You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERTAMA

PENGAKAP .

TARIKH : 1.2.2017
HARI : Rabu
MASA : 3.00 4.00 ptg
TEMPAT : Dewan Sekolah.

GURU PENASIHAT : Pn. K. Indraganthi & Pn. M. padmini


Pn. L. Kawita & Pn. B.Kalaivani
Pn. Pn. K. Muniaammah & Pn. S. Kogilavani

JUMLAH KEHADIRAN AHLI : 45 / 45 orang murid.

Agenda 1. Ucapan Aluan.


Pn.L. Kawita telah mengalu alukan kehadiran semua ahli. Beliau dan
guru guru lain mengambil kehadiran murid mengikut kelas. Beliau
meminta ahli ahli memberi kerjasama semasa pemilihan ahli
jawatankuasa supaya ia berjalan dengan lancar.

Agenda 2. Pengenalan Dengan Guru Penasihat.


Pn.L. Kawita telah memperkenalkan guru guru PENGAKAP .
Pn.K. Inra dan Pn.M. Padmini akan mengajar kelas tahun 4, Pn. L. Kawita
dan Pn. B. Kalaivani akan mengajar kelas tahun 5, manakala tahun 6
diajar oleh Pn. K. Muniaammah dan Pn. S. Kogilavani.

Agenda 3. Pemilihan AJK.


Pemilihan AJK bermula dengan cadangan nama untuk jawatan
pengerusi. Pengerusi, dan setiausaha dipilih dari kalangan
murid murid tahun enam. Murid murid dari tahun lima telah dipilih
untuk mengisi jawatan naib pengerusi dan naib setiausaha manakala
jawatan bendahari diberi kepada murid tahun 6. Seorang
murid dari setiap kelas dipilih sebagai ahli. ( Rujuk lampiran 1 )
Semua pemilihan calon dicadang dan disokong oleh suara ramai murid.
Pn.L. Kawita telah menerangkan peranan dan tanggungjawab setiap AJK.
Agenda 4. Cadangan Aktiviti Tahunan.
Rancangan tahunan persatuan dibincangkan oleh ahli ahli dan guru
guru penasihat ( Rujuk lampiran 2 )

Agenda 5. Undang -Undang Persatuan.


Pn.L. Kawita telah menerangkan tentang hari , masa dan tempat
perjumpaan. Perjumpaan diadakan pada hari Rabu selang seminggu , pada
pukul 3.00 4.00 petang di bilik 2K, 2B, dan 3K. Beliau menasihatkan
murid murid memakai pakaian PENGAKAP pada setiap perjumpaan.
Kutipan yuran tidak akan dibuat melainkan bila perlu. Murid murid
dilarang memakai barang barang emas bersaiz besar.

Agenda 6. Latihan nyanyian lagu PBSM.


Pn.K. Muniaammah telah melatih murid murid menyanyi lagu
PENGAKAP selama 20 minit. Murid murid diminta hafal lirik lagu
PENGAKAP dan nyanyi lagu tersebut pada setiap kali perjumpaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan Oleh,

( PN.KAWITA LETCH MANAN )


Penyelaras Pengakap,
SJK(T) Mukim Pundut.

Disahkan Oleh,

( PN.K.MARIAMMAH )
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
SJK(T) Mukim Pundut.

You might also like