You are on page 1of 10

SULIT

SEJARAH
KERTAS 1
SEPTEMBER
2016
1 Jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROPICANA


JALAN TROPICANA SELATAN, 47410 PETALING JAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
TINGKATAN LIMA
TAHUN 2016
SEJARAH

KERTAS 1
1 jam
_______________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(Pn. Siti Saadah Mohamed Sharif) ( En.Nik Mohd Izzani Mohd Amim) (Pn. Anida Maesin ) (Pn. Zubaidah Ahmad Ishak)
Penggubal Soalan Ketua Panitia. Sejarah GKMP Kemanusiaan Penolong Kanan Pentadbiran
Arahan :Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan,pilih
satu jawapan sahaja.

1. Maklumat berikut berkaitan dengan manusia Zaman Neolitik.

Kehidupan menetap
Keupayaan menghasilkan bahan
makanan melebihi keperluan

Apakah kesan daripada keadaan tersebut?

A Pembentukan bandar
B Kewujudan sistem barter
C Pemilikan harta bertambah
D Kewujudan pengkhususan pekerjaan

2. Karya berikut telah dihasilkan oleh Sun Tzu

The Art Of War

Apakah kepentingan karya tersebut kepada masyarakat hari ini?

A Mengukuhkan pemerintahan
B Mewujukan perpaduan
C Menguruskan perniagaan
D Mengembangkan pertanian

3.Rakyat Athens tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi.


Apakah kesan daripada keadaan tersebut?

A Kemerosotan sistem pentadbiran


B Keruntuhan empayar
C Perampasan kuasa
D Perubahan susun lapis masyarakat

4. Maklumat berikut berkaitan dengan Sukan Olimpik yang diperkenalkan pada zaman Tamadun
Yunani.

Mula diperkenalkan pada tahun


776M
Diadakan empat tahun sekali di
Olimpik

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?


A Memilih kerajaan unggul
B Menghormati Tuhan Zeus
C Mengembangkan arena sukan
D menghentikan segala peperangan
5.Rajah di bawah menunjukkan peranan suatu bahasa yang terkenal di Kepulauan Melayu.

Bahasa X

Menjadi lingua franca di


pelabuhan maritim di Asia
Tenggara

Berdasarkan maklumat tersebut,X ialah Bahasa

A Arab C Inggeris
B Melayu D Sanskrit

6. Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos.
Apakah tujuan mereka bertindak sedemikian?

A Meluaskan pengaruhnya
B Menguatkan kedudukan
C Membezakan kedudukannya daripada orang lain
D Menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta

7.Antara yang berikut, manakah dapat menerangkan maksud istilah jahiliah?

A Tidak bertamadun
B Tidak mempunyai peraturan
C Tidak mempunyai kepercayaan
D Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

8.Nabi Muhammad s.a.w diamanahkan oleh para pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar
Aswad di tempat asalnya.
Mengapakah peristiwa tersebut dianggap penting kepada masyarakat Arab?

A Penyebaran Islam di Makkah


B Persengketaan antara kaum dielakkan
C Perkembangan perdagangan di Makkah
D Pelantikan orang Islam sebagai pemimpin

9. Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum berlakunya peristiwa Hijrah?

I Pergaduhan antara suku Arab


II Penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi
III Pertelingkahan antara orang Muhajirin dengan orang Ansar
IV Perebutan kawasan perdagangan dalam kalangan penduduk
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
10. Syarat-syarat berikut terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah.

Orang Islam Madinah yang memihak


ke Makkah tanpa kebenaran
penjaganya tidak perlu dipulangkan
Orang Quraisy Makkah yang
memihak ke Madinah tanpa
kebenaran penjaganya perlu
dipulangkan semula

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w menerima perjanjian tersebut walaupun syarat-syaratnya


menguntungkan pihak Arab Quraisy Makkah?

A Memelihara keamanan
B Mengelakkan permusuhan
C Memudahkan penyebaran Islam
D Mengukuhkan kedudukan Islam

11.Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
pada tahun 632M?

A Penentangan orang Quraisy


B Pergerakan golongan al-Riddah
C Pergaduhan orang Muhajirin dan Ansar
D Penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi

12.Senarai berikut merupakan cara-cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

Penaklukan
Perdagangan
Hubungan diplomatik

Apakah implikasi daripada pertembungan tersebut?


