You are on page 1of 25

Tugasan Learning and cognition

Soalan 1
Pembelajaran dikatakan wujud daripada pendidikan, pembangunan kendiri,
persekolahan dan latihan. Pembelajaran adalah lebih nyata jika disokong dengan motivasi
yang berkesan. Pendidikan terdiri daripada pendidikan psikologi, neuropsikologi, teori
pembelajaran dan pedagogi. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan
tingkah laku dalam jangka masa yang berpanjangan. Pembelajaran berkembang dan
berterusan dari semasa ke semasa juga dikenal sebagai pembelajaran secara berterusan.
Pembelajaran paling awal boleh berlaku selepas 32 minggu perkembangan seorang embrio di
dalam kandungan seorang ibu kerana saraf saraf dalam kandungan mula berfungsi.

Pendidikan Aspek Impak


Nagara
Pembelajaran 1. Pembelajaran di tadika Komunikasi
2. Pembelajaran di
sekolah
3. Pembelajaran tertiari
Pembangunan Komputer dan ICT Kemahiran menggunakan bahan ICT
kendiri
Persekolahan Pembahagian pelajar Daya usaha bertambah dan belajar dengan lebih
mengikut keputusan tekun.
ujian
Latihan Kemahiran belajar aras Soalan- soalan KBAT akan melebarkan jurang
tinggi (KBAT) antara pelajar pandai dengan pelajar lemah.
Jadual 1 Impak daripada pembelajaran, pembangunan kendiri, persekolahan dan latihan

Komunikasi

Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah aspek yang sangat penting.


Komunikasi bermaksud proses penyampaian pandangan atau idea dari seorang kepada yang
lain. Komunikasi berkesan bermaksud satu pesanan atau idea yang disampaikan, diterima dan
difahami oleh penerima dengan jelas.
Sebelum bersekolah, seseorang akan cuba berkomunikasi dengan ibubapanya melalui
pergerakan dan tangisan. Saya tidak pasti umur saya mula bercakap. Pada realitinya, umur
bagi seseorang berkomunikasi melalui percakapan adalah di antara umur dua tahun hingga
tiga tahun. Di rumah, kebanyakan komunikasi tertumpu kepada apa yang boleh buat dan apa
yang tidak boleh buat. Ibubapa yang prihatin terhadap masa depan anak akan mengajar anak
anak membaca dan berkomunikasi. Sebahagian ibubapa hanya menunggu untuk
menghantar anak- anak ke sekolah. Ini adalah kerana sekolah adalah tempat belajar segala-
galanya termasuk berkomunikasi.
Semasa berada di sekolah rendah, saya belajar di sekolah kebangsaan. Dengan itu,
bahasa pengantar utama yang saya belajar adalah Bahasa Malaysia. Namun begitu, saya
hanya berani berkomunikasi semasa saya berada di darjah 4 dan ke atas. Komunikasi dua
hala hanya berlaku pada saya selepas darjah 4. Tahap penguasaan komunikasi meningkat di
antara rakan dan tahap kefahaman pengajaran guru juga meningkat selepas memahami
Bahasa Malaysia secara mendalam.
Kelemahan utama adalah komunikasi yang berlaku di dalam kelas lebih kepada
komunikasi satu hala. Ibubapa yang kurang memahami kehendak kurikulum di sekolah telah
menyebabkan mereka mengambil ringan komunikasi anak di sekolah. Kebanyakan ibubapa
hanya menghantar anak- anak ke kelas tuition di luar sekolah dan mengharapkan guru tuition
mengajar anak mereka mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Komunikasi di peringkat
sekolah menengah adalah lebih lancar. Oleh kerana saya berasal dari Sekolah Rendah
Bantuan Saint Anne, maka saya tidak menghadapi masalah komunikasi di dalam kelas
berbanding dengan sebahagian pelajar yang berasal dari sekolah rendah jenis kebangsaan,
saya lebih berani berkomunikasi dengan guru. Di sebaliknya, saya pula gagal memahami apa
yang dipelajari dalam Bahasa Mandarin kerana tahap penguasaan Bahasa Mandarin di tahap
yang minimum di peringkat sekolah rendah. Penguasaan komunikasi dalam Bahasa Malaysia
membolehkan saya melanjutkan pembelajaran saya ke peringkat Universiti.
Di peringkat universiti, komunikasi dua hala juga berlaku. Kebanyakan komunikasi
berlaku dalam kelas tutorial. Dalam kuliah sebenar, kebanyakan komunikasi sehala berlaku
kerana jumlah siswa dalam satu kuliah adalah lebih daripada 250 orang. Komunikasi adalah
kurang lancar kerana semua bahan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris yang berasal dari
negara Singapura, menyebabkan tahap penguasaan ilmu berkurang secara mendadak. Selain
itu, pengetahuan sedia ada yang ada pada saya adalah tidak cukup untuk melanjutkan
pengkhususan Matematik di peringkat universiti. Jika seseorang ingin mengambil
pengkhususan Matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia, seseorang mesti belajar
Matematik Lanjutan di peringkat Tingkatan 6 atau mengambil pengkhususan Matematik di
peringkat diploma di Universiti tersebut sedangkan saya hanya belajar matematik statistik
sahaja.
Saya dilatih menjadi guru di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak. Pengkhususan saya
adalah Matematik. Walaupun saya hanya melalui latihan di maktab setahun, saya berjaya
berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan- rakan saya. Komunikasi dua hala dan pelbagai
hala berlaku semasa praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Penrrisen II selama tiga
bulan.
Komunikasi akan berterusan setiap hari persekolahan. Sebagai seorang guru, guru
perlu memahami masalah- masalah yang pelajar hadapi semasa berkomunikasi dengan guru.
Guru perlu memastikan keadaan kondusif di dalam kelas agar pelajar tidak rasa takut dengan
guru. Komunikasi berkesan di dalam kelas boleh meningkatkan pencapaian pelajar dan
sekolah. Menurut Jean Piaget, melalui komunikasi berkesan, murid- murid dapat melibatkan
diri secara aktif dan mampu menjalankan aktiviti- aktiviti di dalam kelas. Dengan adanya
komunikasi guru dan pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain dalam semua aktiviti
yang dijalankan. Dengan itu, banyak masalah pembelajaran pelajar dapat diselesaikan.

