You are on page 1of 9

Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata

pelajaran sejarah di sekolah rendah dapat melahirkan warganegara Malaysia


yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara,
bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan
dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannya adalah
secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui
mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara
yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat
Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Oleh sebab
itu, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid
yang berjiwa patriotik dengan memberikan pendedahan menganalisis dan
menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Contohnya dalam Tahun 5, Tajuk 6
iaitu Warisan Negara Kita. Tajuk tersebut akan memberi peluang kepada pelajar
untuk menganalisis konsep daulat dan derhaka. Murid akan menilai fakta-fakta
sejarah mengenai kepentingan kedudukan raja pada masa kini. Kita dapat lihat
dengan lebih jelas lagi melalui gambar rajah dibawah.

Gambar rajah 1: Tahun 5, Tajuk 6

Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang boleh diterapkan dalam kalangan
para pelajar ialah elemen taat dan setia kepada raja. K6.1.5 menyatakan
kepentingan taat setia kepada raja merupakan salah satu elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Demi melahirkan rakyat yang bersatu padu, elemen kewarganegaraan dan


nilai sivik telah diterapkan melalui Dimensi Kewarganegaraan. Elemen ini
ditujukan kepada bangsa yang mendiami suatu lingkungan geografi yang
memiliki etos sebagai penjalin hubungan antara etnik yang mendiaminya.
Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum seperti kaum Melayu, Iban, Cina dan India dan berbilang agama
seperti Islam, India dan Budha. Kepelbagaian kaum dan agama ini tidak
mendatangkan sebarang masalah. Maka dengan adanya subjek sejarah yang
telah dimasukkan unsur kewarganegaraan dan nilai sivik, murid akan diajar dan
latih untuk membentuk dan mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contohnya,
dimensi kewarganegaraan yang akan dibelajar oleh murid adalah perasaan
kekitaan. Dalam perasaan kekitaan, murid akan membentuk sikap sepunya dan
kebersamaan. Elemen kewarganegaraan ini akan mendedahkan pelajar kepada
sikap menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama. Elemen
kewarganegaraan ini akan dapat dibuktikan melalui DSKP Tahun 6, Tajuk 11 Kita
Rakyat Malaysia. Tajuk 11 menjelaskan tentang masyarakat pelbagai kaum dan
etnik di Malaysia. Kita dapat lihat standard kandungan 11.1 Kaum dan Etnik di
Malaysia membuktikan bahawa subjek Sejarah ini mampu melahirkan rakyat
yang bersatu padu kerana pelajar telah didedahkan dari bangku sekolah lagi
tentang sikap saling menghormati antara kaum dan agama. Lihat gambar rajah
dibawah untuk lebih jelas.

Gambar rajah 2: Tajuk 11 Kita Rakyat Malaysia

Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan pelbagai


peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu
sebelum, semasa dan selepas merdeka boleh membangkitkan semangat
kebersamaan dalam kalangan setiap warganegara.

Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam subjek sejarah juga


mampu melahirkan murid yang berbangga sebagai rakyat Malaysia. Dimensi
kewarganegaraan yang akan dipelajari oleh pelajar adalah perkongsian sejarah.
Murid akan mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara. Apabila
mempelajari sejarah pembentukan negara, pelajar akan berasa bangga akan
sejarah asal usul negara. Mereka akan menghargai kewujudan dan kegemilangan
kerajaan Melayu tradisional. Setelah itu, pelajar akan mengambil iktibar kesan
penjajahan kuasa luar ke atas negara kita. Dan seterusnya akan melahirkan
pelajar yang mampu menghayati peristiwa kemerdekaan negara. Elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik ini dapat dibuktikan dengan adanya standard
kandungan 7.1 Penjajahan dan Campur Tangan Kuasa Luar, murid akan
mempelajari tentang perjuangan ke arah kemerdekaan. Murid akan berbangga
sebagai rakyat Malaysia apabila mereka mempelajari kronologi ke arah
kemerdekaan. Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil
iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd. Rashid (1999),
mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga
menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang
telah berlaku. Selain itu elemen berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat
diterapkan dalam kalangan pelajar melalui standard kandungan 10.1
Pembentukan Malaysia. Murid akan mampu menganalisis sebab-sebab
pembentukan Malaysia. Malah murid dapat mengetahui fakta-fakta mengenai
sejarah pembentukan Malaysia.

