You are on page 1of 14

Malaysia sedang dalam proses menuju kepada status negara maju.

Dalam usaha mencapai


taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak tertentu
terutamanya, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional. Ini
kerana, teras kepada negara maju adalah kepesatan industri dan industri memerlukan tenaga
kerja yang berketrampilan dalam bidang industri yang diceburi. Kepentingan pendidikan
teknikal dan vokasional dilihat sebagai agenda penting bagi menjana kepesatan industri.
Sehubungan dengan itu pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dilihat perlu untuk
diperkasakan dan menjadi agenda utama negara untuk mencapai status negara maju tersebut.

Sistem PTV dinegara ini telah mula mendapat perhatian apabila disebut secara khusus
dalam Laporan Rahman Talib (1960). Laporan Rahman Talib (1960) yang diperakukan dalam
Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak
dengan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat
empat aspek penting dalam laporan ini dan salah satu daripanya ialah memberi penekanan
kepada PTV untuk keperluan tenaga mahir.

Dalam Laporan Kabinet (1979 ) selepas beberapa tahun sistem pendidikan yang
berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji
keupayaan sistem pendidikan dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar
Ekonomi Baru. Hasil kajian ini yang terdapat dalam Laporan kabinet 1979, menggariskan
enam aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam sistem pendidikan di Malaysia. Salah
satu yang dikenal pasti sebagai perlu ditekankan ialah pelajaran menengah atas melalui
saluran akademik dan vokasional..

PTV mempunyai peranan untuk memperkenalkan konsep dunia pekerjaan kepada pelajar-
pelajar. Adalah tepat sekali bahawa pendidikan vokasional perlulah memberi pendedahan
yang secukupnya kepada alam pekerjaan.

Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 telah dinyatakan sebagai,

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta
dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja
dapat `memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap
pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
Kejayaan pendidikan di Malaysia perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian
dalam bidang akademik semata-mata, tetapi perlu ada definisi baru kepada kejayaan tersebut
iaitu melalui bidang teknikal serta vokasional. Ini kerana kadar purata enrolmen pelajar
aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10
peratus di Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Apa yang diperlukan bukan lagi transformasi, tetapi adalah Reformasi Pendidikan yang
lebih menyeluruh. Bagi mencapai status negara maju, kadar purata enrolmen pelajar aliran
teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi
dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding pencapaian hanya 10 peratus kini.

Jika mengikut Plan Transformasi Pendidikan yang dilaksanakan sekarang, kita hanya
akan mencapai status negara maju dari segi tenaga mahir 20 tahun dari sekarang! Oleh itu,
halatuju pendidikan perlu dikaji semula bagi memastikan Malaysia memenuhi keperluan tenaga
mahirnya sendiri menjelang tahun 2020.

Di negara maju seperti Jerman, sistem pendidikan vokasional dan teknikal dianggap satu
daripada kekuatan utama sistem pendidikannya di mana 60 - 70% pelajar di peringkat menengah
memasuki sekolah vokasional dan teknikal. Ia melatih pelajar dalam 340 bidang pekerjaan dan
sangat berjaya dalam mengurangkan kadar pengangguran dan sekaligus meningkat pendapatan
rakyatnya. Hal yang sama berlaku di Jepun dan Korea Selatan, di mana 50 60% pelajarnya
memasuki sekolah vokasional cdan teknikal.

