You are on page 1of 26

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI

a) Globalisasi
Daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu globalization yang membawa maksud

seantero dunia
Daripada perkataan Bahasa Perancis iaitu monodialisation yang juga membawa

maksud seantero dunia


Kamus dewan global memberi maksud dunia keseluruhannya manakala globalisasi

bermaksud fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan

manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.


Scholte ( 2000 ) globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan

kerajaan mengenai pergerakan antara Negara supaya mewujudkan satu ekonomi

dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.


b) Globalisasi dalam pendidikan
Pendidikan merentasi sempadan dan media
Pemerolehan ilmu boleh berlaku melalui teknologi maklumat, komunikasi atau

internet di peringkat antarabangsa.

KESAN DAN IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

a) Kesan Positif

budaya pembelajaran sepanjang hayat

kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa

menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian


pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar

perubahan peranan guru dalam bilik darjah

peluang pendidikan terbuka luas

persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi

perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

b) Kesan negatif

kadar pengangguran semakin meningkat

pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara

meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda

perdagangan pendidikan

penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani

berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem

pendidikan sesebuah negara

pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 2


Terdapat lima perkembangan profesionalisme keguruan yang jelas diperoleh menerusi

globalisasi;

1) Meletakkan profesion keguruan sebagai profesion terpenting - berjayanya sesebuah

negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang

akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

2) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek

pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme - adanya peluang melanjutkan

pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan

kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf

profesionalisme keguruan.

3) Meluaskan pengetahuan guru bersifat global - guru perlu sentiasa mengekalkan nilai

intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk

berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan

perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid,

guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

4) Kemahiran ICT dan interaksi global meluaskan konsep pembelajaran mengatasi

halangan bilik darjah - dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru

dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan

pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 3


berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video

pendidikan di internet.

5) Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf

profesionalisme keguruan - agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara

kita dengan lebih maju dan berjaya.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi dalam institusi pendidikan

1) Keperluan pembelajaran berterusan

cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara

pendidikan secara formal dan tidak formal

Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat

sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat

berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.

Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli

masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna

yang lebih pintar.

Membangunkan sikap belajar secara sukarela.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 4


Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan

mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan

memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran

Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan

pengetahuan dalam industri

Mewujudkan program e-Latihan

Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi

dalam perkhidmatan awam

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan

dewasa dan Pendidikan Berterusan

Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti,

masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi

program Pendidikan Berterusan

Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur

hidup.

2) Inovasi dalam perlaksanaan kurikulum

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak

radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di

peringkat global tersebut.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 5


Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local

Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu

bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian

menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar

mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan

aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan

pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru

berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk

pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik

darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi

secara elektronik dengan rakan dan guru.

Kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah

supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan

pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global

setelah mereka melepasi alam persekolahan

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 6


Fokus pengisian kurikulum abad ke 21, selain daripada penguasaan

pengetahuan dan kemahiran asas, adalah penguasaan sekurang-kurangnya

tujuh kemahiran lain, iaitu:

I. kernahiran berfikir secara kritis dan kreatif

2. kemahiran berkomunikasi secara berkesan

3. kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

4. kemahiran mencari, mengintegrasi dan mengaplikasikan maklumat

5. kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

6. kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

7. kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks

pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan

melaksanakannya dengan penuh kesungguhan

faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang

dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak

mempunyai rasa kepunyaan,

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif

bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic

kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga

murid.

3. Penatnbahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap

perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 7


4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan

perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang

memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran

dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara

menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru

sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti

pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan

mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

6. Perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran: Guru-guru yang mempunyai

tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi akan

kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih berpegetahuan

dan berkemahiran.

7. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang

diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan kepada

guru.

Pada masa yang sama juga Pembelajaran Berbantu Komputer telah beroperasi

secara pantas di sekolah-sekolah dengan penggunaan pelbagai perisian.

Antaranya adalah seperti berikut:

I. Perisian latih tubi yakni program yang membantu pelajar mencari

penyelesaian kepada maslah atau menjawab soalan yang

disediakan.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 8


2. Perisian tutorial iaitu program yang berfungsi sebagai tutor dalam

menyediakan maklumat dan aktiviti pembelajaran yang perlu dikuasai

pelajar. Perisian seperti ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal

semula apa yang telah disampaikan.

3. Perisian simulasi: Perisian ini menyamai fenomena sebenar atau

imaginasi untuk memperlihatkan bagaimana situasi sebenar berlaku secara

realiti. Perisian ini dapat memaparkan fenomena dalam bentuk teks,

grafik, animasi dan bunyi. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer

seperti membuat analisis dan membuat keputusan.

4. Perisian permainan: Perisian ini lebih kepada bentuk memotivasikan

pelajar dengan menggunakan aktiviti permainan yang berkaitan dengan

pembelajaran.

5. Perisian penyelesaian masalah: Perisian ini merupakan program yang

mengajar secara langsung melalui huraian, penjelasan dan langkah-

langkah mengikut tahap perkembangan pelajar.

