You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN BOLA JARING

MSSD JOHOR BAHRU PEREMPUAN 15 TAHUN

Tarikh : 23 Mac 2011


Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan SMK Tun Syed Nasir Ismail (SMKTSNI)
Pengerusi : Pn. Hjh. Minati Bt Hamir
Kedatangan :
1. Pn Hjh Minati Binti Hamir Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail
2. En Lim Hun Poh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK TSNI
3. Pn Hjh Aminah Binti Hj Ashaari Wakil Pengerusi Teknik Bola Jaring
4. Pn Hjh Fhadillah Binti Ahmad Hamil Setiausaha sukan SMK TSNI
5. Encik Mohd Zaman Bin Zainal Abin Penolong setiausaha sukan SMK TSNI
6. Cik Nuremilia Binti Mohd Rawan - SMK Seni Johor Bahru
7. Pn Asma Wati Binti Sanip SMK Gelang Patah
8. Pn Ching Saw Hai SMK Aminuddin Baki
9. Cik Nurul Asykin Binti Zallil SMK (P) Sultan Ibrahim
10. Pn Irda Syuhada Binti Ishak SMK Damai Jaya
11. Pn Arbayah Binti Yahya SMK Taman Selesa Jaya
12. Pn Siti Hajar Binti Abd Aziz SMK Sri Tebrau
13. Dismazila Binti Basar SMK Impian Emas
14. Pn Farawahida Binti Hamid SMK Skudai
15. Cik Norul Atiyah Binti Sulaiman SMK Tun Syed Nasir Ismail
16. Pn Noor Haliza Binti Abd Halim SMK Bandar Baru Uda
17. Pn Nur Asyikin Binti Mat Jusoh SMK Tasek Utara 2
18. Pn Suhaila Binti Abdul Jalil SMK Dato Usman Awang
19. Pn Norulaida Binti Ibrahim SMK I.J Convent
20. Pn Valini a/p Subramaniam SMK Sultanah Engku Tun Aminah
21. Pn Ibranazarrina Binti Ibrahim SMK Tasek Utara
22. Pn Haridawati Binti Hassim SMK Taman Universiti
23. Pn The Kalsom Binti Abu Bakar SMK Tun Aminah
24. Pn Nurazlina Binti Wahab SMK Taman Mutiara Rini 2
25. Pn Firayani Binti Md Abas - SMK Taman Mutiara Rini 2
26. Pn Rafidah Binti Md Said SMK Sri Rahmat

Pengesahan Melalui Telefon :


1. SM Foon Yew
2. SM Islam Hidayah
3. STF

Agenda
1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat Pengerusi Teknik
3. Undian
4. Hal-hal lain
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pn. Hjh. Minati Bt Hamir pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail mengalukan-
alukan selamat datang kepada guru-guru yang menjadi pengurus pasukan bola
jaring bawah 15 tahun ke SMKTSNI.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa pertandingan ini akan diadakan pada 27, 28 dan 29
April 2011 di Kompleks Belia dan Sukan.

1.3 Yuran yang dikenakan adalah berjumlah RM120.00 dibayar secara tunai atau cek
di atas nama PENGETUA, SMK TUN SYED NASIR ISMAIL.

1.4 Pengerusi juga menegaskan mengenai SPSK, iaitu apabila sesuatu mesyuarat
diadakan, minit mesyuarat tahun lepas mesti disediakan. Oleh itu, pengetua
mengingatkan bahawa tahun depan minit mesyuarat perlu diedarkan. Selain
daripada itu, borang panggilan kepada semua pengurus pasukan sekolah-sekolah
lain perlu ada dan diberi kepada sekolah-sekolah yang berkenaan.

1.5 Pengetua juga mengingatkan kepada perkara-perkara lain yang perlu mengikut
pekeliling iaitu apabila membawa pelajar mewakili sekolah dalam sesuatu
pertandingan atau kejohanan, surat kebenaran ibu bapa perlu ada untuk
mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini berlaku. Ini bertujuan untuk
mengelakkan guru terbabit didakwa berkaitan kecuaian menjaga pelajar semasa
pelajar tersebut berada di bawah jagaan guru tersebut.
1.6 Semua pengurus pasukan yang telah mendapat peraturan pertandingan, perlu
menulis nama dan tandatangan di bahagian atas, kemudian pihak pengelola akan
menyimpan di dalam fail.

