You are on page 1of 4

JPM/PS/MIGHT/07/10

16 Mei 2002

Nama & Alamat seperti dilampiran

YBhg Tan Sri/Datuk/Tuan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MIGHT KETUJUH

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan
penghargaan atas sokongan dan nasihat YBhg Tan Sri/Datuk/tuan kepada
MIGHT. Sesungguhnya MIGHT dan Lembaga Pengarah telah banyak
menerima faedah, pandangan dan ide daripada penyertaan YBhg Tan
Sri/Datuk/tuan dalam Lembaga Pengarah MIGHT. Prestasi dan pencapaian
MIGHT kini diakui oleh berbagai pihak.

Seterusnya, saya ingin memaklumkan kepada YBhg Tan Sri/Datuk/tuan


bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MIGHT yang Ketujuh telah ditetapkan
pada 11 Jun 2002. Berdasarkan kepada Artikel 43 - Artikel Penubuhan
Syarikat, satu pertiga dari Ahli Lembaga Pengarah perlu bersara pada setiap
Mesyuarat Agung Tahunan. Izinkan saya memaklumkan kepada YBhg Tan
Sri/Datuk/tuan bahawa berdasarkan kepada pusingan persaraan pada
Mesyuarat kali ini, tibalah giliran YBhg Tan Sri/Datuk/tuan dan tiga orang Ahli
Lembaga Pengarah MIGHT lain untuk bersara sebelum perlantikan semula
dibuat. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat daripada Setiausaha
Syarikat bertarikh 8 Mei 2002 mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, saya ingin memohon pertimbangan YBhg Tan Sri/Datuk/tuan


untuk dicalonkan semula sebagai Ali Lembaga Pengarah MIGHT
memandangkan penglibatan YBhg Tan Sri/tuan sesungguhnya akan dapat
memastikan kesinambungan dan kewibawaan MIGHT. Bersama-sama ini
dilampirkan borang jawapan untuk tindakan pihak YBhg Tan Sri/Datuk/tuan.
Pihak kami amat berharap agar YBhg Tan Sri/Datuk/tuan dapat
memaklumkan persetujuan YBhg Tan Sri/tuan kepada kami secepat yang
mungkin untuk tujuan pengemaskinian Laporan Pengarah dan penerbitan
tahunan syarikat. Persetujuan YBhg Tan Sri/Datuk/tuan amatlah kami hargai
dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar

AHMED TASIR BIN LOPE PIHIE, Ph.D


Ketua Eksekutif

s.k : YBhg Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus


Pengerusi Bersama MIGHT (Kerajaan)
Pejabat Penasihat Sains
Jabatan Perdana Menteri

YBhg Tan Sri Datuk Dr Ahmad Tajuddin Ali


Pengerusi Bersama MIGHT (Industri)/Pengerusi
Gas Malaysia Sdn Bhd

Cik Rose Zilawati Mohamed Arifin


Penasihat Undang-undang/Setiausaha Syarikat
Tetuan Azzat & Izzat
Peguambela dan Peguamcara
No.9, Jalan Setiakasih 5
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-253 9299
Fax : 03-253 3266
YBHG TAN SRI DATO SERI MOHD SALEH SULONG
Pengerusi Kumpulan
DRB-Hicom Group
Tingkat 6, Wisma Hicom
No2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1
40150 Shah Alam
Selangor
Tel : 03-20528000/20528888
Fax: 03-20528166/20258118

ENCIK PIAN SUKRO


Presiden dan Ketua Eksekutif
Tenaga Nasional Berhad
129, Jalan Bangsar
P.O. Box 11003
50732 Kuala Lumpur
Tel : 03-22825566
Fax : 03-22840223
YBHG DATUK EDDY CHEN LOK LOI
Timbalan Pengarah Urusan
Metro Kajang Holdings Berhad
Suite 1, 5th Floor, Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-87378228/87372323
Fax : 03-87365436

ENCIK SHARIFUDDIN MOHD. YUSOF


President/Senior Adviser
Aron Sendirian Berhad
No. 10 & 12 Medan PB 1
Section 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: 03-89263288/3144/3145
Fax : 03-89263255/33

You might also like