You are on page 1of 19

MINIT MESYUARAT PENGETUA SMKA/ SABK NEGERI SEMBILAN

2016
____________________________________________________________

Tarikh : 01 Disember 2016 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi 5.00 petang
Tempat : Balai Gadang, JPNS

Kehadiran :-
1. Mohd Wazir bin Hamzah
Ketua Sektor Pendidikan Islam
2. Adnan bin Abd Hamid
Ketua Unit Institusi Pendidikan Agama
3. Zainal Arifin bin Mahsurom
Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam
4. Mohd Nurunnazif bin Jamal Rashid
PP Akademik IPA
5. Ahmad Shahrir bin Abdul Ghani
PP Operasi Pendidikan Islam Teras
6. Mohamad Raffe bin Ghalil Abbas
PP Operasi Pendidikan Islam Elektif
7. Affandy bin Mat Nor
PP Operasi Bahasa Arab
8. Abdul Hafiz bin Azarai
Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid
9. Mohd Firdaus bin Harun
Penyelia SAR/KAFA
10. Ahmad Fadzil Shah bin Arif Shah
Penyelia Data dan Maklumat
11. Fazli Azhar bin Yunus
Penolong PPD j-QAF PPD P.Dickson
12. Zuraidi bin Mazlan
Penyelia Kanan Agama Islam PPD K.Pilah
13. Lailawati binti Ahmad
Pengetua SMKA Sheikh Hj Mohd Said
14. Saiful Bahrin bin Abu
Pengetua SMKA Dato Hj. Abu Hassan Hj. Sail

1
15. Samsiah binti Chik
Pengetua SMA Dato Klana Petra Maamor
16. Suriyah binti Ghazali
Pengetua SMA Nilai
17. Nuri bin Ab Hak
Pengetua SMA Rantau
18. Ariffin bin Yusof
Pengetua SMA Telok Kemang
19. Mohd Zuraidi bin Abdul Wahab
Pengetua SMA Hj. Muhamad
20. Siti Hajar bin Md. Ali
Pengetua SMRA Chuah
21. Zamrud binti Ridzuan
Pengetua SMA Dato Hj. Mustafa
22. Kamaruzaman bin Jaffar
Pengetua SMRA Johol
23. Rohana bt Ghani
Pengetua SMRA Ulu Jempol
24.Japiah binti Jampok
Pengetua SMA Rembau
25.Solahuddin bin Abd Rahman
Pengetua SMA Hj. Mohd Yatim
26.Sharipah Intan binti Syed Aziz
Pengetua SMRA Repah
27.Syed Dzulkarnain bin Syed Nordin
Pengetua SMA Dato Hj. Tan Ahmad
28.Hasnah binti Mohd Yasin
Pengetua SMRA Kuala Klawang
29.Rosnah binti Mohd Taha
Pengetua SMRA Gemas
30.Ramlan bin Md Din
Pengetua SMA Sains K.Pilah
31.Azhar bin Ibrahim
Bahagian Pendidikan JHEAINS
32.Mohd Nazri bin Mohd Normi
Bahagian Pendidikan JHEAINS

2
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi


mengingatkan kepada para pengetua agar sentiasa peka dengan
perkembangan sistem pendidikan. Isu-isu di sekolah dapat
diselesaikan dengan baik dan penutupan sessi 2016 hendaklah
dilakukan dengan baik.

1.2 Pengerusi juga mengingatkan penutupan sekolah sessi 2016


haruslah dengan keadaan tersusun dan teratur dan haruslah
memastikan keadaan bilik darjah dan asrama bersedia dibuka pada
sessi 2017.

1.3 Pengerusi mengingatkan pengetua adalah sebagai tunggak


utama guru-guru sebagai pemaju sekolah dan pengetua mestilah
mengajar di dalam kelas selain daripada mentadbir dalam
pengurusan sekolah.Malah, pengetua haruslah menunjukkan
personaliti pada warga sekolah dengan menjaga komunikasi dengan
guru-guru dan masyarakat sebagai seorang pemimpin yang
berwibawa.