Kemahiran menggunakan ICT

ICT bermaksud Information and communication Technology iaitu teknologi


maklumat dan komunikasi. Menurut Fox(2003) dan Cotton, J(1995), computer merupakan
tutor dalam teori behaviorisme yang membentuk Program Integrasi Sistem Pendidikan pada
hari ini.
Saya mula belajar menggunakan bahan- bahan ICT di bawah projek literasi komputer
1992 sejak saya berada di Tingkatan 2. Pada masa tersebut, komputer masih menggunakan
peranti seperti DOS untuk memulakan proses penggunaan komputer. Penggunaan komputer
telah digunakan dengan pesat semasa saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada
waktu tersebut, saya telah belajar menggunakan programming C++. Kebanyakan kerja kursus
mula disiapkan menggunakan Microsoftword seperti pada hari ini. Kemahiran menggunakan
komputer amat bergantung kepada pembangunan kendiri. Saya hanya mampu menaip dua
muka surat Microsoft word dalam masa tiga jam. Pada masa sekarang, saya mampu menaip
tiga mukasurat dalam masa satu jam. Selain itu, saya juga diajar menggunakan Microsoft
powerpoint semasa berada di maktab. Saya telah menghasilkan satu powerpoint mengenai
diri sendiri dan pengkhususan matematik. Teknologi pencetak dan scanner yang semakin
bertambah pada hari ini telah memudahkan saya menyediakan powerpoint. Selain
powerpoint, saya juga pernah mengikuti kursus autocat dan Geometry Sketch Pad (GSP).
Penggunaan ICT di sekolah adalah perlu kerana
i. meningkatkan kefahaman konsep, member gambaran visual dan memudahkan pengiraan
kompleks.
ii. merangsang belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
iii. membantu murid menyelesaikan masalah melalui komunikasi yang lebih cepat dan tepat.
iv. mewujudkan pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan kecerdasan
v. membantu murid mengumpul maklumat yang susah diperolehi
vi. mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan
vii. memupuk sikap ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid
viii. meningkatkan daya pemikiran, kreativiti dan inovasi pelajar
ix. pembelajaran akses kendiri berlaku.

Saya sentiasa menggunakan bahan ICT semasa menjadi guru fizik. Teori
konstruktivisme menyatakan bahawa komputer bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan komputer, tetapi boleh menimbulkan minat murid- murid untuk menguasai
konsep- konsep mata pelajaran tertentu. Dengan menggunakan powerpoint, sememangnya
pelajar lebih memahami konsep konsep yang diajar dan sangat menjimatkan masa. Namun,
bukan semua kelas atau mata pelajaran dapat diajar menggunakan powerpoint. Dengan itu,
guru harus pandai memilih teknik mengajar di dalam kelas. Pada masa sekarang, saya jarang
menyediakan powerpoint kerana kemudahan LCD hanya disediakan di makmal sains
sekolah. Masalah pemasangan LCD yang mengambil masa juga menyebabkan kebanyakan
guru matematik di sekolah saya cuma menggunakan kaedah biasa iaitu chalk and talk
semasa mengajar.

Pembahagian kelas mengikut kecerdasan murid

Semasa saya belajar di Darjah 6, saya telah dipindahkan daripada kelas 5A ke kelas
6C. Pada mulanya, saya berasa rendah diri. Selepas seminggu belajar, saya telah
membiasakan diri dengan persekitaran dalam kelas tersebut. Walaupun kelas tersebut adalah
kelas C, tetapi tahap penguasaan pelajaran sebenarnya adalah dikira sebagai kelas kedua.
Sebenarnya, tindakan yang diambil oleh pihak sekolah pada masa tersebut telah
menimbulkan konsep belajar dalam diri saya. Dengan bantuan guru darjah Cikgu Ling Kok
Yeu yang sangat tegas, saya mula mengorak langkah untuk belajar dengan lebih tekun.
Dengan itu saya Berjaya memperoleh 1A dan 3B dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR). Peristiwa pembahagian kelas tidak terhenti semasa saya bersekolah di
sekolah menengah iaitu SMK St. Anthony Sarikei. Daripada enam kelas, saya mula
ditempatkan di kelas yang kelima.
Oleh kerana saya sudah memahami konsep belajar usaha kendiri, saya meneruskan
usaha saya semasa saya belajar di tingkatan 1. Guru Tingkatan saya pada waktu tersebut iaitu
Cikgu Ling Ging Geng. Beliau merupakan seorang yang amat tegas. Pengetua pada waktu
tersebut adalah Cikgu Andrew Wong Ee Hing yang amat komited dengan pencapaian
akademik dan ko- kurikulum sekolah. Selama tiga tahun, saya dipindahkan ke kelas hadapan
sebanyak dua kali sehingga kelas yang ketiga kerana saya sentiasa memperoleh kedudukan
pertama hingga ketiga. Dalam kelas ketiga, saya masih merupakan antara pelajar yang terbaik
dalam kelas tersebut. Mata pelajaran yang menonjol adalah matematik, sains dan geografi.
Tahun 1993, merupakan tahun pertama Penilaian Menengah rendah diperkenalkan dan saya
merupakan antara calon peperiksaan pada tahun tersebut. Keputusan yang saya perolehi
adalah 1A 6B dan saya berjaya menjejakkan kaki saya masuk aliran sains tingkatan 4.
Pengalaman yang saya adalah berkait dengan Teori pembelajaran Jean Piaget. Jean
Piaget menyatakan bahawa murid- murid mula berfikir secara kognitif sendiri semasa umur
11 hingga 12 tahun. Murid- murid mula berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan
abstrak. Penglibatan saya secara aktif dalam proses pembelajaran merupakan satu proses
perkembangan pemikiran dan sudah mula mahir membuat penaakulan.
Dengan itu, boleh dirumuskan bahawa pembahagian kelas adalah sangat berkesan
kepada sebahagian kecil pelajar di sekolah. Namun begitu, pembahagian kelas perlu
dilakukan dengan adil dan saksama. Ini adalah kerana saya pernah diberitahu rakan bahawa
terdapat pelajar meniru semasa ujian di Darjah 6 yang menyebabkan keputusan Semasta 1
mereka jauh lebih baik dan mereka Berjaya ditempatkan di kelas yang lebik baik semasa di
tingkatan 1.