3) Pengurusan pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal

dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi

telekomunikasi dan pengkomputeran

Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan

Maklumat Sekolah (School Management Information System).

Kesan aplikasi tersebut ialah;


GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 9
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan

menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.

6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan

pelajar.

7. Penempatan pelajar dalam kelas.

8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

9. Pembinaan jadual waktu guru.

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai

urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

4) Pembentukan jati diri pelajar


Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan.

proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang

mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh

dunia.

Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya

hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang

begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 10


Aspek yang perlu diteliti oleh institusi pendidikan adalah aspek berkaitan

keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana

perkara tersebut memberi impak tersendiri daam pembentukan moral pelajar.

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif

terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru

yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi

pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya

dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa w .atak orang

yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,

ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu,

kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah

elemenelemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan.

Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian

secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan,

kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada

pembentukan sahsiah

pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan

menyuburkansikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari,

tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jatidiri

pelajar adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 11


tiga fakulti yang perlu dilaksanakan secara serentak iaitu pengisian roh,

pengisian akal dan pengisian jasmani

5) Kualiti guru

Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan

dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru perlu memiliki kualiti

yang bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya.

Antara ciri yang perlu dimiliki guru adalah:

1. Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas

2. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya

3. Sentiasa mengikuti peredaran masa

4. Memahami perkembangan teknologi

5. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea bare dan inovati

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan

global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara

lain. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi;

1) Masalah kewangan

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 12


- Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah

membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan

kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua,

bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap,

pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

2) Program twinning

- program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan

membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan

kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di

negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan

kejuruteraan.

3) Isu Brain-Drain

- Golongan cerdik pandai lebih suka mencari rezeki di luar Negara yang menawarkan

gaji yang lebih lumayan berbanding di Malaysia. Ini menyebabkan kurangnya

golongan pakar di Malaysia.

4) Persaingan

- Untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan

kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik

di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan

yang penting dalam era globalisasi.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 13


5) Intelektualisme

- nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga

pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini

bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin

masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

6) Jurang pendidikan

- pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan

persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya

menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA

KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita

tersalah membuat pilihan dan keputusan. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat

penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid

berdasarkan globalisasi.Kemahiran tersebut adalah ;

1) Menulis - kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan

dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea,

perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 14


2) Membaca - kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu

diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan

ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca.

3) Mengira - kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum

sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita

dengan hukum sains dan alam semesta.

4) Memikir ( menaakul ) - guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan

ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk

mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

5) Menggunakan komputer - penggunaan komputer dalam membantu memudahkan

pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan.

Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak

muda sekarang agar perkara seperti fobia komputer dapat dielakkan.

6) Menjadi manusia - individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi

bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti

kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati

dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

7) Mencintai Tuhan - keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam

keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam

segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari

dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan

Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.

KESIMPULAN

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 15


Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di

Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu,

perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu

bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di

peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.

Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi

memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-

peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi

menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan

perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.

Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan

mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita

terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Masyarakat

Malaysia pada masa akan datang memerlukan sekurang-kurangnya empat golongan manusia:

ahli fikir, ahli reka cipta, ahli profesionaI dan ahli ekonomi. Keempat-empat golongan ini perlu

menggembeling fikiran, tenaga dan .usaha secara bersepadu untuk membangunkan Malaysia

menjadi sebuah negara maju.

RUJUKAN

Habib Mat Som, Megat Ahmad kamaluddin Megat Daud.().Globalisasi Dan Cabaran

Pendidikan Di Malaysia. Universiti Malaya,Selangor

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 16


Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.

Sufean Hussein (1996).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin.2011. Sistem Pendidikan di Malaysia:

Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional.Universiti Sains

Malaysia,Penang

Hamdan Said, Nasrudin Talib. 2000. CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA

PENDIDlKAN DI MALAYSIA.Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia,Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Kertas Konsep 'Smart School'. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Omar Abdull Kareem,Khuan Wai Bing.2005.PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

SECARA BERTERUSAN:PERSPEKTIF PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA.

Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak

http://suhajambu.blogspot.com/

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/globalisasi-dan-cabaran-pendidikan.html

http://www.scribd.com/doc/4535723/Globalisasi-dan-Kesannya-ke-atas-Pendidikan-Serta-

Cabarannya

http://www.slideshare.net/AzaleaNabiilah/globalisasi-cabaran-pendidikan

http://finolla-5aminuddin.blogspot.com/

www.aishahnetty.blogspot.com

www.myais.fsktm.um.edu.my

http://zulkifli-salleh.blogspot.com/2012/01/krisis-pendidikan-global.html

http://abihulwa.blogspot.com/2012/01/isu-pendidikan-krisis-pendidikan-dunia.html
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 17
http://ummatanwasatan.net/2012/07/krisis-pendidikan-akibat-tuntutan-komersial/

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/asas-kepemimpinan-nota-bab-8.html

http://www.slideshare.net/arthurjeo/6-peningkatan-profesionalisme-guru

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 18


GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 19
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 20
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 21
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 22
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 23
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 24
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 25
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 26

You might also like