You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

Saya ( ) mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang


diberikan oleh semua pihak kerana saya boleh menyiapkan Kerja Kursus Sejarah yang
bertajuk Perayaan Tahun Baru Cina.

Setinggi penghargaan kepada tuan Pengetua ( ) dan guru


pembimbing saya iaitu ( ) juga guru-guru Sejarah yang lain kerana tidak jemu
memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar saya memperoleh hasil kajian yang cemerlang.

Sekalung penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang turut
membantu menyiapkan kerja-kerja ini dan sentiasa memberi dorongan serta sumbangan
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa dorongan mereka mungkin saya tidak
dapat menyiapkan tugasan ini. Ini kerana tugasan ini memerlukan motivasi, usaha dan buah
fikiran yang tinggi juga modal yang banyak.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya,
( )yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan juga semangat
setiakawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan.
Kerjasama kalian amat saya hargai.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Tingkatan 3


Sejarah 2017. Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina.

Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi
pengetahuan saya mengenai sejarah yang terdapat di dalam Tahun Baru Cina. Sememangnya
masyarakat Malaysia kaya dengan sejarahnya tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan
bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa
pentingnya perayaan di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan
rakyat Malaysia.

Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat
kerjasama, kekeluargaan dan semangat persaudaraan.

Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di dalam diri saya juga di
kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Sekian.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya
ialah seperti berikut:-

1) BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku
ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi
mendapatkan maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih.
2) INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi mendapatkan
maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk mendapatkan
fahaman yang jelas mengenainya.
3) ORANG SUMBER- Saya telah menemubual seorang wanita bangsa Cina iaitu Chua
Loo Yen bagi mendapatkan maklumat berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.
4) MAJALAH- Saya telah merujuk beberapa majalah iaitu JURNAL: IMPRESI
KEHIDUPAN keluaran 14 Februari 2010 dan MASAKAN CINA edisi 15 Februari
2010.

1) LATAR BELAKANG PERAYAAN TRADISI


Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama
masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah, perayaan ini juga disambut oleh
penduduk di Vietnam dan Korea. Perayaan Tahun Baru diraikan dengan penuh meriah. Setiap
rumah dihias dan dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan keamanan,
kemakmuran dan keberuntungan. Limau-limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa
Kantonis yang memberi maksud 'emas') adalah satu kemestian pada musim perayaan
ini kerana warna keemasannya melambangkan limpahan kekayaan. Demikian juga
dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bolok dalam Bahasa Kantonis. Lok membawa
maksud ('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) atau
nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan 'peningkatan sepanjang tahun'.
Kesemuanya dipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan.
Di antara perhiasan yang terkenal adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet
ini sangat unik bentuknya dan berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah
suatu cara tradisi untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-
alukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah perkataanperkataan Cina yang
melambangkan tuah, musim bunga atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada
kertas merah. Selain itu, bunga-bungaan dan tanglung berwarna merah juga adalah sangat
penting dalam mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru.
Dalam perayaan Tahun Baru, 'makan besar' menjadi satu acara yang penting
termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt
choy' (kekayaan) dan sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang
melambangkan tahun yang penuh bertenaga dan member keuntungan) telah
diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Di antara yang dihidangkan termasuklah mi, ikan
mentah dan beberapa jenis pembuka selera yang lain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan
oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acara menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam
bahasa Kantonis) menjadi simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang
akan mendatangkan pulangan yang baik.

2) FAKTOR
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk
ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini
membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari
ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan
makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
cheongsam , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12
ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda
meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang
untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai
penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak
yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir,
tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya
dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.

Peraturan, Amalan Sampingan, Pantang Larang

3.4.1) Peraturan dan Amalan Sampingan

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ,
pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; , atau
, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina,
oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah
satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian ( , b
jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama
bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara
itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu
didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau
sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula,
kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya
diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam
kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.
Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun
biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang
dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa
yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,
namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan
mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan
pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab
keselamatan.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun
baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun
yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya
bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan,
yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping
bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian
dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering
kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik",
berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah,
kegembiraan dan kemakmuran.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak
saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: ,
Cina Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu
masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali
daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan
raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan
ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

3.4.2) Pantang Larang

Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka


pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil
kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk
menambah kekayaan.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")


Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang
menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga
sama bunyinya dengan "kaya".)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil
dalam bahasa Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun
Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi
"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

3) KRONOLOGI (PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN)


3.1) Sebelum perayaan
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan
rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu
tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap
kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu
untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol
emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu
jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor
tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

3.2) Semasa perayaan


Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan
bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila
keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam
seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional:
, Cina Ringkas: , ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin
untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang
telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa
adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk
ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami
kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi
rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru
wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai ( , pinyin: rn r,
Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun
menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan
Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau
tersebut.

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk
menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( tin gng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan
doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu
pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan
beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

3.3) Selepas perayaan

Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap
Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis
akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secocok. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera
Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

4) Kesan Perayaan

4.1) Kesan Kekeluargaan

Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluarga
dengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan
berasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan
dengan keluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan
kembali berkumpul.

Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam
sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-
piutang akan dibayar dan dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun. Golongan muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan
rasa hormat mereka terhadap golongan tua.

4.2) Kesan Perpaduan

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di


Malaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu
terhadap sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat di
negara ini. Contohnya seorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi
sahabatnya yang berbangsa Cina serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada
keluarga sahabatnya itu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.

4.3) Kesan Pengetahuan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar,
pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini,
banyak pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden,
adat resam masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.

Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat


berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih
dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak
boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh
membuang segala keuntungan yang ada.

Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru
dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan
kepada mereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh
merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.

4.4) Kesan Pelancongan

Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan
menjadi tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar
negara. Kerajaan Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui
kemasukan pelancong yang datang pada musim perayaan.
RUMUSAN

Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya
peroleh dan dapat dijadikan iktibar.

Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa
yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan
luar negara untuk menyaksikannya. Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura
tetapi keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malysia. Sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang
dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya
sekali gus dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.

Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup
dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim perayaan,
rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan
itu wujud dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang
berbeza amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang
tinggi di kalangan rakyat.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-
rakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama
telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat mengenai
perayaan ini.

RUJUKAN

INTERNET

www.google.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

www.scribd.com/kerjakursussejarah

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNY

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/

http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190

SURAT KHABAR
Utusan Malaysia. 15 Februari 2010

BUKU ILMIAH

Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3, Abdul Aziz bin Abdul
Rahman, muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

You might also like