1.7 Pengerusi juga menjelaskan Bidang Pengukuran Prestasi (Key Performance


Indicator) iaitu salah satunya melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi
keperluan global. Ini bermaksud memastikan sekolah menyertai acara padang dan
Balapan MSSJ, memastikan sekolah melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan iaitu
100% murid terlibat dalam pertandingan sukan serta memastikan sekolah
melaksanakan Konsep 1 Malaysia dalam aktiviti kokurikulum sekolah dan
melibatkan semua kaum.

1.8 Pengerusi juga mengingatkan kepada pengelola kejohanan berkaitan dengan


tempat pertandingan, jadual pertandingan, pengadil, yuran pengadil, dan juga
hadiah serta sijil.

1.9 Pengerusi juga mengingatkan tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia


mengenai kemenjadian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum adalah
penunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang
berkualiti tinggi.
1.10 Sebagai tambahan, pengetua menyatakan sukan penting untuk Negara kerana
memartabatkan nama Malaysia di persada dunia, sebagai trend dan ikon generasi
muda, menyatukan dan membangkitkan semangat patriotisme kepada Negara,
melahirkan masyarakat cergas dan mengamalkan budaya sihat, memberi ruang
dan peluang punca pendapatan dan perniagaan, pengimportan dan pengekspotan
pemain,pakar dan usahasama di negara berlainan, sebagai karier dan personaliti,
satu mekanisme pendidikan dan penyuburan budaya ilmu dan pengamalan
pemakanan seimbang dan berkhasiat.

Tindakan : Setiausaha Kejohanan dan Pengurus Pasukan Sekolah

2.0 Taklimat Pengerusi Teknik

2.1 Taklimat Pengerusi Teknik disampaikan oleh Pn. Hjh Aminah Binti Hj Ashaari.
Beliau menerangkan tentang Peraturan Permainan Bola Jaring MSSM Johor
Bahru :

2.1.1 Undang-undang Permainan


Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-
peraturan Am MSSM.

2.1.2 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan berpasukan antara sekolah daerah Johor Bahru Kategori


Perempuan Bawah 15 Tahun

2.1.3 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1.3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang.

2.1.3.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya


sahaja.

2.1.3.3 Kad Pengenalan hendaklah diserahkan kepada Pengelola semasa


pendaftaran pasukan.

2.1.4 SISTEM PERTANDINGAN

2.1.4.1 Sistem pertandingan dijalankan secara Liga Lapan Kumpulan (A,


B, C, D, E, F, G dan H) kemudian diikuti sistem kalah mati

2.1.4.2 Pusingan Pertama


2.1.4.2.1 Pasukan-pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan
iaitu A, B, C, D, E, F, G dan H. Pertandingan akan
dijalankan secara liga.

2.1.4.2.2 Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam


pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

2.1.4.2.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam lapan


kumpulan lain dengan cabutan undi mengikut undang-
undang permainan berkenaan.

2.1.4.3 Pusingan Kedua

2.1.4.3.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan


masuk ke pusingan kedua dan pertandingannya akan
dijalankan secara kalah mati.
2.1.4.3.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

Undian bagi 8 pasukan Pemenang Pertama


KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di
kedudukan 1,3,5, 7, 9, 11, 13 dan 15.

Undian bagi Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN


akan ditempatkan di kedudukan 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14
dan 16. Sekiranya Pemenang Pertama KUMPULAN
ditempat di bahagian X Pemenang Kedua Kumpulan
akan ditempatkan di kedudukan 10, 12, 14 dan 16.
Sekiranya Pemenang Pertama KUMPULAN ditempat
di bahagian Y Pemenang Kedua Kumpulan akan
ditempatkan di kedudukan 2, 4, 6 dan 8

Pasukan-pasukan perlu menang pada Perlawanan


Pusingan Kedua untuk meneruskan perlawanan ke
Perlawanan Suku Akhir dan Separuh Akhir. Seterusnya
pemenang akan memasuki Perlawanan Akhir bagi
menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara
pasukan-pasukan yang akah akan bermain untuk
menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.
PUSINGAN SUKU SEPARUH AKHIR
KEDUA AKHIR AKHIR
1
2
3
X 4
5
6
7
8
9
10
11
12
Y 13
14
15
16

2.1.5 CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

2.1.5.1 Cara Liga

Cara memberi mata :

Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

2.1.5.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama,
pemenang akan ditentukan seperti berikut :

2.1.5.3 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol


yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

2.1.5.4 Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah
gol yang kena.

