You are on page 1of 78

1.

0 Pengenalan

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) iaitu lebih


kurang 3 tahun 8 bulan telah menggalakkan kemunculan dan
kemajuan semangat kebangsaan di negara ini. Kesedaran anti
penjajahan yang tersebar selepas perang dunia kedua telah
melahirkan nasionalis golongan Melayu membabitkan diri dalam
politik, sama ada dalam pendekatan yang radikal atau sederhana.
Pengalaman menjawat jawatan kanan seperti pegawai daerah serta
pelbagai tekanan ekonomi di zaman Jepun ini telah menimbulkan
rasa kendiri dalam diri orang Melayu itu untuk memerintah negara
sendiri.
Pada zaman ini juga wujud permusuhan kaum. Pertelagahan
berlaku antara kaum Melayu dan Cina yang akhirnya membentuk
penubuhan parti- parti politik mengikut kaum yang mendukung
penubuhannya. Kekalahan Jepun menyemarakkan lagi pihak kolonial
British untuk menghidupkan gagasan Malayan Union yang pernah
difikir semasa perang berlangsung lagi. Pelaksanaan ini merupakan
faktor penting dalam sejarah Malaysia kerana ia telah
menghidupkan dan memarakkan semangat orang Melayu. Yang
paling penting ia telah memulakan gerakan politik anti British
dengan cara terbuka. Malah merupakan bibit-bibit permulaan
perpaduan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Perjuangan ini bertambah pesat ekoran terlaksananya


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Darurat
yang berlangsung selama 13 tahun itu telah mempercepatkan lagi
proses kemerdekaan Tanah melayu. Hinggalah tahun 1955 iaitu
apabila pilihanraya Persekutuan/umum diadakan, politik Tanah
Melayu mengalami perubahan drastik ekoran pendudukan Jepun.
Jelas dilihat selepas perang Dunia ke-2. British terpaksa rela
menyediakan dan melatih serta membimbing anak-anak Melayu
tempatan menerajui negara.
Tugasan ini telah menghuraikan penubuhan parti-parti politik
berikutan gagasan Malayan Union. Antaranya UMNO, PKMM, PKM
dan AMCJA.

2.0 SEJARAH EMPAT PARTI POLITIK YANG DITUBUHKAN SEBELUM


KEMERDEKAAN TANAH MELAYU PADA TAHUN 1957

2.1
3.0 Penubuhan United Malay National Organisation (UMNO)
Gagasan Malayan Union pada masa itu ditentang oleh orang-orang
melayu secara berasingan, seolah-olah tidak ada kesepaduan di dalam
tindakan-tindakan yang dilakukan. Melihat kepada keadaan ini pihak
akhbar-akhbar Melayu pada masa itu seperti akhbar Majlis, Utusan melayu
dan Warta Negara telah menyeru para pemimpin Melayu supaya
menyatukan seluruh gerakan-gerakan mereka yang ada agar menjadi
lebih teratur dan tersusun.
Seruan daripada akhbar-akhbar melayu telah disahut oleh Dato
Onn jaafar yang merupakan Yang Dipertua Pergerakan Melayu Seluruh
Johor (PMSJ). Beliau telah mengambil inisiatif dengan menulis surat
kepada semua persatuan-persatuan Melayu supaya diadakan satu
kongres yang dapat menyatukan seluruh penduduk melayu didalam satu
kesatuan. Surat terbuka Dato Onn ini telah disiarkan dalam akhbar majlis
keluaran 24 januari 1946.
Persatuan-persatuan Melayu dan indvidu telah menyambut baik
cadangan Dato Onn yang ingin melihat orang melayu bersatu dalam
menentang malayan Union. Bermula dari surat tersebut, akhirnya
terlaksanalah satu perjumpaan dan perhimpunan secara besar-besaran
persatuan melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Pada 1-4 Mac 1946 bertempat di Padang Kelab Sultan
Sulaiman,Kuala Lumpur perhimpunan ini diadakan selepas PMSJ cawangan
Melaka menarik diri daripada menganjurkannya, maka Kongres Melayu
SeTanah Melayu yang pertama pun diadakan dan dirasmikan oleh Sultan
Selangor, Sulatan Hishammudin Alam Shah. Dalam kongres itu seramai
107 orang wakil dan 56 orang pemerhati daripada 41 buah persatuan dari
negeri-negeri di Tanah Melayu telah menghadirinya. Di samping itu ribuan
orang melayu yang hadir berhimpun mendengar wakil-wakil berbincang.
Dato Onn Jaafar telah dipilih sebulat suara untuk mempengerusikan
persidangan tersebut. Hasil daripada kongres meleyu yang pertama ini,
tercetusnya penubuhan UMNO atau PEKEMBAR ( Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu). Satu jawatankuasa untuk merangka
perlembagaan pertubuhan kebangsaan itu telah ditubuhkan. Ia terdiri
daripada Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang dan Dato Nik
Ahmad Kamil.
Selama empat hari kongres berjalan, tidak timbul sebarang
masalah. Kesemua persatuan yang hadir memberi kerjasama kepada
beliau. Cadangan Dato Onn untuk menubuhkan satu pertubuhan
kebangsaan melayu dipersetujui ; tetapi namanya diubah kepada UMNO
atau PEKEMBAR yang asal telah dipinda pleh Zaba dan Dato Hamzah.
Pada hari kedua persidangan kongres itu membincangkan soal Malayan
Union , ahli kongres mengutuk cara Harold macMichael mengmbil
tandatangan Raja-Raja melayu dan mengutuk malayan Union. Kongres ini
akhirnya membuat satu resolusi di akhir persidangan. Resolusi ini dihantar
ke Pejabat Tanah Jajahan sebagai satu bantahan bertulis orang melayu
secara kolektif.
Pada 29-30 Mac 1946, Dato Onn telah mengadakan kongres
tergempar untuk membincangkan tindakan-tindakan yang akan diambil
untuk menghalang kerajaan inggeris daripada melaksanakan Malayan
Union di Tanah Melayu. Kongres ke- 2 ini telah mengmbil ketetapatan agar
orang-orang melayu memulaukan majlis perlantikan Gabenor Jeneral dan
memohon Raja-Raja Melayu agar tidak menghadiri majlis perlantikan
tersebut yang diadakan pada 1 April 1946. Hasilnya majlis perlantikan
Gabenor Jeneral yang diadakan itu telah dipulaukan oleh orang melayu
dan Raja-Raja melayu setelah dipujuk agar tidak menghadirinya.
Kongres tergempar ini dihadiri oleh 9 orang wakil daripada 9 buah
persatuan negeri melayu sahaja kerana kesuntukan masa. Dalam
perbincangan selama 2 hari ini mereka membuat beberapa keputusan
penting yang mana salah satunya adalah meminta Raja-Raja Melayu
memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagi gabenor malayan
union. Mereka juga meminta ahli yang dilantik bagi Majlis Mesyuarat
malayan Union menolak perlantikan itu . bagi orang melayu pula mereka
diminta berkabung sebagai tanda kematian hak mereka.
UMNO sekali lagi mendapat kerjasama daripada masyarakat
melayu. Mereka menerima keputusan kongres itu. Pemulauan mereka
melemahkan sokongan orang melyu dalam pentadbiran British. Manakala
orang melayu mula memakai songkok berlilit kain putih sebagi tanda
berkabung. Bantahan orang melayu pada peringkat pentadbir dan rakyat
bawahan adalah sebulat suara. Bagaimanapun UMNO mempunyai
masalah dengan raja-raja Melayu. Mereka tetap ingin menghadiri majlis
perlantikan itu. Dato Onn yang telah ditugaskan memujuk raja-raja
melayu bersama Dato Hj. Wahab Toh Muda dan Dato Nik Ahmad Kamil,
terpaksa berjumpa dengan raja-raja melayu di Station Hotel , iaitu tempat
penginapan mereka yang berdekatan dengan Kings House, kediaman
Gabenor Malayan Union.
UMNO bimbang sikap raja-raj melayu itu akan melumpuhkan
Kongres 1946. Oleh itu dengan menggunakan pengalamannya dengan
Sultan Ibrahim di Johor, Dato Onn selaku Yang Dipertua UMNO merayu
dan berbincang tetapi mengingatkan raja-raja melayu supaya
berkerjasama dengan Kongres 1946 untuk mengelakkan rakyat melayu
menderhaka. Raja melayu akhirnya bersetuju setelah satu jam berunding
dengan Dato Onn. Inilah kali pertama rakyat Melayu mengancam
kedudukan raja-raja melayu secara terbuka.
Dato Onn dan UMNO dapat memujuk raja-raja Melayu dengan
pertolongan daripada Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim yang disegani oleh
raja-raja melayu kerana umurnya dan hubungan rapatnya dengan British
telah meminta raja-raja melayu supaya tidak menyokong Malayan Union.
Melalui suratnya kepada Sultan kedah, yang kemudiannya disebarkan
kepada raja-raja melayu yang lain. Tindakan ini dibuatnya semata-mata
kerana baginda insaf dengan ketelanjurannya menandatangan perjanjian
MacMichael 1946. Baginda ingin membalas budi Dato Onn yang tidak
menyebelahi kumpulan tujuh yang cuba menggulingkan baginda dari
taktha kerajaan Johor pada awal Januari 1946. Bagi tanda berbudi bahasa,
pada esoknya Sultan perak menghantar surat meminta maaf kepada
Edward gent, Gabenor Malayan Union.
Kongres ke-3 telah diadakan pada 11-12 mei 1946, iaitu setelah
Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan UMNO disiapkan oleh sebuah
jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk penubuhan UMNO dengan
rasminya. Kongres Ini diadakan di Istana Besar Johor bahru dan
dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.Perlembagaan UMNO
dengan rasminya disahkan dalam persidangan ini. Dengan pengesahan
tersebut maka UMNO dengan rasminya ditubuhkan dengan memakai
slogan HIDUP MELAYU. Selepas pengesahan piagamnya, dalam Mesyuarat
Agungnya yang pertama, DatoOnn Jaafar telah dipilih sebulat suara
sebagai Yang Dipertua Agung UMNO yang pertama.
Gerakan UMNO menjadi lebih berkesan dengan sokongan daripada
bekas pegawai British melalui akhbar di London pada April 1946.
Antaranya R. O. Winstedt, bekas penasihat British di johor pada tahun
1937 dan Frank Swettenham, bekas Residen Jeneral Negeri melayu
Bersekutu. Kedua-dua mereka melihat dasar Malayan Union ini
bertentangan dengan dasar kerajaan British selama ini. Namun yang lebih
berkesan lagi ialah kecaman adalah anggota kecaman daripada anggota
pembangkang Parti Konservatif Britain dalam House of Commons. Bagi
mereka Malayan Union ialah satu tindakan yang memusnahkan orang
melayu.
Simpati anggota parti konservatif itu menguntungkan Dato Onn
dan UMNO. Mereka bukan sahaja membidas, tetapi juga meminta supaya
dibenarkan mengkaji bantahan orang melayu secara dekat.
L.D.Gammans, seorang bekas pegawai rendah di Tanah Melayu pada
tahun 1920-an, mengetuai rombongan kerajaan British supaya
mengadakan satu perjanjian baru bagi meninjau keadaan politik di
Sarawak pada mei 1946, telah menulis surat kepada Dato Onn. Beliau
ingin mengetahui keadaan sebenarnya. Beliau meminta Dato Onn
memberi kerjasama dalam soal itu. Ini menunjukkan simpati yang
mendalam daripada L.D. Gammans kerana beliau mengesyaki sesuatu
yang tidak kena di dalam Malayan Union. Rombongan itu turut disertai
seorang wakil parti Buruh, David Rees Williams.
Maka orang melayu melalui UMNO dan Raja-Raja Melayu terus
berjuang untuk menamatkan pemerintahan Malayan Union di Tanah
melayu. Satu jawatankuasa kerja yang dianggotai wakil-wakil dari
kerajaan inggeris, Raja-Raja melayu dan UMNO terbentuk. Melalui
jawatankuasa Kerja tersebut, akhirnya malyan Union telah dimansuhkan
dan satu Perjanjian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
ditandatangani diantara raja-Raja Melayu dengan wakil kerajaan inggeris
di King House, Kuala Lumpur pada 21 januari 1948 dan Persekutuan Tanah
melayu mula berkuatkuasa pada 1 februari 1948.

4.0 Parti Komunis Malaya (PKM)


Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an
terutamanya di sekitar tahun 1925. Imigran Cina telah membawa buku-
buku dan risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di
kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hasil dari kegiatan mereka, guru-
guru dan murid-murid sekolah Cina telah menubuhkan Liga Belia Komunis
di Singapura pada tahun 1926. Sehingga 1927, komunis di Tanah Melayu
bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama
antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China. Perpecahan KMT-PKC
pada tahun 1927 telah menyebabkan PKC menghantar 5 orang wakilnya
ke Tanah Melayu. Pada 6 April 1930, satu persidangan komunis telah
diadakan di Singapura dan hasilnya lahirlah Parti Komunis Malaya (PKM)
yang beribu pejabat di Singapura.

4.1 Pada tahun 1945-1948


Tahap perkembangan PKM dari tahun 1945-1948 memperlihatkan
PKM berjuang secara berperlembagaan dan bercita-cita untuk membentuk
sebuah negara Komunis selepas pendudukan Jepun. Selepas peperangan
tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat. Oleh kerana
kelewatan British kembali ke Tanah Melayu, berlaku kekosongan
pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini diambil
oleh PKM keluar dari hutan merampas senjata-senjata Jepun dan
melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap orang Cina
dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu. Pada 12 September
1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenalkan Pentadbiran
Tentera British (BMA). Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka. Hanya
6800 orang anggota anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata.
Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan. Walaupun begitu,
PKM terus diiktiraf sebagai pertubuhan yang sah kerana jasa-jasa
bekerjasama dengan British menentang Jepun. Sejak itu, PKM mula
menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan
anggotanya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat
menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya
melalui perlembagaan.
PKM menganjurkan Gerakan Massa untuk memaksa British
memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga
menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-parti politik,
kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina. Untuk
mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am
dan untuk mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia
Demokratik Baru pada tahun 1946. Bagi menguasai kesatuan sekerja,
PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja Pusat, contohnya, PKM yang
menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) telah
menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU.
Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa,
mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan pemogokan.
Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan
merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan
kembali kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat
peperangan. Akibatnya 300 pemogokan telah dipengaruhi oleh PKM telah
berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada 1946-1947. Bagi
menghadapi pemogokan tersebut, British telah melaksanakan undang-
undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti politik supaya
tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah
menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM.
Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu perarakan
besar di Singapura bagi memperingati kekalahan British di tangan Jepun
pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta
menunjukkan kekuatan PKM. Pada 22 Disember 1946, PKM telah
menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) bagi menggagalkan
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Pada 6 Mac 1947, satu
mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura bagi
mengkaji semula dasar dan taktik PKM. Setiausaha Agung PKM, iaitu Lai
Teck tidak menghadirinya dan beliau talah menghilangkan diri bersama-
sama wang parti. Seramai 29 orang telah terbunuh di Batu Caves. Lai Teck
juga dituduh gagal mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selepas
kekalahan Jepun. Keadaan ini telah menggoncangkan kedudukan PKM
dengan melemahkan semangat anggota PKM. Akibatnya, pimpinan PKM
jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Ong Boon Hua yang lebih
dikenali sebagai Chin Peng. Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu
persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh
perwakilan komunis dari Asia serta Australia. PKM diwakili oleh Lee Soong.
Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan
bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan
komunis.

4.2 Pada tahun 1948-1951


Berikutan dengan keputusan Calcutta, PKM mula mengubah dasar
dan taktiknya sejak tahun 1948. Chin Peng telah menggantikan Lai Teck
sebagai ketua PKM. Beliau seorang yang radikal dan bertindak dengan
mengubah dasar berperlembagaan PKM kepada melancarkan revolusi
bersenjata. Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda
Komunis Antarabangsa Calcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan
gerila di seluruh dunia. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat
melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat
kegagalan PKM untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan yang
dijalankan sejak tahun 1945. PKM menubuhkan pasukan tentera anti-
British yang dikenali sebagai Malayan People Anti-British Army (MPABA)
yang dibawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu
Law Yew. Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan
anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA. Bagi menjayakan
matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao Tze Tung. Mengikut
strategi ini, PKM akan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan
kerajaan amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan
bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang
dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang
dan menguasai seluruh Tanah Melayu.
Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja
untuk mengadakan pemogokan. Akibatnya banyak pemogokan berlaku di
Tanah Melayu termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948.
Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti membakar
kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh pekerja
estet dan pengurus ladang. PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai
Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Pada masa darurat juga, Min Yuen
diperkenalkan. Tujuan Min Yuen diperkenalkan adalah supaya dapat
membekalkan makanan dan barangan keperluan seperti pakaian dan
ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis. PKM
meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina
dan pertubuhan Cina. Dalam keganasan tersebut, komunis telah
membunuh tiga orang pemimpin Kuomintang di Johor pada 12 Jun 1948.
15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua orang pengurus dan
seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa Eropah di Sungai
Siput, Perak. Berikutan dengan peristiwa itu, kerajaan mengisytiharkan
Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Semasa darurat,
berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis dijalankan. PKM dan
beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada negara telah
diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang Darurat
pada 7 Julai 1948.
Akibat pengisytiharan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke
dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang pasukan
keselamatan dan juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan
pelombong-pelombong Eropah. Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya
balai polis menjadi sasaran PKM. Taktik peperangan yang digunakan ialah
perang gerila iaitu secara serangan dan lari. Akibatnya ramai orang yang
terkorban dan banyak harta benda yang dimusnahkan oleh PKM. Mereka
memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi. PKM juga
menyerang ladang-ladang bijih timah di mana pokok getah dan jentera
perlombongan dimusnahkan untuk menyekat pengeluaran bagi
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha untuk mendapat
bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda Min Yuen yang terdiri
daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan. Edger O.
Balance dalam bukunya The Communist Insurgent War 1948-1964
menegaskan bahawa terdapat antara 30-40 ribu anggota Min Yuen pada
peringakat awal pemberontakan PKM. Dalam usaha untuk menakutkan
orang ramai dan menjejaskan pasukan keselamatan, PKM menjalankan
kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan. Akibat dari kempen itu,
mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya Tinggi British, Henry
Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit
Fraser.

4.3 Pada tahun 1951-1954


Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM
diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM. Serangan ganas
yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada orang ramai
kerana orang yang tidak berdosa turut terkorban. Apabila PKM menyedari
keganasan yang mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai
terhadap PKM menyebabkan mereka berusaha untuk mengelakkan
serangan ke atas orang awam. Sejak September 1951, serangan hanya
dilakukan ke atas pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip kerajaan
dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Pada 1950-an, mereka
meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina
dan pertubuhan Cina. Pada bulan Februari, Jeneral Templer telah dilantik
menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi
tenteranya dan melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah
berjaya melemahkan keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian
pengampunan, hadiah dan wang tunai serta syarat-syarat
kewarganegaraan yang longgar kepada anggota PKM yang menyerah diri.
Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami
kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya
dengan cara pemogokan. Maka pada tahun 1955, PKM bersetuju
berunding dengan Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman.
Walaupun rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya
darurat diumumkan tamat.

4.4 Dasar PKM pada tahun 1945-1948


Setelah PKM mula diterima sebagai parti yang sah, PKM telah
menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu bagi menambahkan
keanggotaannya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat
menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya
melalui perlembagaan. Oleh itu, PKM telah menganjurkan Gerakan
Massa untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri
dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif untuk
mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan
pertubuhan Cina.