1.4 Pengerusi mengingatkan pengetua sebagai perancang atau


pembimbing pada guru-guru dan segala keputusan yang dibuat oleh
orang bawahan mestilah mendapat persetujuan dari pengetua dan
pengetua perlu mengetahui dari segala aspek.

1.5 Pengerusi juga memaklumkan mesyuarat guru-guru sekolah


hendaklah dibuat selepas 25 Disember 2016 dan pengetua haruslah
mempengerusi mesyuarat penting yang diadakan di sekolah dan
segala isu yang berkaitan dengan disiplin hendaklah dimaklumkan ke
peringkat jabatan.

1.6 Pengerusi mengingatkan segala prosedur kewangan hendaklah


mengikut SOP yang ditetapkan kerana ia melambangkan integriti
sebagai seorang pengetua.

3
1.7 Pengerusi memaklumkan pada pengetua tentang peringatan
daripada pengarah BPI,KPM yang mengingatkan tentang KBK dan
PKK dan pengetua haruslah mengawal mengikut perjanjian yang
dipersetujui.

1.8 Pengerusi juga mengingatkan supaya memantau bahan-bahan


yang disediakan oleh pihak kantin dalam penyediaan makanan
asrama.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ,Kurikulum


Bersepadu Dini/Kurikulum Bersepadu Tahfiz(KBD/KBT) Kali Pertama
Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2016 disahkan seperti berikut :

Cadangan : Rosnah binti Mohd Taha


Pengetua SMRA Gemas

Sokongan : Pn. Rohana bt Ghani


Pengetua SMRA Ulu Jempol

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

Makluman

4
4. PERSIAPAN AKTIVITI TAHUN 2016 DAN AWAL TAHUN 2017.

4.1 Sessi persekolahan 2016 hendaklah ditutup pada 10 Disember 2016


dan sekolah hendaklah dibuka pada 03 Januari 2017 bagi sessi
2017.

4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pengetua haruslah berada di


sekolah sewaktu pembukaan sekolah sessi 2017 kerana pengetua
dijadikan tempat rujukan.

4.3 Pengerusi juga mengingatkan bagi pengurusan sumber manusia


pengagihan tugas mestilah diselesaikan sebelum pembukaan
sekolah
dan pengagihan tugas guru mestilah mengikut pemberatan tugas
yang
bersesuaian.

4.4 Pengerusi juga memaklumkan guru haruslah peka tentang


pengagihan tugas guru dan pengetua haruslah menilai setiap SKT
guru dan mengingatkan supaya guru-guru dan GPK peka pada
Buku Perancangan tersebut.

Makluman

5. PEMBENTANGAN/LAPORAN TMUA/KBD/KBT

5.1 PEMBENTANGAN SMKA DATO HJ. ABU HASSAN HJ. SAIL

5.1.1 Mesyuarat mengambil maklum perkara berkaitan :-

i. Pada 24/11/2016, 125 orang murid daripada 147


mencapai
sukatan yang ditetapkan.
ii. 10 murid daripada 147 orang tamat sukatan dalam cuti
iii. 12 orang tidak mencapai sukatan
iv. Pencapaian tertinggi sebanyak 17 juzuk seorang
perempuan
5
v. Bagi pelajar yang tidak mencapai sukatan intervensi
dilakukan seperti:-
-1 orang guru 1pelajar
-Murabbi TMUA diwujudkan bagi program Huffaz Masjid
untuk tasmik hafazan ke masjid berhampiran.
-Pelajar disarankan mengikuti hafazan di surau
berhampiran.
-Pelajar diberi kad hafazan cuti sekolah.
-Setiap hari 3 baris disemak oleh penjaga
-Huffaz Masjid sekali di masjid berhampiran.

Makluman

5.2 PEMBENTANGAN SMA NILAI

5.2.1 Mesyuarat mengambil maklum perkara berkaitan :-

i. Juzuk 6 23 orang/57 orang


Juzuk 4 6 orang/57 orang
Juzuk 3 10 orang/57 orang
Juzuk 2 2 orang/57 orang

ii. Bagi murid di dalam juzuk 2 surat pertemuan dengan


ibubapa telah dihantar

iii. Bagi juzuk 3 dan 4, ustaz tahfiz membuat jadual secara


insentif semasa cuti kerana pelajar berdekatan dengan
sekolah.

iv. Bagi juzuk 2 pelajar yang kurang berminat berjumpa


dengan
ibu bapa sama ada mahu keluar atau kekal.

