You are on page 1of 10

EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

1.0 PENGENALAN

Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah
A.Majid (2010) , seseorang itu dikatakan mengalami gangguan kepada dirinya. Gangguan ini
berlaku sama ada emosi yang dialami terlalu kuat misalnya terlalu sedih ataupun tidak ada
emosi di dalam diri misalnya tidak berasa bahagia atau emosi menimbulkan konflik misalnya
selalu marah. Gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Murid yang
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan.
Tanggungjawap guru adalah mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil
langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya.
Isu yang saya dipilih adalah isu buli daripada petikan akhbar Berita Malaysia bertarikh 9
September 2016 bertajuk Dakwa dipukul, pelajar trauma ke sekolah.Isu buli ini melibatkan
seorang pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah mendakwa dibelasah enam pelajar sekolah
itu malam Sabtu lepas setelah dituduh mencuri telefon bimbit mengakibatkan dia trauma untuk
kembali ke sekolah itu. Selain daripada itu, apabila pelajar itu pulang ke asrama dua pelajar
senior serta empat lagi rakan sebaya telah memuku dia secara bergilir-gilir sambil disaksikan
beberapa pelajar lain.
Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau
fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang
lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan
meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan. Ianya diarahkan kepada individu
yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi yang sebenar.
Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan
ganas daripada zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. Menurut Farrinton (1993),
pemangsaan remaja di sekolah mungkin merupakan salah satu tingkah laku anti sosial dan
ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah laku anti sosial dan jenayah. Perlakuan buli
dan pemangsaan di sekolah telah dikenal pasti secara universal sebagai perosak psikologi,
sosial dan perkembangan kanak-kanak.
Perlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri
dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap mangsa.
Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai ketidakimbangan kuasa
antara pembuli dengan mangsa. Perlakuan buli juga menggabungkan julat tingkah laku yang
luas seperti panggilan nama yang bersifat menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah,
penyisihan daripada kumpulan, merosakkan harta benda orang laindan ancaman verbal.

1
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku
keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan
individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat
untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannya dalam keadaan yang tertekan
secara sengaja.

2
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

2.0 PUNCA PUNCA BERLAKU GANGUAN EMOSI ( KES BULI)

2.1 FAKTOR INDIVIDU


Dua kumpulan individu yang terlibat dalam kejadian buli iaitu pembuli dan mangsa buli.
Hasil kajian lepas mendapati bahawa pembuli mungkin berasal daripada mangsa yang pernah
mengalami perlakuan ganas atau deraan. Pembuli biasanya lebih cenderung menganggap
dirinya sentiasa diancam dan berada dalam bahaya. Secara lazimnya, pembuli terdiri daripada
mereka yang kuat fizikalnya dengan penghargaan kendiri yang baik dan berkembang. Pembuli
juga tidak mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah mereka
lakukan, sering berasa ingin mengawal dan mendominasi, serta tidak mampu memahami dan
menghargai orang lain. Selain itu, individu yang sering menjadi pembuli ialah kanak-kanak atau
pelajar yang popular dan bersikap sebagai pendesak. Mereka juga sukar dikawal, dan sukar
untuk mematuhi peraturan sosial berbanding pelajar lain.
Justeru individu tersebut bertindak sebagai pembuli kerana membalas dendam atas
ketidakupayaan untuk bertindak balas terhadap individu yang telah membuli mereka secara
langsung. Oleh yang demikian, mereka memilih dan menjadikan individu yang lebih lemah
untuk membalas dendam. Tindakan ini telah menukar mangsa buli menjadi pembuli.
Manakala mangsa buli pula adalah seseorang yang menjadi sasaran bagi pelbagai
tingkah laku agresif.Dengan kata lain, mangsa buli ialah orang yang dibuli atau sasaran
pembuli. Kebanyakan mangsa buli ini lazimnya akan menonjolkan ciri-ciri tingkah laku dalaman
seperti bersikap pasif, sensitif, pendiam, lemah,dan tidak akan bertindak balas sekiranya
diganggu atau diserang.

2.2 IBU BAPA


Faktor kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan
akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya
mementingkan bidang profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari
pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Ini menyebabkan,
seseorang anak itu kurang mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa
mereka.Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau
salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala
sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang
diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak

3
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang
lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.

2.3 RAKAN SEBAYA


Banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan tidak sihat ini. Berdasarkan keratan
ahkbar yang saya lampirkan mengatakan faktor rakan sebaya adalah pengaruh yang paling
kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar. Jika diperhatikan kejadian membuli melibatkan
sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan
mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.

2.4 FIZIKAL PELAJAR


Keduanya adalah dari segi fizikal. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli
pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi menunjukkan kuasa dan kekuatan fizikal. Selain itu,
pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh
melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. Mereka kerap berasa curiga dan tidak
selamat berada di sekolah dan untuk mengatasi perasaan itu, mereka mula membuli pelajar
junior. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak
mudah digertak.