Kemahiran Belajar Aras Tinggi(KBAT)

KBAT mula diperkenalkan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun
2013. KBAT adalah sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025.
Tujuan utama KBAT diperkenalkan adalah untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran
berfikir aras tinggi. Pelajar yang mempunyai kemahiran KBAT adalah pelajar yang
mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, berinovasi dan berdaya cipta.
Saya telah diterapkan mengenai soalan KBAT matematik tahun 2014. Dalam situasi
ini, saya ada dua pendapat yang amat berbeza. Pertama adalah pelajar yang mahir
menyelesaikan soalan KBAT membolehkan mereka bersaing dengan pelajar- pelajar
peringkat antarabangsa. Namun, soalan KBAT ini akan memadamkan minat sebahagian
pelajar dalam pembelajaran matematik di mana mereka tidak mampu mengaplikasikan
konsep konsep matematik dengan kemahiran penyelesaian masalah dengan pelajar.
Teori pembelajaran yang boleh dikaitkan adalah teori pembelajaran kontekstual di
mana pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dalam rangka pemikiran
mereka sendiri. Teori ini menegaskan bahawa penekanan perlu diberikan kepada pelbagai
persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran berkesan.
Di SMK Sungai Paoh, sebagai seorang guru matematik, maka guru adalah pengerak dalam
menyediakan soalan KBAT dan pembimbing dalam menyelesaikan soalan KBAT. Dalam
proses menyediakan soalan- soalan KBAT, saya boleh dapatkan idea penyediaan soalan
KBAT dari buku- buku rujukan di pasaran. Semua soalan KBAT ini akan disusun mengikut
aras iaitu dari aras yang rendah sehingga aras yang paling tinggi. Menurut Gagne, pengajaran
dan pembelajaran harus bermula dari aras yang paling mudah kepada yang paling kompleks.
Gagne telah mengemukakan lapan fasa proses pembelajaran seperti dibawah.

Maklum
balas
Pelakuan

Generalisasi
Mengingat kembali
Penahanan
Pemerolehan
Kefahaman
Motivasi
Rajah 1 : Lapan fasa proses pembelajaran Gagne.

Soalan 2
Pendidikan formal
Pendidikan formal adalah kegiatan yang sistematik, berperingkat iaitu bermula dari
prasekolah sampai ke pengajian tinggi.
Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas
sosialisasi yang kukuh sebelum mendapatkan pendidikan formal. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (KPK) digubal dalam tahun 2003 membolehkan kanak-kanak berumur 4 hingga
6 tahun memperoleh asas yang kukuh dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran
lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Semua kelas prasekolah sama ada anjuran
Kementerian, agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas
anjuran pihak swasta digalakkan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Pendidikan Rendah adalah pendidikan di peringkat rendah bermula apabila kanak-
kanak mencapai umur 7 dan mengambil masa enam tahun. Sebagai sebuah negara yang
penduduknya berbilang kaum, pendidikan rendah terdiri daripada dua jenis sekolah iaitu
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK Cina, dan SJK Tamil). Sekolah
Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala Sekolah Jenis
Kebangsaan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan peringkat ini merupakan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi
struktur, pendekatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini adalah
untuk membolehkan perkembangan yang menyeluruh dan sembang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani kanak-kanak. Kurikulum peringkat rendah dibahagikan kepada dua tahap.
Tahap I bermula pada Tahun 1 hingga Tahun 3 yang menekankan penguasaan kemahiran asas
3M serta memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga Tahun 6,
penekanan diberi kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan sikap, nilai dan bakat,
penguasaan ilmu serta kemahiran berfikirsecara kreatif dan kritis. Kemahiran membaca dan
menulis dalam Jawi juga diberi penekanan. Di akhir Tahap II murid-murid akan menduduki
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang
akademik.
Pendidikan Menengah adalah pendidikan peringkat menengah menawarkan program
pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berusia 13
tahun hingga 17 tahun dengan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM). Pendidikan Peringkat Menengah Rendah Pendidikan peringkat menengah rendah
bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil yang tidak mencapai keputusan memuaskan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
akan menduduki Kelas Peralihan yang bertujuan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa
Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah. Mulai tahun 2003, pengajaran
mata 12 pelajaran Sains dan Matematik diajar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
persediaan ke arah persangan global. Namun, sejak tahun 2014, matapelajaran Sains dan
Matematik boleh diajar dalam Bahasa Malaysia semula.Mata pelajaran yang diajar di sekolah
menengah rendah meliputi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam (pelajar
Islam), Pendidikan Moral (pelajar bukan Islam), Matematik, Sains, Geografi, Sejarah,
Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Kesihatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Bagi meningkatkan kemahiran
pelajar dalam menjawab soalan- soalan bertaraf global, PT3 telah diperkenalkan pada tahun
2014. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat latihan- latihan Pentaksiran Sekolah yang
merangkumi Pentaksiran berasaskan sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, sukan dan ko-
kurikulum, Pentaksiran pusat(PT3) dan Pentaksiran psikometrik.
Pendidikan Peringkat Menengah Atas bermula di Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
yang menawarkan mata pelajaran pengkhususan kepada pelajar berdasarkan keputusan PT3.
Malaysia mengamalkan dasar kenaikan terus ke tingkatan 4 di mana pelajar boleh menduduki
tingkatan 4 tanpa mengambil kira keputusan PT3. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar
berada dalam sistem pendidikan selama 11 tahun bagi membolehkan mereka menguasai
kemahiran dalam bidang tertentu sebagai persediaan ke alam pekerjaan. Pelajar sekolah
menengah boleh mengikuti pelajaran di Sekolah Menengah Akademik, Sekolah Menengah
Teknik, Sekolah MenengahAgama, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Sukan.
Berdasarkan pilihan dan kelayakan, pelajar boleh memilih untuk mengikuti pengajian sama
ada dalam aliran sastera, sains, teknikal atau agama. Semua pelajar dari sekolah menengah
sama ada akademik, teknik, vokasional, agama serta pendidikan khas akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pensijilan Terbuka.
Pelajar Lepasan SPM yang dapat memenuhi syarat tertentu, berpeluang melanjutkan
pelajaran ke Tingkatan Enam di Sekolah Kerajaan danBantuan Kerajaan. Pada akhir tempoh
dua tahun, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi
membolehkan mereka melanjutkanpelajaran ke universiti. Pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang yang memenuhi syarat berpeluang mengikuti program Matrikulasi iaitu program
persediaan untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains,
Teknologi dan Perakaunan di Universiti awam.
Pendidikan tidak formal

Pendidikan tidak formal juga bermaksud pendidikan di luar kelas, pembayang kepada
pendidikan di dalam kelas, peringkat pendidikan, jaringan pembelajaran dan pemdidikan
tidak langsung. Pendidikan tidak formal ialah segala bentuk aktiviti pendidikan yang tersusun
dan sistematik untuk sesuatu golongan berdasarkan keperluan dan aspirasi mereka. Ciri-ciri
lain pendidikan tidak formal ialah
i. Para pesertanya tidak terbatas kepada golongan muda, dewasa atau golongan tua. Namun
demikian, ia tertumpu kepada mana-mana golongan tertentu dengan objektif tertentu.
ii. Ia dijalankan atau diorganisasikan oleh sesuatu pihak atau agensi.
iii. Suasana pembelajaran adalah formal iaitu ada kurikulumyang berstruktur dan formal serta
ada infrastruktur seperti bilik darjah dan kemudahan-kemudahan pengajaran dan
pembelajaran
iv. Ada organisasi pentadbiran dan pengendalian yang kemas berserta sumber-sumber
sokongan seperti sumber kewangan dan sumber tenaga pengajar.
v. Ia kadangkala mempunyai sistem penilaian atau peperiksaan tertentu dan juga ada
penganugerahan sijil bagi mengesahkan penyertaan dan pencapaian.

