You are on page 1of 26

SCE 3104

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran tidak


terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik dan
memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Jutaan terima
kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Asmahan bt Abdul Hadi kerana
telah memberi tunjuk ajar,memberi panduan dan pendedahan kepada saya
bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tanpa nasihat daripada beliau
saya pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini megikut keperluan dan
tempoh masa yang ditetapkan.Berinteraksi dalam OLL bersama pensyarah
dan juga rakan-rakan juga amat membantu saya menyiapkan tugasan ini
mengikut masa yang ditetapkan.

Di sini beliau telah memberikan banyak penerangan untuk


memastikan agar saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
baik.Seterusnya tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang telah
memberi tunjuk ajar dan segala maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan
tugasan ini.Dalam menyiapkan tugasan ini,kolaborasi bersama rakan amat
penting sekali terutama sekali bagi bertukar-tukar maklumat dan info terkini
daripada pensyarah.
Akhir sekali saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Asmahan Bt Abdul Hadi dimana semangatnya didalam
memberi pengajaran kepada saya.

Wassalam.

ISI KANDUNGAN.

1
SCE 3104

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Sekapur sirih 1
2 Isi Kandungan 2
3 Borang kolaborasi 3
4 Pengenalan 4
5 Rancangan mengajar. 5-7
6 Laporan pelaksanaan dan hasilan
7-9
6.1 sebelum,semasa,selepas

7 Pendekatan dan kaedah pengajaran dan


9-11
pembelajaran dalam sains
8 Cara menggunakan kit pengajaran 12
9 Lembaran kerja 13
10 Kit pengajaran yang dibina 14
11 Sessi pengajaran dan pembelajaran(gambarajah) 15-17
12 Aktiviti kumpulan(peta minda) 18-19
13 Hasil dapatan murid 20-21
14 Refleksi 22-24
15 Bibliografi 25
16 Catatan 26

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

KUMPULAN : PPG SAINS 2 SEMESTER DUA.

MATA PELAJARAN : KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS SEKOLAH

RENDAH.

2
SCE 3104
PENSYARAH : PN ASMAHAN BT ABDUL HADI

TARIKH PERKARA YG TANDATANGAN TANDATANGAN


DIBINCANGKAN PENSYARAH PELAJAR

3
SCE 3104
PENGENALAN

PENEMUAN.

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan


pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan
dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan
minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam
pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif
murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran
berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid
diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid
dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan
sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti
inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual,
pembelajaran masteri

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama


dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan
menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian
membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil penemuan tersebut.
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses
penemuan ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan penemuan tidak
sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa
konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui
inkuiri penemuan terbimbing.

4
SCE 3104
RANCANGAN MENGAJAR

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Sifat-sifat Bahan

Sub Topik : Sifat Bahan

Tempoh : 60 minit

Tahun : 4

Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

Menyatakan bahan konduktor/penebat elektrik

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Pendekatan - Inkuri penemuan

- Strategi Mengeksperimen dan Perbincangan

Kemahiran Saintifik dan KBKK : Memerhati,Mengeksperimen,Membuat Hipotesis,

Meramal,Mengelas,Berkomunikasi.

Nilai dan Sikap Saintifik : 1. Minat dan bersifat ingin tahu.

2. Bekerjasama

3. Menjaga keselamatan diri.

4. Berhati-hati

5. Berani dan jujur.

5
Fasa Isi kandungan Aktiviti pengajaran & Catatan
(Masa) pembelajaran
SCE 3104
Set Induksi Mengapa terdapat Jenis aktiviti : Bercerita
(5 minit) jenis bahan dalam Kemahiran
satu alat elektrik - Guru menceritakan saintifik:
tentang pengalaman Komunikasi
terkena kejutan elektrik
yang kecil. Nilai murni :
- Bersoal jawab tentang Berhati-hati
pengalaman sedia ada
murid.
Soalan:Siapa diantara
kamu yang pernah terkena
kejutan elektik?.
Soalan:Apa yang dapat
kamu rasa?
Soalan:kenapa ia terjadi?

