You are on page 1of 1

LAPORAN HARIAN

Tarikh: 7 Mac 2017 (Selasa) Masa: 2.00 pm 4.00 pm

Tajuk Aktiviti: Membina Pasukan

Fasilitator: Cik Joyce Ong Choon Kim

Selepas makan tengahari, kami semua telah telah melibatkan diri dalam
aktiviti mebina pasukan. Slot ini telah kendalikan oleh En. Nazri dan juga En.Faizul
semasa aktiviti ini kami telah menyanyi lagu Pandu Puteri dengan lagu Pengakap
dalam pasukan masing-masing. Setelah itu, kami telah diminta untuk berkumpul
mengikut negeri masing-masing. Setiap pasukan yang yang telah berdiri mengikut
negeri harus menyanyi lagu negeri mereka. Akhirnya, kami semua secara beramai-
ramai telah menyanyi lagu Pulau Pinang.

Seterusnya, kami diminta untuk berkumpul tarikh lahir dan kami telah dapat
tahu hari jadi kawan-kawan kami. Akhir sekali, kami diminta untuk berdiri dari berat
badan yang tinggi ke rendah lalu mengira dari nombor 1 hingga 5 secara mengulang.
Kami telah diagihkan secara kumpulan mengikut nombor yang sama. Setelah itu,
fasilitator telah menjalankan aktiviti kumpulan bagi mengeratkan lagi hubungan
antara ahli kumpulan. Kami telah bermain permainan bersambung cerita dan
permainan menembak.

Akhirnya, melalui aktiviti-aktiviti ini kami dapat meningkatkan semangat


pasukan serta dapat mengenal rakan sekumpulan dengan lebih mendalam. Kami
juga telah belajar untuk bekerjasama antara ahli kumpulan supaya menunjukkan
semangat kerjasama yang baik. Aktiviti ini telah menjadi suatu teladan dan
pengelaman baru kepada kami.

Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Amb Jun 2014 (7 10 Mac 2017)

You might also like