4.5 Dasar PKM pada tahun 1948-1954


Dalam tahun 1948, PKM memasuki zaman baru kerana ia talah
mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah negara komunis di
Tanah Melayu melalui satu revolusi bersenjata. Faktor-faktor yang
menyebabkan perubahan dasar ini ialah kegagalan mencapai matlamat
melalui perlembagaan. Beberapa ahli Sejarah berpendapat bahawa
pemberontakan PKM meletus akibat kegagalan polisi perdamaian bersatu.
PKM telah gagal untuk mencapai cita-citanya melalui cara-cara
perlembagaan antara tahun 1945-1948. Justeru itu, PKM terpaksa
menggunakan cara-cara lain seperti kekerasan untuk menggulingkan
kerajaan British di Tanah Melayu. Perubahan pucuk pimpinan ahli juga
menyebabkan krisis dalam PKM sendiri yang telah mengakibatkan
pemberontakan komunis 1948. Pada bulan Mac 1947, Setiausaha Agung
PKM, Lai Teck telah menghilangkan diri dengan wang parti. Peristiwa ini
telah menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan
radikal pimpinan Chin Peng. Mengikut pendapat Chin Peng, dasar yang
lebih aktif perlu dilaksanakan bagi memulihkan semangat perjuangan
komunis. Persidangan di Calcutta melibatkan ahli-ahli Sejarah seperti
Harny Miller pula berpendapat bahawa keputusan PKM untuk
memberontak adalah dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda
Komunis Asia yang diadakan di Calcutta pada 18 dan 19 Februari 1946.
Kongres tersebut telah mengarahkan parti-parti komunis untuk
mengadakan pemberontakan bersenjata bagi memcapai matlamat
mereka.

4.6 Taktik PKM pada tahun 1945-1948


Untuk mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan cawangan di
seluruh Tanah Melayu, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh
Am untuk mendapat sokongan pekerja dan Liga Belia Demokratik Baru
untuk mendapat sokongan belia. Untuk menguasai kesatuan sekerja, PKM
telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) yang
berjaya menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah
PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi dan memudahkan PKM merampas
kuasa, PKM telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan
pemogokan. Akibatnya, 300 pemogokan yang dipengaruhi PKM telah
berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1946-1947. PKM juga
menceburkan diri dalam kegiatan dan pergerakan politik misalnya PKM
telah menentang rancangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
(PTM) pada tahun 1948. Pada pendapat mereka, pembentukan PTM sudah
pasti menggagalkan rancangan PKM untuk menubuhkan Republik Komunis
Malaya, maka pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi
menentang rancangan pembentukan PTM.

4.7 Taktik PKM pada tahun 1948-1954


Bagi mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan pasukan tentera
anti-British yang dikenali sebagai MPABA di bawah pimpinan pengerusi
jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain ialah
Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada
bekas anggota MPAJA. PKM juga menggunakan strategi Mao Tze Tung
dalam perjuangan mereka. Mengikut strategi ini, PKM akan menyerang
dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan Kerajaan British
amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas
daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan
menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menguasai
seluruh Tanah Melayu. Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi
kesatuan sekerja mengadakan pemogokan. Akibatnya pemogokan berlaku
di Tanah Melayu termasuk di Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM
juga meneruskan usaha meresapi parti-parti politik, kesatuan sekerja,
sekolah Cina dan pertubuhan Cina.
Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3
peladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah menyebabkan
darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Pada 23
Julai 1948, Undang-undang Darurat dikeluarkan. Undang-undang ini telah
mengharamkan PKM. Akibatnya anggota PKM lari ke dalam hutan untuk
meneruskan perjuangan mereka. Mereka telah menyerang pasukan
keselamatan dan orang awam terutamanya peladang-peladang dan
pelombong-pelombong. Mereka juga memusnahkan sistem perhubungan
jalan raya dan jalan keretapi. Dalam usaha mendapat bantuan, PKM
menubuhkan pasukan propaganda Min Yuen yang terdiri daripada
setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan. Pada September
1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang.
Apabila menyedari bahawa keganasan yang mereka lakukan
menimbulkan kebencian orang ramai, PKM telah mengubah taktik
perjuangan mereka, iaitu hanya menyerang pasukan keselamatan, orang
Eropah, pengintip dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah.
Menjelang tahun 1954, perjuangan PKM mengalami kegagalan.

4.8 Gerakan Min Yuen (Gerakan Rakyat)


Gerakan Min Yuen adalah golongan radikal yang berhaluan kiri
yang ditubuhkan dibawah PKM dan dianggotai sebilangan besarnya oleh
orang Cina. Tanggungjawabnya ialah menolong PKM iaitu mengumpul
makanan, menyediakan sumber kewangan, pakaian, memperoleh bekalan
ubat-ubatan, mendapatkan maklumat penting, mencari rekrut-rekrut
baharu komunis serta menjadi mata-mata kepada PKM dan menyebarkan
propaganda. Tujuan Min Yuen ditubuhkan ialah untuk memberi maklumat
tentang Jepun dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada
komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-
kampung dan kawasan berhampiran hutan. Keahliannya hampir setengah
juta orang. Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan
operasinya pada sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min
Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah
dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke
kawasan petempatan baru yang dikawal.
5.0 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat dua pertubuhan parti politik
Melayu iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada
tahun 1926 dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada
tahun 1938. KMS memperjuangkan kedudukan istimewa orang-orang
Melayu di Negeri-Negeri Selat, manakala KMM pula adalah parti radikal
iaitu anti-penjajah British dan mahu negara kita merdeka dengan
mengekalkan identiti politik Melayu melalui percantuman dengan
Indonesia.
Apabila KMM diharamkan, bekas pemimpin KMM telah menubuhkan
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945. Selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua, parti politik baru Melayu ini telah
ditubuhkan dengan nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ini adalah parti politik Melayu
pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. la
ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak.
Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso dan akhirnya
berpindah tangan kepada seorang tokoh agama yang mampu menguasai
Bahasa Arab, Bahasa lnggeris serta Bahasa Melayu dengan baik iaitu Dr.
Burhanuddin al-Helmi. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM
dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai
gerakan politik bagi menentang penjajah.
PKMM sebenarnya telah diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan
Ahmad Boestamam yang kedua-duanya memainkan peranan yang cukup
besar dalam pucuk pimpinan awal parti PKMM. Pada awalnya, PKMM tidak
beralih kepada komunisme, tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik
sebagai presiden yang pertama pada bulan Oktober 1946 untuk PKMM,
parti ini mula dipengaruhi oleh komunis.
Antara Majlis Tertinggi dalam PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso
sebagai Yang Dipertua, Dr. Burhanuddin Helmi sebagai Naib Yang
Dipertua, Dahari Ali sebagai setiausaha, Arshad Ashaari sebagai
bendahari dan Ahmad Boestamam sebagai ahli jawatankuasa. Ahli-ahli
Majlis Tertinggi ini membawa pengaruh yang cukup besar dan kuat dalam
memperjuangkan PKMM.
Setelah sebulan PKMM ditubuhkan, parti ini telah menubuhkan
beberapa cawangan lain di beberapa buah negeri. Antara negeri-negeri
itu ialah Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM telah
menyebarkan pengaruhnya melalui beberapa akhbar-akhbar harian
seperti Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu. Selain itu juga,
PKMM turut menyebarkan pengaruhnya melalui terbitan majalah bulanan
iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People.
PKMM juga telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam
masyarakat Melayu seterusnya dapat menubuhkan beberapa bahagian
dalam struktur organisasinya. Antara bahagian-bahagian dalam struktur
organisasi di bawah PKMM adalah seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)
iaitu cawangan pemuda yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) iaitu cawangan pemudi yang dipimpin
oleh Shamsiah Fakeh. Selain itu, cawangan lain di bawah PKMM ialah
Barisan Tani Semalaya (BATAS) dan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya
(MATA).
Apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden yang pertama
untuk PKMM, parti ini mula dipengaruhi oleh komunis. Bagaimanapun,
pimpinan pemuda iaitu Ahmad Boestamam telah merenggangkan API dari
PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunis. Ahamd
Boestamam juga telah mengeluarkan manifesto yang berasingan dari
PKMM untuk mengelakkan penjajahan komunis ke atas partinya.
Penglibatan Mokhtaruddin Lasso dalam penubuhan PKMM adalah
kerana ditugaskan oleh Parti Komunis Malaya yang telah dianggotainya.
Selepas Parti Komunis melihat betapa teruknya hubungan antara orang
Melayu dan Cina setelah berlakunya serangan balas membalas dengan
puak Malayan Peoples Anti-Japanese Army dengan orang-orang Melayu
akibat anggapan MPAJA bahawa kesengsaraan orang Cina pada zaman
Jepun adalah disebabkan oleh kolaborasi pemimpin-pemimpin dan
anggota polis Melayu dengan pihak Jepun. Akhirnya, PKM telah menyedari
tentang kepentingan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dalam
rancangannya untuk membebaskan Malaya daripada penjajahan British.
Beberapa bulan kemudian,apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM)
bergabung dengan PKMM, pucuk pimpinan telah beralih tangan. Presiden
yang kedua untuk PKMM adalah di bawah pucuk pimpinan Dr.
Burhanuddin Helmi. PKMM telah bertukar pucuk pimpinan yang ketiga
pada bulan Disember 1947 yang dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad dan
seterusnya menjadi presiden ketiga untuk PKMM.
Oleh sebab pertukaran pucuk-pucuk pimpinan ini, PKMM tidak lagi
jatuh atau terpengaruh dengan komunisme tetapi sebaliknya bertukar
kepada nasionalisme. Semasa pemerintahan Dr. Burhanuddin, PKMM telah
dibawa ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan
Malaya-Indonesia. Ia adalah merupakan satu perjuangan utama PKMM.
Walaupun pada dasarnya, perjuangan PKMM yang sebenar-benarnya
adalah untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain tetapi PKMM
lebih cenderung bagi Tanah Melayu untuk menyertai Indonesia bagi
mendapatkan kemerdekaan pada 1949.
Matlamat utama PKMM adalah untuk mencapai kemerdekaan
negara secara penuh dan teratur serta menentang sebarang bentuk
penjajahan British.. Selain itu, PKMM juga telah berusaha dalam
mengatasi masalah orang Melayu dari segi pelajaran, sosial dan juga
ekonomi seterusnya membantu orang Melayu dalam mempunyai
kebebasan mencetak serta bersuara.
Antara objektif penubuhannya yang menjanjikan pembebasan
kepada orang Melayu ialah menyatupadukan bangsa Melayu,
menanamkan semangat kebangsaan dalam diri orang-orang Melayu serta
bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga yang besar iaitu
Republik Indonesia Raya. Selain itu, usaha PKMM adalah bertujuan untuk
mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, berfikir dan menuntut
pelajaran. PKMM juga berusaha dalam membangkitkan kedudukan bangsa
Melayu dengan memajukan perusahaan perniagaan dan pertanian serta
menaik tarafkan nasib orang Melayu.
PKMM juga turut memberi kebebasan bercucuk tanam. Orang yang
ingin bercucuk tanam dibebaskan dari membayar sewa tanah pada bila-
bila masa pun serta bebas menjual hasil usahanya di pasar perniagaan.
Orang Melayu juga diberi kebebasan penuh untuk mendirikan sekolah-
sekolah kebangsaan seterusnya mendapatkan pelajaran percuma. Orang
Melayu diberi kebebasan dalam mencetak buku-bukunya sendiri dan
menggalakkan pelajaran secara demokrasi.
Pada hari pengisytiharan dasar-dasar perjuangan PKMM pada 30
November 1945, ia telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap
sebagai diinspirasikan oleh rancangan Sembilan Perkara Parti Komunis
Malaya oleh pihak kerajaan. Selain itu, kegiatan-kegiatan PKMM turut
dicurigai oleh kerajaan. Ini adalah kerana kegiatan-kegiatan PKMM yang
anti-UMNO dan juga anti-penjajah. Oleh yang demikian, PKMM cuba
melakukan sesuatu supaya pengaruhnya boleh bertahan.
Dalam usaha PKMM untuk mengekalkan pengaruhnya adalah
dengan berusaha untuk menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
Pusat Tenaga Rakyat atau lebih dikenali dengan singkatan PUTERA ini
ialah parti-parti radikal Melayu. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA),
kemudiannya bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action
(AMCJA) bertujuan untuk menentang Perjanjian Persekutuan 1948 bagi
penubuhan Persekutuan Tanah melayu.
Dengan mengenepikan faktor-faktor perkauman, gabungan PUTERA
dan AMCJA ini menegaskan pendiriannya yang anti-penjajahan British.
Gabungan ini juga turut menentang ciri-ciri yang dianggapnya tidak
demokratik yang masih dibenarkan wujud dalam perlembagaan
Persekutuan. PKMM turut menegaskan bahawa cadangan-cadangan
Persekutuan tidak dapat menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan
yang demokratik dan kuasa yang sepatutnya diberikan kepada beberapa
orang pegawai tidak diberikan sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, pengaruh PKMM ini tidak kekal lama. Antara
penyebab utama PKMM tidak dapat bertahan lama adalah kerana
penubuhan atau kemunculan UMNO. UMNO ialah parti yang lebih diyakini
oleh orang-orang Melayu dalam memperjuangkan nasib mereka. UMNO
sangat yakin dan tegas dalam memperjuangkan nasib orang-orang
Melayu. Oleh sebab itu, ramai orang-orang Melayu lebih yakin dan
memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka.
Walaupun begitu banyak usaha yang dilakukan oleh PKMM untuk
mengekalkan pengaruhnya, namun perjuangan PKMM pula telah dianggap
oleh Inggeris sebagai mempunyai hubungan dengan komunis. Oleh yang
demikian, beberapa orang pemimpin PKMM telah ditangkap oleh Inggeris
dan turut dipenjarakan. Akhirnya, pada 18 Jun 1948, PKMM dan juga
beberapa parti lain telah diharamkan penubuhannya apabila darurat telah
diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang
Dipertua UMNO, Dato Onn Jaafar. PKMM juga telah keluar daripada UMNO
secara automatik pada tahun 1946 setelah gagal dalam mempengaruhi
pemikiran politik orang Melayu dalam UMNO.

6.0 All Malayan Council of Joint Action ( AMCJA) PUTERA


Pan-Malayan Council of Joint Action (PMCJA) yang kemudiannya
ditukar kepada All Malayan Council of Joint Action atau lebih dikenali
sebagai AMCJA telah ditubuhkan pada tahun 1946 yang diketuai oleh Tun
Tan Cheng Lock. AMCJA ditubuhkan selepas tertubuhnya Malayan
Demokratik Union (MDU) yang ditubuhkan pada tahun Desember 1945.
MDU ini bermatlamat mengadakan tentangan yang diharapkan dapat
mengimbangkan sedikit nasionalisme Melayu supaya mereka tidak
terhimpit dan tertekan. Kemunculan AMCJA ini adalah bersifat kiri dan
terdiri daripada lebih kurang 400 00 orang yang majoritinya ialah orang
Cina.
Antara matlamat AMCJA ialah pertama menyatukan Tanah Melayu
dengan Singapura. Rakyat Cina membantah tindakan British memisahkan
Singapura daripada Tanah Melayu. Dalam Perlembagaan Malayan Union,
terdapat cadangan bahawa semua negeri-negeri Melayu, termasuk Pulau
Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Singapura
tidak termasuk dalam Malayan Union dan kekal sebagai tanah jajahan
dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang
berasingan. Inilah yang cuba ditegakkan oleh AMCJA.
Kedua, sebuah Dewan Undangan Pusat yang anggotanya dipilih
oleh rakyat. Ketiga pula hak-hak politik yang sama rata bagi semua yang
menganggap Tanah Melayu sebagai Negara mereka yang sebenar dan
tempat tumpuan taat setia mereka. Keempat, kedaulatan Raja-Raja
Melayu dikekalkan sebagai Raja Berperlembagaan yang menerima nasihat
melalui badan-badan yang berunsur demokrasi. Kelima ialah perkara
berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di
bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja. Terakhir ialah perhatian khas
diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.
Matlamat yang diutarakan oleh AMCJA ini secara tidak disedari cuba
menarik orang Melayu untuk bergabung dengan AMCJA. Akhirnya, Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyertai AMCJA dan menubuhkan
Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA yang terdiri daripada sayap-sayap
PKMM iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS),
Hizbul Muslimin dan lain-lain termasuk PKMM sendiri.
Namun, gabungan parti-parti ini tidak mempersetujui usul-usul
perlembagaan persekutuan sebaliknya mengusulkan kemsukan Singapura
ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dan juga mengurangkan kuasa
kerajaan British. Contohnya, membangkang terhadap kuasa yang luas di
tangan Pesuruhjaya Tinggi sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan. Dr.
Burhanuddin helmi dan Ishak Hj. Muhammad yang memimpin PUTERA
berpendapat bahawa usul berkenaan terlalu banyak memberi faedah
kepada British dan kurang berdemokratik
Pada tahun September 1947, tekanan PUTERA-AMCJA menjadi lebih
kuat apabila mereka bergabung. Mereka telah mengadakan satu mogok
ekonomi iaitu hartal yang dilancarkan pada 19 Oktober 1947 di seluruh
Tanah Melayu. Namun hartal hanya Berjaya dilakukan di Melaka,
Singapura dan Pulau Pinang sahaja kerana AMCJA sangat berpengaruh di
sana. PUTERA-AMCJA juga gagal untuk mendesak penerimaan
Perlembagaan Rakyat sebagai cadangan balas kepada cadangan Working
Committee.
Pada umumnya, Dato Onn Jaafar hanya mengambil sikap pandang
dan lihat dengan tindakan PUTERA-AMCJA itu. Dalam ucapannya, beliau
sentiasa menekankan kepentingan orang Melayu bersatu dan berdiri di
belakang draf perlembagaan Working Committee itu. Tindakan PUTERA
bekerjasama dengan AMCJA ditempelak oleh Dato Onn Jaafar. Menurut
beliau, PUTERA adalah pertubuhan yang berselindung di sebalik nama
Melayu bagi mencapai cita-cita politik beberapa orang pemimpin PKMM
sahaja.
Dato Onn juga melihat Perlembagaan Rakyat sebagai tidak sesuai
dan munasabah dengan kedudukan politik Tanah Melayu. Kedudukan
politik orang Melayu mestilah dikekalkan sebelum satu kerajaan sendiri
yang merdeka boleh dicapai. Bersama-sama AMCJA, PUTERA muncul
sebagai penentang UMNO selepas usul mereka semasa di PKMM telah
ditolak oleh UMNO. Pengaruh gabungan AMCJA PUTERA mula merosot
sekitar tahun 1949 hingga 1950.
7.0 Parti Islam Se-Tanah Melayu

Pada bulan Ogos 1951, bertempat di Kuala Lumpur,


persidangan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu telah memberi ilham
supaya mencadangkan penubuhan Parti Islam Se-Tanah Melayu.
Satu keputusan telah diambil dalam mesyuarat di Kepala Batas pada
bulan November 1951 untuk menukar nama pertubuhan itu kepada
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), tetapi kedudukannya kekal
sebagai sebuah pertubuhan bercorak agama dan kebajikan Islam.
Yang Dipertua PAS yang pertama ialah Haji Ahmad Fuad bin
Hassan. Timbalan Yang Dipertua pula ialah Haji Mansur J.P. dan
Setiausahanya pula ialah Haji Ahmad Maliki. Terdapat bekas ahli
UMNO yang menganggotai PAS yang terawal seperti Haji Ahmad
Fuad bin Hassan dan Haji Ahmad Maliki. Pada tahun 1954,
perlembagaan PAS telah dipinda dengan meletakkan perjuangan
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai perjuangan parti dan
menjadikan agama Islam sebagai asas kepada pentadbiran kerajaan
dan masyarakat.
Menjelang tahun 1955, PAS membuat keputusan untuk
bergerak sebagai sebuah parti politik bagi melindungi hak-hak orang
Melayu. PAS didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah parti politik
sehari sebelum hari terakhir pilihan raya Persekutuan pada tahun
1955. Dalam pilihan raya tersebut, PAS yang bertanding buat
pertama kali Berjaya memenangi sebuah kerusi di Kerian, Perak.
Walaupun hanya sebuah kerusi yang dimenangi, tetapi ini
merupakan satu kejayaan luar biasa bagi sebuah parti politik yang
baru ditubuhkan.

