang dan ini mungkin disebabkan tempat itu sempit atau atas
alasan lain;

(ii) Namun hal yang paling penting adalah pada saat diperlukan barang
itu sudah ada dan dapat disediakan pada tempat yang telah
dipersetujui bersama;

(iii) Boleh dimanfaatkan dan bermanfaat bagi manusia. Oleh sebab itu,
bangkai, khamar dan benda haram yang lain tidak sah menjadi objek
jual beli kerana benda tersebut tidak bermanfaat bagi manusia dalam
pandangan syarak;

(iv) Milik seseorang. Barang yang sifatnya belum dimiliki seseorang tidak
boleh diperjualbelikan seperti menjual belikan ikan di laut, emas
dalam tanah kerana ikan dan emas itu belum dimiliki penjual; dan

(v) Dapat diserahkan pada saat akad berlangsung atau pada waktu yang
telah disepakati bersama ketika akad berlangsung.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 107

(d) Syarat Tukar Nilai (Harga Barang)


Rukun jual beli yang keempat yang akan kita bincangkan ialah syarat tukar
nilai (harga barang). Jika anda ingin tahu, nilai tukar barang adalah
termasuk elemen yang paling penting. Pada zaman sekarang, ia disebut
wang. Berkaitan dengan nilai tukar ini, ulama fikah membezakan antara
harga jualan (as-tsamn) ( ) dan harga kos (as-sir) ( ).

Menurut mereka, as-tsamn ialah harga pasar yang berlaku di tengah-


tengah masyarakat sedangkan as-sir adalah harga kos barang yang
seharusnya diterima para peniaga sebelum dijual kepada pembeli.

Maka terdapat dua harga, iaitu:


(i) Harga antara sesama peniaga (harga kos); dan
(ii) Harga antara peniaga dan pembeli (harga jualan).

Harga yang dapat dipermainkan peniaga ialah as-tsamn bukan harga


as-sir. Ulama fikah mengemukakan syarat as-tsamn seperti yang berikut
(Zaharuddin Abdul Rahman, 2009):

(i) Harga yang disepakati kedua-dua belah pihak harus jelas jumlahnya;

(ii) Dapat diserahkan pada saat waktu akad (transaksi) sekalipun secara
hukum seperti pembayaran dengan cek atau kad kredit. Apabila
barang itu dibayar kemudian (berhutang), maka waktu
pembayarannya pun harus jelas waktunya; dan

(iii) Apabila jual beli itu dilakukan secara barter ( ), maka barang
yang dijadikan nilai tukar bukan barang yang diharamkan syarak
seperti babi dan khamar kerana kedua-dua jenis benda itu tidak
bernilai dalam pandangan syarak.

AKTIVITI 6.4

Urusan jual beli yang juga merupakan satu akad dan dipandang sah
oleh syarak apabila telah memenuhi rukun dan syarat jual beli.

Terangkan perbezaan pendapat para ulama tentang kenyataan ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


108 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Terangkan perbezaan istilah antara rukun dan syarat.

2. Senaraikan rukun sah jual beli.

3. Senaraikan syarat sah jual beli.

4. Mengapakah ijab dan kabul harus jelas dan berlaku serentak?

5. Apakah kesan kepada jual beli yang melanggar rukun dan


syaratnya? Jelaskan dengan beberapa contoh.

6.5 JENIS JUAL BELI


Pelbagai perkara telah pun kita bincangkan dan akhirnya kita telah sampai ke
penghujung subtopik dalam topik ini. Subtopik yang akan kita bincangkan di
sini adalah berkenaan dengan jenis jual beli. Mazhab Hanafi membahagikan jual
beli dari segi sah atau tidak sah kepada tiga bahagian (rujuk Rajah 6.2).

Rajah 6.2: Jenis jual beli

Sekarang kita akan melihat jenis jual beli dengan lebih terperinci.

6.5.1 Jual Beli yang Sahih


Apabila jual beli itu disyariatkan memenuhi rukun atau syarat yang ditentukan
yang barang itu bukan milik orang lain dan tidak terikat dengan sebarang syarat
lagi, maka jual beli itu sahih dan mengikat kedua belah pihak. Umpamanya,
seseorang membeli sesuatu barang. Semua rukun dan syarat jual beli telah pun
dipenuhi. Barang itu juga telah diperiksa oleh pembeli tidak ada cacat dan tidak
ada yang rosak. Wang diserahkan dan barang pun sudah diterima.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 109

6.5.2 Jual Beli yang Batil


Apabila jual beli itu salah satu atau seluruh rukunnya tidak dipenuhi atau jual
beli itu pada dasarnya dan sifatnya tidak disyariatkan, maka jual beli itu batil.
Umpamanya, jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila atau barang
yang dijual itu barang yang diharamkan syarak (bangkai, darah, babi dan
khamar).

Apakah antara contoh jual beli yang batil? Mari kita lihat yang berikut.

(a) Jual Beli Sesuatu yang Tidak Ada ( )


Ulama fikah telah sepakat menyatakan bahawa jual beli barang yang tidak
ada adalah tidak sah. Umpamanya, menjual buah-buahan yang baharu
berkembang (mungkin jadi buah atau tidak) atau menjual anak sapi yang
masih dalam perut ibunya. Namun Ibnu Qayyim al-Jauziyah (mazhab
Hambali) menyatakan jual beli barang yang tidak ada ketika berlakunya
akad dan diyakini akan ada pada masa yang akan datang, sesuai dengan
kebiasaan boleh dijual belikan dan hukumnya adalah sah. Sebagai
alasannya adalah bahawa dalam nas al-Quran dan sunnah tidak ditemui
larangannya. Jual beli yang dilarang oleh Rasulullah ialah jual beli yang
ada unsur penipuan.

(b) Menjual Barang yang Tidak Dapat Diserahkan


Menjual barang yang tidak dapat diserahkan kepada pembeli adalah tidak
sah (batil). Umpamanya, menjual barang yang hilang atau burung
dipelihara terlepas daripada sangkarnya. Hukum ini disepakati oleh
seluruh ulama fikah (Hanafiyah, Malikiyah, Syafiiyah dan Hambaliyah).

(c) Jual beli yang Mengandungi Unsur Penipuan


Menjual barang yang ada mengandungi unsur penipuan adalah tidak sah
(batil). Umpamanya, barang itu kelihatan baik sedangkan sebaliknya
dilihat tidak baik. Sering ditemukan dalam masyarakat bahawa orang yang
menjual buah-buahan dalam bakul yang bahagian atasnya diletakkan yang
elok tetapi yang d bahagian bawahnya adalah tidak elok, maka di sini ada
unsur penipuan daripada pihak penjual dengan cara mempamerkan yang
elok dan menyembunyikan yang tidak elok.

(d) Jual Beli Benda Najis


Jual beli benda najis hukumnya tidak sah seperti menjual babi, bangkai,
darah dan khamar (semua benda yang memabukkan). Di sebabkan benda
tersebut tidak mengandungi manfaat dalam erti sebenar menurut syarak.
Menurut jumhur ulama, jual beli anjing juga tidak dibenarkan baik anjing

Copyright Open University Malaysia (OUM)


110 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

yang digunakan untuk menjaga rumah atau untuk berburu sebagaimana


sabda Rasulullah SAW:

) (
Maksudnya:
Rasulullah SAW melarang memanfaatkan hasil jualan anjing hasil
daripada pelacuran dan upah menilik nasib.
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Daud,
Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah)

Menurut sebahagian ulama mazhab Maliki, menjual anjing dibolehkan


sama ada untuk kepentingan menjaga rumah atau pun untuk berburu.

Menurut mazhab Hanafi, jual beli benda najis dibolehkan (bukan untuk
dimakan dan diminum) seperti tahi kerbau, kambing, sapi dan ayam
kerana benda tersebut membawa manfaat sebagai baja pokok. Selain itu, ia
juga memberi kebaikan yang pada dasarnya dibolehkan oleh hukum
syarak. Demikian juga jual beli binatang buas yang bermanfaat
sebagaimana firman Allah:

$Yy_ F{$# $ 3s9 Yn=y{ %!$# u


Maksudnya:
Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...
(Surah al-Baqarah: 29)

Mazhab az-Zahiri berpendapat sama dengan mazhab Hanafi. Oleh yang


demikian, mazhab Hanafi dan az-Zahiri membolehkan jual beli najis
kerana ada faedahnya sebab kebolehan jual beli itu dilihat dari segi
manfaatnya. Sekira ada manfaatnya bererti dibolehkan
memperjualbelikannya sedangkan mazhab Maliki dan Syafie berpendapat
yang masyhur dari Mazhab Hambali tidak membolehkan
memperjualbelikan benda najis kerana jual beli itu dibenarkan apabila
dilihat dari segi suci atau tidak. Apabila benda itu suci, dibolehkan
menjualnya dan apabila tidak suci, ia dilarang. Satu kelompok melihat dari
segi bermanfaat atau tidak dan kelompok lain melihatnya dari segi adakah
benda itu suci atau tidak (najis).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 111

(e) Memperjualbelikan Air Sungai, Air Danau, Air Laut dan Air yang Tidak
Boleh Dimiliki Seseorang
Air yang disebutkan itu ialah milik bersama umat manusia dan tidak boleh
diperjualbelikan (batil). Pendapat ini disepakati oleh jumhur ulama dalam
kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW:

,


Maksudnya:
Manusia berkehendakkan dalam tiga perkara, iaitu air, rumput dan api.
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad Hanbali)

Menurut jumhur ulama, air perigi peribadi boleh diperjualbelikan kerana


air telaga itu merupakan milik peribadi berdasarkan hasil usaha sendiri.
Menurut mazhab az-Zahiri, menjual air telaga peribadi pun tidak
dibenarkan dengan berdasarkan hadis tadi (Sabri Salamon, 1992).

6.5.3 Jual Beli al-Urbun ( )

Jual beli al-urbun ialah jual beli yang dilakukan melalui perjanjian. Apabila
barang yang sudah dibeli dikembalikan kepada penjual, maka wang muka atau
pendahuluan yang diberikan kepada penjual menjadi milik penjual itu (hibah).
Dalam masyarakat kita wang itu dikenali sebagai wang hangus atau wang
hilang tidak lagi boleh diminta balik oleh pembeli.

Jual beli al-urbun dilarang dalam Islam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:



Maksudnya:
Rasulullah SAW melarang jual beli al-urbun.
(Riwayat Ahmad, an-Nasai, Malik dan Abu Daud)

Ulama berbeza pendapat mengenai jual beli urbun ini. Jumhur ulama
mengatakan bahawa jual beli urbun itu dilarang dan tidak sahih. Sedangkan
ulama Hanafi mengatakan fasid dan selain mereka itu mengatakan batil. Bagi

Copyright Open University Malaysia (OUM)


112 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

memahami pengertian batil dan fasid dengan jelas, mari kita lihat huraian
berikut.

Jumhur ulama mengatakan fasid sebagai sinonim dari batal iaitu tidak cukup
rukun dan syarat sesuatu perbuatan. Hal ini berlaku pada bidang ibadah dan
muamalah. Sedangkan ulama Mazhab Hanafi membezakan antara fasid dalam
ibadah dan muamalah. Pengertian dalam ibadah sama pendirian mereka dengan
ulama yang lain (jumhur ulama). Sedangkan dalam bidang muamalah, fasid
diertikan sebagai tidak cukup syarat pada suatu perbuatan.

Menurut mazhab Syafie:

Fasid bererti tidak dianggap/diperhitungkan suatu perbuatan sebagaimana


mestinya sebagai akibat daripada kekurangan (cacat) padanya. Dengan
demikian, sesuatu yang telah dinyatakan fasid, bermaksud sesuatu yang
tidak sesuai dengan tuntutan atau maksud syarak. Fasid dengan pengertian
ini, sama dengan batal menurut mazhab Syafie.

Akad yang fasid tidak membawa akibat apa pun bagi kedua-dua belah pihak
yang berakad. Mazhab Hanafi sependapat dengan mazhab Syafie mengenai
akibat hukum fasid dalam bidang ibadah.

Perbezaan antara kedua-dua mazhab itu terjadi dalam bidang muamalah.


Menurut Imam Hanafi, muamalah yang fasid pada hakikatnya atau asasnya
dianggap sah, sedangkan yang rosak atau tidak sah sifatnya. Contohnya, pada
jual beli. Hakikat jual beli adalah ijab dan kabul (rukun jual beli). Namun jika
terdapat unsur dari luar, misalnya jual beli yang dilakukan pada saat azan solat
Jumaat dilaungkan, maka jual beli itu tetap sah tetapi sifatnya menjadi fasid.
Dalam bidang muamalah, menurut mazhab Hanafi ada tiga kategori, iaitu sah,
batal dan fasid.

AKTIVITI 6.5

Terangkan dengan jelas jenis-jenis jual beli yang diperkenalkan oleh


mazhab Hanafi. Sejauh manakah pendapat mazhab Hanafi
mempengaruhi pendapat mazhab-mazhab yang lain?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 113

SEMAK KENDIRI 6.5

1. Berikan maksud bagi perkara berikut:

(a) Jual beli yang sah.

(b) Jual beli yang batil.

(c) Jual beli yang fasid.

2. Apakah jual beli al-urbun?

3. Mengapakah jual beli al-urbun ditegah oleh syariat Islam?

Menurut pendapat ulama mazhab Hanafi, jual beli boleh ditakrifkan sebagai
urusan tukar-menukar sesuatu yang diingini dengan sesuatu yang sepadan
nilai dengannya melalui cara tertentu yang bermanfaat.

Konsep urusan jual beli dalam syariat Islam yang juga merupakan sebagai
satu akad dan dipandang sah oleh syarak apabila telah memenuhi rukun
dan syarat jual beli yang bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Menurut pendapat mazhab Hanafi, terdapat tiga jenis jual beli, iaitu jual beli
sahih, batil dan al-urbun.

Terdapat perbezaan yang jelas antara jual beli yang sahih, batil, fasid dan
haram sepertimana yang telah dibahaskan oleh alim ulama.

Hukum jual beli harus diaplikasikan dalam urusan muamalat seharian.


Sebagai contoh, di Malaysia aktiviti komplot sorok kerap berlaku dalam
masyarakat seperti menyorok beras, gula pasir, minyak masak dan
keperluan asas lain dalam kehidupan seharinya. Oleh sebab ia boleh
menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara serta menyusahkan
pengguna, maka aktiviti menyorok barangan keperluan asas adalah haram
hukumnya serta jual beli berkaitan dengannya juga menjadi batil.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


114 TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM

Jual beli al-urbun Jual beli batil


Jual beli barang tidak wujud Jual beli fasid
Jual beli barangan haram Jual beli najis
Jual beli barangan hilang Jual beli penipuan
Jual beli barangan yang tidak dapat Jual beli sahih
diserahkan

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KONSEP JUAL BELI MENURUT SYARIAT ISLAM 115

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Konsep Riba
7 Menurut
Syariat Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian riba;
2. Menyenaraikan jenis riba;
3. Menerangkan dalil dari al-Quran dan hadis yang mengharamkan
riba;
4. Mengenal pasti hukum pada setiap jenis riba; dan
5. Mengaplikasikan larangan riba dalam setiap urusan yang
melibatkannya.

PENGENALAN
Pada hari ini, ramai orang sering berhujah tentang isu rasuah, amalan bidaah,
makanan tiada logo halal Jakim, makanan yang terdapat unsur syubhah seperti
arak dan khinzir. Kita patut menyokong usaha semua pihak dan menghargai
sumbangan suci murni mereka yang bertujuan membawa kebaikan kepada
seluruh umat. Walau bagaimanapun, isu bahaya riba kurang kita menguar-
uarkan dalam masyarakat hari ini. Ini menyebabkan terlalu ramai dalam
kalangan kita yang terlibat dengan riba tanpa menyedari yang kita juga bersalah.
Padahal, dosa riba adalah lebih berat jika dibandingkan dengan isu yang
disebutkan tadi.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan konsep riba menurut syariat Islam
serta mengkaji sama ada amalan perlaksanaannya wujud dalam sistem
muamalat dan perbankan di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 117

7.1 PENGERTIAN RIBA


Kita akan memulakan Topik 7 ini dengan membicarakan pengertian riba. Dalam
subtopik ini, takrif riba yang paling lengkap menurut pendapat alim ulama akan
dibincangkan. Riba ialah:


Maksudnya:
Sebarang tambahan harga dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan
bayaran di atas hutang akibat penangguhan tempoh.

Ia merangkumi riba yang terhasil daripada jual beli barangan ribawi (riba
al-Buyu) dan juga merangkumi riba yang terhasil daripada hutang (riba
ad-Duyun).

Penerangan asas berkenaan riba dan barangannya boleh dirujuk daripada nas
berikut:

, , , ,

, , , , ,
.
Maksudnya:
Apabila ditukar emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan
perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam
mestilah sama timbangan dan sukatannya dan ditukar secara terus (pada satu
masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah kamu sebagaimana yang
disukai.
(Kitab Sahih Muslim: 4039)

AKTIVITI 7.1

Sebarang tambahan harga (bunga) dalam barangan tertentu (ribawi)


dan tambahan bayaran terhadap hutang akibat penangguhan tempoh.

Bincangkan pengertian riba ini berserta contohnya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


118 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Terangkan makna riba.


2. Apakah barangan ribawi?
3. Kenapakah riba dilarang oleh agama Islam?
4. Kenapakah riba masih berlaku dalam masyarakat Islam?

7.2 JENIS RIBA


Mari kita lihat pula jenis riba menurut syariat Islam. Menurut pendapat jumhur
ulama, jenis riba dapat dikategorikan seperti dalam Rajah 7.1. Riba dibahagikan
kepada dua kategori utama, iaitu riba ad-Duyun dan riba al-Buyu. Riba
al-Duyun pula terbahagi kepada dua iaitu riba al-Qardh dan riba al-Jahiliyyah.
Begitu juga dengan riba al-Buyu yang di bawahnya terdapat lagi dua jenis, iaitu
riba an-Nasa dan al-Fadhl. Ayuh kita lihat penerangan lanjut bagi setiap jenis
riba yang telah disebutkan.

Rajah 7.1: Jenis riba

7.2.1 Riba ad-Duyun (Muncul daripada Hutang)


Apakah riba ad-Duyun? Ia ialah kadar lebihan faedah (riba) yang terhasil
disebabkan tempoh. Ia pula terbahagi kepada dua jenis. Lihat Jadual 7.1 untuk
keterangan lanjut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 119

Jadual 7.1: Dua Jenis Riba ad-Duyun

Jenis Riba ad-Duyun Deskripsi


Riba al-Qardh Kadar bunga atau sebarang manfaat tambahan yang
disyaratkan atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini
dibuat pada awal kontrak pinjaman, dikenakan oleh pemberi
pinjaman kepada peminjam.

Riba al-Jahiliyah Kadar bunga atau sebarang manfaat tambahan. Lebih daripada
jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam
gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada
tempoh yang dipersetujui. Akibatnya, pemberi pinjam akan
mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana meminta
penangguhan pembayaran hutang atau gagal membayar hutang
dalam waktu yang ditetapkan.

7.2.2 Riba al-Buyu (Muncul daripada Jual Beli


Barangan Ribawi)
Riba al-Buyu merujuk kepada ketidaksamaan pada berat atau kuantiti
pertukaran dua barangan ribawi, atau pertukarannya dibuat secara bertangguh.
Ia pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a) Riba an-Nasa


Riba an-Nasa bererti berjual beli atau bertukar antara dua barangan ribawi
yang sama jenis secara bertangguh (tidak disempurnakan dalam satu
masa).

Contoh:
(i) 5g emas dijual dengan harga RM2,000 secara tangguh; dan
(ii) 10kg beras ditukar dengan 15kg gandum secara tangguh.

Riba akan muncul apabila transaksi tadi berlaku secara bertangguh. Dalam
konteks semasa, riba akan berlaku apabila wanita membeli emas secara
tangguh pembayarannya. Ia termasuk dalam riba an-Nasa.

(b) Riba al-Fadhl


Riba al-Fadhl bermaksud berjual beli atau bertukar antara dua barangan
ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara
timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


120 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

Contoh:

(i) Menukar 5g emas (jenis 916) dengan 6g emas (jenis kualiti 750). Ia
adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya 5g. Jenis kualiti tidak
memberikan kesan kepada hukum; dan

(ii) Menukar atau menjual 10kg beras Basmati dengan bayarannya 15kg
beras jenis A1. Ia juga haram kerana kedua-duanya sepatutnya 10kg;
apabila terdapat perbezaan, ia jatuh ke dalam kategori riba al-Fadhl.

Dalam kedua-dua contoh tersebut, terdapat dua syarat yang wajib


dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadl dan an-Nasa, iaitu
(Zaharuddin Abdul Rahman, 2009):

(i) Mestilah sama beratnya (walaupun berbeza kualiti dan nilainya); dan

(ii) Transaksi pertukaran itu mestilah dilakukan dalam satu masa atau
satu majlis (ertinya, kedua-dua pihak, penjual dan pembeli tidak
boleh berpisah sebelum menyerahkan barangan masing-masing).

AKTIVITI 7.2

Berdasarkan lakaran rajah, huraikan satu persatu jenis-jenis riba


berserta contoh-contoh pelaksanaannya.

SEMAK KENDIRI 7.2

Terangkan maksud bagi perkara berikut:


(a) Riba al-Duyun.
(b) Riba al- Qardh.
(c) Riba al-Jahiliyyah.
(d) Riba an-Nasa.
(e) Riba al-Fadhl.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 121

7.3 HUKUM LARANGAN RIBA DAN


DALILNYA DALAM ISLAM
Kita telah pun mempelajari maksud riba serta jenis riba. Jadi sekarang kita akan
menyentuh pula hukum haramnya riba serta dalilnya menurut syariat Islam.

Imam an-Nawawi berkata, Ijmak seluruh ulama Islam tentang pengharaman


riba dan ia termasuk dalam kategori dosa besar dan riba juga diharamkan oleh
semua agama. Antara yang berpendapat sedemikian ialah Imam al-Mawardi.

Sekarang mari kita rujuk kepada nas al-Quran dan hadis yang menerangkan
betapa besarnya larangan serta dosa riba (Abdul Halim el-Muhammady, 2001).

(a) Pemakan dan Pemberi Riba Diperangi Allah SWT dan Rasulullah SAW

Allah SWT memberi ingatan:

F. ) (##t/h9$# z u+t/ $t (#su !$# (#)?$# (#t#u %!$# $yr't

)u ( &!uu !$# zi 5>ys/ (#s's (#=ys? 9 *s t

n=? u =s? 69ur& 6n=s F6?


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT
dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman;
sekiranya kamu tidak meninggalkannya, maka isytiharkanlah perang
dengan Allah dan Rasul-Nya. Dan jika kamu bertaubat (daripada
pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya
dan tidak (pula) dianiaya.
(Surah al-Baqarah: 278-279)

Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil
serta tidak mahu meninggalkan saki-baki riba dalam kehidupannya
dengan sengaja, maka dia akan berada dalam posisi berperang dengan
Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ayat ini menyebut saki-baki,
menunjukkan bahawa barang siapa yang ingin benar-benar menurut
sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlu memiliki pengetahuan yang jelas
tentang riba serta menjauhkan diri daripadanya secara 100%.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


122 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

Selain itu, ayat ini secara tidak langsung membuktikan mukmin mampu
menjauhi riba dalam hidupnya, tidak sebagaimana dakwaan segelintir
masyarakat kononnya kita tidak dapat lari daripada riba pada akhir zaman
ini.

Zahir daripada ayat ini juga menunjukkan peperangan berlaku sejak di


alam dunia lagi. Malang bagi seseorang dan pemimpin yang tidak
mempedulikan dosa ini. Ibnu Abbas r.a. mentafsirkan:

:
Maksudnya:
Akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat, Ambillah senjata
kamu untuk berperang dengan Allah SWT.

Imam Abu Hanifah berkata, Inilah ayat dalam al-Quran yang paling
menakutkan.

Imam Malik Anas pula berkata:

,



Maksudnya:
Telahku membuka lembaran-lembaran kitab Allah dan sunnah Nabi SAW
dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba kerana Allah
SWT dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya.

Berkata Imam Qatadah, Allah SWT menjanjikan ahli riba dengan


hukuman bunuh dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka
berada.

(b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan


Manusia yang mengamalkan riba akan kehilangan berkat dari segi harta
dan juga kehidupan. Ini tercatat dalam al-Quran:

?Or& A$x. . =s !$#u 3 Ms%y9$# /u (#4t/h9$# !$# ,yst

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 123

Maksudnya:
Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan
keberkatan daripada sedekah.
(Surah al-Baqarah: 276)

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan akhirat.

(i) Hukuman di Dunia


Bentuk kehilangan berkat harta bagi orang yang terlibat dengan riba
ialah hartanya akan mudah hilang atau habis tanpa dirasai. Selain
itu, harta itu mendorongnya melakukan pelbagai bentuk aktiviti
tidak berfaedah dan dosa. Ia juga akan merasa terlalu miskin dan
fakir (walaupun dia mempunyai wang yang banyak).

Harta haram seperti ini akan mendorong pemiliknya untuk


melakukan maksiat, perkara fasik dan hina. Tatkala itu akan hilang
sifat amanah dan kebaikan daripada dirinya. Dia juga bakal ditimpa
ujian harta yang banyak seperti dirompak, dicuri, khianat dan doa
orang yang terkena perbuatan zalimnya juga lebih makbul. Sabda
Nabi SAW daripada Ibn Masud r.a.:


Maksudnya:
Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi
hasilnya akan membawa kepada sedikit dan papa.
(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

(ii) Hukuman di Akhirat


Ibnu Abbas berkata:



Maksudnya:
Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta
riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


124 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

(c) Seperti Berzina dengan Ibu/Bapa Sendiri


Hukum larangan riba adalah sama seperti berzina dengan ibu atau bapa
sendiri. Nabi SAW mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam
maksudnya:

,
Maksudnya:
Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti
seorang lelaki berzina dengan ibunya.
(Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim)

(d) Lebih Berat daripada 36 Kali Zina


Dosa riba adalah lebih berat daripada 36 kali zina. Nabi SAW juga
memberi amaran:




Maksudnya:
Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia
mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.
(Riwayat Ahmad dan ad-Dar Qutni)

Hadis ini bukan untuk merendahkan dosa zina tetapi ia memberi fokus
kepada bahaya dosa riba itu. Oleh itu, kita amat mengharapkan umat Islam
membuka mata mereka kepada isu ini agar tidak terjebak serta menjauhi
amalan riba.

(e) Salah Satu daripada Tujuh Dosa Besar


Dosa riba juga merupakan salah satu daripada tujuh dosa besar. Ia
berdasarkan hadis Nabi SAW:


....



Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 125

Maksudnya:
Jauhilah tujuh dosa besar: syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba,
makan harta anak yatim, lari daripada medan peperangan (kerana takut)
dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa empat orang saksi
yang adil).
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

AKTIVITI 7.3

Bincangkan hukum riba serta kesannya terhadap masyarakat menurut


syariat Islam, Yahudi dan Kristian.

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Apakah faktor penyebab dan penggalak kepada amalan riba?

2. Kenapakah masih ramai orang terlibat sebagai mangsa riba?

3. Kenapakah bahaya amalan riba tidak sering dihebahkan?

4. Apakah dalil daripada al-Quran dan hadis yang mengecam


amalan riba?

5. Apakah kaedah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada


terlibat dengan gejala riba?

7.4 RIBA DAN BENTUKNYA DALAM


SUASANA SEMASA
Adakah anda tahu bentuk riba yang wujud pada masa kini? Dalam subtopik ini,
kita akan membincangkan perbezaan utama antara bank Islam dan konvensional
berkaitan dengan amalan, perlaksanaan dan aktiviti riba. Kewujudan riba di
bank konvensional ini telah disepakati oleh Kesatuan Ulama berwibawa di
seluruh dunia melalui Kesatuan Fiqh Antarabangsa, Majlis Fatwa Eropah dan
banyak lagi. Dalam subtopik ini, kita juga akan mengkaji bentuk aplikasi riba
dalam konteks semasa.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


126 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

7.4.1 Transaksi Riba dalam Bank Konvensional


Apakah transaksi riba dalam bank konvensional dan mengapakah Islam
mengharamkannya?

Sebenarnya, bukan hanya Islam sahaja mengharamkan dan mengutuk perbuatan


riba, malah ia juga haram dalam kalangan kaum Yahudi. Larangan ini termaktub
dalam kitab mereka sama ada dalam kitab undang-undang Talmud ataupun
Ibrani, ada menyebut: Janganlah engkau mengambil wang bunga atau riba
daripadanya... (Rujuk bab Exodus ayat 22: 35 hingga 37).

Selain itu, riba juga dicela oleh ajaran Kristian sebagaimana yang terdapat dalam
bab Luke 6: 34 hingga 35.

Sekarang mari kita lihat bentuk riba pada hari ini. Riba dalam bentuk hari ini
boleh berlaku beberapa keadaan. Mari kita baca maklumat selanjutnya.

7.4.2 Riba dalam Pinjaman


Bentuk riba yang pertama yang akan kita bincangkan ialah riba dalam pinjaman.
Riba dalam pinjaman wujud apabila pelanggan datang ke bank konvensional
atau institusi kewangan yang tidak menawarkan produk Islam dan ingin
memohon pembiayaan seperti yang berikut:

(a) Pinjaman kereta;


(b) Pinjaman perumahan;
(c) Pinjaman modal; dan
(d) Pinjaman peribadi.

