You are on page 1of 20

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK


BILANGAN 1/ 2015

Tarikh : 5 Februari 2015 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi 5.00 petang
Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Pengerusi : Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman, AMN., AMP.
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman Ketua PPD


2. Tn. Hj. Mohd. Sahid bin Alias Timbalan PPD
3. En. Mat Hamdan bin Amin PPPD (Menengah)
4. Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri PPPD Kurikulum Bahasa
5. En. Mohd. Azmin bin Samsudin PPPD Matematik dan Sains
6. Tn. Hj. Mohamad Daud bin Abdullah Pegawai Kaunselor Pentadbiran
7. En. Norazam bin Mat Isa PPPD Kurikulum (Kemanusiaan)
8. Tn. Hj. Ariffin bin Zakaria PPPD Penilaian & Peperiksaan
9. En. Mohd SyukriAlsalam bin Musman PPPD Pendidikan Islam
10. En. Mustaqim bin Derani Penyelia Penilaian & Peperiksaan
11. En. Sofuan bin Idris PPPD Perolehan Aset
12. En. Sharifuddin bin Ali PPPD Vokasional & Teknik
13. Pn. Noor Laila bt. Ishak PPPD Vokasional & Teknik (R)
14. En. Yoeh Cheang An Penyelia SJK Cina
15. Tn. Hj. Nur Khuzaizi bin Md. Yusoff Penyelia Kanan HEM
16. En. Marashin @ Hashim bin Mohammad Penyelia Sekolah Rendah
17. En. Arzmi bin Mohd Ghazali Penyelia Pendidikan Swasta/ Khas
18. En. Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi Penyelia ICT
19. En. Muhammad Yusuf bin Zakaria Penyelia HEM
20. En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain PPPD ICT
21. Tn. Hj. Hishamuddin bin Dahalan PPPD Pendidikan Khas
22. En. Kamal bin Abdul Rahman PPPD Kaunseling & Kerjaya Murid
23. En. Muhamad Rafangai bin Bardi PPPD Bahasa Inggeris (Rendah)
24. En. Zam Mamor bin Misran @ Misiran PPPD Sains & Matematik (Rendah)
25. En. Mohd. Sidek Al-Munadi bin Abdul Razak PPPD KGSK/ GSTT/ GG
26. En. Mustafa Kamal bin Mohd Danan Penyelia Kokurikulum
27. Pn. Suazlina bt. Salbani Pegawai Fasilinus (Literasi)
28. En. Abdul Nasser bin Abdul Majeed Pegawai Fasilinus (Literasi)
29. En. Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak Pegawai Fasilinus (Numerasi)
30. En. Ahmad Nazamuddin bin Abi Madian Pegawai Fasilinus (Numerasi)
31. En. Navin Dave a/l Sreenivasan Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)
32. Pn. Komlah a/p Perumal Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)
33. Pn. Hasmah bt. Usman Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)
34. En. Mohd Norhafiz bin Noor Aini Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)
35. Dr. Devan V Rajaram SIP+
1
36. Tn. Hj. Abd. Rahim bin Ahmad SIP+
37. En.Shuibun bin Hamid SIP+
38. En. Sajali bin Hashim SISC+ (Matematik Rendah)
39. Dr. Abd. Hamid bin Abu Bakar SISC+ (BM Rendah)
40. En. Mohd Basri bin Nasdor SISC+ (Matematik Rendah)
41. Pn. Suraiya bt. Osman SISC+ (BI Rendah)
42. Pn. Paramaswari a/p Sarathee SISC+ (BI Rendah)
43. Cik Hjh. Hajar Fatimah bt. Hj. Mohd Ali SISC+ (BI Rendah)
44. Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah YDP Majlis Guru Cemerlang
45. En. Rosmani bin Talib YDP Majlis Guru Kaunseling
46. Pn. Roziaton Norin bt. Mohd. Yusof Ketua PKG Daerah Hilir Perak
47. Semua Pengetua Daerah Hilir Perak
48. Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak

Kecuali yang mewakilkan:

1. En.Mohd Jailani bin Masmuri SMK Hutan Melintang


2. Pn.Kasmiyati bt Katiman SMK Seri Perkasa
3. Santha Moorthy Dri SMK Horley Methodist
4. Pn Zalina bt Omar Baki SK Ayer Hitam
5. En.Noordin b. Ismail SK Sg Jejawi
6. En.Raslan b. Shaari SK Tebing Rebak
7. En.Su Musa bin Johor SKK Chikus
8. Pn.Masitah bt Sulong SK Permatang
9. Pn.Rosidah bt Asmawi SK Permatang Pelandok
10. En.Mohd Faddir bin Baharin SK Peengkalan Ara
11. En.Adnan bin Din SK Sungai Sumun
12. Pn.Maizatul Mina bt Samsuddin SK Sg Dulang Dalam
13. Pn.Mazlia bt Sidik SK Ulu Bernam
14. Pn.Krisna Kumari SK Convent
15. Cik Sangeetha Latchumy Sengiah SJKT Ldg Stratmashie
Urus Setia :
1. En.Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak Pegawai Fasilinus (Numerasi)
2. En. Faddil Azhar bin Mat Pegawai Fasilinus (Literasi)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


2
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana hadir dan
menyatakan kesyukuran atas kesempatan yang diberikan Illahi.

1.1. Pengerusi memaklumkan ketiadaan guru-guru besar sekolah berikut :


i. SK Tebing Rebak (Belum melapor diri)
ii. SK Convent ( Cuti sakit)
iii. SK Sg Sumun ) (Cuti sakit)
iv. SK Sg Jejawi (Cuti sakit)
v. SMK Horley Methodist (Kekosongan jawatan belum diisi)
vi. SMK Hutan melintang ( Hari terakir di sekolah)

Tindakan : Makluman

1.2. SASARAN KERJA TAHUNAN(SKT) PPD HILIR PERAK

1.2.1. SKT PPD Hilir Perak 2015 ialah :

i. Mencapai kedudukan nombor satu dalam peperiksaan awam.


ii. Mencapai kedudukan kedua terbaik dalam sukan.
iii. Meningkatkan imej organisasi.
iv. Mewujudkan sistem penyampaian yang cekap.

Tindakan : Makluman

1.3. SITUASI KEJAYAAN SEKOLAH

1.3.1. Situasi kejayaan sekolah dapat dilihat dalam beberapa keadaan iaitu :

i. Sekolah yang sentiasa dapat mengekalkan kejayaan.


ii. Sekolah yang mencatat prestasi turun naik.
iii. Sekolah yang merosot setelah mencapai kejayaan.
iv. Sekolah yang mempunyai murid cemerlang tetapi tidak
cemerlang.
v. Sekolah yang mempunyai murid potensi lulus tetapi tidak dapat
mencatat pencapaian kuantiti yang memberansangkan.

Tindakan : Makluman

1.4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB)

3
1.4.1. PGB hendaklah memahami bahawa 70 peratus tugas mereka berkaitan
dengan kurikulum. Justeru, PGB perlu memperuntukkan tumpuan
yang sewajarnya terhadap kurikulum agar sentiasa diberi keutamaan.

1.4.2. Semua PGB perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dan falsafah berkenaan boleh direalisasikan dengan
melihat pencapaian murid.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.5. Pengerusi memaklumkan bahawa pada 29 Januari 2015 yang lalu, seramai 73 orang
guru baharu lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah melapor diri ke daerah
Hilir Perak. Hal ini menjadikan sumber guru bagi semua sekolah terutama Sekolah
Kebangsaan Cina (SJKC) mencukupi.
Tindakan : Makluman

1.6. Bagi memantapkan sumber kewangan sekolah selari dengan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah hendaklah bijak mencari kaedah menambah
dana kewangan sekolah. Antaranya , menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dan sebagainya.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.7. MODAL INSAN CEMERLANG

1.7.1. Pengerusi melaklumkan bahawa pembangunan modal insan perlu


memberi penekanan kepada ciri-ciri berikut:

i. Memberikan komitmen tinggi.


ii. Sentiasa mengelak perkara yang salah.
iii. Mempunyai semangat yang tinggi.
iv. Memiliki perasaan empati.
v. Mempunyai kebijaksanaan dalam membuat sebarang pertimbangan
dan keputusan.

