You are on page 1of 15

Nota Pengurusan pengeluaran- skop dan proses pengeluaran

Definisi
- Penghasilan barang dan perkhidmatan melalui proses transformasi input kepada output yang
lebih bernilai.

Peranan dan kepentingan


-merupakan satu daripada tiga fungsi utama bagi sebarang bentuk perniagaan selain pemasaran
dan kewangan
- Perlu memahami proses pengeluaran atau penghasilan sesuatu barangan bagi tujuan untuk
penambahbaikkan.
-Pengeluaran melibatkan kos yang tinggi, jadi ia perlu diurus dengan bijak dan berhati-
hati untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan pembaziran serta memaksimumkan
keuntungan.

Tanggungjawab pengurus pengeluaran ialah:


a. memastikan produk yang dikeluarkan dapat memenuhi spesifikasi pengguna
b. produk yang dikeluarkan mematuhi standard atau kualiti yang telah ditetapkan
c. bertanggungjawab terhadap masa pengeluaran, iaitu barangan hendaklah
dikeluarkan mengikut tempoh yang dikehendaki oleh pelanggan.

Evolusi

Revolusi Industri
- Bermula sekitar tahun 1700-an, selepas Revolusi Perindustrian di Eropah.
- Revolusi Perindustrian ini telah mengubah cara bekerja di Eropah.
- Sebelumnya, buruh dan pekerja mahir menghasilkan produk dari mula sampai akhir di rumah.
- Selepas revolusi, mereka bekerja secara berkumpulan di kilang-kilang dengan menggunakan
mesin.
- Adam Smith (1776) memperkenalkan konsep pengkhususan dan pembahagian kerja.
- Proses pengeluaran dibahagikan kepada unit-unit kecil dan diagihkan kepada pekerja.
- Pengkhususan kerja melahirkan pekerja mahir dan kemajuan mesin di dalam menjalankan kerja-
kerja tertentu.

Pengurusan saintifik
- Kemudian Frederick W. Taylor memperkenalkan pengurusan secara saintifik.
- Falsafah pengurusan secara saintifik berdasarkan kepada pemerhatian dalam melakukan setiap
kerja.
- Standard atau piawaian telah ditetapkan untuk semua pekerja.
- Pemilihan pekerja berdasarkan kemahiran
- Pengkhususan kerja
- Hubungan antara ganjaran dengan prestasi kerja

Hubungan manusia
- Kajian Elton mayo dikenali sebagai kajian hawthorne
- Pengurus perlu beri tekanan kepada keperluan pekerja, kepuasan pekerja meningkat melalui
bekerja secara kumpulan

Globalisasi
- Dunia sebagai satu unit tanpa sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara.
- Penyebaran maklumat dengan pantas antara negara.
- Wujud cara pemikiran, gaya bertindak yang berbeza.

Revolusi ICT
- Penggunaan CAD dan CAM, JIT, TQM
- Proses pengeluaran lebih mudah, cepat, murah dan fleksibel

Aktiviti kumpulan
1. Bincangkan kesan ICT dan globalisasi kepada pengeluaran buku
2. Pada pendapat anda, adakah cadangan Frederick Taylor penting dalam pengurusan
pengeluaran?

Cabaran Pengeluaran

a) Globalisasi
- Persaingan yang hebat disebabkan globalisasi
- Kemajuan organisasi dipengaruhi amalan pengurusan pengeluaran
- Sesetengah organisasi hanya bertahan di pasaran domestik bukan luar negara
- Ketahanan dan kemandiran bergantung kepada kekukuhan dan kemantapan sumber kewangan
dan modal

b) Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai


- Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada keupayaannya untuk memenuhi citarasa
pengguna.
- Kitaran hayat produk dalam pasaran semakin pendek
- Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa langkah tertentu misalnya mengeluarkan pelbagai
jenis produk bagi memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai.

c) Menekankan peningkatan kualiti secara berterusan


- Jangkaan pengguna terhadap kualiti semakin meningkat
- Pengurus pengeluaran perlu memastikan kualiti barang dan perkhidmmatan sentiasa ditambah
baik
untuk memenuhi jangkaan pengguna.

d) Keflesibelan sistem pengeluaran


- Dipengaruhi oleh corak permintaan dalam pasaran
- Selain itu keupayaan sesebuah organisasi untuk menyesuaikan kaedah pengeluarannya
dengan
perubahan dari aspek reka bentuk, campuran produk dan tingkat teknologi.

