You are on page 1of 4

SEK. KEB.

SERI KEPAYANG
FAIR PARK, 31400 IPOH, PERAK

MINIT MESYUARAT INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


KALI PERTAMA TAHUN 2016

Hari : Khamis
Tarikh : 21 Januari 2016
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Seri Kepayang, Fair Park
Pengerusi : En. Zulkipli b. Husain
( PK Pentadbiran SK Seri Kepayang)

Kehadiran :
1. En. Zulkipli b. Husain - PK Pentadbiran SK Seri Kepayang
2. Pn. Aznilah bt. Awang Maharum
3. Pn. Irdayu bt. Adnan
4. Pn. Haslinda bt. Bakeri
5. Pn. Haslinda bt. Shamsudin
6. Pn. Norasiah bt. Mohamed Nordin
7. Pn. Rodiyah bt. Ismail
8. Pn. Siti Fatimahanis bt. Ishak
9. En. Zulkernain b. Abdul Rashid
10. Pn. Jessy Fernandez a/p S. Pathrose
11. Pn. Wahidah bt. Yusoff
12. Pn. Suhairiza bt. Abd. Rashid
13. En. Kamarzaman b. Mahmud
14. En. Sawandarapandy a/l Thangapandy
15. Pn. Norlia Bt. Isa

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Penolong Kanan Pentadbiran mewakili guru besar mengucapkan terima kasih kerana
menghadiri mesyuarat kali pertama 2016 tahniah atas lantikan jawatan kuasa 2016.
Penolong Kanan Pentadbiran memohon gugu-guru merujuk aspek penting pengurusan
sekolah serta jawatan kuasa dalam takwim sekolah muka surat 84. Penolong Kanan
Pentadbiran mengulas bahawa sepanjang ketiadaan Cik Mirawati bt. Jahaya, setiausaha

1
Pusat Sumber tiada dan di ambil alih oleh Pn. Norasiah bt. Mohamed Nordin. Pada tahun
2016 Pn. Haslinda bt. Bakeri telah dilantik sebagai Guru Media PSS yang baru.

(Tindakan: semua guru)

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

Minit mesyuarat tidak dapat disahkan kerana ketiadaan minit mesyuarat yang lalu.

4.0 PERKARA- PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit yang dapat dibincangkan.

5.0 JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2016

i. Berdasarkan takwim m.s 84 dan 85 dengan ini guru-guru tersebut dilantik


sebagai jawatankuasa Media dan Pusat Sumber Sekolah tahun 2016.
ii. Pn. Haslinda Bakeri di minta mendapatkan surat pelantikan guru Media PSS
untuk di rujuk ke PPD.
iii. Pn. Suhairiza bt. Abd. Rashid dilantik sebagai Setiausaha 2 NILAM agai dapat
membantu pengisian NILAM sekiranya Pn. Haslinda bt. Bakeri tidak ada dalam
sekolah atau berurusan di luar sekolah.
iv. Semua ketua-ketua panitia dilantik sebagai AJK jawatankuasa Media dan Pusat
Sumber Sekolah tahun 2016.
(Tindakan: Guru Ketua Unit)

6.0 Perancangan Strategi PSS

i. Perancangan Strategi diteruskan dengan perancangan strategi sedia ada 2014,


2015 dan perancangan 2016.
ii. Pelan taktikal dan pelan Operasi 2016 perlu dimasukkan program
Dear / Diam
KBAT
Jadual PSS
Pertandingan-pertandingan

2
6.1 Pengurusan PSS
i. Program Dear & Diam. Guru yang pertama dalam jadual bertugas mingguan akan
memantau program tersebut di kantin waktu pagi sebelum berbaris masuk ke
kelas. Buku-buku akan diedarkan oleh pengawas PSS yang bertugas mengikut
jadual tugasan harian mereka.
ii. Untuk makluman terdapat 1 sudut pusat sumber di bawah tangga naik ke pejabat,
mohon diurus seliakan.
iii. Atas persetujuan guru besar kad pusat sumber yang baru akan disediakan untuk
semua murid. Pemberian kali pertama adalah percuma. Murid akan dikenakan
bayaran penggantian sekiranya kad tersebut hilang atau rosak.
iv. Di minta menyemak inventori semua perabot-perabot dan peralatan sekolah yang
terdapat di PSS, KWPA:7.
v. BBM perlu di letakkan dalam almari yang terdapat di bilik guru. Peralatan
Pendidikan Jasmani dan sukan telah dipindahkan ke Stor Sukan. Guru-guru
diminta kosongkan beberapa almari untuk barang-barang mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan seni. Diminta menyediakan
2 buah buku stok penggunaan BBM untuk diletakkan 1 di PSS dan 1 di bilik guru.
( Tindakan: semua guru )

7.0 Hal- hal lain.

i. Pn. Siti Fatimahanis bt. Ishak mohon untuk membawa murid Prasekolah untuk
menggunakan TV Pendidikan Astro.
ii. PK Pentadbiran meminta guru Media PSS menyediakan peraturan kecil PSS.
iii. PK Pentadbiran meminta guru Media PSS memohon pihak PKG mengadakan
LDP PSS.
iv. PK Pentadbiran meminta guru Media PSS memasukkan bahan bacaan ke dalam
Frog Vle PSS.
( Tindakan: guru berkenaan )

6.0 Ucapan penangguhan.

Pengerusi berharap agar segala aktiviti yang dirancang akan berjalan lancar.
Mesyuarat ditangguh pada jam 1.50 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

. .............................................
( HASLINDA BINTI BAKERI ) (En. Zulkipli b. Husain)
Guru Media PSS, Pen. Kanan Pentadbiran,
SK Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh SK Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh
Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan.

3
4

You might also like