You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA


MENJUAU

KALI KE-1, 2017

TARIKH : 4 Januari 2017 (Selasa)

MASA : 1.20 Petang

TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN :

1. Encik Sullang anak Mujing


2. Encik Jesse anak Nicholas Nyanggai
3. Encik Usin anak Kanyong
4. Encik Sabang anak Ujek
5. Encik Abang Muhammad Fathur Rahman
6. Puan Noor Amirah
7. Puan Joanne Damie
8. Encik Shaipol Adli
9. Puan Rozziana bt Ismail
10. Encik Muhd Farid
11. Encik Muhd Ariff
12. Encik Saiful Afiq
13. Cik Munyati binti Samsudin

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan pengerusi, Encik Abang Muhammad Fathur Rahman berterima


kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri
Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Nanga Menjuau, Kali Ke-1 2017.
Tindakan:
makluman.

2. UCAPAN WAKIL PENTADBIR-EN SULLANG ANAK MUJING

2.1 Encik Sullang anak Mujing mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam
menjayakan segala program yang dirancang sepanjang tahun 2016.
2.2 Encik Sullang anak Mujing menyatakan harapan beliau agar
jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Nanga Menjuau dapat
bekerjasama dalam menjayakan segala program yang dirancang bagi
meningkatkan kemajuan sekolah di tahap yang lebih cemerlang.

Tindakan: makluman.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

4. AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SESI 2017

4.1 Encik Jesse anak Nicholas Nyanggai menyatakan bahawa Program Aku Janji Murid
Tahun 6 akan dilaksanakan pada bulan Januari, 2017.
Tindakan: Semua guru
4.2 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman menyatakan bahawa bahan-bahan dan
peralatan untuk UBK akan diletakkan di kawasan meja Encik Abang Muhammad
Fathur Rahman memandangkan di sekolah ini tiada lagi ruang yang diperuntukkan
untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tindakan: Makluman

4.2 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman mencadangkan Ceramah Kemahiran


Belajar dijalankan pada bulan Mei dan Oktober 2017 untuk murid Tahun 5 dan
Tahun 6. Beliau menyatakan bahawa program ini dijalankan bagi memberi
pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara atau teknik belajar yang
berkesan.

Tindakan: Makluman

4.3 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman mencadangkan Unit Bimbingan dan
Kaunseling dan Badan Pengawas SK Nanga Menjuau bergabung tenaga untuk
melaksanakan Kursus Kepimpinan.

Tindakan: Makluman

4.4 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman menyatakan bahawa program


pencegahan dadah akan dilaksanakan pada bulan Mei. Satu minggu akan dipilih
sebagai minggu anti dadah.

Tindakan: Makluman

4.5 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman mencadangkan supaya satu program
baru iaitu Program Tidak Berlari dilaksanakan sepanjang tahun bagi mendisiplinkan
murid-murid agar tidak berlari ketika berada di sekolah.

Tindakan: Makluman

4.7 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman menyatakan bahawa Bulan Kerjaya SK
Nanga Menjuau akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR 2017. Beliau
menyatakan tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi maklumat
tentang bidang kerjaya kepada murid-murid.

Tindakan: Makluman

4.6 Encik Abang Muhammad Fathur Rahman menyatakan bahawa Program Izin Ilmu
akan dijalankan pada bulan Ogos 2017. Beliau menyatakan bahawa semua guru
diminta untuk melibatkan diri khususnya guru-guru Tahun 6. Setiap guru atau wakil
guru diminta untuk memberikan ucapan semasa program tersebut berlangsung.

Tindakan: Makluman

4.7 Puan Noor Amirah binti Mohammad Khairan mencadangkan supaya Program
menghias kelas dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR dijalankan. Guru-guru
diminta untuk memikirkan ruang dan kawasan yang sesuai untuk dihias.

Tindakan: Makluman

4.8 Puan Noor Amirah binti Mohammad Khairan mencadangkan agar program
sukaneka dilaksanakan bagi mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 selepas
peperiksaan UPSR dilaksanakan.
Tindakan: Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Encik Johari meminta bumbung tahun 3 dibaiki secepat mungkin bagi
mengelakkan kejadian tidak diingini memandangkan bumbung tersebut sudah
bocor dan menyebabkan lantai pada kelas tersebut reput.

6. PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Guru Bimbingan SK Nanga Menjuau. Beliau


mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat
menjayakan mesyuarat pada kali ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2,00 petang.

Disediakan oleh,
.
(ABANG MUHAMMAD FATHUR RAHMAN BIN ABANG MADEHI)

Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Nanga Menjuau

Disahkan oleh,

(USIN ANAK KANYONG)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Nanga Menjuau

You might also like