Tindakan : Makluman

1.8. KEUTAMAAN PELANGGAN

1.8.1. Pelanggan utama di sekolah ialah murid. Justeru, setiap warga sekolah
perlu memahami dan menghayati slogan Murid didahulukan Pendidikan
diutamakan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4
1.9. KURIKULUM DAN MAKNA

1.9.1. Kurikulum adalah satu ruang pembelajaran yang terbahagi kepada


beberapa jenis iaitu pembelajaran khusus, pembelajaran umum dan
kurikulum tersirat.

Tindakan : Makluman

1.10 PENGETUA DAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN

1.10.1. Pengerusi meminta semua Pengetua dan Guru Besar memahami dan
menghayati tugas mereka yang merangkumi :

i. Bertanggungjawab memimpin, mengurus tadbir, menyelia, dan


menilai pelaksanaan kurikulum di sekolah.
ii. Bertanggungjawab sebagai pembimbing dan pendorong berhemah
dan sentiasa menggerakkan guru-guru agar lebih proaktif, kreatif
dan inovatif.
iii. Bertanggungjawab memastikan standard Pembelajaran dan
Pemudahcaran (PdP) guru berada pada tahap terbaik.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.11 PENGETUA GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN

1.11.1 Sebagai pemimpin instraksional di sekolah, PGB perlu memahami


item dan konsep PdP. Justeru, PGB perlu memastikan Buku Rekod
Mengajar guru disemak pada hari terakhir persekolahan setiap
minggu, mencerap PdP guru sekurang-kurangnya dua kali setahun dan
memastikan guru mematuhi jadual waktu peribadi.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.12 POST MORTEM UPSR 2014 DAN HEAD COUNT UPSR 2015

1.12.1 Semua Guru Besar perlu memastikan guru yang mengajar semua mata
pelajaran UPSR 2014 membuat post mortem pencapaian murid.

Tindakan : Guru Besar

1.12.2 Semua Guru Besar perlu mengadakan kajian impak semua program
peningkatan UPSR 2014. Hal Ini bagi memastikan sama ada ia boleh
diteruskan, ditambah baik, digugurkan atau ditukar kepada satu
program yang baharu.

Tindakan : Guru Besar


5
1.13 DASAR AKADEMIK PPD 2015

1.13.1 Pengerusi menjelaskan Dasar-dasar Akademik PPD iaitu :

i. PdP berkualiti perlu dijalankan dari awal tahun.


ii. Setiap guru perlu melaporkan pencapaian setiap murid dalam
mesyuarat akademik.
iii. Setiap guru perlu menyediakan head count bagi setiap murid dan
kelas yang diajar.
iv. Penetapan sasaran perlu dibuat pada akhir tahun tetapi boleh
berubah seandainya telah dicapai.
v. Ujian Diagnosis boleh dijalankan setiap dua bulan bagi
mengetahui status pencapaian semasa murid.
vi. Analisis item perlu dibuat bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun
(PPT), Peperiksaan Percubaan (PP) dan Peperiksaan Akhir
Tahun (PAT).
vii. Murid target kuantiti dan kualiti perlu dipamerkan untuk semua
guru.
viii. Murid near miss A dan near miss lulus perlu disenaraikan dan
tindakan berfokus berdasarkan pencapaian perlu dilakukan.
ix. Senarai minimum semua A perlu diselaraskan agar tidak berlaku
silang A.
x. Senarai minimum semua C perlu diselaraskan agar tidak berlaku
silang gagal.
xi. Mesyuarat Jawatankuasa Panitia perlu membincangkan
pencapaian murid secara professional satu persatu.
xii. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah diadakan untuk
menyelaraskan kerja, merancang program dan projek serta
aktiviti panitia dan menilai pematuhan dasar akademik sekolah.
xiii. PGB perlu memastiakn sentuhan emas setiap kali sebelum
peperiksaan awam.