e) Kepekaan terhadap isu alam sekitar


- Mengambil kira kebersihan dan keindahan alam sekitar supaya kualiti alam sekitar tidak
tercemar
kesan aktiviti pengeluaran yang dijalankan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-
undang.

f) Perubahan teknologi yang berterusan


- Penggunaan teknologi terkini mempercepat proses pengeluaran
- Pengeluar harus bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi yang drastic dan
mengatur strategi pengeluaran yang efisien
- Penggunaan komputer, jentera dan robot dalam aktiviti pengeluaran

g) Keanjalan buruh/modal
Memilih samada orentasikan buruh/modal yang mana lebih menjimatkan kos
Susun atur proses pengeluaran 1. Susun atur tetap (1m) Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di
mana semua input pengeluaranseperti bahan mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan, dibawa ke lokasi
tersebut. Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap. Susun atur seperti ini
lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri berikut: produk yang berat, besar, mudah
pecah, digunakan di lokasi berkenaan Contoh: Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya,
jambatan, empangan, kapal terbang. 2. Susun atur proses Penyusunan semua input pengeluaran seperti
mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan, disusun mengikut fungsi kerja. Penghasilan produk tidak
seragam/berbeza mengikut kuantiti keluaran. Pengeluaran dalam kumpulan kecil. Pelanggan yang berbeza
mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini. Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja
yang berbeza iaitu melibatkan perkongsian sumber/ Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank,
bengkel perkayuan, kek tempahan, perkhidmatan hospital. 3. Susun atur produk Semua input
pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan, disusun khusus mengikut urutan
penghasilan sesuatu produk. Penghasilan produk yang seragam. Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak
(pengeluaran massa). Lini/barisan pemasangan (assembly line) Contoh: Pengeluaran-pengeluaran
automobil, kasut, komputer, barangan elektrik, pemperosesan makanan, atau pakaian. 1. Susun atur
selular Susun atur selular adalah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan
hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit. Peralatan dan stesen kerja ini disusun dalam urutan
yang melalui sesuatu proses yang menyokong aliran/susunan bahan mentah dan komponen secara lancar,
tanpa berlaku kelewatan. Proses aliran yang menggabungkan operasi mesin dan secara manual yang
sangat efisien untuk menghasilkan bahan/produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi tetapi
mengurangkan kadar pembaziran. Menjimatkan ruang kerja, meningkatkan produktiviti, meningkatkan
kecekapan pekerja dan menjimatka masa.

BAB 2 PENGELUARAN
2.3 KAWALAN KUALITI
design by Dri Sirly for Prezi
Kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan
bagi memastikan produk tersebut
menepati piawai dan standard yang telah ditetapkan.
Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses
pengeluaran
Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kualiti produk
Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti
produk.
MAKSUD KAWALAN KUALITI
PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELESAIAN MASALAH BERPANDUKAN TEKNIK
PROSES PDCA
KEPENTINGAN KAWALAN KUALITI
Di lakukan sepanjang proses pengeluaran, iaitu aktiviti kawalan awalan
(kawalan input), kawalan semasa (kawalan proses transformasi) dan kawalan
selepas (kawalan output)
PROSES KAWALAN KUALITI
Satu proses kualiti berkesan yang menggunakan empat langkah, iaitu
rancang, buat, semak, dan tindakan untuk memastikan
outputnya sentiasa menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.
PROSES RANCANG - BUAT - SEMAK - TINDAKAN (PDCA)
1. Rancang (Plan) -
Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, penentuan
matlamat dan membangunkan perancangan untuk penambahbaikan.

2. Buat (Do) -
Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan
mengukur pencapaian

3. Semak (Check) -
Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan dan
mengenal pasti segala kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah
ditetapkan untuk tindakan seterusnya.