8.0 Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

Persatuan Melayu Sarawak (PMS) yang ditubuhkan di Kuching


pada bulan Oktober 1939 merupakan pertubuhan terawal di
Sarawak. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah dilantik sebagai
presiden PMS yang pertama. Kemunculan PMS dikatakan telah
dipengaruhi oleh persatuan-persatuan Melayu di Singapura dan
Tanah Melayu seperti Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan
Melayu Selangor.

Antara matlamat penubuhan PMS adalah untuk menyatukan


dan memajukan kedudukan sosioekonomi orang Melayu, melindungi
agama Islam dan menjadi penghubung antara orang Melayu dengan
pihak kerajaan. PMS mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada orang Melayu, dan menjelang tahun 1941 ahli PMS
berjumlah hampir 700 orang.

Namun, muncul beberapa persatuan setelah timbul cadangan


untuk meyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London.
Antara persatuan tersebut ialah Pergerakan Pemuda Melayu dan
Barisan Pemuda Sarawak. Kedua-dua buah pertubuhan ini mendesak
supaya Sarawak diberi kemerdekaan di bawah Pentadbiran Brooke.

Terdapat satu sahaja pertubuhan orang Melayu yang


menyuarakan sokongan supaya Sarawak diserahkan kepada
kerajaan British ialah Pertubuhan Pemuda Melayu yang diketuai oleh
Datu Abang Othman. Ini merupakan kemunculan orang Melayu
sebagai penduduk tempatan terawal yang menyuarakan pendirian
berhubung isu-isu politik dan melibatkan diri dalam kegiatan politik
di Sarawak.
9.0 Parti Negara Sarawak (PANAS)

Pada bulan April 1960, Parti Negara Sarawak (PANAS) telah


ditubuhkan. Tujuan penubuhan ini ditubuhkan ialah untuk membela
kaum bumiputera Sarawak terutama orang Melayu. Pengerusi
PANAS yang pertama ialah Datu Bandar Abang Haji Mustapha iaitu
seorang pemimpin bangsawan dari Kuching. PAAS mendapat
sokongan kuat daripada kaum Melayu dan Melanau-Islam, terutama
dari Bahagian Ketiga, Sarawak.
10.0 Barisan Rakyat Jati Sarawak (Barjasa)

Barjasa atau Barisan Rakyat Jati Sarawak telah ditubuhkan


pada bulan Disember 1961. Penubuhan ini ditubuhkan kerana rasa
tidak puas hati orang Melayu dan Melanau-Islam terhadap PANAS.
Matlamat Barjasa adalah untuk memperjuangkan kebajikan dan
kemajuan penduduk Sarawak, terutamanya kaum bumiputera,
melindungi dan mendukung prinsip demokrasi. Selain itu, Barjasa
juga bermatlamat untuk memelihara dan mengembangkan
perasaan muhibah dan harmoni antara kaum serta menyelamat
penduduk Sarawak daripada pengaruh Komunis.

Datu Tuanku Bujang bin Tuanku Osman merupakan seorang


pemimpin bangsawan Melayu dari Sibu. Beliau merupakan
pemimpin Barjasa. Barisan kepimpinan Barjasa menggabungkan
pemimpin agama dan golongan intelek seperti Mohd Mortadza Haji
Daud dan Abdul Kadir Hassan yang mewakili pemimpin agama dan
Abdul Rahman Yaacob dan Abdul Taib Mahmud yang kedua-duanya
merupakan lulusan undang-undang mewakili golongan intelek.

11.0 Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) dan Barisan


Pemuda Society (BARIP)

Beberapa orang pemimpin kaum bumiputera di Labuan telah


mengadakan satu perjumpaan pada bulan Jun 1946 selepas Perang
Dunia Kedua untuk menubuhkan satu persatuan. Perjumpaan itu
menghasilkan satu pertubuhan politik yang dinamakan Parti
Kebangsaan Melayu Labuan (PKML). Pertubuhan PKML adalah untuk
membaiki kedudukan kaum bumiputera Islam dan memajukan
ekonomi anak negeri.
Pada tahun 1946 pula, Barisan Pemuda Society (BARIP) pula
telah ditubuhkan sebagai sebuah parti politik di Sabah. Penubuhan
BARIP adalah untuk menyatukan anak negeri Sabah dan
bekerjasama dalam mempertingkatkan taraf hidup kaum
bumiputera. Kegiatan BARIP ditumpukan untuk membaiki keadaan
politik, ekonomi dan masyarakat bumiputera secara
keseluruhannya.

Namun, kedua-dua parti politik ini tidak bertahan lama. Setelah


BARIP dan PKML berkubur, bumiputera Islam telah menubuhkan
Khairat Jumaat Muslimin di Jesselton pada tahun 1950. Tetapi
persatuan ini juga tidak kekal lama. Selepas itu, ahli-ahlinya telah
bersatu semula dan membentuk Persatuan Islam Pergaulan Ikhwan
Sabah pada tahun 1957. Badan ini ditubuhkan untuk menggalakkan
umat Islam mematuhi ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

12.0 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)

Orang Kadazan mula memikirkan cadangan menyatukan


semua kelompok etnik Kadazan-Dusun dalam sebuah pertubuhan
parti politik. Cadangan itu menjadi kenyataan apabila Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) ditubuhkan pada bulan Ogos
1961. Donald Stephens, seorang saudagar balak yang berketurunan
peranakan Australia-Kadazan merupakan pelopor kepada UNKO.
Tujuan UNKO ditubuhkan ialah mengukuhkan perhubungan orang
Kadazan-Dusun supaya mereka dapat memperjuangkan satu cita-
cita dan matlamat dalam bidang politik, ekonomi dan social serta
memelihara hak-hak kaum bumiputera di Sabah.

13.0 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)


Pada bulan Disember 1961, muncul sebuah pertubuhan
politik yang mewakili kepentingan masyarakat Islam, iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). USNO merupakan
gabungan beberapa buah persatuan sosial dan agama seperti
Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan
Persatuan Anak Negeri Sandakan.

Datu Mustapha bin Datu Harun, seorang pemimpin bumiputera


Islam yang berpengaruh telah mengusahakan Penubuhan USNO.
Keanggotaan USNO terbuka kepada semua bumiputera Sabah,
terutama orang Islam. Datu Mustapha telah dipilih sebagai Yang
Dipertua USNO yang pertama. Matlamat Penubuhan USNO ialah
untuk memperjuangkan kepentingan kaum bumiputera Islam seperti
orang Sulu, Bajau, Illanun, Melayu Brunei, Bisaya, Kedayan dan
Kadazan.

14.0 Penutup

Perlembagaan Malayan Union digubal, tanpa mengambil kira


pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Ia akan menghapuskan
kedaulatan dan politik Raja-raja Melayu. Selain itu, Malayan Union
menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum
bukan Melayu melalui prinsip jus soli.

Berikutan dengan itu, orang Melayu mendapat tamparan hebat


daripada perlembagaan Malayan Union dan bangkit menentang
melalui penubuhan UMNO yang diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar.

Bantahan orang Cina terhadap Malayan Union dipusatkan


kepada sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action
(PMCJA) yang kemudiaannya ditukar kepada AMCJA.

Kaum India pula tidak berminat langsung dengan keadaan


politik di Tanah Melayu. Kebanyakan mereka masih menumpukan
perhatian kepada parti politik di India dan perjuangan parti Kongres
India.

Setelah orang Melayu memberontak dan memulaukan


perlantikan Gabenor Jeneral, akhirnya Malayan Union telah diganti
oleh perjanjian Perlembagaan Perseketuan tanah Melayu.

KAPITALISME DALAM POLITIK


MALAYSIA
ini assignment mengenai kapitalisme dalam politik tanah air iaitu UMNO, PAS..hopefully boleh
mmebantu diluar sana. sharing is caring :)

1.0 Pengenalan
Senario politik di Malaysia dilihat menunjukkan perubahan yang ketara di antara
pertembungan parti parti di Malaysia apabila menginjak sekitar tahun 2008. Malaysia
merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam politik tanahair yang
mana suara rakyat menjadi pemangkin kepada tampuk pemerintahan negara. Ini adalah
pengaruh dari kebanyakan negara koloni British yang lain yang mana ketika British menjajah
Tanah Melayu, pihak British telah meninggalkan sistem pemerintahan bercorak koloni
British. Justeru, Malaysia telah mengadaptasi sistem demokrasi model Britain, iaitu
demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai sistem pemerintahan setelah
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut M. Nadzri M. Noor & Ghazali Mayudin
(2008), struktur pemerintahan demokratik dimanifestasikan dan diberi kuasa oleh
Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi persekutuan (Artikel 4: 1).
Menurut mereka lagi, dalam Perlembagaan Persekutuan, dapat dilihat penerapan konsep
pengasingan kuasa di antara badan kerajaan terutamanya peruntukan kebebasan kehakiman di
sebalik percantuman kuasa badan eksekutif dan badan perundangan, peruntukan kuasa Yang
Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja, peruntukan kuasa badan perundangan dan
peruntukan kebebasan asasi masyarakat Malaysia. Maka, sejak memperolehi kemerdekaan,
wujud parti parti politik yang berjuang menawan hati rakyat untuk menjadi pemerintah
negara.
Dalam konsep demokrasi berpolitik di Malaysia, setiap penggal (4 tahun sekali) akan
diadakan pilihanraya umum untuk menentukan siapa yang layak memerintah negara.
Berdasarkan analisis politik yang telah dilakukan oleh para analisis politik tanahair
menunjukkan rakyat Malaysia sering dikaitkan dengan budaya politik feudalisme dengan ciri
ciri submisif, pasif, subjek, taat dan setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah
(Chandra 1971; Syed Husin Ali 2004; Nidzam 2002; Muhamad Nadzri 2007; 136). Ciri ciri
feudalisme ini terbentuk apabila rakyat memilih BN sebagai tampuk pemerintahan Malaysia
sejak merdeka sehingga kini. Kini sudah setengah abad BN (yang dahulunya adalah parti
perikatan antara UMNO, MCA dan MIC) memerintah negara disebabkan oleh sokongan yang
padu dari rakyat yang mempercayai perubahan yang boleh dibawa oleh BN kepada rakyat.
Menurut penganalisis politik, budaya berpolitik di Malaysia secara demokrasi gagal
dihasilkan sebaliknya corak dan budaya politik lebih kepada budaya politik feudal dan kerana
itu BN mampu bertahan memerintah Malaysia sehingga 50 tahun lamanya.
Sekitar Pilihanraya Umum tahun 1986, parti parti di pihak pembangkang seperti
DAP menunjukkan peningkatan dalam jumlah kerusi yang diperolehi apabila menang 6
kerusi di Pulau Pinang, 4 kerusi di Perak dan 3 kerusi di Sabah yang menunjukkan calon
DAP mampu mengalahkan calon BN di negeri berkenaan. Ini menunjukkan gelombang
penguasaan DAP yang menyerap secara halus dan tersembunyi kerana pada masa itu BN
menghadapi pelbagai dilema dalaman politik itu sendiri dan menjadi tempoh yang amat
kritikal kepada BN. Disebalik kemelut dalaman yang dihadapi BN, DAP menggunakan
peluang ini untuk membuat pelbagai kecaman, tuduhan, kritikan dan tohmahan yang
menyebabkan rakyat menjadi keliru dengan masalah yang terjadi dibawah pemerintahan BN
sama ada disebabkan oleh kegagalan pihak pemerintah (BN) dalam mengendalikan
pentadbiran pemerintahan (Zakry Abadi, 1986 : 20). Gelombang parti PAS dilihat seakan
akan kehilangan arah dan dan mengalami zaman kejatuhan yang serius sekitar pilihanraya
umum 86.
Namun, disebabkan kemelut yang melanda ekonomi negara terutamanya disebabkan
Krisis Kewangan yang terjadi pada tahun 1997 menunjukkan pola pemilihan rakyat yang
mula bangkit untuk menuntut hak mereka berbanding bergantung kepada amalan budaya
politik feudal. Tekanan dan kos sara hidup, masalah sosial seperti penyelewengan, rasuah dan
sebagainya serta masalah dalaman parti UMNO melihat kepada kepincangan yang terjadi
dalam pentadbiran BN menjadikan pengundi orang Melayu mula beralih arah dan
menyokong PAS sehingga membawa kemenangan PAS pada pilihanraya umum 99 untuk
menakluki negeri Terengganu selama sepenggal sebelum dirampas semula oleh BN pada
pilihanraya umum 04. Pemecatan Anwar Ibrahim dari keahlian UMNO pada tahun 1998
juga telah membawa kepada pembentukan parti baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR)
yang dipengerusikan oleh isteri Anwar sendiri iaitu Wan Azizah dan Anwar sebagai penaung
kepada parti PKR. PKR telah bergabung dengan DAP dan PAS untuk membentuk Barisan
Alternatif (Kemudiannya dikenali Pakatan Rakyat).
Apa yang lebih hebat, pada tahun 2008, menunjukkan pertembungan politik yang
mencipta sejarah tsunami politik di antara dua sayap utama iaitu pro-kerajaan (Barisan
Nasional) yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dan pro-pembangkang (Pakatan
Rakyat) yang terbentuk daripada gabungan PAS, DAP dan PKR. PRU ke 12 menyaksikan
BN semakin hilang sokongan rakyat apabila menang tipis kepada PR. Apa yang lebih
mengejutkan adalah apabila Selangor dan Kedah berjaya ditawan oleh parti penbangkang
yang menyaksikan 5 buah negeri berjaya ditawan oleh PR iaitu Pulau Pinang (DAP), Perak
(PAS), Selangor (PKR), Kelantan (PAS) dan Kedah (PAS). Pelbagai inisiatif telah dilakukan
oleh Datuk Najib untuk menarik semula undi ke atas BN namun kelihatan gelombang budaya
politik feudal sudah tidak relevan lagi dan rakyat telah bangkit bersuara untuk menuntut hak
mereka memandangkan krisis ekonomi yang kian meruncing sehingga menekan kehidupan
rakyat di Malaysia.

