You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,

11010 BALIK PULAU,


PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT SUKAN KALI KE- 2 /2017

Tarikh : 01.02.2017 ( Rabu )


Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSR
Kehadiran : Semua guru hadir kecuali :

1. Pn Chitta Devi - Cuti Sakit

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Taklimat PK Koko
5. Hal-Hal Lain

1.Ucapan pengerusi.
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru untuk hadir dalam
mesyuarat sukan sekolah kali ke-2.
1.2 Pengerusi memaklumkan objektif sukan sekolah adalah untuk memupuk gaya hidup sihat di
dalam diri murid serta mengesan bakat sukan di kalangan murid-murid.
1.3 Pengerusi juga menekankan agar guru mengutamakan aspek keselamatan sebelum
melakukan sesuatu aktiviti fizikal terutamanya ketika sesi latihan rumah sukan.
Tindakan : Semua Guru

2.Pergesahan Minit Mesyuarat


2.1 Disahkan oleh : Pn Nor Azura Binti Zubir
Disokong oleh : En Mohd Ikram Bin Ali
3.Perkara Berbangkit
3.1 ( 4.4 ) PK Koko memaklumkan untuk baju sukan pihak pembekal akan mengedarkan pada
guru kelas dan guru kelas menguruskan mengikut senarai nama yang diberi oleh pihak pembekal.
Tindakan : Guru Kelas
3.2 ( 4.6 ) Senarai nama rumah-rumah sukan telah dikemaskinikan dan guru rumah sukan boleh
membuat pemilihan atlet untuk kejohanan sukan.
Tindakan : Ketua Rumah
4. Taklimat PK KOKO
4.1 PK Koko memaklumkan kejohanan sukan tahunan pada tahun iaitu 25.02.2017 akan
dirasmikan oleh YB.DATUK SHAH HEADAN BIN AYOOB HUSSAIN.
4.2 Untuk pertolongan cemas, pada tahun ini pihak sekolah akan menjemput JPAM ( 2 anggota )
dengan bayaran sebanyak RM 6.00 sejam.
Tindakan : Ajk pertolongan cemas
4.3 Untuk persiapan arena kejohanan,setiap arena siap sepenuhnya dan bunting akan dipasang
sebelum kejohanan berlangsung.
Tindakan : Ajk persiapan
4.4 Untuk makluman semua guru,jamuan disediakan untuk VIP,pegawai kejohana, ajk PIBG,
dan semua murid SKSR.
Tindakan : Ajk jamuan
4.6 PK Koko juga memaklumkan semasa hari sukantara dan prasukan akan disediakan air
mineral.
Tindakan : Ajk jamuan
4.7 Untuk ketibaan YB,diminta ajk sambutan menyediakan pembawa bendera untuk mengiringi
YB ke khemah utama ketika beliau sampai.
Tindakan : Ajk sambutan
5.Hal-Hal Lain
5.1 PK Koko berharap kejohanan sukan kita pada tahun ini akan berjalan dengan jayanya dan
sebarang kekangan yang dihadapi oleh mana-mana ajk boleh merujuk cikgu khairi.
5.2 PK Koko juga menyatakan penambahbaikan peralatan sukan bagi memantapkan prestasi
sukan agar lebih banyak kejayaan yang diperoleh sekaligus melahirkan insan seimbang dan
berdaya saing secara sihat serta dapat menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan
harian warga SKSR.
Tindakan : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Dicatat oleh , Di Semak Oleh

.. .
.
(EN NURKHAIRI BIN MOHD SHUKRI ) ( PN NAZZATUL ASHIMA ABD RAHMAN )
SETIAUSAHA SUKAN PK KOKO SKSR

You might also like