You are on page 1of 4

LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

KALI KE 13
SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)

TARIKH : 08 APRIL 2017


TEMPAT : DEWAN MUNSYI SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)
OBJEKTIF : i. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam akademik
ii. Meningkatkan semangat bersaing dalam kalangan murid menerusi
peningkatan akademik.
iii. Meningkatkan prestasi akademik murid dari semasa ke semasa.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016 telah berlangsung dengan jayanya
mengikut ketetapan tarikh yang telah dirancang iaitu pada tanggal 8 April 2017 bertempat di
Dewan Munsyi SMK BPJ(A).
Majlis ini merupakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan kali ke 13. Majlis ini dianjurkan
sebagai menghargai kejayaan murid dan guru yang telah berjaya menunjukkan prestasi
cemerlang bidang akademik sepanjang tahun 2016. Majlis ini juga merupakan hari
penganugerahan kecemerlangan akademik murid cemerlang PT3 dan SPM 2016.
Majlis telah berlangsung dengan sempurna dan mengikut perancangan yang telah dipantau
selia oleh barisan Pentadbir yakni Tuan Haji Johan bin Haji Omar selaku Pengetua, Penolong
Kanan Pentadbiran Puan Sharipah Noor binti Abas, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan
Hajah Jalilah binti Hassan dan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hajah Hapizah binti
Abdullah. Semua barisan GKMP bertindak sebagai penyelaras jawatankuasa pelaksana
majlis. Puan Najah binti Yusof (Setiausaha Kurikulum) bertindak sebagai Setiausaha
Jawatankuasa kali ke-3 telah berusaha bersungguh-sungguh merancang dan memastikan
perlaksanaan majlis berjalan lancar dengan kekuatan barisan ahli jawatankuasa guru-guru
SMK BPJ(A) yang berdedikasi.
Dokumentasi ini mengepilkan semua dokumen-dokumen berkenaan yang berkaitan sebagai
bukti komitmen seluruh warga SMK BPJ(A) dalam usaha kami menghargai semua kejayaan
warga SMK BPJ(A) terutamanya murid-murid yang dikasihi. Dokumentasi ini juga bertujuan
untuk merakamkan perancangan dan usaha yang telah dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan. Ia dirangkumkan dengan mengumpul laporan
kekuatan dan kekangan setiap jawatankuasa pelaksana sebagai rujukan. Semua dokumen
bertulis dan bergambar turut disertakan. Ia diharapkan menjadi panduan dan bimbingan untuk
majlis Hari Anugerah Kecemerlangan bagi tahun berikutnya.
KEKUATAN :
BI PERKARA JAWATANKUASA
L
1 Semua berjalan dengan lancar. Penyambut VIP & Tetamu
2 Pemilihan penerima telah dikenalpasti dan diserah kepada Pemilih Penerima Anugerah
AJK Penyediaan Sijil sebelum 10/03/2017.
3 Banner disiapkan dan disediakan dalam masa yang Banner
ditetapkan.
4 Semua jawatankuasa memberi kerjasama yang baik. Pendaftaran
5 Borang senarai nama telah disediakan oleh setiausaha Jemputan
kurikulum memudahkan proses mengenalpasti murid,
penerima anugerah dan senarai kehadiran ibu bapa.
6 Buku program dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Buku Program
7 Persiapan pentas lancar dengan bantuan 5 orang pengawas. Latar Pentas ( Backdrop,
Persiapan Pentas & hadapan
Pentas
8 Sokongan daripada Setiausaha Kurikulum, perjalanan Juru acara
majlis diterangkan dengan jelas.
9 Senarai penerima hadiah diberi awal oleh Setiausaha. Pengurus Penerima
Murid telah dimaklumkan awal untuk menerima hadiah Anugerah
oleh AJK Jemputan.
AJK memberi kerjasama baik dan majlis berjalan lancar.
10 Semua ahli bekerjasama dengn baik. Penyampaian Hadiah
11 Kerjasama antara ahli yang baik. Penyediaan Sijil, Hadiah &
Baucer
12 Penunjuk arah Tandas dapat disiapkan dan dilekatkan di Kebersihan
tempat yang strategik.
Kebersihan tandas dan keadaan persekitaran juga diselia.
Pekerja kebersihan memberi kerjasama yang bagus.
13 Pengawas bersedia untuk berkhidmat. Disiplin & Pengawas
Pengawas diberi markah merit.
Murid penerima anugerah adalah murid yang baik dan
berdisiplin.
14 Doa disediakan sebelum majlis. Bacaan Doa
Bacaan doa dibaca semasa majlis.
15 Anggota & kelengkapan mencukupi. Siaraya & PA Sistem
16 AJK ramai memudahkan kerja persiapan tempat. Persediaan Tempat
17 Kerjasama D Ace sangat baik dan gambar yang diperlukan Fotografi & Dokumentasi
telah diserahkan awal.
Temubual penerima anugerah terbaik dilakukan awal.
Semua ahli bekerjasama baik mengumpul dan menjilidkan
dokumentasi.
18 Mendapat kerjasama daripada semua pihak. Teks Ucapan
19 Murid yang membuat persembahan komited dan memberi Persembahan
persembahan yang baik.
20 Semua berjalan lancar dan tiada isu. Kawalan Trafik
21 Sokongan pihak pentadbir. Sumbangan
22 Makanan mencukupi dan dapat disediakan pada masa yang Jamuan
ditetapkan.

