You are on page 1of 17

TAJUK PENYELIDIKAN :

MEMUPUK MINAT PELAJAR UNTUK MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

KUMPULAN PENYELIDIK:

1. BASYAI ALAWIAH BT.SEDIK L20092004178


2. FARIDAH BT. AMIR NOORDIN L20092004231
3. NORHAZLIN ABDULLAH@ABD RAZAK L20092004227
4. NURHANNAH BINTI ABDUL RASHID L20092004166
5. ROSNAH BT ABDULLAH L20092004161
6. SHAWATIR BT TAHA @ ISMAIL L20002004204
7. SITI FATIMAH BINTI MAT ISA L20092004199
8. WAN SUHAILA BT WAN DAUD L20092004158
9. ZAHARAH BINTI TAIP L20092004243
10. ZAMZUHAIDA YUSUP L20092004217

LOKASI KAJIAN:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMIN, JERANTUT, PAHANG.

1
1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan tidak putus-putus memberi pelbagai
bantuan untuk melahirkan usahawan yang seimbang di kalangan semua kaum di
Malaysia. Kerajaan ingin mewujudkan suatu keadaan di mana kemajuan ekonomi negara
dapat dinikmati oleh semua kaum. Tetapi selepas begitu banyak bantuan yang disediakan
dan berbagai-bagai dorongan, seminar, dialog, serta konvensyen untuk usahawan
Bumiputra telah diadakan, kelihatan pembentukan bilangan usahawan seperti yang
diharapkan belum tercapai (Abdul Razak 1998)

Pendedahan dalam dunia keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada golongan dewasa
malah di peringkat kanak-kanak sekolah lagi. Usaha Kementerian Pendidikan
memperkenalkan mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan adalah sesuatu yang
patut diberi perhatian yang lebih. (Halimah 1995). Ini adalah bertujuan bagi memupuk
minat dan menerap cirri-ciri keusahawanan bagi memenuhi hasrat melahirkan lebih ramai
usahawan. Penyataan ini selaras dengan pandangan Ashmore (1989) menyatakan bahawa
pendidikan usahawan ialah proses pembelajaran sepanjang hayat iaitu bermula dari
sekolah rendah dan berterusan hingga semua peringkat pendidikan.

Dalam uasaha membangunkan ekomoni, negara perlu melahirkan lebih ramai usahawan
yang berdaya saing, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan. Bagi
melahirkan usahawan, bidang pendidikan merupakan bidang yang penting kerana
bermula dari pendidika di sekolah, minat terhadap aktiviti perniagaan dapat di cetuskan
dan merangsang kepada usaha-usaha untuk menjadi usahawan.

1
Dalam kata lain bidang pendidikan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya.
Peter F. Drucker dalam penulisan menyatakan:

Apa yang kita dengar mengenai usahawan yang dikatakan oleh pemikir
pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada
kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari

Kenyataan beliau menegaskan bahawa keusahawanan boleh dipupuk dan dipelajari. Ini
jelas menunjukkan sistem pendidikan memainkan tanggungjawab utama dalam
melahirkan usahawan yang berdaya saing dengan menerapkan ciri-ciri serta nilai
usahawan ini terletak sepenuhnya pada guru yang mendidik serta mengajar.

Merujuk semula pada dasar wawasan 2020 yang ingin dicapai, negara memerlukan lebih
ramai usahawan yang mampu membangunkan negara.Ini jelas menunjukkan pendidikan
tentang keusahawan merupakan satu pendekatan yang dapat mencapai matlamat negara.
Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mathathir Mohamad semasa menerajui negara
memandang serius tentang masalah ini dan menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan
yang perlu dilakukan dalam kurikulum. Beliau menyatakan:

kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya


dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan
kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, bari
segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin,
dari segi motivasi mereka terhadap kecermerlangan dan terhadap dorongan
semangat keusahawanan
(Malaysia Melangkah Ke Hadapan, 2007)