Pembelajaran bermakna

Menurut Ausubel, pembelajaran bermakna adalah pembelajaran secara resepsi iaitu


semua maklumat akan disusun secara teratur dan diberikan kepada pelajar. Pelajar akan
menghubungkaitkan konsep pembelajaran terbaru dengan konsep- konsep yang telah
dipelajari sebelum ini akan disimpan dalam bentuk kognitif. Pembelajaran bermakna juga
membawa maksud satu proses pembelajaran yang mempunyai kesedaran diri dan mempunyai
objektif tertentu. Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran penemuan, iaitu
pembelajaran untuk mendapatkan maklumat sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif,
cuba jaya dan celik akal. Dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi adalah pelajar perlu
bersedia sebelum menerima konsep baru dan pelajar perlu tahu menjana konsep baru dengan
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik adalah sangat berkait dengan pembelajaran bermakna. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru akan mengajar langkah- langkah
menyelesaikan masalah matematik. Pada kebiasaannya, guru matematik mesti member
pelajar kerja rumah untuk mengukuhkan konsep yang diajar oleh guru di dalam kelas. Pelajar
juga boleh membentuk nota- nota ringkas untuk memudahkan proses mengingat konsep yang
baru dipelajari.

Pembelajaran dalam bentuk permainan

Kemahiran belajar sambil bermain merupakan satu aktiviti yang membolehkan


pembelajaran berlaku secara terus terutamanya pada seorang kanak- kanak. Jenis- jenis
pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan permainan adalah seperti:
i. manipulatif
ii. fizikal
iii. bahasa
Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan
congak. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani dan kesihatan di mana daya fizikal
digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan dan kemahiran fizikal. Permainan bahasa
di mana aktiviti bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan dan daya
kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
seperti bersyair, berpantun, bersajak dan sebagainya. Kebaikan Merangsang motivasi belajar
kesan daripada keseronokkan bermain. Mengembangkan daya imaginasi untuk membantu
pelajar menyelesaikan masalah.
Menurut Vygotsky 1967, permainan boleh mengembangkan bahasa dan daya
pemikiran seseorang. Struktur otak akan membentuk membentuk melalui penggunaan simbol
dan alat, ia juga membantu dalam pembentukkan ini. Permainan juga memberi kebebasan
kepada murid untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini
murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikan dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan
untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.
Dalam aktiviti Karnival sains dan teknologi, pelajar belajar menghasilkan bot solar,
kereta solar, memasak air menggunakan tenaga solar dan permainan roket air. Semua aktiviti
ini berkaitan dengan dunia sains di mana pelajar akan belajar secara langsung atau tidak
langsung penukaran tenaga solar kepada tenaga haba, elektrik dan kinetik.

e- pembelajaran
Pembelajaran atas talian @ e pembelajaran adalah kaedah terbaharu menggunakan
teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. Persekitaran pembelajaran ini
menggunakan perkakasan fizikal seperti komputer peribadi, modem dan juga talian telefon. E
- pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat
dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio - video, interaktif TV
dan CD - rom merupakan sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk
mempraktikkan e - pembelajaran (Kaplan - Leiserson, 2000). Kaedah ini membolehkan
pelajar menggunakan e - pembelajaran untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Penggunaan e - pembelajaran memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas
kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan
pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi
penggunaan e -pembelajaran tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata mata, malah
penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran
pembelajaran yang sesuai.
Selain itu e pembelajaran juga merupakan satu model pembelajaran dengan
menggunakan media teknologi komunikasi dan informasi khususnya Internet. E
pembelajaran merupakan satu penggunaan teknologi Internet dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi jangkauan luas yang berlandaskan tiga kriteria iaitu:
a) E - pembelajaran merupakan jaringan dengan kemampuan untuk memperbaharui,
menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,
b) apa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa yang sama
c) fokus pada pandangan yang lebih luas tentang disebalik pembelajaran secara tradisional.

Pembelajaran berbentukan Internet adalah sesuatu pembelajaran yang menarik. Kini


pelajar lebih berminat kepada teknologi komputer. Pelajar juga berminat menggunakan
Internet kerana persediaan untuk belajar tidak menjemukan dan menyusahkan. Persepsi
pelajar terhadap Internet dalam penulisan karangan adalah positif. Pelajar didapati
mempunyai sikap, motivasi, efikasi kendiri dan minat yang tinggi terhadap penggunaan
Internet dalam penulisan karangan. Strategi PdP ini mampu memantapkan pemahaman
pelajar terhadap novel KOMSAS, kerana dapatan pelajar berminat menggunakan Internet
untuk belajar tanpa rasa jemu.
Pada tahun 2008, Zoraini Wati telah mengemukakan satu teori pembelajaran global.
Menurut teori tersebut, pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggunakan alat
perhubungan online sosial di Internet seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial
seperti My Space dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan datang
adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi
teknologi. Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan
bahan tutorial dimuat turun dalam bentuk video, audio, imej dan slaid digital. Selain itu,
kaedah pembelajaran ini tidak mendatangkan masalah kerana bahan pembelajaran adalah
direka dengan arahan kendiri, interaktif, mesra pelajar dan sistematik .
Facebook adalah salah satu laman sosial paling popular dalam kalangan pelajar dan
setakat ini merupakanwebsite yang membawa kepada aliran utama budaya laman sosial.
Pada tahun 2001, satu kajian menunjukkan komunikasi teknologi melalui laman sosial telah
menjadi sebahagian daripada kehidupan para remaja masa kini. Tiga suku daripada remaja
antara usia 12 dan 17 menggunakan Internet dan mesej segera menjadi perkara penting dalam
kehidupan mereka. Penggunaan Internet mampu meningkatkan hubungan mereka dengan
rakan- rakan. Lebih daripada satu pertiga remaja menggunakan mesej segera untuk
melakukan komunikasi sosial. Golongan remaja menggunakan internet, untuk interaksi
sosial, dan merupakan tempat di mana mereka boleh berkongsi reaksi, bercerita, dan
berinteraksi dengan orang lain. Pada tahun 2002, Hamann dan Wilson mendapati bahawa
pelajar yang menyertai dalam kelas atas talian mendahului para pelajar dalam pembelajaran
tradisional. Hal ini menunjukkan facebook sebagai modul pembelajaran yang membantu
pelajar terlibat aktif dalam pembelajaran. Selain itu, facebook juga mewujudkan interaksi
baik antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar dalam bentuk komunikasi
berasaskan web. Laman sosial ini, membantu pengajar dengan pelajar mereka dalam
menyelesaikan tugasan di luar waktu persekolahan. Menurut Caroline dan Terri 2009, pelajar
boleh menggunakan facebook untuk menghubungi rakan sekelas bertanyakan tentang tugas
kelas atau peperiksaan serta berkolaborasi untuk tugas dan projek kelompok dalam
persekitaran atas talian.