Apakah transaksi yang berlaku? Sebagai contoh, mari kita lihat keadaan sebenar
yang berlaku di bank konvensional hari ini. Pinjaman dibuat atas permintaan
pelanggan A untuk membeli kereta serta rumah dengan memperoleh modal
syarikat atau sebarang tujuan peribadi. Bank konvensional memberi pinjaman
sebanyak RM100,000 kepada pelanggan A dan sebagai imbalan balik kepada
bank, pihak bank menetapkan bunga atau kadar faedah sebanyak 4%
(bersamaan RM4,000 sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu sebagai
balasan kerana memberikan pelanggan wang yang diperlukan. Amaun 8% itulah
yang dinamakan riba ad-Duyun jenis al-Qard. Ulama bersepakat jenis pulangan
seperti ini ialah riba.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 127

Jumlah faedah yang dicampurkan dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagi
mengikut bulan. Menurut hukum Islam, jumlah RM4,000 yang diperoleh ini
ialah hasil bank yang haram. Pelanggan yang menerima RM4,000 tadi juga dikira
bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba. Nabi menyebut:


Maksudnya:
Individu yang memberi (riba) dan yang mengambilnya adalah sama.
(Riwayat Muslim)

Persoalannya, mengapakah pula ia diharamkan? Adakah ia suatu kesalahan bagi


mengenakan faedah kepada peminjam? Ia diharamkan kerana:

(a) Mengeksploitasi Kesusahan Pelanggan


Hasil RM4,000 itu sebenarnya diterima hasil daripada mengeksploitasikan
kesusahan pelanggan, iaitu hanya pelanggan yang mempunyai desakan
kewangan akan pergi ke bank bagi mendapatkan pinjaman bagi mengatasi
masalah kewangannya. Namun dalam keadaan kewangannya mendesak,
pihak bank pula mengenakan bayaran faedah atas pinjaman yang
diberikan.

Inilah yang dinamakan riba menekan dan menindas. Tambahan pula


apabila si pelanggan gagal membayar bayaran bulanan yang ditetapkan
oleh pihak bank. Ketika itu, peminjam dikehendaki membayar penalti
pula. Penalti ini bersifat mengkompaun (compounding) (iaitu akan
dimasukkan dalam modal pinjaman dan berganda faedahnya). Ia riba yang
amat menindas.

(b) Meruntuhkan Moral dan Akhlak


Bagaimanakah riba dikatakan meruntuhkan moral dan akhlak? Jika anda
ingin tahu, selain menghakis sikap bantu-membantu dalam masyarakat, ia
juga menggalakkan orang yang berduit untuk menekan individu yang
memerlukan bantuan kewangan. Ini bakal menghancurkan sifat tolong-
menolong antara satu sama lain. Selain itu, ia akan melahirkan masyarakat
yang pemarah dan tertekan.

(c) Menyuburkan Sikap Malas Bekerja dan Kurang Dinamik


Selain eksploitasi dan juga meruntuhkan moral, riba juga akan
menyemarakkan lagi sikap malas bekerja. Riba diharamkan menurut Islam
kerana ia melahirkan sikap malas bekerja keras bagi mencari keuntungan
secara jual beli yang memberi manfaat kepada ekonomi negara. Mereka
hanya berfikir untuk mencari untung secara mudah, iaitu dengan memberi

Copyright Open University Malaysia (OUM)


128 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

pinjaman serta mengenakan faedah. Islam tidak menerima konsep untung


tanpa bekerja keras.


Maksudnya:
Mencari keuntungan adalah dengan menghadapi risiko.

Dalam satu hadis yang lain:


Maksudnya:
(Bagi mendapatkan) keuntungan (hasil pelaburan) mesti menghadapi
risiko (dan jaminan barang yang dijual adalah selamat bermakna tiada
untung tetap dijanjikan).
(Riwayat as-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban,
Abu Daud: 3508; as-Suyuti dan Albani: Hasan)

Menurut pandangan Dr Muhammad az-Zuhayli, individu yang menanggung


kos dan risiko kerugian, maka mereka yang layak mendapat manfaat atau
keuntungan apabila ada.

Oleh itu, sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan


dengan kaedah tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen
seperti ini sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan
ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia
adalah haram.

Disiplin Islam memastikan setiap individu menyumbang kerja yang baik dan
meningkatkan kualiti ekonomi. Hasilnya, peluang kerja semakin bertambah,
manakala jumlah pengangguran berkurangan.

7.4.3 Pinjaman dalam Islam


Bagaimanakah pinjaman diberi menurut Islam? Adakah anda tahu? Islam
membenarkan pinjaman tanpa sebarang faedah sebagaimana disebut dalam
sebuah hadis:



Maksudnya:
Setiap pinjaman yang membawa manfaat bagi pemberi pinjam, maka ia ialah
riba.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 129

Imam Ibn Quddamah pula berkata:

.
Maksudnya:
Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya memberi tambahan, maka ia adalah
haram tanpa sebarang pertikaian.

Oleh itu, tiada sebarang keuntungan boleh dihasilkan melalui aktiviti pinjam
meminjam ini. Ini kerana pinjaman ialah satu proses yang dibuat secara sukarela
atas dasar bantu-membantu. Ia disebut dalam Islam sebagai qardh hasan
(pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).

Nabi Muhammad SAW berkata:


, ,
,

Maksudnya:
Pada malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mikraj), aku melihat tertulis di
pintu syurga, Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada 10 kali,
dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali...
(Riwayat Ibn Majah)

7.4.4 Riba dalam Akaun Simpanan dan Pelaburan


Subtopik ini menjelaskan bagaimana riba berlaku dalam simpanan dan
pelaburan. Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wang dalam akaun:

(a) Akaun pelaburan dengan pulangan tetap (fixed deposit account); dan
(b) Akaun simpanan biasa (ordinary savings account).

Mari kita lihat penjelasannya dengan lebih lanjut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


130 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

(a) Akaun Pelaburan dengan Pulangan Tetap


Dalam akaun ini, individu A meletakkan wangnya dalam akaun tabungan
tetap konvensional (conventional fixed deposit account). Menurut kontrak
dan perjanjian yang ditandatangani, pihak pengendali/bank akan
mengumpulkan wang individu A tadi bersama dengan wang pendeposit
atau penyimpan yang lain.

Kemudian kumpulan wang itu digunakan bagi melabur ke syarikat yang


kukuh bagi mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk
memberi pinjaman secara riba kepada syarikat yang datang kepada bank
bagi membantu perniagaan mereka.

Sebagai imbalan kepada pelabur atau penyimpan, pihak bank akan


menetapkan kadar faedah tertentu (faedah tetap atau pulangan tetap).
Sebagai contoh, 3% diberikan kepada penyimpan atau pelabur (tambahan
ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh yang matang antara 1 hingga
11 bulan. Penentuan jumlah faedah menurut budi bicara pihak pengurusan
bank. Pada kebiasaannya, bank membuat kira-kira bagi menentukan kadar
faedah yang ingin diberinya.

Menurut hukum Islam, kadar 3% daripada akaun pelaburan dengan


pulangan tetap tadi ialah riba ad-Duyun daripada jenis al-Qard. Ini kerana
seperti yang ditegaskan sebelum ini, disiplin pelaburan Islam (iaitu
mudarabah atau musyarakah) tidak boleh menentukan pulangan
keuntungan awal kontrak sama sekali. Hanya nisbah membahagikan
keuntungan yang dibenarkan seperti nisbah 70:30 (bank:pelanggan).

(b) Akaun Simpanan Biasa


Manakala dalam akaun simpanan biasa pula, sekali lagi terdapat riba
secara pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar
0.1% dan 0.2%. Dalam keadaan ini, bank pula akan dikira meminjam wang
daripada pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan,
dan pelanggan dianggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap
atas pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada bank itu.
Hasilnya, bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut
kadar yang telah ditetapkan tadi walau dalam apa keadaan sekalipun.

Sekiranya bank mendapat untung yang amat lumayan hasil penggunaan


wang simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi
dan pelanggan pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank
menghadapi kerugian, bank tetap perlu membayar kadar faedah itu tanpa
mengira sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka
kerugian bank pasti bertambah dan membebankan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 131

Oleh itu, penindasan berlaku dalam kedua-dua bentuk simpanan dan


pelaburan konvensional tadi sama ada kepada bank (apabila rugi tetapi
perlu membayar faedah riba) atau pelanggan (apabila untung tetapi hanya
mendapat nisbah kecil).

7.4.5 Konsep Akaun Simpanan di Perbankan Islam


Selanjutnya kita akan mengkaji mengenai konsep akaun simpanan di perbankan
Islam. Pengurusan akaun simpanan secara Islam adalah berbeza dengan apa
yang dilaksanakan di bank konvensional.

Melalui konsep ini, pihak bank memastikan semua jumlah wang simpanan
pelanggan adalah sentiasa selamat dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
oleh pelanggan. Bagi memanfaatkan dan menganggung kos pengurusan
simpanan ini, pihak pengurusan bank Islam pada kebiasaannya akan
menggunakan wang tersebut bagi tujuan perniagaan mereka yang halal. Pihak
bank juga menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila
masa serta menanggung segala kerugian ke atas wang yang digunakan jika
berlaku. Sebagai menghargai pelanggan yang menyimpan wang ini,
kebiasaannya pihak bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang)
kepada penyimpan sebagai tanda penghargaan.

Walau bagaimanapun, sebahagian bank Islam tidak membenarkan sebarang


hibah diberi kepada pelanggan bagi mengelakkan syubhah riba. Ia adalah
pendapat yang dipegang oleh kebanyakan bank Islam di Timur Tengah
termasuklah Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House (Malaysia)
Berhad dan Al-Rajhi Banking and Investment Corporation (Malaysia) Berhad.

Jumlah dan kadar pulangan dalam bentuk hibah atau hadiah adalah terpulang
kepada budi bicara bank sepenuhnya, malah mungkin tiada sebarang hibah
dalam keadaan tertentu.

Jika ada pulangan, ia akan berubah-ubah menurut prestasi perniagaan yang


dibuat oleh bank Islam itu. Sekiranya hasil pelaburan menggalakkan, maka
kebiasaannya penyimpan akan diberi hibah yang agak baik sebagai galakan dan
ucapan terima kasih kepada pelanggannya. Walau bagaimanapun, hibah itu
sama sekali tidak boleh dijanjikan oleh bank dan tidak boleh pula dituntut oleh
pelanggan. Oleh sebab itu, jika pelaburan mengalami kerugian, pihak
penyimpan mungkin tidak akan diberi sebarang hibah, manakala wang
simpanan mereka juga tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana (Adi
Warman, 2004):

Copyright Open University Malaysia (OUM)


132 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

(a) Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya


terjamin/tanpa risiko hasil pelaburan. Jumlah dan kadar hiba terpulang
sepenuhnya kepada budi bicara bank. Pihak bank akan memberikan kadar
hibah yang baik jika keuntungan diperolehnya baik. Ini adalah untuk
menggalakkan pelanggan menyimpan wang di bank tersebut;

(b) Bank tidak membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan.
Oleh itu, bank tidak teraniaya sama sekali berbanding bank konvensional
yang sentiasa berkewajipan membayar kepada pelanggannya walaupun
ketika rugi; dan

(c) Tiada sebarang riba terbabit dalam akaun ini dan semua pelaburan yang
dibuat adalah setelah dipastikan memenuhi kehendak syariah.

AKTIVITI 7.4

Bincangkan perbezaan utama antara bank Islam dan konvensional


berkaitan dengan amalan, pelaksanaan dan aktiviti riba.

SEMAK KENDIRI 7.4

1. Adakah wujud transaksi riba dalam bank konvensional dan


mengapakah Islam mengharamkannya? Berikan contohnya.

2. Adakah terdapat unsur-unsur riba dalam pinjaman di bank


konvensional?

3. Bagaimanakah syariat Islam menangani riba? Jelaskan.

4. Bolehkah sistem muamalat beroperasi tanpa melibatkan riba?

5. Bagaimanakah untuk memahamkan sesetengah golongan


masyarakat bahawa riba dan jual beli ialah dua perkara yang
berbeza? Huraikan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM 133

Riba ditakrifkan sebagai sebarang tambahan harga (bunga) dalam barangan


tertentu (ribawi) dan tambahan bayaran terhadap hutang akibat
penangguhan tempoh.

Jumhur ulama telah mengkategorikan riba kepada enam jenis, iaitu riba
al-Duyun, riba al-Buyu, riba al-Qardh, riba al-Jahiliyyah, riba an-Nasa dan
riba al-Fadhl.

Terdapat pelbagai dalil yang bersumberkan dari al-Quran dan hadis yang
mengharamkan kegiatan riba serta menghalalkan urusan jual beli.

Riba bukanlah dikategorikan sebagai jual beli sebagaimana yang difahami


oleh sesetengah golongan masyarakat Islam.

Berlandaskan kepada pengajaran ayat al-Quran, hadis serta pendapat


jumhur ulama, hukum pada setiap jenis riba itu dapat ditentukan dengan
jelas.

Setelah mengetahui asas dan hikmah pengharaman riba oleh syariat Islam,
maka penerapan serta kaedah mengaplikasikan larangan riba dalam setiap
urusan kehidupan seharian yang melibatkannya sama ada secara langsung
atau tidak langsung wajib kita meninggalkannya.

Riba ad-Duyun Riba al-Qardh


Riba al-Buyu Riba an-Nasa
Riba al-Fadhl Ribawi
Riba al-Jahiliyyah

Copyright Open University Malaysia (OUM)


134 TOPIK 7 KONSEP RIBA MENURUT SYARIAT ISLAM

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Khiyar
8 (Pilihan)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian khiyar (pilihan);
2. Membincangkan tujuan dan matlamat khiyar dalam akad;
3. Menyatakan dalil yang membuktikan khiyar sebagai satu tuntutan
dalam syarak;
4. Menerangkan hukum serta kesan khiyar pada akad; dan
5. Menyenaraikan keadaan yang menggugurkan khiyar.

PENGENALAN
Pernahkah anda membeli dan memilih barang dalam keadaan tergesa-gesa?
Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Baiklah, dalam topik ini kita akan
membincangkan konsep khiyar (pilihan) yang berkaitan rapat dengan kesahihan
sesuatu akad itu. Sebagai contoh, ada kalanya kita membeli sesuatu benda yang
ada kecacatan padanya secara tidak kita sedari. Adalah tidak adil jika kita tidak
diberi peluang untuk memilih sama ada hendak meneruskan pembelian itu atau
membatalkannya. Ini ialah satu pilihan yang dibenarkan oleh syarak. Hak untuk
membuat pilihan ini boleh dilakukan sama ada secara mutlak atau bersyarat.

8.1 PENGERTIAN KHIYAR


Mari kita mulakan pembelajaran kita dengan mengetahui dengan lebih
mendalam tentang pengertian khiyar. Dalam subtopik ini, kita akan
membincangkan bagaimana fuqaha mendefinisikan pilihan sebagai satu hak
yang diberi kepada pihak yang berakad sama ada hendak meluluskan akad yang
dibuat atau tidak.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


136 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

Tujuan diwujudkan hak memilih kepada pihak yang berakad adalah untuk
memastikan adanya kerelaan hati mereka untuk meneruskan akad itu atau
membatalkannya. Di samping itu juga hak memilih bertujuan untuk menjaga
kepentingan pihak yang berakad.
(Abdullah, 2004)

8.1.1 Pilihan Bersyarat


Dalam akad pilihan bersyarat, satu pihak atau kedua-dua belah pihak yang
berakad mempunyai hak, iaitu sama ada hendak meneruskan akad yang dibuat
atau memfasakhkannya jika pilihan itu disyaratkan dalam akad. Mari kita lihat
contoh berikut:

Contoh:
Seorang penjual berkata kepada pembeli, Saya jual objek ini kepada awak,
dan awak boleh membuat pilihan dalam masa tiga hari.

Berdasarkan contoh tadi, pilihan tersebut dinamakan pilihan bersyarat kerana


penjual telah membuat syarat, iaitu pembeli boleh membuat pilihan sama ada
hendak meneruskan akad tersebut atau memfasakhkannya dalam tempoh tiga
hari.

Sebenarnya terdapat perselisihan pendapat antara fuqaha dalam menentukan


tempoh yang boleh diberi kepada pihak yang berakad untuk membuat pilihan.
Mari kita lihat pendapat tersebut dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Pendapat Berkaitan Tempoh yang Boleh Diberi


kepada Pihak yang Berakad untuk Membuat Pilihan

Pendapat Fuqaha Mazhab Syafie dan


Pendapat Fuqaha Hambali
Hanafi

Fuqaha mazhab Syafie dan Hanafi berkata Fuqaha Hambali pula mengatakan
tempoh membuat pilihan tidak melebihi tempoh untuk membuat pilihan boleh
tiga hari. Ini berdasarkan hadis yang lebih daripada tiga hari asalkan satu
menyebut tiga hari sebagai tempoh untuk tempoh yang ditentukan tanpa mengira
membuat pilihan. lama atau sekejap masanya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 137

Pilihan secara bersyarat itu diharuskan dengan tujuan untuk menjaga


kepentingan pihak yang berakad. Dalam keadaan ini, mereka lebih mengetahui
tentang tempoh yang sesuai untuk membuat pilihan dan dapat menjamin
kepentingan mereka.

8.1.2 Akad yang Boleh Dibuat Pilihan Bersyarat


Adakah semua akad boleh dibuat pilihan bersyarat? Adakah pilihan bersyarat
boleh dibuat semasa akad dalam sebuah perkahwinan? Anda kurang pasti? Mari
lihat penerangan berikut.

Pelajar sekalian, hanya akad lazim atau mengikat yang menerima fasakh boleh
dibuat pilihan bersyarat seperti akad jual beli dan sewaan. Akad lazim yang
tidak menerima fasakh adalah seperti perkahwinan dan khalif. Syarat pilihan
tidak boleh dibuat dalamnya. Begitu juga akad tidak lazim atau akad harus
seperti akad wadiah dan `ariyah.

8.1.3 Hukum dan Kesan Syarat Pilihan kepada Akad


Bagaimanakah pula dengan hukum dan kesan syarat pilihan kepada akad?
Fuqaha sependapat mengatakan bahawa akad yang masih terikat dengan syarat
pilihan ini dianggap sebagai akad tidak mengikat. Dalam tempoh memilih, pihak
berkenaan boleh meneruskan akad tersebut atau memfasakhkannya. Dia boleh
membuat pilihan selagi tempoh tersebut belum tamat. Apabila tempoh itu telah
tamat, akad tersebut tidak lagi menjadi akad harus tetapi sebaliknya menjadi
akad yang mengikat kepada kedua-dua belah pihak. (Abdul Halim
el-Muhammady, 2001; Faizah Ismail, 2006)

AKTIVITI 8.1

Terangkan tujuan diwujudkan hak memilih kepada pihak-pihak yang


berakad. Jelaskan penerangan anda berdasarkan beberapa ilustrasi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


138 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan khiyar dalam akad?

2. Kenapakah khiyar dianggap penting dalam menentu kesahihan


sesuatu akad?

3. Apakah akad khiyar bersyarat?

4. Bolehkah khiyar bersyarat diguna pakai untuk semua jenis akad?

5. Apakah hukum dan kesan akad khiyar bersyarat?

8.2 KHIYAR (PILIHAN) SECARA


MENENTUKAN
Seterusnya kita akan menyambung pembelajaran kita dalam subtopik ini dengan
membincangkan keadaan yang salah satu pihak yang berakad diberi peluang
untuk membuat pilihan dengan menentukan objek akad itu. Biasanya pilihan
secara menentukan, berlaku pada akad yang ada balasan dan berbentuk objek
seperti dalam akad jual beli. Jika penjual menjual salah satu daripada dua helai
baju dengan harga yang telah dinyatakan kepada pembeli, maka pembeli boleh
memilih baju yang hendak dibelinya dalam tempoh yang tertentu. Baju yang
ditentukan itulah yang menjadi objek akad.

Walau bagaimanapun, tidak kesemua fuqaha menerima dan membolehkan


pilihan secara menentukan ini dilakukan dalam akad. Sebahagian besar daripada
mereka tidak membolehkannya kerana yang akan menjadi objek akad itu tidak
jelas. Sebahagian yang lain pula seperti Abu Hanifah serta muridnya Abu Yusuf
dan Muhammad mengharuskannya.

8.2.1 Syarat bagi Khiyar (Pilihan) secara Menentukan


Seterusnya mari kita perhatikan pula syarat bagi pilihan secara menentukan.
Merujuk kepada Rajah 8.1, syarat khiyar secara menentukan terbahagi kepada
empat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 139

Rajah 8.1: Empat syarat bagi khiyar secara menentukan

Empat syarat tersebut dijelaskan lagi seperti yang berikut:

(a) Objek yang hendak dipilih atau ditentukan itu tidak lebih daripada tiga
perkara;

(b) Objek yang hendak dipilih itu tidak sama antara satu sama lain;

(c) Setiap objek yang hendak dipilih itu dinyatakan harganya; dan

(d) Tempoh untuk membuat pilihan hendaklah ditentukan. Mengikut


pendapat Abu Hanifah, pemilihan tidak boleh melebihi tiga hari. Abu
Yusuf dan Muhammad pula berpendapat boleh lebih daripada tiga hari
asalkan ditentukan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Hak untuk memilih secara menentukan ini akan gugur jika pihak berkenaan
telah menentukan objek yang hendak dijadikan objek akad itu sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung. Contohnya, dia melakukan sesuatu perkara
ke atas salah satu objek yang dicadangkan itu sehingga dapat difahami bahawa
dia telah memilih objek itu.

Hak untuk membuat pilihan secara menentukan ini juga akan gugur apabila
objek yang dipilih itu telah rosak di tangan orang yang berhak memilih atau
berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan objek tersebut tidak dapat dihantar
balik kepada tuannya. Dalam keadaan ini, objek yang rosak itulah dianggap
sebagai objek akad.

8.2.2 Pilihan Setelah Melihat Objek Akad


Hak ini diberikan kepada salah satu pihak yang berakad sama ada hendak
meluluskan akad yang dibuat atau memfasakhkannya setelah dia melihat objek
akad itu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


140 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

Pilihan ini boleh dibuat sekiranya dia belum lagi melihat objek yang dijadikan
objek akad semasa atau sebelum akad itu dibuat. Walau bagaimanapun, jarak
masa antara melihat dan membuat akad itu harus pendek sehingga tidak
mungkin berlaku sebarang perubahan pada objek tersebut dalam tempoh itu.

Sekiranya X membeli kereta dan dia tidak melihat keadaan kereta tersebut
semasa akad itu dibuat atau sebelumnya, iaitu tempoh yang dekat dengan waktu
akad itu dibuat, dia boleh sama ada hendak meluluskan akad tersebut atau
memfasakhkannya selepas dia melihat kereta itu. Pihak berkenaan juga boleh
membuat pilihan tersebut sekiranya dia hanya menerima gambaran sahaja
tentang objek yang hendak dijadikan objek akad itu tanpa melihatnya.
Gambaran tentang sesuatu objek walau terperinci sekalipun tidak boleh
menyamai maklumat yang didapati daripada penglihatan.

8.2.3 Akad yang Boleh Menerima Syarat Pilihan


Setelah Melihat Objek Akad
Hak memilih setelah objek akad boleh dijadikan syarat dalam akad yang objek
akadnya suatu objek yang tertentu dan akad itu pula berupa akad yang boleh
difasakhkan. Hal ini boleh berlaku pada akad yang berikut (rujuk Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Khiyar setelah melihat objek akad

Sekarang lihat Jadual 8.2 untuk maklumat lanjut.

Jadual 8.2: Akad yang Boleh Menerima Syarat Pilihan Setelah Melihat Objek Akad

Jenis Akad Deskripsi


Akad jual beli Akad jual beli, iaitu objek jualannya ialah objek yang tertentu.
Akad sewaan Sekiranya penyewa tidak melihat terlebih dahulu objek yang hendak
disewanya, dia boleh memilih sama ada hendak meluluskan akad
tersebut atau tidak.
Akad perjanjian Perjanjian perdamaian ke atas sesuatu objek tertentu yang belum
damai dilihat oleh pihak yang berkenaan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 141

8.2.4 Syarat Pilihan Setelah Melihat Objek Akad


Rajah 8.3 menunjukkan kepada anda syarat khiyar (pilihan) setelah melihat objek
akad.

Rajah 8.3: Syarat khiyar setelah melihat objek

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3, antara syaratnya ialah:

(a) Pihak yang berakad belum melihat objek akad semasa atau sebelum akad
itu dibuat;

(b) Objek akad ialah suatu objek yang tertentu;

(c) Akad atau akad yang dibuat itu boleh menerima fasakh. Akad yang tidak
boleh difasakhkan seperti perkahwinan tidak diharuskan membuat pilihan
ini; dan

(d) Pilihan hanya boleh dibuat sesudah pihak yang berkenaan melihat objek
tersebut. Sebelum itu, pilihan tidak boleh dibuat.

8.2.5 Waktu untuk Membuat Pilihan dan Tempohnya


Pihak yang berakad berhak untuk membuat pilihan setelah dia melihat objek
akad itu. Sebarang tindakan sama ada hendak meluluskan atau memfasakhkan
akad yang sudah dibuat tidak boleh dilakukan sebelum dia melihat objek
tersebut. Setelah dia melihat objek tersebut, dia boleh melakukan tindakan itu
walaupun tidak dinyatakan dalam perjanjian semasa akad dilakukan. Hak ini
sememangnya diperuntukkan oleh syarak secara mutlak dan tidak boleh
dinafikan oleh sesiapa pun.

Tempoh untuk membuat pilihan ini bermula apabila pihak yang berkenaan
melihat objek akad dan boleh menjelaskan kehendaknya sama ada setuju dengan
akad tersebut atau pun ingin membatalkannya. Tidak ada tempoh masa tertentu
untuk tamat. Walau bagaimanapun, ada sebahagian fuqaha berpendapat pilihan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


142 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

mesti terhad dalam tempoh tertentu yang membolehkan pihak berkenaan


menerus atau memfasakhkan akad tersebut.

8.2.6 Hukum dan Kesannya


Mari kita lihat pula dari segi hukum dan kesannya. Seperti yang dijelaskan tadi,
hak membuat penentuan setelah melihat objek akad ialah hak yang sabit secara
mutlak. Tidak ada orang yang boleh menafikan hak ini walaupun pihak yang
berhak sendiri. Pihak yang terlibat jika dia menafikan haknya sebelum dia
melihat objek yang diakadkan, dia seolah-olahnya menafikan sesuatu yang
belum wujud dan belum lagi menjadi miliknya.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, hak memilih ini hanya akan sabit dan wujud
setelah dilihat oleh pihak yang berkenaan. Sekiranya dia belum lagi melihat
objek akad itu, maka hak ini belum wujud lagi. Sesuatu yang belum ada tidak
boleh dinafikan, sebaliknya penafian boleh dibuat terhadap sesuatu yang sudah
ada atau wujud. Oleh sebab itu, pihak yang berkenaan boleh menafikan haknya
selepas dia melihat objek akad.

Walau bagaimanapun, harus diingat pihak yang berkenaan tidak boleh


menafikan haknya sebelum dia melihat objek akad itu dan seterusnya tidak
boleh bertindak memfasakhkan akad tersebut. Ini tidak bererti pihak yang
berakad tidak boleh sama sekali memfasakhkan akad yang dilakukan oleh
mereka. Pihak yang berkenaan boleh bertindak demikian tetapi bukan atas dasar
membuat pilihan setelah melihat objek tersebut tetapi atas asas akad yang
dilakukan oleh mereka bukannya akad lazim bagi mereka tetapi akad harus.

Berdasarkan penjelasan ini, akad yang tertakluk kepada syarat pemilihan itu
menjadi akad harus bagi pihak yang memperoleh hak tersebut dan boleh
difasakhkan pada bila-bila masa. Akad tersebut akan menjadi lazim setelah dia
menentukan untuk menerima seperti katanya, "Saya menerima atau rela dengan
akad ini." Dia juga boleh memfasakhkan akad tersebut walaupun pihak yang
satu lagi tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Apa yang penting ialah
pembatalan itu berlaku dengan pengetahuan pihak kedua untuk mengelakkan
daripada berlakunya perkara yang tidak diingini (Adi Warman, 2004).

AKTIVITI 8.2

Terangkan perbezaan pendapat para ulama mengenai objek dalam


sesuatu akad itu. Pada hemat anda, pendapat manakah yang sesuai
untuk diguna pakai dalam sistem muamalat di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 143

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Apakah syarat khiyar sebelum melihat objek dan setelah melihat


objek?

2. Apakah kesan pada akad yang tidak diberi khiyar melihat objek?

3. Apakah kesan pada akad yang diberi khiyar melihat objek?

4. Adakah khiyar masa selama tiga hari itu merupakan suatu


tuntutan syarak?