Maksud Kapitalisme Dalam Politik Di Malaysia


Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah
pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan
keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan
tetapi juga merujuk kepada sekumpulan individu seperti sebuah syarikat. Dalam kapitalisme,
kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak
membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi
kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep
ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations.
Berdasarkan kepada maksud kapitalisme ini, wujud elit kapitalis yang mempengaruhi
transformasi politik dalaman dan luaran sesebuah parti sehingga memberi kesan kepada
perubahan yang ketara dalam corak pentadbiran sesebuah parti dan kepada masyarakat
khususnya.
Berasaskan sistem quasi kapitalisme yang didokong oleh Malaysia, maka wujud dua
perkara asas yang memberi impak kepada rakyat di negara ini. Hal ini demikian kerana
pengaruh ekonomi dalam memotivasi tindakan sesebuah masyarakat adalah sukar untuk
dielakkan kerana keberlangsungan kehidupan mereka bergantung kepada keadaan ekonomi
negara. Selain itu, disebabkan campurtangan kerajaan dalam sistem seumpama ini adalah
tinggi, maka sekiranya berlaku masalah ekonomi yang mendesak keberlangsungan hidup
mereka, kebergantungan dan pengharapan yang tinggi kepada kerajan tidak dapat dielakkan.
Justeru, pada ketika ini mereka cenderung memerhatikan langkah, tindakan dan keputusan
kerajaan untuk memperbaiki atau menyelesaikan keadaan yang dialami.
Pengalaman politik di Malaysia menunjukkan bahawa sekiranya keadaan ekonomi
tidak mendesak rakyat, sokongan padu mereka cenderung diberikan kepada pemerintah sedia
ada meskipun wujud isu dominan lain seperti rasuah, salahguna kuasa dan ketidakadilan
sebagaimana yang dikritik dalam PRU 1990, 1995 dan 2004 (Ghazali 2006). Namun begitu,
jika keadaan ekonomi ketika ini menekan kehidupan rakyat, maka wujud kecenderungan
untuk politik baru muncul dan membela nasib rakyat. Seperti yang diketahui umum,
gelombang politik baru yang pertama muncul pada PRU 1999 selepas berlaku Krisis
Matawang Asia Pasifik 1997 yang membuatkan Malaysia hampir terpaksa meminjam wang
dari badan kewangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, kewujudan fenomena ini
diperkukuhkan lagi oleh faktor pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pada tahun 1998 dan terjadinya pembentukan pakatan pembangkang iaitu Barisan
Alternatif. Namun begitu, disebabkan oleh keberkesanan kepimpinan Dr Mahathir dalam
menangani krisis kewangan telah membuatkan sebahagian besar rakyat masih lagi
menyokong kepimpinannya pada PRU 99.
Namun begitu, disebalik kemenangan BN dalam PRU99, PAS berjaya menakluki
negeri Terengganu sekali lagi disebabkan kepincangan dalam pentadbiran BN di Terengganu
yang tidak banyak berusaha untuk membangunkan negeri Terengganu setanding negeri
negeri yang lain memandangkan Terengganu adalah negeri kedua terkaya di Malaysia.
Rakyat mula bersuara mencari hak mereka. Gelombang politik sayap kiri iaitu PR terus
cemerlang apabila pada PRU04 menyaksikan Pulau Pinang diterajui oleh parti DAP dengan
kemenangan yang amat cemerlang apabila menguasai hampir kesemua kerusi parlimen di
Pulau Pinang manakala Selangor pula diterajui oleh PKR dengan kemenangan yang gemilang
bagi Pakatan Rakyat apabila berjaya menidakkan calon BN meskipun ada calon BN yang
berkaliber kerana rakyat kini mengundi kerana parti dan bukan kerana calon dan mereka
tidak lagi ingin dikuasai oleh BN.
Pengaruh Elit Kapitalis Dalam Transformasi Dalaman dan Luaran Parti Politik
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1973 di mana
gabungan dari Parti Bumiputera (terdiri dari orang Melayu-Melanau) dan Parti Pesaka (orang
Dayak). PBB boleh dianggap sebagai parti yang mewakili kaum peribumi Sarawak kerana ia
adalah dari kaum pribumi itu sendiri yang mewakili masyarakat di Sarawak. Bagaimana pun,
secara realitinya PBB sebenarnya didominasi oleh orang Melayu-Melanau terutama dalam
menentukan dasar parti, calon anggota kabinet dan Ketua Menteri mereka (Sulaiman,
1994:14). Sejak penubuhan parti itu 32 tahun lalu, ia telah dipimpin oleh Abdul Rahman
Yaakub dan anak saudaranya iaitu Abdul Taib Mahmud.
Namun begitu, penyatuan di bawah payung PPB telah diuji semasa zaman
pemerintahan Abdul Rahman Yaakub apabila beliau yang bertindak selaku Ketua Menteri
sejak tahun 1970 telah melantik ramai orang Melanau untuk memegang jawatan pegawai
kanan dalam pentadbiran di ketujuh-tujuh bahagian di Sarawak menyebabkan ramai orang
Melayu tidak berpuas hati dan menganggap beliau sebagai cauvinisme Melanau (Said
1985:126). Disebabkan itu, ramai pemimpin Melayu telah keluar dari parti dan membentuk
Parti Rakyat Jati Sarawak (PAJAR) pada bulan Febuari 1978 di bawah pimpinan Haji Alli
Kawi, bekas Timbalan Persuruhjaya Polis Sarawak. Namun begitu, pada PRU 1979, PAJAR
mengalami kekalahan yang teruk dan 7 orang calonnya kehilangan wang pertaruhan mereka.
Seterusnya, Sekali lagi penyatuan orang Melayu-Melanau diuji melalui peristiwa
Ming Court (Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Ming Court kerana pakatan
penggulingan diadakan di Hotel Ming Court Kuala Lumpur) di mana 27 orang ADUN (16
Dayak) mendesak supaya Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatan Ketua Menteri atau
menghadapi undi tidak percaya (Sulaiman, 1994:106). Akibat dari desakan yang kuat dari
pelbagai pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dibubarkan pada 13 Mac
1987dan diadakan pilihanraya. Abdul Taib Mahmud ditentang hebat pemimpin Melayu-
Melanau seperti Abdul Rahman Yaakub, Haji Noor Tahir, Hajah Hafsah Harun, Wan Habib
Syed Mahmud dan Zainuddin Satem (Ahmad Nizar Yaakub, 2004). Namun keputusan
pilihanraya memeihak kepada BN3 dibawah pimpinan Abdul Taib Mahmud dengan
kemenangan 28 kerusi.
Ramai pemimpin Melayu dalam PBB beranggapan orang Melayu sepatutnya diberi
ruang untuk menjadi presiden PBB dan Ketua Menteri. Sentimen ini adalah bersandarkan
kepada kemampuan orang Melayu melalui Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) di dalam BN yang mampu memegang tampuk pemerintahan negara. Menurut Chin
(1999:214) terdapat usaha di kalangan pemimpin politik Melayu (termasuk beberapa orang
dari parti PBB) cuba membawa UMNO ke Sarawak. Para pemimpin yang cuba membawa
masuk UMNO ke Sarawak adalah dari Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan dari parti
PERMAS yang telah dibubarkan. Walau bagaimana pun Abdul Taib Mahmud telah
menyatakan bahawa PBB dan UMNO telah menandatangai satu perjanjian persafahaman
bahawa UMNO tidak akan menubuhkan cawangannya di Sarawak (Chin, 1999: 215).
Kewujudan parti KeADILan (sekarang dikenali keadilan rakyat) yang membawa
sentimen keMelayuan iaitu dominasi Melanau dalam politik Sarawak perlu ditamatkan,
diskriminasi ke atas pemimpin Melayu perlu dihapuskan dan melantik orang Melayu menjadi
Ketua Menteri (Chin, 1999: 222). Namun begitu, pada PRU 1999, parti KeADILan tidak
berjaya memenangi sebarang kerusi tetapi kejayaan mereka meraih peratusan undi di
beberapa kawasan amat memberangsangkan dan menunjukkan sokongan masyarakat
Sarawak terhadap parti KeADILan. Walaubagaimanapun, masyarakat Sarawak tetap memilih
PPB apabila parti KeADILan tidak berjaya dalam Pilihan Raya Negeri pada 2001.
Justeru, ramai pemimpin Melayu-Melanau sedar akan kepentingan mereka untuk
bersatu padu bagi mengimbangi kekuatan politik kaum Dayak dan Cina di Sarawak agar PBB
terus menerajui kepimpinan di Sarawak. Kesilapan dari segi permainan politik dalaman PBB
boleh memberi ruang kepada parti kaum Dayak dan Cina untuk menawan Sarawak sekiranya
masyarakat Melayu-Melanau tidak bersatu hati untuk membangunkan Sarawak. Abdul
Mahmud Taib sendiri sentiasa berjuang mengurangkan jurang sentimen perkauman sepanjang
24 tahun beliau memegang tampuk pememrintahan Sarawak.
Senario politik PBB di Sarawak dipengaruhi oleh elit kapitalis yang dibawa oleh BN
untuk memastikan PBB bertahan di Sarawak dengan memenuhi bebrapa syarat yang
ditetapkan oleh Kerajaan Pusat. Justeru, selepas Pilihan Raya Umum 1970, kerajaan pusat
telah merancang pelan yang membolehkan Abdul Rahman Yaakub diterima oleh parti
komponen BN Sarawak (dikenali sebagai Perikatan pada waktu itu) sebagai Ketua Menteri
Sarawak yang baharu. Berdasarkan ''pakatan'' ini, beliau (iaitu Abdul Rahman Yaakub)
dikehendaki memenuhi lima tuntutan utama kerajaan pusat iaitu; (1) mengutamakan
kepentingan nasional daripada kepentingan negeri, (2) mengekalkan dominasi Melayu dalam
politik dan pentadbiran negeri, (3) memastikan penguasaan berterusan BN dalam pilihan raya
negeri dan paling penting pilihan raya parlimen, (4) menyerahkan hak untuk mengekstrak
sumber asli negeri, terutamanya minyak dan gas kepada kerajaan pusat, dan (5) memastikan
wujudnya kestabilan politik di negeri ini (Faisal, 2009a). Sekiranya beliau enggan memenuhi
kesemua tuntutan ini, kerajaan pusat akan menarik balik sokongan terhadap beliau dan
kepimpinannya. Abdul Rahman Yaakub sedar bahawa tanpa sokongan kerajaan pusat, beliau
tidak akan dapat mengekalkan kerusi Ketua Menterinya. Justeru setiap tuntutan ini dipenuhi
oleh beliau tanpa sebarang keraguan. Sebagai balasan apabila tuntutan ini dipenuhi, kerajaan
pusat telah memberikan ''kebebasan'' (bukan mutlak) kepada Abdul Rahman Yaakub untuk
mendominasi bukan sahaja masyarakat di Sarawak tetapi juga pelbagai sumber negeri yang
bernilai tinggi seperti balak dan tanah. ''Pakatan'' politik ini telah dipanjangkan kepada
pengganti beliau iaitu Abdul Taib Mahmud (juga merupakan anak saudara kepada Abdul
Mahmud Yaakub), yang turut mentaati setiap satu tuntutan kerajaan pusat sepanjang lebih
tiga dekad pemerintahannya (Mohd Faisal Syam, 2008: 236).
Apabila Tun Abdul Taib Mahmud menyerahkan jawatan KM kepada Tan Sri Adenan
Satem, ia dilihat membawa nafas baharu kepada PBB apabila Adenan menyatakan beliau
akan memerangi dan menghalang ekstremis agama dan kaum seperti yang dilakukan Datuk
Ibrahim Ali (Sharidan Mahavera & Desmond Davidson, 2014). Golongan pertengahan di
Sarawak menerima baik apa yang dibawa oleh Adenan kepada Sarawak seperti tuntutan
royalti minyak kepada Sarawak dari 5% kepada 20%. Dibawah pentadbiran Adenan, beliau
amat menitikberatkan masyarakat di Sarawak apabila wakil yang ditugaskan di kawasan luar
bandar tidak senang duduk kerana Adenan mahu semua pemimpin setiausaha politik
melakukan kerja dengan telus meskipun masalah yang kecil berdasarkan slogan rakyat
didahulukan demi kesejahteraan masyarakat di negeri Sarawak. Bagi Adenan, beliau mahu
setiap janji yang ditaburkan kepada rakyat di Sarawak ditunaikan oleh pemimpin kawasan
masing masing. Selain itu, tugas berat Adenan juga adalah untuk menarik kembali
sokongan masyarakat Cina di Sarawak yang memilih PR dan menolak BN yang dirasakan
oleh mereka sebagai berat sebelah dan meminggirkan masyarakat Cina di Sarawak. Untuk
melakukan ini, Adenan perlu membuat perubahan dalaman Sarawak dengan menamatkan
kroni kapitalisme yang menyebabkan sebahagian besar rakyatnya berada di bawah paras
kemiskinan. Tahun-tahun kroni kapitalisme pentadbiran sebelum ini yang dipegang oleh
pemimpin PBB sebelum ini menyaksikan lebih banyak kekayaan negeri dibolot oleh
beberapa golongan elit (Sharidan Mahavera & Desmond Davidson, 2014). Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pusat ketika itu sepatutnya menjadikan
Sarawak sebagai sebuah masyarakat yang lebih adil dengan pembahagian kekayaannya agar
dinikmati sama rata oleh masyarakat di Sarawak. Namun begitu, disebabkan dasar itu telah
dirampas oleh kroni kapitalis, pembangunan di Sarawak menjadi pincang. Golongan kaya
menjadi lebih kaya dan golongan miskin menjadi lebih miskin (Sharidan Mahavera &
Desmond Davidson, 2014). Namun, Adenan mempunyai bekas ahli politik berkuasa yang
mengawasinya dalam pemerintahan beliau di Sarawak dan masih belum dapat dilihat sama
ada beliau boleh menggubal dasar untuk menamatkan kroni kapitalis yang tercipta di bumi
Sarawak sejak berdekad dulu.
Melihat kepada senario politik PBB di Sarawak yang dipimpin oleh pemimpin dari
kalangan Melanau Islam menunjukkan dominasi kaum ini dalam kepimpinan tertinggi (MT)
PBB di Sarawak dengan menidakkan pimpinan dari kalangan Melayu Islam. Oleh yang
demikian, pengaruh pengaruh dalaman dan luaran telah memberi kesan kepada
pemerintahan parti ke atas negeri Sarawak. Permainan potilik yang dimainkan oleh pemimpin
parti memperlihatkan kuasa dominasi yang dipertahankan demi kepentingan diri sendiri dan
orang bawahannya yang menyokong pucuk pimpinan PBB di Sarawak dan corak kapitalis
yang masih menguasai pentadbiran di Sarawak, maka diharap Tan Sri Adenan Satem mampu
membawa perubahan kepada parti PBB dari pengaruh kapitalis.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sabah


Kedatangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sabah melalui
pelbagai rintangan melalui beberapa cubaan sebelum UMNO betul betul melebarkan
sayapnya ke bumi di negeri bawah bayu itu. Hasrat presiden UMNO melebarkan sayap ke
Sabah dilihat memberi kebimbangan kepada ahli UMNO yang lain kerana ditakuti wadah
perjuangan UMNO untuk mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan Melayu dan
Islam akan beralih arah apabila ada penglibatan Bumiputea bukan Islam di Sabah yang
menyertai UMNO. Menurut Chamil Wariya (1992), kebimbangan ahli UMNO adalah apabila
Bumiputera bukan Islam menyertai UMNO secara beramai ramai dan menggunakan
kekuatan mereka sebagai broker kuasa baru dalam parti untuk mempengaruhi perjuangan
UMNO. Namun hakikatnya, wadah penubuhan UMNO di Sabah itu sendiri dilihat tidak
begitu jelas.
Hasrat kedatangan UMNO di Sabah bemula sejak awal 1960-an tercetus apabila
beberapa pemimpin utama UMNO mengutarakan persoalan kewajaran menubuhkan
cawangan di Sabah dan Sarawak. Parti pertama yang ditubuhkan di Sabah adalah United
National Kadazan Organization (UNKO) pada Ogos 1961 diikuti penubuhan United Sabah
National Organization(USNO) pada Disember 1961. UNKO ditubuhkan untuk melindungi
kepentingan kaum Kadazan Kristian di Sabah dan menentang pembentukan Malaysia yang
mana Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 yang
diketuai oleh Donald Stephens. Barisan kepimpinan USNO pula terdiri dari tokoh tokoh
seperti Datu Mustapha Datu Harun, Mohd Said Keruak dan Sakaran Dandai.
Sabah dilihat sudah mempunyai parti yang mewakili rakyat Sabah iaitu USNO yang
jika diteliti adalah seperti acuan UMNO kerana dari segi perjuangan, struktur parti dan
sebagainya saling tidak tumpah seperti UMNO di Semenanjung Tanah Melayu (Chamil
Wiraya, 1992). Maka kerana itu, lembaran sayap UMNO ke Sabah dilihat tidak relevan
tambahan penduduk di sana terdiri dari golongan Islam dan bukan Islam. Sepanjang Sabah
menjadi sebahagian dari Malaysia, parti politik yang mentadbir Sabah silih berganti. UNKO
berkuasa sehingga 1965 manakala USNO berkuasa selama 10 tahun dan pada tahun 1976, ia
ditumbangkan oleh parti Berjaya dibawah pimpinan Datuk Harris Salleh namun pada tahun
1985, Berjaya ditumbangkan dan Sabah ditadbir oleh PBS sehinggalah UMNO (BN)
menguasai Sabah hingga sekarang.
UMNO secara rasminya telah ditubuhkan di Sabah pada 21 Februari 1991 oleh
presidennya, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Kota Kinabalu (Chamil Wiraya, 1992).
Keputusan mengembangkan sayap UMNO ke Sabah adalah kerana keputusan Presiden PBS
(Datuk Joseph Pairin) membawa PBS keluar dari BN. Dalam tempoh 24 jam Datuk Joseph
Pairin mengeluarkan PBS dari UMNO, UMNO terus membuat keputusan ke Sabah yang
dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai terburu buru. Namun disebalik
perbuatan PBS keluar dari UMNO sebernarnya telah membuka laluan kepada UMNO untuk
bertapak di Sabah sehingga ke hari ini. Pada masa itu pimpinan USNO telah membuat
keputusan menyertai UMNO setelah USNO dibubarkan meskipun pada mulanya kepimpinan
USNO tidak mahu UMNO ke Sabah.
Hasil dari kerjasama ini, UMNO menang besar di Sabah dan sekaligus menjadikan
parti BN sebagai pemerintah di Sabah. Presiden UMNO telah memilih Tan Sri Ghafar Baba
sebagai Ketua Menteri di Sabah dan Datu Mustapha Datu Harun sebagai timbalannya.
Dengan kemenangan ini, bermulalah era politik UMNO di Sabah. Berdasarkan beberapa
kajian yang dilakukan ke atas politik Sabah, pemerintahan UMNO dilihat adalah lebih
bersifat hegemoni. Hegemoni adalah merujuk kepada suatu kuasa besar seperti negara
ataupun "kelas masyarakat pemerintah" (ruling class)yang amat berpengaruh dalam
mengawal segala tindak-tanduk negara-negara lain ataupun masyarakat dalam sesebuah
negara (Evans dan Newnham, 1998 : 221222). Kemenangan BN di Sabah menunjukkan
kelangsungan yang bersifat hegemoni di mana BN masih lagi menguasai Sabah sehingga ke
hari ini kerana mendapat mandat daripada rakyat di Sabah. Bagi BN pula sebagai kelas
pemerintah, federalisme dijadikan sebagai mekanisme pujukan agar rakyat Sabah terus
mengangkat parti ini sebagai pembela rakyat dan pemangkin pembangunan sosio-ekonomi.
Dalam masa yang sama, pelbagai konsesi juga diberikan khasnya hak autonomi kepada
Sabah dalam Perjanjian Fasal Perkara 20 supaya hak dan kepentingan rakyat negeri ini dapat
dipelihara dari masa ke semasa (Asmady Idris & Suzalie Mohamad, 2014). Berlandaskan
kepada ini, konteks pemahaman federalisme di Malaysia adalah merupakan suatu interaksi
saling bergantung antara satu dengan yang lain iaitu antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan yang akhirnya membawa kepada kelangsungan dominasi hegemoni BN di Sabah
(Asmady Idris & Suzalie Mohamad, 2014).
UMNO-BN di Sabah telah membuka banyak peluang kepada masyarakat tempatan
Sabah untuk berkembang dalam perniagaan. Kebijakan UMNO untuk terus mengusai Sabah
adalah dengan melantik golongan elit elit dalam sesuatu kaum bagi mewakili kaum masing
masing dan terus mendapat mandat dari masyarakat di Sabah. Kewujudan elit elit
kapitalis ini memperlihatkan wujud jurang antara golongan pemimpin dan msyarakat biasa.
Sebelum kedatangan UMNO ke Sabah, golongan emit ini dilihat sukar memperolehi
kekayaan yang sepatutnya semasa pemerintahan mereka. Namun begitu, apabila UMNO
bertapak di Sabah, wujud golongan elit kapitalis yang mana sesiapa yang mempunyai
hubungan dengan golongan elit kapitalis ini akan turut merasai tempias kekayaan yang akan
diterima oleh mereka.
Pengaruh kepimpinan UMNO-BN yang lebih bersifat dominan ke atas negeri Sabah
menunjukkan UMNO cuba mempertahankan pengaruh elit kapitalis dalam pentadbiran di
Sabah. Golongan elit kapitalis ke atas pentadbiran UMNO-BN di Sabah amat perlu untuk
menonjolkan dominasi mereka ke atas negeri Sabah. Kerana itu, para pemimpin parti
UMNO-BN di Sabah adalah tergolong dari kalangan elit yang mewakili pelbagai kaum di
Sabah. UMNO-BN terus bertahan di Sabah dalam PRU12 dan PRU13 meskipun terdapat
peningkatan jumlah kerusi bagi pihak pembangkang (PR). Manifesto pembangunan yang
dibawa oleh UMNO-BN masih relevan kepada masyarakat di Sabah kerana masyarakat amat
memerlukan kepada pembangunan dan keyakinan ini mereka salurkan kepada pimpinan
UMNO-BN kerana kedudukan dan kuasa dominasi yang diperolehi oleh BN sejak lebih 50
tahun.
Namun begitu, peningkatan jmlah kerusi kepada pihak pembangkang juga
menunjukkan trend terbaru yang cuba dimainkan oleh masyarakat di Sabah kepada pihak
UMNO-BN supaya berusaha untuk meningkatkan pembangunan di Sabah. 20 perkara yang
sering digunakan oleh pihak pembangkang untuk melawan UMNO-BN di Sabah
menunjukkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah undi untuk UMNO.
Masyarakat telah membuka mata pada dominasi-federalisme yang ditunjukkan oleh BN
semasa pemerintahan Mahathir Mohamad yang bersifat autokratik yang mana segala
pembangunan dan pentadbiran pada zaman Mahathir Mohamad mengikut acuan beliau
sendiri dan lebih dikenali sebagai Mahathirism(Chamil Wariya, 1992). Sifat tekanan yang
dihadapi semasa zaman pmerintahan Mahathir sejak sekian lama telah melonjakkan satu frasa
yang baru dalam pola pengundian yang terjadi pada PRU 12 dan PRU 13 di bahagian
semenanjung terhadap BN. Walau bagaimanapun, masyarakat di Sabah masih memilih
UMNO-BN untuk meneruskan legasi membangunkan negeri Sabah namun sedikit kesukaran
dihadapi oleh UMNO-BN untuk meraih sokongan dan undi masyarakat Cina kepada UMNO-
BN.

