You are on page 1of 9

ANALISIS CERPEN GEMA SEPI GADIS GENIUS

Sinopsis

Fikiran Basirah kian kusut. Dia berdepan dengan masalah ''busut'' dalam sistem
komputer di Makmal Perdana, tempat dia sedang menjalani latihan praktikalnya. Dalam
kekusutan fikirannya itu, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani. Basirah mengalami
masalah egoisme sebagai seorang kanak-kanak genius. Basirah berasa tidak senang
apabila Hanani mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu. Basirah
menganggap Hanani tidak memahami dirinya. Basirah tidak pasti sama ada sikapnya itu
memperlihatkan keangkuhannya. Namun pada waktu yang sama,dia teringin menjadi
seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan bergembira dengan pelbagai rutin
harian.

Namu demikian, Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani kerana gadis genius
mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang dewasa. Tambahan pula, dia sering menjadi
perhatian. Bagaimanapun, kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa terluang dengan
mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan persahabatan. Namun, usahanya
itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak.
Basirah tiba-tiba terkenang akan hari pertama dia menjalani latihan praktikalnya semasa
berusia 13 tahun. Namun sepantas itu juga perhatiannya kembali kepada masalah ''busut''
yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi. Memang terdapat paparan data yang
mencurigakan dan terlalu rumit untuk ditafsirkan. Namun,Basirah optimis. Dia tidak mudah
mengaku kalah. Dia berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu.

Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan ''busut'' yang lain itu. ''Busut'' yang bermula
daripada sebesar butir padi, kemudian melanda saluran-saluran darah di payudara ibunya.
Akhirnya ibunya tewas dan kembali ke rahmatullah. Lamunan Basirah terhenti apabila
beberapa orang remaja linkungan 12-15 tahun hadir di makmalnya. Salah seorang daripada
remaja itu ialah kakaknya, Hanani yang datang untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14.
Mereka turut membawa sebiji kek.

Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada Basirah. Ada antara
mereka yang mempunyai saudara, kawan,atau peminat ''surat elektronik'' di luar negara.
Basirah berasa sangat terharu. Alat osiloskop dipasang dan panggilan kepada ''kawan
elektronik'' dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima. Basirah turut
kagum akan cadangan Hanani. Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam
semua subjek. Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar
dalam internet.
Tema

Tema yang ingin ditonjolkan penulis dalam cerpen Gema Sepi Gadis Genius ini
ialah sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan. Basirah
menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak banyak mempunyai kawan lantaran dia
merupakan gadis genius.

Watak

Watak utama dalam cerpen Gema Sepi Gadis Genius ini ialah Basirah. Manakala, watak
sampingan terdiri daripada Hanani,timbalan pengurus dan pensyarah Basirah. Watak utama
dalam cerpen ini ialah Basirah.

Perwatakan

Basirah

Basirah merupakan gadis genius yang berusia 14 tahun. Dia merupakan siswi tahun akhir
dalam jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi di Semenanjung
Malaysia. Basirah menjalani latihan amali di Makmal Perdana dan telah dilantik sebagai
timbalan pengurus di makmal komputer tersebut. Selain itu, Basirah juga mempunyai
perwatakan optimis dan gigih semasa melaksanakan sesuatu kerja. Basirah tidak banyak
mempunyai rakan sebaya kerana pemikirannya tidak seperti rakan-rakannya. Hal ini
menyebabkan Basirah menjadi seorang gadis yang suka menyendiri. Di samping itu, dia
juga mampu bekerja di bawah tekanan dan mudah untuk menerima pendapat orang lain.

Hanani

Watak sampingan di dalam cerpen ini ialah Hanani. Hanani merupakan kakak kepada
Basirah dan berusia 16 tahun. Dia merupakan seorang kanak-kanak biasa daripada segi
kecerdasan otak. Selain itu, Hanani juga sangat mengambil berat tentang adiknya Basirah.
Hanani mempunyai perwatakan periang dan dia juga mempunyai banyak mempunyai rakan
sebaya.Malahan juga, Hanani juga mempunyai perwatakan lincah dan kreatif.