6
Makluman

5.3 PEMBENTANGAN SMA HAJI MOHD YATIM

5.3.1 Mesyuarat mengambil maklum perkara berkaitan :-

i. 80 orang/115 orang mencapai sukatan


ii. Baki juzuk 5,4,dan 3 seramai 33 orang
iii. 2 orang murid masih dalam juzuk 1 dinasihatkan
mencari
KAA kerana pelajar tidak minat.
iv. Intervensi dilakukan dengan memaklumkan pada
penjaga memantau hafazan anak disusuli guru-guru
hafazan.

Makluman

5.4 PEMBENTANGAN SMA SAINS SELARU

5.4.1 Mesyuarat mengambil maklum perkara berkaitan :-

i. 90% pencapaian juzuk telah tercapai


ii. Bagi pelajar yang tidak mencapai juzuk masih ditasmik
ditahan cuti sekolah dan dibenarkan balik pada 2/12/16
untuk mencapai tahap KPI yang ditetapkan.
iii. Seorang murid yang mencapai juzuk 18 memohon
keluar dari sekolah ke SMA Dato Mansor kerana aktif
Sukan.

Makluman

7
5.5 Pengerusi mengingatkan pemilihan pelajar tahfiz pada masa
akan datang haruslah melihat minat pada pelajar sendiri
bukannya lebih kepada ibubapa dan haruslah mengingatkan
kepada ibubapa bagi anak yang tidak berminat haruslah keluar
dari peringkat awal supaya kekosongan dapat diisi oleh pelajar
lain.

Makluman

5.6 Pengetua haruslah melihat kecenderungan pada pelajar melihat


pada psikiometrik supaya dapat melihat pada pelajar dan tugas
tersebut hendaklah dilakukan oleh guru bimbingan dan
kaunseling.

Makluman

5.7 PEMBENTANGAN SMA RANTAU

i. 2 orang guru interim untuk menampung guru yang


ada (B.Arab)
ii. Seorang pelajar tidak dapat menguasai B.Arab dan
Syariah gagal tetapi lulus di dalam Usuluddin
iii. KBD menaik KBT menurun
iv. Pengerusi memaklumkan sistem pendidikan tidak
boleh membuang pelajar dan cara penyelesaiannya
haruslah membuat perbincangan dengan ibu bapa.
v. Pengerusi juga memaklumkan guru haruslah
Diberi pendedahan dalam mengajar KBD dalam
Pdp.

Makluman

5.8 PEMBENTANGAN SMA DATO KLANA PETRA MAAMOR

i. Pencapaian KBD dalam sumatif Satu


8
ii. Bagi subjek Usuluddin 56 sahaja lulus
iii. Kelemahan pelajar dalam penggunaan buku teks
B.Arab Syariah dan Usuluddin.
iv. Pengerusi memaklumkan sekolah haruslah
membuat program transisi pada pelajar tingkatan 1.

Makluman

5.9 PEMBENTANGAN SMA HAJI MUHAMAD

i. Pengetua mencadangkan B.Arab perlu diadakan


ujian lisan dan ujian bertulis dengan ini ia dapat
membantu subjek syariah, B.Arab dan Usuluddin
seterusnya dapat membantu calon yang mengambil
subjek usuluddin dan syariah dalam SPM.
ii. PP Operasi Pendidikan Islam Teras membentangkan
Format PT3 Usuluddin (96) dan Format PT3 Al-
lughah Al-arabiah Al-Muasirah dalam ujian lisan.
Sila Rujuk Slide Show

Makluman

6 PEMBENTANGAN KEMASUKAN SMKA/SABK

6.1 Mesyuarat mengambil maklum tentang permohonan kemasukan


ke SMKA sebanyak 3607 permohonan.Temuduga kelayakan ke
SMKA Sheikh Hj. Mohd Said seramai 498 orang dan SMKA
Dato Hassan Hj Abu Sail seramai 269 orang dan kemasukan
tawaran ke SMKA Sheikh Hj. Mohd Said sebanyak 150 orang
dan SMKA Dato Hassan Hj. Abu Sail sebanyak 150
orang.Temuduga akan dilakukan pada 8/12/2016 bagi SMKA
Sheikh Hj. Mohd Said dan 14-15/12/2016 bagi SMKA Dato Hj.
Abu Hassan Hj. Sail.Kemasukan pelajar SMKA pada 2/1/2016.