Parti Islam Sa-Malaysia (PAS) Terengganu


Kepimpinan PAS adalah serpihan dari UMNO itu sendiri apabila ada ahli UMNO
yang tidak berpuas hati apabila UMNO bergabung dengan parti bukan Islam untuk
membentuk Perikatan memandangkan wadah perjuangan adalah untuk mempertahankan
orang Melayu dan agama Islam. Maka, ahli ahli UMNO yang beraliran agama dan
nasionalisme telah keluar dari UMNO dan membentuk Parti Islam Sa-Malaysia (PAS) yang
ditubuhkan pada tahun 1951 telah membawa wadah perjuangan untuk mempertahankan
kesucian agama Islam agar agama Islam dan hukum Islam dilaksanakan dalam undang
undang dan pentadbiran negara. Sepanjang penubuhan PAS menunjukkan jatuh bangun PAS
dalam mempertahankan wadah perjuangan parti tersebut. Para pemimpin PAS terdiri dari
pemimpin pelbagai latar belakang dan sehingga kini ia diterajui oleh golongan ulama dan
profesional. Namun begitu, adakalanya, kepimpinan parti itu sendiri menjadi keliru dan tiada
halatuju yang meyakinkan tentang apa yang diperjuangkan PAS dan kemana hendak dibawa
perjuangan ini sehingga PAS mengalami kemerosotan semasa pilihanraya umum (PRU 86)
berbanding dengan kebangkitan parti DAP yang meraih sokongan penuh dari orang Cina
yang menolok Gerakan.
Namun pada PRU 99 merupakan satu kejutan kepada BN apabila PAS berjaya
menakluki negeri Terengganu sekali lagi selepas menakluki Terengganu pada tahun 1959.
PAS telah berjaya bangkit dari zaman kemerosotan dan mencari peluang untuk mengalahkan
musuh tradisi PAS iaitu UMNO. Dengan kemenangan itu, PAS telah berjaya menempah
tapak di Terengganu. Masyarakat telah mencari para ulama, tok guru dan ustaz ustaz untuk
menerajui kepimpinan sesebuah negeri dan negara. Kemenangan PAS pada tahun 1959 dan
PRU 99 menunjukkan rakyat Terengganu mahukan suatu perubahan kerana terasa teraniaya
dengan pembangunan yang terlalu perlahan di Terengganu sedangkan Terengganu
mempunyai aset yang mampu digunakan oleh MB yang mentadbir Terengganu untuk
memajukan negeri Terengganu untuk kemaslahatan masyarakat. BN yang sebelum ini tidur
dan bersenang lenang dengan corak pemerintahan lama seperti terkena kejutan elektrik
apabila Terengganu terlepas ke tangan PAS. Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah dipilih
sebagai MB Terengganu yang baru pada tahun 1999 apabila beliau menang besar di Parlimen
Marang mengalahkan calon BN ketika itu. Maka, bermulalah era kepimpinan ulama di negeri
Terengganu seperti apa yang diperjuangkan oleh Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan dan
mampu mempertahankan kerusi beliau sehingga beliau bersara pada PRU 13 (2008) dari
menjadi MB Kelantan.
Sekitar tahun 1959, PAS telah berjaya menawan Terengganu dan menjadi sebuah parti
politik arus perdana dalam waqi politik zamannya manakala pada tahun 1999, PAS telah
berjaya menempatkan diri sebagai sebuah pakatan politik arus perdana, iaitu Barisan
Alternatif (BA) yang kini dikenali Pakatan Rakyat (PR) (Shaari Sungib, 2006). Kemenangan
PAS selepas 40 tahun kemudian masih mempunyai ciri yang sama walaupun kemenangan
pada tahun 1999 adalah disebabkan oleh fenomena yang berbeza kerana PAS menyertai BA.
Parti arus perdana adalah sebuah parti yang dilihat rakyat sebagai membawa agenda yang
memperjuangkan kepentingan rakyat segenap lapisan. Agenda perubahan ini adalah
berorientasikan pembentukan nasional dan tidak dilihat sempit dengan semata-mata bertujuan
untuk memajukan kepentingan suatu lapisan atau kelompok yang tertentu (Shaari Sungib,
2006). Parti arus perdana juga bererti ia berjalan seiring dalam memenuhi gelombang
kebangkitan rakyat semasa untuk keberlangsungan hidup mereka. Ia menjadi parti arus
perdana kerana telah mendapat sokongan padu rakyat yang diberikan kepada parti.
Justeru, PAS pada tahun 1959 telah menepati ciri-ciri di atas dalam konteks dan realiti
politik pada masanya sehingga membawa kepada kemenangan mutlak ke atas Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu. PAS telah membawa wadah dan agenda
kemerdekaan tulen yang mahu membebaskan negara yang baru diberikan kemerdekaan oleh
penjajah British pada tahun 1957 daripada ancaman koncu koncu penajajah British itu
sendiri. Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang menerajui PAS pada masa itu, memberi amaran
kepada rakyat bahawa ancaman koncu-koncu penjajah masih kuat bertapak dalam prasarana
sosio-ekonomi Malaya. Menurutnya lagi, ia berlaku melalui kuasa kapitalis tempatan di
kalangan elit-elit Melayu, Cina dan India yang menjadi proksi British pada masa itu (Shaari
Sungib, 2006). Mereka ini telah ditanamkan dengan pemikiran kapitalis oleh penjajah British.
Menurut Dr. Burhanuddin lagi, elit kapitalis inilah yang bakal mengukuhkan cengkaman
penjajah ke atas rakyat dengan meneruskan dasar penindasan.
Agenda nation-building atau pembentukan nasional oleh PAS adalah untuk
memastikan Malaya ditadbir sepenuhnya menurut dasar dan sistem tempatan yang bebas
daripada sebarang pengaruh dan kawalan British. PAS telah memperjuangkan negara yang
bebas daripada segala bentuk penjajahan, sama ada dari Barat mahupun dari Timur. Dari segi
tokoh-tokoh barisan kepimpinan PAS pula, PAS menampilkan gandingan mantap antara Dr.
Burhanuddin dan Prof Zulkifli Muhammad. Dr. Burhanuddin melalui penglibatannya dalam
PKMM, KMM, PRM, Putera-AMCJA dan banyak lagi pertubuhan yang lain dilihat sebagai
seorang yang memperjuangkan kemerdekaan seiring dengan Ustaz Abu Bakar Al-Bakir,
Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lain yang dianggap sebagai pejuang kemerdekaan
yang unggul dan lebih berkaliber.
Ciri-ciri politik arus perdana ini dilihat berulang kembali pada tahun 1999 bagi PAS
apabila memenangi kerusi DUN Terengganu. Melalui pakatan BA, PAS dilihat sebagai
sebuah parti politik yang amat relevan dan signifikan dengan kehendak rakyat pada masa
kini. PAS secara langsung telah terlibat dalam penggubalan agenda BA Ke Arah Malaysia
Baru dan Agenda Menawan Putrajaya. PAS juga telah melonjakkan imej pemimpin -
pemimpin utamanya apabila berganding dengan tokoh-tokoh alternatif besar negara seperti
Anwar Ibrahim dan Kit Siang.
Pada tahun 1959, fenomena PAS menjadi parti arus perdana adalah bersumberkan
daripada kekuatan dalaman PAS itu sendiri. Pada tahun 1959, PAS bergerak secara solo dan
kekuatan dalaman parti itu sendiri telah menyumbang kepada kekuatan parti untuk
memenangi DUN Kelantan dan Terengganu. Gandingan Dr. Burhanuddin dan Prof Zulkifli
serta barisan pemimpin-pemimpin muda yang dinamik dalam PAS dilihat rakyat sebagai
fenomena baru yang memangkin dan memungkinkan perubahan besar dalam politik PAS.
Pada tahun 1999 pula, dengan faktor luaran politik membantu PAS untuk menang di
Terengganu apabila PAS membentuk pakatan bersama dengan BA. Pada masa ini,
kepercayaan orang Melayu di Terengganu telah beralih arah ke arah pembentukan negara
Islam seperti yang diuar uarkan oleh PAS. Pengaruh Anwar Ibrahim yang menjadi satu
revolusi kepada BA, telah memungkinkan kemenangan kepada PAS. Reformasi untuk
memberi kesejahteraan kepada rakyat dan membantu rakyat telah membuatkan rakyat mula
mengalih undi kepada PAS selain pengaruh tokoh dan golongan ulama dan profesional yang
dilihat lebih mencerminkan mesra rakyat berbanding BN. Hal ini dapat dilihat apabila MB
Terengganu yang dipilih pada 1999 iaitu Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang merupakan seorang
pemimpin yang beraliran agama dan seorang tokoh ulama yang terkenal. Kepimpinan ulama
dalam PAS amat signifikan memandangkan PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan
Islam sebagai dasar perjuangan (Badlihisham Mohd Nasir & Napisah Karimah Ismail, 2011).

Dalam kepimpinan PAS di Terengganu, transformasi dalaman dan luaran politik telah
membawa perubahan yang besar kepada negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS.
Meskipun PAS hanya mampu mentadbir Terengganu selama sepenggal, namun ia telah
banyak merubah corak politik PAS yang lebih ke arah sosio-politik yang baharu namun masih
mengekalkan bentuk perjuangan yang berteraskan Islam. Pembawaan PAS kepada negeri
berkebajikan rakyat dapat dilihat sebagai pengaruh dari pentadbiran golongan ulama yang
amat mementingkan keserataan dalam pengagihan hasil negeri yang merupakan milik rakyat
negeri Terengganu.

Kesimpulan
Lanskap politik di Malaysia pada hari ini menunjukkan peralihan dalam kuasa yang
semakin mendesak. Perebutan yang hebat di antara parti parti politik di Malaysia
menunjukkan satu fenomena yang baharu dan telah mengurangkan pengaruh dominasi
sesebuah parti atau sistem feudalisme yang dipraktis sejak sekian lamanya. Pembangunan
sesebuah parti sejak dari zaman kemerdekaan pada tahun 1957 dan PRU yang telah diadakan
sehingga PRU 13 telah menunjukkan satu pola pengundian masyarakat ke atas sesebuah
parti.
Ciri elit kapitalis yang dibawa oleh sesebuah parti ke dalam arena politik dilihat
memberi pengaruh yang hebat kepada sesebuah parti seperti yang terjadi dalam kancah
politik Parti Pesaka Bumiputea (PBB) Sarawak yang memperlihatkan kewujudan elit
kapitalis yang mengaut keuntungan dan berlaku penindasan ke atas masyarakat biasa.
Sekiranya berlarutan, keterbukaan masyarakat pada hari ini untuk menuntut hak hak
mereka akan membawa kepada peralihan kuasa tampuk pemerintahan andai perkara ini tidak
diperbetulkan. Bagi UMNO pula, demi memastikan keberlangsungan pengaruh UMNO di
Sabah, UMNO telah menggunakan golongan elit dari kaum di Sabah itu sendri untuk berada
dalam barisan kepimpinan bagi meraih sokongan padu masyarakat di Sabah. Keberhasilan
acuan UMNO di Sabah memperlihatkan penguasaan UMNO betambah untuk terus kekal
memerintah negara kerana Sabah dan Sarawak menawarkan jumlah kerusi parlimen yang
tinggi.
Pemerintahan PAS di Terengganu pula lebih bersifat kebajikan rakyat memandangkan
tampuk pemerintahan ini lebih mengutamakan pendekatan Islam dan kemaslahatan rakyat
Terengganu dan ia tepat apabila semas zaman pemerintahan PAS di Terengganu, ia dikenali
sebagai negeri berkebajikan rakyat. Justeru, transformasi politik PAS di Terengganu lebih
bersifat kemaslahatan rakyat dan pengaruh elit kapitais cuba dihapuskan PAS untuk
kepentingan rakyat dan kesamarataan dalam pembahagian hasil negeri Terengganu kepada
rakyat. Justeru, peredaran zaman menunjukkan pelbagai transformasi dilakukan oleh semua
parti untuk meraih kejayaan sehingga terbentuk BA dari pihak pembangkang (kini dikenali
PR) untuk menentang BN meskipun mempunyai aliran dan wadah perjuangan yang jauh
berbeza.

Perjuangan PR adalah untuk menghapuskan elit kapitalis dalam politik di Malaysia


yang dikuasai BN demi untuk rakyat namun sekiranya diteliti dengan sebaiknya, di dalam PR
itu sendiri wujud elit kapitalis yang memonopoli sesuatu keadaan dan menjatuhkan pihak lain
demi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, demi ekonomi rakyat dan pembelaan ke atas
penindasan terhadap rakyat, diharap senario politik di Malaysia lebih mementingkan
kemaslahatan rakyat memandangkan keadaan ekonomi yang mendesak hidup rakyat untuk
meneruskan keberlangsungan hidup mereka.
Dicatat oleh
NOTA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
5.1 PENGENALAN

Apabila kita sebut merdeka, apakah yang terbayang difikiran anda? Sudah pasti
istilah ini bukan merupakan sesuatu yang asing atau pertama kali anda dengar.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan merdeka? Sebenarnya istilah ini
mempunyai pengertian yang berbagai-bagaibergantung kepada keadaan
mana ia di rujuk. Bagi individu, apabila menyebut tentang merdeka, mungkin ia
bermaksud kebebasan melakukan apa sahaja yang di sukai tanpa kongkongan
atau bantahan orang lain.

Bagaimana pula jika kita merujuk istilah merdeka dalam konteks


sesebuah negara? Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud
negara berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa
asing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah. Kebebasan
bermakna rakyat negara tersebut berhak mengatur dan memilih corak
kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem pemerintahan dan
perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah.
Setiap negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai
pengalaman dan sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza
di antara sebuah negara dengan negara yang lain.

Seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 4 mengenai semangat


kebangsaan, sebenarnya perjuangan masyarakat tempatan menentang
kemasukan kuasa asing telah bermula sejak pertengahan abad yang ke-
16 lagi. Penjajahan kuasa asing bermula di Tanah Melayu dengan
kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511), kemudian Belanda
(1641), dan seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya menguasai
negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri
Melayu yang lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh
Jepun. Negeri-negeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh
kerajaan Siam. Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya meluaskan wilayah
kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli wilayah-
wilayah berkenaan daripada pemerintah tempatan. Sesungguhnya
kehadiran penjajah telah mencetuskan tentangan yang hebat di kalangan
masyarakat tempatan. Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-
tokoh pentadbir, agama, dan rakyat biasa akhirnya dapat dipatahkan oleh
pihak penjajah akhirnya. Sungguhpun perjuangan di peringkat awal
menentang penjajah ini gagal, namun ia tetap membuktikan bahawa
masyarakat tempatan tidak menerima kedatangan dan penglibatan kuasa
asing dalam negeri mereka.

5.2 PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955

Perkembangan politik di antara tahun 1945 sehingga tahun 1955


memperlihatkan bahawa pihak British mula menunjukkan sikap bertolak ansur.
Seperti yang diketahui, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama lebih
kurang tiga setengah tahun (1942-1945) telah meninggalkan kesan yang
mendalam sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun psikologi kepada
masyarakat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting
untuk anda fahami ialah tempoh pemerintahan Jepun telah menyemarakkan lagi
semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan menafikan anggapan
selama ini bahawa kuasa Inggeris tidak dapat dikalahkan. 1

Malayan Union yang diperkenalkan oleh Kerajaan British selepas pengunduran


tentera Jepun di Tanah Melayu (1946), telah ditentang habis-habisan oleh
semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. Orang Melayu sedar akan
kerugian dan bencana yang akan mereka terima sekiranya Malayan Union
dilaksanakan. Kerajaan British yang sedar akan kebangkitan nasionalisme
Melayu, akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada
tahun 1948, British telah menyatakan bahawa langkah-langkah ke arah
pemerintahan sendiri akan dibuat. Ini menunjukkan bahawa British semakin
bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sungguhpun demikian, anda harus ingat bahawa pada masa tersebut juga
Kerajaan British turut memberikan tumpuan menghapuskan keganasan
komunis. Peristiwa darurat yang berlaku (1948-1960) meninggalkan kesan yang
mendalam kerana ia bukan sahaja menyebabkan banyak nyawa yang terkorban,
tetapi beribu juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menghapuskannya.
Apabila keadaan menjadi semakin bertambah baik menjelang tahun 1955,
Kerajaan British telah menyakinkan rakyat ke arah pemerintahan sendiri.
Antaranya ialah mengambil beberapa langkah membimbing rakyat ke arah
sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti memperkenalkan sistem
pengundian dan mengadakan pilihanraya. Sehubungan dengan itu, beberapa
parti politik ditubuhkan seperti Malayan Chinese Association (MCA) dan lain-
lain yang akan dibincangkan berikutnya.

5.2.1 Perpaduan Kaum

Sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan Inggeris telah


menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih
dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan. 2 Ini bermakna soal
perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan
dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan.
Keharmonian serta keamanan masyarakat dan negara akan terjamin melalui
sokongan padu seluruh rakyat.

5.2.2 Usaha ke Arah Perpaduan

Berhubung dengan persoalan perpaduan kaum, sebenarnya usaha awal


telahpun dilaksanakan oleh Dato Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan
supaya rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh
mewakili semua kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di
antara satu sama lain. Perbincangan telah diadakan dengan Tan Cheng Lock,
E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland Braddell. Hasilnya, satu
jawatankuasa telah dibentuk yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan
Antara Kaum (Communities Liaison Committee). Jawatankuasa ini yang
berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan Melayu telah
dilaksanakan pada tahun 1949. Ia dianggotai oleh 15 orang yang terdiri
daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Penubuhan Jawatankuasa ini sangat besar ertinya kerana ia dapat memupuk
persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu.
Persefahaman yang dipupuk melalui perundingan dan perbincangan yang
diadakan oleh tokoh-tokoh kaum ini boleh menyelesaikan sebarang
permasalahan yang timbul ketika itu.

Selain itu, parti-parti politik juga mengambil inisiatif ke


arah mewujudkan perpaduan kaum. Contohnya, kerjasama
UMNO, MCA dan ini diikuti dengan MIC untuk bertanding
dalam pilihanraya, dan seterusnya membentuk gabungan
parti besar yang dinamakan Perikatan. Perbincangan
mengenai pilihanraya akan dibincangkan kemudian.
Sebelum itu, kita tinjau dahulu mengenai pertumbuhan
parti-parti politik menjelang kemerdekaan.

5.3 PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan


kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik.
Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses
politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti
politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946)
oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama
penyatuan orang Melayu untuk bertindak menentang cadangan British
tersebut.

Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu menjelang
kemerdekaan.

5.3.1 United Malays National Organization (UMNO)

Dato Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor 3 telah
mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh
masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian,
Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan
Melayu.4Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan
pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang
gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah
Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato Onn Jaafar. Cadangan Dato Onn
untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk memupuk
perpaduan kaum tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti
menyebabkan Dato Onn meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan
UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar
konsep perjuangan UMNO dari Hidup Melayu kepada Merdeka. 5 Di bawah
kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha
untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang
ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO,
MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama
pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. 6
5.3.2 Malayan Indian Congress (MIC)

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres
yang pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam
Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan
India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India
yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut,
maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini
bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga
kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun
1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah
Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu
kerakyatan yang merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu.
Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk
menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah
Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk
memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan
yang ditubuhkan oleh DatoOnn setelah beliau keluar daripada UMNO.
Walau bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan
Dato Onn tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC
bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini
mendapat sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu.

5.3.3 Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea
British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British
dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun
1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang
disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah
Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi
hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah
Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan
kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga
membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina
terhadap Tanah Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina
akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh
kemerdekaan.

5.3.4 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil


rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan
Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso. 7 PKMM
bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan
bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan
penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat
PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat
seketika. Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi,
kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO.
PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau
bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan
pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun
1955.

5.3.5 Parti Islam Se-Malaya (PAS)

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-


Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini
jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO. 8 Persatuan Ulama turut
dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang
diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955
dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi,
dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan
kerakyatan.

5.3.6 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh
Dato Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan
semangat perpaduan kaum untuk bercantum dengan MCA dan bekas
ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha
Dato Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti
berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah
bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di
bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato Onn.
Namun Tan Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat
sokongan Melayu telah mengecewakan Dato Onn Jaafar. Pada tahun
1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN.
Kegagalan IMP menyebabkan Dato Onn berpatah balik memperjuangkan
kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada
tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya
adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk
menyatupadukan orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk
mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang
sedang dirancangkan ketika itu.9

5.3.7 Parti Buruh

Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja


atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama
ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti
ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan
Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai
kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat sokongan
dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan
komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu
enggan memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis
yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu,
pengalaman politik akibat kezaliman komunis pada masa darurat juga
membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh.10

Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak


(PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR
Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis
Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang
pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan kemudiannya
telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal
pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP)
dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu
Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.