Usaha untuk menerapkan ciri keusahawanan dalam pembelajaran kini tidak boleh
bergantung kepada silibus sahaja. Guru perlu memainkan peranan penting dalam
memdorong semangat usahawan sepertimana yang dinyatakan oleh bekas perdana
menteri kita. Guru perlu bijak mengatur dan menyusun strategi pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran di samping menerapkan cirri keusahawanan. Guru
perlu kretif dalam menarik minat pelajar terhadap aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

1
Terdapat kajian yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan
usahawan dengan kejayaan usahawan.(Ronstadt 1985). Terdapat juga hubungan yang
positif antara pendidikan keusahawanan dengan perkembangan ekonomi. Di Malaysia
bidang keusahawanan semakin rancak diperkembangkan dan bidang ini antara bidang
kerjaya yang diminati.

Program Usahawan Muda mula dilancarkan pada tahun 1990.Ia dikendalikan oleh
sepasukan pensyarah dari Universiti Pertanian Malaysia dengan kerjasama daripada
pasukan pengurusan di Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perusahaan
Awam. Ia bertujuan memupuk bakat keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menegah.
Program ini mengambil contoh perlaksanaan Junior Achievement Program di Amerika
Syarikat yang diperkenalkan kepada kanak-kanak remaja belasan tahun di sekolah-
sekolah di sana (Halimah 1997).

1
1.2 KEPERLUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap potensi diri pelajar dalam aktiviti perniagaan
dan keusahawanan. Kajian ini juga amat penting untuk merealisasikan matlamat pihak
kerajaan dalam usaha membudayakan bidang keusahawanan yang kini semakin menjadi
salah satu penyumbang besar kepada ekonomi Negara. Kajian ini juga adalah bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang kepentingan
bidang keusahawanan memandangkan bidang ini boleh menjadi satu pilihan kerjaya yang
mempunyai masa depan yang cerah selepas tamat persekolahan.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Perniagaan dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka.
Minat ke arah perniagaan ini dapat dilatih di dalam kelas lagi dengan adanya subjek
perdagangan. Hal ini kerana, para pelajar dapat mengasah minat serta mempelajari
tentang ilmu perniagaan. Guru-guru juga perlu mendedahkan potensi yang ada pada para
pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi yang bakal melibatkan diri dalam
perniagaan. Ini bagi menarik minat para pelajar menceburi perniagaan. Malah menurut
Ismail (2007), pelajar-pelajar sekolah perlulah dibentuk terlebih dahulu supaya dapat
menghasilkan pelajar-pelajar yang berpendidikan ilmu keusahawan.

Walau bagaimanapun, kini pelajar-pelajar kurang meminati mata pelajaran perdagangan


(Ismail, 2007). Hal ini kerana, mereka menganggap bahawa mata pelajaran perdagangan
adalah mata pelajaran elektif. Bagi mereka subjek ini tidak mencabar serta bosan untuk
mengikutinya kerana sesetengah berpendapat ianya tidak mempunyai masa depan yang
cerah. Persepsi pelajar tentang subjek perdagangan ini terlalu sempit. Berbanding dengan
subjek yang lain, mereka merasakan lebih mencabar dan mempunyai masa depan yang
cerah. Justeru, kajian ini adalah untuk memupuk minat pelajar dalam mata pelajaran
perdagangan dan memupuk minat mereka untuk menceburi bidang keusahawan setelah
tamat persekolahan.

1
1.4 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik membina persoalan spesifik yang ingin
dikaji untuk memupuk minat pelajar dalam bidang keusahawanan ini.

1. Bagaimanakah bidang keusahawanan ini dapat memupuk minat pelajar untuk


menceburinya?
2. Apakah yang dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang perniagaan
dan keusahawanan?
3. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat pelajar berniaga selepas tamat
persekolahan?
4. Apakah kemahiran yang diperlukan untuk pengendalian pengurusan perniagaan?

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan Umum

Memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.

Tujuan Khusus

1. Menarik minat pelajar dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan di sekolah.


2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan
aktiviti perniagaan.
3. Memberi kemahiran kepada pelajar dalam urusan pengendalian pengurusan
perniagaan.
4. Menggiatkan dan meningkatkan aktiviti perniagaan di sekolah.
5. Memupuk semangat berniaga selepas tamat persekolahan.