4. Tindakan (Act) -
Proses terakhir ialah proses mengambil segala tindakan penambahbaikan
atau pembetulan di
atas semua kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan. STANDARD PENGELUARAN
Maksud International Organisation for Standardisation (ISO) Standard bertulis yang menetap dan
menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi. Siri ISO 9000
terdiri daripada: 1. ISO 9000 garis panduan yang m'p'kenalkan standard2 yang lain dalam siri ISO
9000. juga memberikan definisi istilah dan konsep berkaitan dengan kualiti. 2. ISO 9001 model
kepastian kualiti reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan perkhidmatan. 3. ISO 9002
model kepastian kualiti untuk pengeluaran, instalasi dan perkhidmatan. 4. ISO 9003 model kepastian
kualiti untuk pemeriksaan akhir dan pengujian. 5. ISO 9004 garis panduan bagi melaksanakan elemen
sistem pengurusan kualiti. Prinsip prinsip ISO 9000 : 1. Standard kpada sistem kualiti 2.
Dokumentasi proses kerja yang kritikal 3. Pencegahan masalah 4. Tumpuan pada pelanggan 5.
Standard umum untuk semua jenis organisasi Siri baru ISO 9000 ISO 9000:2000 mempunyai 1 standard
dan 2 dokumen sokongan penting : 1. ISO 9000 dokumen sokongan yang menyediakan terminologi
dan definisi yang dierima pakai 2. ISO 9001 model pengurusan kualiti yang menyediakan keperluan-
keperluan minimum bg suatu sistem kualiti 3. ISO 9004 dokumen sokongan yang menyediakan garis
panduan organisasi bagi melebihi keperluan minimum menerusi proses penambahabaikan
berterusan. Cara-cara untuk mendapat ISO 9000 1. Membina komitmen pengurusan atasan. 2.
Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000. 3. Memberi latihan kemahiran
kepada pasukan pelaksana. 4. Melakukan analisis varians. 5. Menyediakan dokumen. 6. Melatih
pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumentasikan. 7. Melaksanakan ISO
9000. 8. Pengiktirafan dan pensijilan. PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH ( TOTAL QUALITY
MANAGEMENT TQM ) Definisi TQM Proses pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti
berorientasikan pelanggan, penambahabaikan secara berterusan, penglibatan semua org, setiap bahagian
dan proses dalam organisasi, serta penyelesaian masalah secara berpasukan. Objektif TQM
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem operasi Meningkatkan kepuasan dan kehendak
pelanggan Latar belakang TQM Bermula di Amerika Syarikat pada 1920-an Bertujuan uk
mengawal item2 cacat dalam proses pengeluaran di kilang 1924, W.A. Shewhart ( Bell Telephone
Laboratories ) menbina carta kawalan statistik pertama. Antara 1940-an dan awal 1980-an, dua
konsep dibangunkan iaitu Konsep Kepastian Kualiti ( Quality Assurance ) dan Konsep Kawalan Kualiti
Menyeluruh (Total Qualiti Control ). Akhir 1980-an, konsep TQM diperkenalkan di AS. Prinsip prinsip
TQM 1. Tumpuan pada produk, proses dan aspek manusia 2. satu proses berterusan 3.
Penglibatan seluruh organisasi 4. Tumpuan pada pelanggan 5. Pendekatan kerja berpasukan 6.
Pencegahan dan penambahbaikan berterusan Kebaikan TQM 1. dapat menikmati byk kebaikan 2.
dapat meningkatkan kecekapan operasi seluruh organisasi Keburukan TQM 1. kos yang tinggi 2.
kekurangan pekerja yang berkemahiran

KULIAH 1 Mata Pelajaran : PENGAJIAN PERNIAGAAN [PERNIAGAAN] Tajuk : 1. Perniagaan dan