1 Mengedarkan pelbagai
Langkah 1 Mengenalpasti objek jenis objek kepada Kemahiran
(10 minit) konduktor dan murid, saintifik:
penebat elektrik. Seperti paku, pembaris Meramal,
besi, pensil kayu,klip Mengelas
kertas, pembaris plastik,
karbon pensil, duit Nilai murni :
syiling , tali rafia,sudu Kerjasama,
plastik,straw, getah dan berani
kunci.
2 Murid mengelaskan
bahan kepada 2
kumpulan konduktor
dan penebat elektrik.

1 Guru mengedarkan satu


Langkah 2 Mengeksperimen litar lengkap.
(25 minit) bahan yang diberi 2 Murid menyambungkan
dalam litar elektrik. objek yang diberi dalam
satu litar yang lengkap. Kemahiran
3 Murid membuat saintifik:
pemerhatian tentang Mengeksperimen,
nyalaan mentol bagi Pemerhatian
setiap objek yang
disambung dalam litar
lengkap. Nilai Murni :
4 Murid merekodkan hasil Berkerjasama
pemerhatian dalam Jujur
borang yang diberi.

1 Guru meminta setiap


Langkah 3 - Bahan konduktor kumpulan murid
(15 minit) (pengalir elektrik) membentangkan hasil
keputusan eksperimen.
- Bahan penebat 2 Setiap kumpulan murid
(bukan pengalir memberikan
elektrik) kesimpulan
berdasarkan hasil
eksperimen masing- 6
masing. ( Aras tinggi)

3 Guru mengukuhkan
hasil dan memberi
SCE 3104

LAPORAN PELAKSANAAN DAN HASILAN DARIPADA PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Tajuk ini adalah yang terdapat dalam Menyiasat Alam Bahan Tahun 4 telah
dipilih untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
menggunakan pendekatan penemuan.Dalam pendekatan ini saya menggunakan
kaedah eksperimen.

Sebelum

Bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,perkara yang paling


penting perlu di ambil kira ialah memilih objektif serta hasil pembelajaran perlu
dititikberatkan.Ini untuk memastikan bahawa ianya sesuai dengan pendekatan yang
dipilih.Untuk tajuk yang telah dipilih iaitu mengenalpasti bahan konduktor atau
penebat elektrik,ianya sangat sesuai menggunakan pendekatan penemuan dan
strategi atau kaedah eksperimen dan perbincangan.

Ini kerana murid-murid dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka


bagi mengelaskan bahan-bahan yang dipilih bagi menjalankan aktiviti eksperimen
pengkelasan.Aktiviti pengkelasan yang dibuat oleh murid sendiri akan menjadikan
pembelajaran akan lebih bermakna dan objektif pengajaran akan tercapai.

7
SCE 3104
Semasa

Semasa menjalankan eksperimen ini,bahan-bahan hendaklah disediakan


oleh guru terlebih dahulu.Disini murid-murid akan menggunakan pengetahuan sedia
ada mereka bagi mendapatkan jawapan bagi eksperimen yang akan
dijalankan.Disinilah pendekatan penemuan akan diterapkan oleh guru.Murid-murid
perlu mengikut prosedur yang yang telah diberikan.Setelah jadual yang disediakan
lengkap diisi,murid digalakkan membuat kesimpulan atas apa yang
ditemui.Disini,murid akan dapat meneroka satu pengalaman dan pengetahuan baru
dan juga kemahiran saintifik dapat diterapkan.Disamping kemahiran
saintifik,penerapan nilai-nilai murni juga dapat dilihat semasa menjalankan
eksperimen dan juga perbincangan.

Selepas

Selepas eksperimen dijalankan,murid dapat melengkapkan jadual yang


disediakan.Murid-murid juga dapat membuat kesimpulan keatas eksperimen dan
juga peta minda yang dibuat oleh murid. Hasil yang diperoleh daripada proses ini
disebut penemuan iaitu dapatan daripada apa yang dipelajari dan yang dibina dalam
minda kanak-kanak.Dalam aktiviti pembelajaran,kaedah ini melibatkan murid
menggunakan daya usaha dan akal fikiran mereka untuk menjalankan satu siri
aktiviti supaya menemui prinsip,fenomena atau ciri sesuatu perkara yang hendak
dikaji

Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sains.

