You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA

KELAB BADMINTON RAWANG (2015)

Tarikh : 27 Disember 2015


Masa : 8.30 pm
Tempat : River View Restaurant, Kuala Selangor

1. KEHADIRAN

HADIR :
1. EN. KUMARASAMY ( PENGERUSI)
2. EN. GANESAN (TIMBALAN PENGERUSI)
3. EN.SIVA SANGKER ( SETIAUSAHA)
4. EN. THINESH ( BENDAHARI)
5. EN. JAYA SEELAN
6. EN. SUBRAMANIAM
7. EN.SIVALINGGAM
8. EN. NARASIMMAN
9. EN. ANBANANTH
10. EN. SELVANATHAN
11. EN. RAZAK
12. EN. POOBALAN
13. EN. GANESAN
14.EN.PETER
15. EN.KUMAR
16. EN.SUGUNAN

TIDAK HADIR :
1. EN. AATHI
2. Dr. LOO

2. KORUM MESYUARAT AGUNG

Korum mengikut perlembagaan (1/2) : 10 orang


Jumlah ahli yang hadir ( Layak Mengundi ) : 16 orang

1
3. AGENDA MESYUARAT

I. Ucapan Pengerusi
II. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang lepas
III. Menerima dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahun 2015
IV. Menerima dan Mengesahkan Laporan Kewangan dan penyata kira-kira Tahun 2015
V. Pemilihan Jawatankuasa Bagi Sesi 2016
VI. Membentang dan Menerima Usul-Usul
VII. Hal-hal Lain

4. UCAPAN PENGERUSI

4.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
4.2 Tahun 2015 merupakan tahun yang penuh bermakna kepada RBC dan membawa kejayaan
dalam pelbagai aspek.
4.3 Ini merupakan mesyuarat agung yang Pertama setelah kelab secara rasmi didaftarkan yang
sebelum ini dikenali sebagai Jaguh Gemilang Badminton Club. ( JGBC)
4.4 Beliau juga menyenarikan kejayaan kelab pada tahun ini. Antaranya:
- An Evening with RBC
- Penglibatan RBC dalam JCC
- Anjuran Rawang Open oleh RBC
4.5 Pengerusi juga merakamkan terima kasih dan syabas kepada semua ahli, dan juga khasnya
kepada En. Jaya Seelan atas sumbangan beliau dalam kejayaan aktiviti-aktiviti kelab.
4.6 Beliau juga meminta jasa baik semua ahli supaya mencadangkan aktivi-aktivi yang bakal
dianjurkan oleh RBC pada sesi usul.

5. MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LEPAS

5.1 Tiada minit mesyuarat agung tahunan yang lepas. Ini adalah kerana Kelab baru didaftarkan dan
ia mengadakan mesyuarat agung yang pertama.

6. MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2015

6.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahun 2015.


6.2 Dicadang oleh : En. Jeya Seelan
6.3 Disokong oleh : En. Sugunan
6.4 Laporan aktiviti tahun 2015 RBC diterima sebulat suara.

2
7. MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN DAN PENYATA KIRA-KIRA TAHUN 2015

7.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan tahu 2015 dengan bantuan En. Razak.
7.2 Dicadang oleh : En. Peter
7.3 Disokong oleh : En.Siva linggam
7.4 Laporan kewangan tahun 2015 RBC diterima sebulat suara.

8. PEMILIHAN JAWATANKUASA

8.1 Pengerusi : En. Kumarasamy


Dicadang : En. Sugunan
Disokong : En. Jeyaseelan
Dipilih secara sebulat suara

8.2 Timbalan Pengerusi : En. Ganesan


Dicadang : En. Peter
Disokong : En. Kumar
Dipilih secara sebulat suara

8.3 Setiausaha : En. Sivasangker


Dicadang : En. Anbananth
Disokong : En. Subramaniam
Dipilih secara sebulat suara

8.4 Bendahari : En. Thinesh


Dicadang : En. Razak
Disokong : En. Selvanathan
Dipilih secara sebulat suara

9. USUL

9.1 EN.Kumarasamy mengusulkan RBC perlu dipromosikan di peringkat daerah Gombak dan negeri
Selangor.
9.2 En. Selva mencadangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan perlu memfokuskan kalangan
pelajar dan guru.
9.3 En.Razak mencadangkan supaya jawatankuasa khas perlu diwujudkan untuk setiap aktiviti yang
akan dijalankan.