1.13.2. Pengerusi mengarahkan semua PGB mematuhi dasar-dasar akademik


tersebut.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.14 PERANCANGAN PPD 2015

1.14.1 Program Utama PPD Hilir Perak 2015 ialah :

6
i. AKAR 3.0
ii. ALUSS 3.0
iii. AKAL 3.0

1.14.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pendekatan secara turun padang ke


setiap kelompok akan dijalankan melalui Jiran Cemerlang. Justeru,
PGB diminta bekerjasama dalam memastikan program-program
utama PPD dijalankan di peringkat kelompok dengan membantu dari
aspek kos makan dan minum.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.15 DEFISIT PEMBELAJARAN

1.15.1 Pengerusi meminta PGB memastikan agar tiada defisit pembelajaran


berlaku di sekolah. Antara perkara yang perlu dipastikan ialah :

i. Guru mengajar dengan betul dan sempurna.


ii. Kembali kepada asas iaitu guru mengajar dan murid belajar.
iii. Memastikan guru mengadakan sesi pengajaran yang
menyeronokkan.
iv. Memastikan pengajaran menarik dan berterusan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.16 SIKAP DAN PRESTASI KERJA GURU

1.16.1 Pengerusi menjelaskan bahawa beberapa kategori guru mengikut


sikap kerja guru. Pengerusi meminta PGB sedar akan sikap guru dan
bersedia untuk berhadapan dengan mereka serta memastikan semua
mereka bekerja termasuk membimbing guru ke arah mencapai
matlamat sekolah.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM


SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK BIL. 4/2014

7
Pengerusi membentangkan minit mesyuarat tersebut.

2.1 Dicadang oleh : Tn. Hj. Masri bin Suwarto - Pengetua SMK Seri Perak
2.2 Disokong oleh : En. Chew Eng Kean - Pengetua SMK St. Anthony

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT


JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
DAERAH HILIR PERAK BIL. 4/2014

3.1 Tiada Perkara berbakit

3.2 Maklum Balas Minit Semua PGB telah memberi maklum balas bagi perkara-
perkara berkaitan untuk tindakan mesyuarat.

4.0 PEMBENTANGAN UNIT-UNIT:

4.1 PEMBENTANGAN OLEH PN. NORSHAMSIAH BINTI HASSAN BASRI


(PENOLONG PPD KURIKULUM BAHASA)

4.1.1 DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


DAN AKTIVITI PENINGKATAN AKADEMIK 2015

4.1.1.1 DASAR UMUM

4.1.1.1.1 LINUS 2.0.


Beliau meminta semua Guru Besar memastikan guru-
guru yang hadir dalam kursus on-site ialah guru
opsyen. Sekiranya tiada guru opsyen, guru yang
berpengalaman adalah penggantinya.

Tindakan : Semua Guru Besar

4.1.1.1.2 Kursus Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


(DSKP) Tahun 6.
Beliau memaklumkan kursus tersebut akan
dilaksanakan mulai Mac hingga Oktober 2015 selama
dua hari. Justeru, beliau meminta setiap sekolah
menghantar ketua panitia mata pelajaran sebagai
peserta.
Tindakan : Semua Guru Besar

4.1.1.1.3 MBMMBI

8
Beliau memaklumkan dua kursus peringkat daerah
akan dilaksanakan yang melibatkan sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kursus tersebut ialah Kursus
Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Malaysia
(KPPGBM). Selain itu, dalam MBMMBI juga, enam
kursus peringkat Negeri akan dilaksanakan pada bulan
Mac dan September 2015.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.4 Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (KPBM) Sekolah


Jenis Kebangsaan.

Beliau memaklumkan ia dilaksanakan di luar waktu


pembelajaran. Beliau meminta semua Guru Besar telah
membuat pemilihan murid iaitu :

i. Murid tidak melepasi konstruk 1 dan konstruk 2


dalam Saringan 2/2014 Tahun 3.
ii. Murid tidak melepasi Ujian PraPROTIM.

Tindakan : Semua Guru Besar SJKT dan SJKC

4.1.1.1.5 Ujian Kecekapan Bahasa Malaysia (UKBM)

Beliau memaklumkan pada tahun 2015, seramai 30


orang guru rintis akan menduduki. Selain itu, beliau
juga memaklumkan seramai 1122 orang guru bukan
opsyen SK dan SJK akan menduduki ujian tersebut
pada bulan April 2015.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.6 PROTIM (Bahasa Malaysia dan Matematik)

Beliau memaklumkan ia akan dijalankan pada bulan


April 2014 untuk PraPROTIM dan bulan September
2015 untuk PascaPROTIM. Justeru, beliau meminta
semua Guru Besar membuat pemantauan semasa
kedua-dua ujian tersebut dijalankan.