2.1.5.5 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjarigkan gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

2.1.5.6 Cara Kalah Mati

2.1.5.7 Jika keputusan berakhir dengan seri pada peringkat pusingan


kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir, maka keputusan
pertandingan akan ditentukan seperti berikut ;

2.1.5.8 Masa rehat akan diberikan selama 2 minit selepas tamat


permainan. Pengantian dan / atau pertukaran posisi dibenarkan.
2.1.5.9 Masa tambahan selama 5 minit setiap separuh masa akan
diberikan. Kedua-dua pasukan akan bertukar kawasan gol di akhir
separuh masa tanpa rehat. Pengantian dan / atau pertukaran posisi
tidak dibenarkan. Hantaran tengah seterusnya akan diambil oleh
pasukan yang berhak mengambilnya.

2.1.2.10 Jika berlaku seri setelah masa permainan tamat, satu isyarat
yang boleh dilihat hendaklah digunakan untuk menunjukkan
permainan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat kelebihan
dua (2).

2.1.6 SYARAT SEMASA PERMAINAN / PEMBERHENTIAN /


KECEDERAAN

2.1.6.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya


minimum lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan
dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira
menerima kekalahan.

2.1.6.2 Semasa permainan berlangsung, Pegawai pasukan dan pemain


simpanan dibenarkan memberi tunjuk ajar asalkan mereka duduk
di atas kerusi atau berdiri dibangku pasukan. Tunjuk ajar juga
dibenarkan semasa rehat dan semasa pemberhentian.
2.1.6.3 Pegawai pasukan dan pemain simpanan tidak boleh mengeluarkan
kata-kata atau kelakuan yang tidak sopan sepanjang tempoh
perlawanan.

2.1.6.4 Semasa berlaku pemberhentian, pegawai dan pasukan boleh


menghampiri garisan tepi untuk memberi tunjuk ajar dan minuman
kepada pemain.

2.1.6.5 Kecederaan dan Kesakitan :

Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit semasa


bermain, pemain dalam pasukan boleh meminta pemberhentian
masa daripada pengadil perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan
Utama (Primary Care Personnel) sahaja dibenarkan masuk ke
dalam gelanggang untuk merawat pemain yang cedera tersebut.
Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama,
pasukan perubatan yang bertugas di venue secara automatik
bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.

Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti


berikut ;
Pemberhentian kecederaan kali 1 (pertama) daripada mana-mana
pasukan diberi sehingga 2 (dua) minit sahaja. Pemain boleh
dirawat di dalam atau di luar gelanggang.

Pemberhentiaan kecederaan kali 2 (kedua) dan seterusnya daripada


pasukan yang sama dalam masa permainan yang sama diberi
sehingga 30 (tiga puluh) saat sahaja. Pemain hendaklah dirawat
diluar gelanggang atau pertukaran pemain dilakukan (bergantung
daripada keputusan jurulatih pasukan). Sekiranya pemain lewat
mengambil tempat selepas tempoh 30 saat,pemain tersebut tidak
boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh
pengadil mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki
gelanggang.

Sekiranya pemberhentian diminta oleh pasukan yang berbeza maka


kiraan kecederaan akan dikira bermula daripada yang pertama (1)
dan seterusnya.

Pemberhentian kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan


memasuki masa perlawanan berikutnya.

Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit, kedua-dua


pasukan boleh membuat pertukaran dan/ atau pertukaran posisi jika
mahu.

2.1.6.6 Pemain Lewat;

Pemain yang lewat sampai tidak boleh masuk bermain semasa


permainan berlangsung, tetapi selepas memberitahu Pengadil,
pemain tersebut boleh masuk ke gelanggang:-

sebaik sahaja satu gol dijaringkan. Dalam hal ini, pemain yang
lewat mestilah mengambil posisi yang kosong sahaja dalam
pasukannya;

semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit;

sebaik sahaja selepas rehat.

2.7 PENANGGUHAN PERLAWANAN

2.7.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan


perlawanan yang ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat
dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2.8 PAKAIAN
2.8.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan
Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).

2.8.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.

2.8.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek


secara berpasukan sahaja.

2.8.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan
dibuat secara lambungan duit.