3
9.4 Jawatankuasa Khas :
9.4.1 : Aktiviti JCC
En. Jeya Seelan , En.Selvanathan & En. Sivalinggam

9.4.2 : Aktiviti Rawang Open


En. Sugunan, En.Jeyaseelan, En. Anbananth & En. Ganesh

9.4.3 : Lawatan
En.Razak , En.Peter & En.Ganesan

10. HAL-HAL LAIN

10.1 En. Jeyaseelan


10.1.1 Pertama kali RBC menganjurkan 3 aktiviti utama dengan jayanya. Berasa terharu &
berpuashati komitmen yang diberikan oleh pengerusi dan semua ahli.
10.1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua ahli.
10.1.3 JCC adalah suatu usaha baru. Target RBC adalah melayakkan diri untuk pusingan kedua.
Tetapi kita gagal. Walaubagaimanapun, penyertaan RBC amat membanggakan.
10.1.4 Mengucapkan terima kasih kepada En.Jeeva atas sumbangan beliau.
10.1.5 Mendapat pengalaman untuk menyediakan pemain menyertai sesuatu pertandingan.
10.1.6 Pada tahun2015, Pelbagai insiden yang positif & negatif berlaku di dalam kelab. Positif
perlu diteruskan. Negatif perlu dibaiki.
10.1.7 Jika seseorang difikir tidak dapat memberi komitmen dalam aktiviti kelab, perlu
memaklumkan jawatankuasa. Beliau boleh, meneruskan sebagai guest player / ahli
gabung.
10.1.8 Beliau menjemput semua ahli untuk majlis rumah terbuka sempena Hari Krismas.

10.2 En. Kumar (motor)


10.2.1 Aktiviti-aktiviti khas perlu diadakan memfokuskan komuniti india khasnya murid-murid
dari SJKT dan aktiviti untuk guru dari semua sekolah.

10.3 En. Subramaniam


10.3.1 Mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ahli.

10.4 En.Ganesh
10.4.1 Cadangkan mengadakan klinik badminton pada bulan April @ Mei.
10.4.2 Sebarang bayaran untuk pertandingan persahabatan dan juga pertandingan dalamam
dengan team lain harus dibayar oleh Pemain sendiri. Kelab tidak perlu tanggung
sebarang bayaran.

4
10.5 En.Sugunan
10.5.1 Lawatan perlu diputuskan secepat yang mungkin. Tarikh & tempat perlu diputuskan
supaya ramai ahli dapat menyertai. Ini kerana, dalam kalangan ahli terdapat dari sektor
swasta.

10.6 En.Razak
10.6.1 Tempat & tarikh lawatan akan diputuskan pada bulan Januari. Ahli boleh bayar secara
ansuran.
10.6.2 RBC merupakan kelab multi rasional. Perpaduan dalam kalangan sangat erat.

10.7 En.Thinesh
10.7.1 Sila bayar yuran tepat waktunya.
10.7.2 Setiap 3 bulan aktiviti dalaman perlu dijalankan.
10.7.3 Jika ada sebarang masalah ataupun bantahan terus lapor kepada jawatankuasa.

10.8 En.Selvanathan
10.8.1 Ucapkan terima kasih kepada semua ahli.
10.8.2 Terima kasih kepada Tuan SI untuk menyediakan makanan yang sedap.
10.8.3 Kepada ahli yang bayar yuran secara lumsum perlu diberi diskaun / token.

11. UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyurat Agung Tahunan ditamatkan pada jam 10.15 malam dengan ucapan terima kasih oleh
setiausaha.

Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh :

...
(SIVA SANGKER A/L SUNDRA RAJ PARTHEEBAN) (KUMARASAMY A/L VELLASAMI)
Setiausaha Agung Pengerusi
Kelab Badminton Rawang Kelab Badminton Rawang

You might also like