You are on page 1of 2

NAMA : SHALINI NAIDU A/P VADIVELU

PATROL : BUNGA MATAHARI

MASA : 8.00 PAGI 10.00 PAGI

PEMIMPIN : CIK JOYCE ONG CHOON KIM

REFLEKSI MINGGU PERTAMA

Pada perjumpaan minggu ini telah dimulakan hari dengan istiadat Pandu Puteri. Saya
telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai istiadat ini. Oleh itu, istiadat Pandu Puteri
ini telah menjadi pengetahuan tambahan kepada saya.

Semasa membuat istiadat, kita harus mengikut arahan yang diberi oleh ketua dengan
betul. Hal ini kerana, jika arahan tidak diikut maka ia akan terganggu. Oleh itu, sebagai seorang
ketua, mereka juga harus memberi arahan dengan jelas.

Seterusnya, saya diajar lagu-lagu Pandu Puteri oleh pemimpin persatuan saya. Saya
telah menyanyi pelbagai lagu Pandu puteri dengan pergerakan sekali. Lagu- lagu yang telah
saya belajar ini amat menyeronokkan dan ia juga telah menjadi suatu ilmu yang baru kepada
saya. Sudah tentunya ilmu ini pasti akan berguna kepada murid saya setelah menjadi guru
pada masa akan datang. Hal ini kerana, lagu-agu ini pasti akan menarik minat murid untuk
menyanyi.

Seterusnya, pemimpin telah menunjukkan gambar-gambar perkhemahan lepas.


Pemimpin saya telah menjelaskan tentang gambar-gambar tersebut. Beliau menerangkan
perkara yang akan dilakukan semasa perkhemahan dan cara-cara menguruskan khemah
dengan betul. Masakan solar telah menjadi satu pengetahuan baru kepada saya. Masakan
solar ini merupakan masakan yang dilakukan hanya menggunakan sinaran matahari.

Disini beliau juga menunjukkan gambar-gambar pembinaan gajet yang pelbagai


kegunaannya. Melalui gambar-gambar ini saya dapat tahu bahawa semasa perkhemahan kami
harus buat dua jenis dapur iaitu dapur basah dan dapur kering untuk aktiviti masakan dan juga
untuk aktiviti lain. Salah satu gajet yang wajib dibina bi tapak perkhemahan adalah rak kasut
bagi setiap khemah. Gambar-gambar ini telah meningkatkan minat saya untuk pergi ke
perkhemahan pada masa akan datang.
Seterusnya, bekas ketua pasukan telah membuat pelantikan ahli jawatankuasa bagi
persatuan ini. Beberapa orang pelajar guru dari kalangan kami telah mengambil bahagian
secara aktif dengan menjadi sukarela bagi menjawat jawatan yang diberi. Kami melantik setiap
ahli jawantankuasa secara sebulat suara. Setiap ahli jawatankuasa dalam persatuan ini telah
berjanji untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

You might also like