Soalan 3
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan minda melalui proses kognitif
dan metakognitif untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Lima fungsi asas pemikiran terdiri
daripada penerangan, huraian, membuat keputusan, merancang, dan bertindak.
Dalam banyak situasi masalah yang dihadapi, satu situasi dipilih dan dijelaskan dalam
bahagian penerangan. Dalam bahagian huraian akan diterangkan dengan lebih jelas mengapa
situasi ini terjadi dan langkah- langkah yang bolah diambil untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Seterusnya, guru akan memilih satu penyelesaian yang paling sesuai kepada
masalah yang dihadapi. Sebelum satu masalah dapat diselesaikan, guru perlu merancang
lebih daripada satu perancangan agar aktiviti pengajaran tidak tergendala. Selepas
merancang, guru akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Penggunaan ilmu matematik semakin bertambah dalam kehidupan seharian. Dalam
menghadapi dunia globalisasi, guru juga perlu meningkatkan daya pemikiran dan
perancangan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
cemerlang. Ini membolehkan ilmu matematik dapat dikembangkan kepada pelajar dan lebih
banyak pelajar inovasi dapat dihasilkan.

Penerangan

Situasi yang saya akan kaitkan adalah pengiraan isipadu kon. Pengiraan isipadu kon
adalah satu soalan yang amat mudah bagi guru. Namun, sebahagian besar pelajar
menganggap soalan ini susah diselesaikan. Berikut disenaraikan pengetahuan asas dan
motivasi pelajar yang perlu ada sebelum pelajar mampu mengira isipadu sebuah kon.
(i) tahap pengetahuan mengenai rupa bentuk kon.
(ii) Tahap kemahiran mengaitkan formula isipadu.
(iii) Tahap kemahiran menggunakan simbol dan memahami ciri- ciri sebuah kon.
(v) Tahap kemahiran menggunakan kalkulatur.
(vi) Tahap kecuaian.
Guru juga perlu memilih stategi yang sesuai untuk mengajar. Antara teori- teori
pembelajaran yang digunakan adalah konstruktivisme dan behaviorisme.

Huraian

Menurut Carl Rogers, manusia pada umumnya adalah berkemampuan untuk


menyelesaikan masalah dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai potensi diri.
Oleh yang demikian, guru perlu memahami setiap masalah yang dihadapi pelajar dan
langkah- langkah diambil untuk menyelesaikan setiap masalah agar setiap pelajar mampu
memperolehi markah yang maksimum dalam soalan isipadu kon. Sebelum guru meminta
pelajar mengira isipadu kon, guru perlu menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi seperti
yang disenaraikan di bahagian penerangan.
Antara cara penerangan bentuk kon adalah melalui bahan- bahaan berbentuk sebenar
yang boleh dijumpai dalam kehidupan seharian. Guru boleh membawa bahan- bahan yang
berkait dengan bentuk kon seperti aiskrim berbentuk kon dan topi hari jadi berbentuk kon.
Selain itu, guru juga boleh menunjukkan gambar visual kon atau grafik kon. Guru boleh
melukiskan satu gambar kon di papan hitam dan pelajar diminta memilih gambar- gambar
yang berbentuk kon. Langkah ketiga adalah meminta pelajar membina model kon. Selepas
model kon dibina, pelajar diminta melabelkan bahagian jejari dan tinggi kon.
Dalam ujian sebenar, pelajar dibekalkan beberapa formula isipadu pepejal. Formula-
formula isipadu pepejal adalah seperti berikut:

i. isipadu kubus, V = p p p

ii. isipadu kuboid, V = p l t

4
V = j3
iii. isipadu sfera, 3

2
iv. isipadu silinder , V = j t

1 2
V= j t
v. isipadu kon, 3

1
V = luas tapak t
vi. isipadu pyramid, 3

1
luas keratanrentas t
vii. isipadu prisma, V = 2

Guru perlu mengingatkan kepada pelajar agar mereka menggunakan formula kon dan
menyalinkannya ke halaman penyelesaian masalah dengan betul. Dalam menyelesaikan
soalan pengiraan isipadu kon, pelajar perlu mengingat simbol simbol seperti V untuk

22
isipadu, j untuk jejari, untuk pi yang juga bersamaan dengan 7 dan t untuk tinggi.

Semua simbol yang digunakan untuk mengira isipadu kon ditunjukkan dalam gambar rajah
di bawah.

Tinggi kon
8 cm
Jejari kon
5 cm

Rajah 2 Ciri- ciri sebuah kon


Berdasarkan Rajah 2, isipadu kon bersamaan dengan:
1 22 2
5 8
= 3 7

209.52 cm3 .

Pengiraan isipadu kon seperti yang ditunjukkan di atas boleh dibahagikan kepada dua

teknik iaitu 1 22 5 5 8 3 7 atau (1 a bc 3)(22 a bc 7)( 5 ) ( 8)


2
.