8.3 PERKARA YANG MENGHILANGKAN HAK


MEMILIH SETELAH MELIHAT OBJEK
AKAD
Pelajar sekalian, apakah perkara yang anda tahu yang menghilangkan hak
memilih setelah melihat objek akad? Hak khiyar untuk menentu atau memilih
akan hilang dengan adanya perkara yang ditunjukkan dalam Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Empat perkara yang menghilangkan hak khiyar

Empat perkara tersebut diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang dapat anda
lihat dalam Jadual 8.3.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


144 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

Jadual 8.3: Deskripsi bagi Perkara yang Menyebabkan Hilangnya Hak Khiyar

Perkara Deskripsi
Kerelaan Pihak yang berhak membuat pilihan tersebut rela dengan akad itu.
Apabila ada perkara yang boleh menunjukkan kerelaannya sama
ada dengan perkataan atau dengan perbuatan seperti dia tidak
menghantar balik objek akad setelah dia melihatnya. Oleh sebab
itu, hak untuk dia memfasakhkan akad tersebut sudah hilang.

Fasakh Pihak yang membuat pilihan tersebut telah melakukan sesuatu ke


(pembubaran hak atas objek akad berkenaan seperti menjual dan menghadiahkan
untuk membuat atau memberi sewa kepada orang lain. Perbuatan ini akan dengan
pilihan) sendirinya membubarkan hak untuk membuat pilihan.

Rosak Objek akad itu rosak di tangannya atau sebahagian daripada objek
tersebut telah rosak dan tidak sesuai lagi untuk dikembalikan
kepada tuannya yang asal.

Meninggal dunia Pihak yang berkenaan meninggal dunia sebelum melakukan


sesuatu tindakan. Dengan kematiannya, akad itu menjadi akad
lazim yang tidak boleh dibatalkan. Mengikut pendapat mazhab
Maliki pula, hak tersebut akan berpindah kepada waris si mati.

8.3.1 Pilihan kerana Kecacatan (Aib)


Khiyar al-aib (pilihan kerana kecacatan) ialah hak memilih untuk membatalkan
akad atas sebab kecacatan pada objek akad berkenaan. Hak ini boleh digunakan
jika objek akad itu suatu yang ditentukan zatnya. Sekiranya objek tersebut
ditentukan dengan sifatnya seperti yang berlaku dalam akad salam atau
tempahan, maka hak ini tidak boleh digunakan. Akad salam menjadi sah apabila
semua yang diperlukan ditepati. Jika sifat ini tidak ditepati, akad tersebut tidak
sah kerana ketiadaan objek akad yang tepat. Oleh itu, kemungkinan untuk
berlaku kecacatan agak kurang.

Dalam akad lain seperti akad jual beli dan sewaan yang ada kemungkinan
berlaku kecacatan pada barang yang diakadkan, hak ini boleh digunakan jika
kecacatan itu ada selepas barang itu dilihat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 145

8.3.2 Kecacatan yang Mengharuskan Hak Memilih


Digunakan
Kecacatan yang membolehkan hak memilih digunakan ialah kecacatan yang
mengurangkan nilai harga barang tersebut. Segala bentuk kecacatan ini
membolehkan pihak yang terlibat memilih sama ada hendak menerima atau
menolak akad tersebut.

8.3.3 Syarat Pilihan kerana Kecacatan


Antara syaratnya ialah terdapat kecacatan pada barang yang dijadikan objek
akad itu sebelum diterima oleh pihak yang berakad. Apa yang penting dalam
masalah ini ialah ada kecacatan pada barang tersebut sebelum diterima oleh
pihak yang berkenaan sama ada kecacatan itu sudah ada sebelum akad itu
dibuat atau selepasnya. Sekiranya kecacatan itu berlaku selepas pihak berkenaan
menerimanya, maka pembatalan akad tidak boleh dilakukan.

Pihak berkenaan tidak mengetahui adanya kecacatan tersebut sewaktu akad


dilakukan dan dia tidak bersedia menerimanya. Kecacatan itu juga hendaklah
masih ada sebelum pemilihan dibuat. Sekiranya pihak berkenaan sudah
mengetahui tentang kecacatan tersebut dari awal lagi atau dia rela menerima
kecacatan itu atau kecacatan itu hilang sebelum pemilihan dibuat, maka hak
untuk membuat pilihan tidak boleh digunakan.

Semasa akad dibuat, tidak disyaratkan supaya pihak yang berkenaan melihat
terlebih dahulu objek akad berkenaan. Sekiranya syarat itu ada dan dibuat
dengan persetujuan pihak berkenaan maka hak untuk membuat pilihan kerana
kecacatan tidak boleh digunakan.

8.3.4 Kesan Pilihan kerana Kecacatan pada Akad


Kecacatan pada barang yang diakadkan tidak memberi kesan kepada hukum
akad. Akad tetap wujud dan sah. Namun akad ini boleh difasakhkan oleh pihak
yang menerima kerugian disebabkan kecacatan tersebut kerana akad itu
merupakan akad harus yang boleh difasakhkan. Pihak yang berkenaan boleh
memfasakhkan akad tersebut walaupun tidak dipersetujui oleh pihak yang satu
lagi dengan syarat fasakh itu dibuat di hadapannya atau dengan
pengetahuannya jika dia tidak berada di situ (Ala-Eddin Khafofa, 2007).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


146 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

AKTIVITI 8.3

Terangkan keadaan-keadaan yang akan menyebabkan hak khiyar


untuk menentu atau memilih akan lenyap. Berikan penjelasan anda
berserta contoh-contoh yang berkaitan.

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan khiyar aib?

2. Kenapakah khiyar aib berlaku?

3. Apakah hukum dan kesan khiyar aib pada akad?

4. Bagaimanakah untuk mencegah khiyar aib daripada berlaku?

5. Apakah definisi aib menurut syarak?

8.4 PERKARA YANG MENGGUGURKAN HAK


MEMILIH KERANA KECACATAN (AIB)
Terdapat beberapa perkara yang boleh menggugurkan hak dalam memilih
kerana kecacatan. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan hak memilih
kerana kecacatan akan gugur dengan sebab yang berikut (rujuk Rajah 8.5).

Rajah 8.5: Kehilangan hak memilih kerana kecacatan objek

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 147

Jadual 8.4 menghuraikan dengan lebih lanjut tentang setiap perkara ini.

Jadual 8.4: Penerangan tentang Perkara yang Menyebabkan


Kehilangan Hak Memilih kerana Kecacatan Objek

Perkara Penerangan
Bersetuju dengan Pihak yang berkenaan bersetuju dengan kecacatan tersebut secara
kecacatan jelas atau secara pernyataan. Contohnya, secara jelas seperti
katanya, Saya bersetuju atau suka dengan barang tersebut.
Contoh persetujuan secara pernyataan ialah pihak berkenaan
bertindak dengan melakukan sesuatu pada objek tersebut seperti
menjualnya atau memberikannya kepada orang lain.

Kecacatan baharu Berlaku kecacatan baharu pada objek yang dijadikan objek akad itu
pada objek semasa berada di tangan pihak yang membuat pilihan tersebut.
Dengan berlakunya kecacatan baharu itu sama ada boleh
mengurangkan zat atau sifat objek itu sendiri atau mengurangkan
nilai harganya, maka hak memilih itu gugur.

Pertambahan Berlaku pertambahan atau perubahan pada objek akad setelah


atau perubahan diterima oleh pihak berkenaan sama ada pertambahan itu secara
kepada objek terpisah seperti melahirkan anak jika objek akad itu binatang atau
secara tidak terpisah seperti baju yang dibeli sudah dicelup dengan
warna lain.

Hukum dan Kesannya: Meminta Bayaran Ganti Rugi


Sekiranya hak memilih tidak boleh digunakan dan pihak berkenaan tidak boleh
memfasakhkan akad yang dilakukannya, maka dia boleh meminta bayaran ganti
rugi daripada pihak yang satu lagi (Faizah Ismail, 2006).

AKTIVITI 8.4

Bincangkan sebab-sebab kenapa hak memilih kerana kecacatan akan


gugur. Berikan contoh-contoh yang berkaitan pada jawapan anda.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


148 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

SEMAK KENDIRI 8.4

1. Apakah maksud kecacatan pada objek?


2. Apakah dalil kecacatan merosakkan akad?
3. Adakah meninggal dunia dianggap sebagai suatu kecacatan?
4. Apakah hukum, kesan dan pemulihan terhadap akad yang
berasaskan khiyar aib?

8.5 PENGARUH NIAT DAN KEHENDAK


DALAM MELAHIRKAN AKAD DAN
SYARATNYA
Mari kita menyambung kembali dalam subtopik selanjutnya, iaitu pengaruh dan
kesan niat dalam sesuatu akad. Akad akan wujud sekiranya pihak yang terlibat
mempunyai niat dan kehendak untuk melakukannya. Akad yang dibuat
berasaskan niat dan kehendak pihak yang berakad akan mewujudkan kesan dan
hukumnya di sisi syarak. Segala hukum yang lahir daripada akad tersebut
adalah dengan ketentuan syarak. Hakikat ini telah dipersetujui oleh fuqaha
seluruhnya.

Namun para fuqaha masih mempertikaikan kebebasan manusia dalam


melakukan akad dan membuat syarat akad. Pertikaian ini wujud kerana segala
kesan atau hukum yang berkaitan dengan akad mengikut ketentuan syarak.
Dalam hal ini, seperti yang kita tahu, syarak telah menentukan beberapa jenis
akad yang boleh dilakukan oleh manusia dan yang dapat melahirkan kesannya.
Persoalannya adalah dengan penentuan ini bererti manusia tidak boleh
melakukan akad yang tidak disenaraikan oleh syarak dan mengubah segala
kesan atau hukum yang sudah ditetapkan oleh syarak itu dengan membuat
syarat tertentu.

Persoalan inilah yang menjadi pertikaian pendapat dalam kalangan fuqaha.


Dalam masalah ini, terdapat tiga pendapat yang bertentangan. Pendapat yang
terlalu ketat berpegang pada adanya nas secara terang yang menunjukkan
keharusan membuat akad atau syarat tertentu. Satu pendapat lain yang agak
longgar tidak mensyaratkan perlu ada nas secara terang yang menunjukkan
keharusannya tetapi memadai dengan tiada nas yang mengharamkannya.
Manakala pendapat ketiga pula merupakan pendapat yang sederhana
berbanding dua pendapat tadi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 149

8.5.1 Pendapat Pertama


Mari kita ketahui dengan lebih lanjut tentang pendapat pertama yang telah
dinyatakan tadi. Pendapat ini berasaskan mazhab Zahiri. Mazhab ini
membataskan kehendak manusia dalam melakukan akad. Manusia hanya boleh
melakukan akad atau membuat syarat mengikut apa yang sudah dinaskan oleh
syarak. Segala akad atau syarat yang dibuat dianggap batal dan tidak sah
sekiranya tidak berasaskan nas atau ijmak yang secara jelas mengharuskannya.

Berdasarkan pandangan inilah, pendapat tersebut dianggap sebagai terlalu ketat


dan sempit kerana tidak membuka ruang yang luas kepada manusia untuk
melakukan akad atau membuat syarat yang lain daripada apa yang dinaskan.

Dalil
Alasan yang diberikan oleh mereka dalam masalah ini adalah:

(a) Melakukan akad atau membuat syarat yang tidak disebut oleh syarak
merupakan satu pertentangan kepada perintah Tuhan dan menambah
sesuatu yang tidak ada dalam agama. Allah SWT telah berfirman:

t=9$# y7s9''s !$# yn yGt t tu . . .


Maksudnya:
....dan sesiapa yang melanggar aluran-aluran hukum Allah, maka mereka
itulah orang yang zalim.
(Surah al-Baqarah: 229)

(b) Sunnah juga menunjukkan bahawa tidak harus membuat akad atau syarat
yang tidak berasaskan nas atau ijmak yang secara jelas mengharuskannya.
Antaranya sabda Nabi Muhammad SAW:


Maksudnya:
Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah berlaku
dalam kalangan kami, maka ia ditolak.
(Riwayat Muslim daripada Said Ibrahim)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


150 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:

,
,

.

Maksudnya:
Mengapakah manusia ini suka membuat syarat yang tidak ada dalam
kitab Allah? Sesiapa yang membuat syarat yang tidak ada dalam kitab
Allah, maka syarat itu tidak sah walau 100 syarat sekalipun. Syarat-syarat
yang dibuat oleh Allah SWT benar dan lebih teguh.
(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh melakukan akad atau
syarat sekiranya tidak ada nas secara jelas atau ijmak yang
mengharuskannya. Kehendak mereka dalam melakukan akad adalah
terbatas dalam hal yang ada nas atau ijmak sahaja.

8.5.2 Pendapat Kedua


Pendapat ini merupakan pendapat fuqaha mazhab Hambali. Penyokong utama
kepada pendapat ini ialah Imam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim.
Penyokong pendapat ini mengatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan
penuh untuk melakukan akad dan membuat syarat serta tidak terhad kepada
beberapa akad tertentu sahaja. Bagi mereka, hukum sesuatu akad atau syarat itu
pada dasarnya harus dan akan berkuat kuasa selagi tidak ada nas lain yang
mengharamkan atau membatalkannya.

Sebenarnya perbezaan pendapat antara mazhab ini dengan mazhab Zahiri


merupakan perbezaan prinsip atau dasar. Dasar mazhab ini ialah sesuatu akad
itu boleh dibuat dan dianggap sah selagi tidak ada nas, ijmak atau qiyas secara
jelas yang mengharamkannya. Atas dasar inilah seseorang itu boleh melakukan
sebarang akad atau syarat dan mempunyai kebebasan yang penuh untuk
melakukannya selagi tidak bertentangan atau dibatalkan oleh nas yang jelas
menunjukkan pengharamannya.

Oleh sebab itu, bagi mazhab ini tidak boleh ada dua perjanjian dalam satu akad
kerana terdapat nas secara jelas yang mengharamkannya. Sebaliknya pula
seorang perempuan boleh membuat syarat dalam akad perkahwinan agar dia
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 151

tidak dibawa keluar negeri bersama suaminya atau tidak dimadukan. Sekiranya
syarat ini tidak dilaksanakan, dia boleh menuntut fasakh daripada suaminya.
Penjual juga boleh membuat syarat atau perjanjian dalam akad jual beli agar dia
dibenarkan menggunakan barang yang dijualnya dalam tempoh tertentu seperti
tinggal di dalam rumah yang sudah dijualnya untuk tempoh tertentu.

Syarat seperti ini dianggap sah kerana tidak bertentangan dengan nas dan tidak
ada nas lain secara jelas yang mengharamkannya.

Dalil
Antara dalil yang diberikan oleh mazhab ini ialah:

(a) Dalil Pertama


Firman Allah SWT:

. . . 4 )9$$/ (#r& (#t#u %!$# $yr't


Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah akad-akad
itu...
(Surah al-Maidah: 1)

(b) Dalil Kedua


Firman Allah SWT lagi:

Zt %x. yy9$# ) ( y9$$/ (#r&u . . .


Maksudnya:
...dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah al-Isra: 34)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


152 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

(c) Dalil Ketiga


Firman Allah SWT lagi:

... y$y2?s t/ zyF{$# (#)s? u ?yt #s) !$# y/ (#r&u


Maksudnya:
Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah
apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah
kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)...
(Surah al-Nahl: 91)

Kesemua dalil ini menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan


supaya segala janji dan perjanjian hendaklah ditunaikan sesama manusia
sendiri atau terhadap Allah SWT seperti nazar. Terdapat juga hadis yang
melarang seseorang itu daripada menipu dan memungkiri janji.

(d) Hadis Pertama


Antara hadis yang melarang seseorang itu daripada menipu dan mungkir
janji ialah hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:


Maksudnya:
Antara syarat yang lebih berhak ditunaikan ialah syarat-syarat mengenai
perkahwinan.
(Riwayat al-Jamaah daripada Atiyyah Amir)

(e) Hadis Kedua


Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:

- ,

Maksudnya:
Tiga golongan yang aku akan memusuhi mereka pada hari kiamat.
Golongan yang membuat janji setia kepadamu kemudian mengkhianatinya;
golongan yang menipu saudaranya yang merdeka kemudian mengambil
harta mereka secara tidak sah dan golongan yang tidak memberi upah
kepada orang upahan atau pekerjanya.
(Riwayat al-Bukhari)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 153

Dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW mencela orang yang


mengkhianati janji dan menganggap mereka sebagai musuhnya pada hari
kiamat nanti. Termasuk dalam pengertian mengkhianati janji ini ialah tidak
menepati janji atau syarat yang dibuat oleh mereka.

Secara umumnya bolehlah difahami bahawa al-Quran dan sunnah


menyeru setiap orang agar bersikap lebih menunjukkan komitmen dengan
apa yang dilakukan sama ada dalam bentuk perjanjian, syarat akad dan
lain-lain lagi. Al-Quran dan hadis melarang sama sekali mengkhianati atau
melepaskan diri daripada apa yang telah dilakukan. Perintah syarak.
secara mutlak supaya setiap orang menepati segala syarat yang dilakukan
oleh mereka menunjukkan bahawa hukum syarat itu pada dasarnya
adalah harus. Jika perkara yang harus dibenarkan oleh syarak, maka sudah
tentu suruhan itu tidak dibuat secara mutlak.

(f) Hadis Ketiga


Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:


Maksudnya:
Perdamaian sesama Islam adalah harus kecuali perdamaian untuk
mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang
haram. Setiap Muslimin bertanggungjawab dengan syarat-syarat yang
mereka buat kecuali syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal atau
menghalalkan sesuatu yang haram.
(Hadis riwayat Ibn Hibban daripada Umar)

Hadis ini menjelaskan bahawa setiap orang boleh membuat syarat kecuali
syarat yang bertujuan menghalalkan sesuatu yang haram atau
mengharamkan sesuatu yang halal. Selagi tidak ada nas secara jelas yang
mengharamkan atau mewajibkan sesuatu perkara, maka perkara itu boleh
disyaratkan sebagai sesuatu yang wajib mengikut perjanjian. Ini tidak
bererti syarat itu merupakan satu pembatalan atau bertentangan dengan
hukum syarak kerana dengan ketiadaan nas yang mewajibkan sesuatu
perkara tidak bererti perkara itu tidak boleh diwajibkan atau disyaratkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


154 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)



Maksudnya:
Sesiapa yang membuat satu syarat yang tidak ada dalam al-Quran, maka
ia batal.
(Riwayat al-Bukhari)

Maksud batal dalam hadis ini ialah syarat itu bertentangan dengan hukum
al-Quran, iaitu menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.
Sebaliknya, jika tidak bertentangan dengan hukum al-Quran, maka syarat
tersebut adalah harus dan tepat dengan kenyataan bahawa kitab Allah itu
lebih benar dan syarat Allah itu lebih kukuh.

8.5.3 Pendapat Ketiga


Pendapat yang ketiga ialah pendapat fuqaha mazhab Hanafi. Pendapat ini lebih
sederhana antara dua pendapat yang dikemukakan sebelum ini. Fuqaha mazhab
ini tidak pula mensyaratkan perlu ada nas yang khusus untuk membolehkan
sesuatu akad itu dilakukan seperti yang disyaratkan oleh fuqaha mazhab
pertama dan tidak juga menganggap semua akad atau syarat harus dilakukan.
Bahkan pendapat ini lebih cenderung kepada asal sesuatu perkara itu adalah
haram kecuali sesetengah perkara. Namun mereka menerima secara yang agak
luas perkara yang dikecualikan itu.

Bagi mazhab ini, syarat terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu syarat yang sah,
fasid dan batal (Zaharuddin Abdul Rahman, 2009; Sabri Salamon, 1992):

(a) Syarat yang Sah


Syarat ini ialah segala syarat yang menepati kehendak akad. Contohnya,
syarat supaya pembeli membayar harga terlebih dahulu kepada penjual
atau syarat yang dibuat bagi menguatkan lagi kontrak seperti syarat
pembeli perlu mengadakan penjamin bagi harga barangan yang dibelinya.
Syarat yang dibuat itu memang dibenarkan oleh syarak seperti syarat
boleh membuat pilihan atau syarat itu tidak bertentangan dengan `uruf se-
perti syarat penjual harus membaiki terlebih dahulu barang yang dijualnya
sebelum diserah kepada pembeli kerana syarat ini memang biasa berlaku.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 155

(b) Syarat yang Fasid


Syarat yang fasid ialah syarat yang tidak termasuk dalam syarat sah yang
telah dinyatakan. Syarat ini lebih menguntungkan satu pihak sahaja.
Contohnya, penjual mensyaratkan supaya dia terus tinggal di dalam
rumah yang dijualnya untuk tempoh setahun. Jika syarat ini dibuat dalam
akad yang ada balasan seperti jual beli atau sewa, maka syarat ini ialah
syarat fasid. Akad yang ada biasanya bertujuan supaya setiap pihak yang
berkontrak menerima balasan yang diperlukan secara adil. Sekiranya satu
pihak dihalang daripada menerima balasan yang menjadi tujuan utama
kontrak yang dilakukan oleh mereka, maka kontrak itu ialah kontrak yang
berat sebelah dan tidak adil.

Sekiranya syarat fasid ini berlaku dalam akad tanpa balasan seperti hibah
dan sedekah, akad ini tidak terjejas. Sebaliknya syarat itu dianggap sia-sia
dan tidak diambil kira. Alasannya ialah akad ini tidak ada balasan dan
berlaku daripada satu pihak sahaja. Oleh itu, segala kebimbangan seperti
ketidakadilan akan berlaku tidak akan wujud jika syarat seperti itu tidak
diambil kira.

(c) Syarat yang Batal


Syarat ini ialah syarat yang tidak menepati kehendak akad sama sekali dan
tidak memberi kebaikan kepada mana-mana pihak sekalipun. Contohnya,
syarat yang dibuat oleh penjual supaya pembeli tidak boleh tinggal di
dalam rumah yang dibelinya atau tidak boleh memanfaatkan tanah yang
dibelinya itu. Syarat seperti ini adalah sia-sia dan tidak diambil kira. Walau
bagaimanapun, akad yang dibuat itu tetap sah.

AKTIVITI 8.5

Akad akan wujud sekiranya pihak yang terlibat mempunyai niat dan
khiyar untuk melakukannya.

Terangkan hubungan antara niat dan khiyar dalam menjayakan


sesuatu akad berdasarkan pendapat para ulama.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


156 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

SEMAK KENDIRI 8.5

1. Apakah yang dimaksudkan dengan niat?

2. Sejauh manakah peranan niat dalam akad? Jelaskan.

3. Apakah dalil niat diperlukan dalam akad?

4. Apakah kesannya pada akad yang tidak diberi kebebasan pada


niat? Berikan contohnya.

5. Apakah yang menjadi pokok kekhilafan alim ulama dalam


membahaskan isu ini?

8.6 BERAKHIRNYA SESUATU SYARAT


PILIHAN
Kita telah pun sampai ke penghujung Topik 8. Apa yang akan kita bincangkan
dalam subtopik ini akan berkisarkan tamatnya syarat pilihan. Syarat pilihan ini
akan tamat dengan beberapa perkara (rujuk Rajah 8.6):

Rajah 8.6: Tamatnya sesuatu syarat pilihan

Secara jelasnya, empat perkara yang menyebabkan berakhirnya sesuatu syarat


pilihan adalah seperti yang dapat anda baca berikut (Mohd Ali Hassan, 2004):

(a) Apabila pihak yang diberi pilihan itu telah meluluskan atau
memfasakhkan akad yang dibuat semasa tempoh pilihan masih ada;

(b) Tamatnya tempoh pilihan tanpa sebarang tindakan daripada pihak yang
berkenaan;

(c) Berlaku kerosakan pada barang tersebut sewaktu berada di tangan orang
yang sedang membuat pilihan; dan

(d) Apabila orang yang diberi hak memilih itu meninggal dunia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 157

Ini ialah pendapat sebahagian daripada fuqaha seperti fuqaha mazhab Hanafi
dan Hambali. Manakala fuqaha lain seperti Syafriyah dan Malikiyah
berpendapat sekiranya orang yang membuat pilihan itu telah meninggal dunia,
hak membuat pilihan itu dimiliki pula oleh warisnya kerana hak itu ialah hak
yang berkaitan dengan harta. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:


Maksudnya:
Sesiapa yang meninggalkan harta atau hak, maka ia untuk pewarisnya.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah daripada


al-Miqdam ibn Madikariba)

AKTIVITI 8.6

Sesiapa yang meninggalkan harta atau hak, maka ia untuk


pewarisnya.

Huraikan maksud hadis ini dengan memberikan beberapa contoh yang


berkaitan.

SEMAK KENDIRI 8.6

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tamatnya tempoh khiyar


dalam akad?

2. Kenapakah khiyar harus ditamatkan?

3. Apakah dalil penamatan khiyar?

4. Apakah hukum dan kesan penamatan khiyar?

5. Kepada siapakah harta si mati harus diagih-agihkan?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


158 TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN)

Khiyar (pilihan) adalah sebagai satu hak yang diberi kepada pihak yang
berakad sama ada hendak meluluskan akad yang dibuat atau tidak.

Tujuan diwujudkan hak memilih kepada pihak yang berakad adalah untuk
memastikan adanya kerelaan hati mereka untuk meneruskan akad itu atau
membatalkannya.

Hak memilih juga bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak yang


berakad.

Segala perjanjian atau syarat merupakan salah satu daripada perbuatan


manusia yang harus mengikut hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang
menunjukkan sebaliknya.

Tidak ada dalil syarak yang menunjukkan pengharaman akad yang lain
daripada yang dinaskan oleh syarak. Sebaliknya, terdapat dalil yang
mengharuskannya.

Melakukan akad merupakan satu amalan yang diperlukan oleh setiap orang
sama ada Muslim atau bukan Muslim. Oleh sebab itu, akad tidak
memerlukan hukum yang khusus seperti yang diperlukan oleh ibadat yang
khusus.

Syarat khiyar akan tamat dalam beberapa keadaan. Sebagai contoh, elemen
yang perlu ada dalam melakukan khiyar dalam akad ialah kerelaan atau
persetujuan untuk melakukannya seperti yang disebut dalam al-Quran.
Ketidakwujudan elemen ini akan dengan sendirinya menamatkan khiyar
tersebut.

Khiyar Khiyar cacat


Khiyar bersyarat Ganti rugi
Khiyar aib Pengaruh niat
Tempoh khiyar Batal khiyar
Gugur khiyar Tamat khiyar

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KHIYAR (PILIHAN) 159

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Ar-Rahn
9 (Gadaian)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian gadaian dan cagaran;
2. Mengenal pasti dalil daripada al-Quran dan hadis yang
membenarkan amalan akad ar-rahn dipraktikkan;
3. Menghuraikan pendapat serta pandangan ulama yang berkaitan
dengan syarat gadaian dan cagaran;
4. Membincangkan makna serta skop manfaat yang dibenarkan syarak;
dan
5. Membincangkan keadaan yang boleh membatalkan sesuatu gadaian
dan cagaran.

PENGENALAN
Apakah ar-rahn? Dalam topik ini, kita akan membincangkan konsep gadaian
menurut syariat Islam. Kita sedia maklum bahawa dalam kehidupan ini, ada
kalanya kita mengalami kesulitan serta kesesakan dari segi kewangan. Bagi
mengatasi kesulitan ini, kita terpaksa meminjam wang daripada pihak lain.

Sekiranya kita memiliki barangan berharga, bolehkah kita menggadaikannya


kepada pihak lain sama ada dipajak gadai atau kepada individu perseorangan?
Dalam topik ini, kita akan menumpukan perbincangan kita kepada dalil yang
menghalalkan amalan gadaian ini serta melihat apakah syarat yang telah
ditetapkan oleh syarak dalam membenarkan amalan gadaian ini dipraktikkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN) 161

9.1 PENGERTIAN AR-RAHN (GADAIAN)


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pengertian ar-rahn serta mengkaji
dalil daripada al-Quran dan hadis serta pendapat dan pandangan ulama yang
membenarkan akad jenis ini dipraktikkan. Ar-rahn dalam bahasa Arab
bermaksud memegang atau menahan. Perkataan ini digunakan dalam beberapa
ayat al-Quran. Contohnya, firman Allah SWT:

i oGs9r& !$tu tJh 5 $u)pt:r& ?y*/ Jh Jyt7?$#u (#t#u t%!$#u

u |=|x. $o3 $# . 4 &x i =ux


Maksudnya:
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan
keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu
dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi
sedikit pun daripada pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia
terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(Surah at-Thur: 21)

Firman Allah SWT:

ou Mt6|x. $y/ t .
Maksudnya:
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat)
yang dikerjakannya.
(Surah al-Muddaththir: 38)

Sekarang mari kita lihat pengertian ar-rahn dari sudut perundangan Islam.

Perkataan ar-rahn (gadaian atau cagaran) dalam terminologi perundangan


Islam bermaksud pegangan yang diberikan sebagai sekuriti (jaminan)
terhadap hutang dan sekuriti tersebut boleh diambil sekiranya penghutang
gagal untuk membuat pembayaran semula wang yang dipinjamkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


162 TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN)

Akad gadaian sedemikian adalah sah di sisi Islam kerana alasan berikut:

Dalam al-Quran terdapat penetapan ke atas orang yang bermusafir yang


mengendalikan transaksi perdagangan, hendaklah syarat yang berkaitan
dengannya ditulis oleh jurutulis. Jika (jurutulis) sukar diperoleh, maka jaminan
dengan pemilikan boleh digunakan untuk cagaran.

Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT:

zr& *s ( |7) ys $Y6?%x. (#fs? s9u 9xy 4n?t F. )u *

(#G3s? u 3 /u !$# ,Gu9u tFutr& z?$# %!$# jx=s $V/t 3t/

=t t=ys? $y/ !$#u 3 6=s% O#u *s $yG6t tu 4 nyy9$#


Maksudnya:
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi
hutang yang bertempoh) sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka
hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi
hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang
(dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang
(yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya.
Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan
perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka
sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah
sentiasa mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah: 283)

Ada diriwayatkan dalam sunnah dan biografi Rasulullah SAW bahawa baginda
meminjam makanan daripada seorang Yahudi di Madinah dan baginda
menawarkan perisai sebagai cagaran.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN) 163

:
.
Maksudnya:
Daripada Anas, katanya, Rasulullah telah mencagarkan baju besi beliau kepada
seorang Yahudi di Madinah, sewaktu beliau menghutangkan syair (gandum)
daripada orang Yahudi itu untuk keluarga beliau.
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Nasai dan Ibnu Majah)

Menurut riwayat lain, gandum yang dipinjam Rasulullah dan jaminannya ialah
baju perang beliau. Berdasarkan hadis tadi, dapat difahami bahawa
bermuamalah dibenarkan juga dengan bukan Islam dan harus ada jaminan
sebagai cagaran atau pegangan sehingga tidak ada kebimbangan kepada yang
memberi hutang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang


bermaksud:

Binatang tunggangan digunakan sebagai balasan terhadap kos peliharaannya


jika tunggangan tersebut ialah cagaran dan susu diminum sebagai balasan
terhadap kos peliharaannya jika ia dicagarkan.

Nabi Muhammad SAW seterusnya bersabda bahawa:

Cagaran bukanlah menjadi harta seseorang yang menerima cagaran tersebut;


hak miliknya masih berada di pihak tuan punya harta cagaran tersebut. Dia
masih berhak untuk manfaatnya dan juga bertanggungjawab untuk
pembiayaannya.

Jenis akad cagaran sedemikian mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah


sah sama ada dalam perjalanan ataupun tidak. Terdapat pandangan yang
berbeza daripada mujahid yang menyatakan bahawa cagaran cuma sah dalam
perjalanan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran sebelum ini. Walau
bagaimanapun, pandangan jumhur lebih tepat dan perjalanan disebut dalam
ayat tersebut kerana jurutulis sukar ditemui dalam perjalanan.

Cagaran tidak mengikat melainkan dengan penerimaan barang tersebut.


Cagaran tidak boleh dilakukan melainkan oleh seseorang yang merdeka,
bertanggungjawab, dewasa dan tidak disabitkan dengan ketidaksiuman.
Tambahan lagi, cagaran mestilah dipersetujui oleh orang yang mencagarkan

Copyright Open University Malaysia (OUM)


164 TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN)

hartanya. Sekiranya cagaran itu boleh dihantar, maka penerimaannya dibuat


dengan mengosongkannya bagi pihak yang menggadaikannya dan
mengambilnya bebas daripada sebarang halangan penerima gadaian.

Sebagai peraturan asas, sebarang objek yang boleh dijual beli boleh dicagarkan.
Ini kerana tujuan gadaian adalah untuk mendapatkan jaminan terhadap hutang
dan barang tersebut boleh digunakan sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dibayar. Apa yang tidak boleh dijual beli tidak boleh dicagarkan, melainkan
buah-buahan sebelum masak. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama tidak
memberikan hukum dan peraturan yang jelas tentang perkara ini.

Ia adalah sah dari segi perundangan bagi seseorang untuk meminjam sesuatu
dan mencagarkannya kepada seseorang yang akan diberitahu siapa dirinya
kepada pemberi pinjam. Ini diperakui oleh kebanyakan ulama. Pihak penggadai
dikehendaki menyatakan nama pemegang gadaian, tempoh cagaran dan jumlah
yang dicagarkan. Ini untuk menjaga kepentingan tuan punya gadaian tersebut.
Sekiranya penggadai melanggar salah satu daripada syarat ini, gadaian tersebut
dikira tidak sah dan tuan punya gadaian akan dianggap seperti tidak pernah
membenarkan gadaian itu berlaku.

Sekiranya penggadai dan pemegang gadaian bersetuju membenarkan cagaran


diletakkan pada pihak ketiga, mereka tidak dibenarkan menukar perjanjian
tersebut selama pihak ketiga tersebut masih jujur dan bertanggungjawab dalam
tugas yang diamanahkan. Mereka tidak boleh membatalkan cagaran tersebut
tanpa sebab yang munasabah.

Sekiranya penggadai dan pemegang gadaian bersetuju membenarkan pihak


ketiga menjual barang tersebut untuk sejumlah wang, pihak ketiga tersebut tidak
dibenarkan menjual barang tersebut dengan jumlah yang kurang daripada yang
dinyatakan. Walau bagaimanapun, beliau dibenarkan menjualnya dengan harga
yang lebih tinggi kerana ini adalah untuk kepentingan kedua-dua pihak.

Sekiranya penggadai membayar semula sebahagian hutangnya, gadaian tersebut


belum tamat tetapi dikira masih berfungsi sehinggalah kesemua hutang itu
dijelaskan. Ini kerana hutang tersebut mengikat keseluruhan cagaran yang
diberikan.

Oleh yang demikian, cagaran masih berkuat kuasa sehingga keseluruhan hutang
dibayar. Pengarang kitab al-Mughni menukilkan daripada Ibn al-Munzir
bahawa, Kesemua ulama yang sempat saya ambil pandangan mereka bersetuju
bahawa sekiranya seseorang mencagarkan sesuatu untuk mendapatkan wang
dan kemudian membayar sebahagian wang tersebut dan menghendaki kembali
sebahagian cagaran mereka, mereka tidak berhak untuk berbuat demikian.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN) 165

Mereka tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana bahagian daripada


cagaran mereka hinggalah kesemua bayaran hutang dibuat atau mereka diberi
pengecualian oleh pemberi hutang. Ini ialah pandangan Imam Malik, al-Thauri,
al-Shafie, Ishak, Abu Thaur dan kebanyakan yang lain.

Ini kerana cagaran merupakan hak untuk jaminan dan tidak boleh diambil
kembali melainkan setelah pembayaran semula dibuat sepenuhnya seperti
dinyatakan dalam jaminan dan surat akuan.

Penggadai tidak dibenarkan menggunakan cagaran sama ada dengan menjual,


menyewa atau mendermakannya melalui apa cara sekalipun. Perbuatan tersebut
menyalahi dan boleh menyebabkan kepentingan pemegang gadai terabai. Oleh
itu, perbuatan sedemikian tidak patut dibenarkan melainkan setelah mendapat
kebenaran.

Cagaran ialah satu amanah yang diletakkan pada pemegang gadaian. Oleh itu,
sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kemusnahan bukan kerana kecuaian
atau penyalahgunaan di pihaknya, pemegang gadai tidak boleh dipersalahkan.
Ini ialah pandangan Imam Ali yang diambil oleh Ata, al Zuhri, al-Auzaie,
al-Shafie, Abu Maur dan Ibn al-Munzir.

Sementara Shuraih, al-Nakhle dan al-Hasan menyatakan bahawa cagaran


meliputi hutang keseluruhan walaupun cagaran itu melebihi nilai hutang seperti
yang dilaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Cagaran adalah untuk sesuatu yang diambil kerananya.

Imam Malik menyatakan bahawa sekiranya kerosakan disebabkan alasan yang


jelas seperti kematian atau kebakaran, ini ditanggung oleh penggadai; dan
sebarang dakwaannya tidak boleh diterima. Mengikut Abu Hanifah (dan ini juga
ialah pendapat al-Thauri), pemegang gadaian bertanggungjawab bagi nilai
cagaran atau nilai hutang, mengikut yang lebih kurang nilainya.

Imam Ata meriwayatkan daripada Umar bahawa seorang lelaki mencagarkan


seekor kuda betina yang kemudiannya mati semasa dalam cagaran. Lelaki
tersebut datang berjumpa Rasulullah SAW dan menceritakan perkara tersebut,
lalu baginda menyatakan bahawa dia bertanggungjawab. Sesetengah pendapat
yang menerima pandangan pertama menggunakan sabda Rasulullah SAW
sebagai hujah, iaitu:

Cagaran tidak menjadi harta milik pemegang gadaian; pemiliknya berhak


terhadap manfaatnya dan bertanggungjawab untuk kos (penjagaan)nya.
(Abdullah, 2004; Abdul Halim el-Muhammady, 2001)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


166 TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN)

AKTIVITI 9.1

Setujukah anda dengan pendapat yang menyatakan gadaian dan


cagaran hanya sah semasa dalam perjalanan sahaja seperti yang
termaktub dalam surah al-Baqarah, ayat 283? Mengapa? Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Apakah pengertian gadaian?
2. Apakah dalil daripada al-Quran dan hadis yang membenarkan
gadaian? Terangkan berserta contoh.
3. Apakah itu cagaran?
4. Kenapakah perlu kepada cagaran?
5. Terangkan hukum dan kesan berkaitan cagaran.

9.2 SYARAT BERKAITAN GADAIAN


Seterusnya dalam subtopik ini kita akan membincangkan tentang bila dan
apakah barangan yang dianggap sah dalam akad gadaian. Menurut Sayyid
Sabiq, sesuatu gadaian itu dianggap sah apabila memenuhi empat syarat seperti
dalam Rajah 9.1 berikut.

Rajah 9.1: Syarat sah gadaian menurut Sayyid Sabiq

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN) 167

Manakala syarat barang atau benda yang dijadikan jaminan itu merupakan
emas, berlian dan benda bergerak yang bernilai serta berupa surat berharga
(surat tanah, kereta, rumah dan sebagainya).

Syarat tersebut terbahagi kepada dua jenis (lihat Rajah 9.2).

Rajah 9.2: Syarat gadaian

9.2.1 Gadaian yang Sah


Syarat gadaian yang sah iaitu syarat yang tidak bertentangan dengan kehendak
akad. Sebagai contoh, penggadai mensyaratkan supaya cagaran tersebut
disimpan bersama orang yang boleh dipercayai dan orang tersebut akan menjual
cagaran tersebut sekiranya penggadai gagal membayar semula hutangnya.

Imam Abu Hanifah dan Malik berpendapat bahawa adalah sah untuk penggadai
mensyaratkan pemegang gadaian menjual cagaran tersebut dalam kes
sedemikian. Walau bagaimanapun, Imam Shafie tidak menganggap perkara ini
sebagai syarat yang sah kerana perkara ini menyalahi matlamat asal kedua-dua
pihak.

9.2.2 Gadaian yang Tidak Sah


Syarat yang tidak sah atau merosakkan. Sebagai contoh, penggadai
mensyaratkan cagaran tidak perlu dijual sekiranya berlaku kegagalan membayar
semula hutang dalam jangka masa tertentu, hutang tersebut tidak boleh diambil
daripada cagaran atau cagaran boleh dijual dengan apa harga pun. Syarat ini
menyebabkan kontrak gadaian rosak. Syarat lain yang dapat menjadikan kontrak
tidak sah ialah pernyataan bahawa pemegang gadai boleh mendapat manfaat
daripada cagaran yang dibuat.

(Adi Warman, 2004; Ala-Eddin Kharofa, 2007; Faizah Ismail, 2006)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


168 TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN)

AKTIVITI 9.2

Gadaian dianggap sah apabila memenuhi empat syarat, iaitu


penggadai sudah dewasa, berfikiran sihat, barang yang digadaikan
wujud pada saat terjadi akad gadaian dan barang gadaian dapat
diserahkan/dipegang oleh pemberi pinjaman.

Bincangkan tentang syarat yang dinyatakan tadi.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Senaraikan syarat-syarat gadaian.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan:
(a) Gadaian yang sah.
(b) Gadaian yang tidak sah.
(c) Gadaian rosak.
3. Terangkan hukum serta kesan kepada gadaian yang rosak?

9.3 MANFAAT YANG DIPEROLEH DARIPADA


BARANG CAGARAN
Dalam subtopik ini, kita akan menjawab satu persoalan, iaitu adakah pemegang
gadaian berhak terhadap manfaat cagaran? Contohnya, sekiranya barang
cagaran ialah sebuah rumah, bolehkah pemegang gadaian tinggal di situ atau
menyewakannya?

Persoalan ini perlu diperjelaskan dengan nyata. Sekiranya pemegang gadai


mendapatkan persetujuan pihak penggadai untuk tinggal di rumah tersebut dan
sekiranya penggadai memberi kebenaran sekalipun (dalam kes cagaran terhadap
hutang), pihak pemegang gadai sebenarnya tidak berhak untuk tinggal di rumah
itu. Ini kerana menggunakan rumah tersebut sebenarnya ialah sejenis manfaat
daripada pemberian hutang. Oleh itu, perkara ini ialah tidak sah berdasarkan
dalil Rasulullah SAW berikut:

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN) 169


Maksudnya:
Jaminan itu tidak menghalang pemiliknya daripada manfaat barang (yang
digadaikan) itu, faedahnya kepunyaan dia, dan dia (juga) wajib memikul beban
(pemeliharaan).
(Riwayat Syafie dan Daru-Quthni)

Rasulullah SAW juga bersabda:



-


Maksudnya:
Apabila seekor kambing dijadikan jaminan, maka yang memegang jaminan itu
boleh meminum susunya sekadar sebanyak makanan yang diberikannya pada
kambing itu, jika dilebihinya daripada sebanyak (pengeluaran) itu, maka
lebihnya itu menjadi riba.
(Riwayat Hammar Salamah)

Sabda Rasulullah SAW:



Maksudnya:
Semua pinjaman yang menarik manfaat ialah riba.
(Riwayat al-Haris)

Oleh itu, sekiranya cagaran tersebut ialah rumah dan kemudiannya pemegang
barang gadaian menyewanya daripada penggadai untuk jumlah yang
sepatutnya tanpa sebarang keistimewaan, sewaan tersebut sah dan betul.
Perbuatan ini tiada kena-mengena dengan kontrak gadaian dan dianggap
sebagai kontrak sewaan. Ini ialah pandangan Imam Ahmad. Apabila tamat
tempoh sewaan, gadaian tersebut kembali dalam keadaan asal dan penggadai
tidak berhak untuk menggunakan rumah tersebut sama ada dengan menjual,
menyewa atau menggadaikannya untuk gadaian lain melainkan setelah
mendapat persetujuan pihak pemegang gadaian.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


170 TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN)

Pihak penggadai tidak berhak mendapatkan sebarang manfaat daripada barang


cagaran melainkan dengan kebenaran pemegang gadai. Oleh yang demikian,
beliau tidak dibenarkan menyewa, meminjam atau mencagarkan rumah tersebut
bagi cagaran lain, melainkan dengan kebenaran dan persetujuan pemegang
gadaian terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, dalam kes rumah yang dicagarkan yang bernilai jauh
lebih tinggi daripada hutang yang dipinjam (katakan, hutang cuma bernilai
RM1,000 dan rumah bernilai RM20,000) dan dalam kes penggadai memerlukan
pinjaman lain, keadaan sebegini membolehkan penggadai mencagarkan rumah
berkenaan untuk cagaran yang lain; ini tidak memerlukan kepada kebenaran
dan persetujuan pemegang gadai. Namun sekiranya hutang tersebut melebihi
jumlah cagaran, penggadai tidak boleh mencagarkannya untuk akad gadaian
yang lain.

Sekiranya penggadai berhasrat untuk membaiki barang cagarannya, dia berhak


untuk berbuat demikian dan pemegang gadai tidak berhak untuk
menghalangnya.

Sekiranya cagaran tersebut memerlukan perbelanjaan untuk menguruskannya,


ini menjadi tanggungjawab penggadai seperti sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

Cagaran adalah harta penggadai; dan dia berhak ke atas manfaatnya, dan oleh
itu dia juga berhak ke atas perbelanjaannya.

Setelah tiba masanya, adalah sah bagi pemegang gadaian memberi kebenaran
kepada penggadai untuk menjual cagaran tersebut; dan dia mendapat wang
semula daripada cagaran yang dijual. Pemegang gadaian mempunyai hak yang
besar dan tinggi untuk mendapatkan semula hutang yang dipinjamkan daripada
harga jualan cagaran tersebut (Sabri Salamon, 1992; Zaharuddin Abdul Rahman,
2009).

AKTIVITI 9.3

Cagaran tidak menghalang pemiliknya daripada manfaat barang


(yang digadaikan) itu, faedahnya kepunyaan dia dan dia (juga) wajib
memikul beban (pemeliharaan).

Huraikan pengertian hadis ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN) 171

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan cagaran sebagai jaminan


pinjaman?

2. Adakah setiap pinjaman memerlukan cagaran?

3. Apakah maksud semua pinjaman yang menarik manfaat ialah


riba?

4. Dalam keadaan bagaimanakah cagaran boleh dikembalikan


kepada pemilik asal?

5. Dalam keadaan bagaimanakah cagaran boleh dilelapkan oleh


pemberi pinjaman?

Perkataan ar-rahn (gadaian atau cagaran) dalam terminologi perundangan


Islam bermaksud pegangan yang diberikan sebagai sekuriti (jaminan)
terhadap hutang dan sekuriti tersebut boleh diambil sekiranya penghutang
gagal untuk membuat pembayaran semula wang yang dipinjamkan.

Dalam al-Quran terdapat penetapan ke atas orang yang bermusafir yang


mengendalikan transaksi perdagangan, hendaklah syarat yang berkaitan
dengannya ditulis oleh jurutulis. Jika (jurutulis) sukar diperoleh, maka
jaminan dengan pemilikan boleh digunakan untuk cagaran.

Cagaran ialah satu amanah yang diletakkan pada pemegang gadaian.

Sesuatu gadaian itu dianggap sah apabila memenuhi empat syarat, iaitu
penggadai sudah dewasa, berfikiran waras, barang yang digadaikan wujud
pada saat terjadi akad gadaian dan barang gadaian itu dapat diserahkan/
dipegang oleh pemberi pinjaman.

Cagaran tidak menghalang pemiliknya daripada manfaat barang (yang


digadaikan) itu, faedahnya kepunyaan dia dan dia (juga) wajib memikul
beban (pemeliharaan).

Semua bentuk pinjaman yang menarik manfaat ialah riba dan hukumnya
haram.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
172 TOPIK 9 AR-RAHN (GADAIAN)

Gadaian (ar-rahn) Manfaat


Cagaran Riba
Jaminan

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik As-Syarikah
10 (Perkongsian)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian as-syarikah;
2. Menerangkan dalil-dalil dari al-Quran dan sunnah serta pendapat
ulama yang membenarkan akad as-syarikah dipraktikkan;
3. Mengenal pasti rukun dan syarat as-syarikah;
4. Menghuraikan jenis-jenis akad as-syarikah; dan
5. Mengaplikasikan konsep akad as-syarikah dalam sistem mualamat.

PENGENALAN
Topik 10 ini akan membincangkan akad perkongsian menurut syariat Islam. Kita
mungkin terlibat dengan akad perkongsian. Oleh itu, undang-undang Islam
akan menerangkan kepada kita kesemua perkara berkenaan perkongsian dan
persyarikatan agar akad kita selari dengan kehendak syarak seterusnya diterima
sebagai suatu ibadah.

10.1 PENGERTIAN AS-SYARIKAH


(PERKONGSIAN)
Subtopik ini akan membincangkan mengenai pengertian as-syarikah. Perkataan
as-syarikah (perkongsian atau persyarikatan) dalam bahasa Arab bermaksud
mencampurkan dua bahagian untuk menjadikannya tidak boleh dibezakan lagi.
Bahagian itu mungkin berbentuk wang, tenaga kerja atau sebagainya. Oleh itu,

Copyright Open University Malaysia (OUM)


174 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

marilah kita lihat makna perkataan shuraka (rakan kongsi) dalam hadis Nabi
Muhammad SAW:

Manusia ialah rakan kongsi dalam tiga (perkara): air, rumput dan api.
(Abdullah, 2004)

Beberapa definisi boleh didapati dalam penulisan berkenaan perundangan Islam.


Yang berikut ialah sebahagian daripadanya (rujuk Jadual 10.1) (Abdul Halim,
2001).

Jadual 10.1: Definisi Perkongsian dalam Penulisan Berkenaan Perundangan Islam

Sumber Definisi
Ulama mazhab Hanafi Satu akad antara dua rakan (atau lebih) dalam modal
dan keuntungan.

Ulama mazhab Shafie Satu akad yang memberikan hak terhadap sesuatu
kepada dua orang atau lebih membuatnya bersama.

Ulama mazhab Hambali Perbuatan dua orang atau lebih bersama-sama dalam
mengurus dan membelanjakan modal.

AKTIVITI 10.1

Manusia ialah rakan kongsi dalam tiga (perkara): air, rumput dan
api.

Bincangkan maksud hadis ini.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Jelaskan pengertian as-syarikah dari segi istilah.

2. Apakah pengertian as-syarikah dari sudut bahasa? Nyatakan.

3. Nyatakan definisi syarikah menurut Imam Hanafi, Imam Shafie


dan Imam Hambali.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 175

10.2 DALIL KESAHIHAN AS-SYARIKAH


Kesahihan akad perkongsian terbukti dalam al-Quran, sunnah dan ijmak
(kesepakatan pendapat ulama).

Dalam al-Quran, konsep perkongsian disebutkan dalam ayat berkaitan


pembahagian warisan. Firman Allah SWT:

t$2 *s 4 $s!u 9 3t 9 ) 6_ur& x8ts? $t # 6s9u *

r& !$y/ 7u t/ . 4 z2ts? $ /9$# 6n=s $s!u s9

t$2 *s 4 s9u 39 6t 9 ) F.ts? $ /9$# s9u 4 &y

r& !$y/ ? 7u t/ .i 4 2ts? $ V9$# n=s $s!u 6s9

e3=s Mz& r& r& &s!u r&t$# r& 's#n=2 ^u _u %x. )u 3 &y

!%2u s y79s usY2r& (#%2 *s 4 9$# $yi 7nu

!$#u 3 !$# zi Zu 4 9h!$ ux Ay r& !$p5 4| 7u /t . 4 ]=W9$#

=ym =t
Maksudnya:
Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri
kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak
maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan,
sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan
hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta
yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu
mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi

Copyright Open University Malaysia (OUM)


176 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya ialah satu perenam. Kalau
pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka
mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki
dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati
dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya
tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu)
ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar.
(Surah an-Nisa: 12)

Dalam satu ayat lain, dijelaskan bagaimana seharusnya mereka berkelakuan


terhadap satu sama lain. Firman Allah SWT:

$p=.r& t$s)s ynu yft u<u Zyft t@u @ s9 r& !#xy )

>$s:$# tu
Maksudnya:
Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; dia
mempunyai 99 ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam
pada itu dia (mendesakku dengan) berkata, Serahkanlah yang seekor itu
kepadaku, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu.
(Surah Sad: 23)

Menurut sunnah pula, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Allah yang Maha Agung berfirman, Aku adalah (rakan) ketiga kepada dua
orang rakan selama mana salah satu pihak daripada mereka tidak mengkhianati
pihak yang lain; jika mereka mengkhianati (sesama mereka), Aku tinggalkan
mereka.
(Riwayat Abu Daud dalam kitabnya)

Mujahid melaporkan daripada Saeb bahawa sebelum kedatangan Islam, beliau


(Saeb) menyertai perkongsian bersama-sama Nabi Muhammad SAW. Pada hari
Mekah ditawan (oleh orang Islam), Saeb datang kepada Nabi Muhammad SAW
dan baginda mengalu-alukan beliau sambil berkata, Selamat datang wahai
saudara dan rakanku yang tidak pernah menyembunyikan apa-apa atau
bertelagah denganku. Wahai Saeb, kamu selalu berbuat sesuatu pada masa

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 177

lampau sebelum Islam, yang tidak diterima Allah tetapi sekarang Dia
menerimanya.

Selain daripada itu, ulama juga pada dasarnya bersepakat dalam soal kesahihan
perkongsian dalam Islam. Walau bagaimanapun, mereka berbeza pendapat
dalam sesetengah perkara. Hal ini disebutkan dalam penulisan mereka.

Konsep perkongsian ditemui sejak zaman purba undang-undang Rom setelah


penerangan yang terperinci ditemui berkenaannya. Undang-undang Rom
menyebut bahawa perkongsian ialah suatu akad penerimaan sukarela atau
saling menerima dan mewujudkan komitmen eksklusif antara pihak terlibat
sama seperti akad jualan, perwakilan dan sewaan. Syarikah pada zaman Rom
tidak mempunyai kewujudan luaran yang bebas daripada rakannya. Walau
bagaimanapun, perkongsian tersebut bermakna rakan kongsi mempunyai
kewajipan terhadap satu sama lain lebih daripada kewajipan mereka terhadap
orang lain.

Undang-undang Perancis mendefinisikan sharikah sebagai suatu akad antara


dua orang atau lebih yang bersetuju untuk meletakkan sesuatu antara mereka
dengan tujuan membahagikan keuntungan yang diperoleh antara mereka (Adi
Warman, 2004; Ala-Eddin Khafofa, 2007).

AKTIVITI 10.2

Undang-undang Perancis mendefinisikan syarikah sebagai suatu akad


antara dua orang atau lebih yang bersetuju untuk meletakkan sesuatu
antara mereka dengan tujuan membahagikan keuntungan yang
diperoleh antara mereka.

Jelaskan sama ada definisi ini menepati kehendak syariat Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


178 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Adakah konsep akad syarikat diiktiraf oleh syariat Islam?

2. Apakah dalil daripada al-Quran yang membenarkan akad jenis


ini untuk diamalkan?

3. Apakah dalil daripada sunnah yang membolehkan akad


perkongsian dipraktikkan?

4. Apakah pandangan ulama mengenainya?

5. Apakah pandangan masyarakat bukan Islam mengenainya?

10.3 JENIS PERKONGSIAN


Subtopik ini akan membincangkan jenis perkongsian yang diterima pakai dalam
syariat Islam. Pada umumnya, terdapat dua jenis perkongsian, iaitu syarikat hak
milik dan syarikat yang berakad (rujuk Rajah 10.1).

Rajah 10.1: Dua jenis perkongsian

Jenis perkongsian ini akan dibincangkan dengan lanjut dalam subtopik


berikutnya.

10.3.1 Syarikat Hak Milik


Perkongsian dalam syarikat hak milik berlaku apabila dua orang berkongsi hak
milik sesuatu harta sama ada dengan pilihan sendiri (dengan bersetuju untuk
membeli harta tersebut bersama) atau tanpa pilihan (contohnya, daripada
pewarisan harta). Oleh itu, mereka menjadi rakan kongsi bersama. Setelah itu,
kesemua rakan kongsi tidak dibenarkan mentasarufkan harta tersebut tanpa
mendapatkan kebenaran rakan kongsi lain.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 179

10.3.2 Syarikat yang Berakad


Akad perkongsian ialah sebuah akad antara dua orang atau lebih untuk
membuat perkongsian dalam modal dan keuntungan. Perkongsian seperti ini
terbahagi kepada empat jenis seperti yang dinyatakan dalam Rajah 10.2.

Rajah 10.2: Empat jenis akad perkongsian

Sekarang mari kita membincangkan jenis akad perkongsian dengan lebih lanjut.

(a) Syarikat Amwal


Syarikat amwal atau syarikat kewangan terbahagi kepada dua jenis seperti
dilakarkan dalam Rajah 10.3 (Faizah Ismail, 2006).

Rajah 10.3: Jenis syarikat kewangan

Mari kita lihat jenis syarikat amwal tersebut sekarang.

(i) Syarikat Inan


Syarikat perkongsian modal perkongsian tidak sama dikira sah oleh
fuqaha dan dipanggil inan. Syarikat perkongsian jenis ini dibentuk
melalui suatu akad apabila dua orang atau lebih bersetuju untuk
membayar bahagian tertentu sebagai modal yang akan digunakan
dalam perdagangan. Keuntungannya pula akan dibahagikan sesama
mereka berdasarkan kadar tertentu yang dipersetujui.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


180 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

(ii) Syarikat Mufawadah


Keduanya dipanggil mufawadah (modal perkongsian sama banyak).
Syarikat jenis ini tidak dipersetujui oleh semua ulama. Dalam
persyarikatan jenis ini, setiap seorang rakan mempunyai bahagian
yang sama dengan rakan yang lain dalam modal, keuntungan dan
kebebasan dalam pengurusan. Ini bermakna setiap rakan kongsi
dalam syarikat ini adalah sama dalam nisbah bahagian modal,
keuntungan dan kebebasan pengurusan yang berkaitan syarikat.

(b) Syarikat Sanai (Syarikat Kemahiran)


Syarikat sanai atau juga dikenali sebagai syarikat kemahiran. Syarikat
perkongsian ini berlaku apabila dua orang yang mempunyai kepakaran
masing-masing bersetuju untuk menghabiskan sesuatu kerja seperti
menjahit, mewarna, pertukangan besi dan pertukangan kayu.

(c) Syarikat Wujuh (Perkongsian dengan Orang Terkenal)


Syarikat wujuh juga disebut perkongsian dengan orang terkenal. Syarikat
perkongsian wujuh berlaku apabila dua orang yang tidak mempunyai
modal untuk digunakan dalam perniagaan tetapi mereka terkenal dan
mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat, bersetuju untuk
bersama-sama menubuhkan perkongsian perniagaan untuk membeli
barang secara hutang dan menjualnya secara tunai. Manakala keuntungan
yang diperoleh dibahagikan sesama mereka berdasarkan syarat yang
dipersetujui bersama.