KEKANGAN :
BI PERKARA JAWATANKUASA
L
1 Tiada kekangan. Penyambut VIP & Tetamu
2 Keputusan SPM 2016 diumum pada 16/03/2017 (Khamis), Pemilih Penerima Anugerah
pemilihan bagi anugerah tertentu dilewatkan dan hantar
pada 27/03/2017.
Keputusan pemilihan tokoh murid hantar pada 04/04/2017.
Cadangan mengatasi : Keputusan pemilihan dibuat awal
3 Tiada kekangan. Banner
4 Tiada kekangan. Pendaftaran
5 Murid lambat menghantar slip kehadiran. Jemputan
Guru perlu mencari murid.
Cadangan mengatasi : Slip kehadiran hendaklah dihantar
awal.
6 Maklumat / isi kandungan yang berubah-ubah. Buku Program
Cadangan mengatasi : Ketetapan isi kandungan.
7 AJK persiapan pentas 2017 tiada pengalaman menguruskan Latar Pentas ( Backdrop,
pentas. Persiapan Pentas & hadapan
Persiapan pentas disiapkan dalam masa yang lama (8.00- Pentas
3.00 ptg)
Persiapan tempat VIP dan meja MC sepatutnya diberi
kepada AJK perisapan pentas.
Cadangan mengatasi : Ketua diberi kepada yang
berpengalaman.
Persiapan tempat VIP & meja MC tidak dicampur aduk
dengan pentas.
8 Banyak perubahan kelangsungan majlis. Juru acara
Pemilihan persembahan perlu dibuat sebelum raptai.
9 Bahagian penerima hadiah (guru) agak kelam kabut kerana Pengurus Penerima
senarai penerima ditambah pada saat akhir. Anugerah
Cadangan mengatasi : Senarai penerima guru perlu
dibincang/diputuskan sebelum hari anugerah/semasa raptai.
10 Tiada kekangan. Penyampaian Hadiah
11 Pembekal menghantar plak agak lewat. Penyediaan Sijil, Hadiah &
Cadangan mengatasi : plak diperoleh awal. Baucer
12 Cadangan mengatasi : penunjuk arah tandas dibuat kekal Kebersihan
supaya tidak perlu selalu dibuat tiap kali ada majlis.
13 Tiada guru semasa proses mengemas membantu pengawas Disiplin & Pengawas
walaupun bilangan guru ramai bagi AJK Persiapan tempat.
Seramai 30 orang pengawas membantu.
Cadangan mengatasi : Guru AJK terlibat patut berada
bersama selia sehingga selesai urusan berkenaan.
14 Tiada kekangan. Bacaan Doa
15 Cadangan mengatasi : kelengkapan perlu dikekalkan di Siaraya & PA Sistem
dinding Dewan Munsyi.
16 Senarai nama murid tidak diambil. Persediaan Tempat
Bilangan pengawas membantu sedikit.
Cadangan mengatasi : pembahagian tugas murid perlu
dibuat awal.
17 Pihak yang mengadakan temuramah dengan murid Fotografi & Dokumentasi
cemerlang tidak diketahui.
Cadangan mengatasi: Maklumat semua pihak bertugas
dimaklumkan awal.
18 Tiada kekangan. Teks Ucapan
19 Pertambahan persembahan di saat-saat akhir. Persembahan
Persembahan yang diinginkan tidak dimaklumkan awal.
Dalam tentatif hanya 4 persembahan tetapi penambahan
saat akhir menjadi 6 persembahan.
Cadangan mengatasi : Jenis persembahan perlu
dimaklumkan awal supaya murid bersedia awal.
20 Tiada kekangan. Kawalan Trafik
21 Pemberitahuan tentang majlis sebulan sebelum majlis. Sumbangan
Sumbangan sukar dapat.
Cadangan mengatasi : Permohonan sumbangan daripada
pihak swasta perlu memohon 2 bulan awal.
22 Tiada kekangan Jamuan

Disediakan oleh

..
(HAZIEMAH BINTI HARUN)

.
(SAMUNDEESVARY A/P VAJEERAM)

.
(NOOR ASMALINA BINTI MAZLAN)

You might also like