Objektif pengajaran dan pembelajaran dalam sains ialah untuk menerapkan


konsep sains yang betul kepada murid-murid.Miskonsepsi yang ada pada murid
dapat diperbetulkan dan secara tidak langsung murid akan lebih mengemari
matapelajaran sains.Untuk itu untuk menerapkan konsep sains kepada murid,guru
perlu merancang pendekatan,kaedah dan strategi yang sesuai.

8
SCE 3104
Pemahaman murid terhadap konsep sains yang diajar oleh guru akan lebih
difahami oleh murid jika menggunakan pendekatan penemuan.Pendekatan
penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat
utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama


dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan
menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian
membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil penemuan
tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses
penemuan ini. Kaedah ini membolehkan murid menggunakan
pengalaman,pengetahuan lepas serta kemahiran yang telah dikuasai untuk
mencapai atau memahami konsep sains yang akan diterima.

Aktiviti melalui pendekatan ini dapat membangkitkan naluri ingin tahu murid
serta menimbulkan minat mereka.Ini dapat dilihat daripada pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Ilmu pengetahuan yang diperolehi akan
kekal dalam ingatan dalam tempoh lebih lama.

Penemuan berlaku bila individu menggunakan proses mental untuk membentuk


konsep atau prinsip.Untuk membuat suatu penemuan,individu mesti melaksanakan
proses mental seperti memerhati,mengelas,mengukur,meramal,memerihal,membuat
inferens dan lain-lain.Dengan itu kaedah eksperiman amatlah sesuai untuk murid
memahami dan membentuk konsep sains yang akan diingati secara kekal oleh
murid.

Eksperimen adalah satu kaedah yang lazimnya dijalankan dalam pelajaran


sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea
sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan
eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran
manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah


seperti yang berikut:

9
SCE 3104
Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis
Merancang eksperimen
o mengawal pemboleh ubah
o menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
o menentukan langkah menjalankan eksperimen,
o kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
Melakukan eksperimen
Mengumpulkan data
Menganalisis data
Mentafsirkan data
Membuat kesimpulan
Membuat pelaporan

Dalam eksperimen,murid sendiri yang akan meneroka,menganalisis data dan


membuat kesimpulan dengan menggunakan pendekatan penemuan.Oleh itu strategi
ini secara tidak langsung murid akan lebih memahami konsep sains yang hendak
diterapkan oleh guru.
Kesimpulannya ialah kaedah penemuan ini jika menggunakan strategi yang
sesuai akan membolehkan murid dapat membentuk,meneroka dan akhirnya
memahami sesuatu konsep sains dengan jelas dan yang paling penting ialah konsep
tersebut akan kekal dalam mindanya.Bagi guru pula,strategi ini akan mejadikan
pengajaran dan pembelajaran akan mencapai objektif yang diingini.

10
SCE 3104

Cara menggunakan kid pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti : Memahami sifat-sifat bahan.


Tujuan :
Untuk mengetahui bahan pengalir dan bahan penebat elektrik.
Bahan/radas :
Sel kering,wayar penyambung,mentol dan pelbagai objek yang diperbuat daripada
bahan yang berlainan.

Langkah-langkah.
1. Membina sebuah litar elektrik
2. Memilih satu objek dan mengenalpasti bahan buatannya.
3. Objek tersebut disambungkan pada litar elaktrik tadi.
4. Keadaan mentol diperhatikan samaada menyala atau tidak.
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan objek yang lain pula.
6. Pemerhatian direkodkan dalam jadual yang disediakan.

OBJEK SIFAT BAHAN KEADAAN MENTOL CATATAN


Syiling
Pembaris plastik
Pembaris besi
Sudu besi
Paku besi
Getah

11
SCE 3104
Klip kertas
Tali rafia
Kunci
Penyedut minuman
Dawai besi

Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.

Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Nama:............................................................... Kelas:..........................................................

