You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN JOHOR KAMPONG


MINIT MESYUARAT AJK PIBG
BIL. 1/2017

TARIKH : 15 Mac 2017


HARI : Rabu
MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Pusat Sumber, SK Johor Kampong

KEHADIRAN :

Penasihat : En. Roslan Bin Bongsu@Baba


Yang di Pertua PIBG : Tn. Hj Mahadi bin Hj Abu Bakar
Naib Yang di Pertua PIBG : Tn. Hj Ali bin Yunus
Setiausaha : Cik Nurulhidayah Binti Mohd Sawal
Bendahari : Pn. Norsia bt Laisa
Ahli Jawatankuasa :
1. Pn. Amidah binti Siyam
2. En. Norafridin bin Hassan
3. En. Ayob bin Ismail
4. Pn. Zuraidah binti Jaafar
5. Pn. Norhayati binti Md Yunus
6. En. Iberahim bin Omar

Juruaudit Dalaman : Pn. Jaliah Bt Abd Kader

Pemegang Amanah : Tn. Hj Haron bin Abd. Majid

Tidak Hadir Bersebab : En. Mohd Khairizal bin Ghazali


Pn. Siti Zubaidah bt Jamal

1.0 PERUTUSAN GURU BESAR

AGENDA 1

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
PIBG dan pihak pentadbir dalam mesyuarat kali ini.
1.2 Guru Besar menjelaskan bahawa sekolah perlukan bantuan ibu bapa untuk beri
sokongan bukan sahaja wang ringgit tetapi masa dan tenaga juga bagi meningkatkan dan
mengekalkan prestasi murid.
1
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Mac 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

1.3 Guru Besar menyatakan bahawa sekolah dapat peruntukan membaik pulih
bumbung dan sedang diperbaiki serta akan siap tidak lama lagi.
1.4 Guru Besar juga turut menjelaskan bahawa tandas pusat Kokurikulum akan dinaik
taraf dan sedang dalam proses permohonan.
1.5 Guru Besar juga menjelaskan bahawa beberapa cadangan tarikh yang akan
dijalankan bagi Mesyuarat Agung PIBG iaitu 28 Mac 2017
1.6 Guru Besar juga menjemput ibu bapa untuk menjayakan projek keceriaan di
sekolah bertemakan konsep Johor Darul Takzim. Projek ini termasuklah mengecat
bangunan dan sekolah bagi menceriakan kawasan sekolah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En Nahar Azli bin Salai mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Hj Ali bin Hj Yunos.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN

4.1 Puan Norsia telah membentangkan kewangan bagi tahun 2016.

5.0 PERSIAPAN MESYUARAT AGONG YANG KE 17

5.1 Mesyuarat memutuskan tarikh bagi Mesyuarat Agong PIBG ialah ;

Tarikh : 28 Mac 2017 (Selasa)


Masa : 2.00 petang
Cadangan Perasmi : En Hamzah bin Isa iaitu Timbalan Pengurus Besar KEJORA
Tempat : Dewan SK Johor Kampong
Cenderamata : Diberi kepada perasmi dan juga 20 cabutan bertuah serta lima
hadiah istimewa.
5.2 YDP membentangkan carta biro-biro bagi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi
tahun 2015/2016. Beliau juga mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun
2015/2016 dibubarkan dan melantik ahli jawatankuasa yang baharu.
Tindakan : Semua AJK PIBG

5.3 YDP membentangkan tugas-tugas bagi setiap biro KSIB dan berharap ibu bapa
dan ahli KSIB akan bekerjasama dengan guru dalam memberikan sumbangan dan wang
ringgit mahupun tenaga bagi menjadi sebuah unit sokongan yang mantap bagi menaikkan
prestasi dan pencapaian SK Johor Kampong dari segi akademi mahupun kokurikulum.
2
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Mac 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Semua AJK PIBG

5.4 YDP membincangkan persiapan-persiapan yang perlu dilakukan bagi mengadakan


Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Diharapkan setiap AJK
membuat persediaan yang rapi bagi mengadakan mesyuarat ini.
Tindakan : Semua AJK PIBG

5.5 YDP menyerahkan kepada setiausaha untuk menyusun jadual kerja Mesyuarat Agung
PIBG kali ini berdasarkan kebolehan dan pengalaman AJK dan guru-guru.

Tindakan : Setiausaha

6.0 HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS

6.1 Guru Besar menerangkan berkenaan program HIP Bahasa Inggeris. Program ini dapat
membantu meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar
khususnya melalui penglibatan ibu bapa.

6.2 Sehubungan itu, borang kaji selidik HIP akan diberikan kepada ibu bapa, guru-guru dan
pentadbir sekolah yang terpilih bagi membantu pelaksanaan program HIP ini. Selain itu
juga beberapa program HIP akan dilaksanakan melalui panitia Bahasa Inggeris SK Johor
Kampong. Program-program HIP akan dimesyuaratkan di bawah panitia Bahasa Inggeris
kelak.

Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris & Setiausaha PIBG

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 YDP mencadangkan agar AJK PIBG dapat menyampaikan hebahan tentang mesyuarat
Agung PIBG yang akan diadakan pada 28 Mac ini. Beliau turut berharap agar ibu bapa
turut menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.

Tindakan : Makluman Setiausaha PIBG

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang

3
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Mac 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................................ ........................................ ..............................................


( NURULHIDAYAH BT MOHD (EN ROSLAN BIN BONGSU) (TN. HJ MAHADI BIN ABU
SAWAL ) Guru Besar, BAKAR )
Setiausaha, SK Johor Kampong. YDP PIBG,
PIBG SK Johor Kampong. SK Johor Kampong.

4
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Mac 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like