You are on page 1of 1

Analisis Hasil Dapatan dari Data Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hasil daripada
pemerhatian menunjukkan bahawa hanya 70 % orang pelajar yang melibatkan diri
dalam aktiviti keusahawanan dan selebihnya lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti
persendirian. Ini adalah kerana pelajar kurang mendapat pendedahan dan maklumat
secara menyeluruh tentang konsep asas perniagaan yang dilaksanakan secara
praktikal. Selain daripada itu, faktor perlaksanaan aktiviti keusahawanan yang di
jalankan di sekolah juga mempengaruhi penglibatan pelajar. Pemerhatian pengkaji
mendapati aktiviti yang dijalankan kurang menarik minat pelajar untuk melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut. Menurut pelajar , tiada variasi dalam perlaksanaan aktiviti
tahunan bagi kelab itu. Oleh itu pelajar mudah merasa bosan serta kurang tertarik untuk
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

You might also like