You are on page 1of 3

SK ZAINAB (1)

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA Bil 1/2017


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2017

Tarikh : 10 April 2017


Masa : 02.00 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer Sk Zainab (1)
Pengerusi : Tn Hj Aziz bin Mamat ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Kehadiran :
1. Pn. Hanisah binti Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling)
2. En. Ahmed Sallehuddin bin Ariff
3. Pn. Azlina binti Ab Rahman
4. Pn. Rozaidah binti Ibrahim

1.0. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Ucapan Pengerusi yang menyarankan agar Tahun 2017 Unit


Bimbingan dan Kaunseling perlu mengemaskini Pengurusan Fail.

1.2 Mesyuarat sebagai garis panduan atau hala tuju ke arah


keberkesanan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan beberapa perkara
yang perlu dilaksanakan:
1.2.1: Senarai nama murid yang diberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
1.2.2: Mematuhi etika Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tindakan : Ketua Unit.

2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mengesah Minit Mesyuarat lepas.


Pencadang : Encik Ahmed Sallehuddin bin Ariff
Penyokong : Pn Azlina binti Ab Rahman

Tiada perkara berbangkit.


3.0 PERLANTIKAN & PENYUSUNAN STRUKTUR JAWATANKUASA

3.1 Guru Bimbingan memaklumkan senarai jawatankuasa induk dalam


unit bimbingan dan kaunseling serta jawatankuasa bimbingan dan
kaunseling. (Rujuk lampiran A).

Tindakan: AJK terlibat

4.0 RANCANGAN TAHUNAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.1 Guru Bimbingan juga menerangkan secara ringkas program yang


dijalankan sepanjang tahun 2012 mengikut takwim Unit Bimbingan
dan Kaunseling. (Takwim: sila rujuk lampiran B).

Tindakan: Untuk Makluman

5.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.1 Guru Bimbingan telah menjelaskan tentang tujuan Penubuhan


Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya. (Kertas Kerja
Penubuhan, sila rujuk lampiran C).

Tindakan: Untuk Makluman

6.0 KOLABORASI DENGAN GURU PEMULIHAN

6.1 Guru kelas boleh meminta bantuan Guru Pemulihan bagi masalah
P&P.

Tindakan: Guru Bimbingan dan Guru Pemulihan

7.0 HAL-HAL LAIN.

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua program yang telah


dijalankan perlu didokumentasikan sebagai bukti perlaksanaan
program.

Tindakan: Untuk Makluman

7.2 Puan Hanisah mencadangkan agar jawatankuasa PPDa dan


pameran di papan kenyataan perlu diwujudkan.

Tindakan: Guru Bimbingan & Kaunseling


7.3 Pengerusi telah menjelaskan bahawa PRS tidak perlu diberi jadual
sama seperti Pengawas.

Tindakan: Untuk Makluman

7.4 Guru bimbingan boleh menggunakan masa Pendidikan Moral dan


Pendidikan Kesihatan sebagai masa untuk bimbingan dalam kelas
dengan syarat, perlu berbincang dengan guru matapelajaran yang
berkaitan.

Tindakan: Untuk Makluman

8.0. HAL-HAL LAIN

8.1 Ucapan Penangguhan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

8.2 Mengharapkan minit mesyuarat dapat disiapkan selepas 3 hari


bermesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:05 petang.

Disediakan oleh:

.....
(PN HANISAH BINTI MOHAMAD)
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Disahkan oleh :

(TN HJ AZIZ BIN MAMAT)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

You might also like