You are on page 1of 3

PK07- LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK/KERJA


PUSAT SUMBER SEKOLAH
BIL 1/TAHUN 2016

Tarikh : 31 Mac 2016

Masa : 1.00 tengah hari

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : Shahrul Malihah Bt Alang Ahmad

Kehadiran :

1. Puan Juriah Bt
2. Puan Jumawati Bt Othman
3. Shahrul Malihah Bt Alang Ahmad
4. Raja Nur Salma Bt Raja Abu Bakar
5. Rohaya Bt Kassim
6. Hani Bt Hashim
7. Emiliawate Bt Ahmad
8. Rozita Bt Roslan
9. Siti Zunaidah Bt Ismail
10. Rohaya Bt Ramli
11. Yuslina Bt Yunus
12. Hasmanita Bt Omar
13. Suzilawati Bt Ibrahim
14. Nor Hayati Bt Daralan
15. Kavendeep a/p Terwander Singh
16. Norsyazrina Bt Othman
17. Tengku Nura Adila Bt Tengku Azmi
18. Faridah Bt Abdul Rahman
19. Nurmilia Bt Mohd Amin
20. Rosidah Bt Sahlan
21. Anita Aisyah Bt Abidin
22. Nur Adlina Bt Adnan
23. Masliza Bt Harun
24. Zulkifli B Embong

Tidak Hadir :

1. Mohd Zamri B Yaakob

Urus Setia/Setiausaha : Tengku Nura Adila Binti Tengku Azmi

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dapat yang hadir pada
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah kali pertama bagi tahun
2016.
1.2 Pengerusi memohon kemaafan atas kelewatan mengadakan mesyuarat
disebabkan beberapa kekangan yang sepatutnya dijalankan pada bulan Februari.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2016 dicadangkan pengesahannya oleh Pn Raja Salma
dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat
Tindakan:
Makluman

3 UCAPAN GURU BESAR


3.1 Guru Besar mengucapkan tahniah atas kejayaan PSS yang berjaya mendapat 4
bintang yang diiktiraf oleh PKG Kg Pandan.
3.2 Guru Besar juga berharap agar guru-guru dapat membuat penambahbaikan
selepas ini dan mencapai tahap pelestarian.
3.3 Guru Besar meminta Ketua Panitia dan AJK Induk dapat memberi komitmen
pada aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah.
3.4 Guru Besar mencadangkan agar buku-buku sumbangan dapat diletakkan di
Dewan Harmoni sebagai pengisian masa bagi murid sesi petang.
Tindakan: Makluman

4 PERKARA BERBANGKIT
4.1 PROGRAM NILAM
4.1.2 Pelancaran program NILAM akan dijalankan bersama minggu Bahasa
Melayu dan Kem Membaca.
4.1.3 Tiga aktiviti yang akan dijalankan iaitu membaca selama 10 minit,
pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan membuat
penanda buku bagi tahap 2.
4.1.4 Cik Shahrul juga menyatakan Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan
meminta guru mengisi data NILAM secara offline setiap 3 bulan .
4.1.5 Guru perlu mengisi borang sekiranya murid membaca buku cerita
dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4.1.6 Hadiah akan diberikan kepada murid-murid setiap 3 bulan.

Tindakan: Semua Guru

5 Hal-Hal Lain
5.1 Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan beberapa aktiviti iaitu Perlantikan
Pengawas PSS, Kem Kepimpinan PSS dan Lawatan ke Pesta Buku (1 Mei).
5.2 Bilik media akan diceriakan semula dengan mengecat bilik tersebut.
5.3 Penggunaan PSS adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5.4 Cik Shahrul meminta guru agar mengarahkan murid supaya mengemas

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
Pusat Sumber Sekolah setelah digunakan. Cik Shahrul juga mengingatkan
agar guru dan murid menulis nama di dalam buku catatan pelawat sebagai
rekod.

Tindakan: Semua AJK

6
PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 tengah hari.

Disediakan oleh,

..................................................
( Tengku NuraAdila Binti Tengku Azmi )
Setiausaha AJK Induk PSS
SK Taman Midah

Tarikh: 1 April 2016

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00