You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

KALI PERTAMA, 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN BARI

TARIKH : 18.01.2017

MASA : 1.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BARI

KEHADIRAN :

1. En. Mohd Zaki bin Abdul Rashid Pengerusi


2. En. Mohd Kama bin Embong Timbalan Pengerusi (GPK 1)
3. En. Razmadi bin Salleh Naib Pengerusi I (GPK HEM)
4. En. Amran bin Hasan Naib Pengerusi II (GPK KO)
5. En. Rufaifa bin Abdullah Setiausaha
6. Pn. Rosni binti Kamarudin Pegawai Pelupusan
7. En. Nazi bin Yusof Pegawai Pemeriksa
8. En Wan Ahmad Rizal Nazli bin Wan Rusli Pegawai Penyiasat
9. Ketua Panitia Semua Panitia

AGENDA

1. Ucapan pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Membincangkan bidang tugas jawatankuasa aset
5. Pengurusan aset alih
6. Laporan surcaj / tindakan tatatertib
7. Masalah yang berkaitan
8. Hal hal lain
9. Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta
organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas
kepada semua ahli.

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat JKPAK Bil. 4 / 2016 telah disahkan melalui cadangan Pn. Haslisa Idayu
binti Omar Guru Pra Sekolah dan disokong oleh Pn Azizah binti Omar Guru Panitia
SAINS.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada
4.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET

Pengerusi menerangkan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta


(PegawaiAset) sekolah iaitu:

1. Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu
dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan,
pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih kerajaan;

2. Memastikan Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan ke


atas aset setiap tahun;

3. Memastikan Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset .

4. Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori,


LaporanPemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih
Kerajaan dan LaporanTindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/
awal tahun berikutnya untukdisemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan
oleh Bahagian Perolehan danPengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun.

5. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan


berkesan.

6. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut
Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5
Tahun 2007.

Tindakan : Makluman

5.0 PENGURUSAN ASET ALIH

5.1 Buku Stok

Pengerusi juga memaklumkan bahawa setiap stok yang dapat sama ada dibekalkan atau
dibeli hendaklah direkod dalam buku stok. Semua guru diminta untuk kemaskini buku rekod
dengan betul dan teratur .
5.2 Pendaftaran Semula Aset Sekolah

Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok
sedia ada, Jawatankuasa telah memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada
(wujud) disekolah seperti:

1. Meja murid
2. Kerusi
3. Komputer
4. Projektor
5. Papan tulis
6. Almari
7. Barangan Pusat Sumber
8. Meja guru
9. Kerusi guru
10. Barangan PJK
11. TV
12. Barangan pejabat

Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi
tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan
borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah.

Tindakan : Pegawai Aset

6.0 LAPORAN SURCAJ / TINDAKAN TATATERTIB

Tiada

7.0 MASALAH YANG BERKAITAN

Tiada

8.0 HAL HAL LAIN

Laporan penggunaan aset-aset yang terdapat di sekolah adalah digunakan dengan


sepenuhnya dan dijaga dan diuruskan dengan baik. Segala baik pulih serta pembelian alat
ganti aset hendaklah direkodkan ke dalam stok alat ganti.
Tindakan : Pemegang Stok

9.0 PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan
aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat bersurai jam 3.00 ptg.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

(RUFAIFA BIN ABDULLAH) (EN. MOHD ZAKI BIN ABDUL RASHID)


Setiausaha JKPAK Guru Besar

You might also like