You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM

SJK(T) LADANG BIKAM BIL. 1/2015

Tarikh :26 Disember 2014


Masa :10.30 pagi
Tempat:Bilik Guru
Kehadiran:-

BIL. NAMA GURU TANDATANGAN

1. Pn. Annamary a/p Jayaraj (Guru Besar)


2. Pn. Poongkodi a/p Madahsamy (GK Pentadbiran)
3. Pn. Thilagam a/p Munirethanam (GK HEM)

4. En. Sashi Kumar a/l Dhanyan (GK KOKO)

5. Pn. Bathmaadevi a/p Singarajan

6. Pn. Shamala

7. Cik. Emily a/p Selvam

8. Cik. Thangarani a/p Munusamy

9. Cik. Mohana a/p Seeramalu

10. Cik. Eswari a/p Ramasamy

11. Cik. Sheamala Thavi a/p Sinnathamby

AGENDA 1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Memulakan mesyuarat dengan mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas
kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Kokurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2015.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah atas penyertaan dalam Kejohanan Balapan dan
Padang Bawah 12 Tahun peringkat MSSD Batang Padang, menganjurkan
perkhemahan perdana tahunan unit uniform, mengelolakan pertandingan ko-akademik
antara kelas dan mengelolakan pertandingan permainan antara kelas.
Tindakan : Makluman

1.3 Visi, Misi dan Objektif Kokurikulum


1.3.1 Visi Kokurikulum Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera

1.3.2 Misi Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui


pendekatan
yang inovatif.
1.3.3 Objektif
1.3.3.1 Meningkatkan pengurusan kokurikulum
1.3.3.2 Melahirkan lebih ramai atlet mewakili sekolah
diperingkat negeri dan kebangsaan.
1.3.3.3 Meningkatkan kecemerlangan murid dalam
pertandingan sukan diperingkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
1.3.3.4 Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sebagai satu
peluang kerjaya pada masa depan.
1.3.3.5 Mewujudkan semangat patriotism dan perpaduan kaum
dalam pelaksanaan aktiviti sukan.

Tindakan : Makluman
1.4 Dasar KPM
1.4.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB
( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 )
Semua murid wajib mengambil bahagian sekurang kurangnya salah satu
gerakerja Pasukan Badan Beruniform, satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta
satu kegiatan Sukan atau Permainan.

1.4.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh


itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB
[ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) ]
1.4.3 Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah :
a) Pasukan Badan Beruniform - 18 kali
b) Persatuan dan Kelab - 12 kali
c) Sukan dan Permainan - 12 kali

1.4.4 Kokurikulum Murid Tahun 4 akan menggunakan Sistem PenilaianPAJSK bagi


keperluan markah PBS UPSR
1.4.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru Penolong
Kanan Kokurikulum.
1.4.6 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum adalahWAJIB.
( Perkara 5.2 dalam SPI Bil.1/1985)
1.4.7
Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diperuntukkan adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib
mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(1993) yang berbunyi :
4.2 (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab dan
4.2 (i) seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah
Tindakan : Makluman
1.5 Perancangan 2015 Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum
1.5.1 Semua guru diminta merujuk buku panduan pengurusan kokurikulum untuk
mengetuahui bidang tugas berkaitan.
1.5.2 Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform,
kelab/persatuan dan permainan 1M1S.
Tindakan : Makluman
AGENDA 2.0 Pembentang dan Pengesahkan minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 4/2014

2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum SJKT Ladang Bikam Bil.4/2014


dibentangkan oleh Setiausaha untuk disahkan.

Pencadang: Pn. Poongkodi a/p Madahsamy


Penyokong: Pn. Bathmaadevi a/p Singarajan
Tindakan : Makluman
AGENDA 3.0 Perkara Berbangkit

3.1

2.2 Pengerusi memberitahu kepada semua guru yang terlibat bahawa mulai Tahun 2015
semua murid Tahap 2 yang menyertai aktiviti permainan,kelab/persatuan dan unit
beruniform sekolah akan didaftarkan mengikut dasar Kokurikulum.

3.2 Pengerusi memberitahu mengikut dasar KOKO setiap murid perlu didaftar keahlian
dan perkara ini akan dilaksanakan mulai tahun 2015.
3.3 Pengerusi memaklumkan penyelaras perkhemahan perdana bagi tahun 2015 adalah di
bawah unit beruniform Pengakap.

3.4 Pengerusi mencadangkan agar guru-guru penasihat membahagikan murid kepada


kumpulan kecil agar setiap guru dapat berperanan mengendalikan aktiviti
kokurikulum murid.

3.5 Pengerusi memberitahu semua guru penasihat agar membuat persediaan awal melatih
murid untuk pertandingan ko-akademik.