9
Makluman

6.2 Mesyuarat mengambil maklum sebanyak 3487 permohonan ke


SABK dan temuduga sebanyak 2421 orang dan tempat yang
ditawarkan sebanyak 1096 orang.

Makluman

7 PELAPORAN SUMUR

7.1 Mesyuarat mengambil maklum tentang Pelaporan Sumur


haruslah dihantar oleh pihak sekolah sepertimana mengikut
tarikh yang ditetapkan oleh PDSI dan pemantapan sumur perlu
diambil kira oleh guru.

7.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang Sumur Rintis di SMK Panchor,


SMK Bandar Baru Serting, SMK Undang Rembau, dan
SMK Senaling.

Makluman

8 PERJAWATAN GURU

8.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang permohonan pertukaran guru


SMKA/SABK keluar dari Negeri Sembilan seramai 39 orang.
Kelulusan daripada pengetua seramai 21 orang dan lulus ke luar
dari Negeri Sembilan seramai 5 orang.

8.2 Mesyuarat juga dimaklumkan permohonan guru dari luar ke


Negeri Sembilan seramai 34 orang.Kelulusan 4 orang guru ke
SMKA/SABK seramai 4 orang dan kelulusan ke SMK seramai
1 orang guru.

10
8.3 Mesyuarat mengambilkira bagi pertukaran guru KBD/KBT antara
daerah 13 orang telah lulus dan 7 orang termasuk
Redeployment.

8.4 Mesyuarat dimaklumkan tentang bekalan guru Dini yang


ditemuduga dan keperluan yang diperlukan seramai 51 orang
dan penempatan guru yang diperlukan segera seramai 37 orang
kemungkinan akan dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.5 Mesyuarat dimaklumkan tentang pembentangan BSKG (Senarai


Status Keperluan Guru) oleh Penyelia Data dan Maklumat.
Sila rujuk slide show.
Makluman

8.6 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan lebihan guru di SMA


Sains K.Pilah seramai 5 orang dan senarai nama guru
berlebihan
hendaklah dikemukakan ke Sektor Pendidikan Islam,JPNS bagi
mengisi kekurangan guru di sekolah yang memerlukan.

Tindakan : GPK Hem SMA Sains


K.Pilah

8.7 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan Guru Interim KBT di


SMKA Dato Hj. Abu Hassan Hj. Sail akan berakhir pada
Disember 2016 dan tidak boleh hadir ke sekolah pada sessi
2017.

Tindakan : KU IPA

8.8 Mesyuarat dimaklumkan tentang bekalan guru tahfiz seramai 78


orang pada tahun 2017.

Makluman

9 PEMBANGUNAN

9.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang peruntukan akan diberikan


untuk menaik taraf tandas sekolah.
11
9.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang peruntukan yang diturunkan ke
SMA Nilai berkaitan elektrik dan tandas juga SMA Telok Kemang
berkaitan elektrik dan bumbung kantin.

Makluman

10 PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN

10.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang proses PBPPP sedang


dijalankan oleh pegawai SPI,JPNS.

10.2 Mesyuarat mengambil maklum sekiranya sekolah mempunyai


sebarang masalah berkaitan PBPPP bolehlah merujuk pada
Md.Khairiliqwan bin Husin ditalian 03-8327200/7240 atau email
ke ikqwan@moe.gov.my.

10.3 Mesyuarat dimaklumkan tentang pembentangan Status


Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan oleh Penyelia
Data dan Maklumat. (Sila Rujuk Slide Show)

10.4 Pengerusi mengingatkan PBPPP dihantar sebelum 10 Disember


2016.