I Penyerapan budaya
II Perkembangan ilmu
III Penyatuan kerajaan
IV Pembahagian taraf sosial
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

13. Tokoh-tokoh berikut mempunyai suatu persamaan.

John Crawford
Snouck Hurgronje
Emanuel Gadinho Eredia

Antara berikut,yang manakah boleh dikaitkan dengan tokoh tersebut?

A Mengembangkan falsafah Arab


B Memperkenalkan ilmu astronomi
C Mengemukakan teori kedatangan Islam
D Memperkenalkan sistem pentadbiran Barat

14.Istilah berikut sering disebut pada abad ke 15 dan abad ke 16


Dayah
Pesantren

Apakah peranannya?

A Tempat beristirahat
B Pusat membeli-belah
C Pusat pentadbiran Islam
D Tempat belajar agama Islam

15.Setelah kedatangan Islam, sultan dianggap sebagai Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh.
Konsep tersebut digunakan bertujuan untuk mengesahkan

A Kewujudan institusi raja


B Kedudukan raja berlandaskan Islam
C Kedaulatan raja berasaskan Islam
D Kewibawaan raja berlandaskan Islam

16. Apakah fungsi utama penggunaan mata wang dalam kegiatan perdagangan di Tanah Melayu?

A Menarik pedagang asing


B Menggantikan sistem barter
C Meningkatkan sumber pendapatan
D Memudahkan urusan perdagangan

17. Zaman Renaissance melahirkan manusia Renaissance yang menggunakan sepenuh keupayaan
minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari
daripada zaman tersebut?

A Pentingnya perubahan
B Perlu bersikap sederhana
C Mesti mengutamakan ajaran agama
D Harus mempunyai semangat inkuiri

18.Antara berikut,faktor manakah yang menyebabkan negara-negara di Timur menjadi sasaran kuasa
Eropah pada abad ke-16?

A Kekayaan sumber alam


B Pemasaran hasil keluaran
C Pembekalan tenaga buruh
D Permintaan masyarakat tempatan

19.Senarai berikut boleh dikaitkan dengan suatu sistem.

X
Kangkar
Surat sungai
Lada hitam dan gambir

Apakah sistem X?
A Sistem Kredit
B Sistem Kangcu
C Sistem Kontrak
D Sistem Kangani
20.Apakah kesan kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu?

I Pengasingan budaya dan sosial


II Perbezaan pendidikan dan pekerjaan
III Pertambahan keperlun bahan mentah
IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

21.Apakah kuasa Barat yang mula-mula terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara?

A Britain C Perancis
B Belanda D Portugal

22.Mengapakah imperialis Barat mengubah sistem politik di tanah jajahan mereka?

A Memodenkan pentadbiran di tanah jajahan


B Mempercekapkan sistem pentadbiran tradisional
C Memudahkan eksploitasi ekonomi di tanah jajahan
D Menyesuaikan sistem politik tempatan dengan sistem politik Barat

23. Anak golongan priyayi diberi pendidikan istimewa dan diasingkan daripada anak orang
kebanyakan.Mengapakah penjajah Belanda memperkenalkan dasar pendidikan tersebut?

A Memecahkan perpaduan rakyat


B Melahirkan golongan pertengahan
C Meningkatkan taraf golongan priyayi
D Mengelakkan perasaan tidak puas hati

24.Mengapakah laporan berikut menimbulkan kemarahan rakyat Burma terhadap penjajah British?

Laporan Montagu-Chelsford

A Menghapuskan sistem beraja


B Memperkenalkan sistem birokrasi Barat
C Mengharamkan pertubuhan nasionalisme
D Menyatakan rakyat Burma belum bersedia untuk merdeka

25.Andaikan anda pengikut Dato Maharaja Lela. Apakah yang akan anda lakukan untuk
membuktikan kesetiaan anda kepada pemimpin?

A Membayar cukai
B Membantu mengutip cukai
CMemberi sepenuhnya hasil tanaman
D Menawarkan kerjasama menentang British

26. Senarai berikut berkaitan peraturan tanah yang diperkenalkan oleh British di Terengganu.

Tanah dikenakan cukai


Tanah yang hendak dibuka harus
mendapat izin British.

Mengapakah penduduk tempatan menentang peraturan tersebut?