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

Objek Sifat bahan Keadaan mentol Catatan


Besi Bukan Menyala Tidak
besi menyala
Syiling
Pembaris plastic
Pembaris besi
Sudu besi
Paku besi
Getah
Klip kertas
Tali rafia
Kunci
Penyedut minuman
Dawai besi

Perbincangan:

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Kesimpulan:

12
SCE 3104
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Kit pengajaran yang dibina.

13
SCE 3104

14
SCE 3104
Sesi pengajaran dan pembelajaran(eksperiman)

Duit syiling

Penyedut minuman

Paku besi

15
SCE 3104

Getah

Mata pensel

Klip kertas

16
SCE 3104

Kunci

Pembaris plastik

17
SCE 3104

PETA MINDA.

18
SCE 3104

19
SCE 3104
HASIL DAPATAN MURID MELALUI PERBINCANGAN(PETA MINDA)

20
SCE 3104

21
SCE 3104
REFLEKSI.

Kursus Kurikulum Dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah merupakan salah


satu subjek yang akan dipelajari dalam semester 2 Program Pensiswazahan Guru
ambilan 2011.Tugasan yang diberikan bermula pada tarikh 18 Februari dan perlu
dihantar pada 07 April 2011 setelah diberi kelonggaran selama seminggu selepas
tarikh akhir tugasan yang sebenarnya perlu dihantar iaitu pada 01 April 2012.

Tugasan ini terbahagi kepada 2 peringkat yang perlu dihantar mengikut tarikh
yang ditetapkan.Tugasan yang pertama melibatkan pengumpulan maklumat
daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk yang diterima iaitu pendekatan
penemuan.Pengetahuan sedia ada saya menyatakan bahawa pendekatan inkuiri
penemuan merupakan perkara yang sama,tetapi setelah mendapati tajuk ini saya
baru mengetahui pendekatan inkuiri dan penemuan adalah dua benda yang
berbeza.

Tugasan ini adalah satu yang agak sukar bagi saya kerana saya tidak dapat
membezakan diantara inkuiri dan penemuan.Disamping itu juga maklumat tentang
penemuan tidak banyak yang saya perolehi melalui internet.Tetapi dengan berkat
usaha dan perbincangan bersama kawan-kawan serta bimbingan daripada
pensyarah iaitu Pn Asmahan Bt Abdul Hadi,akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan itu dengan sempurna.

Setelah beberapa kali interaksi,saya dapati pendekatan penemuan


sebenarnya selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa
disedari.Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menimbulkan minat
murid untuk meneroka Alam Sains Dan Teknologi.Sebenarnya kebanyakkan murid
sangat suka kepada Alam Sains,cuma pendekatan yang digunakan oleh guru yang
menyebabkan murid kurang berminat untuk mempelajari sains.

Tugasan yang kedua pula memerlukan saya merujuk kepada huraian sukatan
sains sekolah rendah dan memilih satu topik yang berkaitan dengan kaedah
penemuan.Saya telah memilih tajuk konduktor dan penebat dimana saya rasa tajuk
ini amat sesuai dan akan menarik minat murid.Tugasan ini telah saya jalankan
dengan kerjasama daripada murid-murid tahun 4.Ternyata tajuk yang dipilih oleh
saya telah menarik minat murid dan murid-murid sangat teruja untuk

22
SCE 3104
melakukannya.Perasaan ini jelas kelihatan semasa murid melakukan eksperimen
tersebut.

Sebelum memulakan tajuk ini,saya telah membuat pelbagai rujukan


berkenaan tajuk yang dipilih bersama rakan-rakan sekolah.Ini untuk memastikan
tajuk yang dipilih sesuai dengan pendekatan penemuan.Setelah berbincang
akhirnya saya memilih tajuk ini,kerana terdapat banyak aktiviti penemuan boleh
dijalankan oleh murid.Disamping itu juga,aktiviti ini boleh dilakukan oleh murid
sendiri dirumah kerana ia sangat mudah dan alatan yang digunakan boleh didapati
dengan mudah.Secara tidak langsung,hal ini akan menimbulkan perasaan minat
murid dan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu perkara yang telah dipelajari.

Sepanjang eksperimen,murid-murid sangat gembira melakukannya.ini kerana


murid ingin tahu keputusan eksperimen yang dibuatnya sendiri.Ini menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara aktif dan semua murid melibatkan diri.