Dalam menjalankan kehidupan seharian, seseorang manusia tidak dapat elak daripada
melakukan kesilapan. Oleh yang demikian, guru perlu mengingatkan pelajar untuk membuat
semakan terhadap jawapan yang dikira untuk memastikan pelajar skor markah yang
maksimum.
Berikut dihuraikan beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah pengiraan isipadu kon.
Starategi 1 2 3
pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran Perbincangan
kooperatif penyelesaian masalah
Fahaman 1. Teori pembelajaran 1. Teori kognitif; 1. Teori kognitif;
teori sosial; 2. Teori konstruktivisme 2. Teori interaksi sosial
2. Teori konstruktivisme
Pelopor 1. Dewey 1. Dewey 1. Bruner
utama 2. Vygotsky 2. Vygotsky 2. Cazden
3. Piaget 3. Vygotsky
Hasil Kemahiran akademik dan Kemahiran akademik dan Kemahiran berbincang
pengajaran sosial inkuiri dan berfikir
Kaedah Kerja kumpulan dengan Projek berasaskan inkuiri Perbincangan dalam
pengajaran manfaat kooperatif dan yang dilaksanakan dalam kumpulan
struktur tugas kumpulan
Ciri- ciri Fleksibel, demokrasi, Fleksibel, pengajaran Refleksi, penekanan
persekitaran pengajaran berpusatkan berpusatkan inkuiri terhadap perbualan
pelajar terbuka
Jadual 2 Strategi strategi pengajaran dan pembelajaran

Membuat keputusan
Di dalam pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah, sudah tentu terdapat
pelajar yang pandai dan mampu menyelesaikan semua soalan yang diberikan. Namun,
terdapat segolongan pelajar yang lemah. Dengan itu, guru perlu menggunakan penerangan
yang lebih jelas untuk memudahkan pembelajaran pelajar lemah. Bagi pelajar yang pandai,
guru boleh menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar agar pelajar dapat cuba
menyelesaikan isipadu kon tanpa bimbingan guru. Bagi pelajar yang lemah, guru
menggunakan teknik berpusatkan guru dan berpusatkan sumber di mana guru perlu
menerangkan semula istilah jejari dan dikaitkan dengan diameter. Pelajar juga perlu mahir
mencari tinggi kon. Saya mengambil contoh satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas sederhana yang menggunakan strategi pembelajaran kooperatif di mana ianya
dipelopori oleh Lev Vygotsky dalam teori kognitif konstruktivisme.

Merancang

Berpandukan kepada Teori pembelajaran Lev Vygotsky, ilmu pengetahuan dibina


melalui interaksi sosial, bahan bantu mengajar dan pembelajaran berbentuk binaan. Teori ini
boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk menjawab soalan
seperti di bawah.
Hitungkan isipadu kon seperti dalam Rajah 2 di mana diameter adalah 10 cm dan
3
isipadu kon adalah 235.71 cm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

t cm

10 cm

Rajah 3
Rancangan pengajaran harian yang saya akan sediakan untuk mengajar pengiraan
isipadu kon adalah seperti berikut.
Tingkatan 3C
Tarikh 23 Jun 2015( Selasa )
Masa 8.25 pagi 9.05 pagi (40 minit)
Bilangan 33
pelajar
Tajuk Isipadu pepejal
Subtajuk Isipadu kon
Pengetahuan 1. Membentuk rumus algebra tinggi kon daripada rumus isipadu kon.
sedia ada 2. Mengenali kedudukan jejari kon dan tinggi kon.
Kemahiran 1. Menghubungkatkan
berfikir 2. Menjana idea
Bahan bantu 1. Model kon
mengajar 2. LCD dan labtop
3. Kad manila, gunting, gam, pembaris pencil
Objektif Pelajar dapat mengantikan nilai isipadu kon dan jejari kon dalam rumus
tinggi kon.
Hasil Di akhir aktiviti pengajaraan dan pembelajaran, pelajar dapat mengira
pembelajaran tinggi kon apabila isipadu kon dan jejari tapak diberikan.

Langkah/ Hasil Pembelajaran Aktiviti pangajaran dan BBM/ Catatan


masa pembelajaran
Set induksi Pembinaan model 3D kon 1. Pelajar membentuk BBM:
(5 minit) Penentuan jejari dan kumpulan. Kad manila, gunting,
tinggi kon 2. Pelajar membina model gam
Tinggi kon daripada kad
kon
manila Kemahiran berfikir:
dan garisan yang dilukis Menghubungkaitkan
oleh guru. Menjana idea
3. Pelajar melabelkan
Jejari jejari
pusat kon kon.
bulatan
4. Satu dawai dimasukkan
dari bucu kon ke tapak
kon untuk mendapatkan
nilai ketinggian kon.
Langkah 1 Ulangkaji pengiraan 1. Pelajar merujuk dan Lampiran 1/ LCD
isipadu kon menyalinkan rumus
isipadu kon. Kemahiran berfikir:
Jawapan yang 2. Pengantian nilai jejari Menghubungkaitkan
dijangka : dan tinggi kon dalam Menjana idea
1 22 rumus isipadu kon
5 2 8
3 7
3. Pengiraan isipadu kon

209.52 cm3 . 4. Guru menayangkan


jawapan yang betul
menggunakan LCD.
Langkah 2 Pembentukan rumus 1. Pelajar mahir dalam Lampiran 2/ LCD
tinggi kon kumpulan diminta Kemahiran berfikir:
Jawapan yang menukarkan rumus Menganalisis,
dijangka: isipadu kon menjadi menghuhungkaitkan
3 7 V tinggi kon. dan menjana idea
t=
22 j 2 2. Guru menayangkan

di mana t = tinggi kon jawapan yang betul

V = isipadu kon menggunakan LCD

j = jejari kon.

Langkah 3 Pengantian nilai isipadu 1. Pelajar tahap sederhana Lampiran 2/ LCD


kon dan jejari kon ke diminta mengantikan Kemahiran berfikir:
dalam rumus tinggi kon. nilai isipadu kon dan Menganalisis,
Jawapan yang jejari kon ke dalam menghuhungkaitkan
dijangka: rumus tinggi kon dan menjana idea
3 7 235.71 2. Guru menayangkan
22 52 jawapan yang betul
t=
menggunakan LCD

Langkah 4 Pengiraan tinggi kon 1. Pelajar lemah dalam Lampiran 2/ LCD


menggunakan kalkulatur. kumpulan mengirakan Kemahiran berfikir:
Jawapan yang tingg kon dengan Menganalisis,
dijangka: bimbingan guru. menghuhungkaitkan
3 7 235.71 2. Guru menayangkan dan menjana idea
22 52 jawapan yang betul
t=
menggunakan LCD
= 9 cm
Langkah 5 Pengiraan tinggi kon 1. Hitungkan nilai tinggi Kemahiran berfikir:
untuk 2 lagi soalan yang kon jika isipadu kon Menganalisis,
3
berlainan. adalah 672 cm dan menghuhungkaitkan
dan menjana idea
jejari adalah 7 cm.
2. Hitungkan nilai tinggi
kon jika isipadu kon
3
adalah 1863 cm dan

jejari adalah 12 cm.