1.7 DEFINISI ISTILAH

1.7.1 Memupuk

1
Membawa maksud menjadikan atau menyebabkan sesuatu menjadi subur, maju,
berkembang dalan lain-lain.

1.7.2 Minat

Membawa maksud keinginan, kesukaan, kecenderungan kepada sesuatu. Manakala


menurut Crow dan Crow dalam Omar Azhar (2004), menyatakan minat adalah daya
penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau
kegiatan. Menurut Teuku Iskandar dalam Omar Azhar (2004), menyatakan minat adalah
keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu. Maksud pengkaji dalam kajian ini
ialah kecenderungan pelajar kepada keusahawanan.

1.7.3 Keusahawanan

Menurut Yep Puteh dalam Omar Azhar (2004) keusahawanan adalah satu bidang kegiatan
ekonomi yang mempunyai keindahan, kemegahan dan kemuliaan yang tersendiri.
Peluang untuk sesiapa juga maju melaluinya adalah tidak terhad. Secara ringkasnya,
keusahawanan adalah sebarang kerja atau usaha yang bercorak perniagaan

Keusahawanan dapat dikaitkan dengan aspek-aspek yang begitu luas seperti usaha
mencipta kejayaan melalui pengumpulan sumber-sumber sebelum memulakan sesebuah
perniagaan, keperluan untuk merancang serta mempunyai wawasan untuk memandu
perniagaan yang dicipta ke mercu kejayaan . Kenyataan ini menurut pandangan Zaidatol
Akmaliah, Lope Pihie dan Habibah Elias, dalam Omar Azhar (2004). Schumpeter (1934)
dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan sebagai syarikat yang
melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baru, sumber
baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan organisasi
berbentuk baru.
1.8 KAJIAN LITERATUR

1.8.1 Pengenalan Literatur

1
Kajian tindakan ini menjurus kepada tinjauan untuk memupuk minat keusahawanan di
kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini djalankan untuk melihat
secara terperinci dan menyeluruh terhadap persepsi serta pandangan pelajar tentang
subjek keusahawanan yang dipelajari di sekolah selain ingin meninjau sejauh mana
keberkesanan pendidikan keusahawanan itu sendiri ke arah mendorong dan memupuk
minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan apabila tamat persekolahan nanti.

Jika di lihat kepada kajian ilmiah dan penyelidikan yang telah dijalankan di Malaysia dan
juga dari luar negara, pendidikan keusahawanan kini telah menjadi salah satu isu yang
sering diberi perhatian oleh mana-mana penyelidik. Oleh itu, dalam kajian ini, kami telah
mengambil sebanyak 5 jurnal atau kajian ilmiah luar negara yang terdahulu di samping
10 jurnal dalam negara untuk dijadikan sebagai panduan serta rujukan kami.

1.8.2 Literatur Dalam Negara (Malaysia)

Menurut Ismail (2007), tanggapan naluri pelajar dalam bidang keusahawanan adalah
agak tinggi. Faktor ini memainkan peranan penting untuk memupuk minat pelajar dalam
bidang keusahawan. Terutamanya adalah untuk membentuk peribadi pelajar yang jitu,
menerapkan konsep perniagaan dalam teori dan amali berbentuk koperasi sekolah. Selain
itu, turut menyarankan pelajar berniaga sambilan di waktu cuti sekolah dan mencari
bahan-bahan terkini daripada media dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Idea menerapkan konsep perniagaan dalam teori dan amali berbentuk koperasi sekolah
dalam kajian Ismail (2007) seiring dengan kajian yang dilakukan oleh Mazlan (1997).
Mazlan (1997) mengatakan bahawa koperasi sekolah cenderung memupuk minat
keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah. Dapatan daripada kajian beliau
menunjukkan terdapatnya hubungan positif di antara koperasi sekolah dengan
pemupukan keusahawanan.