(d) Syarikat Mudarabah atau Qirad (Syarikat Modal dan Buruh)


Syarikat mudarabah atau qirad (syarikat modal dan buruh). Mudarabah
berlaku dengan satu pihak menyediakan kerja dalam perdagangan dan
satu pihak lagi menyediakan modalnya. Kedua-dua belah pihak bersetuju
menerima untung dan menanggung rugi. Perkara penting di sebalik
perkongsian jenis ini ialah ada orang yang mempunyai modal tetapi tidak
ada kemahiran berdagang dan ada juga yang mempunyai pengalaman
yang luas dalam perdagangan tetapi tidak mempunyai modal.

Keempat-empat syarikat ini merupakan jenis syarikat secara umum. Walau


bagaimanapun, ulama berbeza pendapat dalam peraturan pentadbiran dan
pengurusan syarikat ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 181

AKTIVITI 10.3

Terangkan kenapa terdapat pelbagai jenis akad dalam konsep


as-syarikah. Berikan contoh-contoh perbezaannya.

SEMAK KENDIRI 10.3

1. Senaraikan jenis-jenis akad perkongsian.


2. Jelaskan maksud syarikat inan dan syarikat mufawadah.

10.4 RUKUN DAN SYARAT DALAM AKAD


PERKONGSIAN
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan rukun dan syarat akad secara
umum. Perlu diingat bahawa rukun dan syarat yang sama juga diguna pakai
dalam akad perkongsian seperti akad yang lain kerana akad ini tidak berbeza
daripada segala peraturan yang ada dalam akad kewangan lain.

Oleh itu, semua peraturan mengenai akad kewangan yang berkenaan dengan
sighah, bentuk, kedudukan pihak berakad, syarat subjek akad mesti selamat
daripada kecacatan yang boleh mempengaruhi itu dan membawa kepada
pembatalannya seperti gurauan dan paksaan juga diguna pakai dalam akad
perkongsian. Oleh itu, tatar atau kedudukan akad mestilah wujud secara
sebenarnya atau secara kemungkinan dan mestilah jelas dan boleh dinyatakan.
Objek dan tujuan sesuatu akad mestilah sah mengikut hukum. Objek dalam akad
perkongsian ialah modal dan bahagian keuntungan yang dipersetujui bersama
untuk dibahagikan. Tujuan akad pula ialah komitmen setiap rakan kongsi untuk
membekalkan bahagian modalnya.

Rukun sesuatu akad perkongsian atau syarikat ialah penawaran dan penerimaan
yang positif. Ini boleh dilakukan, contohnya, apabila salah seorang rakan kongsi
berkata kepada yang lain, Saya masuk ke dalam perkongsian dengan kamu
dalam syarikat dengan modal (mesti dijelaskan) dengan syarat setiap seorang
daripada kita membayar sebahagian jumlah (ia juga mesti dijelaskan) dan
keuntungan yang diperoleh mesti dibahagikan sesama kita dalam kadar tertentu
(mesti dijelaskan juga). Kenyataan sebegini dipanggil penawaran positif. Jika
orang yang dituju oleh kenyataan itu menyambutnya dengan apa juga cara atau
menandatanganinya, maka akad perkongsian itu dikira sah dengan penawaran

Copyright Open University Malaysia (OUM)


182 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

dan penerimaan positif sedemikian (Hailani Muji Tahir, 2009; Mohd Ali Hassan,
2004).

AKTIVITI 10.4

Rukun sesuatu akad perkongsian atau syarikat ialah penawaran dan


penerimaan yang positif. Terangkan kenyataan ini dengan memberikan
beberapa contoh.

SEMAK KENDIRI 10.4

1. Jelaskan rukun akad perkongsian.


2. Kenapakah rukun akad perkongsian sama dengan rukun akad
lain?
3. Apakah tujuan akad perkongsian?
4. Nyatakan maksud penawaran positif.
5. Apakah tatar?

10.5 SYARAT AKAD PERKONGSIAN


Subtopik ini akan membincangkan syarat akad perkongsian. Terdapat dua jenis
syarat bagi akad perkongsian, iaitu syarat khusus dan syarat umum. Jenis syarat
ini akan dijelaskan dalam subtopik berikutnya.

10.5.1 Syarat Khusus


Syarat khusus hanya diguna pakai oleh syarikat tertentu sahaja. Syarat yang
khusus juga diguna pakai dalam akad perkongsian seperti akad lain kerana
syarat ini tidak banyak berbeza daripada segala syarat umum yang terdapat
dalam akad kewangan yang lain.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 183

10.5.2 Syarat Umum


Syarat umum adalah untuk semua jenis perkongsian atau persyarikatan.

Terdapat dua syarat umum, iaitu:

(a) Setiap rakan kongsi mestilah memenuhi semua ciri kelayakan untuk
menjadi pewakil dan wakil. Ini kerana setiap rakan kongsi bertindak
mewakili dirinya sendiri dan rakannya yang lain. Oleh itu, dia mesti
memenuhi semua ciri kelayakan sebagai pelantik dan wakil supaya
tindakannya sah dan betul dari segi undang-undang. Walau
bagaimanapun, jika akad itu memasukkan satu syarat khas atau batasan
tertentu, ini juga harus dilaksanakan; dan

(b) Semua rakan kongsi mestilah mendapat bahagian keuntungan yang


ditentukan mengikut kadar dan peratus yang dipersetujui. Jika kadar tidak
dinyatakan, akad syarikat itu dianggap rosak kerana tidak menyatakan
kadar tersebut. Ia dianggap sebagai satu bentuk gharar (ketidaktentuan)
yang boleh membawa kepada pertikaian dan ini sebenarnya bertentangan
dengan ajaran Islam.

Rajah 10.4 menyatakan syarat umum bagi jenis perkongsian.

Rajah 10.4: Enam syarat umum bagi jenis perkongsian

Copyright Open University Malaysia (OUM)


184 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

Marilah kita membincangkan syarat tersebut satu persatu.

(a) Perkongsian Kewangan


Perkongsian ini berlaku apabila dua orang individu, lebih atau kumpulan
bersetuju untuk bersama-sama memberikan modal untuk digunakan
dalam perdagangan dan keuntungannya akan dibahagikan antara mereka
mengikut kadar tertentu. Jika sesuatu tawaran positif sebelah pihak
bersesuaian dengan penerimaan pihak kedua, syarikat itu dikira sah.

(b) Perkongsian dengan Modal yang Tidak Sama (Inan)


Perkongsian ini dibentuk melalui suatu akad apabila dua orang atau lebih
bersetuju untuk membayar bahagian tertentu sebagai modal yang akan
digunakan dalam perdagangan. Keuntungannya pula akan dibahagikan
sesama mereka berdasarkan kadar tertentu yang dipersetujui.

Kata asal perkataan inan dalam bahasa Arab ialah anna (berlaku). Jadi
perkataan inan bermaksud setiap rakan kongsi akan bertindak mengikut
perkara terbaik yang sepatutnya berlaku ke atasnya dalam transaksi
perdagangan. Selain itu perkataan ini mungkin juga berasal daripada
perkataan inan (tali kekang) seekor kuda. Ini bermaksud rakan kongsi
mempunyai kebebasan bertindak dalam apa juga urusan.

Jenis persyarikatan ini sah di sisi semua fuqaha berdasarkan konsep


perwakilan dan kepercayaan. Setiap rakan kongsi dikira sebagai wakil
rakan kongsi lain untuk bertindak dalam perkara yang berkaitan modal
persyarikatan dan juga transaksi perdagangan. Perkara ini hendaklah
dilakukan dalam batas dan syarat yang dipersetujui oleh pihak yang
berakad. Walau bagaimanapun, syarat ini tidak termasuk jaminan salah
seorang rakan terhadap rakannya yang lain.

Akad persyarikatan ini walaupun sah tetapi sebenarnya tidak mengikat. Ini
bermakna sebarang rakan kongsi berhak membatalkan akad tersebut pada
bila-bila masa yang dia kehendaki. Ini kerana akad ini dibuat berdasarkan
pada setiap rakan kongsi menjadi wakil rakannya yang lain. Oleh itu, akad
perwakilan seperti ini tidak mengikat dan pelantik boleh menarik balik
kuasa perwakilan daripada wakilnya pada bila-bila masa yang dia
kehendaki.

Persamaan dalam bahagian modal dalam syarikat jenis ini bukan menjadi
syarat wajib. Sebab itulah syarikat jenis ini biasa disertai oleh orang ramai.
Oleh itu, salah seorang rakan kongsi mungkin mempunyai bahagian modal
yang lebih besar daripada yang lainnya. Walau bagaimanapun,
tanggungjawab atau kuasa rakan kongsi ini mungkin lebih atau kurang

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 185

daripada rakannya yang lain mengikut apa yang disebut dalam akad.
Begitu juga, mungkin rakan kongsi ini akan mendapat bahagian yang sama
atau tidak sama daripada keuntungan dan ini juga mengikut apa yang
disebut dalam akad.

Selain itu, sebarang kerugian mestilah ditanggung bersama oleh setiap


orang berdasarkan nisbah bahagian modal mereka. Kesemua ulama
bersepakat dalam perkara tersebut. Sebarang syarat yang diletakkan
sebaliknya dikira batal dan tidak boleh dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, syarat yang tidak sah ini tidak membatalkan akad
persyarikatan tersebut. Syarat seperti itu mestilah dimansuhkan dan akad
yang asal akan terus kekal.

(c) Perkongsian dengan Nisbah Modal yang Sama (Mufawadah)


Dalam persyarikatan jenis ini, setiap seorang rakan mempunyai bahagian
yang sama dengan rakan yang lain dari segi modal, keuntungan dan
kebebasan dalam pengurusan. Ini bermakna setiap rakan kongsi dalam
syarikat ini adalah sama dalam nisbah bahagian modal, keuntungan dan
kebebasan pengurusan yang berkaitan syarikat.

Nama mufawadah diambil daripada perkataan bahasa Arab tafawud yang


bermaksud kesamaan. Perkataan ini juga diambil daripada perkataan
tafwid (kuasa wakil) kerana setiap seorang daripada mereka masing-
masing memberi rakan mereka kebebasan untuk bertindak dalam apa jua
urusan.

Ulama mempunyai pandangan berbeza mengenai kesahihan syarikat jenis


ini. Ulama mazhab Hanafi dan Zaidi berpendapat bahawa syarikat
sebegini sah berdasarkan dalil daripada perintah Nabi Muhammad SAW
yang menyatakan bahawa:

Jika kamu melakukan mufawadah, buatlah dengan cara yang betul, dan
perintah baginda lagi, Jalankanlah mufawadah kerana mufawadah
membawa banyak keberkatan.

Sebaliknya, ulama Shafie dan Hanbali menyatakan bahawa jenis


persyarikatan seperti ini sebagaimana yang difahami oleh mazhab Hanafi
sebagai batal dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Ini kerana
persyarikatan seperti ini melibatkan pengetahuan yang tidak lengkap dan
tidak diketahui. Ini boleh membawa kepada kejahilan dan penipuan
kerana setiap rakan kongsi mempunyai komitmen yang sama dengan
rakan kongsi lain.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


186 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

Dalam kes sebegini, dia mungkin terikat dengan sesuatu yang berada di
luar kemampuannya. Ini menyebabkan. Imam Shafie berkata, Jika akad
mufawadah bukan jenis akad yang batil, maka aku tidak pernah jumpa
satu akad pun yang batil di dalam dunia ini.

Akad perkongsian seperti yang dijelaskan oleh ulama Hanafi dan Zaidi
adalah bertentangan dengan pendapat sebahagian besar ulama yang lain
dan bukannya mudah (jika bukan mustahil) untuk dilaksanakan.

(d) Perkongsian Wujuh (Perkongsian dengan Orang Terkenal)


Perkongsian wujuh berlaku apabila dua orang yang tidak mempunyai
modal untuk digunakan dalam perniagaan tetapi mereka terkenal dan
mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat, bersetuju untuk
bersama-sama menubuhkan perkongsian perniagaan untuk membeli
barang secara hutang dan menjualnya secara tunai.

Manakala keuntungan yang diperoleh dibahagikan sesama mereka


berdasarkan syarat yang dipersetujui bersama. Syarikat seperti ini
dipanggil perkongsian orang terkenal kerana mungkin lebih mudah bagi
mereka untuk membeli barang secara kredit. Mungkin juga perkataan ini
digunakan apabila setiap rakan kongsi yuwajeh (bersemuka) dengan yang
lainnya dan menunggu transaksi kredit. Syarikat jenis ini dipanggil juga
perkongsian kesedaran bersama tanpa modal atau usaha.

Ulama berbeza pendapat mengenai syarikat jenis ini. Ulama Hanafi,


Hambali dan Zaidi menyatakan syarikat jenis ini sah pada dasarnya kerana
setiap seorang daripada rakannya melantik antara satu sama lain sebagai
wakil dalam soal pembelian dan penjualan barang. Pelantikan wakil
seperti ini sah dari segi Islam. Tambahan pula, orang ramai mengamalkan
perkongsian jenis ini sejak berkurun lamanya dan tiada siapa yang
menolaknya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

Allah tidak akan membuat umatku bersepakat membuat kesalahan.

Ulama Maliki, Shafie, Zahiri, Imami, Laith dan Abu Thaur kesemuanya
menolak jenis perkongsian ini. Mereka menganggapnya batal dan tidak sah
kerana mereka berpendapat bahawa syarikat perkongsian mestilah
melibatkan modal dan usaha, sedangkan kedua-duanya tidak didapati
dalam jenis persyarikatan ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 187

(e) Perkongsian Kepakaran (Sharikah Sanai)


Perkongsian ini berlaku apabila dua orang yang mempunyai kepakaran
masing-masing bersetuju untuk menghabiskan sesuatu kerja seperti
menjahit, mewarna, pertukangan besi dan pertukangan kayu. Mereka
bersetuju untuk membahagikan kerja sesama mereka mengikut syarat
tertentu yang mereka persetujui. Perkongsian jenis ini sah mengikut ulama
mazhab Maliki, Hanafi, Hambali dan Zaidi. Ini kerana perkongsian
dibenarkan dalam modal atau usaha sama seperti akad mudarabah
(perkongsian modal-usaha). Oleh sebab perkongsian kepakaran
melibatkan usaha, maka perkongsian ini dikira sah.

Ulama Maliki mensyaratkan orang yang terlibat dalam perkongsian jenis


ini mestilah mempunyai kepakaran yang sama. Mereka berpandapat
bahawa perkongsian jenis ini adalah tidak sah dengan orang yang
mempunyai kepakaran yang berlainan atau mereka bekerja di tempat
berlainan.

Ulama Shafie, Imami (Syiah) dan pengikut Hanafi, iaitu Zufar berpendapat
bahawa persyarikatan jenis ini batal kerana perkongsian mengikut
pendapat mereka, melibatkan wang atau usaha. Jika usaha dalam kes ini
tidak diketahui secara tepat atau tetap, ini membawa kepada pengetahuan
yang tidak sempurna dan melibatkan unsur penipuan (Sabri Salamon,
1992; Zaharuddin Abdul Rahman, 2009).

(f) Perkongsian Modal-Usaha (Mudarabah)


Perkongsian mudarabah berlaku dengan satu pihak menyediakan kerja
dalam perdagangan dan satu pihak lagi menyediakan modalnya. Kedua-
dua belah pihak bersetuju menerima untung dan menanggung rugi.
Perkara penting di sebalik perkongsian jenis ini ialah ada orang yang
mempunyai modal tetapi tidak ada kemahiran berdagang. Sebaliknya, ada
juga yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perdagangan, namun
tidak mempunyai modal. Perkongsian modal-usaha akan dijelaskan
dengan lebih lanjut lagi dalam Topik 11 nanti.

AKTIVITI 10.5

Dengan bantuan lakaran rajah, terangkan jenis-jenis akad perkongsian


serta berikan contoh-contohnya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


188 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

SEMAK KENDIRI 10.5

1. Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan perkongsian


kewangan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkongsian kepakaran?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan perkongsian dengan orang


yang terkenal?

4. Nyatakan perbezaan antara perkongsian dengan modal yang


sama dengan perkongsian dengan modal yang tak sama.

As-syarikah bermaksud mencampurkan dua bahagian untuk


menjadikannya tidak boleh dibezakan lagi. Bahagian itu mungkin berbentuk
wang, tenaga, kepakaran kerja atau sebagainya.

Tujuan akad perkongsian adalah supaya modal dan bahagian keuntungan


yang dipersetujui bersama dibahagi-bahagikan mengikut persetujuan.

Kesahihan akad perkongsian terbukti dalam al-Quran, sunnah dan ijmak


(kesepakatan pendapat ulama) yang membenarkan agar akad as-syarikah
dipraktikkan.

Rukun sesuatu akad perkongsian atau syarikat ialah penawaran dan


penerimaan yang positif. Jika pihak yang menawar dan yang menerima
menyambutnya dengan apa juga cara atau menandatanganinya, maka akad
perkongsian itu dikira sah sebagai penawaran dan penerimaan yang positif.

Terdapat pelbagai jenis akad perkongsian yang boleh diterima pakai dalam
syariat Islam. Pada umumnya, terdapat dua jenis perkongsian, iaitu syarikat
hak milik dan syarikat yang berakad.

Di Malaysia, jenis akad perkongsian yang tidak bercanggah dengan prinsip


syariat Islam diterima pakai serta dipraktikkan dalam sistem muamalat dan
perbankan Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN) 189

As-syarikah Syarikat mudarabah


Syarikat amwal Syarikat mufawadah
Syarikat berkontrak Syarikat sanai
Syarikat hak milik Syarikat wujuh
Syarikat inan Tatar

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


190 TOPIK 10 AS-SYARIKAH (PERKONGSIAN)

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Mudarabah
11 (Perkongsian
Modal)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian mudarabah;
2. Menerangkan dalil daripada al-Quran, sunnah dan ijmak yang
membenarkan perlaksanaan akad mudarabah;
3. Menyenaraikan rukun akad mudarabah;
4. Menjelaskan jenis akad mudarabah yang boleh diguna pakai; dan
5. Membincangkan sama ada konsep mudharabah dipraktikkan dalam
sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.

PENGENALAN
Topik 11 ini kita akan membincangkan konsep mudarabah yang merupakan
suatu akad yang telah dikenal oleh umat Islam sejak zaman Nabi SAW bahkan
telah dipraktikkan oleh bangsa Arab sebelum kedatangan Islam. Ketika Nabi
Muhammad SAW berperanan sebagai pedagang, baginda telah melakukan akad
mudarabah dengan Siti Khadijah r.a. Dengan demikian, sekiranya ditinjau dari
segi hukum Islam, maka praktik mudarabah ini dibolehkan dengan berdalilkan
al-Quran, sunnah dan ijmal Ulama.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


192 TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL)

11.1 PENGERTIAN MUDARABAH


Subtopik ini akan membincangkan takrif dan pengertian mudarabah. Dari segi
takrif perkataan, mudarabah datang daripada perkataan bahasa Arab (dharaba fi
al-ard) yang bermaksud berjalan dan bekerja untuk memperoleh pendapatan.
Mudarabah merupakan perkongsian dalam keuntungan.

Mudarabah berlaku dengan satu pihak menyediakan kerja dalam perdagangan


dan satu pihak lagi menyediakan modalnya. Kedua-dua belah pihak bersetuju
menerima untung dan menanggung rugi. Perkara penting di sebalik perkongsian
jenis ini ialah ada orang yang mempunyai modal tetapi tidak ada kemahiran
berdagang dan ada juga yang mempunyai pengalaman yang luas dalam
perdagangan tetapi tidak mempunyai modal.

Jadi, dengan penyertaan bersama iaitu satu pihak membawa bersama modal dan
pihak kedua menyumbang kerja, maka akan lahirlah faedah yang besar kepada
kedua-dua pihak dan juga kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi, jenis
perkongsian seperti ini ialah pilihan yang terbaik berbanding menyimpan wang
dalam akaun simpanan bank dan mengambil faedah riba yang terdapat
daripadanya.

Ulama memberikan pelbagai dalil untuk menunjukkan kesahihan jenis


persyarikatan ini daripada al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Al-Quran
menyebut tentang manusia yang mengembara di darat dan bekerja mencari
kehidupan daripada kurniaan Allah (Abdullah, 2004; Abdul Halim, 2001).

zi x!$su sW=Ou xu 9$# s\=O 4or& )s? y7r& n=t y7/u ) *

( /3n=t z>$tGs tB 9 r& z=t 4 u$p]9$#u 9$# ds) !$#u 4 y7yt t%!$#

tyz#uu 4y 3 3u
y r& z=t 4 #u)9$# z uus? $t (#t%$$s

6y t=Gs) tyz#uu !$# s ttG6t F{$# t/t

!$# (#%r&u n4x.9$# (#?#uu n4n=9$# (#%r&u 4 uus? $t (#t%$$s ( !$#

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL) 193

#Zyz u !$# y grB 9yz i /3L{ (#ds)? $tu 4 $Y|ym $s%

7m x !$# ) ( !$# (#tG$#u 4 #\_r& zsr&u


Maksudnya:
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya
engkau bangun (solat Tahajud) selama kurang daripada dua pertiga malam, dan
selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga
dilakukan oleh) segolongan daripada orang-orang yang bersama-samamu
(kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa
kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia
menarik balik perintah-Nya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan)
kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat
membacanya dari al-Quran (dalam solat). Ia juga mengetahui bahawa akan ada
antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang
musafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah; dan
yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agama-
Nya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya daripada
al-Quran; dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu
akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya
dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Muzzammil: 20)

Allah juga mengarahkan Mukmin supaya pergi mencari kurniaan rezeki dengan
limpahan rahmat-Nya selepas mendirikan solat dan pada masa yang sama
hendaklah mengingati-Nya. Ini dijelaskan dalam firman-Nya:

(#.$#u !$# s (#tG/$#u F{$# (#tF$$s 4n=9$# Mu% #s*s

ts=? /3=y9 #ZWx. !$#

Copyright Open University Malaysia (OUM)


194 TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL)

Maksudnya:
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada
limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala
keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah al-Jumuah: 10)

Allah juga berfirman bahawa manusia tidak boleh disalahkan jika mereka
mencari untuk mendapatkan kurniaan Allah. Ini disebut dalam firman Allah
SWT:

i Fsr& !#s*s 4 6n/ i Ws (#Gt ;s? r& y$o_ 6n=t }s9

61yy $yx. 2$#u ( #tys9$# yy9$# y !$# (#2$$s ;Mstt

t,k!!$9$# zs9 &#7s% i F2 )u

Maksudnya:
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia daripada Tuhan kamu
(dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji). Kemudian apabila
kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah), maka
sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masyar
al-Haraam (di Muzdalifah) dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya
sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan
sesungguhnya kamu sebelum itu adalah daripada golongan orang-orang yang
salah jalan ibadatnya.
(Surah al-Baqarah: 198)

Ayat tadi memberikan prinsip asas mengenai perkongsian mudarabah seperti


yang difahami oleh ulama pelbagai mazhab. Walau bagaimanapun, ayat ini
seperti yang dapat dilihat, tidak memberikan hujah yang cukup tentang
kesahihan perkongsian mudarabah.

Namun demikian, kesahihan ini dibuktikan dalam sunnah Nabi Muhammad


SAW. Tiada keraguan lagi bahawa sunnah mempunyai hak untuk membuat
keputusan dan peraturan baharu dalam perkara yang tidak diterangkan dalam
al-Quran. Oleh sebab itulah ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Ibn
Hazm dalam kitabnya Marateb al-Ijma.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL) 195

Semua bahagian dalam perundangan mempunyai hukum asal dalam kitab suci
al-Quran atau sunnah termasuk qirad (nama lain untuk mudarabah) yang
berasal daripada hanya persepakatan yang betul. Perkara yang memberi
kesahihan kepadanya ialah mudarabah yang dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW dan baginda mengetahuinya dan mengiktiraf kesahihannya.
Jika bukan kerana ini, kontrak mudarabah tentunya tidak sah.

Tidak syak lagi bahawa Nabi Muhammad SAW mengamalkan perkongsian ini
sebelum kedatangan Islam dan baginda membenarkannya selepas kedatangan
Islam. Sepertimana yang diketahui, sunnah Nabi Muhammad SAW terdiri
daripada kata-kata, tindakan dan pengakuan (taqrir) baginda. Walaupun
kesahihan jenis perkongsian ini tidak terdapat dalam ayat suci al-Quran, amalan
mudarabah terdapat dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan tugas
dan kebanggaan setiap orang Islam untuk mematuhi segala ajaran sunnah dan
juga al-Quran (Faizah Ismail, 2006; Adi Warman, 2004).

AKTIVITI 11.1

Terangkan dalil-dalil yang bersumberkan al-Quran, sunnah dan ijmak


yang mengiktiraf syarikah mudharabah dipraktikkan dalam sistem
muamalat dan perbankan Islam.

SEMAK KENDIRI 11.1

1. Nyatakan pengertian syarikah mudharabah.

2. Jelaskan tujuan syarikah mudharabah.

3. Apakah asas kesahihan mudarabah dalam sistem muamalat?


Jelaskan.

4. Nyatakan persamaan dan perbezaan mudharabah dengan lain-


lain syarikah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


196 TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL)

11.2 DALIL YANG MENGHARUSKAN AMALAN


MUDARABAH MENURUT SUNNAH
Subtopik ini akan membincangkan dalil yang berasaskan sunnah yang dari
sudut sejarah Islam terbukti bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mempraktikkan mudarabah dengan Khadijah sebelum kedatangan Islam lagi.
Baginda juga memaklumkan dan membenarkan perkongsian jenis ini selepas
kedatangan Islam.

Kebenaran atau hakikat ini ialah dalil yang jelas terhadap kesahihannya.
Dilaporkan juga bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

Tiga jenis transaksi yang dirahmati Allah SWT ialah al-bai ila ajal (jualan
dengan bayaran tangguh), muqaradhah (nama lain untuk mudarabah) dan
mencampurkan gandum dan barli untuk rumah (kegunaan sendiri) bukan
untuk dijual.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah. Muqaradhah (juga nama bagi qirad)
ialah nama lain yang digunakan oleh orang Hijaz. Orang Iraq memanggilnya
mudarabah dan muamalah.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa bapanya al-Abbas biasa melakukan transaksi


mudarabah dan apabila beliau memberi modal kepada rakannya untuk
mudarabah, dia menyatakan syaratnya. Antaranya ialah rakan kongsinya itu
tidak berdagang menyeberangi lautan atau turun ke lembah dan tidak membeli
barang keperluan. Jika dia membuat salah satu daripada perkara ini, maka dia
akan bertanggungjawab. Al-Abbas memberitahu Nabi Muhammad SAW tentang
syarat tersebut dan baginda membenarkannya. Diriwayatkan bahawa Umar
memberi duit anak yatim kepada seseorang dalam perkongsian mudarabah.

Juga pernah diriwayatkan bahawa dua orang anak Umar, Abdullah dan
Ubaidullah berjumpa Abu Musa al-Ashari di pekan Basrah dalam perjalanan
pulang dari peperangan Nahawand di Parsi. Beliau (Abu Musa) menyerahkan
wang itu kepada mereka untuk disampaikan kepada ayah mereka iaitu Umar di
Madinah untuk dimasukkan dalam perbendaharaan negara. Dalam perjalanan
pulang ke Madinah, mereka membeli barangan dengan wang tersebut dan
menjualnya di Madinah dengan mendapat sedikit keuntungan. Mereka mahu
memberi Umar modalnya sahaja. Umar enggan menerima modal itu, sebaliknya
berkeras supaya mereka menyerahkan keuntungan itu kepadanya. Mereka
(anak-anak Umar) membantah, memprotes dan menyatakan bahawa jika wang

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL) 197

itu rugi, mereka berkewajipan menggantinya; jadi mereka sepatutnya diberi hak
ke atas keuntungan itu.

Ada seorang datang dan memberikan pendapatnya supaya Umar menggunakan


prinsip mudarabah dalam pelaburan modal, lalu Umar menerima pendapatnya
dan bersetuju untuk mengambil modal asal dan separuh daripada keuntungan
itu (Ala-Eddin Khafofa, 2007; Faizah Hj. Ismail, 2006).

AKTIVITI 11.2

Terangkan apakah tiga jenis transaksi yang dirahmati Allah SWT


berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

SEMAK KENDIRI 11.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan muqaradhah? Nyatakan.

2. Jelaskan maksud al-bai ila ajal.

3. Jelaskan maksud qirad.

4. Apakah dalil sunnah yang membenarkan syarikah mudarabah?


Nyatakan.

5. Jelaskan jenis syarikah mudarabah yang pernah dilakukan oleh


Nabi Muhammad SAW.

11.3 RUKUN SYARIKAH MUDARABAH


Subtopik ini akan membincangkan rukun akad perkongsian mudarabah yang
sama prinsipnya dengan akad yang lain, iaitu berasaskan kepada elemen
penawaran (ijab) dan penerimaan (kabul).