Tindakan : Semua Guru Besar

4.1.1.1.7 OPS-English

9
Beliau memaklumkan bahawa program berkenaan akan
bermula pada bulan Januari hingga Jun 2015. Beliau
turut menjelaskan bahawa ia dijalankan dalam waktu
PdP yang memberi penekanan kepada listening and
speaking. Justeru, semua Pengetua hendaklah membuat
pemantauan kerana semua sekolah telah diberi
pendedahan mengenai program tersebut.

Tindakan : Semua Pengetua

4.1.1.1.8 PRO-ELT

Beliau memaklumkan ia akan dijalankan mulai bulan


Januari hingga November 2015 yang melibatkan semua
guru opsyen. Ia melibatkan sekolah rendah dan
menengah. Justeru, beliau meminta semua PGB
mengenal pasti guru yang terlibat dan memastikan
guru-guru berkenaan menghadiri kursus sepenuhnya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.1.9 Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Beliau meminta semua PGB memiliki buku panduan


tersebut edisi cetakan 2013 dan Soal Jawab Lazim
Amalan MMI Cetakan 2014.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.11.10 Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Beliau memaklumkan program PAV dilaksanakan di


SMK Raja Muda Musa iaitu kursus membuat/menjahit
pakaian. Ia merupakan kursus peningkatan kemahiran.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.11 FROG VLE

10
Beliau menjelaskan bahawa program ini dijalankan
dalam PdP. Ia merupakan satu persekitaran
pembelajaran maya. Namun begitu, isu pencapaian
internet menjadi penghalang kepada perjalanan
program tersebut. Semua PGB hendaklah membuat
aduan kepada Pn. Roziatun Nurin bin Hj. Mohd Yusof
(Ketua PKG Daerah) untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.1.12 SEGAK

Program SEGAK dijalankan dua kali setahun untuk


murid-murid Tahun 4 dan Tingkatan 5. Data SEGAK
hendaklah disediakan secara offline. Beliau meminta
semua PGB hendaklah memastikan semua guru yang
berkenaan menjalankan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.1.13 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).


Beliau memaklumkan TMK pada tahun ini melibatkan
Tahun 6. Satu Program Latihan untuk Guru (PLUG)
akan diadakan untuk guru-guru yang mengajar TMK.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.14 Fullbright English Teacher Assistant (ETA)

Program ini dijalankan di SMK Abdul Rahman Talib,


SMK Seri Kandi dan SMK Raja Muda Musa. Program
ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid
dalam penguasaan Bahasa Inggeris. ETA terdiri
daripada pelajar-pelajar luar negara yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.15 Program Peningkatan Akademik Sekolah Kurang


Murid (SKM)

Program ini merupakan perkongsian amalan terbaik


untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik di
semua SKM daerah Hilir Perak.

Tindakan : Makluman

11
4.1.2 PROGRAM-PROGRAM AKADEMIK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
PERAK (JPN)

4.1.2.1 Modul Intervensi JPN

Beliau meminta semua PGB memastikan semua guru menggunakan


semua modul yang disenaraikan di bawah secara maksimum.

i. SOLAF
ii. WAJA
iii. Example KBAT Matematik UPSR
iv. MULUS
v. SASA + SPM
vi. Sejarahku Gemilang SPM
vii. Write Is Right UPSR dan SPM
viii. REACT UPSR dan SPM
ix. Latih Tubi LINUS 2.0
x. Set Soalan Gempur Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
xi. Mastery Guided Learning

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.2.2 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Beliau memaklumkan bahawa semua 113 sekolah rendah telah


didedahkan dengan PLC. Beliau juga memaklumkan pada 7 Februari
2015, PLC akan dijalankan di SMK Convent.

Tindakan : Makluman

4.1.2.3 Program Guru Cemerlang

Beliau meminta Majlis Guru Cemerlang (MGC) mengadakan satu


program perkongsian amalan terbaik dan menghasilkan sekurang-
kurangnya satu inovasi PdP atau kajian tindakan untuk rujukan semua
sekolah.