1
Manakala, menurut Sapiah (2008), beliau melihat tahap minat pelajar dalam bidang
keusahawanan ini berdasarkan kepada beberapa faktor. Pertama, adalah berdasarkan
minat pelajar tersebut terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, dorongan
ibu bapa,dan juga perkaitan dengan jantina iaitu samada lelaki atau perempuan lebih
minat kepada bidang keusahawan.

Aspek minat turut dibincangkan oleh Asri (2007) dalam kajiannya. Malah, beliau turut
mengkaji berkaitan dengan ciri-ciri sesorang pelajar tersebut untuk menjadi usahawan.
Selain itu, kajian beliau turut merankumi faktor-faktor yang dapat mendorong pelajar
Melayu agar dapat menguasai topik keusahawanan dalam mata pelajaran perdagangan.

Faktor kurikulum, peranan guru, suasana persekitaran, peranan keluarga,dan rakan sebaya
adalah perkara-perkara yang dapat menjadi penentu untuk menarik minat pelajar dalam
bidang keusahawanan ini (Omar Azhar, 2004). Faktor utama beliau adalah berasaskan
kepada minat pelajar tersebut terhadap bidang keusahawanan. Justeru, faktor kajian
utama beliau adalah seperti dengan faktor kajian yang telah dilakukan oleh Sapiah (2008)
dan Asri (2007).

Menurut Hariyaty (2006) peranan pentadbir sekolah iaitu pengetua adalah amat penting
dalam menentukan minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Pengetua perlu ada ciri-
ciri keusahawan dan gaya pemikiran keusahawanan agar dapat membentuk pelajar yang
berdisiplin, jauhi tekanan ibu bapa pelajar serta meningkatkan prestais akademik pelajar
di samping cabaran kerjaya pada masa hadapan yang kian mencabar. Justeru, untuk
menjadi seorang pengetua yang berkelayakan dalam segala bidang, pengetua perlu
mempunyai ciri-ciri seorang keusahawanan.

Ciri-ciri keusahawanan yang telah diketengahkan oleh Hariyaty (2006) ialah keyakinan
diri, membuat perancangan, berorientasikan maklumat dan dapat menyelesaikan masalah.
Dapatan kajian ini menyokong hasil rumusan kajian Sabri (2002) dalam Haryaty (2006)
yang menyatakan bahawa orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai

1
ciri-ciri unik yang kesemuanya hampir sama tanpa mengira sama ada usahawan atau
sebaliknya.

Dapatan daripada hasil kajian Awab (2007) menyatakan bahawa terdapat ramai pelajar
yang bekerja secara sambilan selepas waktu persekolahan. Keadaan ini menunjukkan
bahawa setiap pelajar mempunyai ciri seorang usahawan cuma kurang kesedaran. Faktor
pelajar bekerja sambilan ialah untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Hal ini kerana,
setelah tamat persekolahan mereka boleh membuka perniagaan sendiri serta dapat
menambah pendapatan.

Siti Hasmah (2008) mengatakan bahawa faktor untuk memupuk minat pelajar dalam
bidang keusahawanan adalah berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran ketika
berada di dalam kelas. Siti Hasmah (2008) melihat dari perspektif guru yang mana ianya
melibatkan empat faktor utama. Faktor tersebut terdiri daripada pengetahuan, minat,
sikap dan kurikulum.

Kajian yang dilakukan oleh Siti Hasmah (2008) adalah seiring dengan kajian Tamby
Subahan (1995), Reece dan Walker (1997) dan Norasmah (2001) yang mengatakan
bahawa faktor utama untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar ialah
strategi pengajaran yang digunakan oleh penceramah atau guru. Strategi ini akan dapat
membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara baru mengenai keusahawanan.

Justeru, Norasmah, Zaidatol, Akmaliah, Mohd Ibrahim dan Rohani (2003) telah
mengadakan Program Keusahawanan Remaja berasaskan kepada Model Kolb. Model
Kolb ialah kaedah yang digunakan untuk meninjau sama ada terdapat atau tidak
percanggahan antara kaedah pengajaran dengan tahap pemahaman pelajar terhadap
sesuatu perkara iaitu keusahawanan.

