You are on page 1of 6

DEfinisi bahas/DEBAT

BAHAS : Debat antara dua pihak yang bertentangan pendapat tentang sesuatu isu .
KUMPULAN : 3 orang pembahas.
PEMBAHAS : Yakinkan para penonton dan pihak hakim dengan hujah-hujah.
PEMBAHAS : Dinilai-pembentangan hujah-hujah yang bernas, penyampaian yang
menarik (nada, intonasi, gaya dan penggunaan bahasa).
skrip bahas
Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan

dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang untuk

membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan Industri dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran untuk
menghasilkan barangan, manakala perkataan mangkin bermaksud unsur yang mempercepat
atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa Pendidikan
Industri Mangkin Pembangunan Negara bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan
merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain
itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri
Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan
pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang
akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara
konsesnsus.

Tuan Yang Dipertua,


Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan
bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil
pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat
memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang ber

asaskan pertanian. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi
yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan
hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai
tanah yang luas dan subur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan.
Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti
Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian?
Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya,
selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu
maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam
bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus
beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah berubah
daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah sedarkah pihak pihak
kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan kerana terlalu
menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidak
dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan itu.
Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah daripada
negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian
kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan
perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak
wang negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang keperluan kita
sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya menjadi
pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya dengan harga
yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga yang berlipat ganda.
Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,

Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian dengan
melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-mata tidak
bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk mencapai matlamat
itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha ini
seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian
Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada
peringkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun
2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,

Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan mangkin
kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu eleman
penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh oleh
pihak pembangkang..
PENUTUP
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada

semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang bermakna ini .

Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya

dengan rasminya menutup perbahas

Kredit: panitiabmsmkss.blogspot.com

You might also like