2.5 PIHAK SEKOLAH


kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong
berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli
tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin memberi peluang emas kepada para pelajar
untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Kajian
Olweus (1991), mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi yang paling banyak dilaporkan
masalah perlakuan buli .Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar
lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja
perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga
membawa masalah masalah yang tidak bermoral

2.6 SIKAP GURU


Punca ketiga adalah sikap guru yang suka memuji pelajar tertentu pandai di dalam
kelas. Walaupun ianya kelihatan remeh namun sikap guru ini boleh mencetuskan perasaan

4
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

tidak puas hati dan cemburu pelajar lain yang kurang pandai. Kesibukan para guru juga
dikatakan merupakan salah satu penyebab berleluasanya kegiatan membuli di sekolah
termasuklah sekolah-sekolah berasrama penuh. Guru dan pengetua tidak mempunyai masa
yang mencukupi untuk mengawasi dan mendisiplinkan pelajar kerana dibebani tugas-tugas
sampingan yang banyak.

2.7 FAKTOR PERSEKITARAAN


Persekitaran turut menyumbang kepada perlakuan agresif tersebut. Faktor persekitaran
ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplin hingga menyebabkan
penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja. Selain itu, pengaruh media seperti televisyen,
filem dan juga Internet juga tidak boleh diketepikan dalam memperkatakan tentang isu ini.

2.8 KEKURANGAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI


Kekurangan penghayatan nilai nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja
terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan, seseorang pelajar yang
mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri
dalam gejala negatif.Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga
membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka
lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikut
pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah
mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka
untuk mencuba apa saja aktiviti .

5
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

3.0 KESAN KEPADA MURID


Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli
akan berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli
biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu,
mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan
menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka
membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa
kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula,
mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan
mangsa tertekan dan ketakutan.Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan
tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, impak lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung
telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut.
Mereka juga sering ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke
atas diri mereka. Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi
dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan
nasib mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah diugut supaya tidak
melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka melaporkan
pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas diri mereka. Akibatnya,
mereka selalu ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Ini menyebabkan
prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.

6
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI GANGGUAN EMOSI


DALAM KALANGAN MURID (KES BULI)

Menurut Wise (1999), menyatakan bahawa komitmen yang tetap kepada kurikulum
pencegahan dan penjagaan di sekolah oleh para pendidik merupakan langkah yang terbaik
bagi melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah. Masalah membuli di
sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan
merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi
kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.
lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada
anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum
kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga
mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah,
pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat
berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja.Di samping itu, teguran secara berhikmah juga
wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi
Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di
kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak
dapat disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada
pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula
boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media
massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
membendung gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka
terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan
tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati
melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah
memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar
menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran
agar dapat diambil tindakan.
Seterusnya, peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat.
Hal ini demikian kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain
daripada berjumpa dengan pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar

7
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

pula tidak mahu berjumpa dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan
kemampuan dan kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus
memainkan peranan lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling
motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di
sekolah-sekolah sedia ada perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS merupakan salah satu
unit sokongan kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut
Zuraidah (1988), konsep asas program ini ialah rakan bantu rakan. Dalam konteks ini,pelajar
yang telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan bantuan kepada rakan-rakan di
sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin dan sosial.
Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana
takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsa
buli.Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya pihak sekolah
dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

8
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini
menjadi semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuk
kehilangan nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang
merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara pada
masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka menindas
orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.
Seberapa segera pihak Kementerian Pelajaran digesa dapat merangka dan
mewujudkan model program anti-buli yang khusus bagi mencegah dan menangani masalah
perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap
sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program
anti-buli yang disalurkan melalui kurikulum sekolah.Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis
panduan umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah
dapat menangani masalah tersebut di sekolah. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu
bapa, guru sekolah, masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani
masalah ini.

9
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

BIBLIOGRAFI

Farrinton, D.P. (1993). Understanding and preventing bullying. In M. Tonry (Ed.),Crime


and Justice, Chicago: University of Chicago, Vol. 17, pp. 381-458.
International.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.Rashid.
(2010).Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Olweus, D. (1991) Bully/victim problems among schoolchildren: basic facts and effects
of a school-based Intervention programme. In D. Pepler & K. Rubin, (Eds.) The
Development and Treatment of Childhood Aggression.Hillsdale, NJ: Erlbaum.
p14,17,20 Sep 1999

Wise, B. J. (1999). Vaccinating Children against Violence. Principal, v79 n1

Zuraidah Abdul Rahman (1988). Boleh saya tolong anda? Kuala Lumpur: Times Books

10

You might also like