Sepanjang membuat tugasan yang diberikan,terdapat beberapa kekuatan dan


kelemahan yang ada pada diri saya yang dapat dikesan.Antara kekuatan yang dapat
dikesan ialah pandai membahagikan masa.Pengurusan masa sangat penting
terutama bila memasuki alam pengajian.Pertambahan masa telah bertambah dan
Alhamdulillah saya dapat membahagikan masa antara tugas dan tanggungjawab
saya sebagai guru,tanggungjawab di rumah dengan membuat tugasan yang
diberikan.Walaupun saya terpaksa mengorbankan masa rehat saya,tapi saya puas
hati bila dapat menyiapkan tugasan yang diberi mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.

Pengalaman yang saya ada selama 11 tahun disekolah juga merupakan


kekuatan yang ada pada saya.Pengalaman saya yang mengajar matapelajaran
sains menyebabkan tugasan ini dapat saya laksanakan dengan baik terutama
menjalankan eksperimen.Kawalan kelas yang baik merupakan satu faktor
pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar dan sempurna.Imput-
imput yang saya ada juga sangat membantu saya menyelesaikan tugasan ini.

Pengalaman baru yang saya dapat melalui tugasan ini ialah pada akhirnya
saya dapat memahami dan dapat membezakan antara inkuiri dan penemuan.Pada
mulanya saya tidak dapat membezakan antara inkuiri dan penemuan,tetapi melalui

23
SCE 3104
tugasan ini dan juga kolaborasi daripada bimbingan pensyarah,saya dapat
membezakannya dan seterusnya saya dapat menggunakannya di sekolah nanti.

Kelemahan yang paling ketara pada diri saya ialah untuk membezakan
diantara inkuiri dan penemuan,dimana saya mengambil masa selama 2 minggu
untuk memahaminya.Jutaan terima kasih kepada pensyarah dan juga rakan-rakan
kerana tanpa beliau saya masih samar-samar lagi tentang perbezaan antara inkuiri
dan penemuan.Kolaborasi di dalam OLL juga banyak membantu saya.

Kesukaran untuk mendapat maklumat juga merupakan salah satu faktor


dalam diri saya.Maklumat berkenaan penemuan sukar dperolehi didalam
internet.Jadi saya terpaksa membeli buku-buku berkaitan dengan penemuan
sebagai bahan rujukan.Saya juga berkongsi maklumat dan bahan dengan rakan-
rakan.

Saya bersyukur kerana memperoleh pengetahuan dan pengalaman


sepanjang menyiapkan tugasan ini.Selama 11 tahun saya meninggalkan alam
pengajian dimana perlu menyiapkan tugasan,menyiapkan projek menjadikan ianya
satu pengalaman yang baru.Akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dan
diharap tugasan ini dapat memuaskan hati pensyarah dan boleh diguna pakai
disamping memenuhi kriteria dan kehendak pihak jabatan.Sekian terima kasih.

Wassalam

Wan Rozimi Bin Wan Hanafi

PPG SCE KUMP 1.

24
SCE 3104

1. http://www.scribd.com/doc/34350102/PENDEKATAN-INKUIRI-PENEMUAN1

2. 2010/07/inkuiri-penemuan.html

3. Noraini Idris,(2001)pedagogi dalam pendidikan matematik,terbitan


pertama,cepat cetak sdn bhd.

4. Poh Swee Hiang(1997).Pedagogi Sains 2 Strategi Pengajaran Pembelajaran


Sains.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Kuala Lumpur

5. Prof. Madya Dr. Zurida Ismail,Dr.Sharifah Norhaidah Syed Idros,Maznah


Ali(2003). Pendidikan Sains Prasekolah.PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd.Bentong

6. Mok Soon Sang(1993).Asas Pedagogi dalam Pengajaran-


Pembelajaran.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Kuala Lumpur

7. Lee Shok Mee(1994).Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kumpulan


Budiman Sdn.Bhd.Kuala Lumpur

8. Ee Ah Meng(1989).Pedagogi Satu Pengenalan.Penerbit Fajar Bakti Sdn.


Bhd.Petaling Jaya

25
SCE 3104
CATATAN.

26

You might also like