You are on page 1of 5

Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana
untuk bersedia untuk belajar. Berikut adalah cara-caranya.

1. Mengatur Masa

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan
baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut
kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh
memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.

Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda
sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun
sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar
anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.

Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya
anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan
ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran
terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan
anda meningkat.

Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji
pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut.
Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9
jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).

Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6
jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).

Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah


cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu
menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri

Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu
anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada
sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada bahagian yang
anda kurang.

Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu
peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.
3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang
mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar
kepada prestasi pembelajaran anda.

Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan
anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak
tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!

Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi
mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi
ingatakan dan daya pemikiran.

Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda boleh
mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit) sebelum
mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan daripada
tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda.

Setelah bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran. Pengambilan
kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.

4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan

Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa,
anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan
anda semasa belajar.

Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji.
Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih
dahulu sebelum anda mengulang kaji.

Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada
komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah petang dan
kemudian belajar pada sebelah malam.

5. Elakkan Gangguan Teknologi

Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan satu
gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya, kerana semuanya memberikan anda
kebebasan untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menonton video-video kucing yang lucu
tanpa henti.

Jujurlah, kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti Facebook,
Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Anda boleh block ataupun
menghalang komputer anda daripada mengakses laman-laman sesawang tersebut untuk
seketika.

Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah selesai, anda boleh
menyambung bersosial tiada masalah.

Jika tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga ataupun rakan
untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit) seketika anda mentelaah
pelajaran.

loading...

Bahagian 2: Persediaan Tempat Belajar

Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran amatlah penting kerana ia
boleh meningkatkan daya tumpuan pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Dapatkan Tempat Yang Sesuai Untuk Belajar

Anda yang ingin belajar, oleh itu anda perlu pandai memilih tempat belajar yang sesuai
dengan kehendak anda. Anda seharusnya selesa semasa belajar, itu sangat penting untuk
mengelakkan anda daripada merasakan belajar itu membebankan.

Jika kerusi di perpustakaan tidak memberikan keselesaan, anda perlu berubah kepada tempat
yang lebih selesa. Selain tempat pembelajaran, pakaian anda juga memainkan peranan. Cuba
pakai pakaian yang anda rasa boleh memberikan keselesaan kepada anda. Pakaian tersebut
mungkin boleh jadi yang tidak terlalu panas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu menonjol
(untuk mengelak daripada mendapat perhatian orang awam).

Pada masa yang sama, elakkan belajar di tempat yang terlalu bising ataupun boleh
mengganggu perhatian anda. Namun, jangan terlalu sunyi ataupun selesa sehingga anda boleh
tertidur. Contohnya belajar di atas katil saya tahu, para pembaca pernah belajar di atas
katil kemudian tertidur, dan menyesal pada keesokan harinya

Belajar di meja adalah tempat yang paling sesuai dengan postur tempat duduk yang optimum.
Tidak terlalu rendah mahupun terlalu tinggi. Pastikan meja/tempat duduk anda itu anda
gunakan semata-mata untuk belajar, bukannya untuk melayan filem di komputer.

Jika itu kesnya, ia boleh mengingatkan anda akan rasa untuk menonton filem semasa anda
berada di meja tersebut kerana anda sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.

2. Pilih Muzik Yang Sesuai

Sesetengah pelajar lebih menyukai keadaan yang sunyi untuk belajar, dan sesetengah lain
pula lebih menyukai melayan lagu semasa belajar. Mana-mana pun tidak mengapa, asalkan ia
memberikan kesan yang positif kepada prestasi anda dalam pembelajaran.

Mendengar lagu ataupun musik boleh membantu anda untuk tenang, melegakan emosi dan
memberikan anda motivasi kepada anda. Jika anda selesa dengan musik, anda digalakkan
untuk mendengar lagu instrumental. Jika tidak berminat, anda boleh juga mendengar mana-
mana lagu dari artis kegemaran anda, asalkan ia tidak memberi
gangguan kepada anda.

Elakkan daripada mendengar radio kerana perbualan DJ boleh memberikan gangguan kepada
anda. Tidak percaya cubalah!

Anda boleh membuat playlist lagu-lagu yang anda gemari di dalam mp3 player ataupun
dalam telefon pintar anda. Kemudian shuffle sepanjang anda belajar.

Contoh muzik instrumental yang sesuai untuk belajar:

3. Dengar Lagu Latar

Lagu latar ataupun senang dikenali sebagai background music juga boleh membantu anda
dalam pembelajaran. Ini merujuk kepda bunyi-bunyi alam semula jadi seperti bunyi air
terjun, hujan ataupun hutan boleh membuatkan anda lebih fokus, pada masa yang sama tidak
terlalu bising sehingga mengganggu.

4. Tutup Televisyen (TV)

Belajar sambil menonton TV = 0% Belajar 100% Menonton TV

Ramai pelajar yang suka mengamalkan belajar sambil menonton TV, tapi percayalah ia
merupakan satu idea yang tidak tepat, walaupun ramai yang menyatakan mereka boleh fokus
lebih.

Faktor visual oleh TV secara tidak langsung boleh mengalihkan perhatian anda dari buku ke
kaca TV. Pada masa yang sama, percakapan/perbualan drama dalam TV boleh meransang
otak anda.

5. Makan Dengan Hemah

Makan makanan yang sihat dan berkhasiat semasa anda sedang belajar. Elakkan makanan
seperti jajan dan gula-gula yang mengandungi banyak gula dan lemak.

Pilihlah makanan yang boleh membekalkan tenaga seperti buah-buahan ataupun kacang. Jika
anda inginkan manisan, makanlah coklat hitam (dark chocolate). Minum air masak yang
mencukupi, dan teh jika anda mahukan kafein.

Anda digalakkan untuk mengambil makanan sebelum belajar, untuk membekalkan badan
anda dengan nutrisi yang cukup dan untuk elakkan badan daripada lapar semasa belajar di
dalam kelas.

Sila ke muka surat seterusnya.

You might also like