Penawaran dibuat dengan menggunakan terma mudarabah, muqaradhah atau


muamalah atau sebarang terma yang membawa maksud yang sama. Sebagai
contoh, apabila seorang lelaki yang mempunyai modal berkata kepada seorang
lelaki lain, Ambillah duit ini dan lakukanlah mudarabah dan apa sahaja yang
Allah beri dalam bentuk keuntungan akan dibahagikan antara kita (dan dia
menyatakan kadar tertentu, misalnya setengah, seperempat atau sepertiga). Jika
rakannya tersebut menerima tawaran itu serta mengambil wang itu, maka

Copyright Open University Malaysia (OUM)


198 TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL)

kontrak perkongsian tersebut dikira sah dan keuntungan dibahagi mengikut


persetujuan. Dua orang (atau lebih) rakan dalam kontrak mudarabah seharusnya
memenuhi ciri atau syarat umum pihak berkontrak seperti yang diterangkan.

Rukun syarikah mudarabah ini terbahagi kepada tiga seperti yang dinyatakan
dalam Rajah 11.1 berikut.

Rajah 11.1: Rukun syarikah mudarabah

Dua pihak yang berkontrak (iaitu pemilik wang dan pekerja), sighah (ijab dan
kabul) dan subjek kontrak tersebut (iaitu modal, usaha dan keuntungan).
Manakala ulama Shafie menyebut lima rukun, iaitu modal, usaha, keuntungan,
sighah dan dua pihak yang berkontrak.

Apabila kontrak mudarabah itu sah, maka mudharib (pengusaha) menjadi wakil
kepada pemilik modal dan dia mestilah berlaku amanah ke atas modal yang
diberikan kepadanya. Jika wang yang diniagakan itu rugi atau hilang tanpa
kecuaiannya (pengusaha), maka itu tanggungjawab pemilik modal. Rakan kedua
(pengusaha) hanya berkewajipan untuk bekerja dan usahanya sahaja. Walau
bagaimanapun, jika pengusaha melanggar syarat pemilik modal, maka dia
bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut.

Umpamanya, jika pemilik modal menentukan syarat yang mudharib tidak


sepatutnya berurusan dengan beberapa jenis barang dagangan tertentu dan
mudharib cuai dalam memenuhi syarat itu serta menyebabkan modal atau wang
itu rugi atau hilang, maka mudharib bertanggungjawab. Beban pembuktian
dalam kes ini terletak pada pemilik modal juga, seandainya pemilik modal
meletakkan syarat mudharib tidak mengimport barangan dari Amerika dan
sebaliknya mengimport barangan dari Turki. Jika mudharib melanggar syarat itu
dan menyebabkan kerugian, maka mudharib haruslah bertanggungjawab.

Dalam kes mudharib meninggal dunia tanpa memberitahu jumlah barang


dagangan yang diimport, jumlah jualannya dan sama ada perniagaan memberi
keuntungan atau rugi; dalam hal ini, ganti rugi akan diambil daripada
peninggalannya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL) 199

Dalam perkongsian jenis ini, modal disyaratkan dalam bentuk syiling emas atau
perak atau sebarang mata wang yang diakui sah. Modal ini mestilah ditentukan,
kemudian diserahkan kepada mudharib untuk menjalankan perdagangannya
(Mohd Ali Hassan, 2004; Sabri Salamon, 1992; Zaharuddin Abdul Rahman, 2009).

Jika kontrak mudarabah berlaku tanpa salah satu pihak yang berkontrak
menjelaskan berapa banyak keuntungan yang patut dibahagikan, kontrak itu
dikira sah dan keuntungan hendaklah dibahagi sama rata, bersesuaian dengan
terma perkongsian yang memberi maksud persamaan seperti yang difahami
daripada firman Allah SWT:

t$2 *s 4 $s!u 9 3t 9 ) 6_ur& x8ts? $t # 6s9u *

r& !$y/ 7u t/ . 4 z2ts? $ /9$# 6n=s $s!u s9

t$2 *s 4 s9u 39 6t 9 ) F.ts? $ /9$# s9u 4 &y

r& !$y/ ? 7u t/ .i 4 2ts? $ V9$# n=s $s!u 6s9

e3=s Mz& r& r& &s!u r&t$# r& 's#n=2 ^u _u %x. )u 3 &y

!%2u s y79s usY2r& (#%2 *s 4 9$# $yi 7nu

!$#u 3 !$# zi Zu 4 9h!$ ux Ay r& !$p5 4| 7u /t . 4 ]=W9$#

=ym =t
Maksudnya:
Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri
kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak,
maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan,
sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan
hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula, satu perempat daripada harta
yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Namun kalau kamu

Copyright Open University Malaysia (OUM)


200 TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL)

mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi
itu, lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya ialah satu perenam. Kalau pula
mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka
bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah
ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar.
(Surah an-Nisa: 12)

AKTIVITI 11.3

Ulama Shafie menyebut lima rukun akad syarikah mudarabah.


Terangkan berserta contoh lima rukun yang dimaksudkan itu.

SEMAK KENDIRI 11.3

1. Siapakah mudharib?

2. Nyatakan rukun sighah dalam sharikah mudharabah.

3. Apakah rukun objek dalam mudarabah hanya tertumpu kepada


modal berbentuk wang sahaja? Jelaskan.

4. Terangkan bagaimana pembahagian sepatutnya dijalankan


sekiranya tidak ditetapkan nisbahnya.

5. Bagaimanakah pembahagiannya sekiranya mudharib meninggal


dunia?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL) 201

Syarikah mudarabah berlaku dengan satu pihak menyediakan kerja dalam


perdagangan dan satu pihak lagi menyediakan modalnya.

Kedua-dua belah pihak bersetuju menerima untung dan menanggung rugi.

Perkara penting di sebalik perkongsian jenis ini ialah ada orang yang
mempunyai modal tetapi tidak ada kemahiran berdagang dan ada juga yang
mempunyai pengalaman yang luas dalam perdagangan, namun tidak
mempunyai modal.

Terdapat dalil yang jelas daripada al-Quran, sunnah dan ijmak yang
membenarkan perlaksanaan akad mudarabah.

Terdapat tiga rukun syarikah mudarabah, iaitu dua pihak yang berkontrak
(iaitu pemilik wang dan pekerja), sighah (ijab dan kabul) dan subjek kontrak
tersebut.

Terdapat tiga jenis akad sharikah, iaitu mudarabah modal, usaha dan
keuntungan.

Konsep mudarabah dipraktikkan dalam sistem muamalat dan perbankan


Islam di Malaysia.

Al-bai ila ajal (jualan dengan Muqaradhah (nama lain untuk


bayaran tangguh) mudarabah)
Mudarabah (perkongsian modal) Qirad (nama lain untuk mudarabah)
Mudharib (pengusaha)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


202 TOPIK 11 MUDARABAH (PERKONGSIAN MODAL)

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Aqad Ijarah
12 (Akad Sewaan)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian akad ijarah;
2. Menghuraikan dalil daripada al-Quran, sunnah dan ijmak yang
membenarkan perlaksanaan akad ijarah;
3. Mengenal pasti rukun dan syarat akad ijarah berbanding dengan
akad lain;
4. Menyenaraikan alasan yang dibolehkan untuk membatalkan akad
ijarah dan
5. Menerangkan hukum dan kesan pembatalan akad ijarah.

PENGENALAN
Topik 12 ini akan membincangkan akad sewaan yang melibatkan penggunaan
sesuatu objek, ia tidaklah seperti akad jual beli yang memindahkan hak milik
sesuatu objek daripada penjual kepada pembeli. Dalam akad sewaan, hak untuk
menggunakan objek sahaja yang dipindahkan untuk suatu jangka masa yang
tertentu.

12.1 PENGERTIAN IJARAH (SEWAAN)


Subtopik ini akan mengkaji serta membincangkan pendapat fuqaha daripada
keempat-empat mazhab dalam mengungkapkan pelbagai definisi terhadap akad
sewaan. Ringkasnya, definisi ini membawa makna suatu akad ke atas
penggunaan manfaat atau perkhidmatan untuk mendapatkan balasan atau
bayaran.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


204 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

Ini bererti manfaat tersebut hendaklah ditentukan, diharuskan dan dimaksudkan.


Akad ini sememangnya berlainan daripada akad jual beli. Apabila sesuatu akad
melibatkan sesuatu objek keseluruhannya, maka akad tersebut merupakan akad
jual beli atau akad pemberian. Jika penggunaan manfaat tidak dimaksudkan
dalam akad, perkara tersebut tidak perlu diambil perhatian dan tidak menjadi
subjek sesuatu akad (Abdullah, 2004).

Syarat akad jual beli yang dibincangkan dalam Topik 6 sebelum ini diterima
pakai ke atas akad sewaan. Oleh itu, pihak berakad hendaklah berakal, baligh
dan mempunyai hak (atau mempunyai kuasa) untuk menyewa objek tersebut.
Tambahan lagi, akad tersebut hendaklah dibuat secara kerelaan bersama. Ini
merujuk kepada perintah al-Quran terhadap mereka yang beriman agar
melaksanakan transaksi perniagaan dengan kerelaan bersama. Lihat surah
an-Nisa, ayat 29 yang dinyatakan sebelum ini.

Manfaat daripada akad serta tempoh penggunaan manfaat hendaklah


ditentukan dengan jelas. Tempoh penggunaan manfaat itu pula tidak boleh
dihadkan pada waktu tertentu, malahan tempoh tersebut boleh jadi singkat atau
panjang.

Sesetengah fuqaha mensyaratkan supaya masa permulaan sewaan ditetapkan.


Bagi mereka yang tidak mensyaratkan sebegini, sewaan dikira bermula serta-
merta setelah akad dibuat. Keadaan ini hanya diterima pakai apabila tiada tarikh
spesifik diberitahu dalam akad. Permulaan bulan atau tahun menyewa dalam
akad sewaan dianggap bermula pada permulaan bulan atau tahun hijrah.

Sekiranya objek yang disewa itu sebuah rumah, penyewa boleh menggunakan
rumah itu untuk manfaat dirinya atau membawa masuk penghuni lain,
melainkan jika akad mensyaratkan sebaliknya. Jika akad itu menyebut nama
penyewa, penyewa tidak boleh menyewakan semula atau membawa masuk
penghuni lain sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat sekarang di serata
dunia.

Lebih-lebih lagi, jika objek yang disewa ialah rumah, penyewa tidak boleh
menukar rumah itu. Contohnya, menjadi bengkel dan tidak boleh juga
menggunakannya dengan cara yang membahayakan. Adat dan kebiasaan
masyarakat setempat hendaklah diterima pakai dalam cara penggunaan objek
ini.

Dalam kes mengupah pekerja, jangka masanya hendaklah ditentukan dengan


spesifik. Jika seseorang diupah untuk bekerja, tidaklah perlu untuk menentukan
bentuk kerjanya secara spesifik. Majikan boleh memintanya melakukan apa
sahaja kerja yang berupaya dilaksanakannya. Sekali lagi, adat diterima pakai

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 205

dalam kes ini. Majikan juga dilarang meminta pekerja upahan melakukan kerja
yang terlampau sukar kerana ini salah di sisi Islam. Selain itu, ia adalah salah
untuk mengupah seseorang melakukan perkara yang tidak dibenarkan seperti
sihir, pembuatan arak, membunuh atau membahayakan orang lain.

Lebih-lebih lagi, ia salah untuk mengupah seseorang melakukan kerja yang


diwajibkan ke atas orang Islam seperti solat dan amalan ibadah seperti azan dan
iqamat (panggilan untuk solat), menjadi imam dan mengajar al-Quran serta
pelbagai cabang ilmu Islam yang lain.

Uthman Ibn Abi al-As meriwayatkan bahawa perkara terakhir yang


diamanahkan Rasulullah SAW kepadanya merupakan mencari seorang bilal
(muazin) yang tidak meminta upah atas kerjanya. Inilah merupakan pendapat
ulama mazhab Hanafi dan Hanbali.

Menjadi satu ketetapan dalam usul al-fiqh bahawa seseorang yang diminta
untuk melakukan amalan ibadah tidak layak untuk dibayar upah dan adalah
salah untuk mengupah seseorang melakukan kerja yang wajib ditunaikannya.
Contohnya, salah seorang suami mengupah isterinya melakukan kerja rumah
selama sebulan. Ini kerana isteri wajib melakukan kerja rumah tersebut. Bagi
ulama mazhab Maliki dan Shafie, seseorang itu boleh diupah untuk mengajar
al-Quran disebabkan dalam kes ini, bentuk kerja dan bayaran ditentukan dengan
spesifik.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bayaran yang paling layak diterima oleh kamu ialah (mengajar atau kerja yang
bersangkutan) dengan kitab Allah.

Diriwayatkan juga bahawa Abu Said al-Khudri merawat seorang pesakit lelaki
dengan membaca surah al-Fatihah (pembukaan al-Quran) sebagai jampi bagi
mendapatkan bayaran upah. Pesakit itu sembuh. Lalu sahabat Abu Said
mengambil upah itu dan datang kepada Rasulullah SAW lantas memberitahu
baginda apa yang berlaku dan bertanya baginda perkara tersebut.

Rasulullah SAW bersabda:

Aku bersumpah bahawa ramai yang mencari makan dengan jampi yang salah
tetapi kamu mencari makan dengan bacaan (doa) yang betul. Makan dan berilah
aku berkongsi sebahagian daripadanya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


206 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW pernah membenarkan seorang lelaki


berkahwin dengan menjadikan mas kahwinnya ayat al-Quran yang
dipelajarinya. Ulama mutakhir bersepakat bahawa adalah dibenarkan seorang
guru al-Quran menerima upah bagi kerjanya. Objek yang disewa hendaklah
diserahkan kepada penyewa berdasarkan kepada pertimbangan tertentu. Oleh
yang demikian, sekiranya objek itu adalah daripada jenis pengangkutan,
penyewa mestilah menerimanya. Sebaliknya, jika objek tersebut sebuah rumah,
rumah tersebut mestilah dikosongkan dan kuncinya mestilah diserahkan kepada
penyewa (Hailani Muji Tahir, 2009; Islamic Banking Fatwa Board Members,
2007).

AKTIVITI 12.1

Manfaat daripada akad sewaan serta tempoh penggunaan manfaat


hendaklah ditentukan dengan jelas.

Bincangkan kenyataan ini berserta contoh-contohnya.

SEMAK KENDIRI 12.1

1. Nyatakan definisi akad ijarah.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan manfaat dalam ijarah?


Jelaskan.

3. Jelaskan mengapa upah dan jangka masa kerja harus ditentukan


dengan jelas.

4. Patutkah muazzin dibayar upah? Terangkan.

5. Patutkah orang yang solat jenazah dibayar upah? Jelaskan.

12.2 DALIL KESAHIHAN AKAD IJARAH


(SEWAAN)
Subtopik ini akan mengkaji dan membincangkan konsep akad sewaan yang
dibenarkan dengan merujuk kepada nas al-Quran, sunnah dan ijmak ulama.
Berdasarkan ayat al-Quran yang menyebut tentang sewaan, terdapat ayat yang
menyebut berkenaan pemberian upah bagi ibu susuan. Firman Allah SWT:

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 207

4 n=t (#)hG9 !$? u .` i Gs3y ]ym 3r&

/3s9 z|r& *s 4 =n xq zt 4Lym n=t (#)r's 9xq Ms9'& . )u

&s! I
| s n|$ys? )u ( 7o3 /3ut/ (#s?&u ( u_& ?$ts

3t z&
Maksudnya:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu
yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak
menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat
itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada
mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;
kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada
mereka upahnya; dan berundinglah antara kamu (dalam hal menyusunya)
dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (suami dan isteri) mengalami
kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(Surah at-Talaq: 6)

Terdapat juga ayat yang memberitahu kisah Nabi Musa a.s. ketika diupah oleh
bapa mertuanya selama jangka masa tertentu. Firman Allah SWT:

s)9$# |NyfGt $# t uyz ) ( ftG$# Mt/r't $y1yn) Ms9$s%

F{$#
Maksudnya:
Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata, Wahai ayah,
ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya
sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
(Surah al-Qasas: 26)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


208 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

z_yrO t_'s? r& #n?t tGy tLu/$# yn) y7ys3& r& & o) t$s%

4 n=t ,r& r& & !$tu ( x8 s #\t |My?r& *s ( 8kyfm

ts=9$# !$# u!$x ) ftFy


Maksudnya:
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa), Aku hendak mengahwinkanmu
dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa
engkau bekerja denganku selama 8 tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan
menjadi 10 tahun, maka yang demikian itu adalah daripada kerelaanmu sendiri.
Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati
aku insya-Allah, daripada orang-orang yang baik layanannya.
(Surah al-Qasas: 27)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, Utbah
ibn Mundhir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mentafsirkan kedua-dua
ayat tersebut, sabdanya:

Musa a.s. mengizinkan dirinya diupah selama 8 atau 10 tahun untuk


mendapatkan ganjaran perkahwinan yang suci dan makanan.

Al-Quran juga menceritakan kisah Nabi Musa dan seorang hamba Allah yang
membaiki tembok yang hendak runtuh. Nabi Musa berkata bahawa hamba Allah
itu sepatutnya meminta upah atas usahanya itu. Ini menunjukkan bahawa
dibenarkan melakukan sesuatu usaha dengan tujuan mendapatkan upah.

Firman Allah SWT:

$yh r& (#t/r's $yn=r& !$yytG$# >ts% r& !$us?r& !#s) #Lym $s)n=s$$s

n=t |NyGs9 |M s9 t$s% ( t$s%r's s)t r& #Y#y` $p #yy`us

#\_r&

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 209

Maksudnya:
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada
penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ,
lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ
sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata,
Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!
(Surah al-Kahfi: 77)

Dalam sunnah, kita membaca sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Berilah upah kepada hamba kamu sebelum peluhnya kering.

Tambahan pula, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a.
pernah mengupah seorang penunjuk jalan. Al-Bukhari meriwayatkan hadis
daripada Abu Hurairah r.a. Menurut beliau, Rasulullah SAW bersabda:

Tiga orang yang akan menjadi musuhku pada hari pembalasan: seseorang yang
berjanji untuk memberikan sesuatu dengan namaku dan kemudian
memungkirinya, seseorang yang menjual seorang yang merdeka dan mengambil
bayarannya, dan seseorang yang mengupah orang lain, menggunakan
perkhidmatannya tetapi tidak membayar upahnya.

Rasulullah SAW juga bersabda:

Mereka yang mengupah seseorang hendaklah memberitahu upahnya.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan


membayar upah kepada pembekam tersebut. Said ibn al-Musayyab melaporkan
bahawa Saad berkata, Dahulu kami sering menyewakan tanah dengan
mendapat tanaman pada terusan air. Rasulullah SAW menegahnya dan
mengarahkan kami menyewakan tanah itu dengan dibayar emas dan perak.

Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha, ayat dan hadis tadi membuktikan


keharusan akad sewaan. Sebilangan daripada mereka seperti al-Hasan al-Basri,
al-Asam, Ismail ibn `Ulayyah, al-Hawazani, al-Qashani dan Ibn Kaysan tidak
bersetuju dengan menyatakan bahawa akad sewaan tidak dibenarkan kerana
akad tersebut merupakan akad ke atas sesuatu yang tidak wujud. Manfaat
barangan tidak wujud semasa akad dibuat; malahan manfaat itu bertambah
sedikit demi sedikit dan adalah tidak dibenarkan berakad ke atas sesuatu yang
tidak wujud.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


210 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

Tidak diragukan bahawa pendapat sebilangan fuqaha tadi tidak berasas


memandangkan manusia amat perlu menyewa barang atau mengupah
seseorang. Tambahan pula, orang Islam mengamalkan akad ini semenjak zaman
Rasulullah SAW hinggalah sekarang (Mohd Ali Hassan, 2004; Sabri Salamon,
1992).

AKTIVITI 12.2

Berilah upah kepada hamba kamu sebelum peluhnya kering.

Bincangkan mengenai pengajaran daripada hadis ini.

SEMAK KENDIRI 12.2

1. Apakah nas daripada al-Quran yang membenarkan akad


ijarah?

2. Apakah dalil daripada sunnah yang membenarkan akad


ijarah?

3. Nyatakan pendapat ijmak ulama mengenai akad ijarah.

4. Kenapakah bayaran upah sewaan harus disegerakan? Jelaskan.

5. Perlukah manfaat sewaan dinyatakan dalam akad? Terangkan.

12.3 RUKUN DAN SYARAT AKAD SEWAAN:


BAYARAN UPAH SEWAAN
Dalam subtopik ini, kita akan mengkaji serta membincangkan rukun dan syarat
sewaan, iaitu bayaran upah. Bayaran upah sewaan hendaklah ditentukan
dengan spesifik dan jelas serta dibenarkan oleh syariat Islam. Oleh itu, tidak
dibenarkan untuk membayar upah dengan benda yang tidak dibenarkan dalam
Islam seperti arak dan babi. Bayaran upah juga mestilah ditentukan dengan
spesifik bagi mengelakkan sebarang penipuan dan pertelingkahan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 211

Rasulullah SAW mengarahkan:

Sesiapa yang mengupah seseorang hendaklah memberitahu upahnya.

Jika seseorang mengupah orang lain untuk melakukan sesuatu kerja tanpa
memberitahu upahnya, maka amalan kebiasaan hendaklah dirujuk untuk
mengadili situasi ini. Memang menjadi amalan kebiasaan dalam kalangan
kebanyakan masyarakat hari ini untuk meminta jumlah wang tertentu sebagai
bayaran kerana mengosongkan rumah sewa. Ini disebut sebagai khulu (jualan
terhadap sewaan). Persoalan timbul berdasarkan realiti amalan ini dan sama ada
perkara ini dibenarkan di sisi Islam atau sebaliknya (Zaharuddin Abdul Rahman,
2009).

AKTIVITI 12.3

Bayaran upah sewaan hendaklah ditentukan dengan spesifik dan jelas


serta dibenarkan oleh syariat Islam.

Jelaskan kenyataan ini serta beri contoh-contoh yang berkaitan.

SEMAK KENDIRI 12.3

1. Apakah bayaran upah?

2. Bagaimanakah kita menentukan kadar bayaran upah sesuatu


sewaan?

3. Apakah khulu ?

4. Adakah khulu dibenarkan dalam Islam? Jelaskan.

5. Bagaimanakah kita sepatutnya melakukan khulu ? Terangkan.

12.4 JUALAN KE ATAS SEWAAN


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan persoalan menjual barang sewaan
dan bayaran yang diperoleh daripadanya. Isu ini telah dibincangkan dengan
panjang lebar oleh fuqaha. Dalam isu jualan ke atas sewaan, ahli fikah
membuktikan bahawa perkara tersebut dibenarkan dalam Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


212 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

Berdasarkan pendapat mazhab Shafie, dibenarkan untuk mengambil bayaran


wang sebagai pampasan mengosongkan rumah sewa sama seperti melepaskan
pekerjaan. Walau bagaimanapun, mengambil bayaran kerana melepaskan
jawatan awam seperti imam, khatib dan bilal adalah tidak dibenarkan. Ulama
mazhab Hanafi, Ibn Abidin berkata bahawa adalah tidak dibenarkan untuk
mengambil bayaran kerana melepaskan jawatan awam.

Oleh itu, disebabkan masyarakat di negara tertentu melampau dalam menuntut


pampasan kerana mengosongkan rumah dan kediaman, amalan ini dijadikan
kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman.

Walau bagaimanapun, isu keharusan atau tidak harus melepaskan pekerjaan


awam untuk memperoleh bayaran pampasan hendaklah tertakluk kepada
amalan kebiasaan. Pada masa dahulu, jawatan awam ini agak janggal kerana
dianggap sebagai urusan peribadi. Berbeza dengan keadaan sekarang yang
berada di bawah kuasa kerajaan melalui organisasi dan pelbagai institusi.
Malahan, jawatan tersebut memerlukan syarat kelayakan tertentu yang perlu
dipenuhi oleh pemohon.

Oleh itu, melepaskan jawatan awam boleh membebaskan penjawat daripada


jawatannya tetapi tidak memberikan sebarang hak kepada penggantinya. Pihak
berkuasa juga mempunyai kewajipan terhadap Allah untuk mengamanahkan
jawatan awam kepada orang yang berkelayakan.

Terbukti bahawa objek yang disewa mestilah diserahkan dalam bentuk yang
tersedia untuk digunakan. Oleh itu, rumah hendaklah bebas daripada sebarang
kecacatan yang boleh menghalang penggunaannya. Sekiranya terdapat sebarang
kecacatan pada rumah tersebut, akad sewaan akan terbatal (Abdul Halim, 2001;
Adi Warman, 2004).

AKTIVITI 12.4

Menurut pendapat mazhab Shafie, dibenarkan untuk mengambil


bayaran wang sebagai pampasan mengosongkan rumah sewa.
Setujukah anda dengan pendapat tersebut? Bolehkah prinsip ini diguna
pakai sekarang di Malaysia?

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 213

SEMAK KENDIRI 12.4

1. Apakah jualan terhadap sewaan?

2. Adakah amalan ini dibenarkan dalam syariat Islam? Terangkan.

3. Apakah pandangan para ahli fikah mengenainya?

4. Bagaimanakah dengan akad sewaan yang terdapat kecacatan


pada objek semasa ia dipulangkan kepada pemilik? Nyatakan.

5. Bagaimanakah keadaan ini dipraktikkan di Malaysia? Jelaskan.

12.5 ALASAN YANG MEMBENARKAN


PEMBATALAN AKAD SEWAAN
Subtopik ini akan membincangkan beberapa syarat berkenaan objek yang disewa
serta beberapa syarat berkenaan penyewa dan juga pemilik objek itu. Syarat
yang dikenakan ke atas objek telah pun dibincangkan sebelum ini dalam
subtopik 12.4.

Syarat tersebut mementingkan kesediaan objek tersebut untuk digunakan. Jika


seseorang menyewakan rumahnya kepada orang lain dan telah menerima
bayaran sewa, kemudian rumahnya disambar kilat dan musnah sebelum bakal
penyewa mendudukinya, maka akad sewaan terbatal dan tuan punya rumah
hendaklah memulangkan bayaran sewa tersebut.

Syarat terpenting yang dikenakan ke atas tuan punya rumah ialah jika dia
berhutang dan menjualkan rumah yang disewa, akad tersebut akan terbatal.
Syarat yang dikenakan ke atas penyewa ialah jika dia gagal membayar sewa,
akad akan terbatal dan penyewa mestilah mengosongkan rumah tersebut. Jika
dia seorang kakitangan kerajaan dan dipindahkan ke jawatan lain di tempat lain,
dia layak untuk memohon pembatalan akad sewaan.

Bayaran sewa hendaklah dijelaskan pada permulaan atau akhir tempoh sewaan,
atau bergantung pada persetujuan antara dua pihak yang berakad. Menurut
pendapat ulama tertentu, jika tidak terdapat perjanjian yang jelas, bayaran sewa
hendaklah dibayar pada akhir tempoh sewaan. Ulama lain pula berpendapat
sewa mestilah dibayar pada waktu bayaran biasa. Namun sekali lagi, urusan
pembayaran ini bergantung pada amalan kebiasaan (Ala-Eddin Khafofa, 2007).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


214 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

AKTIVITI 12.5

Bincangkan alasan yang dibenarkan oleh syarak untuk membatalkan


sesuatu akad sewaan.

SEMAK KENDIRI 12.5

1. Jelaskan maksud pembatalan sesuatu akad.

2. Mengapakah pembatalan akad itu berlaku? Nyatakan.

3. Jelaskan hukum dan kesan pembatalan.

4. Terangkan perbezaan akad yang batal dengan akad yang boleh


batal.

5. Bolehkah akad ijarah yang batal dirujuk semula? Jelaskan.

12.6 HUKUM DAN KESAN PEMBATALAN


SEWAAN
Subtopik ini akan membincangkan hukum dan kesan pembatalan sesuatu akad
sewaan. Menurut Faizah Ismail (2006), terdapat perbezaan pendapat dalam
kalangan fuqaha terhadap isu penamatan sewaan seperti yang dinyatakan dalam
Rajah 12.1.

Rajah 12.1: Hukum pembatalan akad ijarah

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 215

Mari kita lihat hukum tersebut satu persatu.

(a) Disebabkan Kematian


Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa sewaan akan terbatal dengan
kematian salah seorang daripada pihak yang berakad kerana akad sewaan
melibatkan manfaat yang tidak boleh diwariskan.

Manakala jumhur ulama berpendapat bahawa sewaan tidak terbatal


dengan kematian salah seorang daripada pihak yang berakad. Mereka
menyatakan bahawa bentuk hak yang sebegini seperti juga dalam akad
jual beli boleh diwariskan.

(b) Disebabkan Kerosakan Objek


Sesuatu akad sewaan juga terbatal dengan kemusnahan objek yang disewa
seperti kes rumah yang roboh. Akad sewaan juga terbatal dengan
penarikan diri daripada akad tersebut. Ulama juga bersetuju bahawa akad
juga terbatal dengan berlalunya masa sewaan yang ditetapkan. Jadi, jika
sesebuah rumah disewa untuk tempoh setahun, akadnya terbatal pada
akhir tahun yang ditetapkan.

AKTIVITI 12.6

Bincangkan hukum dan kesan terhadap akad ijarah sekiranya salah


satu pihak yang berakad meninggal dunia atau objek itu musnah
sebelum tamat tempoh sewaannya.

