You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT SUKAN BIL.

1 2017

Hari : Rabu

Tarikh : 8 Februari 2017

Masa : 1.30 petang

Tempat : Makmal Komputer, SKLH

Pengerusi : En. Mohd Lizam bin Tubi

KEHADIRAN

Hadir

1) En. Jasmee bin Sampol ~ Pen. Kanan Kurikulum


2) Pn. Rahimunrizah binti A.Rahman ~ Pen. Kanan HEM
3) En. Mohd Lizam bin Tubi ~ Pen. Kanan Kokurikulum
4) Pn. Aini Sabariah binti Yaacob ~ Guru Penolong
5) Pn. Nor Ain binti Ismail ~ Guru Penolong
6) En. Tan Chin Aik ~ Guru Penolong
7) Pn. Shahirah binti Kholib ~ Guru Penolong
8) Pn. Ummuhani binti Johar ~ Guru Penolong
9) En. Rozaidi bin Shaari ~ Guru Penolong
10) Pn. Fatimah binti Che Nan ~ Pembantu Tadbir
11) Pn. Nurul Huda binti Che Ahmad ~ PPPM
12) En. Mohamad bin Muda ~ Pembantu Am Pejabat

Tidak Hadir

1) Pn. Hamiza binti Hashim ~ ke PPD


2) Pn. Zuliza binti Zakaria ~ Cuti Bersalin
3) Pn. Siti Diyana binti Mustapa Kamal ~ Cuti Bersalin
4) En. Mohd Afrizal bin Zakaria ~ Taklimat
5) En. Ramli bin Mohd Said ~ -

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. En. Mohd Lizam selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir.

II UCAPAN PK 1

2. En. Jasmee memaklumkan tujuan mesyuarat pada hari ini ialah bagi
membincangkan tentang Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah yang akan diadakan

1
pada 19 Februari 2017. Beliau berharap semua guru dapat memberikan Kerjasama
dalam melaksanakan aktiviti sekolah ini.

Makluman : semua guru

III JAWATANKUASA KOTS KALI KE-37

3. En. Mohd Lizam memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja KOTS kali ke-37 pada
tahun ini adalah seperti di dalam lampiran yang telah diberikan kepada semua guru.

Makluman : semua guru

4. Mesyuarat bersepakat bahawa nilai jamuan kepada Jemputan, guru dan pekerja
sekolah adalah sebanyak RM 5 untuk setiap seorang.

Tindakan : J/kuasa Jamuan

5. En. Mohd Lizam meminta Setiausaha Sukan agar membuat surat bagi memohon
PA System untuk di guna pakai pada hari tersebut.

Tindakan : Setiausaha

6. En. Mohd Lizam juga meminta semua guru dan pekerja lelaki agar dapat hadir pada
hari sabtu, 18 Februari 2017, bagi sama-sama membantu memasang khemah.

Tindakan : Semua Guru & Pekerja Lelaki

IV TENTATIF KOTS KALI KE-37

7. En. Mohd Lizam memaklumkan bahawa Tentatif KOTS kali ke-37 pada tahun ini
adalah seperti di dalam lampiran.

Makluman : semua guru

8. Beliau juga memaklumkan bahawa acara lari berganti-ganti yang diadakan pada
tahun lepas telah digantikan dengan acara sukaneka kerana faktor kekurangan
murid.

Makluman : semua guru

9. En. Mohd Lizam memaklumkan bahawa pada tahun ini, terdapat persembahan
pembukaan yang akan di persembahan oleh murid-murid pra sekolah.

Makluman : semua guru

10. En. Mohd Lizam juga memaklumkan antara aktiviti yang akan diadakan sebelum
berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah adalah seperti berikut :

2
Bil Tarikh Hari Aktiviti
1. 13 Feb 2017 Isnin Latihan Rumah Sukan / Sukaneka
2. 14 Feb 2017 Selasa Sukantara
3. 15 Feb 2017 Rabu Acara Padang Akhir dan Raptai
4. 16 Feb 2017 Khamis Raptai Penuh KOTS

Tindakan : semua guru

VI HAL-HAL LAIN

11. En. Mohd Lizam meminta guru memaklumkan kepada murid agar memakai kasut
sukan / kasut sekolah semasa acara penyampaian hadiah.

Tindakan : semua guru

12. En. Jasmee memaklumkan bahawa pada hari Ahad 19 Februari 2017, murid-murid
dibenarkan pulang ke rumah pada jam 11 pagi dan hadir ke sekolah semula pada
jam 2.15 petang.

Makluman : semua guru

13. Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa pemakaian T-shirt pada hari KOTS oleh
guru-guru dan pekerja adalah bebas.

VII UCAPAN PENANGGUHAN

14 Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi pada jam
2.35 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................... ......................

(SHAHIRAH BINTI KHOLIB ) (HAMIZA BINTI HASHIM)

Naib Setiausaha Sukan SKLH 2017. Guru Besar SK Ladang Harvard.

You might also like