Tindakan : Majlis Guru Cemerlang

12
4.1.2.4 Bengkel-Bengkel Pemantapan Mata Pelajaran

Beliau memaklumkan bahawa bengkel-bengkel tersebut akan


diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru mata
pelajaran. Antaranya ialah :

i. Bengkel Pemantapan Jadual Spesifikasi Item (JSI)


ii. Bengkel Pembinaan Item
iii. Bengkel Pemantapan amali Sains Menengah Atas
iv. Bengkel Penggunaan Perisian Geogebra (SR dan SM)
v. Bengkel Pembinaan Item KBAT
vi. Bengkel Pembugaran Penjaminan Kualiti PBS

Tindakan : Makluman

4.1.2.5 Pemantauan HEADCOUNT

Beliau meminta semua PGB mengadakan perbincangan di peringkat


panitia dan pengurusan tentang penetapan sasaran peperiksaan awam
dan memastikan semua guru mengisi sasaran secara atas talian dalam
info murid.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.2.6 Program Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT)

Beliau memaklumkan program ini berfokus kepada aktiviti murid


meneroka dan mengaplikasi prosedur Matematik dalam
menyelesaikan masalah. Ia melibatkan semua murid Tingkatan 5 yang
bermula April hingga Jun 2015.

Tindakan : Makluman

4.1.3 PROGRAM-PROGRAM AKADEMIK PPD HILIR PERAK

4.1.3.1. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun ini PPD Hilir Perak akan
meneruskan program-program seperti :

i. Agresif Ke Arah A Realiti (AKAR) 3.0


ii. Agresif Lulus Untuk Semua subjek (ALUSS) 3.0
iii. Agresif Ke Arah Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah SPM
(AKAL BMS)
iv. Jiran Cemerlang

Tindakan : Makluman

4.1.3.2 Memperkasa dan Memaknakan Panitia


13
Dalam memperkasa dan memaknakan panitia, beliau memaklumkan
tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh Unit Pengurusan
Akademik seperti :
i. Mesyuarat Meja Bulat bersama dengan Setiausaha Panitia.
ii. Bicara Panitia Penggerak Utama Program Kecemerlangan.
iii. Turun Bantu Panitia.

Tindakan : Makluman

4.2 PEMBENTANGAN OLEH EN. MOHD AZMIN BIN SAMSUDIN


(PENOLONG PPD SAINS DAN MATEMATIK)

4.2.1 Pelaksanaan dan Implementasi KBAT


Beliau meminta semua PGB membuat pencerapan guru dengan .

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.2.2 Amali Sains 2015

4.2.3 Beliau meminta semua PGB merujuk kepada punca kuasa pelaksanaan
amali Sains pada tahun 2015 seperti yang berikut :

i. PPPM 2013-2025 : Halaman 4 9


ii. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Malaysia Bil.1/2014 yang
bertarikh 10 Jun 2014.
iii. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 33/2014 yang bertarikh 27
November 2014.

4.2.4 Beliau juga turut meminta semua PGB membuat persediaan awal
untuk pelaksanaan amali Sains 2015 seperti yang berikut :

i. Melengkapkan senarai peralatan bahan yang diperlukan.


ii. Pindah alih aset sekolah yang berlebihan.
iii. Mengurangkan bilangan makmal sains dan menambahkan
bilangan sidang Amali Sains.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.2.5 PROGRAMME FOR INTERNATIONAL ASSESMENT (PISA)

14
4.2.5.1 Beliau memaklumkan program ini merupakan penyelidikan
pendidikan antarabangsa terbesar di dunia. Ia bermula pada
tahun 2000 dan dijalankan setiap tiga tahun sekali. Tahun 2015
merupakan pusingan PISA yang ke-6.

4.2.5.2 PISA melibatkan 70 buah negara termasuk Malaysia


merupakan program yang mengukur literasi murid dalam
Sains Matematik, bacaan dan penyelesaian masalah.

4.2.5.3 Di daerah Hilir Perak, sekolah yang terlibat ialah :

i. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh


ii. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
iii. SMK San Min

Tindakan : Makluman

4.3 PEMBENTANGAN OLEH EN. SHARIFUDDIN BIN ALI (PENOLONG PPD


KURIKULUM TEKNIK DAN VOKASIONAL)

4.3.1 PROGRAM-PROGRAM KPM/JPN/AGENSI KERAJAAN


Beliau memaklumkan program-program seperti yang berikut :

i. Kursus DSKP TMK Tahun 6


ii. Kursus DSKP RBT Tahun 6
iii. PLUG TMK Tahun 6

Tindakan : Makluman

4.3.2 Beliau juga memaklumkan latihan VLE kepada guru telah diadakan kepada
guru-guru SMK Convent dan SK Chikus. Manakala latihan VLE kepada
pemimpin sekolah telah diadakan di Institut Aminudin Baki (IAB).