Persekitarannya Sub Tajuk : 1.1 Pengenalan kepada perniagaan Hasil Pengajaran dan Pembelajaran Calon
seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud perniagaan; (b) membandingkan organisasi yg bermotifkan
untung dgn organisasi yg tidak bermotifkan untung; (c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada
sesebuah perniagaan; (d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi,
dan negara; KONSEP ORGANISASI PERIAGAAN: Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah
organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan
memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan. KONSEP ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN: Bukan
perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat
atau ahli mereka. ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN: 1. Barangan dan perkhidmatan Barangan
adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya. Perkhidmatan merupakan
aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan,
insurans, pelancongan dan sebagainya. Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk
memenuhi kehendak dan keperluan manusia. 2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat
tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya. Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak
terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya. Untuk mencapai
keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan
memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan. 3. Pertukaran nilai Pertukaran nilai merujuk kepada
perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan. Barangan dan
perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli. 4. Keuntungan perniagaan
Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan. Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan
barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang
terlibat. Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu
bersaing di pasaran. Perbezaan antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan Aspek Organisasi Perniagaan
Organisasi Bukan Perniagaan Tujuan dan Matlamat Kewangan Matlamat utama ialah keuntungan
maksimum untuk kepentingan organisasi Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan
ahli/sosial/kepentingan bersama Sumber Kewangan Sumber kewangan dari modal sendiri dan keuntungan
perniagaan Sumber kewangan dari yuran ahli dan sumbangan masyarakat/tajaan/ derma/ swasta Aktiviti
Aktiviti utama ialah pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan Aktiviti utama bercorak
kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dan lain lain Akta Penubuhan tertakluk kepada undang-
undang perniagaan (Akta syarikat 1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948) Penubuhan tertakluk
kepada Akta Pertubuhan 1966 Pendaftaran Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan
Pembangunan Koperasi. Pendaftar Pertubuhan Bentuk Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi.
Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan. KONSEP KEUNTUNGAN: Keuntungan adalah
bersamaan dengan Jumlah Hasil (TR) ditolak dengan Jumlah Kos (TC). Dalam bahagian teori permintaan,
telah diterangkan firma dapat menentukan TR melalui hasil dharab harga (P) dan kuantiti permintaan (Q).
Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan 1. Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan
pemilik perniagaan kerana sebab sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan. 2. Keuntungan sebagai
sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniaagan, penerusan perniagaan atau survival
dalam perniagaan. 3. Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah
syarikat. 4. Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di
mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat. 5. Keuntungan sebagai
dorongan dan keyakinan kepada pelabur untuk mula dan terus melabur ke dalam syarikat. 6.
Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat segala pemberian bonus daripada
keuntungan akan dapat meningkatkan semangat pekerja. Peranan Perniagaan Kepada Pengguna SIAPA
ITU PENGGUNA? Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam
semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing" Antara peranan perniagaan kepada
pengguna ialah: 1. Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna. 2. Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan
perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki
oleh pengguna dan tepat pada masa yang diperlukan. 3. Perniagaan perlu menyediakan barangan yang
berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna. 4. Perniagaan perlu memastikan
barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan
pengguna. 5. Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan
perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna. 6. Perniagaan
perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang
bijak. Peranan Perniagaan Kepada Masyarakat SIAPA ITU MASYARAKAT? Kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan
kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Antara tanggungjawab dan peranan organisasi
perniagaan kepada masyarakat ialah: 1. Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada
masyarakat. 2. Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan
masyarakat melalui menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan. 3.
Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan kemudahan awam
dan lain-lain infrastruktur. 4. Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti
pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan 5. Perniagaan
berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan 6. Perniagaan berperanan
meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan yang stabil agar masyarakat dapat
menikmati kehidupan yang selesa. Peranan Perniagaan Kepada Ekonomi APA ITU EKONOMI? Ekonomi
adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat
pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti bahan mentah, modal insan,
modal dan keusahawanan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Antara peranan dan sumbangan
sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara ialah: 1. Perniagaan berperanan untuk
meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan. 2. Kewujudan perniagaan
mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. 3.
Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang
cukup. 4. Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri sampingan
5. Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan
menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat. 6. Perniagaan menstabilkan ekonomi negara
melalui melalui penghasilan barangan yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan terhadap
barangan dalam negara. Peranan Perniagaan Kepada Negara APA ITU NEGARA? Istilah "negara" atau
state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, dan kerajaan. Antara peranan perniagaan
kepada negara ialah: 1. Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara. 2.
Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan. 3. Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran
dan eksport. 4. Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai. 5.
Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara. 6. Perniagaan membantu negara
menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan sebagainya. 7. Perniagaan menyediakan perkhidmatan
sokongan dan pembangunan modal insan.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAB 1 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA


KONSEP ASAS SESUATU PERNIAGAAN

Barang dan perkhidmatan. Barang ialah produk fizikal yang boleh dilihat
seperti pakaian dan makanan. Perkhidmatan ialah produk bukan fizikal yang
dapat memberi kepuasan dan nilai faedah kepada pengguna seperti
perbankan dan perhotelan.

Pertukaran nilai. Nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk wang yang diterima
antara penjual dengan pembeli.

Keuntungan perniagaan. Manfaat bagi setiap aktiviti perniagaan dan


merupakan ganjaran kepada peniaga kerana sanggup menanggung risiko
dalam perniagaan.

Kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna. Pengguna akan membeli


barang jika barangan tersebut memberi kepuasan maksimum atau nilai
faedah kepadanya.

Penjual dan pembeli. Penjual merupakan individu yang menawarkan produk.