5.4 PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN


SENDIRI

Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran


daripada perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah
berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan
kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang
berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya
Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.

5.4.1 Sistem Ahli

Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan


Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis
Perundangan Persekutuan). Sistem ini merupakan satu
lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan
kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa
warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi
ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut
adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan
dalam Sistem Ahli.
MENTERI JAWATAN
1. Dato Onn bin Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
Jaafar
2. EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran
3. Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan
4. Lee Tian Keng Ahli Kesihatan
5. Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan
Perhubungan
6. J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan
Perumahan
7. J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan
Perhubungan Sosial
8. O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan


Posmenjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli.
Berdasarkan kepada senarai ahli di atas, di dapati tokoh-tokoh yang
dipilih adalah terdiri daripada semua kaum. Ahli-ahli yang dilantik telah
diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan.
Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang menariknya
ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada
sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang
agak terhad.

Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan


perubahan dasar British, satu pilihanraya umum dirasakan
perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu untuk
memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah
di Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini
memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi
memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa
Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

5.4.2 Pilihanraya Tahun 1951

Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi


memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis
Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana
pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti
Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan
politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi
yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik
untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi
menganggotai majlis itu. Ternyata bahawa semua tindakan tersebut
dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara
sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

5.4.3 Pilihanraya Tahun 1952

Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula


Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi
dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan
IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan Perikatan UMNO-
MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi
dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada
tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban.
Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang


melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi
pengalaman kepada mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat
pendedahan awal tentang proses pilihanraya. Pilihanraya ini
menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan
demokrasi semakin menjadi kenyataan.

5.4.4 Pilihanraya Umum Tahun 1955

Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada


kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan
kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
Perikatan telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui
pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh
British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan
di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British.
Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah
memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan,
negeri, dan persekutuan. Malah tindakan mereka turut mendapat
sokongan rakyat. Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari
segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan
hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik.
Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak
bersetuju dengan keputusan British.

British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis


Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti
berikut:

(i) Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya dengan
seorang dilantik menjadi speaker.
(ii) Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua Setiausaha, Peguam
Negara dan Setiausaha Kewangan.
(iii) Sebelas orang dipilih mewakili negeri.
(iv) Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai golongan dan
pertubuhan.
(v) Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani dan
Ceylon.
(vi) Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding dengan
parti yang mempunyai majoriti.
Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka
berhubung dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya
ditetapkan pada 27 Julai 1955.

Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan


penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan
tahun yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana
ia merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi
seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum
terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding
dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu
Perikatan.

Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi. Manakala


Parti Negara di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar pula mempertandingkan 33
buah kerusi, PAS 11 kerusi dan 18 orang calon bebas juga turut bertanding
(lihat Jadual 1). Jika ditinjau daripada jumlah pengundi dan pembahagian
kerusi, 84.2 peratus adalah pengundi Melayu, 11.2 peratus adalah pengundi
Cina 11.2 peratus dan 3.9 peratus adalah pengundi India, menunjukkan
kelebihan yang besar bagi pengundi Melayu. Walaupun begitu, hasil daripada
permuafakatan yang wujud, UMNO telah berkompromi dengan MCA dan MIC
dengan membahagikan hanya 35 kerusi (69 peratus), MCA 15 kerusi (28
peratus) dan MIC dua kerusi (tiga peratus) (lihat Jadual 2). Jelaslah bahawa
dalam pembahagian kerusi tersebut terdapat unsur tolak ansur bangsa Melayu
khususnya UMNO dengan kaum lain.

Jadual 1
Pilihanraya Tahun 1955: Barisan Calon Mengikut Parti
Parti Melayu Cina India Jumlah
Perikatan 35 15 2 52
Parti Negara 29 1 - 30
Parti Islam 11 - - 11
SeMalaya
Persatuan 8 1 - 9
Kebangsaan Perak
Parti Buruh - 2 2 4
Ikatan Melayu 3 - - 3
Perak
Parti Progresif 1 - 1 2
Perak
Bebas 16 1 1 18
Dari segi jumlah pengundi di Tanah Melayu ketika itu, sebenarnya peruntukan
kerusi yang diberi kepada MCA dan MIC melebihi daripada jumlah yang
sepatutnya diterima. Bilangan kerusi ini adalah tidak memadai berbanding
dengan jumlah pengundi bangsa Melayu pada masa itu. Ini memandangkan 50
daripada 52 kawasan yang dipertandingkan adalah dikuasai oleh pengundi-
pengundi Melayu. Barangkali UMNO mungkin boleh mencapai kemenangan
dalam pilihanraya tersebut tanpa adanya sokongan daripada MCA dan MIC.
Kenapa timbul kenyataan sedemikian?
Sebenarnya, 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi telah
dimenangi oleh UMNO, manakala 20 peratus lagi dimenangi oleh parti-
parti lain yang bertanding. Ini menunjukkan bahawa Perikatan yang
diwakili oleh orang Melayu telah membuat pengorbanan yang besar demi
perpaduan masa depan negara. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah
kesudian orang Melayu yang diwakili oleh UMNO membahagikan
sejumlah kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya ini kepada
kaum Cina dan India yang mempunyai peratus pengundi kurang daripada
20 peratus.

Jadual 2
Kedudukan Calon Perikatan dalam Pilihanraya 1955

Parti Peruntukan Peratus Peratus


Kerusi Kerusi Pengundi
(%) (%)
UMNO 35 69 84.2
MCA 15 28 11.2
MIC 2 3 3.9

Pada keseluruhannya, Perikatan berjaya memperolehi 51 kerusi daripada


52 kerusi yang dipertandingkan. Daripada 51 kerusi yang dimenangi,
UMNO memperolehi sejumlah 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC dua
kerusi. Manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh Parti PAS di kawasan
Kerian, Perak.11

Pilihanraya 1955 menandakan bahawa proses mewujudkan demokrasi


berparlimen telah menampakkan kejayaan berdasarkan kepada
penyertaan parti-parti politik yang bertanding. Jika ditinjau mengenai
faktor kemenangan Perikatan, jelas menunjukkan bahawa
keistimewaannya terletak bukan sahaja kepada kepimpinan dan
kerjasama antara pelbagai kaum, tetapi yang tidak kurang pentingnya
ialah kerana Perikatan mempunyai manifesto yang menyeluruh kepada
penduduk Tanah Melayu. Moto Perikatan ialah Menuju Ke arah
Kemerdekaan. Di samping itu, beberapa janji yang lain ialah

(i) Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen.


(ii) Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan.
(iii) Agama Islam sebagai agama rasmi.
(iv) Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu.
(v) Mengubahsuai undang-undang kerakyatan.
(vi) Peningkatan taraf ekonomi Melayu.
(vii) Menjalinkan hubungan antarabangsa.
(viii) Hak asasi manusia.
(ix) Sistem pendidikan kebangsaan.
(x) Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.

Di samping, itu Parti Perikatan juga berjanji untuk menamatkan darurat secepat
mungkin, melalui penawaran pengampunan kepada pengganas komunis yang
majoritinya terdiri daripada bangsa bukan Melayu, khususnya Cina. Ini terbukti
dengan adanya proses rundingan pihak kerajaan dengan pemimpin komunis,
iaitu Rundingan Baling sejurus selepas Pilihanraya 1955. Manifesto Perikatan
ini merupakan hasil tolak ansur dan kerjasama bersepadu semua kaum dalam
usaha mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan.

Jadual 3
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Menteri dan Menteri Tunku Abdul


Dalam Negeri Rahman
Menteri Pelajaran Dato Abdul
Razak Hussein
Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail A.
Rahman
Menteri Pengangkutan Kolonel H.S. Lee
Menteri Tanam-Tanaman Abdul Aziz Ishak
Menteri Kesihatan Leong Yew Koh
Mengeri Buruh V.T. Sambanthan
Menteri Kerja Raya Sardon Jubir
Menteri Kerajaan Tempatan & Sulaiman Abdul
Perumahan Rahman
Menteri Perhubungan, Pos Ong Yoke Ling
dan Telekom

Kemenangan Perikatan telah memberikan peluang untuk mempunyai bilangan


wakil yang besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan
seterusnya membolehkan mereka menubuhkan sebuah kerajaan melalui
keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Kabinet yang pertama berjaya
dibentuk seperti yang tertera di dalam Jadual 3. Sementara itu, portfolio yang
lain seperti Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan masih dipegang oleh
pegawai British.

5.5 LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui


pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti
Perikatan untuk meneruskan desakan bagi
mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan
kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah
yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun
dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat
tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan
yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu
mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa
majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak
ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan
sebuah pemerintahan sendiri.

5.5.1 Rundingan ke Arah Kemerdekaan

Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam


tempoh yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan
reaksi yang positif.12 Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan
pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan
untuk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan
dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja. 13 Kenyataan Tunku Abdul
Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak
Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada
kemusnahan Tanah Melayu:

Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi dimanakah


kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk
menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih
keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini. 14

Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja,


Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga
menimbulkan masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan
kemerdekaan. Konflik ini timbul kerana berlaku pertentangan dari segi
kekuasaan dan kedaulatan, sama ada di pihak raja yang mewakili
kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak lagi mendapati
pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi
wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO
akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat
wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

5.5.2 Misi Kemerdekaan ke London

Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang
wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman. Ia bertujuan untuk berunding dengan pegawai-
pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8
Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil daripada rundingan
tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah
berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah
tentu memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak
British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan
British.
Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu

(i) Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;


(ii) Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi;
(iii) Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga
mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini; dan
(iv) Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah
Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

Sementa
1.0 PENGENALAN KEPADA POLITIK
Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka
memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di
Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan
pelaksanaan dasar . politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk
melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas
memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem politik dan
pemerintahan serta kerajaan yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara
berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi
memperbaharui mandat yang diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang berasaskan
prinsip demokrasi. Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan
penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik
yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini
termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan parti-parti tang berteraskan kepentingan
etnik dan perkauman.

Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata ditubuhkan


berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun begitu,
sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan
dan perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam sesuatu kerja sama
permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan mengamalkan konsep perkongsian
kuasa. Keadaan ini berlaku atas keperluan demokrasi juga kerana penggabungan akan
memberikan peluang sesuatu perikatan itu mendapat sokongan yang lebih besar dan
seterusnya mengekalkan kuasa. Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, gabungan
perikatan parti-parti berasaskan kaum yang menyertai pilihan raya atas nama PERIKATAN
dan kemudiannya BARISAN NASIONAL telah memenangi 12 kali pilihan raya dan
memegang tampuk pemerintahan negara sehinggalah sekarang. Perkara yang hendak
ditekankan di sini adalah kepentingan serta peranan parti-parti politik dalam konteks
perhubungan antara kaum. Lazimnya, Parti-parti yang ditubuhkan untuk kepentingan-
kepentingan yang dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk . Sehubungan itu, isu-isu seperti
ketidakadilan sosial, kesaksamaan, diskriminasi dan seumpamanya sering menjadi perdebatan
serta menghangatkan polemik hubungan kaum di Malaysia.
Situasi ini ditambah lagi dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan beberapa bahagian yang secara langsung memberikan keistimewaan kepada
kaum Melay dan bumiputera secara tidak dirancang kerana perkara ini terhasil daripada
permuafakatan politik antara kaum utama dalam negara ini yang terlibat dalam proses
menuntut kemerdekaan. Bagi mereka yang tidak benar-benar memahami sejarah
pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan proses permuafakatan itu berlaku serta
persetujuan itu dicapai antara pemimpin kaum-kaum yang terdapat di tanah Melayu pada
waktu itu, mereka melihat perlembagaan itu dari sudut unsur unsur yang boleh ditafsirkan
sebagai diskriminasi. Akan tetapi , bagi warga Malaysia, hal ini seharusnya tidak berbangkit
lagi sesudah negara menempuh era pasca kemerdekaan selama 5o tahun . hal ini kerana,
perkara itu merupakan sebahagian daripada sejarah unik negara ini yang memperlihatkan
kesediaan setiap pemimpin kelompok dan kumpulan suku kaum yang akan ada dalam nagara
pada waktu itu bermuafakat dan menerima konsep perkongsian seperti mana yang
dipersetujui sebagai sesuatu kontrak sosial.

Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, dengan semangat


toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah Melayu ketika itu
bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara dalam perkara-
perkara yang melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia berkorban atas asas
dan hasrat mahu membina negara dan masyarakat yang aman dan harmoni. Sehingga kini
parti politik yang berasaskan kaum masih terus wujud dan berperanan dalam sistem politik
negara.

Dalam konteks hubungan antara etnik, idealnya parti-parti politik yang ditubuhkan itu
harus bersifat merentas kaum. Akan tetapi, realiti kehidupan masyarakat selalunya tidaklah
sedemikian rupa. Hal ini mungkin disebabkan sifat semula jadi manusia yang sentiasa berasa
terancam. Keadaan ini ditambah pula dengan ketidakseimbangan hubungan antara kaum yang
terdapat di negara ini seperti hubungan majoriti-majoriti , jarak sosial dan budaya yang
berbeza dan sebagainya.

2.0 PENGENALAN KEPADA PERMUAFAKATAN POLITIK


Bagi memahami persoalan hubungan timbal balik antara pembangunan politik dan
hubungan etnik, kita perlu menyentuh beberapa aspek kemajmikan masyarakat Malaysia
yang mewarnai proses politik di Malaysia. Kemudian, bab ini akan menghuraikan evolusi
langkah-langkah memupuk hubungan etnik yang harmonis secara formal melalui institusi dan
tindakan politik. Institusi dan tindakan politik yang dimaksudkan ialah reaksi terhadap
Melayan Union, perjanjian persekutuan, penggubalan perlembagaan, pembentukan parti
politik, pilihan raya dan kerjasama parti-parti politik membentuk gabungan. Permuafakatan,
kefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsure-unsur utama yang perlu
dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini kerana,
hubungan etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam konteks
pembangunan politik negara. Hubungan etnik di negara ini telah terjalin sejak sebelum
merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua, hubungan etnik
telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan politik semama. Keadaan bertambah
baik apabila usaha kearah mencapai kesepakatan dan kompromi politik dimulakan selepas
Perang dan menjadi lebih rancak lagi pada tahun 1950-an di Semenanjung Malaysia.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk
memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam
pembangunan politik negara. Secara umumnya, proses politi di Sabah dan Sarawak diwarnai
oleh pertubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak
penghujung tahun 1950-an, namun pada masa yang sama usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan hingga kini. Walaubagaimanapun,
usaha pihak kerajaan tercabar apabila berlakunya. Peristiwa 13 Mei 1969 kerana
ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, social dan ekonomi antara etnik dengan
wilayah di Malaysia. Ketegangan etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku
Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001.

Walaubagaimanapun, atas usaha gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak di


Malaysia dan melaui berbagai-bagai saluran seperti pembangunan politik, negara kita pada
hari ini bukan sahaja dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju kearah
penyatuan dan keharmonian etnik. Keadaan ini membantu mencapai perpaduan penduduk
berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi Malaysia menuju kearah pembentukan
1Malaysia yang dikemukan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam hasrat beliau untuk
melahirkan sebuah negara Malaysia yang unggul dan disanjung tinggi.

3.0 MODENSASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK


Konsep modensasi merujuk kepada suatu proses dimana tranformasi ataupun
perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Modensasi mengandungi
dua aspek utama, iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan
ekonomi dan politik merupakan perubahan bencana yang melibatkan perubahan dalam aspek-
aspek tertentu yang membawa kepada peralihan daripada bentuk ekonomi dan politik yang
lama( tradisional) kepada yang baharu ataupun moden. Pembinaan negara bangsa dapat di
capai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down seperti penghayatan ideologi negara,
penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, dan pemupukan semangat
nasionalisme melalui simbol-simbol dan retual negara. Namun demikian, untuk mengukur
pencapaian pembinaan negara bangsa bukanlah suatu tugas yang mudah, berbanding dengan
ukuranpencapaian pembangunan ekonomi yang dapat diukur denang-ukuran-ukuran
perangkaan dan stastitik. Biasanya penilaian terhadap dasar-dasar awam yang dilaksanakan
menjadi asas kepada pengukuran kejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa.

Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik turut


melibatkan perubahan dalam aspek struktual dan budaya sehinggan membawa kepada
perubahan sistem politik masyarakat. Secara umumnya pembangunan politik dalam konteks
ini berlangsung melalui tiga proses utama: perbezaan struktur politi: sekularisasi budaya
politik: dan peyertaan politik yang besar oleh rakyat. Pembangunan politik dalam konteks
mewujudkan amalan demokrasi dianggap tercapai apabila terdapat kompenen-kompenen
berikut dalam suatu sistem politik, iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau
parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Pada dasarnya, kewujudan keempat-empat
unsur tersebut menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum mengamalkan amalan
demokrasi. Secara ringkasnya, pembinaan negara bangsa dan perubahan dalam aspek
struktural dan budaya merupakan dua hal yang saling mempengaruhi dalam menentukan
tercapainya pembangunan politik dalam sesebuah negara yang terbilang.

4.0 MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK


4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities liaison committee (CLC)
Januari 1949, pengabungan usaha diantara dato onn jaafar dan gabenor jeneral british
di asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk
mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik
ditanah melayu. CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima orang
pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang wakil india,serani,Ceylon dan eropah
masing-masing dengan e.e.c thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC.
Malcom pula bertindak sebagai penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan
british. CLC merupakan pertubuhan separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya
dalam setiap perjumpaan yang diadakan didalam pengawasan British. Selain itu, anggota
CLC terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbiran.

Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem pendidikan


bukan bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun
bantuan kerajaan. Ianya adalah merupakan satu cara terbaik yang diperolehi kesetian dan
kerjasama antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan juga merupakan isu kontroversi antara
orang dengan orang melayu yang turut sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah
dipersetujui bahawa hak kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada
orang bukan melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura,
menumpukan taat setia sepenuh kepada tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai
tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama ekonomi pula, CLC juga mendapat persetujuan diantara
ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial development authority (RIDA) dibentuk pada
tahun 1950 dan Dato onn jaaffar dilatik sebagai pengerusi.

CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang melayu dan
orang bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan
serta pengenalan pilihan raya tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata
antara semua etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi
manusia demi mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang mengalakan. Perkara ini
dilakukan dengan pemberian latihan dalam pentadbiran kepada semua etnik dan keterbukaan
peluang kepada orang bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan
awam serta politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC dalam
mencapai revolusi terhadap isu-isu ini dalam masyarakat majmuk di Malaysia hanya sampai
separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis Dato onn jaafar dengan umno. Krisis ini
berkaitan usul pembukaan keanggotaan umno kepada kaum bukan melayu yang mendapat
tentangan daripada umno dan orang melayu.

4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)


Pada tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah melayu. Dato onn
mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang melayu sebagai teras dan umno
dijadikan sebuah parti politik kebangsaan, iaitu united malayan national organization(umno)
dengan membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah melayu. Akan tetapi cadangan
yang disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno ini kerana umno khuatir serta bimbang
umno akan hilang sifat kemelayuan dan kehilangan perlindungan hak dan kepentingan orang
melayu. Setelah perkara tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan orang
melayu sewaktu itu. Datoonn mengambil keputusan untuk keluar dari umno pada tahu 1951.