1.8.3 Literatur Luar Negara

Kajian telah dibuat oleh Christian Luthje & Nikolaus Franke (2002), di peringkat
universiti dengan penumpuan kepada pelajar peringkat sarjana muda dan peringkat

1
sarjana. Kajian yang dilakukan mengenai keberkesanan keusahawanan di peringkat
universiti melalui pendidikan dan latihan. Program keusahawan di universiti dilihat
mampu menjadi pendorong pelajar untuk meneroka pasaran perniagaan selepas tamat
belajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan medium penting untuk
mempengaruhi pelajar meminati bidang keusahawanan contohnya seperti, menggalakkan
aplikasi teori usahawan dalam menjawab soalan.

Manakala Kavin Berglund & Carina Holmgren (2006) pula telah menjalankan kajian
tentang perhubungan antara sistem pendidikan dengan keusahawanan. Pelajar yang
tidak mempunyai ciri-ciri keusahawan mestilah diberi pendedahan awal tentang ilmu
keusahawanan. Hasil kajian menunjukkan,pelajar perlu mempunyai kesedaran dan
inisiatif sendiri untuk menjadi seorang usahawan.

Satu lagi kajian dibuat terhadap literatur pendidikan keusahawanan, pendidikan enterprais
dan pendidikan bagi pengurusan perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan oleh Gorman
et al (1996). Literatur ini menunjukkan persetujuan ramai bahawa keusahawanan boleh
diajar dan kaedah pengajaran dilakukan adalah secara penglibatan bersama-sama. Ciri-
ciri keusahawanan pula dapat dipengaruhi secara positif melalui program terutama dalam
menimbulkan kesedaran terhadap kerjaya keusahawanan.

Collins et al. (2004) pula menjalankan kajian ke atas aspirasi keusahawanan pelajar baru
di tiga buah universiti. Mereka mendapati bahawa pengalaman pelajar dipengaruhi oleh
pelbagai faktor lepas dan ini mewujudkan pelbagai keperluan pelajar. Menurut Collins et
al. (2004),tahap keusahawanan pelajar adalah rendah selepas tamat belajar dan ini
menyumbang kepada kekurangan graduan menjadi usahawan selepas tamat belajar.
Mereka mengulas bahawa faktor mempengaruhi pemilihan untuk mengikuti pendidikan
keusahawanan di universiti adalah berdasarkan keperluan pekerjaan keusahawanan. Oleh
itu IPT perlu membentuk sikap, menyampaikan pengetahuan,kemahiran bagi keperluan
pekerja dengan penekanan terhadap kemahiran bolehu pindah (transferable skill).
Pengalaman pelajar sebelum ke IPT mempengaruhi hasrat keusahawanan. Ini dipengaruhi

1
oleh persepsi dan keinginan, feasibility dan kemampuan untuk bertindak, pendedahan,
dan pengalaman keusahawanan.

Kajian seterusnya dilakukan oleh Tuchalong Rungwitoo (2008) berkenaan kecekapan


usahawanan kelebihan dalam persaingan perniagaan.Hasil kajian ini menunjukkan ciri-
ciri usahawan yang berjaya dalam pasaran adalah, berpengetahuan dalam pengurusan
strategik, pengurusan perniagaan, mempunyai kemahiran merancang dan pelaksanaan,
mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan bertangungjawab. Elemen-elemen ini
boleh diterap kepada usahawan keil-kecilan yang masih baru dalam bidang perniagaan.

1.9 METODOLOGI KAJIAN

1.9.1 Pengenalan

Kajian tindakan yang kami jalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana
minat pelajar sekolah menengah dalam bidang keusahawanan dan bagaimana ianya dapat
dipupuk. Selain itu, tujuan khusus kami adalah untuk menarik minat pelajar dalam
aktiviti perniagaan yang dijalankan di sekolah disamping memberi pendedahan kepada
pelajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan. Kajian ini juga ingin
melihat apakah kemahiran yang diperlukan dan yang sedia ada dalam diri pelajar yang
mana boleh dinilai berdasarkan potensi mereka dalam bidang keusahawanan. Kajian ini
turut bertujuan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan di sekolah dan seterusnya
memupuk semangat para pelajar ini untuk berniaga selepas mereka tamat persekolahan.

