You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN

94800 SIMUNJAN, SARAWAK

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN UNIT BADAN PENGAWAS,


KETUA & PENOLONG KELAS
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN, 2016

TARIKH :
19 JULAI 2016

TEMPAT :
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MAN,SIMUNJAN.
1.0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kem Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong


Ketua Darjah SK Abang Man, Simunjan.
Anjuran : Unit LADAP ( Latihan Dalam Perkhidmatan )
Penasihat : Tuan Guru Besar En.Baharim B Md.Daud
Pengerusi : En. Jaafar B Daud ( GPK Kurikulum )
Timbalan Pengerusi : En. Junaidi B Hj.Bee ( GPK Hal Ehwal Murid )
Setiausaha : En. Mohd Norizam B Saari
Naib Setiausaha : En. Wan Samsuri B Wan Sazali
Bendahari : Cik Hasnizah Bt Abd Razak
Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SK Abang Man, Simunjan.
Tarikh : 19 Julai 2016
Jumlah Peserta : 105 Orang

2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit LADAP (Latihan
Dalam Perkhidmatan). Program ini melibatkan semua pengawas sekolah, ketua
darjah dan penolong darjah. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk
memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai
kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang
demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran
dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta
memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan
peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan
pihak pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga
usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan
nama sekolah.
3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak SK
Abang Man, Simunjan mengenai penganjuran Kem Kepimpinan Peringkat
Sekolah.

4.0 TEMA

Pelajar Inovatif Melonjakkan Transformasi Kepimpinan Negara

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


5.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan
modul program jati diri.
5.2 Memupuk nilai nilai kreatif dan semangat dalam proses
melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
5.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan
persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat
membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
5.4 Melalui aktiviti aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan
akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap
para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

6.0 MASA, TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 19 Julai 2016
Masa : 8.00 pagi 1.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SK Abang Man, Simunjan
7.0 SASARAN

105 orang murid termasuk Pengawas Sekolah, Ketua Darjah dan Penolong
Ketua Darjah Sekolah Kebangsaan Abang Man, Simunjan.

8.0 KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan
Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu
tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid
dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan rakan. LDK
juga membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan
perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Muhasabah Diri
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.
kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus
berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu
diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

9.0 ANGGARAN KEWANGAN


Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Kos Alat tulis


105 x RM 3.00 RM 315.00
( Fail + pensel + pemadam + kertas )

Kos Makan
120 X RM 5.00 RM 600.00
( 105 Pelajar + 10 Guru + 5 Fasilitator )

Cenderahati Fasilitator
5 X RM 20 RM 100.00
( 5orang x RM20 )

RM 1015.00

10.0 ATURCARA PROGRAM

7.40 pagi 8.00 pagi Pendaftaran


8.00 pagi 9.00 pagi Ceramah Kepimpinan dan Ice Breaking
9.00 pagi 10.00 pagi LDK 1 ( SIAPAKAH TEMANKU)
10.00 pagi 10.30 pagi REHAT
10.30 pagi 11.30 pagi LDK 2 (OH! MENARA KAMI)
11.30 pagi 12.30 tengahari Muhasabah Diri
12.30 tengahari Jamuan
1.30 petang Bersurai

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat EN. BAHARIM B MD DAUD


Pengerusi EN. JAAFAR B DAUD
Naib Pengerusi EN. JUNAIDI B HJ.BEE
Setiausaha EN. WAN SAMSURI B WAN SAJALI
Penolong Setiausaha EN. MOHD NORIZAM B SAARI
Bendahari CIK HASNIZAH BT ABD RAZAK

AHLI JAWATAN KUASA

Persiapan Tempat
1. En. Feedy B Jais Pengacara Majlis
2. En. Mohd Afif B Mohd Aris 1. Pn. Harzemi Bt Abang
3. Ustaz Aripen B Darahman
4. Cik Suzanne Arwin Pembantu Fasilitator
1. En. Wan Samsuri B Wan Sajali
Siaraya 2. Pn. Rokiah Bt Ahmad
1. En. Harily Nosem 3. Cik Lela Bt Sah
2. Pn. Noorismaliza Bt Nasir
Bacaan Doa
Sijil 1. Ustaz Wan Amirudin B Wan Nasri
1. Pn Azura Bt Joto
2. Pn Sina Sorya Bt Abang
3. Pn. Rosmah Bt Musir

Kawalan Murid
1. En Suhaili B Hj Wahi
2. Ustaz Ahmad Najib B Mohamad
3. Cik Sharifah Anun Bt Wan Suut

Hadiah & Cenderahati


1. Cik Hasnizah Bt Abdul Razak
2. Ustazah Aaisyah Bt
3. Ustazah Syamimi Bt Shari

12.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan


semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di
SK Abang Man. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pemimpin
umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar
SK Abang Man, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu
para peserta dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna.
Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat
serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan
diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

Sekian.

Disediakan oleh:

......................
(MOHD NORIZAM B SAARI)
Setiausaha,
Program Kem Kepimpinan,
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP),
Sek. Keb. Abang Man,
Simunjan, Sarawak.

Disemak oleh:

........................................................................
( EN. JAAFAR B DAUD)
Pengerusi,
Program Kem Kepimpinan,
PK1 Sek.Keb. Abang Man,
Simunjan, Sarawak.

Disahkan oleh:

..........................................................................
( EN. BAHARIM B MD DAUD )
Penasihat,
Guru besar, Sek.Keb. Abang Man
Simunjan, Sarawk.