You are on page 1of 2

SRITI SMITI

www.sriti-smiti.com

Rujukan Kami : EDUX / 01 / UHL / 013(17)


Tarikh : 1 Rejab 1438 / 29 Mac 2017

Pengarah
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Menara MPKJ,
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tuan,
MEMOHON PENGGUNAAN STADIUM UNTUK TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa SRITI/SMITI akan mengadakan Temasya Sukan
Tahunan 2017 sebagaimana butiran berikut: -

2.1Tarikh : 6 Mei 2017 (9 Syaban 1438), Sabtu

2.2Masa : 8:30 pagi ke 12:30 tengah hari

2.3Tempat : Kompleks Sukan MPKJ Syeksyen 15, Bandar Baru Bangi.

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon kebenaran daripada pihak
tuan untuk menggunakan Kompleks Sukan MPKJ beserta kemudahan yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

SRITI/SMITI Melahirkan Generasi Al-Quran

Yang menjalankan amanah,

.
.
AHMAD MOKHTAZA BIN
MOKHTARUDDIN
PENGURUS BESAR 1, SRITI/SMITI

SEKOLAH INTEGRASI TAHFIZ ILMUWAN


B-09-G, Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul
Ehsan
No. Tel.: 03-89121358
SRITI SMITI
www.sriti-smiti.com

SEKOLAH INTEGRASI TAHFIZ ILMUWAN


B-09-G, Paragon Point, Pusat Bandar Baru Bangi, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul
Ehsan
No. Tel.: 03-89121358

You might also like