Tindakan : Makluman

4.3.3 Pemantauan Bengkel RBT oleh pihak JPN telah dijalankan di :

i. SK Convent
ii. SK Ulu Bernam
iii. SK Sungai Balai
iv. SJKC Chong Min
v. SJKT Sithambarram Pillay

Tindakan : Makluman
4.3.4 Ujian Celik ICT Tahap 1 kepada semua guru telah dijalankan. Guru-guru
yang gagal dalam ujian tersebut akan dipanggil untuk menghadiri kursus di
bawah Peningkatan Profesional Berterusan (PPPB).

15
Tindakan : Makluman

4.3.5 Bengkel Mind-Mapping

Beliau meminta semua pengetua menyediakan pengangkutan murid untuk


bengkel tersebut. Semua kos akan dibayai oleh PPD.

Tindakan : Semua Pengetua

4.3.6 Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)


Beliau meminta semua PGB merujuk surat siaran KPM Bil.1/2015 dan
memberi perhatian kepada Perkara 5 dalam surat siaran tersebut iaitu :

i. Memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan


ibu bapa/penjaga.
ii. Menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua
guru.
iii. Memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan
mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar
iv. Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui
VLE.
v. Menggalakan guru membina dan menggunakan laman
pembelajaran VLE bagi tujuan P&P.
vi. Menggalakan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-
anak melalui VLE.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4 PEMBENTANGAN OLEH EN. NORAZAM BIN MAT ISA (PENOLONG PPD
KURIKULUM KEMANUSIAAN)

4.4.1 Beliau meminta semua PGB menjadikan Anima Sano In Corpore Sano
(ASICS) iaitu Otak yang Cerdas dari Badan yang Cergas sebagai pegangan di
sekolah.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.2 Beliau juga meminta semua PGB melaksanakan Status Asas Pelaksanaan
Kurikulum Bidang Kemanusiaan seperti yang berikut :

i. Pematuhan Akta Pendidikan


ii. Pematuhan surat-surat pekeliling ikhtisas
iii. Pematuhan surat-surat siaran KPM, JPN dan PPD
iv. Pematuhan arahan-arahan perbendaharaan
v. Pematuhan surat-surat pekeliling kewangan
vi. Pematuhan garis panduan PKPA
vii. Pematuhan sistem fail-memfail

16
viii. Pematuhan etika keguruan
ix. Penggunaan SKPM secara sedar dalam penarafan kendiri sekolah

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.3 Dalam menjayakan PPPM, ia bermula dalam bilik darjah. Justeru, semua PGB
hendaklah memastikan guru-guru secara sedar mengambil kira mana-mana
enam ciri tersebut dalam setiap PdP.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.4 Semua PGB hendaklah melihat guru-guru menggunakan prinsip-prinsip asas


dalam PdP iaitu :

i. Masa Pembelajaran Kognitif


ii. Masa Pembelajaran Afektif
iii. Masa Pembelajaran Psikomotor

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.5 Matlamat Kurikulum Pendidikan Jasmani adalah membina murid menjadi


individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan
mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan hidup. Justeru, Semua PGB hendaklah menyediakan senarai
setiap murid mengikut BMI dan memastikan guru Pendidikan Jasmani
menjalankan program intervensi kepada murid-murid obesiti.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.6 Semua PGB hendaklah memastikan guru Pendidikan Jasmani menjalankan


program SEGAK sebanyak dua kali setahun yang melibatkan murid-murid
Tahun 4 dan tingkatan 5. Setiap data hendaklah dihantar ke PPD.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.7 Semua PGB hendaklah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2011
berkaitan dengan mewujudkan Galeri Sejarah di sekolah-sekolah sebagai
usaha ke arah melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang
kental, patriotik, cintakan Negara dan menjunjung warisan budaya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.5 PEMBENTANGAN OLEH PN. HJH. TIJAH BINTI SHAMSUDDIN


(PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM)

Beliau meminta semua Guru Besar memastikan semua guru Pendidikan Islam
memberi Fokus Kerja 2015 seperti yang berikut :
17
i. Penggunaan Modul Latih Tubi.
ii. Iqra diselesaikan pada Tahap 1.
iii. Melaksanakan Kem Bestari Solat Tahun 1 hingga Tahun 6.
iv. Melaksanakan PAFA Tahun 1 hingga Tahun 6.
v. Melaksanakan Bicara Akademik Pendidikan Islam mengikut kelompok.