Pembeli ialah individu yang menggunakan produk yang dikeluarkan.

FAKTOR PENGELUARAN

Bahan mentah. Input yang digunakan dalam proses transformasi untuk


menghasilkan output. Contohnya, kayu balak untuk membuat perabot.

Modal insan. Individu yang menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran


dalam aktiviti perniagaan.

Modal. Sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan


kekayaan dalam aktiviti perniagaan. Contoh, wang dan aset.

Teknologi. Kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan


semasa.

Keusahawanan. Individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan


jauh dalam perniagaan.

PROSES PERNIAGAAN

INPUT. Faktor-faktor pengeluaran yang akan digunakan oleh kilang untuk


mengeluarkan barangan.

PROSES TRANSFORMASI. Proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi


dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output.

OUTPUT. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

PERSEKITARAN PERNIGAAN

PERSEKITARAN UMUM

Persekitaran ekonomi. perubahan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli


dan corak perbelanjaan pengguna.

Persekitaran persaingan dan jaringan. Jika ada persaingan, peniaga dapat


melakukan inovasi terhadap barang dan perkhidmatan mereka. jika ada
jaringan perniagaan, pakatan strategik boleh dibuat antara perniagaan
dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk atau
memasarkannya di pasaran.

Persekitaran sosiobudaya. berkaitan dengan kepercayaan, agama, adat


resam, cita rasa, dan gaya hidup masyarakat yang pelbagai kaum.

Persekitaran politik dan perundangan. Kerajaan mempengaruhi aktiviti


perniagaan melalui penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan
perniagaan beroperasi dengan adil serta menjaga kepentingan pengguna.

Persekitaran teknologi. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan


kemampuan bersaing sesebuah perniagaan.
Persekitaran prasarana. Merujuk kepada kemudahan infrastruktur yang sedia
ada bagi memudahkan perasi perniagaan.

Persekitaran antarabangsa. Perniagaan antarabangsa meliputi eksport,


import, sdan juga pelaburan langsung di negara lain.

PERSEKITARAN TUGAS/PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

Pelanggan. Merupakan individu yang membeli barang dan perkhidmatan


yang dikeluarkan oleh firma.

Pembekal. Merupakan pihak yang membekalkan sumber input atau bahan


mentah kepada perniagaan.

Pembiaya. Pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan. Contoh, bank.

Kerajaan. Pihak yang menggubal dasar-dasar dan menguatkuasakan undang-


undang agar perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.

Pekerja. Sumber manusia dalam sesebuah perniagaan yang menggerakkan


aktiviti perniagaan agar berjalan dengan lancar.

Pesaing. Merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan
dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan.

Masyarakat. Merupakan pemerhati terhadap barang dan perkhidmatan


syarikat. Contoh, sebagai pengguna, masyarakat membeli barangan dan
perkhidmatan.

PERNIAGAAN PERKONGSIAN

KEBAIKAN

Modal yang lebih bayak mudah dikumpulkan melalui sumbangan daripada


ahli-ahli perkongsian.
Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat dengan akta syarikat 1965.

Kemahiran dan kepakaran yang berlainan dapat dikumpulkan dan


digabungkan antara rakan kongsi.
Rakan kongsi boleh menjalankan pengkhususan kerja.

Tidak perlu membayar cukai syarikat. Hanya cukai pendapatan perseorang


sahaja yang dikenakan atas setiap rakan kongsi.
Risiko dan kerugian ditanggung bersama oleh semua rakan kongsi.

KEBURUKAN

Menanggung liabiliti tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.

Perniagaan adalah tidak kekal dimana ia terpaksa dibubarkan jika ada ahli
yang hilang kelayakan.

Kemungkinan timbulnya konflik dan ketidaksefahaman yang membawa


kepada tindakan undang-undang terhadap perkongsian.

Jumlah modal yang dikumpulkan adalah terhad berbanding dengan syarikat


berhad.
Tiada persaiang antara pengurusan dengan pemilik.

BENTUK AKTIVITI PERNIAGAAN(PENGELUARAN&PERHIDMATAN)

PENGELUARAN(aktiviti menhasilkan barang untuk dijual)

Ekstraktif. Mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut


bumi tanpa mengubah bentuk asalnya. Contohnya, pembalakan,
perlombongan, dan perladangan.

Barang konsumer. Barang yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan
sendiri atau keluarganya. Contoh, beras dibeli untuk dimakan.