SEMAK KENDIRI 12.6

1. Apakah pendapat ulama Hanafi mengenai akad yang kematian


salah satu pihak?

2. Apakah pendapat jumhur ulama mengenai perkara tadi?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kemusnahan objek akad?


Berikan beberapa contoh.

4. Apakah hukum dan kesan kemusnahan objek sebelum akad


sewaan tamat?

5. Apakah peranan waris dalam menentukan hukum dan kesan


pada akad ijarah yang terbatal? Jelaskan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


216 TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN)

Definisi ijarah membawa makna suatu akad ke atas penggunaan manfaat


atau perkhidmatan untuk mendapatkan balasan atau bayaran.

Terdapat dalil daripada al-Quran, sunnah dan ijmak yang membenarkan


perlaksanaan akad ijarah.

Syarat sewaan, iaitu tentang bayaran upah. Bayaran upah sewaan hendaklah
ditentukan dengan spesifik dan jelas serta dibenarkan oleh syariat Islam.

Tidak dibenarkan untuk membayar upah dengan benda yang tidak


dibenarkan dalam Islam seperti arak dan babi.

Bayaran upah juga mestilah ditentukan dengan spesifik bagi mengelakkan


sebarang penipuan dan pertelingkahan.

Objek yang disewa mestilah diserahkan dalam bentuk yang tersedia untuk
digunakan.

Objek hendaklah bebas daripada sebarang kecacatan yang boleh


menghalang penggunaannya.

Sekiranya terdapat sebarang kecacatan pada objek tersebut, akad sewaan


akan terbatal.

Bayaran sewa hendaklah dijelaskan pada permulaan atau akhir tempoh


sewaan atau bergantung pada persetujuan antara dua pihak yang berakad.

Jika tidak terdapat perjanjian yang jelas, bayaran sewa hendaklah dibayar
pada akhir tempoh sewaan.

Akad ijarah Pembatalan sewaan


Jualan sewaan Syarat ijarah
Manfaat ijarah

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 12 AQAD IJARAH (AKAD SEWAAN) 217

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Khafofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Hj. Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Al-Wadiah
13 (Simpanan)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian akad al-wadiah;
2. Menjelaskan dalil yang membenarkan perlaksanaan akad
al-wadiah;
3. Menghuraikan rukun dan syarat akad al-wadiah;
4. Membincangkan beberapa keadaan yang akan mengubah al-wadiah
kepada dhamaan; dan
5. Membuat kesimpulan sama ada akad al-wadiah diaplikasikan dalam
sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.

PENGENALAN
Topik 13 ini akan membincangkan konsep akad al-wadiah atau kontrak
simpanan. Kita akan mentakrifkan pengertian akad al-wadiah serta
menunjukkan dalil yang bersumberkan daripada al-Quran, sunnah dan ijmak
dalam membenarkan perlaksanaan akad al-wadiah. Seterusnya, kita akan
menghuraikan rukun dan syarat akad al-wadiah serta membincangkan keadaan
yang akan mengubah al-wadiah kepada dhamaan (ganti rugi) dan akhir sekali,
kita akan membuat kesimpulan sama ada akad al-wadiah diaplikasikan dalam
sistem muamalat dan perbankan Islam di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN) 219

13.1 PENGERTIAN AL-WADIAH


Subtopik ini akan membincangkan pengertian al-wadiah. Al-wadiah bermaksud
memanfaatkan sesuatu di tempat yang bukan pada pemiliknya untuk dipelihara.
Dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai simpanan. Akad al-wadiah
merupakan suatu akad yang bersifat tolong-menolong antara sesama manusia.

Menurut Ala-Eddin Kharofa (2007) dan Abdullah (2004), ada dua definisi
al-wadiah yang dikemukakan ulama fikah. Ulama mazhab Hanafi
mendefinisikannya sebagai:

Mengikut sertakan orang lain dalam memelihara harta, baik dengan


ungkapan yang jelas atau pun melalui isyarat.

Umpamanya, seseorang mengatakan, Saya serahkan beg saya ini untuk anda
menyimpannya. Lalu dijawab, Saya terima. Dengan demikian, sempurnalah
akad al-wadiah. Mungkin juga dengan cara, Saya simpankan beg saya ini
kepada anda tetapi orang yang menyimpan diam saja (tanda setuju).

Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali (jumhur ulama) mendefinisikannya sebagai:

Mewakilkan orang lain untuk memelihara harta tertentu dengan cara


tertentu.

AKTIVITI 13.1

Al-wadiah ialah memanfaatkan sesuatu yang disimpan bukan pada


pemiliknya untuk dipelihara. Bincangkan sama ada definisi
al-wadiah ini menepati definisi yang dikeluarkan oleh Imam Hanafi,
Shafie, Hambali dan Maliki.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


220 TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN)

SEMAK KENDIRI 13.1

1. Apakah al-wadiah?

2. Nyatakan perbezaan akad al-wadiah dengan akad lain.

3. Jelaskan tujuan akad al-wadiah.

4. Bolehkah akad al-wadiah diwakilkan? Terangkan.

5. Bagaimanakah untuk menentukan upah simpanan? Jelaskan.

13.2 DALIL HUKUM AL-WADIAH


Kita akan membincangkan mengenai dalil hukum al-wadiah dalam subtopik ini.
Ulama fikah sependapat bahawa al-wadiah adalah sebagai salah satu akad
dalam rangka tolong-menolong antara sesama manusia. Sebagai landasannya
ialah firman Allah:

r& $9$# tt/ Fs3ym #s)u $y=r& #n<) MutF{$# (#x? r& .'t !$# ) *

#Zt/ $Jx t%x. !$# ) 3 / /3t $ !$# ) 4 y9$$/ (#3trB

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(Surah an-Nisa: 58)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN) 221

Menurut mufasir, ayat ini berkaitan dengan simpanan kunci Kaabah kepada
Usman Talhah (seorang sahabat Nabi) sebagai amanat daripada Allah SWT:

zr& *s ( |7) ys $Y6?%x. (#fs? s9u 9xy 4n?t F. )u *

(#G3s? u 3 /u !$# ,Gu9u tFutr& z?$# %!$# jx=s $V/t 3t/

=t t=ys? $y/ !$#u 3 6=s% O#u *s $yG6t tu 4 nyy9$#

Maksudnya:
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi
hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka
hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi
hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang
(dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang
(yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya.
Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan
perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka
sesungguhnya dia ialah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah
sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah: 283)

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW disebutkan:





Maksudnya:
Serahkanlah amanat kepada orang yang mempercayai anda dan janganlah anda
mengkhianati orang yang mengkhianati anda.
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim)

Berdasarkan ayat dan hadis tadi, ulama sepakat mengatakan bahawa akad
al-wadiah (simpanan) hukumnya mandub (disunatkan), dalam rangka tolong-
menolong sesama manusia. Oleh sebab itu, Ibnu Qudamah (ahli fikah mazhab
Hanafi) menyatakan bahawa sejak zaman Rasulullah sampai generasi
berikutnya, al-wadiah telah menjadi ijmak amali, iaitu sepakat dalam

Copyright Open University Malaysia (OUM)


222 TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN)

membenarkannya amalan ini dalam kehidupan umat Islam dan tidak ada orang
yang mengingkarinya (Abdul Halim, 2001; Adi Warman, 2004).

AKTIVITI 13.2

Serahkanlah amanat kepada orang yang mempercayai anda dan


janganlah anda mengkhianati orang yang mengkhianati anda.

Terangkan maksud hadis tersebut.

SEMAK KENDIRI 13.2

1. Nyatakan dalil al-Quran manakah yang membenarkan akad


al-wadiah dipraktikkan.

2. Apakah dalil sunnah yang menyokong amalan ini?

3. Apakah pandangan para fuqaha kontemporari mengenainya?


Jelaskan.

4. Terangkan maksud ijmak amali oleh Imam Ibn Qudamah.

5. Apakah hala tuju kaedah ini di Malaysia? Jelaskan.

13.3 RUKUN DAN SYARAT AL-WADIAH


Dalam subtopik ini, kita akan mengkaji dan membincangkan rukun dan syarat
al-wadiah. Menurut ulama mazhab Hanafi, rukun al-wadiah hanya satu saja,
iaitu ijab dan kabul.

Jumhur ulama pula mengatakan bahawa terdapat tiga rukun al-wadiah, iaitu
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 13.1.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN) 223

Rajah 13.1: Rukun al-wadiah

Mari kita membincangkan rukun tersebut dengan lebih lanjut dalam subtopik
berikutnya.

13.3.1 Orang yang Berakad


Menurut mazhab Hanafi, orang yang berakad harus berakal. Anak kecil yang
tidak berakal (mumaiyiz) yang telah diizinkan oleh walinya boleh melakukan
akad al-wadiah. Mereka tidak mensyaratkan baligh dalam soal al-wadiah. Orang
gila tidak dibenarkan melakukan akad al-wadiah.

Menurut jumhur ulama, orang yang melakukan akad al-wadiah disyaratkan


baligh, berakal dan cerdas (dapat bertindak secara hukum) kerana akad
al-wadiah, merupakan akad yang banyak mengandung risiko penipuan. Oleh
sebab itu, kanak-kanak yang sudah berakal, tidak dapat melakukan akad
al-wadiah baik sebagai orang yang memberi simpanan atau sebagai orang yang
menerima simpanan. Di samping itu, jumhur ulama juga mensyaratkan bahawa
orang yang berakad itu harus waras walaupun dia sudah baligh dan berakal. Ini
kerana orang baligh dan berakal belum tentu dapat bertindak secara hukum
terutamanya apabila terjadi pertelingkahan.

13.3.2 Barang Simpanan


Barang simpanan itu harus jelas dan dapat dipegang dan dimiliki. Maksudnya,
barang simpanan itu dapat diketahui jenisnya atau fungsinya dan dikuasai
untuk dipelihara atau dijaga.

13.3.3 Sighah (Ijab dan Kabul)


Ulama fikah sepakat mengatakan bahawa akad al-wadiah bersifat mengikat
kedua-dua belah pihak. Namun apakah tanggungjawab memelihara barang itu
bersifat amanat atau bersifat ganti rugi (dhamaan)? Rata-rata ulama fikah
bersetuju bahawa status al-wadiah bersifat amanat, bukan dhamaan, sehingga
semua kerosakan penyimpanan tidak menjadi tanggungjawab pihak yang
Copyright Open University Malaysia (OUM)
224 TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN)

menyimpan; berbeza sekiranya kerosakan itu disengajakan oleh orang yang


menyimpannya. Sebagai alasannya, sabda Rasulullah SAW:






Maksudnya:
Orang yang disimpani barang, apabila tidak melakukan pengkhianatan tidak
dikenakan ganti rugi.
(Riwayat Baihaqi dan Daruquthni)

Dalam riwayat lain dikatakan:


Maksudnya:
Tidak ada ganti rugi terhadap orang yang dipercayai memegang amanat.
(Riwayat Daruquthni)

Dengan demikian, apabila dalam akad al-wadiah disyaratkan ganti rugi atas
orang yang disimpani, maka akad itu tidak sah. Kemudian orang yang disimpani
juga harus menjaga amanat dengan baik dan tidak boleh menuntut upah
(ganjaran) daripada orang yang menyimpan (Hailani Muji Tahir, 2009; Faizah
Ismail, 2006).

AKTIVITI 13.3

Menurut jumhur ulama, rukun akad al-wadiah ada tiga. Bincangkan


rukun-rukun tersebut berserta contoh-contohnya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN) 225

SEMAK KENDIRI 13.3

1. Bolehkah kanak-kanak yang mendapat izin walinya melakukan


akad al-wadiah? Jelaskan.

2. Kenapakah orang gila dilarang melaksanakan akad al-wadiah?


Nyatakan.

3. Jelaskan hukum dan kesan akad yang melanggar rukun-


rukunnya.

4. Kenapakah barang simpanan harus jelas identitinya?

5. Adakah perlu penyimpan membayar ganti rugi sekiranya


simpanan itu rosak atau hilang? Terangkan.

13.4 PERUBAHAN AL-WADIAH DARIPADA


AMANAT MENJADI GANTI RUGI
(DHAMAAN)
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan akad al-wadiah yang bersifat
amanat dan balasannya hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata.
Namun ulama fikah memikirkan juga kemungkinan lain, iaitu al-wadiah yang
bersifat sebagai suatu amanat boleh berubah menjadi al-wadiah yang bersifat
dhamaan (ganti rugi).

Menurut Mohd Ali Hassan (2004) dan Sabri Salamon (1992), terdapat enam
faktor perubahan al-wadiah yang menjadi dhamaan (rujuk Rajah 13.2).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


226 TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN)

Rajah 13.2: Faktor perubahan al-wadiah menjadi dhamaan

Sekarang mari kita membincangkan faktor tersebut dengan lanjut.

(a) Tidak Dipelihara atau Dijaga dengan Baik


Barang itu tidak dapat dipelihara oleh orang yang menyimpan. Demikian
juga halnya apabila ada orang lain yang akan merosakkannya tetapi dia
tidak dapat mempertahankannya, sedangkan dia mampu mencegahnya.

(b) Tidak Disimpan oleh Ahlinya


Barang simpanan itu disimpankan lagi kepada orang lain yang bukan
keluarga dekat atau orang yang bukan di bawah tanggungjawabnya.

(c) Tidak Diizinkan Manfaat Daripadanya


Barang simpanan itu dimanfaatkan oleh orang yang menyimpan,
kemudian barang itu rosak atau hilang. Sedangkan barang simpanan
seharusnya dipelihara bukan dimanfaatkan.

(d) Tidak Mengakui ia dalam Simpanan


Penyimpan menafikan ada barang simpanan dengannya. Oleh sebab itu,
sebaiknya dalam akad al-wadiah disebutkan jenis barangnya dan
jumlahnya ataupun sifat lain sehingga apabila terjadi keingkaran dapat
ditunjukkan buktinya.

(e) Tidak Menyimpan Secara Berasingan


Orang yang menerima simpanan barang itu, mencampuradukkan dengan
barang peribadinya sehingga sekiranya ada yang rosak atau hilang, maka
sukar untuk menentukannya, apakah barangnya sendiri yang rosak
(hilang) atau barang simpanan itu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN) 227

(f) Tidak Menepati Syarat Simpanan


Orang yang menerima simpanan itu tidak menepati syarat yang
dikemukakan oleh pemilik barang itu seperti tempat penyimpanannya dan
syarat lainnya.

AKTIVITI 13.4

Bincangkan keadaan-keadaan yang akad al-wadiah boleh bertukar


menjadi akad dhamaan. Berikan ilustrasi yang berkaitan bagi setiap
keadaan yang dinyatakan itu.

SEMAK KENDIRI 13.4

1. Nyatakan maksud dhamaan.

2. Kenapakah ganti rugi perlu dikenakan kepada pihak yang


menyimpan barangan?

3. Apakah dalil dalam perkara ini? Jelaskan.

4. Terangkan perbezaan antara amanah dan amanat.

5. Kenapakah amanat perlu dijaga dengan baik oleh pihak yang


menyimpannya? Jelaskan.

Al-wadiah ialah memanfaatkan sesuatu simpanan di tempat yang bukan


pada pemiliknya untuk dipelihara atau dijaga.

Berdasarkan ayat al-Quran, hadis serta pendapat jumhur ulama, maka akad
al-wadiah (simpanan) hukumnya mandub (disunatkan), dalam rangka
tolong-menolong sesama manusia.

Ibnu Qudamah (ahli fikah mazhab Hanafi) menyatakan bahawa sejak zaman
Rasulullah sampai generasi berikutnya, al-wadiah telah menjadi ijmak
amali, iaitu sepakat dalam membenarkannya.

Jumhur ulama mengatakan bahawa terdapat tiga rukun al-wadiah, iaitu dua
pihak yang berakad, barang simpanan dan sighah.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
228 TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN)

Ulama fikah menentukan juga kemungkinan lain, iaitu al-wadiah yang


bersifat sebagai suatu amanat boleh berubah menjadi al-wadiah yang
bersifat dhamaan (ganti rugi).

Akad al-wadiah telah diaplikasikan dalam sistem muamalat dan perbankan


Islam di Malaysia. Sebagai contoh, akaun simpanan (al-wadiah) di Bank
Islam dan Bank Muamalat, konsep ar-Rahnu di pajak gadai Islam Bank
Rakyat dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Al-wadiah (simpanan) Sighah (ijab dan kabul)


Dhamaan (ganti rugi)

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Kharofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Hj. Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 13 AL-WADIAH (SIMPANAN) 229

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Al-Qardh
14 Al-Hasan
(Pinjaman)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian al-qardh;
2. Menjelaskan asas pensyariatan al-qardh;
3. Menerangkan hikmah pensyariatan al-qardh;
4. Menyatakan hukum dan kesan perlaksanaan sesuatu akad al-qardh;
5. Menyenaraikan rukun dan syarat akad al-qardh; dan
6. Membincangkan permasalahan dalam al-qardh.

PENGENALAN
Topik 14 ini akan membincangkan akad al-qardh al-Hasan. Topik ini akan
mengupas pengertian al-qardh serta menunjukkan dalil pensyariatan al-qardh
yang bersumberkan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Seterusnya topik ini
akan menerangkan hikmah pensyariatan al-qardh serta menyatakan hukum dan
kesan perlaksanaan sesuatu akad al-qardh dan selanjutnya menyenaraikan
rukun dan syarat akad al-qardh yang sepatutnya dipenuhi oleh peminjam,
pemberi pinjaman serta harta yang menjadi pinjaman.

14.1 PENGERTIAN AL-QARDH


Subtopik ini akan membincangkan definisi serta pengertian al-qardh. Dari segi
bahasa, al-qardh bererti memutuskan. Sebagai contoh, qaradhtu asy-syai
a bil-miqradh bererti saya memutuskan sesuatu dengan gunting.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 231

Al-qardh dari segi terminologi muamalat pula bermaksud memberikan harta


kepada seseorang yang akan memanfaatkannya dan mengembalikan gantinya di
kemudian hari (Abdullah, 2004; Adi Warman, 2004).

AKTIVITI 14.1

Bincangkan pengertian akad al-qardh al-hasan menurut perspektif


muamalat.

SEMAK KENDIRI 14.1

1. Apakah maksud al-qardh menurut bahasa? Nyatakan.

2. Apakah makna al-qardh menurut terminologi muamalat?


Nyatakan.

3. Jelaskan manfaat yang terdapat dalam al-qardh.

4. Bolehkah manfaat tersebut dikenakan faedah? Jelaskan.

5. Jelaskan bagaimanakah sesuatu al-qardh itu dikatakan bebas riba.

14.2 ASAS PENSYARIATAN AL-QARDH


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan asas disyariatkan
al-qardh menurut keterangan al-Quran, hadis dan ijmak.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:

4 ZuW2 $]$yr& &s! xs $Y|ym $s% !$# ) %!$# #s

y_? s9)u +6tu 6)t !$#u


Maksudnya:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya
dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang
menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu
semua dikembalikan.
(Surah al-Baqarah: 245)
Copyright Open University Malaysia (OUM)
232 TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN)

Pengajaran daripada ayat itu adalah bahawa Allah SWT menyamakan perbuatan
memberi hutang itu sebagai amal soleh dan sebagai memberi infaq fi sabilillah
dengan harta yang dipinjamkan, dan menyerupakan pembalasannya yang
berlipat ganda.

Daripada hadis riwayat Imam Muslim yang bersumber daripada Abu Raft r.a.:

,



: , :


Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah SAW berhutang seekor unta muda kepada seorang
laki-laki. Kemudian diberikan kepada beliau seekor unta sebagai hadiah. Beliau
memerintahkan Abu Raft untuk membayarkan unta muda lelaki itu. Abu Raft
kembali kepada beliau dan berkata, Saya tidak menemukan antara unta tersebut
kecuali unta yang usianya menjangkau tujuh tahun. Beliau menjawab, Berikan
unta itu kepadanya kerana sebaik-baik orang adalah orang yang paling baik
dalam membayar hutang.
(Riwayat Muslim)

Ibnu Majah meriwayatkan hadis yang bersumber daripada Ibnu Masud r.a.
daripada Nabi SAW beliau bersabda:




Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim memberi pinjaman kepada orang Muslim yang lain
dua kali melainkan pinjaman itu (berkedudukan) seperti memberi satu sedekah.
(Riwayat Ibnu Majah)

Dari sudut ijmak ulama pula, kesemua fuqaha telah bersepakat membolehkan
hutang piutang (Ala-Eddin Kharofa, 2007; Faizah Ismail, 2006).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 233

AKTIVITI 14.2

Bincangkan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis dan ijmak yang


membenarkan pengamalan memberi dan membayar hutang sebagai
suatu amal soleh.

SEMAK KENDIRI 14.2

1. Jelaskan tujuan syariat Islam membenarkan akad al-qardh.

2. Terangkan tanggungjawab pemberi dan penerima pinjaman


dalam al-qardh.

3. Siapakah yang harus menulis akad al-qardh?

4. Berapa orang saksikah yang diperlukan dalam akad al-qardh?

14.3 HIKMAH DISYARIATKAN AL-QARDH


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan syariat Islam yang penuh dengan
hikmah dan falsafah Ilahi. Tidak ada satu hukum syarie pun kecuali mempunyai
hikmahnya yang tersendiri, termasuklah al-qardh (hutang piutang).

Sesungguhnya kedudukan manusia tidak sama antara satu dengan yang lain.
Ada yang mengalami kesulitan kewangan dan ada yang kaya-raya. Allah SWT
menganjurkan orang yang kaya memberi hutang kepada orang yang mengalami
kesulitan ekonomi sebagai satu bentuk ibadah kepada-Nya. Dengan memberi
hutang bererti memberi manfaat kepada orang yang berhutang untuk memenuhi
keperluan serta mengatasi kesulitannya. Rasulullah SAW bersabda:

Copyright Open University Malaysia (OUM)


234 TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN)





,
, ,
.
Maksudnya:
Barang siapa menghilangkan satu kedukaan (kesulitan) daripada kedukaan-
kedukaan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan menghilangkan
satu kedukaan (kesulitan) daripada kedukaan-kedukaan akhirat daripadanya
pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang
kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan
akhirat. Barang siapa menutup (aib) seorang Muslim, maka Allah akan menutup
(aib)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama
dia menolong saudaranya.
(Riwayat Muslim)

Memberi hutang termasuk kebaikan dalam agama kerana sangat diperlukan oleh
orang yang dalam kesulitan, susah dan mempunyai keperluan yang sangat
mendesak (Hailani Muji Tahir, 2009).

AKTIVITI 14.3

Bincangkan hikmah Islam mensyariatkan akad al-qardh. Berikan


contoh-contoh yang relevan dalam penerangan anda.

SEMAK KENDIRI 14.3

1. Kenapakah keadaan manusia tidak sama, ada yang kaya dan ada
yang miskin? Jelaskan.
2. Terangkan hikmahnya dijadikan seseorang itu kaya ataupun
miskin.
3. Jelaskan tanggungjawab orang kaya terhadap orang miskin dan
sebaliknya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 235

14.4 HUKUM DAN KESANNYA PADA AKAD


AL-QARDH
Subtopik ini akan membincangkan tentang hukum dan kesan akad al-Qardh
(hutang piutang) mengikuti hukum taklifi; terkadang wajib, terkadang haram,
terkadang makruh dan terkadang boleh. Semua itu sesuai dengan cara
mempraktikkannya kerana hukum keadaan itu mengikuti hukum tujuan.

Menurut Mohd Ali Hassan (2004), jika orang yang berhutang ialah orang yang
mempunyai keperluan sangat mendesak, sedangkan orang yang dihutangkan
orang yang kaya, maka orang yang kaya itu wajib memberinya hutang.

Jika pemberi hutang mengetahui bahawa penghutang akan menggunakan


wangnya untuk berbuat maksiat atau melakukan sesuatu yang makruh, maka
hukum memberi hutang juga haram atau makruh sesuai dengan keadaannya.

Jika seorang yang berhutang bukan kerana adanya keperluan yang mendesak
tetapi untuk menambah modal perdagangannya kerana berharap agar mendapat
keuntungan yang besar, maka hukum memberi hutang kepadanya adalah harus.

Seseorang boleh berhutang jika dirinya yakin dapat membayar seperti jika dia
mempunyai harta yang dapat diharapkan dan mempunyai niat
menggunakannya untuk membayar hutangnya. Jika hal ini tidak ada pada diri
penghutang, maka dia tidak boleh berhutang.

Seseorang wajib berhutang jika dalam keadaan terpaksa dalam menghindarkan


diri daripada bahaya seperti untuk membeli makanan agar dirinya tidak mati
kelaparan.

AKTIVITI 14.4

Bincangkan keadaan-keadaan yang hukum sesuatu akad al-qardh itu


menjadi wajib, haram, makruh, sunat dan harus. Berikan contoh-contoh
yang sesuai untuk menjelaskan jawapan anda.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


236 TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN)

SEMAK KENDIRI 14.4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hutang?

2. Kenapakah hutang dihalalkan dalam Islam?

3. Kenapakah hutang wajib dibayar?

4. Jelaskan hukumnya sekiranya penghutang tidak mampu


membayar hutangnya.

5. Jelaskan hukum sekiranya penghutang berkemampuan membayar


hutangnya tetapi tidak mahu berbuat demikian.

14.5 RUKUN DAN SYARAT TRANSAKSI


AL-QARDH
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang rukun qardh (hutang
piutang) seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 14.1.

Rajah 14.1: Rukun dan syarat transaksi al-qardh

Penjelasan rukun tersebut berserta syaratnya akan dijelaskan dalam subtopik


berikutnya.

14.5.1 Sighah
Sighah bermaksud ijab dan kabul. Tidak ada perbezaan dalam kalangan fuqaha
bahawa ijab itu sah dengan lafaz hutang dan dengan semua lafaz yang
menunjukkan maknanya. Contohnya, Saya memberimu hutang atau Saya
menghutangimu.

Demikian juga kabul, sah dengan semua lafaz yang menunjukkan kerelaan
seperti Saya berhutang, Saya menerima atau Saya reda.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 237

14.5.2 Aqidain
Yang dimaksudkan dengan aqidain (dua pihak yang melaksanakan transaksi)
ialah pemberi hutang dan penghutang. Kedua-duanya mempunyai beberapa
syarat seperti yang berikut:

(a) Syarat bagi Pemberi Hutang


Fuqaha sepakat bahawa syarat bagi pemberi hutang adalah termasuk ahli
tabarru (orang yang boleh memberikan derma), iaitu merdeka, baligh,
berakal sihat dan pandai (rasyid; dapat membezakan yang baik dan yang
buruk). Mereka berpendapat bahawa hutang piutang ialah transaksi irfa
(memberi manfaat). Oleh sebab itu, ia tidak sah kecuali dilaksanakan oleh
orang yang sah amal kebaikannya seperti sedekah.

Syafiiyyah berpendapat bahawa al-qardh (hutang piutang) mengandungi


tabarru dan bukan merupakan transaksi irfa dan tabarru. Syafiiyyah
menyebutkan bahawa ahliyyah (kelayakan) memberi derma harus dengan
kerelaan, bukan dengan paksaan. Tidak sah berhutang kepada orang yang
dipaksa tanpa alasan yang benar. Jika paksaan itu ada alasan yang benar,
misalnya, apabila seorang harus berhutang dalam keadaan terpaksa, maka
sah berhutang dengan memaksa.

Hanafiyyah berpendapat syarat ahliyyah at-tabarru (kelayakan memberi


derma) bagi pemberi hutang bahawa tidak sah seorang ayah atau pemberi
wasiat menghutangkan harta anak kecil.

Hanabilah berpendapat syarat ahliyyah at-tabarru bagi pemberi hutang


bahawa seorang wali anak yatim tidak boleh menghutangkan harta anak
yatim itu dan nazhir (pengelola) wakaf tidak boleh menghutangkan harta
wakaf.

Syafi'iyyah berpendapat bahawa seorang wali tidak boleh menghutangkan


harta orang di bawah perwaliannya kecuali dalam keadaan darurat jika
tidak ada hakim. Ada pun bagi hakim boleh menghutangkannya meskipun
bukan dalam keadaan darurat.

(b) Syarat bagi Penghutang


Syafi'iyyah mensyaratkan penghutang termasuk kategori orang yang
mempunyai ahliyyah muamalah (kelayakan melayakkan transaksi
muamalat) dan bukan ahliyyah at-tabarru (kelayakan memberi derma).
Ada pun kalangan ahnaf mensyaratkan penghutang mempunyai ahliyyah
at-tasharrufat (kelayakan membelanjakan harta) secara lisan, iaitu
merdeka, baligh dan berakal serta sihat.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


238 TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN)

Hanabilah mensyaratkan penghutang mampu menanggung hutang


tersebut kerana hutang tidak ada kecuali dalam tanggungan. Misalnya,
tidak sah memberi hutang kepada masjid, sekolah atau ribath (berjaga di
perbatasan dengan musuh) kerana semua ini tidak mempunyai potensi
untuk menanggung hutang.

14.5.3 Harta yang Dihutangkan


Rukun yang ketiga ini mempunyai beberapa syarat, iaitu:

(a) Harta yang Dihutangkan Berupa Harta yang Padan Nilainya


Maksudnya harta yang satu sama lain dalam jenis yang sama dan tidak
banyak bezanya dari segi perbezaan nilai seperti wang, barang yang dapat
ditukar, ditimbang, ditanam dan dihitung.