Setelah kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan mendapat bantahan hebat
dari ahlinya, dato onn melangkah ketangga yang berlainan demi memperjuangkan dasar
kerjasama antara etnik dalam politik ditanah melayu. Dato onn telah menubuhkan
independent of malaya party(imp). Penubuhan imp dibentuk di hotel majestic, kuala lumpur
pada 16 september 1951 telah mendapat sokongan daripada pemimpin bukan melayu yang
penting. Mereka bersependapat bahawa imp merupakan satu jalan kearah menjalin kerjasama
antara pelbagai etnik dalam perkembangan politik di tanah melayu. Bagaimanapun, orang
cina lebih berminat untuk menyertai mca yang telah ditubuh pada 27 februari 1949 kerana
terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan perjuangan dato onn bahawasanya orang
melayu menjadi teras politik dan sebaliknya mereka menginginkan politik sama rata. Lain
pula kepada kaum india kerana sebahagian orang india ramai yang menanggotai mic, ini
kerana mereka menginginkan kemerdekaan tanah melayu dan segera untuk berlawan dengan
dasar yang dibawa oleh dato onn.
Walaubagaimanapun, imp gagal menarik minat orang melayu oleh kerana mereka
tidak yakin terhadap kensop yang dibawa oleh datoonn. Akhirnya imp gagal mendapat
tempat dan ruang arena politik negara dengan hanya memenagi dua kerusi sahaja dalam
pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur pada tahun 1952. Kemudian imp terkubur pada
tahun 1953 akibat pembubaran yang dilakukan olehnya kerana tidak kurang mendapat
sambutan. Dato onn meneruskan usahanya dengan membawa dasarnya dengan menubuhkan
parti negara pada tahun 1954.

4.3 Perikatan UMNO-MCA-MIC


Perkongsian kuasa politik antara parti politik bermula pada january 1952 apabila dua
parti terbesar dimalaysia, iaitu umno dan mca bersetuju untuk berkerjasama dan bertanding
dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur yang diadakan pada 16 februari 1952 bagi
menandingi im, sebuah parti bukan perkauman. Persetujuan untuk membentuk sebuah
pakatan kerjasama antara orang melayu dengan cina yang dikenali sebagai perikatan umno-
mca adalah hasil usaha yang dijalankan oleh kolonel H.S lee, yang dipertua mca cawangan
selangor dengan dato yahya bin abdul razak, pengerusi jawatankuasa pilihanraya umno
cawangan kuala lumpur. Parti-parti politik yang yang bertanding dalam pilihan raya tersebut
ialah perikatan umno-mca, imp, parti buruh selangor, persatuan penyewa rumah dan calon
bebas untuk merebut kerusi majlis tersebut bagi kawasan sentul, bangsar, imbi dan petaling
jaya. Pilihan raya yang berlagsung itu telah memperlihatkan penduduk telah mula menerima
kerjasama etnik dalam proses politik negara dengan perikatan telah memenangi mejoriti
kerusi dalam pilihan raya itu. Pada oktober 1954, perikatan umno dan mca telah mendapat
tarikan oleh parti yang dipelopori oleh kaum india iaitu mic dengan menyertai parti perikatan
ini berikutan ketiga-tiga parti ini telah mencapai satu kesefahaman dan kerjasama bagi
membina sesebuah negara bagsa yang bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan tanah
melayu sewaktu itu.
Pada 27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama berlangsug dengan disertai
oleh beberapa parti politik. Hasilnya daripada semangat yang tonjolkan dan kerjasama
perpaduan yang semakin erat dalam kalangan tiga etnik yang membolehkan parti perikatan
ini telah memenagi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dengan 51 kerusi daripada
52 kerusi. Oleh yang disebabkan itu parti ini telah melayakan perikatan membentuk kerajaan
dan memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu daripada jajahan british. Kejayaan yang
dicapai itu telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang memperkuatkan lagi
kedudukan parti perikatan sebagai parti yang mendapat sokongan ramai dan pelbagai etnik di
tanah melayu. Populariti parti ini terbukti apabila piliha raya yang diadakan pada tahun 1959
dengan memenangi 74 kerusi yang dipertandingkan daripada 104 kerusi.

Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1974, perikatan telah menukar
nama partinya kepada barisan nasional(bn) bagi mengukuhkan kerjasama antara etnik dalam
parti-parti politik dimalaysia supaya kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang
sewajarnya dalam proses politik dimalaysia. Bagi pihak orang melayu dari sebelum merdeka
hingga kini, terdapat pas yang bertindak menjaga kepentingan orang melayu dan islam
dengan kekuatanya dinegeri-negeri yang majoriti penduduknya orang melayu iaitu kelantan,
terenganu, kedah dan perlis.bagi pihak orang bukan melayu, terdapat jugak beberapa orang
parti pembangkang yang mewakili luahan tidak puasan jati mereka, iaitu peoples progresif
party (ppp) dan parti gerakan rakyat(gerakan) sebelum tahun 1974, manakala kini parti bukan
melayu yang aktif ialah democratic action party(dap) yang masih mempersoalkan tentang
keistimewaan melayu dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan bn meningkatkan taraf
hidup orang melayu.

Pada hari ini, parti keadilan rakyat (pkr) yang muncul sebagai sebuah parti berbilang
etnik dibawah kepimpinan datuk seri anwar ibrahim turut memperjuangkan kesaksamaan dan
keadilan bagi semua etnik di malaysia termasuklah penduduk di sabah dan
sarawak.Menjelang pilihan raya umum ke 12 pada mac 2008, dap, pkr, dan pas telah
mencapai kesepakatan tanpa mengira batasan perkauman untuk membentuk pakatan rakyat
supaya dapat bersaing dengan bn dalam memenangi sokongan pengundi dalam pilihan raya
tersebut. Kemunculan pakatan rakyat dalam politik mula mengubahsuasana politik dan
mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan bn negara ini. Selain itu, menjelang
pilihan raya yang dipimpin beberapa orang peguam india. Hindraf juga menjadi faktor
kepada kegagalan bn untuk memenangi 2\3 daripada kerusi yang dipertandigkan pada pilihan
raya 2008. Ini kerana terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik
tindakan kerajaan meleraikan perhimpunan hindraf dengan mengunakan internal security act
(isa) untuk menahan pemimpin hindraf.

Hindraf menrupakan sebuah pertubuhan yang mengambungkan 30 buah pertumbuhan


hindu bukan kerajaan untuk mempertahankan hakdan warisan komuniti hindu dalam
malaysia yang mempunyai penduduk yang berpelabagai latar belakang. Hindraf diistiharkan
sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan haram oleh kerajaan malaysia pada 15 oktober
2008 kerana kerajaan mempunyai bukti bahawa hindraf telah digunakan untuk tujuan yang
menyalahi undang-undang dan boleh menjadi satu ancaman kepada aturan umum dan
moraliti.
5.0 KERJASAMA POLITIK DI SABAH
Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan Malaysia
dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti
masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam
negara baharu, Malaysia. Parti politik yang pertama ditubuhkan ialah sebuah parti kaum
Kadazan iaitu United National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961. Setelah itu,
ianya diikuti oleh parti Bumiputera Islam, United Sabah National Organisation (USNO) pada
Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) oleh
kaum Murut pada tahun 1962, Borneo Utara National Party (BUNAP) yang kemudian ditukar
kepada Sabah National Party (SANAP) hasil gabungan United Party dan Democratic Party
yang ditubuhkan oleh orang Cina pada tahun 1962. Untuk memastikan kepentingan setiap
kumpulan etnik di Sabah tidak terjejas dalam pembentukan Malaysia, UNKO, USNO, Pasok
Momogun dan SANAP telah bersetuju bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah supaya
setiap kumpulan etnik utama mempunyai perwakilan dalam proses perkembangan politik
negara. Pada Jun 1964, dua kumpulan etnik utama, iaitu Kadazan-Dusun dan Murut yang
diwakili oleh UNKO dan Pasok Momogun telah mencapai persetujuan kerjasama bagi
mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera bukan Islam di Sabah. Gabungan ini telah
membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO).

Sementara itu, dari tahun 1963 hingga 1967, persaingan politik antara penduduk
Bumiputera Islam yang diwakili oleh USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha dengan
golongan Bumiputera bukan Islam diwakili UNKO/UPKO pimpinan Datuk Donald Stephen
telah mendominasi perkembangan politik di Sabah. Selepas itu, pelantikan Datuk Donald
Stephens dari UNKO sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963 telah
mendatangkan kritikan daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha yang tidak puas hati
dengan pelantikan itu kerana jawatan itu sepatutnya disi oleh calon dari USNO mendapat 16
kerusi dan UNKO 12 kerusi. Kerajaan UNKO dan Donald Stephens tidak dapat menjalankan
pentadbiran dengan baik kerana tiada sokongan daripada Yang Dipertua Negeri dan
kerjasama antara golongan Bumiputera Islam dengan Bumiputera bukan Islam tidak dapat
dicapai.

Perselisihan etnik turut berlaku antara Bumiputera bukan Islam dan bukan
Bumiputera apabila UPKO membuka cawangan di kawasan Sabah Chinese Association/SCA
dan USNO seperti di Sandakan dan Semporna. Hal ini menyemarakkan lagi krisis dalam
kerajaan Donald Stephen dengan orang Cina Sabah yang akhirnya membawa kepada pakatan
SCA (orang Cina) dengan USNO (orang melayu). Perselisihan antara dua orang pemimpin
Bumiputera, Donald Stephens dengan Tun Mustapha atas isu kelulusan permit dan lessen
balak, isu penggantian setiausaha kerajaan negeri dan dasar Donald Stephens yang dianggap
lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun telah membawa kepada
campur tangan kerajaan Persekutuan. Krisis itu berakhir dengan Donald Stephens diminta
melepaskan jawatannya dan Peter Lo dari SCA dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah buat
sementara. Selepas pilihan raya umum tahun 1967, atas kerjasama USNO dengan SCA, Tun
Mustapha telah Berjaya mendapat kuasa pentadbiran dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang
baru, maka sebuah kerajaan di bawah pimpinan Bumiputera Islam dengan kerjasama orang
Cina (SCA) berjaya diwujudkan.
6.0 KERJASAMA POLITIK DI SARAWAK
Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah sangat unik
kerana sifat keetnikan yang amat ketara dalam penubuhan parti politik. Setiap kumpulan
etnik telah menubuhkan parti politik mereka bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi etnik
masing-masing. Walaupun kecenderungan parti politik pada awalnya tidak mengehadkan
keanggotaannya kepada sesuatu etnik tetapi parti itu sebenarnya adalah didominasikan oleh
etnik tertentu sehingga lama-kelamaan parti itu menjadi sebuah parti yang mewakili
kepentingan kumpulan etnik tertentu. Di Sarawak, parti politik yang pertama ditubuhkan
ialah Sarawak United Peoples Party (SUPP) pada Jun 1959 yang diusahakan oleh
sekumpulan orang Cina dengan diketuai oleh Ong Kee Hui. Setelah penubuhan SUPP, wujud
pula parti-parti politik lain seperti parti Bumiputera Islam (Melayu) iaitu Parti Negara
Sarawak (PANAS) pada tahun 1960 oleh golongan perabangan dari Kuching dan parti
Bumiputera bukan Islam, iaitu Sarawak National Party (SNAP) pada tahun 1961 oleh
beberapa orang pemimpin Dayak dari kawasan Skrang-Saribas.

Senario politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962 apabila orang
Melayu dan orang Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan sebuah lagi parti yang dikenali
sebagai Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak ( PESAKA)
oleh beberapa orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang dan penubuhan Sarawak Chinese
Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya. Dalam memastikan
suara setiap etnik utama di Sarawak mendapat tempat dalam perkembangan politik menjelang
pembentukan Malaysia, PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA telah bersetuju
membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober
1962 dengan SUPP sebagai parti pembangkang. Walaupun pembentukan Parti Perikatan
Sarawak amat perlu dalam sebuah masyarakat berbilang etnik demi mencapai keharmonian
etnik dalam politik Sarawak tetapi rasa kecurigaan antara dua parti Bumiputera Islam, iaitu
PANAS dengan BARJASA telah menyebabkan PANAS akhirnya mengambil keputusan
keluar dari Parti Perikatan Sarawak pada 15 April 1963 dan seterusnya berjuang sebagai parti
pembangkang bersama SUPP.

Pada Disember 1966, dua parti politik yang didominasikan oleh orang Melayu dan
Melanau, iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung membentuk Parti Bumiputera dan
kerjasama politik ini kemudian dilanjutkan dengan kaum Dayak melalui PESAKA bagi
membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Januari 1973. Selepas pilihan raya
tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju menyertai Parti Perikatan Sarawak
termasuklah SUPP. Kesepakatan antara parti politik di Sarawak telah membolehkan Perikatan
Sarawak menjadi anggota Barisan Nasional. Penerimaan SUPP oleh golongan Bumiputera
sebagai rakan pilihan untuk menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya
tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik
di Sarawak. Bagaimanapun, selepas Malaysia dibentuk, Stephen Kalong Ningkan dari SNAP
telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun 1963, tetapi
kepimpinan Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak atas isu tanah, iaitu
pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat
Bumiputera. Hubungan tegang juga wujud antara kerajaan Ningkan dengan kerajaan
Persekutuan kerana percanggahan dasar mengeai isu penggantian pegawai British dengan
pegawai dari Semenanjung dan isu pengekalan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
rasmi di Sarawak oleh Ningkan. Krisis tahun 1966 ini berakhir apabila Ningkan dipecat
daripada jawatan Ketua Menteri dan diganti dengan Penghulu Tawi Sli. Krisis ini
menyebabkan SNAP keluar dari Perikatan dan PANAS menyertai Perikatan semula.

7.0 KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN 1


MALAYSIA

7.1 RUKUN NEGARA


Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedari pihak kerajaan bahawa masih terdapat jurang
perbezaan antara etnik dari pelbagai aspek dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kaum masih
lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideology kebangsaan yang boleh
mengikat dan menyatukan mereka bersama. Dalam usaha membina satu bangsa Malaysia
yang bersatu padu dan meningkatkan semangat cintakan negara yang dikenali sebagai Rukun
Negara telah dicipta.

Ideologi ini dicetuskan dalam mensyuarat Majlis Perundingan Negara (MPN) yang
pertama pada 27 Januari 1970 ketika negara di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh
MPN, sebelum diluluskan oleh MAGERAN dan kemudian diisytiharkan oleh Duli Yang
Maha Mulia di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan
Malaysia.

Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan Malaysia mengandungi lima objektif


seperti mencapai perpaduan yang erat dalam kalangaan seluruh masyarakat, memelihara satu
cara hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan membina
sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun


Negara perlu dihayati sepenuhnya oleh semua etnik dalam masyarakat. Lima prinsip utama
yang termaktub dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada
Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan
Dan Kesusilaan. Keperayaan Kepada Tuhan iaitu prinsip ini membawa maksud setiap orang
mempunyai agama ataupun kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan sangat penting
kerana setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan yang
keji. Manakala Kesetiaan Kepada Raja dan Negara iaitu prinsip ini menuntut kesetiaan
penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara supaya dapat
melahirkan penduduk yang sedia berkorban negara. Selain itu, Rukun Negara yang ketiga
ialah Keluhuran Perlembagaan iaitu setiap rakyat mesti menghormati dan menghargai
kandungan perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang
tertinggi negara ini. Rakyat seharusnya mematuhi dan mempertahankan kemualiaan dan
ketinggian Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kedudukan Yang di-Pertuan
Agong dan raja-raja, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu, hak asasi rakyat, dan sebagainya.

Manakala Kedaulatan Undang-Undang ialah Rukun Negara yang ke-4 iaitu undang-
undnag merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebsan asasi dan
memberikan perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan keadilan dalam
kalangan masyarakat. Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan iaitu
prinsip ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya saling menghormati, berakhlak mulia
dan menggelakkan daripada menyentuh perkara-perkara sensitif dalam menjamin
kesejahteraan dan kehormonian hidup.

Rukun Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang dasar dan
keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip tersebut, setiap dasar dan
keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang serta peraturan
supaya perpaduan etnik dapat tercapai. Pihak kerajaan telah menggunakan Rukun Negara
sebagai instrument untuk mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan
membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan mewujudkan perpaduan
berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang digariskan dalam Rukun Negara. Rukun
menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting kepada setiap anggota masyarakat di
Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok
pelbagai etnik di negara ini.

7.2 Pembentukan Barisan Nasional (BN)


Untuk mengukuhkan lagi penyatuan kaum melalui politik selepas Peristiwa 13 Mei
1969, kerajaan Perikatan berpendapat bahawa kerjasama dengan parti-parti pembangkang
perlu diadakan agar satu ikatan kerjasama politik antara pelbagai etnik dan parti dapat
diwujudkan. Atas keperluan itu, kerajaan telah memperkenalkan sistem kerajaan campuran
sebagai satu cara untuk menggabungkan fahaman politik antara etnik melalui penggabungan
parti-parti politik kerajaan dan pembangkang supaya memantapkan kerjasama etnik serta
kestabilan politik negara. Kerajaan campuran pertama yang dibentuk adalah Perikatan dengan
sebuah parti pembangkang, iaitu Gerakan pada Februari 1972 supaya memudahkan kerajaan
mengimplementasikan dasar-dasar sosioekonomi di seluruh negara. Pada 1 Mei 1972,
kerajaan campuran telah dibentuk di negeri Perak, iaitu antara Perikatan dengan Parti
Progresif Rakyat (PPR). Setelah beberapa rundingan diadakan, pada 27 Disember 1972, satu
persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah kerajaan campuran antara Perikatan
dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bekas anggota Perikatan satu ketika dahulu. Parti-
parti politik yang turut menyertai kerajaan campuran di Sarawak ialah Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United Peoples
Party (SUPP). Di Sabah, kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS), Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas tahun
1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah meluaskan
perkongsian politik hingga melibatkan 12 buah parti politik dari Semenanjung, Sabah dan
Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan didaftarkan pada 1 Jun 1974.
BN telah mengambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1974 dengan menggunakan
symbol dacing dan menggunakan enam isu utama dalam kempen pilihan raya berkenaan iaitu
perpaduan, ekonomi, dasar luar negeri, keselamatan, agama dan perkhidmatan sosial. BN
telah Berjaya dalam pilihan raya tahun 1974 dengan memenangi 104 daripada 114 kerusi
yang dipertandingkan dan dapat menerajui pemerintahan di Malaysia. Kini, BN mengandungi
14 anggota parti komponen dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan
wujudnya pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.

7.3 Pembentukan Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat atau dikenali sebagai Peoples Pact/Peoples Alliance dibentuk pada 1
April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan rakyat kepadanya. Idea
membentuk pakatan ini lahir ketika kempen pilihan raya ke-12 pada tahun 2008. Pakatan
politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai persetujuan bekerjasama sebagai Barisan
Rakyat (People Front / Barisan Alternatif) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun
2008. Setiap komponen parti yang pad asasnya mempunyai ideology perjuangan tersendiri
tetapi akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan
kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun, parti-parti politik itu
bersetuju mencapai kerjasama politik bagi bersaing dengan kerajaan Barisan Nasional dalam
Pilihan Raya Umum ke 12. Persetujuan kerjasama mereka juga adalah untuk membuktikan
pakatan mereka itu turut dapat memperjuangkan kepentingan rakyat dan membawa kemajuan
kepada rakyat serta negara.