Logiknya cukup mudah. Dalam mana-mana sistem persekolahan pun, kumpulan yang
meminati dan mampu menyerlah dalam bidang akademik hanya sekitar 30 - 40% sahaja.
Selebihnya, iaitu 60% adalah kumpulan average yang tidak mampu mencapai gred yang baik
dalam bidang itu, tetapi lebih berpotensi untuk disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.
Bukan semua orang perlu menjadi orang akademik dan profesional kerana negara memerlukan
lebih banyak pekerja mahir bagi mengisi dunia pekerjaan
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, usaha telah
dilaksanakan untuk mengarusperdana dan memperluas akses kepada Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti untuk memenuhi keperluan industri yang
memerlukan tenaga kerja mahir. Di samping itu, langkah telah diambil untuk memperbaiki
persepsi orang ramai terhadap bidang TVET. Usaha ini telah menyumbang kepada peningkatan
pelajar lepasan SPM yang menyertai bidang TVET, iaitu sebanyak 36% pada tahun 2013
berbanding dengan 25% pada tahun 2010.
Mentransformasi TVET merupakan satu daripada pemacu perubahan dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, bagi memenuhi permintaan industri
dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi
berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Tumpuan akan
diberikan untuk mentransformasi sistem penyampaian TVET bagi meningkatkan tarikan TVET
sebagai laluan pendidikan pilihan. Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan ditubuhkan
bagi mengiktiraf kerjaya pengamal TVET sebagai bidang profesional yang melayakkan mereka
mendapat gaji lebih tinggi.

Pembangunan TVET di Malaysia bermula semenjak 40 tahun lalu dengan penubuhan


dua institusi awam pada tahun 1964, dan kini berkembang melebihi 500 institusi seperti yang
ditunjukkan dalam Kotak 9-1. Promosi TVET yang berterusan telah meningkatkan pengambilan
pelajar lepasan SPM daripada 113,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 164,000 pelajar pada
tahun 2013. SkillsMalaysia telah ditubuhkan pada Januari 2011 untuk mempromosi TVET dan
meningkatkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan bagi lepasan TVET. Antara aktiviti yang
telah dilaksanakan adalah pameran bergerak, kempen di media dan pertandingan kemahiran
pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pertandingan Kemahiran Kebangsaan diadakan
sebagai acara tahunan untuk memberikan peluang kepada pelajar TVET tempatan
mempamerkan inovasi mereka. Pemenang pertandingan mewakili Malaysia dalam pertandingan
kemahiran di peringkat antarabangsa.
Kotak 9-1
Sejarah Perkembangan TVET di
Malaysia

Dua institusi TVET awam telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menyediakan
latihan kemahiran kepada belia, iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun
Tua dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Kini, terdapat lebih
daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi
semua peringkat pendidikan seperti berikut:

Not
KP Kementerian Pendidikan ADTE Pusat Latihan Teknologi Tinggi
KS
KBS Kementerian
Kementerian Sumber
Belia dan UniKL Universiti
Malaysia Kuala Lumpur Institut
MA Majlis
Kemajuan Luar Rakyat,
Amanah Bandar & CIAST
GMi Pusat Latihan Pengajar
German-Malaysia & Kemahiran
Institute
Mo
KKR Kementerian Kerja Raya&
Kementerian Pertanian IKM
KKTM Institut KemahiranTinggi
Kolej Kemahiran MARA MARA
I Institut Latihan Perindustrian MTUN Rangkaian Universiti Teknikal
IKB
JM Institut
Institut Kemahiran Belia
Teknikal Jerman- CIDB Lembaga Pembangunan Industri
Ti Malaysia

Tujuh Kementerian mentadbir institusi TVET awam termasuk pemprosesan


permohonan .kemasukan, Sistem pengesanan graduan sedia ada telah diperluas dan disesuaikan
mengikut keperluan institusi TVET awam bagi membolehkan penyeragaman templat kajian dan
kriteria penilaian kualiti program yang ditawarkan. Selain itu, satu inisiatif baharu yang dikenali
sebagai program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M) telah diperkenalkan pada
tahun 2012 sebagai platform untuk membantu lepasan TVET mendapatkan pekerjaan. Skim ini
telah memberikan manfaat kepada seramai 10,400 lepasan TVET.
Mengharmoni kurikulum TVET agar selaras dengan keperluan industri diberi
penekanan dalam RMKe-10. Sebanyak 22 Badan Peneraju Industri (Industy Lead Body - ILB)
telah ditubuhkan untuk menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
supaya kurikulum TVET yang dibangunkan selaras dengan keperluan industri. Sebanyak 582
NOSS dan 16 analisis pekerjaan telah dibangunkan untuk dijadikan rujukan oleh institusi.
Sistem Kredit Kemahiran Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2013, untuk merekod dan
menilai pengetahuan, kemahiran teknikal dan vokasional pengamal TVET untuk diakreditasi
di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Penutup .