Tidak boleh menghutangkan harta yang nilainya antara satu sama lain
dalam satu jenis berbeza-beza, yang perbezaan itu mempengaruhi harga
seperti haiwan dan perkarangan. Hal ini kerana tidak ada cara untuk
mengembalikan barang dan tidak ada cara mengembalikan harga sehingga
dapat menyebabkan perselisihan kerana perbezaan harga dan taksiran
nilainya. Demikian pendapat kalangan Hanafiyyah.

Malikiyyah dan Syafiiyyah, menurut pendapat yang paling benar dalam


kalangan mereka, menyatakan bahawa boleh menghutangkan harta yang
ada padanannya. Malah, semua barang yang boleh ditransaksikan dengan
cara bay al-salam, baik berupa haiwan mahupun lainnya, iaitu semua yang
boleh diperjualbelikan dan dapat dijelaskan sifatnya meskipun harta itu
berupa sesuatu yang berubah-ubah harganya.

Mereka berpendapat bahawa Nabi SAW pernah berhutang unta muda


sehingga masalah ini dikiaskan dengannya.

Tidak boleh menghutangkan sesuatu yang tidak boleh diperjualbelikan


dengan cara bay al-salam, iaitu sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan
sifat seperti permata. Hanya Syafiiyyah mengecualikan sesuatu yang tidak
boleh dijual secara salam, iaitu hutang roti dengan timbangan kerana
adanya keperluan dan toleransi.

Hanabilah berpendapat bahawa boleh menghutangkan semua benda yang


boleh dijual, baik yang ada padanannya mahupun yang berubah-ubah
harganya, baik yang dapat dijelaskan dengan sifat mahupun tidak.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 239

(b) Harta yang Dihutangkan Disyaratkan Berupa Benda, Tidak Sah


Menghutangkan Manfaat (Jasa)
Ini menurut pendapat kalangan Hanafiyyah dan Hanabilah. Berbeza
dengan kalangan Syafi'iyyah dan Malikiyyah, mereka tidak mensyaratkan
harta yang dihutangkan berupa benda sehingga boleh sahaja
menghutangkan manfaat (jasa) yang dapat dijelaskan dengan sifat. Hal ini
kerana bagi mereka semua yang boleh diperjualbelikan dengan cara
bay al-salam boleh dihutangkan, sedangkan bagi mereka bay al-salam
boleh dibuat pada manfaat (jasa) seperti halnya benda pada umumnya.

Pendapat yang dipilih oleh Ibnu Taimiyyah dan ahli ilmu lainnya
membolehkannya menghutangkan manfaat (kebaikan).

(c) Harta yang Dihutangkan Diketahui


Menurut Zaharuddin Abdul Rahman (2009), syarat ini tidak ditentang oleh
fuqaha kerana dengan demikian penghutang dapat membayar hutangnya
dengan harta yang sama nilainya. Syarat ketiga ini mencakupi dua perkara,
iaitu:

(i) Diketahui kadarnya; dan


(ii) Diketahui sifatnya.

Perkara ini penting agar mudah membayarnya. Jika hutang piutang tidak
mempunyai syarat ketiga ini, maka ia tidak sah.

AKTIVITI 14.5

1. Jelaskan rukun-rukun akad al-qardh berserta syarat-syaratnya.

2. Berikan contoh-contoh yang berkaitan sebagai menyokong


penjelasan anda.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


240 TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN)

SEMAK KENDIRI 14.5

1. Nyatakan perbezaan rukun dan syarat akad al-qardh.

2. Jelaskan maksud sighah.

3. Nyatakan makna aqidain.

4. Terangkan hukum dan kesan pada akad sekiranya rukun


dilanggar.

5. Terangkan hukum dan kesan pada akad sekiranya syarat-syarat


tidak dipatuhi.

14.6 PERMASALAHAN DALAM AL-QARDH


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan dua perkara utama mengenai
permasalahan dalam al-qardh.

14.6.1 Memberi Tangguh Waktu kepada Orang yang


Kesulitan Membayar Hutang
Memberi tempoh waktu kepada orang yang kesulitan membayar hutang
merupakan suatu keharusan yang dianjurkan oleh syariat Islam. Allah SWT
berfirman:

) ( 69 yz (#%|s? r&u 4 ;uyt 4n<) tos ;u %x. )u

n=s? F.
Maksudnya:
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu
sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(Surah al-Baqarah: 280)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 241

Oleh sebab itu, seorang yang memberi hutang kepada orang lain seharusnya
memberinya tangguh waktu jika dia masih dalam kesulitan kerana al-qardh
(hutang piutang) termasuk transaksi irfa dan meringankan kesusahan kaum
Muslimin.

14.6.2 Kewajiban Membayar Hutang


Menurut Zaharuddin Abdul Rahman (2009), bagi pemberi hutang sebaiknya
memberi tangguh waktu kepada orang yang kesulitan membayar hutangnya.
Sebaliknya, penghutang wajib segera membayar hutangnya sebelum meninggal
dunia agar tidak dalam keadaan masih menanggung beban hutang.

AKTIVITI 14.6

Bincangkan pengajaran yang dapat disimpulkan daripada surah


al-Baqarah, ayat 280 yang berkaitan dengan kesukaran seseorang untuk
membayar hutang.

SEMAK KENDIRI 14.6

1. Jelaskan maksud kesukaran membayar hutang.

2. Terangkan kaedah penyelesaian yang dianjurkan al-Quran.

3. Kenapakah hutang harus disegerakan bayarannya? Jelaskan.

4. Kenapakah semua hutang harus kita lunaskan sebelum meninggal


dunia? Jelaskan.

Al-qardh membawa pengertian sebagai akad yang memberikan harta


kepada seseorang yang akan memanfaatkannya dan mengembalikan
gantinya pada kemudian hari.

Terdapat asas disyariatkan al-qardh menurut keterangan daripada al-Quran


dan hadis.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


242 TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN)

Dari sudut ijmak ulama pula, kesemua fuqaha telah bersepakat


membenarkan al-qardh.

Syariat Islam penuh dengan hikmah dan falsafah Ilahi. Tidak ada satu pun
hukum syarie kecuali mempunyai hikmahnya yang tersendiri, termasuklah
al-qardh.

Kedudukan kewangan manusia tidak sama antara satu dengan yang lain.
Ada yang mengalami kesulitan kewangan dan ada yang kaya-raya.

Allah SWT menganjurkan orang yang kaya memberi hutang kepada orang
yang mengalami kesulitan kewangan sebagai satu bentuk ibadah kepada-
Nya.

Dengan memberi hutang bererti memberi manfaat kepada orang yang


berhutang untuk memenuhi keperluan serta mengatasi semua kesulitannya.

Hukum dan kesan akad al-qardh mengikuti hukum taklifi; terkadang boleh,
terkadang makruh, terkadang wajib dan terkadang haram. Semua itu sesuai
dengan cara mempraktikkannya kerana hukum keadaan itu berubah
mengikuti hukum keadaan, tempat, masa dan tujuan.

Rukun serta syarat-syarat akad al-qardh terdiri daripada sighah, `aqidain


dan harta yang dihutangkan.

Aqidain (dua pihak yang Hutang


melaksanakan transaksi)
Irfa (memberi manfaat)
Al-qardh
Peminjam
At-tabarru (kelayakan memberi
Pemiutang
derma)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 14 AL-QARDH AL-HASAN (PINJAMAN) 243

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Kharofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


Topik Takaful
15 (Insurans)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan pengertian takaful;
2. Menerangkan sistem takaful di Malaysia;
3. Menjelaskan konsep urus niaga takaful di Malaysia;
4. Menyenaraikan prinsip takaful; dan
5. Membezakan jenis perlindungan takaful.

PENGENALAN
Topik 15 ini akan membincangkan konsep takaful yang merupakan satu jaminan
yang diharuskan oleh Islam. Takaful boleh berperanan sebagai satu institusi
yang dapat memberi jaminan kepada masyarakat di atas segala kerugian yang
tidak dijangka. Selain itu, konsep takaful dapat menimbulkan semangat
kerjasama antara individu dalam menghadapi segala kesusahan.

Ternyata beberapa konsep fiqh dapat diaplikasikan dalam melaksanakan proses


saling bantu-membantu seperti al-kafalah, tabarru (derma) dan mudarabah.
Di Malaysia, kesesuaian aplikasinya konsep fiqh dapat ditunjukkan sama ada
dalam takaful am ataupun takaful keluarga.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 245

15.1 PENGERTIAN TAKAFUL


Subtopik ini akan membincangkan pengertian takaful menurut syarak. Takaful
bermaksud jaminan, iaitu satu proses saling jamin-menjamin dan pelihara-
memelihara antara satu sama lain. Setiap individu akan menjadi penjamin
kepada individu lain yang memerlukan bantuan akibat bencana yang dialami.
Dalam proses saling jamin menjamin ini, peserta akan berkongsi risiko kerugian
yang kemungkinan kerugian akibat bencana bagi setiap individu akan
ditanggung bersama oleh semua individu dalam kumpulan. Konsep takaful
menggambarkan satu rancangan insurans berasaskan perpaduan, rasa
bertanggungjawab dan hubungan persaudaraan antara peserta (Abdullah, 2004).

Konsep insurans Islam ini adalah berdasarkan suruhan dan galakan agama yang
menyuruh supaya setiap manusia yang mengaku dirinya beriman perlu sentiasa
tolong-menolong dan lindung-melindungi sesama mereka.

Manusia tidak mengetahui akan bencana yang mungkin menimpa tetapi yakin
bahawa sesuatu bencana mungkin akan berlaku pada bila-bila masa tanpa
dijangka. Sebagai manusia biasa, tentunya ingin kepada perlindungan bagi
menghadapi kemungkinan malapetaka dan bencana tersebut. Oleh yang
demikian, seseorang itu perlu pertamanya memohon perlindungan Allah SWT.
Lebih daripada itu, mereka dituntut untuk berikhtiar sama ada secara individu
atau kumpulan untuk mengusahakan manfaat yang halal supaya dapat
menanggung beban risiko yang dihadapi secara berkesan (Ala-Eddin Kharofa,
2007; Hailani Muji Tahir, 2009).

AKTIVITI 15.1

Konsep insurans Islam adalah berdasarkan suruhan dan galakan


agama yang menyuruh supaya setiap manusia yang mengaku dirinya
beriman, perlu sentiasa tolong-menolong dan lindung-melindungi
sesama mereka.

Bincangkan kenyataan ini bersandarkan contoh-contoh yang relevan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


246 TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS)

SEMAK KENDIRI 15.1

1. Nyatakan maksud takaful.

2. Adakah sistem takaful telah wujud sejak zaman Nabi SAW lagi?
Jelaskan.

3. Terangkan kebaikan sistem ini.

4. Ada yang berpendapat sistem takaful bercanggahan dengan


konsep qada dan qadar. Setujukah anda? Jelaskan pendapat anda
sama ada anda bersetuju ataupun tidak serta berikan contohnya.

5. Bagaimanakah sistem ini dapat membantu umat Islam? Jelaskan.

15.2 SISTEM TAKAFUL DI MALAYSIA


Dalam subtopik ini, kita membincangkan sistem takaful di Malaysia. Kita juga
akan membincangkan peranan Bank Negara Malaysia dan Syarikat Takaful
Malaysia Berhad (STMB) sebagai perintis di Malaysia dan benua Asia dalam
membangunkan Sistem Insurans Islam. Tujuan penubuhannya oleh kerajaan
Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan insurans Islam atau takaful
atas dasar komersial selaras dengan prinsip Islam.

Bagi membolehkan orang Islam mendapatkan perlindungan insurans dengan


memenuhi kehendak syariah, ulama fikah telah bersepakat mewujudkan satu
bentuk perlindungan yang dikenali sebagai takaful. Takaful ialah satu kaedah
yang tepat untuk mencapai maksud tersebut (Islamic Banking Fatwa Board
Members, 2007; Faizah Ismail, 2006).

Kaedah tolong-menolong ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

4 u9$#u OM}$# n?t (#u$y?s u ( 3u)G9$#u h99$# n?t (#u$ys?u ...


Maksudnya:
...Dan bertolong-tolonglah sesama kamu dalam kebaikan dan bertakwa, dan
jangan bertolong-tolongan dalam kejahatan dan permusuhan.
(Surah al-Maidah: 2)

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 247

AKTIVITI 15.2

...Dan bertolong-tolonglah sesama kamu dalam kebaikan dan jangan


tolong-menolong dalam kejahatan dan permusuhan (surah al-Maidah,
ayat 2).

Terangkan pengajaran daripada ayat al-Quran ini.

SEMAK KENDIRI 15.2

1. Jelaskan analisa Bank Negara Malaysia mengenai sistem takaful


di Malaysia.

2. Nyatakan peranan dan sumbangan Syarikat Takaful Malaysia


untuk umat Islam di Malaysia.

3. Apakah asas dalam pensyariatan Islam mengenai takaful? Jelaskan.

4. Bolehkan orang bukan Islam terlibat dengan sistem takaful Islam?

5. Nyatakan perbezaan antara insurans konvensional dengan


takaful Islam.

15.3 KONSEP URUS NIAGA TAKAFUL


Syarikat takaful menjalankan operasi niaganya berdasarkan beberapa konsep,
kontrak dan prinsip Islam yang menyebabkan ia berbeza dengan konsep yang
digunakan oleh syarikat insurans konvensional. Pengaplikasian prinsip tersebut
adalah bagi memastikan amalan takaful diterima di sisi syarak dengan cara
menghilangkan unsur riba, gharar, kejahilan dan penindasan. Prinsip tersebut
ialah takaful, tabarru, akad dan mudarabah seperti yang dinyatakan dalam Rajah
15.1.

Rajah 15.1: Empat konsep urus niaga takaful

Penerangan lanjut konsep ini akan dijelaskan di dalam subtopik berikutnya.


Copyright Open University Malaysia (OUM)
248 TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS)

15.3.1 Takaful
Konsep pertama ialah konsep takaful. Berasal daripada perkataan bahasa Arab
al-kafalah yang membawa maksud jaminan. Oleh itu, konsep takaful membawa
maksud jamin menjamin. Takaful merupakan nilai mulia dalam Islam yang
setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab menjamin keselamatan
dan kesejahteraan individu yang lain. Jika dinilai dalam bidang sosial dan
kemanusiaan, langkah ini sangat mulia yang dilakukan dengan niat yang baik
semata-mata kerana ibadah kepada Allah SWT. Prinsip ini membawa implikasi
bahawa setiap individu saling bantu-membantu, saling jamin-menjamin dan
saling lindung-melindungi antara satu dengan lain. Ini bermakna setiap individu
akan berkongsi risiko kerugian dan bencana yang mungkin menimpa mereka.

15.3.2 Tabarru
Konsep kedua ialah konsep tabarru yang membawa erti derma berunsurkan
pelaksanaan kebajikan dengan rela hati tanpa niat jual beli. Derma dimaksudkan
menyamai konsep tabungan khairat kematian yang disertai niat, prinsip dan
urus niaga Islam. Konsep ini diterima pakai dalam kes di mana peserta menarik
diri daripada skim dan bersetuju mendermakan 3% simpanan kepada syarikat
sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang ditimpa bencana.

Sumbangan tabarru akan digunakan bagi tujuan membayar ganti rugi kepada
individu yang mengalami musibah. Setiap peserta bersetuju memberikan
sumbangan kewangan melalui persetujuan berkongsi untung dan rugi antara
syarikat dan peserta secara ikhlas. Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari memperkatakan tentang konsep takaful yang bermaksud:

Seseorang Muslim dengan Muslim yang lain umpama satu bangunan. Oleh itu,
mereka saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

15.3.3 Akad
Konsep ketiga ialah konsep akad dan gharar. Gharar wujud apabila tiada
penjelasan dibuat dalam perjanjian insurans mengenai bagaimana pampasan
ditentukan dan juga bagaimana pembahagian keuntungan dan kerugian
dilakukan. Bagi menghindarkan berlakunya gharar, maka perjanjian yang
ditandatangani antara STMB dan peserta menerangkan secara terperinci
mengenai pengendalian syarikat ke atas wang caruman yang dibayar oleh
peserta.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 249

Sementara itu peserta akan dimaklumkan mengenai hak dan perlindungan yang
diberikan serta manfaat yang bakal diterima di bawah perlindungan yang
dipilihnya. Akad pula membawa maksud perjanjian yang melibatkan tiga pihak.
Dalam perjanjian takaful dengan jelasnya dinyatakan tentang pihak yang
terlibat, iaitu syarikat (pihak yang melakukan akad), barang atau perkhidmatan
atau bayaran (sesuatu yang diakadkan) dan pemodal sebagai pihak yang
melafazkan akad.

15.3.4 Mudarabah
Konsep keempat ialah konsep mudarabah yang turut diterima pakai dan
digabungkan dengan ketiga-tiga konsep tadi. Ia membawa pengertian berkaitan
dengan langkah mengusahakan perniagaan ke atas dana takaful yang
terkumpul. Setiap individu akan berkongsi untung rugi dengan syarikat yang
menguruskan dana tersebut iaitu syarikat takaful.

Melalui mudarabah, peserta skim dan syarikat takaful mengikuti perjanjian yang
menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan hak setiap pihak. Tanggungjawab
syarikat ialah menguruskan skim dan membuat pembayaran ganti rugi kepada
peserta yang ditimpa bencana serta menguruskan perniagaan dana yang
terkumpul. Manakala tanggungjawab peserta ialah membayar caruman dan
memenuhi syarat perjanjian (Mohd Ali Hassan, 2004).

AKTIVITI 15.3

Seseorang Muslim dengan Muslim yang lain umpama satu bangunan.


Oleh itu mereka saling memperkukuhkan antara satu sama lain.
Bincangkan mengenai pengajaran hadis ini yang berkaitan dengan
konsep takaful.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


250 TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS)

SEMAK KENDIRI 15.3

1. Adakah konsep takaful bebas daripada unsur riba dan gharar?


Nyatakan.

2. Adakah konsep urus niaga takaful menepati kehendak syarak?


Jelaskan.

3. Jelaskan prinsip tabarru dalam takaful.

4. Terangkan prinsip akad dalam takaful.

5. Nyatakan prinsip mudarabah dalam takaful.

15.4 JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL


Subtopik ini akan membincangkan jenis takaful. Terdapat dua jenis
perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat takaful, iaitu Skim Takaful Am dan
Pelan Takaful Keluarga (rujuk Rajah 15.2).

Rajah 15.2: Dua jenis perlindungan takaful

Penerangan lanjut jenis takaful ini akan dijelaskan dalam subtopik berikutnya.

15.4.1 Skim Takaful Am


Skim Takaful Am ialah satu ikhtiar menyediakan sejumlah wang tertentu
sebagai persediaan menghadapi bencana.

Sebagai contoh, bencana kemalangan, kemusnahan atau kebakaran ke atas harta


benda seseorang. Kebanyakan skim takaful am mempunyai tempoh satu tahun.
Apabila tempoh telah tamat, peserta biasanya boleh memohon untuk
memperbaharui perlindungan terhadap harta yang diinsuranskan sekiranya
syarikat bersetuju untuk terus menawarkan perlindungan ke atas peserta
tersebut.
Copyright Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 251

Amaun caruman Skim Takaful Am ditetapkan oleh syarikat dan bergantung


pada skim yang disertai. Perjalanan skim ini adalah sebagaimana ditunjukkan
dalam Rajah 15.3. Kesemua caruman yang dibayar oleh peserta diniatkan sebagai
tabarru. Caruman ini akan dikumpulkan dalam satu kumpulan wang dan
dilaburkan secara yang dibenarkan oleh syariah. Keuntungan pelaburan itu akan
dimasukkan semula ke dalam kumpulan wang berkenaan. Dana keseluruhan
akan digunakan untuk mengendalikan skim takaful dan bayaran tuntutan ganti
rugi.

Sekiranya terdapat lebihan pada hujung tahun, maka lebihan tersebut akan
dibahagikan antara peserta dan bank sebagai pengendali berdasarkan kontrak
mudarabah.

Rajah 15.3: Skim Takaful Am

Jika berlaku bencana ke atas mana-mana peserta, ganti rugi akan dibayar kepada
peserta daripada kumpulan wang ini. Syarikat juga akan menggunakan
kumpulan wang ini bagi membiayai kos kendalian Skim Takaful Am. Apabila
terdapat lebihan setelah ditolak bayaran ganti rugi dan kos kendalian, maka
lebihan akan ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam perjanjian.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


252 TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS)

Bayaran ganti rugi ke atas kerosakan atau kemusnahan harta yang diinsuranskan
mengikut prinsip indemniti, iaitu peserta tidak akan dibayar lebih daripada nilai
kerosakan. Syarikat takaful boleh membayar ganti rugi dalam bentuk tunai,
pembaikan harta, penggantian atau pemulihan kepada keadaan asal.

Antara perlindungan yang ditawarkan di bawah Skim Takaful Am ialah takaful


kebakaran, takaful kenderaan berenjin, takaful kemalangan diri, takaful
tanggungan awam, takaful pampasan pekerja, takaful pemilik rumah, takaful
marin kargo, takaful gangguan perniagaan, takaful liabiliti majikan, takaful
wang tak pecah amanah, takaful semua kos, takaful kerosakan jentera dan
takaful komputer.

Syarikat takaful menawarkan pelbagai perlindungan insurans seperti yang


ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional bagi mereka yang mahukan
perlindungan yang memenuhi kehendak syariah Islam. Walaupun ia nampak
sama tetapi sebenarnya berbeza dari segi kontrak yang diguna pakai.

15.4.2 Pelan Takaful Keluarga


Pelan Takaful Keluarga ialah satu bentuk perlindungan yang bertujuan untuk
mengumpul sejumlah wang untuk ditinggalkan kepada waris peserta sekiranya
ditakdirkan dia meninggal dunia.

Selain itu, pelan ini juga menyediakan manfaat sampingan yang boleh disertai
oleh peserta. Manfaat sampingan ini memberi perlindungan terhadap hilang
upaya kekal sepenuhnya, kemalangan diri dan manfaat hospital. Di bawah
manfaat sampingan hilang upaya kekal sepenuhnya, peserta akan dibayar
pampasan jika berlaku hilang upaya yang sedemikian. Manfaat sampingan
kemalangan diri menyediakan bayaran pampasan jika peserta meninggal dunia
akibat kemalangan. Manakala manfaat sampingan hospital pula menyediakan
bayaran pampasan kepada peserta jika dia dimasukkan ke hospital.

Peserta Pelan Takaful Keluarga boleh memilih untuk mendapat perlindungan


takaful atas sebab kematian sahaja atau sebab kematian dan hilang upaya kekal
sepenuhnya. Dengan bayaran tambahan seperti yang ditetapkan oleh syarikat,
peserta boleh menambah manfaat sampingan kemalangan diri dan/atau manfaat
hospital kepada pelan takaful keluarganya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 253

Pelan takaful tersebut hanya boleh disertai oleh orang perseorangan sahaja dan
hanya diletakkan dan diuruskan di bawah satu akaun yang sama. Bagi Pelan
Takaful Keluarga dengan tempoh matang dan Pelan Takaful Keluarga untuk
pelajaran, peserta boleh memilih untuk memperoleh manfaat sampingan melalui
perlindungan tambahan kepada Pelan Takaful Keluarganya seperti yang berikut:

(a) Keilatan kekal sepenuhnya;


(b) Kemalangan diri; dan
(c) Manfaat hospital.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui potongan gaji, arahan tetap bank,
giro atau secara langsung kepada syarikat. Orang perseorangan yang boleh
menyertai pelan tersebut ialah mereka yang berumur antara 18 hingga 55 tahun
dan perlu matang sebelum peserta berusia 65 tahun.

Kaedah Pengendalian Ansuran Caruman


Segala ansuran caruman yang dibayar oleh peserta kecuali ansuran untuk
manfaat sampingan kemalangan diri dan manfaat hospital akan dimasukkan ke
dalam kumpulan wang Takaful Keluarga yang terbahagi kepada dua akaun,
iaitu akaun peserta dan akaun khas peserta.

Sebahagian besar caruman akan dikreditkan ke dalam akaun peserta dan


bakinya akan dikreditkan ke dalam akaun khas peserta sebagai tabarru (derma)
bagi tujuan saling jamin-menjamin dan bekerjasama antara peserta. Kadar
pembahagian adalah berdasarkan kumpulan umur peserta, tempoh matang dan
jumlah perlindungan yang disertai.

Dana yang terkumpul akan diperniagakan ke dalam pelaburan bagi tujuan


menjana pendapatan. Keuntungan yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam
akaun peserta dan juga akaun khas peserta. Peserta akan mendapat pulangan
tetap daripada akaun khas peserta dan sebahagian daripada akaun peserta
sekiranya terdapat lebihan.

Rajah 15.4 menunjukkan perjalanan urus niaga daripada dana yang terkumpul
daripada skim takaful keluarga. Peserta boleh menyertai takaful keluarga
bersama dengan lindungan lain seperti manfaat hospital atau kemalangan diri.
Bagi takaful keluarga, wang caruman akan dibahagikan kepada dua akaun, iaitu
akaun khas peserta dan akaun peserta. Akaun peserta merupakan akaun yang
bertujuan untuk pelaburan, manakala akaun khas peserta adalah untuk tabarru
kemalangan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


254 TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS)

Rajah 15.4: Skim takaful keluarga

Keseluruhan caruman akan dilaburkan dan keuntungan yang diperoleh akan


dibahagikan antara peserta dan syarikat pengendali takaful berdasarkan kontrak
Mudarabah. Keuntungan yang menjadi milik peserta akan diasingkan
bahagiannya mengikut peratusan kepada akaun peserta dan akaun khas peserta.
Sekiranya berlaku kematian, maka waris peserta akan mendapat sejumlah wang
takaful yang disertai, manakala sebaliknya jika sampai pada tempoh matang
peserta akan mendapat keseluruhan wang dalam akaun peserta bersama lebihan
daripada akaun khas peserta (Sabri Salamon, 1992; Zaharuddin Abdul Rahman,
2009).

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 255

AKTIVITI 15.4

Bincangkan ciri-ciri kedua-dua jenis perlindungan yang ditawarkan


oleh Syarikat Takaful Malaysia, iaitu Skim Takaful Am dan Pelan
Takaful Keluarga.

SEMAK KENDIRI 15.4

1. Apakah Syarikat Takaful Malaysia? Nyatakan.

2. Jelaskan peranan Syarikat Takaful Malaysia.

3. Terangkan pandangan Bank Negara Malaysia terhadap Syarikat


Takaful Malaysia.

4. Bincangkan hala tuju Syarikat Takaful Malaysia.

5. Bagaimanakah pengendalian ansuran caruman dijalankan oleh


Syarikat Takaful Malaysia? Terangkan.

Konsep insurans dalam Islam adalah berdasarkan suruhan dan galakan


agama yang menyuruh supaya setiap manusia yang mengaku dirinya
beriman, perlu sentiasa tolong-menolong dan lindung-melindungi sesama
mereka.

Takaful ialah satu jaminan yang diharuskan dalam Islam.

Takaful boleh berperanan sebagai satu institusi yang dapat memberi


jaminan kepada masyarakat di atas segala kerugian yang tidak dijangka.

Konsep takaful dapat menimbulkan semangat kerjasama antara individu


dalam menghadapi segala kesusahan.

Beberapa konsep fiqh dapat diaplikasikan dalam melaksanakan proses


saling bantu-membantu seperti al-kafalah, tabarru dan mudarabah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


256 TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS)

Skim Takaful Am ialah satu ikhtiar menyediakan sejumlah wang tertentu


sebagai persediaan menghadapi bencana.

Pelan Takaful Keluarga ialah satu bentuk perlindungan yang bertujuan


untuk mengumpul sejumlah wang untuk ditinggalkan kepada waris peserta
sekiranya ditakdirkan dia meninggal dunia.

Syarikat Takaful Malaysia berperanan sebagai perantara ataupun pengurus


dana takaful bagi pihak peserta.

Syarikat Takaful Malaysia akan mengumpulkan kesemua caruman atau


sumbangan dan kemudiannya mengurus dana tersebut untuk tujuan
pelaburan dan keperluan tuntutan kemalangan.

Akad Pelan Takaful Keluarga


Al-kafalah Riba
Ansuran caruman Skim Takaful Am
Gharar
Tabarru (derma)
Mudarabah
Takaful

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah. (2004). Ensiklopedia fiqh muamalat. Yogyakarta, Indonesia: Maktabah


Al-Hanif.

Adi Warman. (2004). Bank Islam. Jakarta, Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Ala-Eddin Kharofa. (2007). Transaksi dalam perundangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 15 TAKAFUL (INSURANS) 257

Faizah Ismail. (2006). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir. (2009). Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Ampang Press.

Islamic Banking Fatwa Board Members. (2007). Shariah resolutions in Islamic


finance. Kuala Lumpur, Malaysia: Bank Negara Malaysia.

Mohd Ali Hassan. (2004). Berbagai jenis transaksi dalam Islam. Jakarta,
Indonesia: PT Raja Grafindo Persada.

Sabri Salamon. (1992). Perniagaan menurut pandangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Bahagian Jabatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Zaharuddin Abdul Rahman. (2009). Wang, anda dan Islam. Selangor, Malaysia:
True Wealth.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright Open University Malaysia (OUM)

You might also like