Tindakan : Semua guru penasihat unit

AGENDA 4.0 Dasar Pengurusan Kokurikulum

4.1 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR


4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali
dengan gelaran Guru Penasihat.
4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang
berikut :-
Persatuan
Beruniform
Sukan dan Permainan
4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-
aktiviti berikut :-
Menggubal perlembagaan
Melantik Jawatankuasa
Merekod Kehadiran Pelajar
Melaksanakan aktiviti harian
Membuat penilaian
Menyediakan laporan

4.2 DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR


4.2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap
satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-
1. Persatuan
2. Beruniform
3. Sukan dan Permainan
4.2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
4.2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

4.3 DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN


4.3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada hari Rabu (2.00
4.00ptg).
4.3.2 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-
Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir )
Ada program yang berlangsung di sekolah
Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum

4.4 DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH


4.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon
Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah
pasukan.
4.4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan
Program Sasaran, iaitu :-
1. 1M1S Badminton dan Olahraga
2. Ko-akademik Story telling, Bercerita Tahap 1 & 2,

4.4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang


tertinggi melalui :-
Latihan yang bersistematik
Kelengkapan yang sempurna
Pertandingan dalaman
Penyertaan yang aktif

4.5 DASAR 5 :PENGHARGAAN


4.5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang
mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum
berbentuk :-
Barangan atau Wang Tunai
Sijil Penghargaan Sekolah
4.5.2 Mewujudkan Anugerah Khas Atlet Harapan kepada pelajar yang cemerlang
pencapaian dalam sukan dan permainan.

4.6 STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM


4.6.1 Matlamat Startegik Pengurusan Kokurikulum
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang
ditekankan dalam Sistem Pendidikan kita yang murid-murid diwajibkan
melibatkan diri dalam ketiga-tiga bidang yang terdapat dalam pelaksanaan
aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat
berikut :-
a. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
b. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan
kemahiran serta memupuk semangat juang yang tinggi.
c. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan
yang berfaedah.
d. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai
jenis permainan.
e. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang
erat.
f. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi
kehidupan seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam
aktiviti-aktiviti berikut:-
Sukan dan rekreasi
Kegiatan Badan Sukarela
Program-program kemasyarakatan
g. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum di
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
h. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum di
peringkat zon, daerah dan negeri.

4.6 STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


4.6.1 Agihan Tugas Tenaga Pengajar
4.6.1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan
ketiga-tiga bidang kokurikulum berikut :-
Sukan dan Permainan
Bdan Beruniform
Persatuan / Kelab
4.6.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk
melaksanakan aktiviti.
4.6.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu
aktiviti melalui :-
Menyertai kursus-kursus
Penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan
4.7 PENYERTAAN MURID
4.7.1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang
kegiatan kokurikulum yang ditawarkan berikut :-
Bidang Sukan dan Permainan
Bidang Beruniform
Bidang Persatuan / Kelab

4.7.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti


permainan dan persatuan yang ditawarkan kepada mereka.
4.7.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan
ini kekal sehingga tamat persekolahan rendah.
4.7.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam
mana-mana aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.
4.7.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam
Rekod Pelaporan Murid.

4.8 Penjadualan Kegiatan


4.8.1 Kegiatan Kokurikulum unit Beruniform dan Persatuan/Kelab di sekolah ini
dijalankan setiap hari Rabu 2.00 -4.00 petang.

4.9 Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid


4.9.1 Murid Tahun Empat, Lima dan Enam (Tahap 2) ditawarkan aktiviti permainan
seperti berikut :-
Olahraga
Badminton
4.9.2 Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :-
Pengakap

4.10 Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah


4.10.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.
4.10.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan, latihan pasukan sekolah yang sistematik
perlu dirancang dan dilaksanakan.
4.10.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid
atau pasukan sekolah yang cemerlang.

4.11 Penganugerahan
4.11.1 Bagi menarik perhatian semua murid sistem penganugerahan kokurikulum
perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-
Olahragawan dan Olahragawati Sekolah

4.11.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan,


Perhimpunan Rasmi sekolah dan acara perhimpunan mengikut kesesuaian.

Tindakan : Makluman

AGENDA 5.0 Taklimat GK Kokurikulum - Agihan tugas dan perancangan program


tahun 2015
5.1 GK Kokurikulum En. D. Sashi Kumar menyatakan waktu pelaksanaan aktiviti
Kokurikulum masih tetap iaitu perjumpaan kelab/persatuan dan unit beruniform diadakan
selang seminggu setiap hari Rabu pada pukul 2.00 4.00 petang. Manakala permainan
1M1S diadakan setiap hari Rabu pada pukul 4.00 4.30 petang.
5.2 Penggunaan baju T-shirt sukan sekolah menggunakan warna yang sama tidak mengikut
rumah sukan. Ini bagi memudah urusan pembelian oleh murid-murid serta guru-guru.
Tindakan : Makluman

AGENDA 6.0 Hal-hal Lain


6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid perlu sekurang-kurangnya 90% dan
pada tahun 2014 kehadiran murid keseluruhan adalah hampir 100% dan berharap ia
dapat diteruskan.
6.2 Pengerusi mencadangkan agar unit beruniform mengadakan aktiviti atau pertandingan
seperti memasak untuk melatih murid.
6.3 Pengerusi memberitahu kertas kerja aktiviti untuk mengadakan sesuatu program harus
dirancang.
6.4 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat Agung kelab/persatuan, unit beruniform serta
permainan 1m1s yang akan bermula pada 14 Januari 2015 diperuntukkan satu jam setiap
unit.
Tindakan : Makluman
AGENDA 7.0 Penutup
7.1 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab melaksanakan
tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap pertandingan yang akan
diadakan.
Tindakan : Semua guru penasihat unit

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.......................................... ................................................
(Pn. Bathmaadevi a/p Singarajan) (En. Sashi Kumar a/l Dhanyan)
Setiausaha Kokurikulum GK Kokurikulum

Disahkan oleh:

..........................................
(Pn. Annamary a/p Jayaraj)
Guru Besar
SJKT Ldg Bikam

You might also like