11 LAPORAN PERBELANJAAN WARAN PERUNTUKAN KECIL (WPK)

11.1 Pengerusi membentangkan Laporan Perbelanjaan Waran


Peruntukan Kecil (WPK) bagi Program Kecemerlangan
Akademik
Institusi Pendidikan Agama bagi tahun 2016 dan pengerusi
menyuruh melihat pada Outcome.
(Sila Rujuk Slide Show)

12 HAL-HAL LAIN

12
12.1 SMRA CHUAH

12.1.1Mesyuarat dimaklumkan berkaitan GPK Hem yang


masih belum dilantik dan pengerusi memaklumkan
supaya menunggu surat daripada SPI,JPNS.

12.1.2Mesyuarat dimaklumkan tentang retakan yang


berlaku di bangunan sekolah dan sering masalah
gangguan bekalan eletrik di 2 ibnu khaldun dan
pengerusi memaklumkan supaya sekolah membuat
permohonan.

12.1.3Mesyuarat dimaklumkan tentang permasalahan


pertukaran sepasang guru suami isteri yang telah
bercerai dan pengerusi memaklumkan menunggu
keputusan lanjut dari BPI,KPM.

Makluman

12.2 SMRA GEMAS

12.2.1Mesyuarat dimaklumkan tentang peruntukan uitiliti


yang tertunggak sebanyak RM 62,000 dan
pengerusi
menyatakan bil tertunggak bagi SMKA/SABK telah
dikumpulkan sebanyak RM 560,000 dan lebihan
telah dipulangkan ke BPI,KPM dan pengerusi
memaklumkan sekolah hendaklah memohon kepada
BPI,KPM dan bayaran hendaklah dilakukan secara
ansuran.

Makluman
12.3 SMRA ULU JEMPOL

12.3.1Mesyuarat dimaklumkan sekolah akan mengadakan


Ting. 4 seramai 17 orang.
13
Makluman

12.3.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang ketiadaan guru


Kokurikulum, guru KKQ, dan guru Dini.

Makluman

12.3.3 Mesyuarat mengambil maklum tentang permohonan


bangunan tambahan dan asrama.

Makluman

12.3.4 Mesyuarat dimaklumkan tentang penurunan


peruntukan oleh PPD sebanyak RM 20,000 bagi
pelajar ting.4.
Makluman

12.4 SMA HJ. MUHAMAD

12.4.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang Bantuan Makanan


Asrama bagi bulan November,2016 kekurangan
sebanyak Rm 70,000 kerana bantuan yang diberikan
oleh BPI,KPM hanya sebanyak RM 30,000 dan
pengerusi memaklumkan BPI,KPM sedang
mengumpulkan duit-duit yang berlebihan di setiap
negeri dan pengerusi memohon menghantar BMA
yang tidak berbayar kepada SPI,JPNS sebelum
5 Disember 2016 untuk dibawa kepada mesyuarat
BPI,KPM.

Makluman

14
12.5 SMA HJ. MOHD YATIM

12.5.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang kekurangan Bantuan


Makanan Asrama dan pengerusi memaklumkan supaya
menghantar BMA yang tidak berbayar ke SPI,JPNS
untuk dikemukakan kepada BPI,KPM.

12.5.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang kekurangan 2 orang


guru pada tahun hadapan kerana berpencen

12.5.3 Mesyuarat dimaklumkan tentang keperluan guru


Matematik dan Sains dan seorang Guru Kanan
Mata Pelajaran.
Makluman

12.6 SMA DATO HJ. MUSTAFA

12.6.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang penerimaan surat


Notis dari bomba untuk peralatan pemadam api
di sekolah dan pengerusi menyatakan agar menghantar
permohonan peruntukan kepada Lembaga Pengurusan
Sekolah dan BPI,KPM.

12.6.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang keperluan 2 orang


Pembantu Makmal dan Ketua Unit IPA memohon
membuat pembetulan pada ABM 2017.

12.6.3 Mesyuarat dimaklumkan tentang teguran PPD


berkenaan jurusan Prinsip Perakaunan tiada subjek
Matematik tambahan dan pengerusi memaklumkan
supaya merujuk pakej dari pengurusan akademik.