Gambar Rajah 3: Tajuk 10


Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam matapelajaran
sejarah dapat melahirkan pelajar yang setia kepada negara. Sikap setia kepada
negara dapat dipupuk melalui dimensi kewarganegaraan yang ke 5 iaitu
kesetiaan. Dalam dimensi kewarganegaraan tersebut, pelajar akan dapat
memupuk kepercayaan kepada Tuhan dan memupuk perasaan taat dan setia
kepada negara. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diperoleh
oleh murid adalah mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja dan Negara,
Menghormati pemimpin negara dan seterusnya mematuhi undang-undang dan
peraturan negara. Sikap setia kepada negara akan dipupuk dalam diri pelajar
melalui Tajuk 7 iaitu perjuangan kemerdekaan negara. Dengan mempelajari
peristiwa perjuangan ke arah kemerdekaan, pelajar akan dapat menanam rasa
taat setia kepada kepada negara. Hal ini kerana murid akan memahami
kesukaran untuk mendapat kemerdekaan. Nilai taat setia kepada negara akan
dapat ditanam dalam diri pelajar melalui standard kandungan 7.3 sejarah
kemerdekaan 1957. Elemen kewarganegaraan yang perlu diajar oleh guru dalam
standard kandungan tersebut adalah K7.3.7 menyatakan kepentingan
mempertahankan kedaulatan negara. Apabila murid mempelajari elemen
tersebut, murid akan sedar tentang kepentingan taat kepada negara dengan
mempertahankan kedaulatan negara.

Gambar rajah 4: Tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara

Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata


pelajaran sejarah di sekolah rendah juga dapat melahirkan pelajar yang
bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan
dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Hal ini dapat dibuktikan
melalui perasaan kekitaan. Dengan adanya perasaan kekitaan dalam diri pelajar,
murid akan dapat membentuk sikap sepunya dan kebersamaan. Hasilnya murid
akan menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Malah murid
akan berbangga dengan hari kemerdekaan. Selain itu murid akan
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana perasaan
kekitaan ini membuatkan pelajar merasakn bahawa bahasa melayu ini milik
bersama walaupun berbeza kaum. Murid juga akan berbangga dengan
pencapaian negara. Semangat kekitaan ini kita akan dapat lihat melalui Tajuk 9:
Identiti Negara Kita. Tajuk ini akan mendedahkan pelajar kepada lambang-
lambang kenegaraan seperti jata negara, bendera kebangsaan, lagu
kebangsaan, bahasa kebangsaan dan bunga kebangsaan. Kesemua lambang-
lambang negara ini adalah membangkitkan rasa sepunya dalam kalangan
pelajar. Hal ini dapat dibuktikan melalui salah satu standard kandungan iaitu 9.1
Jata Negara. Dengan mempelajari tentang jata negara, murid akan mampu
menganalisis kepentingan menghayati dan mengamalkan cogan kata Jata
Negara. Perkongsian bahasa yang sama mampu meningkatkan kesefahaman dan
semangat kekitaan.

Selain itu juga elemen kewarganegaraan dan nilai sivik akan mendidik
pelajar untuk berdisiplin. Dimensi kewarganegaraan yang digunakan adalah
tanggungjawab warganegara. Menurut Omardin Haji Ashaari dan Yunus
Muhamad (2002), sejarah dapat membantu mengembang dan membangkitkan
kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu kepada
negaranya dan mampu menanam rasa bangga menjadi warganegara. Murid
akan mengetahui dan memahai tanggungjawab sebagai warganegara dengan
sepenuh hati. Contoh bukti adalah melalui Tajuk 2 iaitu zaman air batu. Tajuk
tersebut akan mengajar murid tentang menghargai alam sekitar. Setelah
mempelajari tajuk tersebut murid akan lebih berdisiplin dalam memastikan
kebersihan dan keselamatan alam sekitar. Malah murid juga akan aktif dan
bermaklumat dengan mempelajari subjek sejarah. Buktinya adalah apabila murid
mempelajari semua tajuk dalam DSKP Sejarah, murid akan mengetahui secara
berperingkat-peringkat. Contohnya dalam Tahun 4, murid akan belajar tentang
sejarah awal negara, kemudian Tahun 5 tentang Kedaulatan Negara dan Tahun 6
akan belajar tentang Kemakmuran Negara Kita.

Dimensi kewarganegaraan yang boleh digunakan adalah perkongsian nilai.


Ciri-ciri warganegara yang cemerlang adalah mempunyai sikap dan perlakuan
yang berhemah. Salah satu buktinya adalah pelajar mempelajari tajuk 12
pencapaian dan kebanggaan negara. Daripada tajuk 12, murid akan
dimotivasikan dengan hasil pencapaian negara kita. Murid juga akan menghayati
tokoh-tokoh sukan sebagai wira negara. Dengan itu, murid akan cuba
meningkatkan pencapaian negara.
Kesimpulannya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan
secara sistematik melalui dimensi kewarganegaraan yang telah digariskan.
Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian sejarah,
perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan,
kewarganegaraan serta keterikatan emosi kepada negara.
Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid. (1993). Pendidikan nilai merentasi kurikulum KBSM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Perkembangan Kurikulum, (2013). Dokumen standard kurikulum dan


pentaksiran KSSR Sejarah Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Perkembangan Kurikulum, (2013). Dokumen standard kurikulum dan


pentaksiran KSSR Sejarah Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Perkembangan Kurikulum, (2013). Dokumen standard kurikulum dan


pentaksiran KSSR Sejarah Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala


Lumpur: DBP

You might also like