You are on page 1of 3

SJKT LADANG SUNGAI RAYA

MINIT MESYUARAT GURU 2013

TARIKH : 26 Februarii 2013

TEMPAT : PSS, Ldg. Sg. Raya

MASA : 1.30 tgh

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Memulakan majlis dengan mengucapkan salam dan mengalukan kehadiran


semua guru. Bersyukur kerana mesyuarat dapat berjalan sebagaimana
dirancangkan.

Makluman : Semua guru

1.2 Mulai hari ini beliau akan masuk ke mana-mana kelas sahaja untuk menyemak
buku murid-murid. Selain itu, para guru disarankan juga supaya mengajar
sambil berdiri bagi menampakkan kesungguhan seorang guru untuk mengajar
murid-muridnya. Selain daripada itu, beliau juga menyarankan semua guru tidak
membawa masuk handphone ke dalam kelas bagi menghindari gangguan
semasa mengajar.

Makluman dan tindakan : Semua guru

1.3 Beliau juga menggesa supaya para guru masuk ke kelas tepat waktunya, dan
mengajar dengan bersungguh-sungguh . Beliau juga memberi ruang kepada
guru untuk berfikir sekiranya anak masing-masing berada di dalam kelas di
mana seorang guru yang berada di dalamnya tiada kesungguhan untuk mendidik
anak-anak didik ke arah kejayaan.

Makluman:Semua guru

1.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru yang sudi mengadakan kelas
tambahaa kepada murid tahun 6.
2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Mengucapkan terima kasih kepada para guru yang hadir.

2.1 Beliau seterusnya memperkatakan mengenai cuti sila maklumkan lebih awal bagi
memudahkan proses jadual ganti. Selewat-lewatnya pada pukul 7.30 pagi.

Makluman dan tindakan :semua guru

2.2 Beliau juga menerangkan mengenai perlaksanakan Program PKB. Beliau


berharap guru-guru sentiasa bersedia dengan pemantauan bilik darjah,
pencerapan PdP, pemantauan murid dan juga penulisan buku rekod mengajar.

2.3 Sekali lagi beliau mengharapkan agar semua guru dapat menghadirikan diri di
waktu perhimpunan pagi kerana waktu itu dikira dalam jumlah waktu mengajar
seorang guru.

Tindakan:Semua guru

3.0 UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

3.1 Beliau memaklumkan guru bertugas perlu beri perhatian kepada RMT. Harga
makanan yang dihidangkan harus setimpal dengan harga peruntukkan iaitu
RM 2.50.

3.2 Beliau juga menjelaskan mengenai keselamatan bagi murid-murid pada waktu
rehat dan semasa Pendidikan Jasmani.

Makluman:Semua guru

3.3 Beliau juga membandingkan mengenai peratus kehadiran murid ke sekolah


untuk 3 bulan dimana peratus kehadiran belum mencapai kehendak PPD
Langkawi. Oleh itu, beliau menyeru semua gurumengambil tindakan yang
sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

Makluman :Semua guru

4.0 UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


Terima kasih kepada semua guru di atas kehadiran ke mesyuarat kali ini.

4.2 Beliau juga memaklumkan mengenai Dasar 1M1S yang perlu diberi perhatian
oleh semua guru. Semua guru yang terlibat dengan aktiviti 1M1S harus
menjalankan latihan seperti yang dijadualkan.

Makluman:Semua guru

4.3 Beliau juga meminta agar guru-guru Pendidikan Jasmani agar mencatatkan
peralatan yang digunakan ke dalam buku stok yang disediakan.

Tindakan: Guru berkenaan

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru- guru berbincang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau
Payar.

5.1 Kebajikan murid harus diambil kira oleh setiap guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh.

...............................
M. JAYARANI
Setiausaha
Mesyuarat Guru.

You might also like