2.9 GELANGGANG / ALATAN

2.9.1 Rujuk kepada Undang-Undang Rasmi Bola Jaring (IFNA).

2.9.2 Tinggi tiang gol untuk 15 dan ke bawah ialah 3.05 meter atau 10
kaki.

2.9.3 Saiz bola ialah saiz 5.

2.10 MASA BERMAIN

2.10.1 Masa bermain untuk pusingan liga dalam kumpulan adalah 10


minit (masa pertama) x 3 minit (rehat) x 10 minit (masa kedua).

2.10.2 Masa bermain untuk pusingan sistem kalah mati adalah 15 minit
(masa pertama) x 3 minit (rehat) x 15 minit (masa kedua).

Pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol pada akhir setiap separuh masa

2.11 KELEWATAN

2.11.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas
itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-
kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah
dengan sengaja. Pasukan yang berada di gelanggang akan
diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan 15-0.

2.12 MENARIK DIRI

2.12.1 Jika sesuatu pasukan menarik dari daripada satu perlawanan, maka
pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di
kejohanan ini.
2.12.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa perlawanan diberhentikan
kerana sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan
mata yang diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada
keseluruhan kejohanan ini.

2.12.3 Pasukan yang melakukan kesalahan 2.12.1 dan 2.12.2 dianggap


tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang
telah diperolehi dibatalkan.

2.13 PENGADILAN

2.13.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil-


pengadil di sepanjang kejohanan ini.

2.13.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

2.14 BANTAHAN

2.14.1 Sila rujuk Peraturan AM (18) MSS Johor

2.15 JURI RAYUAN

2.15.1 Sila rujuk Peraturan Am (19) MSS Johor

2.16 LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN

2.16.1 Sila rujuk Peraturan Am (20) MSS Johor

2.17 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

2.17.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan
Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.

2.19 Sila rujuk Peraturan-Peraturan Am (23) MSSM PINDAAN DAN HAK


JAWATANKUASA PENGELOLA. Semua perkara yang tidak dinyatakan
dalam PERATURAN AM ini dan PERATURAN PERMAINAN
BERKENAAN akan diputuskan oleh Jawatankausa Pengelola
Pertandingan MSSD dan keputusannya adalah muktamad.

Tindakan : Pengurus Pasukan


3 Undian

3.1 Penempatan pasukan di dalam kumpulan adalah seperti berikut :

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D


A1 SIGS B1 FOON YEW C1 TSNI D1 CONVENT
A2 SAB B2 TMN UNIVERSITI C2 IMPIAN EMAS D2 SM HIDAYAH
A3 MUTIARA RINI 2 B3 TEBRAU C3 TMN SELESA JAYA D3 TASIK UTARA 2

KUMPULAN E KUMPULAN F KUMPULAN G KUMPULAN H


E1 DAMAI JAYA F1 TMN TUN AMINAH G1 BNDR BARU UDA H1 SETA
E2 SRI RAHMAT F2 TASIK UTARA G2 SEKOLAH SENI H2 SKUDAI
E3 STF F3 GELANG PATAH G3 D.USMAN AWANG H3 MUTIARA RINI 2

4 Hal-hal Lain

4.1 Pendaftaran nama pemain adalah sebelum 22 April 2011, diemailkan ke alamat
fhadillah@yahoo.com.my mengikut format berikut :

PENDAFTARAN PESERTA

BIL NAMA NO K/P


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Nama Sekolah :

Nama Pengurus :

No.Telefon Pengurus :
4.2 Yuran penyertaan berjumlah RM120.00 secara tunai atau cek di atas nama
PENGETUA, SMK TUN SYED NASIR ISMAIL dilangsaikan selewat-
lewatnya pada hari pertama kejohanan iaitu 27 April 2011.

4.3 Pengesahan penyertaan masih lagi dibuka sehingga 31 Mac 2011 kepada sekolah
yang ingin turut serta. Sila hubungi Pn Hjh Fhadillah Binti Hj Ahmad Hamil
0197738856.

4.4 Setiap pasukan diminta membawa beg sampah besar untuk sampah masing-
masiang.

Tindakan : Semua Pengurus Pasukan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh :

(MOHD ZAMAN BIN MOHD ZAINAL ABIDIN)


Penolong Setiausaha Sukan
SMK Tun Syed Nasir Ismail
Johor Bahru.

You might also like