Tindakan : Semua Guru Besar

4.6 PEMBENTANGAN OLEH TN. HJ. MOHAMED SAPARI BIN MOHAMED


ARSHAD (PENOLONG PPD PBS)

4.6.1 Beliau meminta semua PGB melaksanakan penjaminan kualiti yang


melibatkan 4P iaitu Pementoran, Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan.

4.6.2 Beliau juga meminta semua PGB menangani segala isu pelaksanaan PBS dan
PT3 khususnya yang diutarakan oleh ibu bapa dan masyarakat awam dengan
bijak dan selari dengan hasrat KPM.

4.6.3 Beliau juga meminta semua PGB mencetak bahan-bahan panduan dalam
pengurusan PBS dan PT3 yang disediakan dalam edaran CD untuk disimpan
dan dijadikan bahan rujukan sekolah masing-masing.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.7 PEMBENTANGAN OLEH EN. SAJALI BIN MOHAMAD HASHIM


(PEGAWAI SISC +)

4.7.1 Beliau memaklumkan semua pegawai SISC + Daerah Hilir Perak akan
menjalankan tanggungjawab mengikut KPI yang telah ditetapkan iaitu :

i. Membina hubungan dan membimbing guru lebih kurang 25 orang


setahun.
ii. Merangka dan mentadbir intervensi lebih kurang tiga bagi setiap guru
yang dibimbing.
iii. Bekerjasama dengan KPM dan PPD melaksanakan latihan on-site lebih
kurang tiga kali setahun.
iv. Bengkel Kerja Daerah yang melibatkan 138 orang guru. Perlaksanaan
bengkel-bengkel tersebut seperti :
a. PdP Abad Ke 21
b. PdP KBAT
c. PdP Konsep Didik Hibur
v. Bengkel Kerja Kumpulan Sederhana (10-20 guru) iaitu Coffee and Chat di Bilik Seroja PPD
Cawangan.
Tindakan: Makluman

18
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Rumusan oleh Tn. Hj. Mohd Sahid bin Alias - Tuan Timbalan Ketua PPD Hilir Perak.

5.1.1 PGB perlu memahami peranan mereka sebagai pemimpin instraksional


terutama dalam memastikan peningkatan PdP guru.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.2 PGB perlu memantau pelaksanaan dasar-dasar KPM dilaksanakan di


sekokah.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.3 PGB perlu memastiakn guru-guru PJK menjalankan ujian SEGAK dan
Pentaksiran PAJSK.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.4 Pengetua diminta melihat persediaan fizikal sekolah, guru-guru dan pembantu
makmal dalam pelaksanaan Amali Sains pada Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia nanti.

Tindakan: Semua Pengetua

5.1.5 PGB juga diingatkan sekali lagi bahawa mereka perlu memahami mengenai
tanggungjawab keselamatan murid adalah merupakan tanggungjawab
mereka.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.6 Para Guru Besar perlu memastikan semua murid Islam menguasai bacaan
Iqra semasa mereka berada pada tahap 1.
Tindakan : Guru Besar

5.1.7 Semua Pengetua perlu memastikan PBS dijalankan di sekolah.

Tindakan : Pengetua

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH TUAN KETUA PPD HILIR PERAK

6.1 PGB perlu mengambil tindakan di atas setiap perkara yang telah diputuskan dalam
mesyuarat.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

6.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa lawatan ke sekolah oleh pihak PPD akan
diadakan pada bila-bila masa.
Tindakan : Makluman
19
6.3 PGB perlu berjumpa dengan semua guru dan memberikan penerangan serta tunjuk
ajar bagi memastikan setiap guru menulis objektif pengajaran yang tepat dalam Buku
Rekod Mengajar.
Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

6.4 Pengerusi juga menjelaskan bahawa semua bahan mesyuarat hari ini akan
dimasukkan ke dalam cakera padat (CD) dan boleh diperolehi dari Unit Akademik
dalam tempoh dua minggu.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20 petang.

Dicatat oleh :

Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak

20

You might also like