Barangan industri. Bahan mentah diproses atau tambah nilai menjadi produk
separuh siap atau produk siap. Contoh, padi diproses menjadi beras.

Barang pembuatan. Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk


menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Contoh, getah
digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.

Pemasangan. Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan


barang siap. Contohnya, pemasangan komponen kereta dan komputer.

PERKHIDMATAN(aktiviti melibatkan penawaran barang tidak nampak)

Perkhidmatan pengeluar. Contoh, perkhidmatan pengankutan, perundangan,


perhubungan, insurans, kewangan, dan hartanah.

Perkhidmatan awam. Contoh, perkhidmatan pendidikan, kesihatan, dan


pertahanan.
Perkhidmatan lain. Contoh, perkhidmatan borong, perubatan, peruncitan,
pelancongan dan restoran.

LANGKAH PENUBUHAN KOPERASI

Permohonan dibuat kepada pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Setelah mendapat kelulusan, satu jawatankuasa penaja (terdiri daripada 10


org) dibentuk.

Mesyuarat agung permulaan diadakan untuk memdapatkan ketetapan dari


bakal ahli untuk menubuhkan koperasi serta menerima undang-undang kecil
dan memilih anggota lembaga koperasi.

Dokumen pendaftaran perlu dihantar dalam satu minggu selepas mesyuarat


agung penubuhan.

Satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi


Malaysia sebagai bukti yang sah. Kopersi hanya boleh beroperasi setelah
menerima sijil itu.

CABARAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN

Globalisasi. Persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan penyampaian


produk yang dikeluarkan.
Peningkatan kemajuan teknologi. Merlukan kepakaran dalam IT untuk
mengurus perniagaan. Modal tinggi.

Kewujudan blok-blok perdagangan. Ketepuan pasaran dan persaingan yang


sengit.
Kekurangan sumber. Inovasi dan kreativiti yang tinggi diperlukn untuk
meningkatkan produktiviti.

Perubahan struktur demografi. Kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran


memerlukan kemudahan dan suasana kerja yang berbeza dari suasana biasa.

KEBURUKAN SYARIKAT BERHAD

Penubuhannya lebih rumit kerana tertakluk kepada syarat-syarat ketat dalam


akta syarikat.

Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik


syarikat.
Laporan kewangan syarikat perlu ditunjukkan kepada pemegang saham dan
diaudit. Oleh itu, tiada kerahsiaan.

Cukai syarikat yang tinggi dikenakan.

PERBEZAAN ANTARA TAHAP PRIMER DAN SEKUNDER

Tahap primer. Aktiviti pengeluaran ekstraktif, iaitu aktiviti mengeluarkan


bahan mentah dari sumber semula jadi di daratan dan lautan. Contoh, aktiviti
perlombongan.

Tahap sekunder. Aktiviti memproses bahan mentah yang diasilkan dari tahap
primer kepada barang siap dan separuh siap. Contoh, memproses balak
menjadi perabot.

KEBAIKAN PERDAGANGAN DOMESTIK

Mewujudkan peluang pekerjaan agar kadar pengangguran dapat


dikurangkan.

Menjimatkan tukatan asing kerana wang kita tidak mengalir ke luar negara.

Menggunakan input dalam negara secara optimum dan mengelakkan


pembaziran.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAB 2 PENGELUARAN
PROSES PENGELUARAN

Input. Merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk


menghasilkan keluaran.

Proses tranformasi. Merujuk kepada proses menukarkan input kepada output.

Output. Merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada proses pengeluaran.

Sistem pengeluaran. Terdiri daripadapelbagai bahagian yang saling berkaitan


dalam menjlankan operasi sesebuah organisasi.
Subsistem pengeluaran. Sistem yang lebih kecil atau khusus dalam sistem
yang besar atau luas.

REKA BENTUK PENGELUARAN

Simplification. Berkaitan dengan usaha untuk memudahkan proses


pengeluaran denggan menggabungkan pelbagai langkah yang terlibat dalam
proses pengeluaran.

Standardizition. Merupakan satu proses untuk membentuk standard bagi


kuantiti, kualiti, dan prestasi sesebuak syarikat.

Modular. Teknik yang melibatkan gabungan komponen dalam pelbagai cara


untuk menghasilkan produk yang unik. Bahagian produk atau komponen
boleeh ditukarganti dengan mudah.

JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran mengikut tempahan. Penghasilan produk spesifik yang mengikut


tempahan pengguna dalam kuantiti yang kecil. Contoh, pembinaan jambatan.

Pengeluaran secara massa. Menghasilan seumlah produk yang standard dan


mempunyai permintaan yang stabil secara besar-besaran mengikut kehendak
pasaran. Contoh, makanan.

Pengeluaran secara berkelompok. Dalam bntuk kelompok tertentu, iaitu, satu


kelompok produk akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti oleh kelompok
produk yang lain. Contoh, percetakan buku.

MAKSUD MEREKAYASA

Proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur
organisasi secara radikal bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta
mencapai kemajuan yang lebih besar.

KEBAIKAN MEREKAYASA

Dapat menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti.

Dapat mengurangkan kos perniagaan.

PRINSIP ISO 9000


Merupakan satu standard bagi sistem kualiti dan bukan bagi produk atau
perkhidmatan yang telah dihasilkan.

Mestilah berasaskan kepada sistem dokumentasi iaitu dengan cara


merekodkan semula perkara yang dibuat dan mengesahkan semua perkara
yang dibuat mematuhi dokumen tersebut.

Mementingkan pencegahan masalah bukannya penyelesaian masalah yang


telah berlaku.

JENIS SUSUN ATUR KILANG

Susun atur tetap. Kedudukan produk adalah tetap. Input dan proses
pengeluaran akan kekal di satu lokasi sehingga produk tersebut siap. Sesuai
untuk produk besar dan berat. Contoh, pembinaan jambatan.

Susun atur produk. Semua input akan disusun khusus mengikut urutan
penhasilan sesuatu produk. Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran
dan penghasilan produk seragam. Contoh, pengeluaran kasut.

Susun atur proses. Semua input disusun mengikut fungsi kerja. Sesuai bagi
pengeluaran produk yang tidak seragam, dalam kumpulan kecil. Ini dapat
menjimatkan kos.

MAKSUD KAIZEN

Penambahbaikan yang berterusan dan melibatkan keseluruhan organisasi


termasuk produk, operasi, dan aspek tenaga manusia.

KEPENTINGAN KAIZEN

Mengurangkan kos pengendalian mesin, meningkatkan output.

Mencari penyelesaian kepada masalah secara berterusan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI KILANG

Penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkualiti. Jika sesebuah firma
berintensifkan buruh, firma tersebut akan beroperasi di kawasan dimana
kadar upah adalah rendah.

Kos pengankutan. Firma yang menjalankan kegiatan ekonomi eksport sesuai


dibuat berdekatan pelabuhan. hal ini untuk mengurangkan kos pengankutan.
Bahan mentah. Bahan mentah yang murah tapi berkualiti penting. Industri
yang banyak menggunakan bahan mentah sesuai ditempatkan berdekatan
dengan pembekal sepaya dapat mengurangkan kos pengeuaran.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN PDCA (dr.walter A. shewhart-shewhart


cycle/the daming wheel)

Plan(rancang). Memahami latar belakang masalah dan kedudukan masalah,


mengkaji kesan dan akibat masalah. Menganalisis masalah. Mencadangkan
penyelesaian.

Do(laksana). Setelah mendapat kelulusan dan peruntukan, laksanakan


cadangan seperti yang dirangcang.

Check(periksa). Mengukut kejayaan dan membandingkan kedudukan masalah


sebelum dan selepas pelaksanaan cadangan selesai.

Action(tindakan).Mengamil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu


dilaksanakan dengan berkesan dan memberi hasi yang memuaskan.

KAEDAH PEMERIKSAAN OUTPUT

Pemeriksaan menyeluruh. Untuk mengesan item yang rosak dan cacat


dengan segera. Melibatkan pengambilan setiap sampel output untuk dikaji
dan diperiksa satu demi satu. Hanya sesuai untuk pengeluaran kuantiti yang
kecil shaja kerana pemeriksaan setiap sampel mengambl masa yang lama
dan kos pemeriksaan yang tinggi.

Pelan persampelan. Pemeriksaan satu sampel kecil yang akan digunakan


untuk membuat kesimpulan umum tentang lot item yang dikeluarkan.
Sampel akan dipilih secara rawak. had terima kualiti ditentukan.jika bilangan
unit rosak melebihi had terima maka keseluruhan lot item akan ditolak.

You might also like