A Sukar difahami
B Kehilangan tanah
C Bertentangan dengan amalan tradisi
D Tidak secekap sistem pentadbiran tradisional
27. Mengapakah kegiatan berpersatuan tidak tersebar di kawasan pedalaman Sabah?
A Masalah perhubungan
B Jumlah penduduk tidak ramai
C Terdapat sekatan undang-undang
D Tidak mendapat sokongan penduduk

28.Apakah kepentingan kongres Melayu berikut?

Tahun Peristiwa
1939 dan Kongres Melayu
1940 diadakan

A Membuktikan kesepakatan orang Melayu


B Mendorong penubuhan Kesatuan Melayu Muda
C Mendapatkan sokongan kerajaan British
D Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British

29.Dalam kerajaan Melayu tradisional,pengaruh kekuasaan seseorang raja ditentukan oleh

A Kesetiaan rakyat
B Kegiatan ekonomi
C Konsep ketuhanan
D Kekayaan hasil bumi

30. Apakah kepentingan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895?

I Mengukuhkan kedudukan raja


II Memantapkan sistem pentadbiran
III Menyekat British menguasai Johor
IV Menghapuskan sistem pemerintahan beraja
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

31Maklumat berikut berkaitan dengan Negeri Sembilan.

Negeri Melayu yang pertama


membentuk Persekutuan

Bagaimanakah Persekutuan Negeri Sembilan dibentuk?

A Melantik Yang Dipertuan Besar


B Menggabungkan sembilan buah negeri
C Memerintah berdasarkan Adat Temenggung
D Melantik pemimpin secara demokrasi

32.Apakah tindakan Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu bagi
menandatangani perjanjian Malayan Union?

A Mengadakan rundingan
B Mengugut diturunkan takhta
C Menawarkan ganjaran lumayan
D Menghapuskan hak istimewa orang Melayu
33.Apakah tujuan kehadiran ahli ke Parlimen British berikut ke Tanah Melayu pada tahun 1946?

L.D Gammans
David Reese Williams

A Menggubal perlembagaan baru


B Meninjau reaksi penduduk tempatan
C Mengisytiharkan pembentukan Malayan Union
D Mengadakan rundingan Raja-raja Melayu

34.Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada kerajaan British pada
tahun 1946?

A Desakan British
B Kekurangan modal
C Kekacauan dalam negeri
D Faktor usia dan masalah kesihatan

35. Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat berkembang di Negeri-Negeri Melayu?

A Tidak mendapat sambutan


B Tiada pemimpin berwibawa
C Ditentang oleh golongan radikal
D Terdapat sekatan undang-undang

36 Apakah kepentingan alat kebesaran diraja bagi Kesultanan Melayu Melaka?

A Kedaulatan raja
B Kedudukan raja
C Kehebatan pemerintah
D Kekuasaan mutlak raja

37 Apakah bukti yang menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur
demokrasi?

A Pelantikan melalui pilihanraya


B Pelantikan mengikut peringkat
C Pelantikan melalui pencalonan rakyat
D Pelantikan berdasarkan keputusan mesyuarat

38 Apakah faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?

I Sokongan kakitangan kerajaan


II UMNO menuntut kemerdekaan
III Sokongan bekas pegawai British
IV Sikap politik Melayu yang sederhana

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
39 Apakah peranan sistem pengangkutan dan perhubungan dalam perkembangan gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara?

I. Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis.


II. Mempercepatkan penghantaran akhbar yang menyiarkan idea perjuangan
III. Pertemuan pemimpin dapat dijalankan di merata tempat.
IV. Pemimpin mudah bertemu untuk membincangkan idea nasionalisme.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

40. Negara-negara di Asia Tenggara merasakan mereka mampu mengalahkan kuasa Barat.
Perasaan ini muncul kesan daripada

A. kemampuan Thailand mengekalkan kemerdekaannya.


B. kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia
C. lahirnya golongan yang berpendidikan Barat.
D. penentangan terhadap British di India.
Skema Jawapan

1 B 11 B 21 D 31 B
2 C 12 A 22 C 32 B
3 C 13 C 23 A 33 B
4 B 14 D 24 D 34 D
5 B 15 D 25 D 35 B
6 D 16 D 26 C 36 A
7 D 17 D 27 A 37 B
8 B 18 A 28 A 38 C
9 A 19 B 29 A 39 A
10 C 20 A 30 C 40 D

You might also like