Pakatan kerjasama PKR, DAP dan PAS telah Berjaya memenangi sokongan rakyat
berbilang etnik dan mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.
Kerjasama ketiga-tiga parti politik tersebut telah memenangi 82 kerusi Parlimen di mana
DAP memperoleh 28 kerusi, PKR memenangi 31 kerusi dan PAS mendapat 23 kerusi
daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya 2008. Bagi kerusi
DUN pula, mereka memperoleh 196 kerusi daripada jumlah 505 kerusi yang dipertandingkan
dalam pilihan raya. Pakatan rakyat telah Berjaya menguasai kerajaan negeri di Kelantan,
Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ketika pilihan raya 2008. Pakatan Rakyat berikrar
memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira etnik seperti yang
termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga dibentuk sebagai sebuah
gabungan parti politik daripada berbilang etnik yang diwujudkan untuk membela nasib rakyat
yang terpinggir dan tidak terbela di bawah pimpinan Barisan Nasional. Ideologi Pakatan
Rakyat ialah keadilan sosial, kemajuan, demokrasi sosial dan kebajikan awam.

7.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan di Malaysia pada
16 Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang dijalankan oleh kerajaan untuk
pembinaan sahsiah diri dalam kalangan rakyat Malaysia khasnya golongan belia. Selain itu,
PLKN bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan
generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai etnik dan menyediakan golongan
belia bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Idea untuk mengadakan PLKN ini
dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh
pelbagai golongan masyarakat termaksuklah orang awam, pelajar, tokoh, ahli akademik, Polis
Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, badan berkanun, ketua dan pegawai kanan
jabatan kerajaan, wakil rakyat dan menteri-menteri.

Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga


(JKMKT) dengan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh orang
Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan
Menteri ditubuhkan dalam Mensyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002. JKMKT
dipertanggungjawabkan mengkaji keperluan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

Tanggungjawab Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) adalah menggubal dasar


peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras
dan memantau mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang dan
menyelaras keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan
kelengkapan latihan yang diperlukan untuk Program Latihan Khidmat Negara,
membangunkan dan menyeleggara system maklumat serta menyimpan rekod-rekod mengenai
peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan melaksanakan
Program Latihan Khidmat Negara, dan mengkaji, menilai kebersanan pelaksanaan Program
Khidmat Negara dan Akta latihan Khidmat Negara 2003 atau disebut akta 628 diluluskan
oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan Dewan Negara pada 7 Julai 2003.

Sehingga tahun 2005, PLKN telah mendapat sambutan dan kejayaan daripada
masyarakat kerana program ini telah disertai oleh seramai 135, 700 orang belia berbilang
etnik di kem-kem latihan PLKN yang ditubuhkan di seluruh negara. Pada setiap tahun, 24%
daripada remaja yang berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai PLKN.
Namun, mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau
dikecualikan untuk mengikuti PLKN.

PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti


meningkatkan semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia. Selain itu, mempertingkatkan perpaduan etnik serta integrasi nasional,
membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni, menanam semangat
kesukarelawan dalam kalangan remaja dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas,
cerdas dan penuh keyakinan diri.

8.0 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA


Sebelum perbincangan lebih mendalam tentang proses politik di Malaysia dibuat, elok
kiranya beberapa aspek kemajmukan masyarakat Malaysia disentuh. Aspek demografi
merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia.
Aspek demodrafi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi
komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses
politik di Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk
lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok
etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang
25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil
seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan
Bajau di Sabah.

Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di


Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk majoriti di
setiap wilayah atau negeri. Mesalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang
mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana tiada
satu kelompok etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik Melayu dan etnik
Cina hamper sama banyak dan selebihnya merupakan penduduk di negeri Kelantan,
Terengganu dan Perlis menunjukkan bahawa etnik Melayu merupakan penduduk yang
majoriti. Di negeri Kelantan misalnya, lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah
penduduk terdiri daripada etnik Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan
keadaan yang agak berbeza, yang mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya berjumlah
sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Sesuai dengan keadaan demografi yang telah dihuraikan dapat dikatakan bahawa
Malaysia, pada umumnya, merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, masyarakat
Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, Portugis di Melaka, Serani di Pulau Pinang dan
Thai di negeri-negeri utara Semenanjung. Di Sabah terdapat kira-kira 32 golongan etnik
manakala di Sarawak terdapat lebih 20 golongan etnik yang mengamalkan cara dan gaya
hidup yang berbeza-beza. Justeru kepelbagaian ini, kesemua perayaan utama seperti Hari
Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta Keamatan dan Hari
Natal merupakan perayaan yang disambut dengan meriah di negara ini.

Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,
keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak
tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakkannya
terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan
atau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam
pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam
sektor prdagangan dan perniagaan.

Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat


ini menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan
Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan.
Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama,
khasnya di Lembah Klang. Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di
Semenanjung. Pada masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet.
Pada masa kini, terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai
pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan Bandar.
Dalam kategori etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali
dan Singhala. Secara umum, etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai agama
seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah
Orang Asli. Kebanyakkan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di
beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animism,
Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat
Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di
beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minority tersebut mempunyai
budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya yang mencerminkan
percantuman elemen-elemen budaya Cina dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis
di Melaka pula mencerminkan percantuman antara budaya Portugis dan budaya masyarakat
tempatan.

Di Sarawak, orang Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan Kristian,


sementara sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam. Secara
umum, orang Dayak merupakan penduduk luar bandar, namun keadaan tersebut mula
berubah semenjak tahun 1970-an. Bagi mereka yang tinggal dikawasan pedalaman dan luar
bandar, aktiviti utama ialah pertanian. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang bekerja
sebagai buruh upahan dalam sektor pembalakan. Seperti kelompok Melayu dan Bumiputera
lain, sebilangan kecil daripada mereka juga telah berjaya menerokai sektor baharu, sama ada
perdagangan atau sektor komersil di bandar-bandar utama negeri berkenaan.

Orang Melayu juga merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di
perkampungan, terutama di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti
utama bagi mereka yang tinggal di luar bandar ialah pertanian. Bagi mereka yang tinggal di
bandar, kebanyakannya tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Orang Melanau yang
merupakan penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam, Kristian dan juga kepercayaan
tradisional. Bagi mereka yang masih tinggal di kawasan luar bandar, kebanyakannya bekerja
sebagai nelayan dan petani serta pengusaha sagu. Kebanyakannya orang Cina di Sarawak
menetap di kawasan bandar, terdapat sebilangan kecil yang tinggal di kawasan luar bandar.
Kegiatan ekonomi mereka tertumpu kepada aktiviti perdagangan, terutama di bandar-bandar
utama. Orang Cina menganut pelbagai agama.

Di Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal masyarakat berkenaan


dan Kristian ( namun terdapat juga yang menganut agama Islam terutamanya di Ranau ),
sementara etnik Bajau, Murut dan peribumi lain menganut agama Islam di samping terdapat
juga yang beragama asal dan Kristian. Purata bilangan penduduk yang menganut Islam dan
Kristian dalam kalangan etnik Bumiputera ini hamper sama jumlahnya. Kebanyakan daripada
mereka terdiri daripada penduduk luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sebagai
aktiviti utama, di samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka tertumpu kepada
sektor perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan antara kelompok etnik berbeza
serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Hal ini terjadi ekoran peluang pekerjaan yang
terbuka luas sejak pembangunan ekonomi berlangsung dengan baik di Sabah.

Masyarakat Cina di Sabah pula tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Kebanyakan


mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan sektor komersil. Mereka merupakan penganut
pelbagai agama. Di Sarawak, komposisi jumlah penduduk turut memperlihatkan wujudnya
pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umum, tidak terdapat satu kelompok etnik yang
majoriti secara mutlak di Sarawak. Menurut perangkaan tahun 2004 daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, penduduk di Sarawak berjumlah 2,181 juta orang. Etnik Dayak,
Melayu dan Melanau merupakan kelompok peribumi yang membentuk 73.2 peratus daripada
keselruhan penduduk Sarawak. Kelompok etnik Cina berjumlah kira-kira 26.5 peratus dan
etnik India hanya sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Etnik Dayak
merupakan kelompok etnik terbesar, yang mewakili lebih kurang 44.3 peratus daripada
penduduk Sarawak. Etnik Melayu pula terdiri daripada 23.2 peratus dan Melanau 5.7 peratus
daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Dalam kategori etnik Dayak, terdapat sub-etnik
Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20
kelompok peribumi kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan / Penan, dan lain-
lain.

Di Sabah, tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya.
Empat kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh berbeza dari segi persatuan. Sebagai
contoh, pada tahun 2004, Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar (24.8 peratus) dan
Melayu (18.5 peratus). Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain
merupakan penduduk luar bandar dan persisiran sementara kebanyakan etnik Cina
menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan.
Secara keseluruhan, berlandaskan banci, penduduk di Malaysia dapat dikategorikan kepada
kelompok etnik yang berbeza-beza. Setiap kelompok etnik mempunyai amalan budaya yang
tersendiri. Mereka tidak hanya dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan atau agama,
tetapi juga daripada aspek lain. Pada masa yang sama, aspek demografi turut mempunyai
pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara kerana dalam aspek tertentu,
politik ditentukan oleh bilangan, misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah
penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik.

Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan


angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak tahun 1959.
Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan
Rakyat kini mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat disimpulkan. Pertama,
dominasi etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak, etnik Melayu mempunyai 125 kerusi, di mana etnik Melayu merupakan pengundi
majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi
majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk negara
adalah 156 (71.2 peratus) kerusi.

Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 (10.5


peratus) kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina terletak di Sabah
(1) dan Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30 (13.7 peratus).
Tiada satu pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai majoriti pengundi India.
Daripada jumlah 219 kerusi parlimen, terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi plural. Ini
bermakna, di kawasan parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang
mewakili majoriti pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai
pengundi Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi Melayu (Sabah),
tetapi pengundi mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di 14 kawasan,
pengundi Cina (Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan sementara Cina
(Sabah) adalah terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri berkenaan.

Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada


kelompok etnik ertentu memang tidak dapat dielakkan kerana faktor pola taburan penduduk
yang ditentukan oleh beberapa faktor lain, seperti sejarah, ekonomi dan selainnya. Yang lebih
penting diberikan perhatian ialah kemampuan parti-parti komponen dalam parti pemerintah,
iaitu Barisan Nasional mencipta formula penduduk sebenar. Hal ini penting kerana dalam
perjalanan sejarah pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan
perkongsian kuasa sudah lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.

9.0 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA


Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik masih
dijalankan dengan giat. Segala usaha dan proses pilitik di negara ini telah berjaya membawa
semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran. Pada tahap tertentu, kejayaan
Malaysia dalam usaha memupuk integrasi sosial telah menjadi contoh kepada beberapa buah
Negara luar yang kagum dengan kemampuan pemimpin negara mewujudkan suasana yang
harmonis dan aman damai. Secara beransur-ansur, suasana dan kejayaan dalam bidang politik
turut dapat diterjemahkan sepenuhnya kepada bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan
dan dalam kehidupan seharian pelbagai etnik. Perpaduan dan integrasi ialah proses semula
jadi dan boleh berlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang terlibat melihat faedah
daripada proses tersebut. Di negara kita, proses perpaduan dan integrasi memerlukan
penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down. Dalam konteks ini,
DEB dan dasar-dasar yang selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar
Wawasan Negara merupakan suntikan penting daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan
perpaduan.

Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya semua
etnik berada dalam satu ruang fizikal yang sama, sama ada dalam bidang ekonomi,
pendidikan, atau perkhidmatan awam. Proses menemukan semua etnik adalah amat penting.
Hal ini, adalah kerana proses perpaduan dan integrasi kini sering membayangkan
pembentukan bangsa Malaysia yang wajar dikejar dan dicapai menjelang tahun 2020.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku banyak perbincangan antara pelbagai
pihak tentang bentuk bangsa Malaysia yang diidamkan pada tahun 2020. Cuma,
perbincangan itu sebahagian besarnya digerakkan dari atas dan bukan dari akar umbi.

Dalam pembangunan ekonomimemang wujud ukuran tertentu yang boleh dijadikan


penanda aras pencapainnya. Misalnya, sepanjang tempoh 1980-an, turun naik pencapain
ekonomi diukur berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi tahunan. Sebaliknya, bukan mudah
untuk mengukur pencapaian perpaduan nasional dari segi ukuran yang berasaskan
perangkaan. Apa yang mampu kita lakukan adalah untuk melihat perlaksanaan dan prestasi
setiap dasar yang menyentuh soal perpaduan negara.
Dasar Pelajaran Kebangsaan misalnya, yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa penghantar ialah salah satu langkah untuk mewujudkan perpaduan. Namun kita tahu,
tidak semua rakyat Malaysia menghantar anak ke sekolah aliran kebangsaan yang
menggunakan Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar. Keadaan ini berlaku kerana ibu
bapa bebas memilih menghantar anak mereka ke sekolah berbahasa penghantar Mandarin,
Tamil, atau Inggeris yang diizinkan wujud oleh Kerajaan. Namun begitu, boleh dirumuskan
bahawa mereka yang mengikuti sekolah aliran kebangsaan mempunyai peluang yang lebih
baik untuk berinteraksi tanpa mengira etnik dan terlibat dalam usaha mewujudkan perpaduan
nasional.

10.0 CABARAN DAN SARANAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN


ETNIK
Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan
setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.
Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira
kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang
kea rah masyarakat yang bersatu padu.

Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada
hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti politik, namun
pada umumnya politik perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang dapat dilihat dalam
tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka
daripada parti pemerintah atau pembangkang.

Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa masyarakat sejak kecil lagi bagi
mewujudkan jalinan integrasi yang utuh dan murni dalam kalangan masyarakat Malaysia
yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan keagamaan . hal ini boleh dilakukan melalui
pemupukan kesedaran, pendidikan dan program-program pembangunan masyarakat.

Dalam menuju wawasan 2020 dan pembinaan 1 Malaysia tindakan yang paling
penting adalah mengukuhkan lagi kerjasama dan penyatuan etnik berdasarkan pengalaman
dan acuan Malaysia dalam membina perhubungan etnik yang harmoni dengan
mempertingkatkan tahap kepekaan etnik dalam kalangan rakyat pelbagai budaya.

Peranan dan penglibatan pemimpin parti politik adalah sangat penting dalam konteks
menjalin hubungan etnik yang sihat dalam pembangunan politik negara. Justeru , pemimpin
kesemua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat boleh memberikan input dengan kerjasama
pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengkaji keperluan dan permasalahan yang
dihadapi oleh rakyat pelbagai etnik, termasuk suku etnik di Sabah dan serawak dan
seterusnya mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit, mereka juga harus
berupaya meyakinkan penyokong masing-masing untuk bersikap lebih rasional apabila
menyuarakan dan menguruskan perkara-perkara yang berhubung kait dengan masalah etnik.
Kesediaan bekerjasama dalam politik dan pentadbiran serta kemampuan mengatasi
persoalan kemiskinan dan kepinggiran di bandar dan luar bandar perlu diberi perhatian utama
oleh pemimpin serta kerajaan jika keharmornian etnik yang dikecapi sekarang ini mahu
dikekalkan dan ditingkatkan.

Perpaduan antara etnik dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik atau parti politik
yang kukuh dan terjalin secara ikhlas adalah perkara terpenting yang perlu diberi perhatian
oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan konsep 1 Malaysia serta
matlamat wawasan 2020 tercapai.

11.0 TSUNAMI POLITIK

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti
pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti
mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu BN gagal untuk
mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai
Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua
kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa
berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN
juga dirobek sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua
pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor
yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP
mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua
kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu,
menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai
Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang
kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.
Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan
pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada
pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.
Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama
yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga
menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Sementara itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama
bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput
semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang
menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di
Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat
sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa
yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.
Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup
yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan
harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya
watak-watak jahat seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan
kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat
begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan
suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak
boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil. Lim Guan
Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan
DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di
parlimen.

Selain itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah
dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di
parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati. Di
kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara
drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk
mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya. Peningkatan kos
kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika
majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan
sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen,
maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua
pertiganya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, beberapa orang
yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka
sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya
140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di
parlimen.

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang
sudah diketahui umum. Semenjak projek jambatan bengkok dibatalkan, Mahathir tidak
henti-henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun
2003. Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah
sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat
di atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah
kehancuran.

Selain itu juga, peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu
kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa budak tingkat empat (merujuk kepada
Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah. Beberapa hari sebelum
pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan
peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata
Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN
mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-
ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar
mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti kata
lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah. Kempen ini boleh
dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi
undi protes, mengikut saranan bekas perdana menteri itu.

Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam
pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr
Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM
menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi. Khairy tidak mungkin
mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN
Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS
apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd
Shariff dengan majoriti 1,071 undi.
Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana.
Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut
dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga
BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan
pembangkang. Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya
umum lalu, menyaksikan jentera BN tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor,
Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.

Rakyat-rakyat di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan kerisauan mereka


mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak
banyak kelihatan. Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan
BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak
panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang
tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno
menahan peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang
bakal menjelang.

Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu ketika
ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 dengan
angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak
memerlukan masa yang lama untuk berkempen. BN tidak perlu berkempen jika
pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi
menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang katanya dengan penuh keyakinan.
(Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008). Mungkin kerana kenyataan sombong yang
dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi
kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri
besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor yang lain pula ialah faktor Anwar. Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya
Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat,
kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Selain itu, strategi Abdullah-Khairy
membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa
mempunyai sebarang beban untuk menjaga kawasan, Anwar menjelajah ke seluruh negara.
Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa
untuk bergerak sebegitu bebas. Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan
orang. Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di
sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.

Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan
harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu
meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang
cuba diterangkan oleh Anwar. Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan
di akhbar The Star, kumpulan tingkat empat yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan
bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy,
Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia,
yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan tingkat empat sampai ke kemuncaknya apabila Ketua


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-
mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana
beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008. Tidak lama lagi,
pantang bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen
di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk
Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?

Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah


Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah
kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan. Dahulu, maklumat boleh dikawal
sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar
berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana. Dengan adanya internet, penguasaan
terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia
Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat
Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan
menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai gerilawan siber.
Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan
cybertrooper tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri
Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan. Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah
melahirkan ribuan laman untuk menyerang pemerintah BN. Teknologi blog telah
menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog
sudah boleh dimulakan.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa
negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang
terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan
daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno,
jatuh kepada PAS.
Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus
menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan
desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Mukhriz Mahathir menjadi
pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau
mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya
meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan
beberapa negeri kepada pembangkang. Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama
selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat
kepada Tunku Abdul Rahman.

Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau
menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil
tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak
dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai
presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka
lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah
terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam
pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan
Najib. Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-
orangnya telah berada dalam kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan
Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik
menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

12.0 KESIMPULAN
Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945 hingga 1946 selepas Jepun
menyerah kalah, peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kg Medan pada 2001, keadaaan
masyarakat dan Negara Malaysia secara umumnya adalah stabil, makmur dan harmoni.
Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni selaras dengan
perkembangan politik negara merupakan cabaran yang besar yang dihadapi oleh Malaysia
yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik daripada latar belakang, budaya, Bahasa, agama,
dan adat resam yang berlainan. Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi
tahap kereggangan, ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehingga kita berusaha menuju
ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak dari zaman penjajahan British sehingga ke
hari ini. Untuk itu, kita telah melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran dalam
melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah berjaya
menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai kerjasama,
permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

Dalam hal ini, kerajaan telah bertindak dengan berhati-hati dalam mengambil
berbagai-bagai langkah dan pendekatan dari dulu hingga kini bagi mengenal pasti punca dan
masalah yang wujud supaya semua etnik dapat dibawa ke dalam proses politik dan
pentadbiran negara untuk mempercepatkan pembentukan 1Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia, kita harus memberi kerjasama, memahami, bersikap toleransi dan bertolak ansur
antara satu sama lain agar hubungan etnik yang sihat, mesra dan harmoni dapat diwujudkan
serta diteruskan dari generasi ke generasi.

You might also like