1.9.2 Rekabentuk Kajian

1
Reka bentuk kajian tindakan kami bagi tajuk memupuk minat pelajar sekolah untuk
menceburi bidang keusahawanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut,
Pahang ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan
soalselidik.

1.9.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ialah pelajar tingkatan empat , SMK Temin, Jerantut, Pahang. Sampel
yang dipilih merupakan sebuah kelas Tingkatan 4 Baik yang hanya mengambil Mata
Pelajaran Perdagangan di sekolah tersebut . Jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti
pengajian ini adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Pelajar-pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini juga merupakan pelajar yang
mengambil mata pelajaran perdagangan di sekolah sebagai mata pelajaran elektif.

1.9.4 Instrumentasi

Bagi mencapai objektif kajian, satu set borang soal selidik telah dirangka bagi
mendapatkan maklumbalas dari responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian
adalah berbentuk soal selidik. Instrumen kajian seperti ini lazim digunakan dalam kajian
deskriptif. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi
mendapatkan maklumat daripada responden. Satu set soal selidik telah dibina oleh
pengkaji dengan disesuaikan item-item daripada Soal selidik bagi mengumpul maklumat
dan seterusnya menjawab persoalan kajian tindakan penyelidik. Soal selidik ini
mengandungi empat bahagian iaitu bahagian :

i. Bahagian A iaitu Latarbelakang Responden


ii. Bahagian B iaitu Kefahaman tentang Mata Pelajaran Perdagangan
iii. Bahagian C iaitu Penglibatan dalam Bidang Perniagaan
iv. Bahagian D iaitu Penilaian Umum

1.9.5 Batasan kajian

1
Penyelidik telah memilih lokasi kajian di salah sebuah sekolah Menengah di sekitar
Jerantut Pahang iaitu SMK Temin Jerantut, Pahang. Sampel yang dipilih merupakan
sebuah kelas Tingkatan 4 Baik yang satu-satunya kelas yang mengambil mata
pelajaran Perdagangan di sekolah tersebut. Jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti
pengajian ini adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan. Batasan kajian ini juga melibatkan golongan pelajar dalam kalangan
pelbagai bangsa iaitu kaum melayu, cina dan india.

Bilangan pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran ini berjumlah 31 orang,
kaum Cina seramai 4 orang dan seterusnya kaum India seramai 1 orang. Proses
pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan sebanyak empat kali dalam
seminggu dalam tempoh satu jam sehari. Adalah menjadi harapan penyelidik semoga
dengan kaedah yang dipilih untuk bilangan pelajar yang sekecil ini, kelak akan dapat
diaplikasikan dengan sebaik mungkin dalam usaha menarik minat pelajar untuk
menceburi bidang perniagaan di sekolah dan seterusnya menjadi usahawan yang
berjaya kelak. Kajian ini telah dijalankan mulai 15 Julai 2009 dan berakhir pada 21
Ogos 2009.

1.9.6 Kaedah Mengutip Data

1.9.6.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan antara kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji
dalam proses mengumpulkan data. Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap
tingkah laku pembelajaran murid di dalam kelas semasa pengajaran di buat. Dalam
kaedah pemerhatian juga, pengkaji mengambil sikap dengan memerhati tingkah laku
serta amalan seharian responden. Ini bertujuan untuk mengambil maklumat tanpa
diketahui oleh responden. Pengkaji cuba memerhati bagaimana amalan sosial responden
memberi kesan kepada aktiviti pembelajaran dalam kelas.

1.9.6.2 Kaedah Soal selidik

1
Kami menggunakan kaedah soal selidik sebagai salah satu cara untuk mengumpul data.
Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk dikotomus di mana tujuan soalan adalah
untuk mendapatkan pilihan sampel daripada dua penilaian yang diberi.
Contohnya: Setuju/Tidak setuju

Soalan yang disediakan adalah sebanyak 20 soalan objektif. Semua pelajar Tingkatan 4
Baik dikehendaki menjawab soalan ini. Ciri-ciri soalan adalah relevan dan berkaitan
dengan isu yang dikaji. Selain itu, soalan yang diberi juga pendek dan mudah difahami
serta tidak mengandungi makna yang tersirat.