Kini telah tiba masanya rakyat Malaysia mengikis persepsi bahawa Pendidikan Teknik dan
Latihan Vokasional (TVET) hanya layak untuk golongan yang tidak cemerlang akademik. Jika
tidak berbuat demikian, Malaysia mungkin perlu mendapatkan sumber pekerja berkelayakan dari
negara-negara lain untuk mengisi beribu-ribu jawatan kosong yang bakal wujud dalam tempoh
lima tahun akan datang ketika negara ini menuju ke arah mencapai status negara maju. Kira-kira
1.3 juta pekerjaan teknikal dan vokasional dijangka diwujudkan menjelang 2020, namun
penganalisis menyatakan keraguan bahawa Malaysia mempunyai jumlah rakyat berkelayakan
yang cukup bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut jika masih di tahap pemikiran masa kini.
Pengarah Urusan German-Malaysia Institute (GMI) Yusoff Md Sahir berkata sudah tiba masanya
untuk rakyat menyedari akan potensi TVET, memandangkan skop pekerjaan dalam bidang
teknikal dan vokasional adalah sangat luas. Kebanyakan daripada pekerjaan terbabit meliputi
bidang perkhidmatan, pembuatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Malah,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, pada awal bulan ini,
menekankan agar lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti kursus TVET bagi menampung
keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor berkaitan.
"Negara kita memerlukan khidmat mereka yang mempunyai kemahiran teknikal dan
vokasional ... (malangnya) ada stigma terhadap kursus-kursus teknikal, jadi pelajar kelihatan
lebih cenderung untuk memilih bidang profesional," katanya. Berapa lamakah ibu bapa dan
pelajar akan terus mengabaikan peluang-peluang kerjaya yang wujud dalam bidang TVET, yang
sudah bertahun-tahun ditumpukan kepada golongan yang lemah pencapaian akademik di
sekolah?
Memetik statistik daripada Institut Maklumat Pasaran Buruh dan Analisis (ILMIA), Yusoff
berkata terdapat kira-kira 3.3 juta pekerja Malaysia yang berumur antara 15 dan 34 yang hanya
memiliki kelayakan UPSR, PMR atau SPM. "Maka tidak dinafikan pendidikan dan latihan
lanjutan bagi lepasan ini perlu diberi perhatian menerusi TVET mengikut keperluan pasaran
kerja," katanya kepada Bernama.
Yusoff juga berpendapat bahawa program TVET perlu direka bagi memenuhi keperluan kedua-
dua industri tempatan dan global serta permintaan terhadap kualiti dan tenaga kerja mahir
seterusnya berkata bahawa di bawah Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP),
dianggarkan 3.3 juta pekerja baharu diperlukan menjelang tahun 2020.
Daripada jumlah itu, 1.3 juta dijangka terdiri daripada pekerja TVET dalam 12 Bidang Utama
Ekonomi Negara yang dikenal pasti di bawah ETP, menurut laporan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). "Secara amnya, tahap kesedaran masyarakat
masih dalam tempoh peralihan (daripada bidang profesional) kepada bidang teknologi tinggi dan
kemahiran tinggi.

Tenaga Profesional

Tenaga Mahir

Tenaga
Separuh
Mahir
Sekarang Sepatutnya

Jelas sekali keperluan pendidikan vokasional dan teknikal negara amat mendesak. Ura-
ura untuk memastikan rakyat di negara ini mendapat pekerjaan berpendapatan tinggi hanyalah
mimpi di siang hari jika sistem pendidikan sekarang tidak diubah. Walaupun bunyinya hebat
dengan istilah mengarusperdanakan dan memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal,
tetapi perjalanan ke arah itu terlalu lambat ibarat kura-kura!

You might also like