3. Guru menayangkan
jawapan yang betul
menggunakan LCD
Penutup Rumusan, motivasi dan Kelas pemulihan diatur
kerjarumah untuk pelajar- pelajar
yang belum menguasai
kemahiran pengiraan
isipadu kon

Tindakan

Tindakan pengajaran dan pembelajaran juga boleh dibahagi kepada tiga peringkat
iaitu sebelum pengajaran dan pembelajaran, semasa pembelajaran dan selepas pembelajaran.
Selain rancangan mengajar harian, guru perlu membahagikan pelajar kepada
kumpulan pandai dan kumpulan lemah. Guru perlu memastikan pelajar mempunyai
kalkulatur dan alat tulis. Guru perlu memastikan OHP dan LCD serta bahan elektronik yang
lain boleh berfungsi dengan baik. Jumlah kertas latihan dan edaran perlu dicetak mengikut
bilangan pelajar di dalam kelas. Hasil jawapan perlu dirangka untuk memudahkan
penyemakan jawapan dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Lebih
daripada 1 model kon yang telah dilabelkan perlu dihasilkan untuk memastikan pelajar dapat
memahami jejari kon dan tinggi kon dengan tepat.
Guru menerangkan bentuk- bentuk kon yang boleh dijumpai dalam kehidupan
seharian. Guru menerangkan formula isipadu nilai- nilai jejari dan tinggi kon. Guru
menjalankan aktiviti seperti yang dirancang mengikut kumpulan pelajar. Guru perlu
memastikan pelajar menggunakan masa secara berpatutan dalam mengira isipadu kon. Rakan
sekerja boleh menolong mengambil gambar video. Setiap hasil pengiraan isipadu kon akan
disemak. Kumpulan yang memperoleh jawapan yang salah boleh diberi peluang untuk cuba
semula dengan syarat guru membimbing kesilapan yang dilakukan pelajar. Di akhir
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan setiap pelajar dalam kumpulan telah
memahami langkah- langkah pengiraan isipadu kon.
Guru perlu menulis refleksi sebaik sahaja kelas berakhir. Ini adalah memudahkan guru
menulis refleksi dengan tepat. Penggunaan video dan kritikan video adalah bahan yang paling
sesuai untuk menilai tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Syaratnya adalah rakan yang mengkritik perlu bersikap jujur semasa membuat kritikan. Jika
guru tidak mencapai objektif yang dinyatakan, guru perlu membuat satu lagi perancangan
yang lebih sesuai dengan tahap kecerdikan pelajar serta masa yang digunakan mestilah
optimum. Semua masalah kecil yang mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran,
perlu diubahsuai secara optimum mengikut keperluan pelajar. Guru perlu merancang kelas
pemulihan atau pemulihan untuk member lebih banyak peluang kepada pelajar belajar
mengira isipadu kon.

Soalan 4(a)

Bias Kognisi bermaksud kecenderungan menggunakan cara cara yang boleh lari
daripada satu standard rasional atau penilaian yang baik. Terdapat lima jenis bias kognisi iaitu
bias comformation, bias halo, bias keutamaan kendiri, bias perhatian dan bias ketetapan
fungsian. Bias comformation bermaksud apa yang diterima dahulu pasti betul. Bias halo
bermaksud yang lebih cantik itu adalah yang lebih bagus. Bias keutamaan Kendiri bermaksud
idea sendiri adalah paling baik apabila mencapai kemenangan manakala orang lain akan
dipersalahkan kerana kegagalan. Bias perhatian bermaksud sengaja memilih yang satu itu
sahaja walaupun yang dipilih itu bukannya yang terbaik dan pada masa yang sama terdapat
banyak pilihan lain yang mungkin lebih baik. Bias ketetapan fungsian bermaksud
kecenderungan melihat suatu objek lebih baik hanya kerana objek tersebut kelihatan lebih
menarik dari segi tulisannya ataupun promosinya.
Punca- punca yang menyebabkan kewujudan bias kognisi adalah kekangan masa,
kuasa pada seseorang yang berjawatan tinggi, masalah pengalaman dan kemahiran yang
terhad, kos yang tinggi, persekitaran yang tidak mengizinkan serta daya ingatan yang lemah.
Dalam bidang pendidikan, bias kognisi berlaku secara langsung atau tidak langsung.
Menurut Wilson & Brekke, 1994, bias kognisi sangat dipengaruhi oleh perasaan dan keadaan
semasa yang akan merangsang tindak balas terhadap suatu situasi. Daya ingatan bergantung
kepada perasaan dalam hati di mana kemungkinan keputusan yang dibuat adalah
berpandukan kepada pengalaman yang pernah dihadapi dalam situasi yang hampir serupa.
Bias kognisi mudah dipengaruhi oleh perasaan gembira dan perasaan marah atau sedih.
Apabila seseorang gembira, kebanyakan keputusan yang dibuat adalah rasional dan positif.
Sebaliknya, apabila seseorang berada dalam keadaan marah atau sedih, akan wujud
kemungkinan keputusan yang dibuat adalah kurang rasional atau negatif. Perasaan ini juga
mempengaruhi tahap kreativiti, emosi, penilaian dan kelakuan semasa bertugas. Dalam erti
kata lain EQ di luar kawalan.

Rutin
Rutin bermaksud kaedah pekerjaan yang telah diamalkan dalam satu tempoh yang
lama. Dalam sesebuah organisasi keputusan rutin bergantung kepada kriteria yang telah
ditetapkan dalam organisasi. Kriteria ini digunakan untuk mengatasi masalah berstruktur.
Kebanyakan keputusan rutin berlaku di peringkat bawah dalam hierarki pengurusan.

Masa yang diperuntukan

Jumlah masa akan mempengaruhi jumlah maklumat yang dapat dikumpul dan kualiti
keputusan yang dibuat. Kebanyakan projek akan diperuntukkan satu tempoh masa untuk
diselesaikan. Di sekolah, rutin yang paling biasa adalah masa yang ditetapkan untuk
menghabiskan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang sudah
ditetapkan. Pada kebiasaannya, kelas- kelas yang akan menghadapi peperiksaan akan diminta
menghabiskan sukatan lebih awal. Masa yang tinggal perlu diadakan ulangkaji seberapa
banyak yang mampu untuk mengoptimumkan tahap penguasaan pelajar sebelum mereka
menghadapi peperiksaan.

Dasar organisasi

Dasar organisasi akan menentukan sejauh manakah para pekerja akan terlibat dalam
membuat keputusan. Sokongan pihak pengurusan dari segi sumber dan moral akan
menggalakkan pertambahan penglibatan para pekerja. Antara dasar yang diamalkan di
Malaysia adalah kurikulum yang seragam. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk
diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara
di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).