1.9.7 Analisis data

1.9.7.1 Analisis Pemerhatian Terhadap Pembelajaran pelajar

Pemerhatian adalah merupakan perkara yang digunakan setiap hari sama ada secara sedar
atau pun tidak sedar. Ia merupakan satu rutin dalam manusia memahami apa yang berlaku
di sekeliling mereka. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik kerana data yang
dikutip secara teratur dalam situasi kajian sebenar mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi.

Dalam kajian ini, kami menjalankan pemerhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran atau P&P guru. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
perlakuan pelajar samada berminat dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya atau
sebaliknya. Melalui langkah pemerhatian terhadap aktiviti P & P dalam bilik darjah, kami
dapat mengutip data terperinci tentang faktor yang dapat mempengaruhi minat pelajar
terhadap subjek perdagangan khususnya keusahawanan dan perniagaan.

1.9.7.2 Analisis Hasil Dapatan dari Data Pemerhatian

1
Setelah menjalankan pemerhatian tersebut, kami dapat membuat analisis tentang
sejauhmana keberkesanan subjek perdagangan dapat mempengaruhi minat pelajar untuk
menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Didapati ramai pelajar yang
berminat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, namun pelajar tersebut kurang
mendapat pendedahan dan maklumat secara menyeluruh tentang konsep asas perniagaan
serta cara perlaksanaan di samping terdapat kekangan tertentu dalam mencapai matlamat
tersebut.

1.10 ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Etika dalam penyelidikan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ini kerana hak
semua pihak sama ada guru, murid, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. Etika
penyelidikan dapat melindungi kepentingan jawatan kuasa yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil
kesempatan untuk kepentingan diri. Dengan adanyan etika dalam penyelidikan, kami
dapat memastikan tindakan yang akan diambil sentiasa adil, tepat dan berkaitan dengan
aspek kajian.

Etika kajian juga dapat mengelakkan kami daripada menjadi mangsa tekanan dan
eksploitasi daripada pihak atasan. Keadaan ini meletakkan kami berada dalam keadaan
selesa dan selamat untuk menjalankan Kajian Tindakan. Di samping itu, ia juga
melindungi kepentingan murid yang juga sebahagian daripada subjek kajian. Setelah
etika ini dibentuk, ia akan menjadi satu tatacara ikatan yang perlu dihormati dan
dipertahankan oleh semua yang terlibat dalam menjalankan Kajian Tindakan ini.

Berikut adalah Etika Kajian yang dibentuk tentang kajian ini :


a) Dipersetujui bahawa pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru-guru
b) dari segi pengenalan diri dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut daripada
mereka.

1
c) Semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran guru
besar atau pengetua sebelum didedahkan kepada umum.

1.11 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Temin melalui kecenderungan minat pelajar tingkatan 4 Aliran Perdagangan
terhadap bidang keusahawanan.

1.12 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pecahan Kepala Jumlah


1. Perjalanan RM 60.00
2. Percetakan Borang Soal Selidik RM 10.00
3. Percetakan Kertas Cadangan RM 10.00
4. Perbelanjaan Mesyuarat RM 30.00
5. Perbelanjaan Carian Maklumat RM 30.00
_______ _________
Jumlah RM 140.00

1.13 JADUAL KERJA


Perkara Tarikh
1. Mesyuarat Jawatankuasa 14/07/2009
2. Penulisan Kertas Cadangan 27/07/2009
3. Mesyuarat Perancangan 03/08/2009
4. Mesyuarat Pembinaan Ujian Pra/Soal Selidik 05/08/2009
5. Perlaksanaan Ujian Pra/Soal Selidik 10/08/2009
6. Mesyuarat Perancangan Untuk Pemerhatian 13/08/2009
7. Perlaksanaan Ujian Pos -
8. Refleksi dan Penilaian 01/09/2009
9. Penulisan Laporan Kajian 05/09/2009
10. Pemurnian Laporan 19/09/2009