You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

KALI PERTAMA SESI 2017

Tarikh : 2 Februari 2017


Hari : Khamis
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Temenggong, Padawan
Masa : 12.30 petang
Pencatat minit : Encik Arabi Bin Hj. Hamzah

Kehadiran:

1. Puan Hasanah Daud


3. Puan Dewi Binti Bujang
4. Puan Azelina Binti Seta
5. Encik Hamzah Bin Buang
6. Encik Arabi Bin Hamzah
7. Encik Jarin Anak Ligum
8. Puan Habsah Bt Ariffin
9. Puan Sh. Syameem Binti Syed Saffi (Guru Pemulihan)

Tidak Hadir :

1 Puan Zaleha Binti Wahap (Bersebab)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Melayu termasuk


guru pemulihan ke mesyuarat panitia kali pertama. Beliau berharap semoga
kerjasama yang sedia ada dapat ditingkatkan lagi untuk kejayaan dan
peningkatan akademik terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

Dicadang : Puan Habsah Binti Ariffin


Disokong oleh : Puan Dewi Binti Haji Bujang

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada
4.0 Hal Berkaitan Pengurusan Panitia

4.1 Perlantikan AJK Panitia Bahasa Melayu Sesi 2017

Penaung : Guru Besar


Penasihat : Penolong Kanan 1
Ketua Panitia : Puan Hasanah Daud
Setiausaha : Encik Arabi Bin Hj. Hamzah
Bendahari : Encik Hamzah Bin Buang
Ahli : Semua guru Bahasa Melayu
Guru Pemulihan
Pra Sekolah
PPKI

4.2 Penetapan Format Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

4.2.1 Ketua Panitia menyatakan format rancangan tahunan dan harian perlu
merujuk kepada DSKP.

4.2.2 Format penulisan dalam buku persediaan mengajar juga perlu


diselaraskan (Rujuk Lampiran).

4.2.3 Objektif PdP- Pencapaian atau tingkah laku yang boleh dilihat atau
diukur di dalam kelas. Untuk Tahun 1 ada objektif TMK diintegrasikan
mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar. Begitu juga dengan
objektif LINUS. Kerja rumah atau latihan yang disiapkan di rumah
tidak dianggap mencapai objektif PdP.

4.2.4 Dalam aktiviti PdP perlu ada ciri-ciri PAK 21 (Peta I-ithink/Peta
Pengurusan Grafik, Penyoalan KBAT, Kaedah Pembelajaran
Koperatif).

4.2.5 Cara Menulis Refleksi (Rujuk Lampiran). Refleksi tidak boleh ditaip,
perlu ditulis tangan selepas aktiviti PdP dijalankan. Boleh juga melekat
sticker pada ruangan refleksi. Lembaran kerja pengayaan dan
pemulihan juga perlu disediakan mengikut aras pencapaian kelas
masing-masing.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

4.3 Program LINUS

4.3.1 Jadual Pra Saringan Bertulis


Perkara Tempoh
Ujian Bertulis 1 hingga 3 Februari 2017
Penyemakan instrument 4 9 Februari 2017
Penghantaran data ke PPD 10 Februari 2017
4.3.2 Kumpulan Murid Yang Terlibat
Kelas Kumpulan Murid
Tahun 1 Semua murid
Tahun 2 Hanya murid yang belum menguasai
Tahun 3 Hanya murid yang belum menguasai

Tindakan : Penyelaras, KP, Guru Tahap 1

4.4 Perancangan Aktiviti Tahunan Takwin Panitia

4.4.1 Antara aktiviti tahunan yang dirancang.

1. Mesyuarat panitia
2. Kelas bimbingan - Februari hingga September
3. Sudut Bahasa Melayu dalam kelas dan Sudut Panitia
4. Gerak Gempur UPSR
5. Minggu Bahasa Melayu 17.4.2017 21.4.2017
7 Ujian Saringan Linus
8. Program Membaca Oktober

Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

4.5 PLC Kitaran 1

4.5.1 Ketua Panitia menyatakan PLC akan dijalankan mengikut


jadua. Bagi kitaran 1 akan dijalankan Lesson Study.
Perbincangan RPH, BBM dan barulah pengajaran bersama
pasangan yang telah ditetapkan.

4.6 Penyediaan Kertas Ujian

Tahun UJian Ujian Ujian


Bulan Mac Pertengahan Bulan
Bulan Mei Oktobe
r

Tahun 1 Puan Dewi dan Puan Habsah


Tahun 2 Puan Dewi dan Puan Habsah
Tahun 3 Puan Zaleha dan Encik Jarin
Tahun 4 Encik Arabi dan Encik Hamzah
Tahun 5 Puan Hasanah Daud dan Puan Azelina
Tahun 6 Puan Hasanah dan Encik Hamzah Bin Buang

4.6.1 Setiap kali ujian, satu set soalan perlu diserahkan kepada Ketua
Panitia untuk disimpan dalam Bank Soalan.

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Ujian Diagnostik Tahun 6 akan dijalankan selepas cuti Tahun Baru Cina.

5.2 Kelas Intervensi Tahun 6 akan melibatkan ahli panitia selain guru mata
pelajaran bahasa Melayu Tahun 6.

5.3 Ketua Panitia menyatakan PCB panitia perlu dibelanjakan dan ahli panitia
boleh menyenaraikan keperluan untuk tujuan PdP.

5.4 Penyemakan buku perlulah menggunakan pin merah dan buku latihan perlulah
disemak dan direkodkan penghantaran murid.

5.6 Program NILAM dan PJKR perlu dijalankan seperti biasa.

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Ketua Panitia mengucapkan sekali lagi terima kasih atas kehadiran semua
guru.

Mesyuarat ditangguh jam 1.30 petang.

Dicatat oleh,


(ENCIK ARABI BIN HAMZAH)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

Disemak oleh,

..
(HASANAH DAUD)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

..
ENCIK MAZLAN BIN HAJI MOHD.HANIS)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Temenggong

You might also like