Kuasa

Kuasa yang tinggi bermaksud keupayaan dan kemampuan yang tinggi dalam
membuat keputusan. Kuasa tidak semestinya akan membuahkan hasil yang lumayan. Kuasa
mungkin menyebabkan proses pengurusan sebahagian organisasi tidak berjalan dengan
lancar. Sebaliknya, orang yang berkuasa perlu memahami sepenuhnya situasi yang dihadapi
pekerja dan bekerjasama dalam meningkatkan kejayaan dalam organisasi. Di Malaysia
kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan pengetua sekolah kerana
amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri
2007). Dalam abad ke-21 amalan kepimpinan instruksional masih relevan dan dapat
menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana Menteri
2010). Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010). Alimuddin
(2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi agen perubahan dan
mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat memberi impak yang signifikan
dalam kecemerlangan pelajar.

Sikap

Sikap guru merupakan variabel penting dalam pelaksanaan kelas idea - idea baru dan
pendekatan yang lebih baik dalam memberi arahan (Reinke & Moseley, 2002). Jaafar
Muhamad (1997) mendefinisikan sikap sebagai satu kenyataan penilaian sama ada menyukai
atau tidak menyukai sesuatu objek, orang atau kejadian. Justeru, sikap dapat menggambarkan
perasaan seseorang terhadap sesuatu. Sikap guru merujuk kepada tanggapan, penyataan,
tindakan perlakuan dan perasaan guru untuk terlibat sama dalam membuat keputusan. Carr
(1990) mendapati sikap hanya boleh diubah oleh individu apabila mereka sedar melalui
elemen dan bukti yang mana ia dapat memberi lebih banyak manfaat kepada orang lain.
Sikap guru sangat penting disebabkan adanya hubungan antara sikap dan tindakan. Sikap
guru sering diterjemahkan ke dalam amalan - amalan pengajaran dalam bilik darjah yang
dikatakan mempengaruhi tingkah laku murid dan hasil pembelajaran (Cook, 2002).

Soalan 4(b)

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu


berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010
telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS mula dilaksanakan di Sekolah
Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012.
Pada tahun 2014 pula PMR telah diganti dengan PT3 isitu ujian berpusat di sekolah. PBS
merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 telah menjelaskan
beberapa inisiatif bagi memastikan kemenjadian murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan melibatkan pemantapan
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perlu
dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semua peringkat
pengurusan pendidikan. Pendekatan ini juga berhasrat untuk meningkatkan keberhasilan
pembelajaran murid seperti yang difokuskan dalam semua program dan rancangan yang
dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejajar dengan itu, KPM telah
merangka konsep dan strategi Melindungi Masa Instruksional (MMI) bagi membantu pihak
pengurusan sekolah dalam merancang langkah awal sekiranya terdapat faktor faktor
gangguan yang menyumbang kepada penurunan masa instruksional di sekolah. MMI
merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berkesan di sekolah. Komponen ini mula
diperkenalkan pada tahun 2014 bagi membangunkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta Melindungi Masa Instruksional (MMI). Kelebihan
melaksanakan fungsi ini dapat memperkasakan sekolah, memantapkan pengurusan guru dan
menghasilkan murid yang cemerlang serta mempunyai sahsiah yang mulia. Peningkatan masa
instruksional perlu dipastikan untuk mengoptimumkan keberkesanan pembelajaran dalam
kalangan murid dan diaplikasikan bagi memantapkan lagi kepimpinan pengajaran.
Sejak tahun 2014, guru A telah dilantik sebagai penyelaras Pentaksiran Berasaskan
Sekolah(PBS). Pada pertengahan tahun 2014, telah diperkenalkan peperiksaan berpusat PT3
merupakan satu bidang yang amat luas dan memerlukan perhatian yang memdalam dalam
hal- hal pengurusan agar pelajar boleh memperoleh satu keputusan yang optimum selaras
dengan kemampuan pelajar. Dalam memastikan MMI dilaksanakan di sekolah, guru A selaku
guru yang banyak mengajar kelas- kelas peperiksaan sudah pasti tidak akan menghadiri setiap
kursus yang dianjurkan oleh KPM, JPM atau PPD. Dengan itu, sebahagian daripada kursus
akan dihadiri oleh pengetua, sebahagian oleh penolong kanan pentadbiran, sebahagian oleh
penyelaras PBS, sebahagian oleh setiausaha PBS dan sebahagian oleh ketua panitia atau
wakil ketua panitia.
Masalah perlaksanaan PBS di sekolah ini telah wujud kerana orang yang diarahkan
untuk berkursus adalah penolong kanan pentadbiran dan guru mata pelajaran tanpa diketahui
oleh penyelaras PBS. Masalah menjadi lebih besar apabila hanya sebahagian daripada bahan-
bahan PBS yang baharu telah dibawa balik ke sekolah tetapi tidak dikongsi dengan
penyelaras PBS. Oleh yang demikian, guru A tidak mengetahui perubahan- perubahan yang
telah dilakukan dalam PBS dan penambahbaikan yang telah dijalankan. Keadaan menjadi
semakin teruk, apabila nazir melawat sekolah dan penjaminan kualiti tidak dilaksanakan.
Keadaan menjadi amat rumit apabila guru A sahaja yang bertanggungjawab untuk menjawab
semua persoalan yang ditanya oleh nazir walaupun apa yang diketahui oleh guru A amat
terhad.
Dalam kes ini, telah wujud konflik komunikasi antara pihak pengurusan di sekolah.
Mana- mana pihak pengurusan atau guru yang dihantar berkursus PBS perlulah
memaklumkan kepada guru A dan menerangkan segala dapatan yang mereka perolehi semasa
berkursus. Selepas guru A mendapat maklumat PBS, guru A dapat menjalankan tugas- tugas
beliau selaku penyelaras PBS dengan lancar. Jika maklumat yang diperoleh adalah
melibatkan semua guru PBS, maka satu latihan dalaman perlu dilakukan agar semua guru
mengetahui penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap PBS.
Jika guru A sentiasa keluar menghadiri kursus, maka guru A juga akan menghadapi
masalah dalam Melindungi Masa Instruksional (MMI). Dalam sesebuah sekolah, semua
pihak tidak boleh mengamalkan self servis bias iaitu menyimpan bahan- bahan PBS dan
guru A perlu menjawab semua persoalan nazir sedangkan guru A tidak mendapat sepenuhnya
maklumat PBS daripada guru- guru yang mengikuti kursus.

You might also like