Makluman
12.7 SMA DATO KLANA PETRA MAAMOR

12.7.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang Program Rangsangan


Pembangunan Khas bagi makmal, kantin, dan bumbung
15
tapak perhimpunan dan bumbung tapak perhimpunan
dijangka siap pada Januari 2017.

12.8 SMA TELOK KEMANG

12.8.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang kekurangan 4 orang


guru termasuk 2 orang guru B.Arab dan Ketua Unit IPA
memaklumkan keperluan guru bergantung pada BSKG.

Makluman

12.8.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang keperluan satu blok


Bangunan untuk kegunaan dewan peperiksaan dan
Pejabat kelihatan beberapa bangunan nampak uzur
Dan perlu dicat dan dibersihkan.Pengerusi
Memaklumkan supaya menghantar permohonan ke
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Makluman

12.8.3 Mesyuarat dimaklumkan tentang permasalahan rumah


pump air mohon dipindahkan ke dalam kawasan sekolah
dan mesyuarat memutuskan supaya memohon kepada
pihak SAINS.

Makluman
12.9 SMA NILAI

12.9.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang persaraan GPK 1


pada
01 April 2017 dan memohon guru yang menggantikan
memiliki opsyen Sains/Matematik dan pengerusi
memaklumkan opsyen bergantung pada bekalan.

Makluman
12.10 SMA REPAH

12.10.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang pembinaan kantin


yang dijangka siap pada Februari 2017 dan sekolah
memohon perabot untuk kantin dan pengerusi
16
memutuskan supaya sekolah memohon kepada Unit
Pengurusan Aset,JPNS.

Makluman
12.11 SMA KUALA KLAWANG

12.11.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang ketiadaan Pembantu


Makmal dan pengerusi memutuskan supaya melantik
Pembantu Operasi (PO) membuat penanggungan
tugas.

Makluman

12.12. SMA SAINS KUALA PILAH

12.12.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang permasalahan


moto pump auto air tidak berfungsi dan pengerusi
memutuskan supaya mengajukan permasalahan
tersebut pada BPI,KPM.

Makluman

12.12.2 Mesyuarat dimaklumkan tentang kekurangan katil dan


tilam sebanyak 300 buah dan meja makan untuk
dewan
makan dan pengerusi memutuskan supaya memohon
pada Unit Pengurusan Aset, JPNS.

Makluman

12.12.3 Mesyuarat dimaklumkan tentang permohonan membina


pintu tembok asrama dan pengerusi memutuskan
supaya kertas kerja pembangunan sekolah tersebut
hendaklah dihantar ke SPI,JPNS untuk dipanjangkan
pada BPI,KPM.
17
Tindakan : GPK Hem SMA Sains K.Pilah

12.12 JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (JHEAINS)

12.12.1 Mesyuarat mengambil maklum supaya sekolah


mengemaskini Bantuan Perkapita MAINS.

Makluman

12.12.2 Mesyuarat mengambil maklum supaya sekolah


melihat isu halal bagi setiap makanan pada kontraktor
makanan.

Makluman

12.12.3 Pihak JHEAINS merakamkan terima kasih kepada


SABK kerana membantu dalam pengurusan.

Makluman

13 PENUTUP

13.1 Pengerusi memaklumkan pengambilan pelajar SABK perlulah


memastikan peratusan rakyat N.Sembilan lebih tinggi.

13.2 Pengerusi menyatakan pembukaan kelas KBD/KBT mengikut


bilangan pelajar yang perlu diambil pelarasan dari ting.1 hingga
Ting. 5 dan pelajar KBT wajib duduk di asrama.

13.3 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua-


18
Pengetua terutama pengetua yang bakal bersara di atas
sumbangannya.

13.4 Pengerusi mengingatkan sebagai perlaksana haruslah


mengikut
Dasar Kementerian .

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang dan disudahi dengan Tasbih
Kaffarah.

Urus Setia
Mesyuarat Pengetua SMKA/SABK
Tarikh : 07 Disember 2016

19

You might also like