Plot

Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun


daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut,
Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani
di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang
sentiasa sibuk.

Perkembangan

Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal


sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah
busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-
temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan
sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah
membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan


dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman
sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk
menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini
berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat
ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan
Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

Peleraian

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh.


Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan
selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Latar

Latar Masa

Latar Masa Contoh


Siang Basirah menjalani latihan amali di makmal
sistem komputer di Makmal Perdana.
Malam Hanani berbual-bual dengan Basirah di
rumah pada waktu malam.
Hari minggu Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya
yang banyak di makmal sistem komputer,
Makmal Perdana.

Latar Tempat

Latar Tempat Contoh


Makmal sistem komputer di Makmal Tempat Basirah menjalani latihan amali
Perdana tahun akhir jurusan Sains Komputer.

Pusat bandar Kota Kinabalu Tempat letaknya Makmal Perdana

Sekolah kanak-kanak pintar Tempat Basirah belajar semasa zaman


kanak-kanak.

Institusi pengajian tinggi di Semenanjung Tempat Basirah belajar sebagai siswi


jurusan Sains Komputer.

Latar Masyarakat

Latar Masyarakat Contoh


Masyarakat yang celik komputer Basirah, pekerja di makmal sistem komputer,
Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani
mahir menggunakan komputer.
Masyarakat terpelajar Basirah merupakan siswi tahun akhir jurusan
Sains Komputer di sebuah institusi pengajian
tinggi.

Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti
rekreasi rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung

Gaya Bahasa

1. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram , mata fikir

2. Diksi

Bahasa Inggeris - hyperintelligent , the exterminator

Bahasa IT - Sotware , user , hacker

Istilah Sains - Osiloskop

3. Hiperbola

Contoh: Menggunung secara halimunan juga

4. Sinkope

Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)

5. Simplok

Contoh: Dipuji macam bidadari

Contoh: Draikan macam puteri

6. Perlambangan

Contoh: Busut

Nilai

Antara nilai yang boleh dianalisis melalui cerpen Gema Sepi Gadis Genius ialah nilai kasih
sayang. Hal ini boleh dilihat apabila kakaknya Hanani menatang sebuah kek yang comel ke
dalam makmal untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14. Seterusnya ialah, nilai
berusaha. Buktinya boleh dilihat apabila Basirah telah berusaha menyekat penceroboh
komputer sehingga telah berjaya. Akhir sekai nilai bertanggungjawab yang dinilai apabila
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

Pengajaran

Pengajaran yang boleh dianalisis dalam cerpen ini ialah kita hendaklah mempunyai
perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang
tidak sama. Hal ini boleh dilihat melalui watak Hanani yang sangat mengambil berat tentang
adiknya Basirah walaupun menyedari tahap kepintaran Basirah jauh meninggalkannya. Kita
hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Perkara ini boleh
dilihat melalui watak Basirah yang bekerja keras di Makmal Perdana.
ANALISIS PUISI SELOKA EMAK SI RANDANG

Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang tidak mempunyai struktur yang khas
seperti pantun atau syair. Mengikut Zaaba, seloka ialah karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah
tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak
mempunyai skima rima yang tetap. Oleh itu boleh dikatakan seloka lebih mirip kepada ciri free
verse iaitu bentuk puisi moden yang dikenali sebagai sajak pada masa ini.

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,

Dagang lalu ditanakkan

Tiada kayu rumah diruntuhkan,

Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan,

Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutang,

Beras habis padi tak jadi.

MAKSUD

Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup
berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak
berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang
dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras
sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

TEMA

Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri

PERSOALAN

1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan

2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .

3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.


BENTUK

1. Terdiri daripada satu rangkap.

2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4

Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)

4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.

Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)

5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac

6. Seloka ini berbentuk bebas.

GAYA BAHASA

1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali

2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali

3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)

4. Anafora-

Anak pulang kelaparan

Anak di pangku diletakkan

5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui

6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan

NILAI

1. Nilai kebijaksanaan.
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Nilai bertanggungjawab.

Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.

3. Nilai berbudi

Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

PENGAJARAN

1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.

2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.

3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya


pembaziran.

You might also like